Isnin, 21 Januari 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


UTUSAN SINONIM PENYEBAR FITNAH

Posted: 21 Jan 2013 03:08 AM PST

Saman Khalid Samad  Utusan kalah lagi

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad. Pada 21 November lalu Hakim Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 bertajuk 'ZULKIFLI BIDAS 'PAK JANGGUT' " adalah memfitnah ke atas Khalid Samad. Laporan penuh di SINI

  Mahkamah dapati Utusan fitnah Anwar

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu.

Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari.

Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" itu, Utusan memetik kenyataan bekas pemimpin PAS Datuk Hasan Ali yang mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.

sumber; malaysiakini

Tiada ulasan:

Nuffnang