Nurul Izzah Anwar |
Forum : Demokrasi dan Pilihanraya : Prospek & Cabaran Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 Posted: 08 Mar 2011 08:00 PM PST Alhamdulillah, setelah sekian lama, saya diberikan peluang untuk masuk ke Universiti tertua di Malaysia iaitu Universiti Malaya dalam satu forum anjuran UMCEDEL bertajuk Demokrasi dan Pilihanraya : Prospek & Cabaran Menjelang Pilihanraya Umum ke-13. Bersama saya juga Dato’ Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan YB Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap. Saya mengupas isu-isu politik semasa antaranya Politik Perkauman sempit yang ditolak rakyat, kebebasan media disekat, perbandingan kerajaan di negeri Pakatan Rakyat & Barisan Nasional dan Buku Jingga. Perlunya ada kerjasama Dwi-Partisan seperti Utusan Rakyat yang akan diperkenalkan dan pemansuhan Akta Darurat yang sedia ada. Saya ucapkan terima kasih pada Prof. Redzuan Othman dan AJK UMCEDEL kerana menjemput saya dan InsyaAllah peluang yang diberikan sebegini perlu dibuka seluasnya untuk pemimpin tidak kira kerajaan mahupun pembangkang untuk menyatakan agenda masing-masing di Universiti. |
You are subscribed to email updates from Nurul Izzah Anwar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan