SPR Bersifat Defensif Sepanjang Wacana, Salahkan Agensi Lain Posted: 27 Jul 2011 06:30 AM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 27 JULAI : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat bersifat defensif dan mengelak dari mengambil tanggungjawab di atas kepincangan sistem pilihan raya di negara ini.
Beberapa soalan yang diajukan peserta Wacana "Apa Selepas 9 Julai" semalam ditepis Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai salah agensi-agensi kerajaan yang lain.
Misalannya kewujudan pengundi yang meragukan dalam daftar pemilih dikatakan berpunca dari kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara mengemaskini data warganegara, ataupun keluarga pengundi mati hidup semula tidak memaklumkan kematian anggota keluarga berkenaan kepada JPN.
"Daftar pemilih kita ini dari 1959. Daftar pemilih yang sama dikitar sampai ke sekarang. Di bawah Perlembagaan tiada kuasa dapat keluarkan nama pengundi tanpa pengesahan dari jabatan berwajib.
"Tetapi kalau sudah waris tak melapor pada JPN, macam mana pengkalan data nak kemaskini yang si anu itu dah meninggal dunia,"katanya.
Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad berkata soalan yang diajukan para peserta wacana terlalu spesifik dan lebih layak diajukan kepada kerani SPR.
"Tadi Datuk Wan beritahu, bagi orang yang mati, warisnya kena maklumkan baru dikeluarkan (dari daftar pemilih). Bagi askar, polis, pelajar di luar negara, macam mana nak keluarkan? ,"soal salah seorang peserta wacana semalam.
Namun jawapan yang diharapkan, tidak diberikan oleh Wan Ahmad yang kemudiannya mengundang 'boo' oleh peserta wacana itu.
"Soalan anda terlalu teknikal. Kita ada pelbagai peringkat...saya bercakap sebagai dasar, tuan-tuan cakap pasal budak kerani punya kerja.
"Tuan-tuan tak boleh berbincang,"kata Wan Ahmad.
Selepas itu, moderator wacana itu, Wan Saiful Wan Jan meminta wacana itu ditamatkan atas arahan pihak atasan.
" Okay ini sahaja masa yang kita ada. Saya dimaklumkan bukan sahaja kita diminta untuk berhenti, tapi nak gulung pun tak sempat sebab ada arahan dari atas. Bukan Karangkraf, tapi atas lagi,"kata beliau. Wacana anjuran Karangkraf semalam menyaksikan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Wan Ahmad berdepan dengan cemuhan hadirin mengenai hala tuju sistem pilihan raya di negara ini.
Wan Ahmad yang di'boo' terpaksa meminta hadirin bertenang dan memberikannya ruang untuk memberikan penjelasan.
Manakala Ambiga pula berdepan dengan hadirin yang mendakwa kononnya Bersih tidak mengambilkira kepentingan rakyat dalam menganjurkan himpunan 9 Julai lalu.
tv selangor/- |
Sambutan kuning untuk PM di KL Sentral: 10 ditangkap Posted: 27 Jul 2011 06:00 AM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.
"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap," kata Fareez kepada Malaysiakini.
Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.
Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.
Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini. Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.
Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai di stesen itu.
Sementara itu, dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata tangkapan itu dibuat ke atas sekumpulan orang awam yang memakai baju kuning dan membuat kacau.
"Berhubung majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang di KL Sentral, polis KL telah tangkap seramai sepuluh orang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan di KL Sentral di Kuala Lumpur.
"Semasa tangkapan suspek memakai baju kuning tanpa apa-apa perkataan dan melaungkan reformasi. Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau," tulisnya.
Menurut Suffian semua tahanan itu kemudiannya dibebaskan selepas percakapan mereka dirakamkan polis untuk siasatan lanjut.
malaysiakini-/ |
Video polis Bersih 2.0 tak laku Posted: 27 Jul 2011 05:30 AM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 27 Julai: Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.
Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, dengan itu, pihak PDRM hanyalah melakukan kerja yang sia-sia dan membazirkan wang rakyat untuk menghasilkan video itu kerana ia tetap tidak diminati oleh orang ramai.
Menurut beliau, nasib video polis itu samalah seperti nasib filem-filem negara yang sememangnya tidak menarik minat orang ramai untuk menontonnya walaupun pembikinannya mengambil masa agak lama dan memakan belanja yang besar.
Katanya, untuk tidak mensia-siakan pembikinan video itu, pihak kerajaan kini terpaksa memaksa stesyen-stesyen TV di tanah air menyiarkannya tetapi usaha tersebut tetap gagal, apabila hanya pihak RTM sahaja yang sudi menayangkannya.
"Keengganan stesen-stesen TV lain khususnya TV swasta untuk menayangkan video polis itu kerana diyakini video itu tidak akan menarik perhatian orang ramai untuk menontonnya, malah kalau disiarkan pasti akan memberikan kesan buruk kepada stesen-stesen TV itu sendiri.
"Kini media-media utama tanah air yang dikuasai kerajaan sudah tidak lagi dipercayai oleh orang ramai. Sekiranya video polis itu juga turut disiarkan, orang ramai pasti akan menjadi lebih tidak mempercayai stesyen-stesyen TV berkenaan. Menyedari hakikat itulah stesen-stesen TV swasta enggan menyiarkannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seruan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat negara ini hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayangkan oleh PDRM berhubung himpunan Bersih 2.0.
Menurut Mahfuz, saranan Rais itu sememangnya menggelikan hati kerana ia jelas membuktikan video tersebut tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya, sehingga menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menggunakan Menteri Penerangan untuk membuat publisiti mengenainya dan membuat seruan seperti itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga yakin pihak RTM sendiri sebenarnya turut tidak berminat untuk menyiarkan video itu, tetapi ia terpaksa disiarkan juga kerana terpaksa setelah dipaksa oleh kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang.
"Rakyat negara kita sekarang sudah semakin cerdik. Rakyat sendiri tahu yang mana video yang bermutu dan yang mana video yang tidak bermutu.
"Rakyat sendiri tahu yang mana video yang benar dan yang patut ditonton dan yang mana video yang tidak benar yang tidak patut ditonton malah kalau ditonton pasti hanya menggelikan hati.
"Oleh itu, pihak kerajaan sendiri dapat mengambil pengajaran dari nasib malang yang dialami oleh video polis itu untuk mengetahui realiti sebenar tentang rakyat di negara kita sekarang yang sudah tidak boleh diputarbelitkan lagi," tegas beliau.
Malah semakin diputarbelit, tegas beliau, rakyat akan menjadi semakin marah dan meluat dengan kerajaan sehingga menyebabkan segala tindakan kerajaan sekarang akan menjadi pertikaian di kalangan rakyat.
"Begitulah nasib kerajaan BN kini setelah sekian lama memerintah dan setelah sekian lama memutarbelit dan menzalimi rakyat dalam pelbagai aspek," ujar beliau.
harakahdaily/- |
Kadar parkir di Melbourne, Sydney antara paling mahal Posted: 27 Jul 2011 02:00 AM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
SYDNEY: Sydney dan Melbourne mempunyai kadar parkir paling mahal di dunia ketika kedua-dua bandar raya berkenaan berusaha menggalakkan penduduk meninggalkan kereta mereka di rumah untuk ke tempat kerja, menurut satu kajian semalam.
Kajian Kadar Parkir oleh Colliers International mendapati Oslo, Norway sebagai tempat parkir paling mahal di dunia dengan kadar AS$89.04 (RM267) sehari, diikuti oleh Copenhagen di Denmark, AS$73.11 (RM219), kemudian Melbourne, AS$69.53 (RM209) dan Sydney AS67.42 (RM202).
Ibu negara Indonesia, Jakarta mempunyai kadar parkir paling murah daripada 156 bandar raya yang dikaji, iaitu AS$0.92 (RM2.76).
Pengarah kajian kebangsaan Colliers, Nerdida Conisbee berkata, levi majlis tempatan dan kerajaan melonjakkan kos di daerah perniagaan utama bandar raya Australia. - AFP |
Anwar: Dolak dalik k'jaan alasan bebaskan PSM6 Posted: 27 Jul 2011 01:51 AM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sikap tidak konsisten dan dolak dalik kerajaan berhubung tahanan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengikut Ordinan Darurat adalah alasan utama bagi membebaskan mereka.
Dalam satu kenyataan di blognya, alasan keenam-enam mereka yang ditahan kerana didakwa terbabit dengan aktiviti subversif sebelum bertukar pula kepada terbabit merancang perhimpunan BERSIH 2.0 adalah tidak berasas sama sekali.
"Ternyata itu merupakan helah pemerintah untuk memburuk burukkan BERSIH 2.0. semata-mata," kata Anwar.
Keenam-enam mereka adalah ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar, M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu yang ditahan mengikut EO sejak 2 Julai lalu.
Mereka yang kini dikenali sebagai PSM6 - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.
Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir tetapi polis berhak melanjutkannya selama 30 hari lagi.
Sambil menuntut pembebasan segera keenam-enam individu yang dipercayainya mangsa "manipulasi politik", Anwar berkata perkara itu penting kerana ada kemungkinannya mereka yang ditahan itu dikasari pihak polis semasa disoal siasat. Manipulasi politik
"Kita prihatin dengan perkembangan mutakhir ini, apabila ada antara mereka yang kini mendapatkan rawatan di hospital namun tidak dibenarkan bertemu hatta dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
"Adalah tidak munasabah buat polis tidak membenarkan pihak keluarga bertemu dengan enam pemimpin itu semenjak dari 15hb Julai lagi.
"Tidak ada sebab untuk menghalang mereka dari bertemu kecualilah kebimbangan kita bahawa tahanan tersebut dianiaya punya asasnya," katanya.
Sehubungan itu, Anwar berkata sewajarnya Menteri Dalam Negeri prihatin dengan gesaan rakyat yang kini menuntut kerajaan supaya tidak bertindak sewenang wenangnya dan menyalahguna kuasa.
"Ketika perhimpunan BERSIH 2.0 itu rakyat menyaksikan ada sesegelintir dari pihak polis bertindak keterlaluan dan melampaui batas.
"Kita tidak mahu tugas pasukan polis, iaitu untuk melindungi keselamatan orang awam terjejas akibat manipulasi politik pemerintah," katanya.
Justeru, kata Anwar yang juga ketua umum PKR, Pakatan Rakyat beriltizam meningkatkan kempen di seluruh negara, demi menerangkan kepada rakyat, kezaliman kerajaan yang bukan sahaja terhadap enam individu itu tetapi juga terhadap seluruh mangsa tahanan tanpa bicara seumpama yang terkandung dalam Ordinan Darurat.
"Undang-undang usang yang menindas itu, tidak lagi untuk melindungi keselamatan negara, bahkan sebaliknya dimanipulasi demi membungkam suara-suara yang tidak sependapat dengan pemerintah," katanya.
MALAYSIAKINI/- |
Pelajar hilang 4 hari ditemui mati di Pattaya Posted: 27 Jul 2011 01:30 AM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
SYAFIQ...terjatuh dari kondominum KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun dan dilaporkan hilang oleh keluarganya selama empat hari akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya beribu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Batu Pahat, Johor ditemui mati akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Pattaya, Thailand, 23 Julai lalu.
Menurut laporan akhbar dalam talian, pattayaone.net, siasatan polis Thailand mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14, Niran Grand Condominium di Soi Arunothai, berdasarkan penemuan barangan peribadi mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di sebuah unit di aras berkenaan.
Butiran tiket menunjukkan mangsa sepatutnya kembali ke Malaysia sehari sebelum penemuan mayatnya.
Penghuni kondominium itu juga mendakwa tidak mengenali mangsa dan sebab kehadirannya di Thailand masih dalam siasatan polis.
Berdasarkan laporan itu, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai membunuh diri namun siasatan lanjut akan dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Bangkok. Sementara itu jurucakap Wisma Putra mengesahkan kematian mangsa.
MY METRO/- |
Pemuda PAS 'simpati' pada ulama muda Umno Posted: 27 Jul 2011 01:20 AM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini berkata beliau bersimpati dengan 40 ulama muda Umno yang terus dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan keganasan walaupun didakwa sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan.
Antara tindakan itu, tambahnya, apabila kumpulan itu menyerang PAS dalam isu kontroversi Festival Fesyen Islam (IIF) dan menempelak penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0.
"Ternyata usaha ulama muda Umno tidak langsung dihargai, kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata-rata.
"Saya tidak pasti apakah benar matlamat mereka menyertai Umno adalah untuk menyelamatkan diri mereka dari terus dilabel sebagai wahabi dan pengganas atau tidak," dakwanya.
Bagaimanapun, katanya, beliau bersyukur apabila bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin tidak "terpedaya" walaupun dihulur "bantal empuk" menyertai Umno bersama kumpulan itu pada Jun tahun lalu.
Malaysiakini pada Isnin melaporkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya pada hari sama, bekas Dr Asri dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.
Menulis dalam blognya malam tadi, Nasrudin - graduan Universiti Al-Azhar, Mesir - juga menyindir Pemuda Umno yang tidak membela kumpulan itu walaupun dalam masa sama mempertahankan Dr Asri.
"Apakah Pemuda Umno merasakan ulama muda Umno ini menjadi saingan mereka lalu membiarkan mereka dipalit label pengganas?" soalnya sinis.
Bagaimanapun, Nasruddin yang mengakui mengenali sebahagian anggota ulama muda Umno berkata, melalui raut wajah dan sosok tubuh, tidak tergambar di fikirannya bagaimana mereka boleh tersenarai sebagai pengganas.
"Kini saya termenung di anjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 ulama muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya.
"Berbaloi digelar 'pengganas' oleh kerajaan Umno dan BN kerana menentang mereka," tulisnya lagi dalam artikel itu.
HARAKAHDAILY/- |
Pemuda PAS Bersedia Tawan Parlimen di Sarawak Posted: 27 Jul 2011 01:00 AM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak telah berjaya mengadakan Ijtima' Pemuda PAS Neg=ri Sarawak (IMPAK 2.0) pada 23-24 J=lai 2011. IMPAK 2.0 telah diadakan di Markaz PAS Sarawak di Kuching dengan kehadiran lebih 100 orang pemuda PAS Sarawak yang terdiri daripada ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan. Antara kawasan yang hadir adalah Limbang, Miri, Sibuti, Bintulu, Sibu, Sarikie, Lubok Antu, Sri Aman, Samara=an, Batang Lupar, Batang Sadong dan Petrajaya.
IMPAK 2.0 pada kali ini amat bermakna bagi pemfokusan gerak-kerja pemuda PAS Sara=ak terutama selepas Pilihanraya DUN Sarawak yang lepas dan persediaan menghada=i Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Segala kelemahan dalam pilihanraya negeri yan= lepas telah dikenalpasti dan telah dicari cara penyelesaian bagi permasalah=n tersebut.
Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka sekitar hujung tahun ini atau awal tah=n hadapan, Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak mensasarkan untuk memenangi sekura=g-kurangnya 2 kerusi Parlimen dengan penyusunan gerak-kerja jentera sebelum dan semasa pilihanraya berlangsung. Selain itu, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Sara=ak akan terus diteguhkan dengan usaha daftar pemilih secara bersama.
IMPAK 2.0 telah dirasmikan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, Timbalan Ketua Pemuda P=S Malaysia dan penutup dirasmikan =leh Saudara Khairul Faizi, Setiausaha Pemuda PAS Malaysia. Turut bersama-sama menjayakan IMPAK 2.0 kali ini adalah Dr Zuhdi Marzuki Pengarah Jabatan Stra=egi Pemuda PAS Malaysia dan Ir. Hj. Khairil Nizam, Bendahari Pemuda PAS Malaysia.
|
Kematian Teoh: BN patut dipersalahan, kata Lim Posted: 27 Jul 2011 12:31 AM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
BN harus memikul tanggungjawabnya yang mencipta raksasa di kalangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga menyebabkan kematian pembantu politik Teoh Beng Hock, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Lim berkata laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang diumumkan baru-baru ini dengan jelas menghuraikan betapa gerunnya cerita di sebalik pencabulan kuasa yang dimiliki SPRM ketika Teoh dalam tahanan mereka.
"...kita yang membiarkan Parlimen meluluskannya (Akta SPRM 2009), beri mereka tambahan kuasa dan dana, serta segala sokongan. Apa yang terjadi? Ia menjadi raksasa," katanya pada wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.
Lim, yang mencatatkan pembabitan 45 tahun aktif dalam politik tahun ini juga menuduh BN memperkudakan SPRM, khususnya SPRM Selangor dalam agenda politik untuk merampas kembali negeri itu daripada pemerintahan Pakatan Rakyat.
Katanya laporan suruhanjaya itu adalah dokumen pertama yang dibacanya sejak menjalani pembedahan pada mata kirinya April lalu. Hasil rumusannya, Lim berkata tindakan pegawai dan anggota SPRM itu jelas "menghina mahkmah" dan mencabuli kuasa bagi menjalankan operasi ke atas wakil rakyat Pakatan yang dipilih oleh rakyat tanpa sebarang asas.
Sasaran Lim ditujukan kepada timbalan pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim, yang didakwanya berkhidmat mengikut telunjuk BN melalui anggotanya yang dibawa bagi menyiasat dan menyerbu bos Teoh - ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Katanya, Hishamuddin, yang kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai pengarah SPRM Negeri Sembilan selepas mengetuai "operasi besar-besaran" dengan "melanggar undang-undang demi undang-undang, bukan sahaja SOP (standard operating procedures) tetapi semua undang-undang".
"Ini amat jelasa. Hishamuddin adalah timbalan pengarah tetapi beliau bertindak seolah-olah beliau lebih berkuasa daripada pengarah dan malah bertindak tanpa merujuk arahan ibu pejabat.
"Ini bukan setakat operasi anti rasuah. Ini pasti agenda politik untuk tumbangkanPakatan di Selangor dengan menyerang ADUN DAP, Pakatan.
"Jika tidak, macam mana seseorang timbalan pengarah mempunyai kuasa sebegitu besar? Bertindak dan mempercyai dirinya kebal dan boleh terlepas daripada hukuman? Dan dia bukan orang baru. Dia ada 19 tahun (pengalaman) dalam SPRM dan tiba-tiba bertindak sebegitu angkuh.
"Saya pasti beliau menjalankan agenda politik dan ini hanya boleh membawa maksud ia agenda BN untuk gulingkan (Pakatan)," kata Lim.
malaysiakini/-
|
Kita semua jadi mangsa Umno BN Posted: 27 Jul 2011 12:00 AM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
Sudah dua kali hak saya sebagai warganegara Malaysia dihalang untuk bebas bergerak dan bersuara.
Pertama pada 9hb Julai 2011 saya dihalang untuk berada di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan semalam saya pula dihalang untuk mengajukan soalan kepada Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Bin Wan Omar kononnya atas arahan orang atasan.
Walaubagaimana pun saya mengucapkan tahniah kepada Sinar yang telah menganjurkan "Dialog Apa selepas 9 Julai?" dengan mempertemukan Bersih 2.0 dan SPR. Bersih 2.0 telah dianggap sebuah pertubuhan haram oleh Menteri Dalam Negeri.
Secara tidak langsung Sinar sudah berani menyangah pandangan Menteri Dalam Negeri dan lebih mirip kepada pandangan Timbalan Menteri Pendidikan YB Saifuddin Abdullah yang menggangap Bersih 2.0 bukan sejenis pertubuhan tetapi sejenis aktiviti NGO yang berdaftar.
Sebenarnya saya mahu mengajukan beberapa soalan kepada Datuk Wan Ahmad iaitu berkaitan dengan Double Voting, Daftar Pemilih, Pengundi Pos dan Advance Voting.
Pada 7hb Oktober 2009 telah diadakan pertemuan antara SPR dan pemimpin PAS yang dianggotai oleh Dato Mustafa Ali , Dato Abdul Halim Abd Rahman, Tuan Hj Mohzit bin Mohid dan saya sendiri.
Pemuda PAS telah mengemukakan senarai 253 pengundi pos yang bertindan.
Mereka mempunyai nama sebagai pengundi pos di Bagan Pinang tetapi mempunyai nama yang sama di tempat lain. Pertindanan ini telah berlaku dalam pilihanraya umum 2008.
Dalam perbincangan itu SPR telah berjanji untuk menghapuskan pertindanan ini. Malangnya pertindanan ini masih lagi berlaku pada tahun 2011. Pertindanan ini bertentangan dengan perkara 119 Perlembagaan Malaysia.
Saya mempunyai terlalu banyak bukti pertindanan ini.
Dalam kenyataan Dato Wan Ahmad kepada The Star pada 24hb Julai 2011, bahawa beliau bersetuju bahawa terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR yang sah. Secara tidak lansung juga SPR telah mendaftarkan pengundi yang tidak sah. Itulah yang dinamakan pengundi hantu.
Persoalannya mengapa SPR menafikan pengundi hantu?
Walaupun saya tidak dapat mengajukan soalan tetapi soalan ini dapat disampaikan oleh Tuan Hj Mohzit Bin Mohid.
Malangnya Dato Wan Ahmad menjawab bahawa soalan itu hanya sesuai untuk kerani sahaja bukan ahli suruhanjaya diraja sepertinya. Beliau hanya bertanggungjawab terhadap dasar-dasar dalam SPR bukan membuat kerja kerani.
Sepatutnya Dato Wan Ahmad tidak memberi jawapan seperti itu. Terbukti jawapanya telah di "boo" oleh penonton. Persoalannya apakah dasar yang dipakai oleh SPR jika masih terdapat pertindaan pengundi walaupun telah ditegur pada tahun 2009?
Apakah dasar SPR membenarkan nombor kad pengenalan yang diklon dibenarkan masuk dalam daftar pemilih SPR yang sah?
Saya berpendapat bahawa SPR sebenarnya terperangkap dalam kerangka politik sempit Umno, Barisan Nasional. Pembaharuan yang mahu dibuat oleh mereka tidak mendapat sokongan pemerintah.
Contohnya apabila SPR memperkenalkan pengunaan dakwat kekal pada tahun 2008 maka Pengerusi SPR di ajukan dengan persoalan keselamatan negara yang tidak masuk akal.
Inilah bukti bahawa SPR sebenarnya bukan badan bebas untuk melaksanakan pilihanraya yang bebas dan adil. Sampai bilakah SPR mampu melepaskan ikatan daripada pemerintah yang zalim? Yang menjadi mangsa adalah kakitangan SPR seperti Dato Wan Ahmad yang terpaksa menjawab segala persoalan yang tidak mempunyai jawapan. Beliau sendiri pun tidak boleh menerima jawapan yang beliau sendiri berikan.
Itulah hakikat kerajaan zalim Umno Barisan Nasional yang wajib ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang. Bantahan saya kepada SPR selama ini adalah umpama pukul anak sindir menantu sahaja. Kita semua rakyat Malaysia menjadi mangsa kepada kezaliman kerajaan Umno Barisan Nasional.
SUHAIZAN BIN KAIAT,
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI DAN MOBILISASI, PEMUDA PAS MALAYSIA
KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR |
Ketuk ketampi bogel 2005: K'jaan bayar pampasan Posted: 26 Jul 2011 11:30 PM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan. Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan. Bagaimanapun jumlah pampasan yang dibayar itu tidak didedahkan.
Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak juga tidak hadir di mahkamah hari ini.
Beliau diwakili oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob.
Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.
Ketika memfailkan saman ke atas kerajaan pada 2005, Hemy menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan berkata apa yang berlaku "adalah tidak adil" kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di khalayak umum oleh tindakan polis berkenaan.
Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan yang bogelkan membuat ketuk ketampi dan mencangkung selepas panel inkuiri mendapati tindakan itu bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.
Bagaimanapun sehingga hari, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.
malaysiakini/- |
PRU: Tiada bayangan tapi TPM mahu MP BN anggap tarikh ‘terlalu dekat’ Posted: 26 Jul 2011 09:00 PM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 27 Julai — Di sebalik spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan lebih 100 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di ibu negara malam kelmarin dengan menasihatkan ahli-ahli Parlimennya seolah-olah menganggap "pilihan raya boleh diadakan hujung minggu ini."
"Timbalan Perdana Menteri tidak memberi sebarang bayangan kecuali meminta kami agar bersiap sedia sepanjang masa, menganggap bahawa pilihan raya akan diadakan hujung minggu ini... itu sahaja bayangan beliau, tiada bayangan lain," kata seorang ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam tahunan bersama Muhyiddin di PWTC kelmarin.
Ia dihadiri ole ahli-ahli Parlimen kalangan anggota BNBBC dan timbalan-timbalan menteri.
Spekulasi terbaru menyebut kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri, pada Oktober dan November ini, meskipun khabar angin sebelum ini mengatakan Parlimen mungkin dibubarkan tahun depan.
Mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.
Pertemuan ini diadakan tiga minggu selepas perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
"Beliau berkata kemungkinan pilihan raya akan diadakan tahun ini, minggu tahun depan tetapi kita kena terus bekerja, pergi jumpa rakyat, anggap pilihan raya boleh diadakan hujung minggu. Itu mesej beliau, ya, itu harapan beliau pun," kata wakil rakyat penggal pertama ini.
Katanya, Muhyiddin (gambar) mahu wakil rakyat BN membuat persediaan atas dalam kapasiti perlu menghadapi pilihan raya umum dalam waktu paling dekat.
Seorang lagi wakil rakyat berkata pertemuan kali ini banyak berkisar mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum.
"Ia berkenaan dengan nasihat melipat ganda untuk menghadapi pilihan raya," kata beliau.
Muhyiddin mengadakan pertemuan yang sama tahun lalu. Pertemuan kali ini diadakan ketika spekulasi semakin meningkat bahawa pilihan raya umum akan diadakan bila-bila masa selepas Aidilfitri.
"Lebih 100 orang ahli Parlimen hadir kali ini," kata wakil rakyat itu.
Sempena majlis malam itu, yang lazimnya diadakan sempena sesi Parlimen pertengahan tahun, Muhyiddin turut berdialog dengan ahli-ahli Parlimen yang hadir.
Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri pertemuan juga bertukar-tukar mesej dalam akaun Twitter dengan ada yang mengatakan "soalan anda tanya menarik."
Bagaimanapun butiran soalan dan respons yang diperoleh tidak dinyatakan.
Seorang lagi Ahli Parlimen yang hadir berkata, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN mahu meluangkan masa di kawasan masing-masing sepanjang masa.
"Timbalan Perdana Menteri meminta kami, jika tidak ada sebarang urusan rasmi, cuba berada di kawasan masing-masing, jumpa rakyat dan banyakkan aktiviti di kawasan," kata beliau.
Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno turut meminta ahli-ahli Parlimen BN supaya menggunakan media baru sebagai sumber mendekati para pengundi.
"Menurut Tan Sri Muhyiddin, kini ramai pengundi sudah mula mendekati media baru khususnya pengundi baru. Jika boleh gunakan salah satu platform media baru sama ada Twitter, blog atau Facebook untuk berkomunikasi dengan rakyat... aspek ini pun ditekankan oleh Timbalan Perdana Menteri," kata seorang lagi wakil rakyat.
Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-19 IPF Ahad lalu, Muhyiddin meminta semua parti komponen dan anggota gabungan BN merapatkan barisan menjadi satu pasukan BN mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.
"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," katanya.
malaysianinsider/- |
Salji lebat di Afrika Selatan Posted: 26 Jul 2011 08:30 PM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
JOHANNESBURG 27 Julai - Cuaca luar biasa di Afrika Selatan iaitu salji turun dengan lebatnya melitupi sebahagian besar negara itu menyebabkan lalu lintas menjadi amat sesak hari ini, menghentikan kereta api dan menyebabkan beribu-ribu pemandu terkandas kerana lebuh raya turut ditutup.
Ribut musim sejuk juga membawa angin kuat yang menyebabkan kelam-kabut di kawasan perkapalan dan menundakan beberapa penerbangan di sana.
Salji bukanlah perkara yang tidak pernah berlaku di Afrika Selatan tetapi ia tidak seteruk kali ini. - Reuters |
Politik Malaysia Belum Matang Posted: 26 Jul 2011 08:00 PM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM : Kematangan politik di negara ini masih pada tahap rendah sebagaimana yang dizahirkan dengan keengganan pemerintah bekerjasama dengan pembangkang untuk menuntut sistem pilihan raya yang telus dan adil, menurut Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga.
Ambiga berkata usaha Bersih untuk menggembeling suara pemerintah dan pembangkang dalam menzahirkan hasrat rakyat yang mahukan proses pilihanraya lebih baik tidak berjaya apabila Barisan Nasional enggan memberikan kerjasama.
Parti pemerintah dan aparatus kerajaan seterusnya menyelar Bersih sebagai pertubuhan haram dan alat pembangkang untuk menggulingkan BN menerusi demostrasi jalanan.
"Kita jemput semua parti politik dan kerajaan sedia (supaya) menjadi pemangkin (pembaharuan) tetapi hanya pembangkang tampil dan sokong, selain pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat Malaysia. Adakah ini kerana kita tidak cukup matang untuk berkerjasama dengan pembangkang untuk reformasi pilihan raya," ujar beliau.
Ambiga yang dijemput khas oleh Sinar Harian disamping Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berbincang mengenai halatuju sistem pilihan raya di negara ini.
Forum bertajuk "Apa Selepas 9 Julai" antara lain membincangkan secara terbuka isu lapan tuntutan Bersih 2.0 selain cadangan pelaksanaan biometrik oleh SPR.
Ambiga seterusnya mengecam SPR kerana enggan berunding dengan gabungan Bersih 2.0 atas alasan gabungan itu mendapat kerjasama pihak pembangkang.
"SPR tidak patut cakap tidak mahu bincang dengan Bersih sebab kerjasama dengan pembangkang. SPR sepatutnya melangkaui parti-parti politik," ujar beliau.
Sebelum itu Wan Ahmad yang dihujani pelbagai soalan daripada bersabit sikap pasif SPR menangani salah laku pilihan raya.
Beliau sering memberi jawapan bahawa kuasa SPR terbatas untuk meminda peruntukan undang-undang sedia ada mahupun mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang dikesan melakukan kesalahan.
Mengulas jawapan Timbalan Pengerusi SPR itu, Ambiga berkata badan itu mempunyai kuasa untuk menubuhkan pasukan penguatkuasa yang dipertanggungjawabkan membuat laporan tentang mana-mana pihak yang didapati melanggar akta pilihan raya.
Ambiga merujuk kepada beberapa bukti salah laku yang dikesan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, namun tidak diambil tindakan oleh SPR.
"SPR sepatutnya ke hadapan untuk menasihati kerajaan. SPR perlu mengemukakan kepada orang awam tentang apa yang dicadangkan dan kita akan sokong cadangan itu," katanya.
tv selangor/- |
Blogger Yahudi: Najib perlu beri penjelasan Posted: 26 Jul 2011 07:30 PM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak memberikan penjelasan berhubung tindakannya menggunakan khidmat blogger Yahudi untuk kepentingan dirinya.
PAS Wilayah Persekutuan dalam desakannya meminta Perdana Menteri menjelaskan dakwaan beliau menggunakan khidmat blogger Yahudi untuk mempromosikan dirinya di peringkat antarabangsa.
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, laporan beberapa portal berita beberapa hari lalu dan hari ini menunjukkan Perdana Menteri membayar satu jumlah wang kepada bloger Yahudi itu.
Menurutnya, khidmat bloger Yahudi itu digunakan oleh Perdana Menteri bagi memperbaiki imej beliau dan juga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di peringkat antarabangsa.
"Kami mendesak Najib menjelaskan adakah benar dakwaan tersebut kerana kita difahamkan blogger yang dimaksudkan itu merupakan kumpulan Yahudi yang menyokong Israel menjajah bumi Palestin dan juga anti kepada agama Islam," katanya.
Jika benar dakwaan itu, menurut beliau, ia merupakan satu tindakan serius yang melukakan hati umat Islam seluruh dunia, apabila seorang Perdana Menteri negara majoriti beragama Islam menggunakan khidmat Yahudi yang jelas anti Islam.
"PAS Wilayah Persekutuan mendesak juga supaya dijelaskan dari manakah dana tersebut diperolehi untuk membayar blogger Yahudi tersebut?" katanya.
Adalah membimbangkan, katanya, jika sekali lagi wang rakyat digunakan untuk membayar pelobi Yahudi dan Perdana Menteri sendiri berhubung dengan Yahudi.
harakahdaily/- |
Saksi: Kesan darah antara yang ditemui di lokasi Posted: 26 Jul 2011 07:00 PM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini bahawa polis telah menemui sejumlah barangan termasuk sembilan kesan darah di Ladang Gadong, Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lain.
Cif Inspektor N Govindan, 45, pegawai soal siasat di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, berkata penemuan barangan tersebut adalah berdasarkan pandu arah oleh tertuduh ketiga, R Matan dan tertuduh keempat, R Kathavarayan pada 12 Sept 2010 selepas disoal siasat olehnya.
"Hasil pemeriksaan menemukan penyedok tanah, serpihan tulang, sembilan kesan darah, enam kesan cap jari timbul, tujuh keratan potongan dawai, dua puntung rokok, satu kayu kriket, sampel tanah bau petrol, satu tong berisi cecair letupan dan sarung dan potongan kusyen yang ada kesan darah," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.
Govindan, yang merupakan saksi ke-32 pendakwaan, berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.
Bekas peguam, N Pathmanabhan (kiri, berbaju unggu), 42, bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh semua mangsa di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.
Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Govindan berkata seterusnya pada 13 Sept 2010, kira-kira pukul 7.30 malam pihak polis turut menemui 14 batang sisa kayu bakar di tempat pembuangan sampah, Sungai Arak, Banting, berdasarkan kepada pandu arah oleh tertuduh kedua, Thilaiyalagan.
Peguam Gurbachan Singh yang mewakili tertuduh kedua, Thilaiyalagan pula memohon supaya diadakan bicara dalam perbicaraan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur kekerasan atau tekanan terhadap tertuduh sehingga mendorong mereka memberi keterangan seperti yang didakwa saksi.
Peguam Amer Hamzah Arshad pula mengemukakan bantahan terhadap penggunaan perkataan "si mati" oleh Gonvindan semasa saksi itu memberi keterangan.
Selepas meneliti bantahan dan permohonan pihak pembelaan, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan untuk mengadakan bicara dalam perbicaraan selepas saksi selesai memberi keterangan pada pemeriksaan utama dan mengarahkan agar perkataan "si mati' dipadamkan dalam rekod mahkamah.
"Tentang penemuan kayu pada 13 Sept 2010, apa diberitahu oleh tertuduh kedua," soal Saiful Edris.
"Tertuduh kedua beritahu 'kami buang kayu yang digunakan untuk bakar mangsa di kelapa sawit Sungai Arak' dan apabila tiba di lokasi itu tertuduh kedua beritahu 'kayu ini gunakan bakar mereka', " kata Govindan dalam Bahasa Tamil sambil diterjemah oleh jurubahasa mahkamah ke Bahasa Malaysia.
"Pada 14 Sept 2010, 5.05 petang, kamu telah tanya tertuduh kedua (Thilaiyalagan). Apa diberitahu oleh tertuduh tentang penemuan zink?" soal Saiful Edris.
"Saya (tertuduh kedua) dan Suresh (saksi pendakwaan ke-29) alas enam zink untuk bakar mereka, dibuang di satu sungai ladang kelapa sawit...saya boleh tunjuk tempat itu"," jawab Govindan.
Suasana perbicaraan pada sebelah petang itu bertukar tegang apabila Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff mengherdik jurubahasa mahkamah, K Vijayan ekoran salah faham berhubung terjemahan yang dibuat oleh jurubahasa itu.
Vijayan seterusnya dilihat cuba mempertahankan terjemahannya dan berkata bahawa pihak pendakwaan boleh bertanyakan kepada sesiapa sahaja yang berada di mahkamah sama ada terjemahannya betul atau tidak.
Jurubahasa itu kemudian memohon maaf kepada Akhtar dan memberitahu bahawa beliau tidak dapat meneruskan tugasnya sebelum meninggalkan mahkamah.
Akhtar yang ingin meredakan keadaan turut meminta Vijayan menenangkan dirinya dahulu di luar mahkamah.
Ishak kemudian memohon maaf kepada Akhtar atas pelakuannya itu.
Perbicaraan bersambung esok.
- Bernama |
Pemimpin BN Sabotaj Program MES Posted: 26 Jul 2011 06:30 PM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
GENTING HIGHLAND 26 JULAI : Pihak tidak bertanggungjawab dikesan cuba mensabotaj program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Kerajaan Negeri yang bertujuan mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.
Perkara ini didedahkan Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada sesi temu rapat Menteri Besar bersama Datuk Bandar, Yang Dipertua PBT dan Pentadbir Tanah/Daerah Negeri Selangor di Hotel Awana, Genting Highland, hari ini.
Beliau berkata, pihak berkenaan menghasut penduduk dengan mendakwa program MES yang diperkenalkan Kerajaan Selangor tidak membawa manfaat kepada rakyat.
Nor Hisham mendedahkan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor bertanggungjawab memburuk-burukkan program MES di kalangan penduduk di daerah itu.
Beliau mencadangkan Kerajaan Negeri memperhebatkan promosi dan hebahan program MES supaya tiada lagi pihak tertentu yang memutar belitkan fakta tentang kebaikan MES.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, sikap pemimpin BN berkenaan membuktikan mereka dayus dan mengkhianati aspirasi rakyat yang mahukan lebih banyak program kebajikan.
Beliau berkata, walaupun berbeza fahaman politik, wakil rakyat BN berkenaan sepatutnya membantu rakyat mendapat bantuan kebajikan yang ditawarkan kerajaan negeri.
"Bantuan kebajikan yang diberikan kerajaan Selangor diagihkan kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira ideologi politik. Amat tidak adil rakyat diberikan fahaman yang salah mengenai bantuan kebajikan ini sedangkan mereka berhak menerima bantuan yang disediakan," katanya.
Faekah menasihatkan wakil rakyat berkenaan supaya berhenti bermain politik kotor dan memanipulasi rakyat untuk kepentingan diri.
tv selangor/- |
Kelab Veteran Angkatan Tentera (KERABAT) di lancarkan. Posted: 26 Jul 2011 06:18 PM PDT Penyampaian borang tanah Felda Plantation oleh Saudara Mazlan kepada salah seorang penerima. Haji Razman berdiri di sebelahnya. Sebahagian daripada ribuan hadirin berpusu-pusu untuk mendapatkan borang tanah. 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
Oleh Mohd Syamil azhar.
LENGGONG: Lebih 5,000 hadirin memenuhi hampir setiap kawasan lapang pekarangan Markaz PAS Kampung Gelok dekat sini pada malam kemuncak program penyerahan borang tanah Felda Plantation sambil mendengar ceramah beberapa pimpinan PAS.
Program peringkat negeri anjuran Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama PAS kawasan selama dua hari itu, turut diisi beberapa aktiviti lain, selain penyampaian borang tanah.
Antaranya ialah pelancaran penubuhan Kelab Veteran Angkatan Tentera (KERABAT), karnival jualan, penyampaian borang kemasukan ahli, pertandingan nasyid, bercerita, deklamasi sajak, mewarna dan lain-lain.
Program dua hari berturut-turut itu juga diisi dengan Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Pemuda dan HelWa.
Pada malam kemuncak, ribuan yang hadir tidak berganjak, walaupun Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dijangka menyampaikan ceramah, tidak dapat hadir kerana masalah kesihatannya.
Kehampaan ribuan hadirin kerana ketiadaan penceramah utama, bagaimanapun diisi sebaiknya dengan ceramah oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah, Saudara Mazlan Aliman dan lain-lain.
Penceramah lain, termasuklah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Perak yang juga Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria dan Kapten (B) Haji Mohd Rosli Yahaya.
Mohd Rosli yang pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), diberi peluang berucap sebagai menghargai tindakannya menyertai PAS dengan menyerahkan borang ahli seumur hidup pada malam sebelumnya.
Sementara itu, Saudara Mazlan ketika ditemui selepas program itu, berkata sebanyak 55,000 daripada 60,000 borang tanah Felda Plantation yang dicetak telah habis diagihkan.
Katanya, Pahang paling banyak, iaitu 30,000 kerana negeri itu banyak terdapat kawasan Felda, yang kedua Johor sebanyak 10,000, manakala Perak berjumlah 5,000.
"Semua negeri, termasuk Sabah telah diagihkan, kecuali Kelantan, Terengganu dan Melaka dan kita akan cetak 20,000 borang lagi.
"Untuk bekas-bekas Angkatan Tentera Malaysia kita peruntukkan 20,000 borang dan setakat ini ramai yang tampil membuat permohonan," katanya.
Saudara Mazlan berkata, di seluruh negara terdapat 800,000 ekar tanah Felda Plantation dan sekiranya diagihkan 10 ekar seorang bermakna 80,000 orang akan mendapat tanah berkenaan.
Katanya, mereka yang berhak memohon terdiri daripada lima kategori, iaitu Peserta Felda Plantation, Generasi Kedua dan Ketiga Felda, Bekas Anggota Tentera, kakitangan Am rendah Felda dan Anak Tempatan yang tinggal berhampiran kawasan Felda.
"Sebagaimana janji dalam Buku Jingga, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah, kita akan beri tanah berkenaan kepada pemohon yang layak dari kalangan lima kategori itu," katanya.
Pada malam pertama yang membariskan pernceramah seperti Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin dihadiri kira-kira 2,000 orang.
Turut berceramah pada malam itu ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Haji Nasir Zakaria dan Preesiden KERABAT, Kol (B) Nazri Mokhtar.
|
Diamlah, kata pengguna internet pada Najib Posted: 26 Jul 2011 06:00 PM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
Warga internet melepaskan kekecewaan berhubung kenyataan dan beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mereka memulakan sindiran itu selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.
Malah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu.
Perkataan "diam lah" turut dicatatakan di ruangan komen untuk masukan (posting) yang ditulis.
Warga internet yang pro-kerajaan bagaimanapun cuba berhujah bagi menangani tindakan itu dengan hamburan kata-kata kemarahan kepada penyokong Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, tindakan itu gagal menangani tenaga lawannya yang jumlah jauh lebih ramai.
Sehingga berita ini ditulis, masukan menggesa perdana menteri supaya diam belum reda. Masukan terakhir dengan tulisan dengan blok besar baru dimuatkan hanya kira-kira lima minit lalu.
malaysiakini/- |
Najib kena kembali ke bilik darjah untuk dalami semula apa itu demokrasi yang sebenarnya. Posted: 26 Jul 2011 05:53 PM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] - KENYATAAN MEDIAPEJABAT ADUN TITI SERONG/SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAKKenyataan PM 1Malaysia yang menjelaskan perhimpunan bersih di ibu kota baru-baru ini dengan alasan sekiranya dibenarkan (berhimpun) bagaimana rakyat yang lain yang bukan bersih adalah kenyataan yang keanak-anakan dan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang punya hak untuk berhimpun. Saya ingin menjelaskan adalah tidak wajar dengan menafikan hak rakyat untuk berhimpun sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Negara bila Najib cuba mengelirukan rakyat dengan menggambarkan bahawa bukanlah demokrasi jika membenarkan hanya satu kumpulan sahaja berdemonstrasi, tetapi tidak memberikan kebenaran (tersebut) kepada orang lain. Sepatutnya jika benar Najib Razak faham nilai demokrasi, peserta demonstrasi bersih perlu diberi laluan khas untuk berjalan secara aman supaya memorandum lapan tuntutan Bersih selamat sampai kepada wakil DYMM Tuanku Mizan. Tindakan melakukan sekatan dan menabur fitnah terhadap Himpunan Aman Bersih menggambarkan kepada kita dan juga mata dunia bahawa pemerintahan BN tidak mengamalkan demokrasi sebagaimana yang dilaungkannya. Sebagai pemimpin tertinggi Malaysia, beliau perlu faham bahawa Negara ini bukan seperti Zimbabwe, dan lain-lain Negara yang sangat rendah tahap amalan demokrasinya, rakyat Negara Malaysia saya anggap telah maju dari aspek daya fikir, namun sayangnya pemikiran pemimpin Umno-BN sahaja yang masih belum-belum maju. Realitinya kita juga amat malu apabila indeks demokrasi di Malaysia berada ditangga yang tercorot iaitu berada dibelakang Namibia dan juga Timor Leste. Apabila kita menyebut daya fikir yang maju, tidak dinafikan rakyat Malaysia memang berdaya saing, ini terbukti kerana sehingga kini rakyat Malaysia masih mampu bertahan dalam situasi inflasi dan terus bertahan walaupun menerima tekanan dari kerajaan BN yang tergamak menggunakan dana awam (rakyat) semata-mata untuk mengaut keuntungan dari khazanah negara yang juga hak milik rakyat. Saya ingin jelaskan kepada Najib Razak bahawa demokrasi merupakan pelajaran pertama dalam silibus KBSM tingkatan satu, saya sarankan beliau kembali ke bilik darjah untuk dalami semula apa itu demokrasi yang sebenarnya. Drs Khalil Idham LimParit Buntar, 27 julai 2011 |
Ramadan Mubarak untuk orang yang beriman Posted: 26 Jul 2011 05:50 PM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -Ust. Ahmad Baei Jaafar Semua sudah tidak sabar hendak menyambut Ramadan. Orang yang beriman merindui Ramadan kerana di dalam bulan itu banyak ibadah yang disediakan dan pahala dilipat gandakan. Tetapi ada juga yang rindukan Ramadan kerana membayangkan syurga makanan sepanjang bulan. Manakala peniaga makanan pula, merindui Ramadan kerana itulah peluang untuk mereka mendapat meraih kewangan yang banyak.
Walau apapun niat mereka, puasa menjanjikan kebaikan kepada umat Islam. Yang penting waktu niat puasa dan menjalankan ibadah puasa dilakukan dengan penuh ikhlas kerana Allah. Allah akan menilai puasa mereka berdasarkan keikhlasan itu.
Cuma untuk puasa kali ini saya ingin mengajak anda sekelian agar segera membersihkan hati daripada dosa, dosa dengan Allah dan dosa dengan manusia. Bertaubatlah dengan Allah atas dosa yang dilakukan, dan mohon ampunlah dengan manusia atas kesilapan lalu. Semoga dengan ini peluang untuk puasa kita diterima Allah lebih cerah.
Memohon maaf dan memaafkan orang lain sangat penting dalam Islam. Apatah lagi sebelum menjalankan ibadah puasa. Hal ini kerana dalam hadis diceritakan malaikat Jibril berdoa menjelang Ramadan: "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri; Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Aamin sebanyak 3 kali."
Oleh sebab itu, saya memohon kemaafan kepada semua peminat Fikrah Islamiah dan juga rakan FB jika sepanjang berkomunikasi ini terdapat salah dan silap yang sama ada disedari mahupun tidak. Seterusnya saya doakan kalian beroleh kejayaan memperoleh taqwa.
Selamat menyambut Ramadan, selamat berpuasa, maaf zahir dan batin, kollu 'amin waantum bikhair.
سلامت مثمبوت رمضان، سلامت برفواس، ماعف ظاهر دان باطن، كل عام وانتم بخير |
You yang layan kami macam musuh - Ambiga Posted: 26 Jul 2011 05:45 PM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM : Wacana Sinar Harian bertajuk 'Apa selepas 9 Julai' yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karang Kraf di sini menyaksikan setiap penjelasan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disambut 'boo' oleh hadirin hingga ke akhir program.
SPR yang diwakili timbalan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicemuh seawal beliau berhujah menjawab soalan yang dikemukakan moderator iaitu Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.
Wan Saiful dalam soalan awalnya bertanya kenapa SPR dilihat menggunakan ayat-ayat 'difensif' dalam buku terbaru mereka berhubung penjelasan tentang pilihan raya.
Menjawab soalan itu, Wan Ahmad dengan tegas berkata "SPR tidak difensif, kita tidak berpihak kepada mana-mana parti".
Jawapan itu lantas disambut 'boo' oleh hadirin sekaligus menjadikan auditorium gamat seketika dan kemudiannya ditenangkan oleh moderator.
Wacana hampir dua jam itu menampilkan dua lagi ahli panel iaitu Pegerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia Professor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Ia bagaimanapun seolah-olah didominasi wakil SPR apabila hanya beliau diaju soalan oleh para hadirin.
Sepanjang penjelasannya, Wan Ahmad beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa SPR 'tiada kuasa' untuk melakukan perubahan malah menjelaskan perubahan sistem pilihan raya hanya boleh dibuat oleh Pejabat Peguam Negara sebelum diluluskan di Parlimen.
Membidas penjelasan itu, seorang hadirin bangun mempersoal kenapa SPR menolak bulat-bulat kesemua lapan tuntutan Bersih termasuk pembersihan daftar pemilih dan tidak membawa cadangan penambahbaikan itu kepada Pejabat Peguam Negara.
Menjawab soalan itu Wan Ahmad berkata SPR tidak ada kuasa mengeluarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih melainkan mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Beliau turut mengakui senarai pemilih yang wujud sejak 1959 itu tidak bersih kerana ada individu sudah meninggal dunia namun tiada pengesahan kematian dibuat warisnya kepada JPN.
"Sebab itu kalau kita dengar tadi ada orang berumur lebih 100 tahun, of course sebab kalau dia daftar pemilih pada tahun 1959 tentu umurnya sudah lebih seratus tahun kerana warisnya tak pernah melapor kematian dia kepada JPN," katanya namun sekali lagi dicemuh hadirin kerana dilihat cuba menyalahkan rakyat.
Lantas dengan itu beliau terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan.
Ketika membuat penjelasan lanjutnya, Wan Ahmad tiba-tiba berkata "SPR ditembak dituduh dari pelbagai penjuru, tetapi parti Barisan Nasional dia tidak menentang SPR..."
Kenyataan itu menyebabkan beliau sekali lagi ditertawakan hadirin yang dilihat majoritinya adalah menyokong reformasi sistem pilihan raya dibuat.
"Sebenarnya tuan-tuan tak menggunakan fikiran yang waras...tuan-tuan tak baca undang-undang.
"Tak payah la angkat suara kuat-kuat...Saya rasa tuan tuan tak layak la duk berbincang di sini," kata Wan Ahmad kecewa selepas terus menerus di'boo' hadirin.
Beliau kemudiannya merayu agar semua pihak termasuk hadirin yang hadir agar tidak melayan SPR seperti musuh mereka.
Malah katanya semua pihak harus bersama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan sistem pilihan raya.
Membidas kenyataan itu, Ambiga pula mempersoal siapa sebenarnya yang dilayan seperti musuh sejak Bersih 2.0 mengumumkan mengadakan himpunan pada 9 Julai lalu.
"You yang layan kami macam musuh. Tengok sahaja Bersih diserang sejak enam minggu lalu," tegasnya.
Bagaimanapun wacana yang bermula kira-kira jam 2.15 petang itu terpaksa berakhir awal 15 minit apabila moderator mengumumkan beliau mendapat arahan dari pihak atasan untuk menamatkannya tanpa sempat membenarkan ahli panel membuat penggulungan.
"Pihak atasan ni bukan pihak penganjur, tapi atas lagi daripada pihak penganjur," kata Wan Saiful.
harakahdaily/ |
Hasil arak hilang rahmat Allah Posted: 26 Jul 2011 05:30 PM PDT 25 Syaaban 1432H. [MOD] -
Merujuk kepada laporan Harakah dan turut disiarkan oleh akhbar The Star (Isnin 23 May 2011) atas tajuk: Malaysia di antara 10 negara seluruh dunia yang terbanyak peminum arak, walaupun penduduk dan keluasannya boleh dikatakan kecil.
Juga dirujuk kepada berita laman web yahoo bertarikh 2 Jun 2011 Happy hours and other ways to get cheap(er) drinks in Kuala Lumpur ... It is often more expensive to get a drink in KL (http://www.thesocial.com.my/), dan tajuk laporan 'Twenty One Kitchen and Bar, Travel Stories about Malaysia.
(Malaysia.travel.yahoo.com/inspirations/310-happy-hours-and-other-ways-to- get-cheaper-drinks-in-kuala-lumpur), Petikan ayat pertamanya, "It is often more expensive to get a drink in KL than in notoriously expensive cities like London and New York. Hefty government taxes are partly to blame, but many bars and restaurants contribute to the problem by having extremely high mark-ups.
Yang terbaharu laporan Harakahdaily bertarikh 26 Julai 2011, 'Gesaan Gabungan Pertubuhan NGO Islam Malaysia (ACCIN) meminta pihak kerajaan supaya menangani dengan serius isu penjualan arak tanpa kawalan yang sedang berlaku di dalam negara'.
Berdasarkan rujukan di atas, adalah amat malang, zalim, mengaib dan amat memalukankan, kerajaan yang diterajui Umno/ BN dengan bangganya demi survival politik, mendakwa Malaysia sebuah negara Islam, telah mendedahkan kepada kemurkaan Allah di samping mengaib serta memalukan seluruh rakyat Malaysia dimata dunia atas sebab berikut;
1- Malaysia telah tersenarai 'top ten' peminum arak (termasuk bir) tertinggi dunia.
2- Amat banyaknya RM cukai yang dipungut dari hasil arak, maka hilanglah keberkatan dan rahmat dari Allah swt, bilamana punca pendapatan haram dibelanjakan untuk urus-tadbir dan bangun negara (negara kebajikan sebeginikah yang difahami oleh pentadbiran PM Najib?). Maka tidak hairan berbagai-bagai gejala akhlak buruk terjadi di Malaysia. Keburukan ini menjalar didalam hampir setiap bidang; politik, kepimpinan, pilihan raya, kehakiman, sosial dan adalah amat panjang untuk disenaraikan kesemuanya.
Jika sekiranya kerajaan Umno BN benar-benar ikhlas, iltizam serta ada keperihatinan serta secebis kataqwaan kepada Allah swt, langkah-langkah awal dan segera berikut sepatutnya boleh dilaksana dan kuat-kuasakan (termasuk minuman bir);
Pertama, diharamkan segala jenis media mengiklankan dan mempromosi minuman keras. (tidak terkecuali pada setiap kenderaan pengangkut arak)
Kedua, lebel pembungkusan/ pembotolan minuman keras hanya dibenarkan yang bersaiz kecil, misalnya, font yang tidak melebihi size-10.
Ketiga, dimestikan setiap pembungkusan/ pembotolan minuman keras mesti disertakan dengan amaran yang menunjukkan sebagai minuman menjijikkan dan memudaratkan kesihatan dan sosial serta juga bersalahan pada syarak serta juga lain-lain agama.
Kelima, dipamerkan gambar pada setiap pembungkusan/ pembotolan minuman keras akan kesan-kesan buruk dan menjijikkan akibat minum arak, seperti yang dipamirkan pada setiap kotak rokok.
Inilah beberapa langkah awal yang perlu dilaksanakan, jika kerajaan masih ada maruah Islam. Alangkah sesuai dan tepatnya jika desakan ini dipelopori oleh PAS, insya Allah, waLlahua'lam.
harakahdaily/- |