Jumaat, 28 September 2012

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Budget 2013 showdown: BN vs Pakatan

Posted: 28 Sep 2012 09:09 PM PDT

Income tax cut expected to pave way for GST, say experts

Posted: 28 Sep 2012 09:01 PM PDT

Candied Budget unlikely to sweeten GE13 for BN, say analysts

Posted: 28 Sep 2012 08:58 PM PDT

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Ramah Mesra & Karnival Keluarga 2012

Posted: 28 Sep 2012 04:34 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Gimik politik BN

Posted: 28 Sep 2012 08:27 AM PDT


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Bajet 2013  yang dibentangkan hari ini satu lagi gimik politik Barisan Nasional (BN).

Menurut Anwar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi cuba memberi gimik politik bagi memenangi hati rakyat.

"Ini hanya gimik politik. Jelas memang pembentangan Bajet 2013 ini hanya bermotifkan politik," kata Anwar ketika ditemui pemberita selepas sesi pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Menurut Anwar, rakyat sendiri bijak menilai motif permainan politik secara senyap yang cuba dimainkan oleh BN.

"Saya yakin rakyat bijak menilai ke mana perginya sebahagian besar wang  rakyat," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menyindir Najib kerana tiada sebarang bajet diperuntukkan bagi mengubah struktur tahap rasuah di negara ini.

"Masalah besar negara ini ialah penyelewengan dan rasuah,

"Perubahan besar bagi membendung masalah rasuah ini yang perlu dititikberatkan," tegasnya.

Anwar turut menegaskan yang Najib tidak sepatutnya menggunakan gimik politik ini bagi memenangi hati rakyat kerana rakyat negara ini mampu berfikir secara waras bagi menilai sesuatu.

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


MB dan EXCO Pahang Sepatutnya Jaga Kepentingan Rakyat Pahang dan Bertanggungjawab Terhadap Kemusnahan Alam Semulajadi di Lembah Kelau

Posted: 28 Sep 2012 02:40 AM PDT

MB dan EXCO Pahang sepatutnya jaga kepentingan rakyat Pahang dan bertanggungjawab  terhadap kemusnahan alam semulajadi di Lembah Kelau.

Saya ingin mengulas kenyataan media oleh Exco Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengankutan Pahang, Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak dan MB Pahang berhubung isu Projek Penyaluran Air Mentah Pahang- Selangor ( PPAMPS) yang disiarkan oleh Sinar Harian (edisi Negeri Pahang) hari ini di bawah tajuk ' Jangan Politikkan Isu Air' dan 'Kerajaan Negeri Serius Kaji Perjanjian : MB'

Kita ingin menasihati MB dan Exco Pahang berkenaan agar terlebih dahulu menjaga kepentingan rakyat Pahang sendiri daripada "sibuk-sibuk" konnonya menjaga kepentingan rakyat Selangor dalam isu air ini.

Mereka sepatutnya lebih prihatin bahawa projek PPAMPS yang melibatkan  pembinaan Empangan Klau, Stesen Pam Sungai Semantan di sebelah Pahang telah menyebabkan beribu hektar  hutan simpan  kekal Lakum terpaksa ditenggelamkan menyebabkan spesis habitat hidupan liar pupus.

Turut ditenggelamkan  ialah beberapa tanah rancangan di Felda di Mempaga dan Felda Lembah Kelau.

Turut terkorban untuk ditenggelamkan ialah perkampungan Orang Asli suku Temuan di Bentong dan Orang Asli Sungai Temir yang juga terpaksa ditenggelam bagi pembinaan Empangan Klau tersebut.

Beribu-ribu peneroka Felda hilang punca pendapatan dari hasil ladang kelapa sawit mereka dalam proses pengambilan dan lebih 13,000 masyarakat Orang Asli hilang tempat rayau dan sumber pendapatan dari hutan kekal tersebut.  

Pembinaan empangan ini merupakan pemusnahan alam sekitar yang dahsyat dan dikritik hebat oleh NGO pencinta alam tempatan mahupun dari luar negara.
   
Kerajaan Selangor  ingin mengesakan bahawa tidak berbangkit Negeri Selangor menghadapi masalah air yang kritik sebalik kita berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan sebenarnya berada dalam keadaan "kritikal" untuk segera menyiapkan "Tiga Projek Mega" mereka iaitu Empangan Klau dan Stesen Pam Sungai Semantan di Pahang dan Loji Rawatan Air Langat 2 di Selangor dan keseluruhannya projek tersebut dianggarkan bernilai RM 12 Bilion. 
 
Kita juga akan menulis surat kepada Kerajaan Jepun dan akan menghantar delegasi dalam masa terdekat ke Kedutaan Jepun bagi menyampaikan 'notis bantahan' kepada Kerajaan Jepun di atas penglibatan mereka dalam memberikan dana sebanyak RM3 bilion melalui Japanese International Cooperation Agency (J.I.C.A) bagi projek PPAMPS dimana kita ingin perjelaskan bahawa pihak Jepun telah diberikan maklumat yang salah tentang keperluan projek tersebut.

Kita ingin jelaskan bahawa projek tersebut sebenarnya bertujuan memberikan kerja-kerja kontrak dan keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni dan bukannya untuk kepentingan rakyat Selangor.

Kita ingin pihak Jepun mengetahui bahawa projek Empangan Klau sahaja telah menyebabkan kemusnahan alam semulajadi dan habitat liar yang begitu dashyat.  

YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor      
   
Tarikh : 28 September, 2012

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Expedia uses AirAsia Go Holiday’s IATA Accreditation Certificate to operate as online travel agency in Malaysia? by Airline Distribution Expert

Posted: 28 Sep 2012 11:10 AM PDT

@Anonymous 3:14pm

I beg to differ with your statement “Expedia is no different from other Travel Agents in Malaysia”. Travel Agencies in Malaysia are required by law to have a license issued by Tourism Malaysia (TM) and IATA Accreditation in order to sell tickets in Malaysia. One of the major conditions of the TM licence is setup/standing and local ownership/paid-up capital.

Expedia is profoundly different from other Malaysian Travel Agents, in the following areas:

1. Expedia operates online via the internet – it is an Online Travel Agency (OTA). These Malaysian Travel Agents are brick and motar agencies with only some having lomited online presence.
2. Expedia Inc USA is based outside of Malaysia, whilst these Travel Agencies operates in Malaysia, have offices in Malaysia and are governed by Malaysian Law
3. Expedia seems to be exempted from Malaysian law because the law doesn’t quite extend to OTA based outside of Malaysian borders, since the law was formulated before the advent of Internet Booking Engine (IBE) and the proliferation of OTA. Malaysian based OTAs have always complied with the Malaysian Law because they were born out of brick and motar local TA.

I doubt if the Malaysian authorities and MAS long standing partners i.e. Travel Agents, would object to Expedia selling tickets to Customers outside of Malaysia. But there would be objections to Expedia selling tickets to Malaysian within Malaysian borders and Malaysia Airlines being party to this. These MAS partners are subjected to Malaysian Law and the stringent IATA Acreditation regulations with their huge bank guarantees, whilst Expedia seems to be exempted.

There is also a question of governing law. The Malaysian Consumer is protected by Malaysian Law when purchasing good and services within Malaysia. I suspect Expedia would call upon the US laws or some far-away land to govern their sale. If this is the case, then it would be impracticable for an agrieved Consumer to seek legal redress. The ICAO regulations does not have sufficient protection of air travellers from travel agencies. I guess the Airline would not care for this but I believe the Consumer does.

There seems to be other much wider considerations when an airline like MH wishes to expand their distribution.

If MH believe that this is the correct course of action, MH should consider other OTAs that have a better match of areas of Customer coverage than Expedia that have long been waiting to sell MH tickets e.g. Zuji, or why better still not all of them. I guess there must be reasons why the likes of SQ, QF CX and many other are either not directly selling on these OTAs or limit their ticket sales via these OTAs.

Comment on Expedia uses AirAsia Go Holiday’s IATA Accreditation Certificate to operate as online travel agency in Malaysia? by 777

Posted: 28 Sep 2012 07:40 AM PDT

Toni sensitive ? My foot. He is a fat and greedy sn.ke who aspire to be the first Malaysia president. Be very worried all of 666!

Comment on Expedia uses AirAsia Go Holiday’s IATA Accreditation Certificate to operate as online travel agency in Malaysia? by Anonymous

Posted: 28 Sep 2012 12:14 AM PDT

Regarding Expedia, it should be known that it is a Travel Agency and like all Travel Agencies, they sell multiple airlines. This is no different from any Travel Agency in Malaysia that sell Emirates, Malaysia Airlines or Cathay Pacific. Due to sensitivities and a perception regarding the Air Asia JV with Expedia in Malaysia, MAS only did a deal with Expedia USA and has no deal with Expedia Malaysia Before people criticise MAS for trying to grow its Distribution, perhaps time spent understanding the airline business model is advised.,

Comment on Expedia uses AirAsia Go Holiday’s IATA Accreditation Certificate to operate as online travel agency in Malaysia? by Azanio

Posted: 27 Sep 2012 03:29 PM PDT

Wonder why BPL referees this season are sponsored by Expedia ? Last season it was TuneMoney.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Selangor

Posted: 28 Sep 2012 02:39 AM PDT

30 September 2012 (Ahad)

1) 2.30 ptg – Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya

2) 3.30 ptg – Tempat Letak Kereta Blok 11 Desa Mentari 3

Jalan PJS 2D/1, Taman Medan, Petaling Jaya

3) 5.00 ptg – Pasar Malam Bandar Putera, Kelang

4) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Masjid Al-Bakri, Kampong Bukit Naga, Kelang

Ceramah Perdana Sempena Konvoi Mega Royalti Ke Putrajaya

Posted: 28 Sep 2012 02:35 AM PDT

Malaysia And The Muslim Spring

Posted: 27 Sep 2012 09:46 PM PDT

From The Huffingtonpost.com
By Azeem Ibrahim Executive Chairman, The Scotland Institute

President Obama’s recent address to the UN (September 25, 2012) referred to change in the Middle East and North Africa saying that “the path to democracy does not end with the casting of a ballot”.

The President went on to deplore the convulsion of violence in the last two weeks in Muslim countries, in reaction to the “crude and disgusting video” denigrating Islam. He said that recent events speak to “the need for all of us to honestly address the tensions between the West and the Arab world that is moving towards democracy”.

His remarks brought a welcome balance to recent overreaction by international media to the unrest and violence around the world, by acknowledging that the global movement towards liberty and democracy would not be denied.

The movement behind the Arab Spring — or rather the Muslim Spring — has a different connotation in Southeast Asian countries where Burma for example, is slowly transitioning into democracy and Thailand and Pakistan are emerging from periods of military rule. Popular protests and elections have helped bring about change in these countries — some peaceful, some violent — but have been more evolutionary than revolutionary in recent years.

Malaysia too, is undergoing change, but its struggle for democracy has also taken a different route from the sudden change of the Arab Spring; it achieved its independence from British colonial rule in 1957 and has since become an example to the world of what an independent multi-racial federation can achieve.

One of the Asia Tigers in economic transformation due to its continued political stability, Malaysia has been governed since 1970 by a coalition headed by the United Malays National Organisation (UMNO) which has presided over a period of dramatic economic growth and increased living standards. Rapid growth, the embrace of technology and industrialization have been accompanied by generous government investment in education, with the result that Malaysia has had one of the best economic records in Asia, with GDP growing at an average of 6.5% for almost 50 years.

Today however, the electorate is restless – the young, educated and relatively well-off population is demanding change. They see the government as representing a past that has been overtaken by modernity. Laws remain on the books that should be repealed in the name of democracy and freedom of speech. At the same time, there is ongoing debate over whether the laws and society of Malaysia, a majority Muslim country, should reflect secular or Islamic principles. Conservative elements in the ruling UMNO coalition are resisting change or want the state to reflect more fundamental Islamic principles and Prime Minister Najib Razak is trying to appease his base while offering reforms to the center, described by some as offering “just enough to alienate his own party and not enough to convince the center ground.” (Economist, Feb 4, 2012)

There is one man however, who seems to have a better understanding of the wave of change overtaking Muslim nations right now. Anwar Ibrahim sees his role in the Muslim Spring as reflecting the mood for change from an autocratic and out-of-touch government whose numerous corruption scandals and police brutality prove that government reform is necessary and democracy needs to be up-dated.

Anwar is described as “vibrant, compelling, persuasive” in his public appearances and rallies and has long been a politician of note in Malaysia, being named Newsweek’s Asian of the Year in 1998. A personally pious Muslim, he is also a modernizer, a universalist and believer in democracy and economic openness. His defence of civil society, justice and freedom led to a dramatic falling out with then prime minister Mahathir Mohamad and Anwar was imprisoned for six years on politically motivated, trumped-up corruption and sexual misconduct charges.

His years of imprisonment have served to increase his popularity and his opposition coalition now consists of his own People’s Justice party, the Pan-Malaysian Islamic party and the ethnic Chinese Democratic Action party. The alliance made unprecedented gains in the 2008 election in spite of widespread tampering with electoral rolls. Recent further attempts to blacken Anwar’s name are only backfiring on the ruling party and causing cynicism and anger within the wider Malaysian community.

Anwar is aware of the challenges involved in holding together a disparate alliance and dealing with pressures from extremists on the edges. He calls for “active and vibrant intellectual discourse” to resolve differences, with more liberal tolerance of dissent and an end to violence. He has brought Malays and non-Malays together in opposition to the cronyism and patronage of the past and pledges to introduce social justice, openness, transparency, and anticorruption measures.

Malaysia has a number of organizations which stand for reform and an end to corruption in high places, notably Bersih, a coalition of civil society groups whose name means “Clean” in Malay, and who have recently organized rallies to support clean elections. There is also Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), which in spite of government harassment has brought into public light the corruption scandal surrounding the Scorpene submarines deal.

These and other movements represent Malaysia’s maturing as the hard lessons are learned about the paradoxes and hypocrisies of democracy. A ruling party is not legitimate if the electoral process is flawed, “national interest” and “realpolitik” are not a legitimate excuse for corruption and police brutality. Re-definitions of democracy are emerging from the lessons of the Arab Spring and the Occupy movement in the U.S. with affirmation that democracy needs more than the ballot box, but also a free media, an independent judiciary, along with an open economy and incorruptible leadership.

If Anwar Ibrahim manages to hold the center in the next election, to be called before June next year, then Malaysia will make an important leap forward into continuing peace and prosperity, a powerful example of a Muslim country making a successful transition from tradition to modernity, embracing the best of both worlds. This will give Southeast Asia an important example of stability and progressive vision as surrounding countries attempt the same balancing act of race, religion, tradition and progress in a rapidly changing global environment.

Dr Azeem Ibrahim is the Executive Chairman of The Scotland Institute and a Fellow and Member of the Board of Directors at the Institute for Social Policy and Understanding.

Ekonomi Rakyat, Negara Berkat

Posted: 27 Sep 2012 09:59 AM PDT

Selari dengan semangat Buku Jingga, Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 telah saya bentangkan semalam di Parlimen dengan tema “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat.” Belanjawan ini berteraskan kepada tiga asas utama iaitu – meningkatkan pendapatan, mengurangkan beban kos meningkat; melahirkan golongan usahawan, mengalakkan persaingan konstruktif ; dan mewujudkan masyarakat madani yang bermaruah.

Pakatan rakyat komited untuk mengembalikan asas kebijakan ekonomi – memacu pertumbuhan dan pengagihan kekayaan yg saksama. Amalan lapuk yang memperkaya segelintir keluarga penguasa dan kroni; amalan rasuah dan pembaziran yang melampau wajib dihentikan. Menjadi tugas kerajaan untuk memastikan dana khazanah negara di tadbir dengan bertanggungjawab dan memastikan pengagihan adil kepada rakyat yang berhak.

Pakatan Rakyat akan menubuhkan – Badan Perumahan Kebangsaan – dalam usaha menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat selain mengurangkan cukai eksais kenderaan sebanyak 20% menjelang 2013. Ini dijangkakan akan menambah pendapatan isi rumah di kalangan rakyat.

Penetapan gaji minima sebanyak RM 1,100 dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 300,000 kakitangan awam dan memberi kesan positif kepada sektor – sektor lain. Selain itu pembayaran wang sara hidup dari Jabatan Kebajikan juga akan ditingkatkan daripada RM300 ke RM550 yang mana akan membantu lebih 84,000 keluarga untuk keluar dari tahap kemiskinan. Usaha ini akan mampu meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kemiskinan.

Pemansuhan 1MDB dan meletakkan semula halatuju syarikat berkaitan kerajaan dan pelaburan kerajaan ke arah amalan ekonomi yang lebih berdaya saing dan mengambil kira kepentingan awam, menjadi pegangan Pakatan Rakyat yang komited membela kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia.

Penekanan khusus juga diberikan kepada negeri – negeri pengeluar petroleum dimana Pakatan Rakyat akan mencadangkan penubuhan syarikat petroleum dan gas milik kerajaan negeri. Perancangan dan pembangunan menyeluruh juga adalah agenda utama Pakatan Rakyat sejajar dengan Deklarasi Kuching demi membela nasib rakyat Sabah dan Sarawak.

Pakatan Rakyat juga sedar akan sumbangan kaum wanita di negara ini, dimana kita memperkenalkan jaringan keselamatan sosial yang pertama untuk wanita – Caruman Wanita Nasional – melibatkan caruman dari kerajaan dan suami.

Pakatan Rakyat bersama dengan Belanjawan 2013 ini komited untuk terus memberikan penekanan kepada pembangunan insan, pendidikan percuma, mengurangkan harga barang, dan mengalakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama untuk seluruh rakyat tanpa mengambil kira latar agama dan bangsa.

Saya yakin, berkat sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13, usaha reformasi ekonomi untuk mengangkat kebijakan ekonomi yang merakyat dan mengembalikan Malaysia sebagai kuasa ekonomi yang mampu bersaing di peringkat global akan tercapai selepas tertubuhnya sebuah kerajaan pusat yang adil, bertanggungjawab dan cekap yang dipimpin Pakatan Rakyat kelak.

ANWAR IBRAHIM

.

.


Di antara bajet BN dan bajet Pakatan Rakyat

Posted: 28 Sep 2012 01:00 AM PDT


BN dan Pakatan Rakyat memperagakan bajet 2013 masing-masing. Pihak Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet bayangannya dua hari sebelum Najib membentangkan bajet pihak BN. Najib akan membentangkan bajetnya pada jumaat ini dan dijangka bajet itu adalah bajet pilihanraya. Tanda-tanda bajet itu akan memasukkan banyak peruntukan pemberian tunai kepada rakyat itu adalah jelas dan telah pun diakui oleh beberapa orang pemimpin-pemimpin BN.

Itu tidak memeranjatkan sesiapa kerana Najib begitu popular dengan membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit. Bagi Najib bayar sana, bayar sini adalah cara yang beliau selalu lakukan baik dalam kerajaan mahu pun didalam kegiatan parti. Najib mentadbir kerajaan seperti beliau mentadbir UMNO bahagiannyadi Pekan.
Dalam pada itu PR juga mengemukakan bajet pihaknya untuk membezakannya diantara bajet yang selalu di bentangkan oleh BN. Beberapa pemimpin kerajaan termasuk menteri-menterinya telah mengkritik bajet Pakatan Rakyat dan menuduh PR sedang cuba untuk menarik undi dan bajet anjuran PR itu adalah bajet yang tidak realistik.
Saya hanya hendak memberi komen tentang isu realistik atau tidaknya bajet PR yang di katakan oleh pemimpin samseng BN seperti Nazri Aziz dan beberapa 'hulubalang' BN itu sebagai bahan lawak itu.Nazri membuat komen yang tidak beretika sehinggakan dia mengatakan bajet anjuran PR itu adalah bajet bodoh. Bagi saya hanya orang bodoh sahaja yang mengenali si bodoh yang lain.
Entah mana letak cerdiknya pemimpin BN seperi Nazri ini tidak pula kita ketahui kerana jika benar mereka itu cerdik masakan rakyat memberontak terhadap BN dan hanya menunggu masa untuk menunjukkan perasaan mereka dalam peti undi nanti. Pemimpin yang bodoh akan sentiasa menganggap pihak lain itu sama bodoh dengan mereka.
Di atas kebodohan pemimpin-pemimpin kerajaan inilah yang membezakan bajet BN yang kita lihat setiap tahun yang tidak pernah tercapai seperti apa yang mereka (BN) bajetkan selama ini. Jika bajet mereka benar-benar berjaya selama ini berjaya di laksanakan, keadaan keresahan rakyat seperti yang kita semua rasakan pada hari ini tidak akan berlaku kerana dalam pembentangan bajet selama ini semuanya adalah pembentangan yang baik-baik belaka. Tidak ada yang tidak baik tetapi hasilnya kita sama-sama saksikan sekarang.
Oleh yang demikian yang sudah terbukti tidak berjaya ialah bajet BN dan tentulah apa yang dibentangkan oleh kerajaan dalam bajet setiap tahun itu adalah bajet yang tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna. Janji-janjinya di dalam pembentangan bajet-bajet tersebut tinggal hanya bajet dan tidak pernah terlaksana dengan baik.
Tetapi apa yang saya hendak tekankan ialah dari segi sikap pemimpin-pemimpin BN dengan reaksi mereka terhadap bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat petang semalam itu. Satu perkara yang nyata kita lihat apa sahaja yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu tidak elok kepada BN. Jika pembentangan dari PR itu baik tentulah ianya tidak baik bagi BN kerana ia akan memberikan saingan dan mengecilkan serta merendahkan pandangan rakyat terhadap BN yang 'ego' dan 'arrogant' BN itu.
BN tidak mahu mengaku yang apa yang mereka tidak mampu melakukannya tidak semestinya tidak mampu dilaksanakan oleh pihak lain, dan dalam isu ini pihak Pakatan Rakyat. Pemimpin melakukan 'equation' kemampuan Pakatan Rakyat itu sama lemahnya seperti kemampuan BN.
Bajet yang di unjurkan oleh PR itu jika di serahkan kepada BN untuk melaksanakannya tentunya tidak termampu untuk mereka (BN) melaksanakannya kerana kemampuan BN sangat terbatas. Justeru mereka (BN) menganggap apa yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat itu tidak realistik dan tidak boleh dilaksanakan mengikut tahap kemampuan mereka (BN).
Apa yang lebihnya dalam bajet bayangan Pakatan Rakyat itu ialah ia mengandungi elemen moral yang tidak akan ada di dalam bajet BN itu. Pakatan Rakyat dengan keyakinan tinggi memasukkan elemen pembersihan pentadbiran kerajaan dengan membasmi segala ketirisan yang berlaku dalam kerajaan sekarang dan ianya merupakan salah satu dari sumber perolehan untuk mengisi bajet yang telah dibentangkan semalam.
Mengelolakan ketirisan yang sebanyak RM28 billion setahun itu merupakan jumlah yang besar yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh memunafaatkannya untuk rakyat jelata. Ia nya lebih mengutamakan 'efficiency' yang merupakan satu perkara buruk yang sangat ketara dalam pentadbiran BN sejak dua tiga dekad yang lalu.
Apa yang dibentangkan di dalam bajet bayangan ini amat menakutkan pihak BN dan ianya telah memberi bayangan kepada rakyat yang apa yang terkandung di dalam bajet itu merupakan perkara-perkara yang boleh dilaksanakan jika ada kemahuan dan ketekunan untuk melaksanakan apa yang telah dibentangkan itu.
Tetapi pihak yang mengamalkan rasuah yang sampai keperingkat ketagihan itu tidak akan dapat menerima bajet bayangan yang telah dibentangkan itu. Sememangnya bajet bayangan PR ini tidak ada ruang untuk pihak yang berkuasa untuk melakukan rasuah dengan sewenang-wenangnya dan sememangnya akan dianggap tidak realistik oleh pihak BN.
Bagi BN semua yang dibajetkan itu mesti ada 'variables' yang membolehkan mereka mendapat bahagian dalam semua perbelanjaan kerajaan dalam bentuk komisyen atau sebagainya. Kalau tidak ada elemen yang membolehkan mereka membuat 'duit luar' akan dianggap tidak realistik.

Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/09/diantara-bajet-bn-dan-bajet-pakatan.html

Dr Asri: Mengapa saya kritik aliran literal dalam Umno - UMNO TAK TAHU HADITH?

Posted: 27 Sep 2012 09:30 PM PDT


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
ADA yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya sifatkan literal yang dipegang oleh beberapa orang agamawan muda dalam Umno?

Saya kata bahawa saya tidak kisah untuk sesiapa menjadi ulama tua ataupun muda kepada mana-mana parti selagi berpegang kepada prinsip agama ini.

Umno dan Pas, semuanya sahabat saya. Prinsip agama itu lurus, fatwa agama tidak boleh berpihak. Hal ini terpakai untuk bukan sahaja untuk Umno, tetapi untuk Pas juga. Pas pun dalam sejarahnya bukan tiada fatwa yang merbahaya termasuk yang boleh membawa kepada kafir-mengkafir. Hari ini nampaknya keadaan itu sudah berkurangan.
Sebenarnya, aliran literal itu sendiri jika kena pada tempatnya tidak salah. Mazhab Zahiri (literalism) -walau dikritik hebat - ia diiktiraf dalam fekah Islam. Tokoh besar Zahiri iaitu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi dan kitabnya al-Muhalla menjadi rujukan fekah yang penting.
Rosak Keadaan
Saya mengkritik golongan literalist dalam Umno kerana pemikiran yang dibawa itu boleh mengharukan proses keadilan yang wujud dalam negara ini keseluruhannya.
Hari ini mungkin sesetengah orang Umno seronok apabila terdapat beberapa orang agama yang boleh berhujah dengan nas-nas agama untuk membela Umno.

Biasanya perkara ini dibuat oleh Pas. Namun tanpa mereka sedar fatwa-fatwa aliran literalist tersebut jika diaplikasi dalam sistem politik negara ini, ia akan meruntuhkan keseimbangan, kemaslahatan dan keadilan politik yang menjadi tonggak kepada tujuan berpolitik.

Umpamanya, apabila mereka berfatwa haram mengkritik kepimpinan politik negara secara terbuka. Hanya yang dibenarkan berjumpa dan menasihati secara tertutup.

Pengharaman ini jika diterima bererti system Parlimen yang memboleh ahli-ahlinya Parlimen membahas dan mengkritik dasar dan perlaksanaan kerajaan secara terbuka kepada pengetahuan awam adalah haram.

Perhimpunan Agung Umno yang sering kali kita mendengar para perwakilan meluahkan perkara-perkara yang mereka tidak puas hati tentang kerajaan juga adalah haram.
Golongan literalist ini mungkin berfikir bahawa hukum yang mereka keluar boleh digunakan untuk menentang pihak pembangkang, tetapi mereka lupa implikasinya meruntuhkan sistem negara dan parti itu sendiri.

Bahkan dalam sejarah Umno, Tun Dr Mahathir yang merupakan mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno sendiri apabila tidak puas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri selepasnya iaitu Tun Abdullah Badawi, Tun Dr Mahathir telah melakukan kritikan terbuka.

Kebanyakan tokoh Umno yang ada, pernah melakukan hal yang sama apabila mereka berbeza 'kem politik'. Bahkan Umno dan ulama muda itu sendiri mengkritik terbuka kepimpinan Kerajaan Kelantan, Selangor dan Kedah. Malang sekali jika golongan ini hanya terfikir fatwa berkenaan terkena pembangkang sahaja, padahal ia juga terkena kepada 'tubuh sendiri'. Tentu mereka tidak akan kata 'haram untuk kau, halal untuk aku'.
Ilmu Matan Hadis
Saya tidak mahu kata golongan ini berniat memperalatkan agama. Saya rasa sebab hal ini terjadi kerana cara fikir yang literal dan tidak menghayati ilmu Mukhtalaf al-Hadith yang merupakan ilmu penting dalam memahami matan sesuatu hadis.

Ilmu tersebut membantu untuk menyelaraskan hadis-hadis yang pada zahirnya nampak bercanggah dengan teks al-Quran dan as-Sunnah. Umpamanya apabila mereka membaca hadis:

"Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan.

Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka).

Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya". (Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Sunnah. Sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani).
Mereka mengambil hadis ini tanpa memperdulikan hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza.

Ini seperti hadis: "Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun" (Riwayat al-Tabarani, dinilai hasan).

Para sahabah telah bangun mengkritik al-Khulafa al-Rashidin dalam majlis-majlis mereka seperti Salman al-Farisi yang mempersoalkan Saidina 'Umar al-Khattab semasa beliau berucap.

Sepatutnya perbezaan hadis-hadis ini diselaraskan dengan merujuk kepada kes yang berbeza. Isu dosa peribadi pemimpin hendaklah dibicarakan secara tertutup. Adapun yang membabitkan kepentingan awam maka rakyat yang terbabit boleh membahaskannya sekalipun terbuka.
Berdebat
Begitu juga apabila timbul trend politik kita yang banyak mengadakan debat isu rakyat secara terbuka. Ramai juga pihak kerajaan dan pembangkang yang terbabit.

Apabila ada pemimpin atasan yang menyatakan debat bukan budaya kita, mereka pun mengeluarkan sabda Nabi SAW: "Aku menjamin sebuah rumah dalam syurga bagi mereka yang meninggalkan debat mesti pun dia berada di pihak yang benar" (Riwayat Daud).

Ini bagi menyokong kenyataan pemimpin atasan. Mereka tidak mengambil kira bahawa al-Quran menyebut: "Berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik" (Surah al-Nahl: 125) dan juga dalam al-Quran ada Surah al-Mujadilah (wanita yang berdebat).

Perkataan yang digunakan dalam hadis ialah al-Mira' yang boleh diertikan sebagai al-Jidal (debat). Dalam Islam terlalu banyak sejarah perdebatan ilmu yang menyebabkan ilmu berkembang. 
Debat yang dilarang ialah debat yang sia-sia hasilnya, sekalipun benar. Inilah yang disebut dalam kitab-kitab syarah hadis seperti Faidh al-Qadir oleh al-Imam al-Munawi, Tuhfah al-Ahwazi oleh al-Imam al-Mubarakfuri.
Jika hadis di atas difahami secara literal, tentu Parlimen kita lembab dan tidak berfungsi kerana semua ahlinya akan mengelakkan berbahas.

Bajet Negara akan diterima bulat-bulat tanpa didebatkan kerana semua ingin mendapat rumah dalam syurga. Peguam dan pendakwa juga tidak ada berdebat di mahkamah.

Sepatutnya mereka kena sebut hadis ini semasa setiap kali mesyuarat Umno hendak dimulakan. Tentulah semua ahli menelan bulat-bulat minit mesyuarat tanpa mempertikaikannya sedikit pun.
Dulu saya pernah kritik apabila mereka sering membaca hadis ini di khalayak ramai: "Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan".

Kata Huzaifah: "Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?".

Jawab baginda: "Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah". (Riwayat Muslim)
Hadis ini dibaca seakan rakyat dalam apa keadaan pun tidak boleh membantah kerajaan walaupun buruk mana sekalipun. Mereka lupa kerajaan dalam negara ini bukan sahaja Umno, ada juga kerajaan Pas dan PKR.

Hadis ini dibaca tanpa melihat kepada hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza. Antaranya hadis  "Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir ALLAH akan meliputi mereka dengan hukumanNya"( Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).
Dalam sejarah pemikiran fekah, tokoh aliran literalist yang paling terkemuka ialah al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (meninggal 456H). Dia terkenal kerana kebijaksanaannya tetapi literal dalam memahami nas-nas syarak.

Banyak fatwa literalnya dikritik oleh para sarjana. Pun begitu, beliau apabila ditanya tentang hadis di atas, menjawab: "Adapun apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SA agar bersabar atas pengambilan harta dan pukulan di belakang, itu semua tanpa syak jika pemerintah menguruskan itu dengan cara yang sebenar, maka tidak syak wajib ke atas kita sabar... adapun jika dengan cara yang batil maka berlindung dengan ALLAH untuk Rasulullah SAW menyuruh bersabar untuk itu.

Dalilnya firman ALLAH: "Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam dosa dan permusuhan".

Kita tahu bahawa kalam Rasulullah tidak akan menyanggahi kalam Tuhannya… maka sah bahawa apa yang Rasulullah SAW sabda adalah wahyu dari sisi ALLAH azza wa jalla, tiada perbezaan, tiada percanggahan dan pertentangan.

Jika demikian maka sesuatu yang yakin tanpa syak yang diketahui oleh setiap muslim bahawa mengambil harta muslim ataupun zimmi tanpa cara yang sebenar dan memukul belakangnya tanpa kesalahan yang sebenar adalah dosa, permusuhan dan haram. Sabda Nabi SAW:
"Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari)". Maka tiada syak dan perbezaan pendapat kalangan muslimin bahawa orang yang menyerahkan hartanya untuk perampas secara zalim, memberikan belakangnya untuk dipukul secara zalim sedangkan dia mampu untuk menghalang hal itu dengan apa cara yang mungkin, maka itu adalah pertolongan kepada orang yang menzaliminya atas dosa dan permusuhan, dan ini haram dengan nas al-Quran…" (Ibn Hazm, Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal, 4/133, Kaherah: Maktabah al-Khaniji).
Jika pemerintah itu dibiarkan untuk memukul dan mengambil harta tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan yang diperintah oleh Islam untuk diwujudkan? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama?
Maha Suci ALLAH dari menurunkan agama yang seperti itu! Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan muslim seperti yang disebut oleh Nabi SAW: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah)."( Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Nabi s.a.w juga menyebut: "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Pemikiran agama yang literal seperti ini sebenarnya boleh merosakkan maksud dan imej agama itu sendiri jika dipegang oleh mereka yang berkuasa. Saya tidak mahu campur dengan urusan kepartian Umno ataupun Pas. Namun apabila membabitkan urusan agama saya hanya ingin memberikan pandangan bahawa pemikiran ini dalam kerangka keseluruhan 'memeningkan' negara dan Umno itu sendiri.
* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Source: http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/dr-asri-mengapa-saya-kritik-aliran-literal-dalam-umno-1.89152?localLinksEnabled=false

Kes khalwat paling tinggi dicatat di Pahang

Posted: 27 Sep 2012 07:46 PM PDT


KUANTAN - Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini.

Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60).

Menurut Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial daripada terus menular.

"MUIP akan mempertingkatkan kerjasama bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam membanteras kesalahan jenayah syariah membabitkan penganut agama Islam di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Undang-undang Kesalahan dan Tatacara Jenayah Syariah Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya kini sedang melantik pegawai-pegawai masjid di sebagai penguatkuasa dalam usaha memantapkan lagi penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Kanan Penyelaras Undang-undang Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yahya Mohd Zin berkata bengkel selama tiga hari bermula hari ini itu bertujuan mempertingkatkan lagi pengetahuan undang-undang jenayah syariah di kalangan umat Islam dan penguatkuasa agama.

"Menerusi bengkel ini, kita nak bagi penjelasan kepada semua pihak termasuklah pegawai masjid, imam, siak makna tentang hal berkaitan penguatkuasaan.

"Dari segi undang-undangnya dari tahap mana dan apa yang perlu dibuat apabila sudah ada tangkapan dan apa yang perlu buat selepas itu mengikut enakmen kesalahan syariah dan enakmen tatacara jenayah syariah di Pahang," katanya.

Beliau berkata menerusi bengkel berkenaan, penguatkuasaan kesalahan jenayah di negeri ini diharap akan lebih efisien. - Bernama

Source: http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-khalwat-paling-tinggi-dicatat-di-pahang-1.88755?localLinksEnabled=false

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


Can there be a SPM trial exam question: Is it appropriate for police to use tear gas, water cannon or physical violence against peaceful demonstrators?

Posted: 27 Sep 2012 10:34 PM PDT

Would the Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and his two deputies, Puad Zarkashi and Datuk Wee Ka Siong give their tacit approval or close their eyes and shut their ears if any of the following questions had appeared in a SPM trial examination paper for Moral Education: • Is it appropriate for the police [...]

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Beli IPP: Umno BN sangat berbahaya kepada negara

Posted: 28 Sep 2012 01:33 AM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bertanggungjawan kerana menyifatkan perbelanjaan besar membeli penjana kuasa bebas (IPP) buruk sebagai perkara tidak penting, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Baru-baru ini, melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerajaan membeli dua IPP buruk dari dua syarikat kroninya, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd dengan harga masing-masing RM8.5 bilion dan RM2.55 bilion.

Apabila perkara itu dibangkitkan kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui, beliau menyifatkan perkara itu tidak penting kepadanya.

"Sangat tidak bertanggungjawab dan jenis apa ini? Berbilion ringgit wang rakyat digasak untuk membeli IPP buruk itu, tiba-tiba menteri itu kata 'not really our great concern' atau tidak begitu penting bagi mereka," katanya.

Salahuddin menyifatkan sikap itu sekali lagi membuktikan bahawa Umno dan BN sangat berbahaya kepada negara ini.

"Berbilion ringgit duit rakyat dihabiskan untuk membeli barang buruk yang mengalami susut nilai yang teruk dan menanti masa untuk digantikan, itu tidak penting bagi kerajaan BN.

"Nampak benar kerajaan BN adalah 'no concern government' yang tidak mempedulikan kepentingan rakyat," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Bagi Salahuddin, penyelenggaraan barang buruk itu meningkatkan lagi kos dan kemungkinan yang paling besar ialah kenauikan tarif elektrik.

"Kita tidak mahu tarif elektrik dinaikkan apabila TNB dipaksa membeli bekalan mahal dari penjana-penjana buruk itu," katanya.

Beliau yakin, selepas 15 tahun, penjana-penjana buruk itu tidak lagi ekonomik dan kerajaan sengaja menganiaya rakyat dengan membeli barangan buruk itu.

"Selepas 15 tahun, pemilik asal sudah membuat untung menggunung tinggi. Maklumlah, TNB dipaksa membeli dalam perjanjian yang berat sebelah.

"Sekarang, jual kepada 1MDB pula, untung lagi Yang pasti akan menanggung kerugian ialah rakyat yang menjadi pengguna dan penanggung beban apabila wang mereka dibelanjakan untuk perkara tersebut," katanya.

Salahuddin juga menjangkakan, 1MDB mungkin terpaksa menggantikan dengan yang baru selepas mengambil alih.

"Akhirnya, 1MDB hanya membeli status penyenaraian semata-mata dengan harga berbilion ringgit wang rakyat," katanya.

Beliau juga hairan mengapa 1MDB tidak memohon lesen IPP baru,.

"Kalau 1MDB mohon lesen IPP baru, 100 peratus milik kerajaan. Beli penjanakuasa baru dengan teknologi terkini dan lepas itu senaraikanlah," katanya.

Salahuddin juga menyifatkan kroni-kroni Umno BN yang memiliki IPP sebagai beban kepada rakyat.

"Ini semua antara beban kepada rakyat seperti projek kereta nasional yang merupakan industri yang menyusahkan rakyat," katanya.

harakahdaily/-

Ibu pejabat tentera Syria diserang

Posted: 28 Sep 2012 01:28 AM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Ibu pejabat tentera Syria diserang
 
Bom yang diubah suai diletakkan di dalam bangunan ibu pejabat ketenteraan Syria.
 
DAMSYIK - Sebanyak empat pengawal keselamatan terbunuh dalam dua letupan bom di bangunan ibu pejabat tentera Syria dekat sini, kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, serangan berlaku di tingkat dua bangunan, menyebabkan 14 orang parah.

Menteri Informasi, Omran Al-Zoubi berkata, alat letupan yang diubah suai itu kemungkinan diletakkan di dalam bangunan ibu pejabat dan meletup beberapa minit kemudian sebelum pukul 7 pagi waktu tempatan sehingga menghancurkan tingkap-tingkap berdekatan bangunan dalam daerah Dataran Umayyad.

Sementara itu, jurucakap kumpulan pemberontak Tentera Bebas Syria mengaku bertanggungjawab dan mendakwa berpuluh maut susulan serangan itu tetapi Zoubi mengesahkan letupan itu hanya menyebabkan berlakunya kerosakan peralatan bangunan.

"Saya mahu memaklumkan bahawa semua anggota tentera yang berada di dalam bangunan Kementerian Pertahanan berkeadaan baik.

"Berita yang disampaikan oleh kumpulan pemberontak adalah salah dan misi mereka telah gagal," kata Zoubi.

Agensi televisyen tempatan melaporkan, kejadian tercetus selepas sebuah kereta berisi bom dan alat letupan yang diubai suai meletup di luar bangunan berkenaan.

Sebagai langkah waspada, pihak berkuasa melaksanakan sekatan di beberapa jalan utama di ibu negara selain beberapa buah ambulans menuju ke lokasi kejadian.-Al-Jazeera.

sinar harian/-

Takziah kepada keluarga Abdul Ghani Minhat

Posted: 28 Sep 2012 01:17 AM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah di atas kematian lagenda bola sepak Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Minhat (gambar) pada pagi ini.
"Bagi DPPM, pemergian Tan Sri Ghani ditangisi kerana negara kehilangan sebutir lagi bintang berharga dan kehilangan beliau sukar dicari ganti," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Sesungguhnya, kata beliau sumbangan besar dan jasa beliau dalam dunia sukan khususnya bolasepak amat besar sehingga berjaya mengharumkan nama negara.

Di zaman keemasan beliau, ujar Riduan negara banyak menempa kejayaan yang membanggakan di pentas antarabangsa.

Malah, tambahnya jarang ada insan hebat mampu mencapai tahap kehebatan seperti mana yang pernah beliau kecapi.

"Nama almarhum Tan Sri Abdul Ghani Minhat terpahat dalam sejarah sukan bolasepak negara antara pemain yang begitu cemerlang dan terhebat sepanjang zaman di negara ini setanding dengan pemain antarabangsa lainnya.

"Bahkan, sumbangan beliau selepas era persaraannya juga besar sehingga berjaya membantu negara dalam mengharungi pelbagai kejohanan peringkat antarabangsa. Sewajarnya pemain generasi muda negara ini mewarisi kehebatan beliau serta mencontohi langkah kejayaan seperti mana yang beliau lalui," ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau berkata di atas jasa-jasanya yang begitu tinggi ini, DPPM merasakan almarhum Tan Sri Abdul Ghani Minhat wajar diberi penghormatan tertinggi.

Tambahnya, DPPM mendoakan semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan insan yang soleh dan diredahi di sisi-Nya.

DPPM, ujarnya turut mendoakan semoga keluarga almarhum tabah menghadapi ujian yang berat ini. Alfatihah

harakahdaily/-

Bob Lokman tidak mahu tanding PRU13

Posted: 28 Sep 2012 01:04 AM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Bob Lokman Setelah melalui segala jalan syahwat, ALLAH SWT memberi aku gambaran akhirat. Maka aku mencari kebenaran dengan masuk ke gerbang hijau yang bertonggak ulama dan ditakuti pencinta dunia," demikian luah Bob L
okman selepas mengambil keputusan menyerahkan borang ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, awal tahun ini.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 48, yang mengakui terabai dengan kefahaman Islam walaupun lahir dalam keluarga Islam keturunan ulama, bersyukur kerana diberi petunjuk untuk berjuang bersama Pas.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah berhasrat bertanding dalam pilihan raya atau menjadi wakil rakyat.

"Menawarkan diri untuk menjadi wakil seperti meletakkan sebelah kaki ke dalam neraka dan saya sememangnya tidak pandai menjadi wakil rakyat.

"Biarlah saya terus membantu Pas mengikut kemampuan," katanya pada Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman di sini, kelmarin.

Bob Lokman memang dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu seperti Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.

Ketika diminta mengulas fenomena itu, beliau berkata, mereka membuat pilihan tersebut kerana menyedari Pas lebih baik berbanding parti lain di negara ini.

"Apabila usia meningkat, pemikiran semakin matang lalu mereka memilih untuk menyokong kebenaran dan peribadi baik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan faktor orang tertarik untuk bersama Pas.

"Saya berharap lebih ramai rakan artis menyertai Pas pada masa akan datang," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengakui menghadapi pelbagai cabaran selepas menyertai Pas, namun dianggap lumrah kerana bertekad menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan untuk mempopularkan ALLAH SWT, seperti dicatat dalam blog beliau, 'Demi ALLAH'.

Bob yang terkenal sebagai pelakon, pelawak dan penulis lirik juga berkata, beliau tidak akan meneruskan aktiviti seni kerana menganggap bidang itu mengundang banyak keburukan.

"Saya sudah lama bergelumang dalam bidang ini dan saya mengakui secara jujur bahawa hiburan memudaratkan, tidak perlu beri alasan kerana seni," katanya. SH

sinar harian/-

Penternak hilang pelanggan, akibat jalan tidak berturap, berlopak

Posted: 28 Sep 2012 12:44 AM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Penternak hilang pelanggan, akibat jalan tidak berturap, berlopak
 
Yusri bersama anaknya menunjukkan keadaan jalan ke kolam ikan miliknya di Kampung Pulau, Labu.
LABU - Gara-gara jalan tidak berturap selain berlopak menyebabkan seorang penternak ikan air tawar berhadapan risiko kehilangan pelanggan.

Yusri Abdul Latif, 41, berkata, dia menjalankan kegiatan menternak ikan sejak lebih lima tahun lalu. Menurutnya, kolam ikan itu terletak di sebelah rumahnya yang sudah didiami sejak lapan tahun lalu.

"Malah sejak saya mula-mula tinggal di sini, keadaan jalan itu memang tidak pernah berturap sehingga kini. Saya sudah membuat aduan dan permohonan pada Mac 2009 kepada ketua kampung dan wakil rakyat kawasan namun jawapan yang diberi mengecewakan," katanya kepada Sinar Harian.

Yusri berkata, mereka sering memberi jawapan tiada peruntukan untuk menurap jalan.

"Saya kesal kerana beberapa penduduk lain turut menerima kemudahan turap jalan sedangkan mereka memaklumkan peruntukan tiada," katanya.

Katanya, sepanjang mengusahakan perniagaan itu, dia bukan sahaja mempunyai pelanggan dalam kalangan penduduk Kampung Pulau, tempatnya tinggal malah turut menerima kunjungan luar Negeri Sembilan termasuk dari negara jiran seperti Brunei Darussalam.

"Saya sering menerima rungutan daripada pelanggan mengatakan keadaan jalan yang lecak merosakkan kenderaan mereka.

"Bagi yang pertama kali datang ke sini pasti akan terkejut. Selain itu ada di antara mereka tidak mahu lagi datang membeli malah ada juga meminta saya menghantar ikan sendiri. Ia tidak berbaloi kerana saya terpaksa menanggung kos minyak kereta selain harga ikan yang sama," katanya.

Malah katanya, selain masalah jalan, Yusri pernah memohon untuk membina jambatan yang menghubungkan kolam ikan utama dan rumahnya.

"Saya terpaksa membina titi dari kayu pokok untuk menyeberang anak sungai bagi mengambil ikan yang dipesan pelanggan.

"Pernah tiga kali saya terjatuh ke dalam anak sungai kerana tergelincir semasa membawa ikan. Keadaan ini menyukarkan saya untuk berniaga," katanya.

Sepanjang kariernya sebagai penternak, Yusri pernah mengalami kerugian RM10,000 apabila banjir besar berlaku pada 2010 yang memusnahkan ternakan ikannya seperti keli, tilapia dan baung.

"Jalan tersebut hanya sepanjang 300 meter dan kos membinanya tidak sampai RM10,000 begitu juga dengan jambatan yang kosnya tidak begitu tinggi.

"Justeru saya harap masalah ini mendapat perhatian kerana ia menjejaskan perniagaan dalam jangka masa panjang," katanya yang tidak membuat sebarang pinjaman untuk memulakan perniagaan ikan air tawar itu.

sinar harian/-

Jurulatih PLKN tuntut janji

Posted: 28 Sep 2012 12:01 AM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Roslan
Roslan menunjukkan senarai 185 jurulatih yang layak menerima skim gaji berdasarkan gaji akhir sebelum bersara.
 Roslan
 
Roslan menunjukkan surat yang dikeluarkan oleh SPA kepada JLKN bertarikh 13 Mei 2011.
 
IPOH – Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menuntut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memberi penjelasan berhubung penetapan gaji permulaan bagi pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pembantu kesatria S17 yang hingga kini didakwa masih belum selesai.

Seorang jurulatih yang mahu dikenali sebagai Roslan Darus berkata, SPA seharusnya memberikan maklum balas dan mengikut Perkara 46 Penetapan Gaji Pesara dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 2/2008 yang dikeluarkan sendiri oleh SPA.

Beliau kecewa kerana sehingga kini SPA dikatakan tidak mengikut pekeliling yang dikeluarkan itu dan menafikan hak jurulatih PLKN.

"Pekeliling itu secara jelas menunjukkan setiap pesara tentera yang menjadi jurulatih PLKN layak menerima gaji terakhir semasa perkhidmatan namun mengapa SPA sehingga ke hari ini tidak menempatkan kami kumpulan jurulatih kedua ini dalam skim itu.

"Surat bertarikh 13 Mei 2011 yang dihantar kepada Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) sebelum ini menyatakan seramai 185 jurulatih pesara ATM diluluskan untuk menerima skim gaji terakhir semasa perkhidmatan sedangkan kami juga termasuk dalam skim itu namun hingga kini tidak kesampaian," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, semalam.

Roslan mendakwa sudah menulis surat kepada JLKN dan SPA bagi mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu sehingga kini SPA masih berdiam diri.

"Kami semua sudah panjat pejabat SPA dan JLKN sendiri sudah menghantar dokumen yang diperlukan tetapi hampa. Terbaru kami ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan jawapan sendiri namun gagal malah jawapan yang diberikan seolah-olah mempersoalkan kami tidak layak untuk skim berkenaan.

"Selepas gagal di SPA, kami ke JLKN untuk mendapatkan kepastian mengapa jurulatih kumpulan kedua tidak diletakkan dalam skim itu dan JLKN menyatakan surat jawapan dari SPA tidak boleh dikeluarkan kepada jurulatih. Berkemungkinan dalam surat itu dinyatakan sebab mengapa kami tidak dimasukkan ke skim itu tapi mereka tak bagi tengok," katanya.

Beliau mempersoalkan mengapa hanya kumpulan pertama sahaja yang layak menerima sedangkan kumpulan lain turut menjalankan kewajipan menabur bakti melahirkan generasi yang berakhlak tinggi.

"Kami hanya menuntut apa yang dirasakan hak kami memandangkan perkara itu telah dipersetujui sendiri oleh kedua-dua pihak iaitu JLKN dan SPA sendiri tetapi persoalannya mengapa sehingga ke hari ini tertangguh.

"Kenapa sebelum ini SPA boleh meluluskan pembayaran gaji terakhir dan tunggakan kepada 185 jurulatih di seluruh kem PLKN namun permohonan kami seolah-olah 'disekat' oleh tangan-tangan ghaib sedangkan kami layak menerimanya," katanya yang menggesa SPA memandang serius perkara itu

sinar harian/-

OKU Ikrar Bantu PR Tawan Putrajaya

Posted: 27 Sep 2012 11:48 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berikrar untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Lontaran ini disuarakan oleh Ketua Penggerak Kempen OKU Bangkit 2012, Mohammad Faizal Che Yusof dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, kempen ini merupakan satu mekanisme bagi mengetengahkan permasalahan OKU agar lebih diberikan perhatian oleh semua pihak.

"Diharapkan parti politik akan peka mengenai OKU dalam menifesto pilihanraya akan datang.

Kita bersedia untuk membantu PR memenangi Putrajaya InsyaAllah," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan perlu memberikan elaun kecacatan kepada OKU secara menyeluruh tanpa mengikut jenis kecacatan dan gaji pekerja OKU.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan tambahan kewangan kepada OKU yang bekerja sehingga mencapai pendapatan RM1,500 sebulan dan RM150 kepada OKU yang tinggal di rumah.

"Pembangunan OKU perlu dibuat secara menyeluruh. Satu portfolio OKU perlu dimartabatkan di peringkat kementerian di persekutuan dan exco di peringkat negerim.

"Kita harapkan dalam Bajet 2013 ada sesuatu untuk OKU," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya akan terus mendokong segala usaha pembangunan kepada golongan OKU di seluruh Malaysia.

Katanya, penubuhan sekateriat ini juga merupakan langkah awal bagi membantu kemenangan PR bagi membangunkan OKU kelak.

"Pihak kami akan mengikhtiarkan sebuah pusat khidmat atau sehenti OKU nasional bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih signifikan kepada OKU termasuk kajian berkaitan OKU, advokasi, perancangan dan perlaksanaan pembangunan.

"Meskipun belum memerintah, kami akan mengikhtiarkan yang terbaik untuk mereka," katanya. -selangorku

Jemaah haji Malaysia mula tiba di Mekah

Posted: 27 Sep 2012 11:41 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

MEKAH 27 Sept. - Kumpulan pertama seramai 312 jemaah haji Malaysia selamat tiba di kota suci Mekah dari Madinah awal hari ini. 

Mereka tiba kira-kira pukul 1 pagi Rabu (7 pagi waktu Malaysia) di Hotel Janadiriyyah yang merupakan satu daripada 15 hotel di sini yang disewa oleh Tabung Haji bagi menempatkan hampir 28,000 jemaah haji Malaysia sepanjang musim haji kali ini.

Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, kumpulan pertama itu bertolak dari Madinah dengan bas pada pukul 5 petang Selasa (11 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di Mekah selepas mengharungi perjalanan selama lapan jam.

Beliau berkata, selepas berehat dan bersarapan pagi, jemaah haji yang berpakaian ihram kemudian berjalan beramai-ramai menuju ke Masjidil Haram yang terletak kira-kira 1 kilometer dari tempat penginapan mereka dengan diketuai oleh seorang mutawif atau pembimbing serta petugas Tabung Haji bagi melaksanakan ibadah umrah.

Syed Saleh berkata, berbeza dari tahun sebelumnya, bagasi milik jemaah haji tiba sehari lebih awal di Mekah dan dimasukan ke dalam bilik jemaah haji seperti yang ditetapkan.

"Ini membolehkan jemaah fokus kepada soal ibadah sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah," katanya kepada wartawan Malaysia di Hotel Janadiriyyah yang juga dijadikan pusat pentadbiran Tabung Haji ketika musim Haji.

Syed Saleh berkata, buat masa sekarang keadaan dalam Masjidil Haram masih belum sesak dan jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan ibadah umrah seperti tawaf dan saie dengan selesa.

Beliau berkata, ekoran cuaca panas di Mekah yang mencecah hampir 30 darjah celcius, maka jemaah haji diminta supaya tidak terlalu lama terdedah dalam panas cahaya matahari.

Katanya, seramai 350 petugas haji berada di Mekah dan jumlah itu akan bertambah sehingga 600 orang apabila tiba musim haji nanti. - BERNAMA

83 murid keracunan makanan

Posted: 27 Sep 2012 11:22 PM PDT

 

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
  
Seramai 83 murid Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat di sini mendakwa mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan selepas minum susu kotak 1Malaysia hari ini. 

Kejadian membabitkan murid tahun satu hingga enam yang mengadu mengalami simptom-simptom berkenaan selepas minum susu kotak berkenaan pada waktu rehat antara pukul 9.30 dan 10 pagi.

Berikutan itu, seramai lima kakitangan Pusat Kesihatan Muar telah dikejarkan ke sekolah tersebut untuk memberi rawatan kecemasan termasuk suntikan.

Bagaimanapun, tiada murid yang dimasukkan ke hospital disebabkan kejadian tersebut.

Seorang murid tahun empat yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, dia merasa pening dan muntah sebanyak tiga kali selain cirit-birit setelah setengah jam minum susu itu.

UTUSAN MALAYSIA/-

Mayat pelombong gagal dikeluarkan

Posted: 27 Sep 2012 11:16 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



KUCHING – Misi mengeluarkan mayat pelombong emas haram yang mati dihempap dua bongkah batu sebesar kereta Perodua Kancil di kaki Gunung Tabai dekat sini awal pagi kelmarin, dihentikan terus petang semalam atas faktor keselamatan.

Ia ekoran operasi semakin rumit selepas berlakunya runtuhan baharu bongkah batu dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, operasi selama dua hari tersebut dihentikan kira-kira pukul 4 petang kerana masih banyak lagi bongkah batu yang tidak dapat dialihkan.

Menurutnya, disebabkan struktur terowong tersebut tidak stabil dan diburukkan lagi dengan runtuhan terbaharu, misi mengeluarkan mayat mangsa, Lee Sze Chun, 37, di kaki gunung tersebut terpaksa ditamatkan serta-merta.

"Pasukan menyelamat terpaksa dikeluarkan dari terowong terbabit selepas berlaku runtuhan kerana kita tidak mahu berlakunya kehilangan nyawa membabitkan anggota penyelamat.

"Pada masa yang sama, saya mewakili pasukan mencari dan menyelamat memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa kerana gagal membawa keluar mayat Sze Chun.

"Bukan kita tidak mampu menggalas tugas itu tetapi kita juga perlu memikirkan keselamatan anggota penyelamat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian dekat sini semalam.

KOSMO/-

Peniaga di tanah KTM tuntut pampasan

Posted: 27 Sep 2012 11:15 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Sekumpulan peniaga di Simpang Renggam, Johor menuntut sejumlah pampasan seperti yang diterima penduduk di Tanah KTM, Layang-Layang, Simpang Renggam.

Tuntutan itu dibuat berikutan pembahagian pampasan atau ex-gratia yang tidak diberikan secara standard kepada penduduk dan peniaga di tanah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemilik dan Penyewa Kedai Tanah KTM, Layang-layang, Samin Mohamed, berkata beliau dan para peniaga telah tinggal dan berniaga di situ lebih 30 tahun.

Malah, kedai yang mereka dirikan juga menjadi tempat tinggal, yang kini pihak KTM meminta mereka keluar dri kawasan tersebut bagi tujuan pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Gemas-Johor.

"Kami diarahkan keluar dari kedai ini sehingga 31 Mac 2012. Namun kami tidak diberi sebarang pampasan atas alasan bahawa kami adalah pekedai, bukannya pemilik rumah dan alasan itu tidak boleh dierima," kata beliau pada satu sidang media, di parlimen, hari ini.

Beliau menambah, penduduk menerima pampasan sebanyak RM8,200, di mana RM1,000 untuk wang perpindahan, RM7,200 untuk wang sewa bagi tempoh tiga tahun (RM200 sebulan).

Malah, katanya pada 1 Ogos lalu, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah memaklumkan penduduk bahawa mereka akan mendapat bayaran ex-gratia sebanyak RM42,000.

"Persoalannya, mengapa kami yang juga tinggal di kawasan ini dinafikan hak untuk mendapat pampasan yang setimpal dengan kami?" soal beliau lagi.

Samin turut mengecam alasan pihak KTM yang mengatakan peniaga tidak layak mendapat pampasan kerana mereka sudah mendapat keuntungan dari kedai di atas tanah KTM.

Alasan tersebut, kecam beliau tidak munasabah kerana dalam perniagaan terdapat masa untung dan rugi.
"Ada masanya kami untung, dan ada masanya kami rugi. Sedangkan penduduk sentiasa untung kerana tinggal secara percuma di atas tanah KTM. Dalam hal ini, kami rugi sebanyak tiga kali - rugi dalam perniagaan, rugi tiada pampasan dan rugi tidak dapat wang perpindahan," tegas beliau.

Pada sidang media tersebut, para peniaga tersebut bertindak menyerahkan memorandum tuntutan mereka untuk dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab.

Turut serta pada sidang media tersebut ialah Ahli Parlimen Pokok Sena dan Kuala Krai, Datuk Mahfuz Omar dan Dr. Hatta Md. Ramli serta Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

HARAKAHDAILY/-

Penyelam tanda ikan jerung paus di Galapagos

Posted: 27 Sep 2012 11:06 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



KEPULAUAN GALAPAGOS, Equador – Pihak Taman Negara Galapagos, Yayasan Charles Darwin dan Universiti California melaksanakan operasi penandaan ikan paus jerung di sekitar kepulauan ini.
Beberapa penyelam daripada tiga organisasi tersebut melekatkan penanda elektronik ke sirip spesies ikan terbesar di dunia itu.

Penanda elektronik tersebut dihubungkan dengan sebuah satelit bagi memudahkan lokasi ikan tersebut dikesan.

Projek berkenaan bertujuan untuk memudahkan saintis-saintis memahami proses migrasi spesies itu secara lebih mendalam pada peringkat tempatan, serantau dan global. 

Kepulauan Galapagos yang merupakan milik Equador terletak di Lautan Pasifik timur, sekitar 972 kilometer ke barat pantai negara berkenaan di rantau Amerika Selatan. – Agensi

Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen

Posted: 27 Sep 2012 11:05 PM PDT

Nama pelik abjad istimewa 'apostrophe' 
12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus membongkar sebuah lagi penipuan dan persediaan untuk menipu secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 
Unit Pengesan Penipuan SPR (UPPSPR) sebuah sayap SAMM yang ditubuhkan dalam Rapat SAMM Kebangsaan yang lalu telah berjaya mengesan satu perkembangan tidak sihat telah diusahakan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk menutup kerja kotor SPR yang bertujuan mengekalkan kuasa regim Barisan Nasional. 
Berikut adalah penemuan baru yang berkaitan, membuktikan SPR bukan sahaja tidak melaksanakan salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH iaitu membersihkan senarai pengundi, malah SPR didapati berusaha lebih gigih untuk memastikan regim terus berkuasa apabila berganding bahu dengan JPN;
1. Nama pelik dalam carian senarai pengundi yang tertulis hanya sebuah abjad istimewa 'apostrophe' telah ditemui selain daripada ribuan nama pelik yang didedahkan sebelum ini, tidak lagi boleh diusul periksa dalam sistem carian kad pengenalan dalam laman web JPN. Lihat keratan di bawah untuk kes terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' yang dikesan dalam sistem carian SPR;
2. Cubaan UPPSPR untuk mendapatkan nama sebenar pemilik no kad pengenalan '781220135703' yang juga penama abjad istimewa 'apostrophe', dalam laman web yang disediakan JPN menemui jalan buntu apabila laman asal sistem pencarian telah diubah. Sistem carian kad pengenalan sebelum ini yang beralamat URL "http://www.jpn.gov.my/semakic/" - memaparkan nama dan status apabila dimasukkan nombor kad pengenalan tetapi URL laman tersebut gagal ditembus. Lihat contoh carian di bawah, ia adalah carian pada bulan Ogos 2011 ketika menemui nama pelik yang mempunyai 2 nombor kad pengenalan;
Sistem carian yang lama mempunyai ruangan nama
Alamat URL sistem carian yang lama gagal ditembus

3. Namun demikian, UPPSPR mendapati JPN telah menukar sistem carian baru di alamat URL "http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/" yang tidak memaparkan nama pemilik kad pengenalan setelah nombor KP dimasukkan. Perubahan yang dilakukan JPN seolah-olah dirancang untuk menggagalkan sebarang usaha untuk mengesan penipuan SPR. Ia jelas satu langkah ke belakang apabila saki baki ketelusan sebelum ini dinafikan sama sekali. Lihat laman yang diperbaharui dalam gambar di bawah;
Laman baru, apabila dimasukkan nombor IC, hanya tertulis status permohonan
4. Perkembangan ini sangat membimbangkan selain menggambarkan sebuah kerjasama hebat telah terjalin di antara SPR dan JPN untuk mengambus penipuan pilihanraya. 
Justeru itu, SAMM mendesak agar JPN tampil menjawab apakah alasan dan tujuan mengubah sistem carian daripada yang lebih telus terperinci seperti sebelum ini kepada sistem carian yang menyembunyikan nama pemegang kad pengenalan.
SAMM melihat penemuan terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' membuktikan SPR tidak pernah berusaha membersihkan senarai pengundi sepertimana yang dituntut sejak tahun 2006. Ribuan nama pelik yang tidak dijustifikasi malah disusahkan lagi pencariannya dalam sistem carian JPN, berpuluh ribu nombor KP yang ada dalam senarai pengundi SPR tetapi tiada dalam sistem pangkalan data JPN, beratus ribu pengundi berada dalam kategori satu alamat diduduki ratusan pengundi pelbagai bangsa, semua ini masih tidak dibersihkan lagi oleh SPR dan tiada usaha konstruktif ke arah pembersihan senarai pengundi.
Apalagi yang boleh diharapkan dari SPR yang semakin hari semakin mengarut? Desakkan terhadap timbalan dan pengerusi SPR yang dikenalpasti sebagai ahli Umno supaya segera meletakkan jawatan tidak diendahkan. Jawatan tertinggi SPR sepatutnya diserah kepada individu lebih layak yang tidak menyertai mana-mana parti politik.
SAMM juga melihat SPR sebagai badan yang tiada kredibiliti lagi selain tidak berintegriti dalam memastikan ketelusan menjalankan kerja-kerja pengurusan pilihanraya. Rakyat yang mengimpikan demokrasi sudah hilang kepercayaan terhadap SPR. 
Dengan ini, SAMM mendesak keras agar SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum parlimen dibubarkan. SAMM menyeru rakyat seluruh negara, NGO dan NGI bersama bergerak mendesak SPR dibubarkan. Tekanan hebat harus diberikan kepada SPR supaya menyerahkan tanggungjawab menjaga perihal pilihanraya kepada badan lain yang lebih profesional dan punya integriti dalam menjalankan tanggungjawab.
Ayuh semua, gerakan mendesak SPR dibubarkan sebelum parlimen Malaysia dibubar harus diperhebat demi menjamin demokrasi dan masa depan negara.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Siling tunggu masa runtuh

Posted: 27 Sep 2012 10:33 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Siling tunggu masa runtuh
Keadaan siling yang tidak selamat.
 
FELDA TEMENTI – Kejadian siling yang hampir runtuh di Tabika Kemas, dekat sini membimbangkan ibu bapa terutama yang menghantar anak-anak mereka ke sini.

Seorang penjaga, Wan Hamadan Wan Ad Habibi, 32, berkata, dia bersyukur kerana siling itu tidak runtuh atas kanak-kanak dan tiada yang tercedera namun sudah tentu ibu bapa trauma dan risau terhadap keselamatan anak masing-masing.

Menurutnya, bangunan itu sudah terlalu lama dan perlu dinaik taraf segera bagi mengelak kejadian seumpama ini berlaku lagi.

"Saya percaya pihak pengurusan sudah mengambil tindakan segera untuk kerja membaiki syiling itu tetapi saya mewakili ibu bapa lain minta ia diganti keseluruhannya.

"Keselamatan anak-anak juga bergantung kepada fasiliti yang ada dalam dan luar bangunan tabika ini," katanya kepada Sinar Harian.

Wan Hamdan berkata, bangunan yang berusia lebih 30 tahun itu sewajarnya dinaik taraf termasuk membaiki agar tabika yang turut roboh.

"Bukan itu sahaja, kawasan ini juga terdedah dengan kehadiran binatang liar seperti monyet yang berisiko mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak.

"Kalau boleh, saya minta pihak berkaitan selesaikan masalah ini segera sebelum berlaku kecederaan kepada kanak-kanak tersebut," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian menghubungi Penyelia Pra-Sekolah Kemas, Manila Abd Latif untuk mendapat penjelasan mengenai perkara ini.

Menurutnya, pihaknya sudah dimaklumkan perkara itu dan membuat permohonan peruntukan untuk kerja baik pulih di tabika tersebut.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini pihaknya masih menunggu peruntukan tersebut

SINAR HARIAN/-

Posted: 27 Sep 2012 10:07 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Sao Paulo - Sebuah mahkamah Brazil pada Selasa (25/9/2012) melarang sebuah filem anti-Islam yang menelurkan protes keras di seluruh dunia Muslim dan memberi YouTube masa 10 hari untuk menarik trailer filem tersebut dari laman webnya, lansir Al Arabiya.

Keputusan oleh mahkamah negeri di Sao Paulo, rumah bagi pendatang masyarakat Timur Tengah, berlaku beberapa jam selepas Presiden Brazil, Dilma Rousseff mengecam "Islamophobia" di negara-negara Barat dalam pidato di PBB.

Tuntutan terhadap filem kontroversi tersebut dibawa oleh sebuah kumpulan Muslim Brazil, Kesatuan Kebangsaan Islam, terhadap pemilik Youtube, Google Inc untuk menerbitkan di internet sebuah video yang telah menyerang Islam.

Dalam keputusannya, Hakim Gilson Delgado Miranda mengatakan kes ini menyandingkan "kebebasan bersuara" dan keperluan untuk melindungi individu atau kelompok masyarakat dari tindakan yang mungkin menghasut diskriminasi agama.

Ini bukan kali pertama mahkamah Brazil melawan Google. Sebelumnya mahkamah pilihan raya memerintahkan penangkapan eksekutif Google yang paling senior di Brazil selepas syarikat gagal untuk menghapuskan video di YouTube yang menyerang calon walikota tempatan.

Cabaran undang-undang menggariskan soalan yang lebih luas mengenai tanggung jawab Google untuk kandungan yang dimuat naik pihak ketiga ke laman webnya, seperti video anti-Islam yang mengejek Nabi Muhammad salallahu alaihi wa sallam dan mencetuskan gelombang protes di dunia Muslim.

Lima belas orang terbunuh di Pakistan selama demonstrasi atas video tersebut pada minggu lalu.

Orang-orang yang terlibat dalam filem amatur yang telah diposting di YouTube, mengatakan bahawa itu dibuat oleh seorang lelaki California berusia 55 tahun, Nakoula Basseley Nakoula.

KELAB GRENNBOC/-

Wajib ke tadika, sekolah agama

Posted: 27 Sep 2012 10:04 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
  
BANDAR SERI BEGAWAN: Setiap kanak-kanak Islam, berusia antara tujuh dan 15 tahun dan tinggal di Brunei Darussalam, diwajibkan dihantar ke sekolah tadika dan sekolah rendah agama.

Ia sebahagian daripada Peraturan wajib Pendidikan Islam 2012 yang ditekankan oleh Sultan Brunei dalam ucapannya pada sambutan Hari Guru, baru-baru ini. Peraturan itu akan dilaksanakan bermula 1 Januari, tahun depan.

Ia turut menekankan kewajipan pendidikan agama untuk kanak-kanak yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2006, dan sekurang-kurangnya seorang dari ibu atau bapa adalah rakyat atau penduduk tetap negara ini.

Perkara ini didedahkan semalam oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman.

Perintah itu turut membawa maksud semua kanak-kanak perlu memenuhi syarat untuk masuk ke tadika atau sekolah rendah agama. Pendidikan agama bermaksud, menurut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Peraturan itu juga menggariskan tanggungjawab wajib ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka di sekolah agama pada 1 Januari untuk penggal sekolah dan memastikan kanak-kanak itu boleh terus bersekolah sepanjang tempoh pendidikan agama itu.

Ibu bapa yang gagal berbuat demikian dianggap melakukan kesalahan dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi BND$5,000 (RM12,514) atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Kanak-kanak perlu menghadiri sekolah agama untuk tujuh atau lapan tahun.

Mohamad berkata, kementerian bersedia melaksanakan perintah itu dan memerlukan kerjasama dan komitmen penuh daripada semua pihak untuk program itu berjaya.

Katanya, ia juga selaras dengan falsafah negara iaitu Kesultanan Melayu Islam. - Brunei Times

Selera terbantut, rambut lekat pada biskut

Posted: 27 Sep 2012 09:44 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Selera terbantut, rambut lekat pada biskut
 
Rambut ditemui melekat pada biskut yang dinikmati dua sahabat ketika minum petang.
 
KUALA LIPIS - Keceriaan dua sahabat menikmati minum petang terbantut apabila seorang daripada mereka menemui rambut dalam makanan yang dibeli itu.

Hainul Asida Suyarno, 29, berkata, ketika itu dia bersama seorang rakan sekerja sedang menikmati biskut yang dibeli di sebuah pasar raya di Raub dan menemui sehelai rambut melekat pada biskut itu.

"Sudah menjadi kebiasaan saya bersama rakan sekerja menikmati makanan di tempat kerja kami di Kechau Tui.

"Namun, kelmarin kami dikejutkan dengan penemuan rambut dalam biskut yang dimakan menyebabkan selera kami terbantut apabila melihat rambut melekat pada biskut itu," katanya di sini, semalam.

Hainul berkata, dia bersama rakannya kecewa dengan kejadian terbabit dan minta pengusaha kilang biskut terbabit mengutamakan kebersihan.

"Walaupun harga biskut yang saya beli ini tidak mahal namun pihak pengusaha kilang perlu menitikberatkan hal berkaitan kebersihan dan kualiti produk yang mereka keluarkan.

"Jenama biskut ini terkenal di seluruh negara dan saya adalah seorang pelanggan setia produk keluaran kilang itu namun kejadian seperti ini menyebabkan saya serik untuk beli produk dari kilang itu," katanya.

Hainul berkata, pihak berkaitan juga perlu lebih kerap memantau kilang yang mengeluarkan produk makanan agar pengusaha kilang sentiasa peka aspek kebersihan.

SINAR HARIAN/-

Kisah Benar!! Pulang Ke Rumah Setelah 3 Hari Dikuburkan

Posted: 27 Sep 2012 09:42 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Penduduk Padang digegarkan dengan peristiwa aneh kerana ada seorang datuk berusia 75 tahun sudah dikubur boleh hidup kembali.

Datuk tersebut bernama Faizal (75). Dia dikuburkan pada Sabtu 15 Januari lalu pukul 15.00 ptg. namun pada hari Isnin 18 Januari pada pukul 15.30 ptg tiba-tiba dia pulang ke rumah.

Faizal tiba di rumah dengan dihantar oleh tentangganya. Keluarga yang sedang mempersiapkan majlis doa tahlil lari ketakutan melihat datuk itu pulang dihantarkan tetangga.

Afrizon (35), anak Faizal bercerita, ketika ayahnya pulang orang yang datang ke rumah ingin membaca doa bersama langsung lari ketakutan.

"Mereka takut kerana ayah kan sudah dimakamkan tiga hari lalu," katanya pada okezone Kejadian bermula, ketika Afrizon melihat di media ada mayat tak dikenal di rumah mayat RSUP dr Djamil Padang yang ditemukan di Lubuk Alung, Kabupaten Padang Pariaman.

"Saya melihat gambar mayat itu mirip bapak saya, dan pada Sabtu kira-kira pukul 02.00 saya datang ke hospital itu dan memeriksa keadaan mayat tersebut, ciri-cirinya mirip dengan bapak saya," tuturnya.

Ciri-ciri yang meyakinkan mirip dengan bapaknya itu pelipis kiri ada bekas goresan luka, pergelangan tangan kirinya ada jejak patah tulang, serta di celah-celah jari manis dan jari tengah ada peluru yang masih tertanam dan sudah menyatu dengan dagingnya.

Sementara bahagian dada ada bekas tembakan peluru dan begitu juga di perut ada bekaspembedahan. "Begitu pula wajahnya dan rambutnya mirip dan pakaian yang dikenakan juga sangat mirip, membuat saya percaya bahawa itu bapak saya," katanya.

Pihak hospital juga tidak memiliki identiti mayat yang ditemukan polis itu, kemudian pada Sabtu g Afrizon bersama saudara lain mendatangi hospital itu untuk memeriksa kembali dan mereka setuju bahawa itu ayah mereka.

"Pada pukul 14.30 ptg mayat dimandikan dan langsung dikafani serta dibawa ke rumah. Pukul 15.00 ptg mayat yang sudah sampai di rumah langsung di kebumikan di tanah kelurgayang tak jauh dari rumah," ulasnya. -okezone

Cinta hingga ke mati

Posted: 27 Sep 2012 09:41 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



TIMMS dan isteri, Valerie. 
PASANGAN itu ketika muda.
 
PASANGAN itu ketika muda.

GLOUCHERSTER: Seorang lelaki pekak dan buta bertindak menggantung diri selepas kematian isterinya akibat sakit jantung.
Seorang koroner diberitahu, Stewart Timms, 63, dan isteri, Valerie, 68, yang bisu dan pekak, adalah pasangan dedikasi yang sentiasa hidup saling bantu-membantu.

Tetapi selepas Valerie meninggal dunia di rumah mereka di Andoversford, Gloucestershire, suaminya menggantung diri, beberapa meter dari mayatnya, kata Timbalan Koroner Gloucestershire, David Dooley.
Dooley merumuskan, Timms, pembuat kabinet, membunuh diri dan isterinya, mati akibat penyakit biasa.

Pasangan itu mempunyai dua anak dan lapan cucu. Mayat mereka, kedua-duanya berpakaian tidur, ditemui 16 Jun lalu oleh anak mereka, Emma Scott yang datang untuk menziarah.

Mereka dilihat bersama dua atau tiga hari sebelum penemuan itu.
Dalam kenyataannya, Emma berkata, ibu bapanya berkahwin selama 38 tahun.

"Mereka amat menyanyangi satu sama lain. Mereka jarang bertengkar. Menjelang kematian mereka, ibu bapa saya tidak pernah bertengkar. Mereka sentiasa bantu satu sama lain," katanya.

Menurut Emma, bapanya pernah cuba menggantung diri 24 tahun lalu selepas diberitahu dia akan buta. Bagaimanapun, Timms tidak bercakap apa-apa baru-baru ini atau sebelum kematiannya.

Katanya, apabila tiba di rumah ibu bapanya, tidak ada orang yang menjawab ketukannya pada pintu rumah, menyebabkan dia cuba masuk menerusi pintu belakang, tetapi ia berkunci.

Dia melihat anjing bapanya, Arnie dan menyedari ada sesuatu yang tidak kena selepas ternampak kesan najis di lantai.

Dia meminta bantuan jiran pasangan itu, Adrian Stoner yang memanjat rumah berkenaan.

Stoner kembali dan memberitahu bapanya menggantung diri.

"Saya seterusnya diberitahu, ibu saya juga sudah ditemui dan disahkan mati," kata Emma.

Dia yakin kematian ibu bapanya tidak berkait dan mereka tidak membantu satu sama lain untuk membunuh diri. - DM

Mahkamah benar kes Mohamad Sabu digantung

Posted: 27 Sep 2012 09:13 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


PULAU PINANG: Mahkamah Sesyen Pulau Pinang membenarkan permohonan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu agar kes pendakwaan ke atasnya dirujuk ke Mahkamah Tinggi.

Ini ekoran bantahan yang dibuat oleh beliau melalui peguamnya  berikutan tindakan Pendakwaraya yang hanya mendakwa beliau tetapi tidak mendakwa akhbar Utusan Malaysia yang juga membuat kesalahan yang sama.

Mohamad Sabu didakwa ekoran ceramahnya mengenai kes Bukit Kepong.

Perbicaraan sebelum ini mendedahkan, saksi utama pendakwa iaitu orang yang membuat laporan polis terhadap Mohamad Sabu mengaku dia tidak mendengar ceramah Mohamad Sabu.

Dia mengaku membuat laporan polis berdasarkan laporan Utusan.

Ekoran itu, beliau meminta mahkamah menggugurkan dakwaan ke atas Mohamad.

Peguam Mohamad Hanipa Maidin hari ini memohon Mahkamah Sesyen menggantung perbicaraan hari ini kerana pihaknya ingin memohon kepada Mahkamah Tinggi agar mempertimbangkan persolan kenapa Utusan tidak didakwa dalam kes ini.

Ini kerana menurut Seksyen 501 Kanun Keseksaan, mana-mana akhbar yang menerbitkan berita fitnah boleh didakwa.

Jelas hanya Mohamad Sabu didakwa tetapi akhbar Umno itu tidak didakwa.

Hanipa memohon agar Mahkamah Sesyen membenarkan perkara ini dibawa ke Mahkamah Tinggi kerana hanya mahkamah itu yang berkuasa untuk menilai hal ini di bawah Seksyen 30 (1) Akta Mahkamah Kehakiman.

Ekoran itu, Hakim Ikmal Hishan setuju dengan permohonan dan tarikh 16 Oktober ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Selain Hanipa, Mohamad Sabu diwakili oleh Aminudin Zulkifli dan Nashar Khan.

Pendakwaraya pula dibuat oleh Tuan Yusaini Amir dan Tuan Suhaimi.

harakahdaily/-

Morsi kepada PBB: Syria adalah tragedi era ini

Posted: 27 Sep 2012 09:09 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


(Mohamed Morsi berkata dalam ucapan sulungnya di PBB bahawa rakyat Timur Tengah tidak lagi akan bertolak ansur dengan pemerintahan diktator)

NEW YORK: Mohamed Morsi, berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pemimpin pertama Mesir yang dipilih secara demokratik, menyifatkan perang Syria sebagai "tragedi era ini" di mana seluruh dunia bertanggungjawab ke atasnya - dan menuduh rejim Assad "membunuh rakyat siang dan malam".

Presiden Morsi mengajak dunia untuk menggantikan rejim dengan kerajaan demokratik yang mewakili semua etnik dan agama, tetapi perlu dilakukan tanpa campur tangan tentera luar.

Sebaliknya, beliau menegaskan inisiatif diplomatik baru yang dimulakan oleh Mesir, Turki dan Iran, dan menyeru negara-negara lain untuk menyertainya.

Sebelum membincangkan konflik Syria, Morsi berkata PBB perlu membuat keutamaan menangani nasib rakyat Palestin, mengatakan bahawa ia adalah "memalukan" untuk resolusi PBB yang berturut-turut mengenai penjajahan Israel di wilayah Palestin tidak pernah dikuatkuasakan.

"Buah-buah maruah dan kebebasan mesti dikekalkan hampir dengan rakyat Palestin," katanya.

Dalam ucapan sulungnya di perhimpunan agung PBB, Morsi berkata rakyat Timur Tengah tidak akan lagi bertolak ansur dengan pemerintahan diktator, mereka juga tidak akan bertolak ansur dengan negara-negara yang tidak menandatangani perjanjian pengawalan senjata nuklear (NPT), secara jelas merujuk kepada Israel, yang dengan senjata nuklearnya memberikan mereka kuasa monopoli di rantau itu.

Beliau menyuarakan sokongan kepada persidangan yang dianjurkan oleh PBB yang berakhir hujung tahun ini untuk menjadikan Timur Tengah sebagai rantau yang bebas daripada senjata pemusnah besar-besaran. Israel telah menolak gesaan itu.

Morsi juga menegur Iran, mengatakan bahawa semua negara perlu menunjukkan sifat aman oleh program nuklear mereka untuk memuaskan hati jiran-jiran mereka. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkata bahawa Iran tidak bekerjasama dalam siasatan mereka.

Penilaian Morsi berkenaan masalah di rantau ini berbeza dengan apa yang disampaikan oleh presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, yang memberi fokus kepada tema agama dan tidak menyebut berkenaan program nuklear Iran, yang merupakan tumpuan ketegangan yang semakin meningkat di rantau itu - dan juga dalam masyarakat antarabangsa yang lebih luas.

Setiausaha Luar Britain, William Hague, baru-baru ini menggesa Kesatuan Eropah untuk mengetatkan lagi sekatan yang sudah sedia ketat ke atas Iran, kerana keengganan Iran untuk tunduk kepada tuntutan majlis keselamatan PBB supaya menghentikan pengayaan uranium.

Ucapan Ahmadinejad adalah tidak mudah difahami seperti kebiasaannya untuk satu sesi PBB dan hanya sekali merujuk kepada Israel, apabila beliau mengecam apa yang beliau panggil sebagai "hegemoni keangkuhan" kuasa-kuasa dominan di dunia, dan berkata "ancaman berterusan dari Zionis yang tidak bertamadun yang akan mengambil tindakan tentera terhadap bangsa kami adalah satu contoh yang jelas realiti pahit ini ".

Tiada diplomat Amerika di persidangan ketika ucapan Ahmadinejad kerana Washington melihat ucapan pemimpin Iran mengenai Israel awal minggu ini sebagai menyakitkan hati.

Britiain dan kebanyakan negara Eropah yang lain telah menghantar wakil junior, yang tidak berjalan keluar memboikot seperti yang telah dilakukan mereka sebelum ini.

Dalam ucapannya, Morsi berkata Mesir akan "berdiri teguh" menentang keganasan anti-Amerika yang telah melanda dunia Islam dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang telah dicetuskan oleh kemunculan video menghina Nabi, yang telah diterbit oleh Nakoula Basseley, warga Amerika- Mesir beragama Kristian Koptik.

Tetapi Morsi juga mendakwa bahawa penyebaran video itu adalah sebahagian daripada "kempen tersusun" yang didorong oleh Islamofobia. Dalam kenyataan yang nampak seperti menikam balas ucapan Barack Obama berkenaan kebebasan bersuara, Morsi berkata bahawa kebebasan bersuara tidak sepatutnya merangkumi hak untuk menghina agama berjuta-juta manusia.

harakahdaily/-

Kejamnya kerajaan Selangor... [Tengok]

Posted: 27 Sep 2012 09:06 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 

Kejam sungguh kerajaan negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat neh...
Kejam sehingga sanggup MENDERA rakyat Selangor sehinggakan nikmat rakyat sendiri untuk membayar bil air dah tak dak... (...)
 
harakahdaily/-

BR1M kedua meningkat kepada RM1,000?

Posted: 27 Sep 2012 09:02 PM PDT

NONE12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia bukan hanya menantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500, tetapi mengharapkannya nilainya digandakan menjadi RM1,000 atau lebih dalam pengumuman belanjawan petang ini.

Lebih banyak imbuhan dan 'gula-gula' itu dijangkakan ekoran pendekatan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri, kata Lim dalam kenyataannya semalam.

"Najib tidak boleh salahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri. Belanjawan tahunan yang dibentangkan di Parlimen sudah menjadi acara tahunan Santa Klaus," kata Lim yang juga anggota Parlimen Ipoh Timor.

"Ini semua kerana dia tidak dapat membuat keputusan dan takut terhadap pilihan raya umum ke-13, menyebabkan dia menukar 42 bulan pemerintahannya kepada kempen pilihan raya yang berpanjangan dan tidak berkesudahan."

Lim berkata, kerajaan pimpinan BN melalui wakilnya di pelbagai peringkat sudah memberikan gambaran lebih banyak imbuhan dan gula-gula akan diberikan, termasuk BR1M dalam pilihan raya.

Jangkaan itu, termasuk kemungkinan BR1M diperluas untuk meliputi pendapatan isi rumah yang sebelum ini tidak layak untuk bantuan itu.

"Jika pembayaran BR1M kali kedua tidak lebih sekali ganda daripada bayaran terdahulu RM500 atau gagal memberi manfaat kepada 4.2 juta isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000, Najib, Umno dan BN patut jangkakan tindak balas buruk daripada rakyat Malaysia," katanya.

malaysiakini/-

Bajet 2013: Ringan beban rakyat atau bajet p'raya

Posted: 27 Sep 2012 09:01 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini bakal dinilai oleh rakyat sama ada benar-benar mahu meringankan beban rakyat untuk jangka masa panjang atau sekadar bajet pilihan raya.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, rakyat sedang menanti dengan harapan bahawa bajet kali ini memberi tumpuan khusus kepada perkara-perkara yang membebani mereka khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara pengumuman yang ditunggu-tunggu rakyat katanya termasuk penghapusan tol, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) penghapusan cukai aksais kenderaan dan tidak melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Bajet 2013 kali ini harus menekankan perkara yang dirasai oleh rakyat.

"Pemansuhan tol, penurunan harga petrol, itu semua memberi kesan berantai kepada penurunan kos hidup rakyat di negara ini dan itulah yang sedang dirunggu-tunggu," katanya kepada Harakahdaily.

Bajet 2013 akan dibentangkan Perdana Menteri di parlimen jam 4 petang ini dan akan disiar secara langsung melalui steten televisyen perdana.

Biarpun difahamkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua akan diumumkan dalam bajet itu hari ini, namun harapan rakyat tetap kepada penyelesaian masalah pokok seperti bebanan tol, harga minyak dan cukai aksais kenderaan.

Berhubung perlaksanaan GST pula, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, ianya boleh dielak jika kerajaan BN menghentikan budaya rasuah, penyelewengan, ketirisan dan salah guna kuasa.

"Selagi masalah-masalah itu membelengu pentadbiran kerajaan BN, selagi itu hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi akan terbantut," katanya.

Sebab itu katanya, Pakatan Rakyat menampilkan belanjawan alternatif dengan tema Ekonomi Rakyat Negara Berkat, mencerminkan fokus penyelesaian utama adalah kepada masalah yang sedang dihadapi rakyat.

Ianya termasuk penghapusan tol, menurunkan harga minyak, menurunkan harga kenderaan dan juga memperkenal undang-undang anti monopoli supaya kegiatan ekonomi tidak hanya dikuasai syarikat kroni.

harakahdaily/-

1,000 jemaah haji wanita Nigeria terkandas di Jeddah

Posted: 27 Sep 2012 08:49 PM PDT

12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



ABUJA - Kerajaan Arab Saudi telah menolak kemasukan lebih 1,000 jemaah haji wanita dari negara ini kerana tidak ditemani oleh lelaki atau mahram masing-masing, kata beberapa pegawai Nigeria kelmarin.
Semua wanita itu mulai tiba di lapangan terbang antarabangsa Jeddah, Arab Saudi Ahad lalu jelas satu laporan yang dikumpul oleh Suruhanjaya Haji Kebangsaan Nigeria yang mengawal selia jemaah haji Nigeria ke Mekah.

"Apabila ditanya oleh pegawai Suruhanjaya Haji Kebangsaan, mereka diberitahu bahawa jemaah haji itu ditahan kerana tiada mahram," kata laporan yang diserahkan kepada wakil jawatankuasa hal ehwal luar Nigeria.

Kira-kira 171 jemaah haji wanita itu pulang ke Nigeria menerusi satu penerbangan kelmarin.
"Mereka tidak diusir, sebaliknya dihantar pulang oleh Suruhanjaya Haji Kebangsaan kerana malu dengan pihak berkuasa Arab Saudi," kata jurucakap suruhanjaya, Umar Bala kepada agensi berita AFP.
Satu perbincangan dua hala sedang dijalankan di antara para pegawai kedua-dua negara bagi menyelesaikan isu itu, tambah beliau.

Katanya, seramai 1,000 jemaah haji wanita masih terkandas di lapangan terbang sama. - AFP

Nuffnang