Sabtu, 9 April 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 08 Apr 2011 03:38 AM PDT

Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak tawar 10 perubahan

Wan Azizah bersama pimpinan Pakatan Rakyat melancarkan Manifesto PR Sarawak

KUCHING: Pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS hari ini bersama-sama melancarkan manifesto Pakatan Rakyat dengan motto 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'.

KEADILAN dan DAP masing-masing diwakili Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang manakala PAS diwakili Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Manifesto setebal 8 halaman itu menawarkan 10 perubahan, antaranya:

1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.

3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.

4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.

5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.

6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.

7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.

8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.

10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak.

Manifesto itu dibaca pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak, David Wong Kee Woan yang juga calon DUN Kota Sentosa.


Sumber: Suara Keadilan

Posted: 08 Apr 2011 03:36 AM PDT

Program 100 Hari Pakatan Rakyat

(Sila klik di sini untuk muat turun Program 100 Hari Pakatan Rakyat)

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Posted: 08 Apr 2011 03:19 AM PDT

Perasmian Sidang DUN Selangor Pada 28/03/2011









Posted: 08 Apr 2011 03:14 AM PDT

Kematian Seorang Lagi Saksi SPRM: Selangor Tekad Lindungi Kakitangan

KENYATAAN AKHBAR
6 APRIL 2011

Kerajaan negeri amat kesal dengan berita kematian seorang lagi saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang amat mencurigakan.

Amat mengejutkan bahawa tragedi ini boleh berulang lagi. Nampaknya SPRM tidak belajar langsung dari kes Teoh Beng Hock dan masih tidak bertanggungjawab atas keselamatan saksi dan tahanan mereka.

Takziah kepada keluarga Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohd, 56, dilaporkan dijumpai meninggal dunia dipercayai akibat jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane, pagi ini.

Kini jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa ada keadilan yang sepatutnya dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock, insiden-insiden tragis seperti ini akan terus berulang.

Tiadanya tindakan yang serius terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock mengakibatkan pihak-pihak tertentu bertindak seakan-akan mereka kebal dari kuasa undang-undang.

Insiden ini juga menguatkan hasrat kerajaan negeri untuk melindungi setiap pegawai kerajaan negeri. Kami akan merayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemuduga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam.

Arahan ini adalah amat wajar memandangkan dua kes kematian ini, dan kerajaan negeri akan memperjuangkan keselamatan pegawai kami tanpa berbelah bagi.

Kami harap kes ini adalah kes terakhir dan akan terus berusaha melindungi dan menjaga kepentingan semua rakyat Selangor dan Malaysia.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Posted: 05 Apr 2011 03:46 AM PDT

Video 'kekayaan' Taib Mahmud hangat di internet

KUALA LUMPUR: Sebuah video dokumentari bertajuk 'Bloody Wealth' atau 'Harta Berdarah' Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di laman youtube, hari ini hampir mencecah 30,000 penonton dalam masa singkat.

Video yang mengulas kronologi pentadbiran Taib Mahmud sejak 30 tahun lalu itu dimuat naik dari akaun 'tarnaktaib' sejak 18 Disember 2010.

Antara yang didedah dalam klip hampir lima minit itu adalah persoalan mengenai kekayaan Taib Mahmud sedangkan rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia.

Video dengan suara latar berbahasa Melayu, mengupas dakwaan kerosakan di Sarawak, termasuk pengambilan tanah orang Penan, monopoli pembalakan dan peranan keluarga Taib Mahmud dalam pentadbiran di Sarawak.

Ia turut memetik laporan dari blog Sarawakreport.com yang mendakwa Taib mempunyai harta kekayaan berjumlah USD80 juta di Kanada dan USD60 juta di London.

Selain itu, peranan syarikat Cahaya Mata Sarawak atau disebut sebagai 'Chief Minister & Sons' dipapar melalui montaj imej dan didakwa 'menyapu' semua projek pembinaan jalan raya, memasang paip dan membina kilang.

Turut disentuh ialah kongkongan melampau terhadap media di Sarawak dan kekangan terhadap aktivis yang mempejuang nasib rakyat Sarawak dengan memperalat polis dan samseng.

Ia boleh dilayari melalui: http://www.youtube.com/watch?v=GMOXPesJYdQ&feature=player_embedded

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=6233

Tiada ulasan:

Nuffnang