ZULKIFLI BIN NOORDIN |
Posted: 08 Mar 2011 11:55 PM PST Salam 2 all. Berikut kenyataan Ketua Pemuda DAPSY (DAP SocialistYouth) Anthony Loke mengenai punca kekalahan PAS di Merlimau dan Kerdau, dan punca merosotnya undi Cina kepada PAS khususnya dan Pakatan pembangkang umumnya: "The DAP believes that the ban on the sale of lottery tickets and the prohibition against Valentine's Day celebrations affected Chinese votes in the Kerdau and Merlimau by-elections. DAP Socialist Youth chief Anthony Loke Siew Fook said the approach taken by PAS on the two issues recently had created fear and confusion among the Chinese. - The Star "DAP percaya pengharaman penjualan tiket loteri dan larangan sambutan valentin memberi kesan kepada pengundi Cina dalam pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau. Ketua Pemuda DAPSY Anthony Loke Siew Fook menegaskan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam dua isu tersebut baru-baru ini menimbulkan ketakutan dan kekeliruan dikalangan masyarakat Cina - The Star". Pada teman, kenyataan ini membuktikan keangkuhan dan cauvinisnya sikap DAP walaupun terhadap rakan sekongkolnya PAS yang telah banyak diperkudakan mereka selama ini. Pengorbanan PAS kepada Pakatan pembangkang bukan sedikit, daripada penggunaan jentera PAS dalam segala macam program termasuk pilihanraya, sehingga ke peringkat ada pemimpin PAS mengisytiharkan sanggup mati untuk pemimpin DAP!!! Tup..tup..bila PAS kalah dalam beberapa siri pilihanraya kecil dari Galas ke Tenang dan kini termasuk Merlimau dan Kerdau baru-baru ini, DAP tanpa segan silu dan penuh kebiadapan menuding jari menyalahkan PAS! Pada teman, ini adalah cara ALLAH memberi penampar-pelempang kepada kepimpinan dan ahli akar umbi PAS supaya bangkit sedar daripada mimpi indah yang dibuaikan kepada mereka akibat berkhalwat sekongkol-sebantal dengan DAP! Teman mengambil pendirian bahawa Kerajaan PAS mengambil sikap yang betul mengharamkan judi loteri dan melarang sambutan valentin. Bukan sahaja kedua-duanya tidak Islamik, malahan ianya pembawa dan punca penyakit didalam masyarakat, tidak kira apa agama dan bangsa. Judi loteri melahirkan masyarakat berhutang, menimbulkan masalah Ah Long dan banyak lagi. Pagi tadi satu berita dilapurkan mengenai seorang wanita Cina kehabisan RM200,000-00 dimeja perjudian semata-mata untuk menebus kekalahan RM500-00 yang dialaminya! Valentin bukan sahaja difatwakan haram, ianya salah satu punca penyakit sosial yang melanda negara ini, termasuk kes pembuangan bayi! Sebagai umat Islam, kita memandang judi, zina dan lain-lain sebagai dosa besar. Jangankan melakukannya, menghampirinya pun dilarang. Dan kita mematuhi perintah itu kerana iman kita, kerana disuruh ALLAH. Dan ALLAH menjanjikan penduduk suatu negeri yang patuh dan beriman kepada ALLAH kemakmuran dan keberkatan. Pembangunan ekonomi, macam mana hebat pun, tetapi tidak mendapat keberkatan daripada ALLAH, pasti akan merudum, akan hancur. Lihat tamaddun Fir'aun, lihat tamaddun Namrud. Keberkatan, kemakmuran, keamanan, kestabilan dan lain-lain adalah hak ketentuan ALLAH untuk dianugerahkan kepada sesiapa juga yang Dia kehendaki! Pada pandangan teman, kenyataan kepimpinan DAP menuding jari kepada PAS sebagai punca kekalahan dan pengurangan undi kaum Cina adalah sekadar cubaan menutup kelemahan mereka sendiri. Mereka mahu menutup hakikat bahawa rakyat, termasuk kaum Cina, sudah muak dengan politik pootar-belit dan pootar-Poosingh yang diamalkan oleh Pakatan pembangkang. Mereka mahu menyembunyikan angin perubahan yang sudah melanda dikalangan rakyat. DAP adalah sekadar parti Depa Auta PooSing sahaja!!! Sebenarnya, rakyat sendiri sudah muak dengan politik pembohongan, cakap tak serupa bikin, politik tunggang-tonggeng Pakatan pembangkang ini termasuk dikalangan kepimpinan DAP. Kempimpinan DAP sebenarnya mahu menyembunyikan hakikat sebenarnya rakyat umum, khususnya kaum Cina sudah mula menyedari tembelang mereka dan mula meninggalkan Pakatan pembangkang. Antaranya perkara yang menjadi punca kekeliruan dan ketakutan kaum Cina kepada Pakatan pembangkang khususnya DAP ialah : 1. Contohnya, ramai yang keliru dengan peranan talam-2-muka Pengerusi DAP Karpal Singh yang pada 22.10.1997 dalam Parlimen mendedahkan Anwar terlibat dengan amalan homoseks & liwat, tetapi sekarang menjadi loyer membela Anwar daripada pertuduhan liwat! Kong kali kong, wal hasil balik asal. Pengikut tegar DAP pun ada yang keliru yop!!! Kompius kompius!!! 2. Ramai juga yang bertanya mengapa Karpal tidak menasihatkan Anwar supaya memberikan sampel DNA kepada Mahkamah untuk dijadikan perbandingan dengan DNA sperma yang dijumpai didalam dubur Saiful. Ramai yang hairan kalau benar Karpal dan DAP benar-benar mahu mengeakkan keadilan, dan yakin Anwar tidak bersalah, Karpal sebagai peguam Anwar sepatutnya menasihatkan Anwar supaya tidak berselindung disebalik teknikaliti undang-undang, sebaliknya berani memberikan sampel DNA nya untuk dinilai oleh Mahkamah. Kegagalan berbuat sedemikian menyebabkan ramai rakyat, termasuk pengikut DAP sendiri yang mula ragu-ragu, bukan sahaja dengan Anwar, malahan terhadap kepimpinan DAP!!! Kompius kompius!!! 3.Ramai juga yang keliru mengapa kepimpinan DAP, terutamanya Karpal masih lagi boleh bersekongkol dengan Anwar setelah pembohongan 16 Sept terbongkar. Mereka bertambah hairan dan keliru kerana Karpal PooSingh sendiri telah membuat kenyataan menempelak Anwar dan mendesak supaya Anwar bertaubat dan mengundurkan diri. Tau-tau, bukan sahaja Pengerusi DAP terus menerus bersekongkol dengan Anwar, malah beriya-iya pulak menjadi loyer Anwar dalam kes meliwat stafnya Saiful!!! Kompius kompius!!! 4. Begitu juga ramai rakyat termasuk kaum Cina keliru mengapa kepimpinan DAP masih menyokong Anwar sedangkan Parlimen telah menggantung Anwar kerana berbohong didalam Dewan mengenai isu APCO. Ramai pengikut DAP juga keliru kerana mereka menjangkakan kepimpinan DAP yang selalu menyalak tentang kebenaran tiba-tiba masih mahu bersekongkol dengan pembohong saperti Anwar!!! Kompius kompius!!! 5. Selanjutnya, kaum Cina khususnya pengikut DAP ramai yang kehairanan mengapa kepimpinan DAP saperti Karpal, Kitsiang atau anak lakinya tidak menjadi Ketua Pembangkang, sedangkan DAP sekarang mempunyai kerusi pembangkang terbanyak didalam Dewan dengan 28 kerusi. Mereka hairan mengapa kepimpinan DAP masih mahu mengekalkan Anwar sedangkan PKR hanya mempunyai 21 kerusi, malahan PAS mempunyai lebih dengan 23 kerusi. Mereka merasakan saperti ada sesuatu yang tidak kena bila kepimpinan DAP yang selalu menyalak tentang demokrasi tiba-tiba memilih tidak mengamalkan demokrasi dengan mengambil alih kerusi Ketua Pembangkang. Dan yang mengejutkan ramai kaum Cina termasuk pengikut DAP, kepimpinan DAP masih mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau sudah digantung sebagai Ahli Parlimen!!! Kompius kompius!!! 6. Ramai juga dikalangan kaum Cina termasuk penyokong dan pengikut DAP kehairanan bagaimana Karpal masih boleh bersekongkol dengan PAS yang ceritaya mahu berjuang untuk menubuhkan sebuah negara Islam, sedangkan Karpal pernah mengisytiharkan "langkah mayat saya dulu!!!". Sehingga ada pengikut DAP yang mula ragu-ragu adakah kemungkinan Karpal juga sudah bersetuju dengan PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam? Kerana kalau mengikut kenyataan Mursyidul Am PAS, kepimpinan DAP sekarang sudah semakin insaf dan sedar tentang perjuangan PAS. Malah ada yang tidak akan terkejut kalau tiba-tiba ada orang mohon kad pengenalan baru untuk menukar nama kepada Abdul Kapal Singah?? Kompius kompius!!! 7. Kehairanan, kekeliruan dan ketakutan kaum Cina termasuk pengikut DAP menjadi bertambah apabila ada pemimpin PAS mengisytiharkan sanggup mati untuk Karpal! Mereka menjadi keliru dan hairan; takkan pemimpin "pejuang-pejuang yang mengisytihar diri sebagai tulin dan asli Islam" ini sanggup mati untuk Karpal yang pernah sanggup mati untuk menafikan Islam, melainkan sebenarnya kepimpinan DAP termasuk Karpal sudah mula "berlembut dan berjinak" dengan PAS saperti yang disebut oleh Mursyidul Am PAS itu!? Silap-silap sudah bersedia untuk berjumpa Tok Mudim!!! Kompius kompius!!! Sebenarnya teman boleh baris dan aturkan banyak alasan dan sebab yang menjadi punca mengapa kaum Cina, termasuk pengikut DAP yang bukan sahaja keliru dan hairan dengan gelagat kepimpinan DAP ini, malah menjadi takut dengan trend politik mereka yang terlalu cauvinis, rasis, cakap tak serupa bikin, tunggang-tonggeng dan tonggang-terbalik. Semuanya hanya untuk menghalalkan mereka merampas Putrajaya, mencapai cita-cita manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan! Kepada para para ustad, ilmuan, pemuda, muslimah dan ahli akar umbi PAS, sedarlah bahawa sebenarnya kekuatan PAS letaknya pada perjuangan Islam yang dislogankan selama ini. Cita-cita menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam yang dtakbirkan selama ini itulah yang menjadi gam cop gajah yang membuatkan ada orang Melayu menyokong PAS. Tetapi persekongkolan PAS dengan Anwar yang terbukti pembohong dan DAP yang terang-terang kafir harbi yang menentang penubuhan negara Islam telah menyebabkan sokongan kepada PAS makin merosot. Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau adalah isyarat jelas daripada orang Melayu bahawa mereka sudah mula meragui keikhlasan PAS untuk memperjuangkan sebuah negara Islam saperti yang dikompangkan selama ini. Dan yang paling menggerunkan, bukan sahaja orang Melayu, dikalangan ahli dan penyokong PAS sendiri sudah mula timbul keraguan itu. Pada pandangan teman, PAS masih punya masa untuk menyelamatkan diri. Formulanya mudah, kembali kepada perjuangan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah. Mufaraqahlah daripada para pembohong dan kafir harbi. Berjuanglah atas nama Islam, tanpa bergantung kepada pembohong dan kafir harbi. Bantulah diri kamu sendiri, bantulah agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu. Firman ALLAH, "intan surullah hayyan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - bantulah agama ALLAH dan pasti ALLAH akan bantu kamu". Dan PAS boleh membantu agama ALLAH bermula dengan menceraikan Anwar (dan penyembah-penyembah Anwar dalam PAS) & DAP dengan talaq 3, dan kembali kepada Al Quran & Sunnah. Insyallah kebenaran dan kemenangan akan bersama mike semua kelak. Wallahua'lam dan Wassalam. Zulkifli Bin Noordin Rabu 04 Rabi'ul Akhir 1432 09 Mac 2011 |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |