Sabtu, 9 April 2011

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


KELIRU YANG MENGELIRUKAN!

Posted: 09 Apr 2011 03:01 AM PDT

(Erdogan di Perkuburan Kamal Attarturk, Ankara. Tiap tahun Erdogan akan mengalungkan bunga di Tugu Attarturk)

Salam 2 all.

Teman melihat perbincangan isu videoklip "Jantan-X" kini sudah menjadi cacamerba dan pasemboran habis. Tau-tau muncul begitu ramai yang bukak kancing rimbok meja menjadi mupti dan hakim syarie, siap dengan segala patwa yang keliru lagi mengelirukan. Habis semua hukum zina dan qazaf dipunggah dan diputar poosing sampai Karpal pun boleh pening yop.

Isu videoklip ini sengaja diputarbelitkan oleh para pemutar yang "nampak kuman diseberang tapi buta dengan gajah didepan mata". Macam sesetengah badut ingusan yang memaki hamun YAB Perdana Menteri mengalungkan bunga di Tugu Peringatan Attarturk dalam lawatan ke Turki baru-baru ini. Sampai ada Pak Yangoat yang mengkapior dan menerakakan PM. Dema tak ingat yang YAB Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan pun tiap tahun kalung bunga disitu yop. Eh, takkan kapior Erdogan tu kot?

Berbalik kepada isu videoklip, apa sebenarnya isunya? Isunya ialah:

1. adakah videoklip itu tulin, maksudnya bukan superimpose dan lain-lain?

2. jika tulin, siapa watak-watak yang ada didalam video itu?

3. setelah dikenal pasti, barulah kita siasat apa yang berlaku dalam videoklip itu? Adakah mereka main gasing atau pun main guli?

4. jika kandungan videoklip itu menunjukkan berlaku satu perlakuan jenayah, maka kesalahan itu hendaklah disiasat; dan jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.

5. dan jika pemilikan, penyebaran dan pendedahan itu juga satu kesalahan, maka jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan terhadap mereka yang berkaitan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.

Jadi apa fakta yang ada setakat ini? Seorang yang bernama Datuk Shazryl Eskay Abdullah, rakan baik Anwar telah membuat satu pertemuan rahsia dan sulit bersama beberapa editor media tempatan di Sri Carcosa Negara dan mempertontonkan kepada mereka satu videoklip. Para editor tersebut balik kepejabat masing-masing dan membuat lapuran mengenai videoklip itu. Kecuali beberapa kerat manusia, tiada siapa pun tahu apa berlaku dan siapa watak-watak dalam videoklip itu. Tau-tau, 3 jam selepas itu, Anwar, kawan baik Datuk Eskay membuat kenyataan akhbar menafikan dia watak dalam videoklip itu. Tak pasal-pasal satu dunia tahu pasal videoklip tersebut, and all hell broke loose!!!

Anwar lalu membuat lapuran polis di IPD Dang Wangi, meminta polis menyiasat videoklip tersebut. Kerajaan memutuskan untuk membentuk satu pasukan siasatan khas di Bukit Aman utnuk menjalankan siasatan. Dan pihak polis tanpa berlengah terus memulakan penyiasatan.

Setakat ini, daripada 5 soalan diatas, pihak polis hanya baru menjawab soalan pertama, iaitu pihak polis hanya baru mengesahkan videoklip itu tulin!!! Ada 4 soalan lagi yang belum dijawab, termasuk siapa watak-watak dalam videoklip itu dan apa yang sedang mereka lakukan? Bermakna siasatan pihak polis belum selesai. Jadi dimana yang kepoh tak tantu pasal mengupas isu zina, qazaf, sampai kapir mengkapir pasik mempasik satu sama lain?

Sebenarnya tidak timbul langsung isu zina atau menuduh orang berzina pada peringkat ini! Jadi tak timbul isu qazaf, empat orang saksi, hudud dan lain-lain. Semuanya retorik, teoretikal, hypothesis, andaian, spekulasi dan putar-pusing yang sekadar membuang masa dan pikiran. Dan yang paling teruk, ada segelintir daripada pematwa-pematwa ni tengok videoklip tu pun belum, dah keluar pelbagai macam patwa dan hukum-hakam!

Pada teman, kita sepatutnya membenarkan pihak polis menyelesaikan siasatan dahulu. Sekarang baru masuk peringkat kedua; iaitu mengenal pasti watak-watak dalam videoklip yang sudah pun disahkan tulin. Semua pihak perlu berikan kerjasama kepada PDRM untuk menyelesaikan siasatan mereka. Hanya setelah selesai kesemua 5 soalan diatas, barulah boleh kita perbincangkan isu yang relevan berdasarkan hasil siasatan PDRM tersebut.

Bila dah selesai siasatan Bukit Aman nanti, bergantung pada hasil siasatan mereka, barulah kita tengok perlu atau tidak Suruhanjaya DiRaja, atau nak charge Datuk Eskay @ Trio itu, atau nak heret Jantan-X ke Mahkamah Syariah ke? Itu semua masih premature sehinggalah pihak PDRM selesai dengan penyiasatan mereka.

Sementara menunggu selesainya siasatan itu, yang sebenarnya diminta oleh Anwar sendiri berdasarkan lapuran polis yang beliau buat, eloklah semua pihak relax dulu. Nasihat teman, hentikanlah mempolitikkan semua isu. Kesian teman nengok habis anak bini dan kekawan diheret sama. Udah-udahlah tu yop. Biorlah pihak PDRM jalankan tugas mereka tanpa gangguan dan fitnah.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
05 Jamadil Awal 1432
09 April 2011

Tiada ulasan:

Nuffnang