Melawat Mahasiswa Hidap Kegagalan Buah Pinggang Posted: 21 Jan 2013 02:00 AM PST Pada 17 Januari yang lepas YB Dr Xavier Jayakumar telah melawat seorang mahasiswa yang mengalami kegagalan buah pinggang.
Thanasegaran A/L Letchaman adalah mahasiswa dalam jurusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa UEL di Stamford College, Petaling Jaya. Beliau yang mengalami kegagalan buah pinggang kini sedang menjalani rawatan Hemodialisis.
Beliau sebelum ini yang aktif bermain bola sepak kini sedang menunggu keputusan peperiksaan untuk sambung belajar di peringkat Master. Dalam lawatan tersebut YB Dr Xavier telah memberi sumbangan untuk membantu beliau membayar kos perubatan. |
Twist in Temple Saga Posted: 21 Jan 2013 01:40 AM PST PETALING JAYA: Selangor executive councillor Dr Xavier Jayakumar today claimed that the Public Complaints Bureau gave the nod to the Kajang Municipal Council to issue summons and compounds to the Sri Maha Mariamman temple in Bangi Lama, Selangor, for excessive noise during prayer sessions. "The bureau which is under the Prime Minister's Department was the one which instructed the municipal council to go ahead with the summons. People should stop making unilateral decisions," he told FMT when contacted. He said this while commenting on the temple which was issued summons and compounds by the council's enforcement officers last week for failing to adhere to the council's advice for the temple to tone down the noise level during prayer sessions, including noise from the bell before prayers are conducted, and amplifiers used to play devotional songs. The MIC Youth along with the temple management and patrons held a peaceful demonstration following the issuance of the summons and subsequently, the Kajang Municipal Council rescinded the summons and compounds. Jayakumar said even the Kajang Municipal Council president was unaware that such a summons was issued to the temple. Meanwhile, Puchong member of parliament and DAP central committee member Gobind Singh Deo said the Selangor government must punish the officer or officers responsible for issuing the summons against the temple to reduce the noise levels and cease religious activities after 6pm. "This order is simply outrageous. It is clearly against the spirit of Pakatan Rakyat and an attempt to again put Pakatan in a bad light. It is common for temples to conduct prayers between 6pm and 9pm during which time there will also be ringing of bells. This is a fact. It is well known to us and we respect this. "And there are clear guidelines in place by the state government expressly requiring all officers of local councils to refer any issue or complaints relating to religious affairs to the councils' full board before any action can be taken," he said in a statement. He said despite this, certain officers proceeded to openly defy the order. "I am of the view that this attitude among officers deliberately ignoring state directives will continue if nothing is done to deter them. The state government must show that it is serious in cases like these and take action against the officers concerned in order to send a correct and strong message to others who dare defy orders, that they too will be dealt with severely. "If no action is taken, then that will reflect weakness on the part of the state which will then have to take full responsibility for acts of defiance by their officers against their own orders in future. I call upon the menteri besar to ensure that action be taken against officers who defy orders so as to show that the state is serious in making sure that this doesn't occur again in future and that it is serious in implementing its policies and directives," added Gobind.
Source: FreeMalaysiaToday |
Mahkamah Dapati Utusan Fitnah Anwar Posted: 21 Jan 2013 01:20 AM PST Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu. Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.
Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari.
Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab. Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" itu, Utusan memetik kenyataan bekas pemimpin PAS Datuk Hasan Ali yang mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT). Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.
Sumber: Malaysiakini |
Isu Air: AMK Selangor Mahu Serah Memo Pada Sultan Posted: 21 Jan 2013 01:00 AM PST Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor akan mengadakan satu perhimpunan dan menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon campurtangan baginda dalam isu air yang melanda negeri itu.
Ketuanya Azmizam Zamanhuri berkata, perhimpunan itu akan diadakan selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Sultan Sulaiman, Klang pada 25 Januari ini.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini, beliau berkata selepas berhimpun, mereka akan berarak ke Istana Alam Shah bagi menyerah memorandum itu.
Tegasnya, dengan campurtangan dan kuasa yang diperuntukkan kepada Sultan Selangor, diharapkan dapat membantu usaha kerajaan negeri mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). "Pelbagai langkah telah diambil oleh AMK Selangor dan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor untuk menangani masalah ini namun SYABAS tidak mahu berganjak dan tidak melakukan sebarang tindakan yang membantu kerajaan negeri. "Kita merafak sembah dan menyerahkan memorandum merayu ihsan Sultan Selangor supaya berkenan untuk campurtangan dan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada baginda bagi membantu usaha kerajaan negeri dalam usaha mengambil alih SYABAS," katanya.
Sumber: Malaysiakini |
Gugur Anak, Kaki Bengkak, Air Kotor : Pengalaman Semasa Gangguan Air Syabas Posted: 20 Jan 2013 01:30 AM PST KUALA LUMPUR, 20 JAN: Kesan daripada gangguan bekalan air di Lembah Klang selama lebih dua minggu masih dirasai penduduk beberapa pangsapuri di Bandar Tun Razak, yang menceritakan pengalaman perit yang terpaksa diharungi.
Oleh kerana tiada lif, penghuni di pangsapuri Seri Melaka terpaksa mengangkat air sampai ke tingkat empat.
"Masa ketiadaan air semua susah… anak sekolah dan warga emas sampai bengkak kaki. Sampai ada kandungan yang gugur," kata Che Menah Che Mat, seorang penghuni flet tersebut.
"Isu angkat air dari tingkat bawah sampai tingkat empat. Belum sampai tingkat empat, air dah tinggal suku," katanya kepada TV Selangor. Penghuni pangsapuri tersebut antara setengah juta penduduk di Ampang, Cheras dan Gombak yang terputus bekalan air dari 29 Disember hingga ke 15 Januari Ia berpunca daripada kegagalan pam di rumah pam Wangsa Maju yang diuruskan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Siasatan Jawatankuasa Pemantau Bekalan Air Selangor mendapati kegagalan pam tersebut adalah disebabkan Syabas tidak menyelenggaranya dengan baik. Semalam, 30 orang penghuni pangsapuri tersebut mengadakan tunjuk perasaan bagi mengutuk kelalaian Syabas yang telah mengakibatkan kesulitan kepada mereka. Seorang lagi penduduk, Hisham Abbas yang tinggal di Pangsapuri Sri Penara berkata, sesetengah air yang dihantar oleh Syabas menggunakan lori tangki, didapati keruh dan kotor. Menurut Hisham, lif mereka rosak kerana terpaksa beroperasi lebih masa untuk mengangkut air ke rumah. "Kami terpaksa angkat air dari bawah ke atas dengan lif rosak. Mula-mula dua (dari tiga lif) kemudian sampai lif semua rosak. Terpaksa menggunakan tangga. "Syabas banyak duit, sampai CEO-nya gaji beribu-ribu. Tapi hantar lori tangki kecil. Berbeza dengan tangki yang dihantar (Menteri Besar), Tan Sri Abdul Khalid, tangki besar. "Tapi yang dia orang hantar, kebanyakan memang kotor dan keruh airnya," kata Hisham lagi. Mohamad Saiful dari Pangsapuri Cendana pula berkata, umat Islam mengalami kesukaran untuk berwuduk ketika solat Jumaat di Masjid An-Najihin dua minggu lalu. Beliau memuji tindakan pantas Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang membekalkan satu tangki air untuk kegunaan orang awam pada hari berkenaan. "Saya berterima kasih kepada Kerajaan Selangor dan Jawatankuasa Pemantauan yang turun ke padang melihat sendiri apa yang berlaku sekaligus memberikan tekanan untuk keadaan kembali pulih. "Ini satu penganiayaan jelas kepada penduduk dan jelas Syabas tidak cekap memandangkan air merupakan keperluan asas kehidupan," katanya. Sumber: Selangorku |
Penduduk Bandar Tun Razak Tunjuk Perasaan, Desak Syabas Undur Posted: 20 Jan 2013 01:15 AM PST BANDAR TUN RAZAK, 20 JAN: Meskipun bekalan air di beberapa kawasan Lembah Klang sudah kembali pulih, namun kemarahan orang awam terutama penduduk pangsapuri terhadap Syabas masih belum reda.
Hari ini, sekumpulan penduduk di kawasan Bandar Tun Razak berhimpun secara aman di hadapan Masjid An-Najihin bagi mendesak Kerajaan Selangor diberikan kuasa sepenuhnya mengawal operasi bekalan air.
Penyertaan hampir 30 penduduk setempat mendapat perhatian pengguna jalan raya yang membunyikan hon kenderaan sebagai tanda bantahan terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang gagal membekalkan air dengan cekap. Mereka melaungkan slogan 'Syabas Tipu', selain membawa beberapa sepanduk dan kain rentang yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan krisis bekalan air yang berlarutan lebih dua minggu. Selain itu beberapa sukarelawan mengedarkan risalah maklumat bekalan air Selangor kepada pengguna jalan raya ketika mereka berhenti semasa lampu isyarat merah. Penyelaras program yang juga Setiausaha PKR Cabang Bandar Tun Razak, Osman Karim nyata berpuas hati dengan reaksi yang diberikan penduduk setempat termasuk pengguna jalan raya yang turut merasai kesan ketiadaan bekalan air. Tegasnya, pihak bertanggungjawab diingatkan jangan terus bermain politik sehingga menyebabkan penduduk berhadapan kesukaran mendapatkan bekalan air. "Saya berpuas hati ramai yang turun kerana kita hanya memberikan petunjuk bahawa penduduk Bandar Tun Razak prihatin dengan apa yang berlaku. "Kita tidak boleh dipermainkan kerana agenda politik sehingga menyebabkan rakyat yang susah," beliau berkata ketika ditemui. Seramai setengah juta penduduk di Ampang, Gombak dan Cheras terputus bekalan air selama lebih dua minggu bermula Disember lalu, selepas rumah pam Wangsa Maju gagal berfungsi. Siasatan Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Selangor mendapati Syabas yang mengendalikan operasi rumah pam tersebut gagal menyelenggara kelima-lima pam di fasiliti itu dengan baik. Bekalan air dapat disambungkan semula pada minggu lalu setelah jawatankuasa itu campur tangan dan membantu Syabas memulihkan pam yang gagal. "Dalam hal ini kami sudah bertungkus-lumus selama tiga minggu membekalkan air mentah dan minuman kepada penduduk yang terlibat. "Adalah yang tidak adil tindakan Syabas. Kalau benar kerosakan berlaku, ternyata Syabas gagal menguruskan perkhidmatan air kepada penduduk Wilayah Persekutuan dan Selangor," ujar beliau lagi.
Sumber: Selangorku |
Hampir Semua Permohonan Untuk MyKad, Kewarganegaraan Selesai Posted: 20 Jan 2013 01:00 AM PST SHAH ALAM 20 JAN : Hampir semua 1,300 permohonan untuk kewarganegaraan yang dihantar Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar sudah diselesaikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Dr Xavier memaklumkan bahawa 85 peratus daripada 1,300 pemohon bakal mendapati pengikhtirafan kewarganegaraan yang akan membolehkan mereka diberi MyKad Biru.
Bagaimanapun, kira-kita 100 permohonan dikembalikan oleh JPN kerana butiran tidak lengkap dalam borang permohonan.
"Saya mendapat berita gembira ini oleh pihak JPN selepas mereka menyelesaikan urusan kajian mereka. "Kita akan menghubungi 100 pemohon itu bagi memaklumkan perkara terbabit seterusnya mengisi semula borang permohonan itu," katanya ketika dihubungi. Sebelum ini, Dr Xavier menyerahkan borang permohonan warganegara dan MyKad Biru kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya. Permohonan daripada rakyat Selangor yang masih tidak mendapat kewarganegaraan Malaysia dan MyKad biru. Ramai di antara mereka tidak mendapat kewarganegaraan walaupun ibu bapa, adik beradik, suami atau isteri mereka memegang MyKad Biru. Beliau menjangkakan lebih 3,000 penduduk di Selangor daripada berbagai kaum masih belum mendapat kewarganegaraan. Jumlah tertinggi katanya, adalah dari Puchong di ikuti dengan Hulu Selangor dan Klang. "Kita akan cuba membantu mereka atau mereka boleh datang berjumpa dengan saya bagi membolehkan kami mendapat maklumat pemohon," katanya. Di samping itu, Dr Xavier menggesa Kerajaan Persekutuan agar mengambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad setelah Mantan Perdana Menteri itu mengakui memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah pada tahun 1980-an. "Kita pelik. Beliau melakukan perkara itu hanya untuk membeli undi bagi menyelamatkan BN di Sabah. "Pendatang asing begitu mudah mendapatkan warganegara sedangkan penduduk yang lahir di Malaysia, tinggal di Malaysia seterusnya bekerja di Malaysia untuk kemajuan negara tidak diberi kewarganegaraan," katanya. Dr Xavier menambah tindakan beliau (Mahathir) seolah-olah mahu mencetuskan kemarahan antara kaum di negara ini. "Dia seolah sengaja mencetuskan permasalahan antara kaum. Justeru, kita perlu berhati-hati dengan beliau," katanya. Baru-baru ini, Dr Mahathir mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara. Mahathir cuba menjustifikasikan perbuatannya dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara 'lebih teruk' dengan memberi lebih banyak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak. Rabu lalu, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi.
Sumber: Selangorku |
Projek Kad Pengenalan – Mahathir Mencemarkan Nama Tunku Untuk Melepaskan Tengkuknya Posted: 18 Jan 2013 01:15 AM PST Kenyataan terkini oleh Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membersihkan dirinya daripada segala salahlaku dalam pemberian kad pengenalan haram yang sedang dalam siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja menggambarkan dirinya sebagai angkuh, tidak menyesal dan manipulator sejarah yang tidak bertanggung jawab.
Percubaan Dr. Mahathir untuk mengheret Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, dalam kekotoran ini adalah keji dan hina. Beliau cuba untuk mengaburi pandangan rakyat dengan menyamakan penipuan kad pengenalan yang dikendalikan dalam keadaan sembunyi semasa beliau memegang tampuk kuasa Perdana Menteri dengan pemberian kewarganegaraan di semenanjung Malaysia semasa era Tunku.
Beliau berterusan menghina akal kita dengan menganggap bahawa rakyat tidak berupaya untuk membezakan antara operasi gelap yang diselubungi rahsia yang sememangnya suatu jenayah dengan perkara yang berlaku dengan keputusan secara kolektif semasa pembentukan sejarah kemerdekaan kita. Maka, yang kedua itu bukanlah subjek siasatan sepertimana projek kad pengenalan tersebut. Oleh itu Dr. Mahathir harus hentikan sikap berdolak-dalih beliau yang mengalih tumpuan kita terhadap isu utama.
Projek haram ini berlaku hanya dua minggu sebelum Plihan Raya Umum 1994 dan Dr Mahathir harus berhenti berpura-pura yang beliau tidak mampu melihat kaitannya dengan konklusi yang jelas bahawa wujud skim kewarganegaraan untuk undi.
Saya tetap terkejut apabila mendapati bahawa pesalah-pesalah dalam penipuan tersebut telah menginap di rumah Aziz Shamsuddin dan membuat manfaat daripadanya sebagai pusat operasi untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu tersebut. Tidak lebih mengejutkan apabila ada keterangan bahawa Megat Junid Megat Ayub pernah mengarahkan pegawai atasan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengeluarkan resit penerimaan kad pengenalan itu.
Aziz Shamsuddin dan Megat Junid tidak mungkin mampun melaksanakan penipuan yang sebegitu rapi tanpa arahan atau persetujuan daripada orang atasan mereka, yang tentunya ketika itu adalah Dr. Mahathir.
Saya tetap dengan seruan saya bahawa Dr. Mahathir harus disiasat atas dakwaan mengkhianati rakyat dan Negara dengan menjual kedaulatan kita dengan mengizinkan skim keji ini hanya untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal di Sabah.
Mohamed Azmin Ali Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Ahli Parlimen Gombak Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa |
UMNO Jadikan Rakyat Tebusan Politik Untuk Tawan Selangor Posted: 18 Jan 2013 01:00 AM PST Tuduhan Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa Kerajaan Selangor bermain politik dalam isu air umpama menepuk air di dulang; habis terpercik ke muka sendiri. Bermain politik dalam isu air samalah seperti memperjudikan nasib dan kepentingan lebih 5 juta pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Mana mungkin kerajaan yang dibina atas sokongan rakyat ini akan berbuat demikian, apatah lagi bukan mudah untuk rakyat menumbangkan sebuah kerajaan yang telah memerintah lebih 50 tahun lamanya.
Usaha kerajaan Selangor untuk mengambilalih perkhidmatan air dengan niat semata-mata mahu menjaga kebajikan pengguna yang selama ini tidak mendapat pembelaan kerana kerajaan sebelum ini hanya mementingkan tembolok dan kroni sendiri. Rakyat dipaksa menggunakan perkhidmatan syarikat konsesi yang langsung tiada kepakaran dalam industri air menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan tidak memuaskan seperti gangguan bekalan air serta kadar tarif yang tidak munasabah.
Malangnya, selepas empat tahun berunding usaha pengambilalihan ini masih gagal kerana kerajaan Pusat tidak menyokong usaha ini lantaran lebih mementingkan syarikat konsesi daripada kebajikan rakyat.
Bukan sekadar itu, syarikat konsesi ini mendapat sokongan kuat daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang turut melemparkan tuduhan tidak berasas mengenai isu air dan menghentam usaha Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim mengambilalih perkhidmatan air.
Jadi, siapa sebenarnya yang bermain politik dalam isu air ini? Jika sememangnya kerajaan Persekutuan tidak setuju perkhidmatan air diambilalih kerajaan negeri, mengapa mereka meluluskan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membenarkan kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi? Mengapa penstrukturan air boleh dilaksanakan di Terengganu, Perak dan Melaka dan tidak Selangor?
Budak sekolah pun tahu akan jawapnnya; kerana kerajaan Selangor ditadbir Pakatan Rakyat. Jika Selangor mengurus sendiri air maka akan matilah syarikat kroni mereka. Malah, jika kerajaan negeri berjaya menguruskan perkhidmatan air dengan lebih baik, maka akan terbukti dasar penswastaan BN yang memberi konsesi kepada syarikat kroni telah gagal dan hanya mengkayakan pihak tertentu di atas kesengsaraan rakyat.
Oleh itu, tidak hairan pemimpin UMNO bermati-matian mempertahankan konsesi ini walaupun mereka sedar keyakinan rakyat terhadap syarikat ini telah hilang. Pemimpin Umno akan melakukan apa sahaja untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat Selangor di dalam isu air ini. BN percaya jika kerajaan Selangor dibenar mengambilalih perkhidmatan air maka peluang mereka untuk kembali menang di Selangor akan terus terkubur.
Kita sebenarnya telah menerima maklumat risikan bahawa Umno akan menggunakan isu air untuk mengadu domba rakyat. Meskipun demikian, kita meragui kebenaran maklumat risikan tersebut kerana mensabotaj keperluan asas harian seperti air,adalah lebih buruk dari Yahudi. Dato' Menteri Besar bagaimanapun telah mengarahkan semua PBT bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Justeru, apabila lima buah pam di Wangsa Maju tiba-tiba rosak serentak maka semua PBT di Selangor terus bergerak membantu kawasan-kawasan terlibat termasuk di Wilayah Persekutuan. Kecekapan dan sikap tolong menolong semua pihak telah mengurangkan impak sabotaj yang dilancarkan BN.
Sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak yang berkali-kali merayu agar diberi peluang untuk BN kembali mentadbir Negeri Selangor dilihat begitu terdesak. Janji Najib untuk selesaikan isu air jika BN berjaya menawan semula Selangor menguatkan bukti bahawa BN menjadikan rakyat Selangor dan Lembah Klang sebagai tebusan politik. Janji berupa ugutan tersebut lebih menonjolkan sifat buruk pimpinan Umno apatah lagi datangnya dari pemimpin tertinggi.
Md Zin sepatutnya malu untuk menuduh kerajaan hari ini berpolitik dalam isu air sedangkan pemimpin tertinggi Umno yang begitu jelas telah hilang wibawa semata-mata mahu mengambil semula Selangor.
Sukar untuk mempercayai beliau boleh mengeluarkan hujah dangkal kononnya kerajaan negeri berkuasa sepenuhnya ke atas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) kerana SYABAS adalah anak syarikat kerajaan negeri. Jika SYABAS anak syarikat kerajaan Selangor, kita tidak akan berdepan dengan masalah sebegini.
Seperti dijelaskan Dato' MenteriBesar, Kerajaan Selangor hanya mempunyai saham 30 peratus dalam SYABAS manakala pemegang saham ter besar adalah Puncak Niaga dan Kementerian Kewangan Diperbadankan pemegang saham emas. Golden Share atau saham emas dalam syarikat konsesi ini yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan sebagaimana termaktub di dalam WSIA. Malangnya Kerajaan Persekutuan lebih suka berpolitik dan mengutamakan kepentingan kroni berbanding rakyat teramai.
Jika Mohd Zin mahu menjadi jaguh dalam isu air ini, seloknya beliau membuat kajian dan penyelidikan yang lebih mendalam agar sekurang-kurangnya mempunyai sedikit kredibiliti ketika membuat tuduhan ke atas Pakatan Rakyat.
FAEKAH HUSIN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR |