Rabu, 9 Mac 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


SEMINAR PILIHAN RAYA PEMUDA TELUK INTAN

Posted: 09 Mar 2011 06:06 AM PST


TELUK INTAN, 6 Mac - Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan telah berjaya menganjurkan Seminar Pilihan Raya Pemuda dengan tema Mempertahankan DUN Changkat Jong. Seminar bermula pagi dan tamat pada sebelah petang tersebut telah membariskan tiga orang pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Nik Muhammad Abduh bin Nik Abdul Aziz, Ustaz Riduan Mohd. Nor dan Ustaz Nazri Din. Seminar telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Ustaz Nazri Din menyampaikan kertas kerja pertama pada sebelah pagi.
YB Anuar merasmikan seminar.

Selain daripada dihadiri oleh pemuda-pemuda Teluk Intan, seminar tersebut juga turut dihadiri para pemuda dari kawasan Bagan Datoh dan Pasir Salak. Tiga kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut yang banyak menyentuh tentang peranan pemuda dalam gerak kerja dakwah dan pilihan raya.
Ketua Pemuda PAS Teluk Intan bersama dengan YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail.

Majlis telah dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin. Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail bin Che Nik.
Ustaz Riduan menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Kg. Air Hitam.

Kemudian, ketiga-tiga pimpinan Pemuda Pusat tersebut telah dibawa ke masjid dan surau di sekitar Teluk Intan bagi menyampaikan kuliah Maghrib. Ustaz Nik Muhammad Abduh menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Kg. Sungai Samak, Ustaz Riduan Mohd. Nor di Surau Kg. Air Hitam dan Ustaz Nazri Din di Surau Diri Jumaat Taman Melor.
YB Anuar bersama pimpinan DPP Pusat.
Kehadiran Ustaz Nik Abduh ditunggu-tunggu oleh hadirin.

Selepas Isya', mereka telah menyampaikan ceramah masing-masing di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan. Banyak isu nasional dan antarabangsa telah disentuh oleh ketiga-tiga penceramah. Sebelum itu, YB Anuar telah menyampaikan ceramah beliau.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang