:: cina islam | 2011 :: |
- Beli IPP: Umno BN sangat berbahaya kepada negara
- Ibu pejabat tentera Syria diserang
- Takziah kepada keluarga Abdul Ghani Minhat
- Bob Lokman tidak mahu tanding PRU13
- Penternak hilang pelanggan, akibat jalan tidak berturap, berlopak
- Jurulatih PLKN tuntut janji
- OKU Ikrar Bantu PR Tawan Putrajaya
- Jemaah haji Malaysia mula tiba di Mekah
- 83 murid keracunan makanan
- Mayat pelombong gagal dikeluarkan
- Peniaga di tanah KTM tuntut pampasan
- Penyelam tanda ikan jerung paus di Galapagos
- Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen
- Siling tunggu masa runtuh
- Wajib ke tadika, sekolah agama
- Selera terbantut, rambut lekat pada biskut
- Kisah Benar!! Pulang Ke Rumah Setelah 3 Hari Dikuburkan
- Cinta hingga ke mati
- Mahkamah benar kes Mohamad Sabu digantung
- Morsi kepada PBB: Syria adalah tragedi era ini
- Kejamnya kerajaan Selangor... [Tengok]
- BR1M kedua meningkat kepada RM1,000?
- Bajet 2013: Ringan beban rakyat atau bajet p'raya
- 1,000 jemaah haji wanita Nigeria terkandas di Jeddah
Beli IPP: Umno BN sangat berbahaya kepada negara Posted: 28 Sep 2012 01:33 AM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bertanggungjawan kerana menyifatkan perbelanjaan besar membeli penjana kuasa bebas (IPP) buruk sebagai perkara tidak penting, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Baru-baru ini, melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerajaan membeli dua IPP buruk dari dua syarikat kroninya, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd dengan harga masing-masing RM8.5 bilion dan RM2.55 bilion. Apabila perkara itu dibangkitkan kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui, beliau menyifatkan perkara itu tidak penting kepadanya. "Sangat tidak bertanggungjawab dan jenis apa ini? Berbilion ringgit wang rakyat digasak untuk membeli IPP buruk itu, tiba-tiba menteri itu kata 'not really our great concern' atau tidak begitu penting bagi mereka," katanya. Salahuddin menyifatkan sikap itu sekali lagi membuktikan bahawa Umno dan BN sangat berbahaya kepada negara ini. "Berbilion ringgit duit rakyat dihabiskan untuk membeli barang buruk yang mengalami susut nilai yang teruk dan menanti masa untuk digantikan, itu tidak penting bagi kerajaan BN. "Nampak benar kerajaan BN adalah 'no concern government' yang tidak mempedulikan kepentingan rakyat," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Bagi Salahuddin, penyelenggaraan barang buruk itu meningkatkan lagi kos dan kemungkinan yang paling besar ialah kenauikan tarif elektrik. "Kita tidak mahu tarif elektrik dinaikkan apabila TNB dipaksa membeli bekalan mahal dari penjana-penjana buruk itu," katanya. Beliau yakin, selepas 15 tahun, penjana-penjana buruk itu tidak lagi ekonomik dan kerajaan sengaja menganiaya rakyat dengan membeli barangan buruk itu. "Selepas 15 tahun, pemilik asal sudah membuat untung menggunung tinggi. Maklumlah, TNB dipaksa membeli dalam perjanjian yang berat sebelah. "Sekarang, jual kepada 1MDB pula, untung lagi Yang pasti akan menanggung kerugian ialah rakyat yang menjadi pengguna dan penanggung beban apabila wang mereka dibelanjakan untuk perkara tersebut," katanya. Salahuddin juga menjangkakan, 1MDB mungkin terpaksa menggantikan dengan yang baru selepas mengambil alih. "Akhirnya, 1MDB hanya membeli status penyenaraian semata-mata dengan harga berbilion ringgit wang rakyat," katanya. Beliau juga hairan mengapa 1MDB tidak memohon lesen IPP baru,. "Kalau 1MDB mohon lesen IPP baru, 100 peratus milik kerajaan. Beli penjanakuasa baru dengan teknologi terkini dan lepas itu senaraikanlah," katanya. Salahuddin juga menyifatkan kroni-kroni Umno BN yang memiliki IPP sebagai beban kepada rakyat. "Ini semua antara beban kepada rakyat seperti projek kereta nasional yang merupakan industri yang menyusahkan rakyat," katanya. harakahdaily/- | ||||||||
Ibu pejabat tentera Syria diserang Posted: 28 Sep 2012 01:28 AM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - DAMSYIK - Sebanyak empat pengawal keselamatan terbunuh dalam dua letupan bom di bangunan ibu pejabat tentera Syria dekat sini, kelmarin. Menurut pihak berkuasa, serangan berlaku di tingkat dua bangunan, menyebabkan 14 orang parah. Menteri Informasi, Omran Al-Zoubi berkata, alat letupan yang diubah suai itu kemungkinan diletakkan di dalam bangunan ibu pejabat dan meletup beberapa minit kemudian sebelum pukul 7 pagi waktu tempatan sehingga menghancurkan tingkap-tingkap berdekatan bangunan dalam daerah Dataran Umayyad. Sementara itu, jurucakap kumpulan pemberontak Tentera Bebas Syria mengaku bertanggungjawab dan mendakwa berpuluh maut susulan serangan itu tetapi Zoubi mengesahkan letupan itu hanya menyebabkan berlakunya kerosakan peralatan bangunan. "Saya mahu memaklumkan bahawa semua anggota tentera yang berada di dalam bangunan Kementerian Pertahanan berkeadaan baik. "Berita yang disampaikan oleh kumpulan pemberontak adalah salah dan misi mereka telah gagal," kata Zoubi. Agensi televisyen tempatan melaporkan, kejadian tercetus selepas sebuah kereta berisi bom dan alat letupan yang diubai suai meletup di luar bangunan berkenaan. Sebagai langkah waspada, pihak berkuasa melaksanakan sekatan di beberapa jalan utama di ibu negara selain beberapa buah ambulans menuju ke lokasi kejadian.-Al-Jazeera. sinar harian/- | ||||||||
Takziah kepada keluarga Abdul Ghani Minhat Posted: 28 Sep 2012 01:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah di atas kematian lagenda bola sepak Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Minhat (gambar) pada pagi ini. "Bagi DPPM, pemergian Tan Sri Ghani ditangisi kerana negara kehilangan sebutir lagi bintang berharga dan kehilangan beliau sukar dicari ganti," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor. Sesungguhnya, kata beliau sumbangan besar dan jasa beliau dalam dunia sukan khususnya bolasepak amat besar sehingga berjaya mengharumkan nama negara. Di zaman keemasan beliau, ujar Riduan negara banyak menempa kejayaan yang membanggakan di pentas antarabangsa. Malah, tambahnya jarang ada insan hebat mampu mencapai tahap kehebatan seperti mana yang pernah beliau kecapi. "Nama almarhum Tan Sri Abdul Ghani Minhat terpahat dalam sejarah sukan bolasepak negara antara pemain yang begitu cemerlang dan terhebat sepanjang zaman di negara ini setanding dengan pemain antarabangsa lainnya. "Bahkan, sumbangan beliau selepas era persaraannya juga besar sehingga berjaya membantu negara dalam mengharungi pelbagai kejohanan peringkat antarabangsa. Sewajarnya pemain generasi muda negara ini mewarisi kehebatan beliau serta mencontohi langkah kejayaan seperti mana yang beliau lalui," ujarnya kepada Harakahdaily. Justeru, beliau berkata di atas jasa-jasanya yang begitu tinggi ini, DPPM merasakan almarhum Tan Sri Abdul Ghani Minhat wajar diberi penghormatan tertinggi. Tambahnya, DPPM mendoakan semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan insan yang soleh dan diredahi di sisi-Nya. DPPM, ujarnya turut mendoakan semoga keluarga almarhum tabah menghadapi ujian yang berat ini. Alfatihah harakahdaily/- | ||||||||
Bob Lokman tidak mahu tanding PRU13 Posted: 28 Sep 2012 01:04 AM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Setelah melalui segala jalan syahwat, ALLAH SWT memberi aku gambaran akhirat. Maka aku mencari kebenaran dengan masuk ke gerbang hijau yang bertonggak ulama dan ditakuti pencinta dunia," demikian luah Bob L okman selepas mengambil keputusan menyerahkan borang ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, awal tahun ini. Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 48, yang mengakui terabai dengan kefahaman Islam walaupun lahir dalam keluarga Islam keturunan ulama, bersyukur kerana diberi petunjuk untuk berjuang bersama Pas. Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah berhasrat bertanding dalam pilihan raya atau menjadi wakil rakyat. "Menawarkan diri untuk menjadi wakil seperti meletakkan sebelah kaki ke dalam neraka dan saya sememangnya tidak pandai menjadi wakil rakyat. "Biarlah saya terus membantu Pas mengikut kemampuan," katanya pada Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman di sini, kelmarin. Bob Lokman memang dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu seperti Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman. Ketika diminta mengulas fenomena itu, beliau berkata, mereka membuat pilihan tersebut kerana menyedari Pas lebih baik berbanding parti lain di negara ini. "Apabila usia meningkat, pemikiran semakin matang lalu mereka memilih untuk menyokong kebenaran dan peribadi baik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan faktor orang tertarik untuk bersama Pas. "Saya berharap lebih ramai rakan artis menyertai Pas pada masa akan datang," katanya kepada Sinar Harian. Beliau mengakui menghadapi pelbagai cabaran selepas menyertai Pas, namun dianggap lumrah kerana bertekad menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan untuk mempopularkan ALLAH SWT, seperti dicatat dalam blog beliau, 'Demi ALLAH'. Bob yang terkenal sebagai pelakon, pelawak dan penulis lirik juga berkata, beliau tidak akan meneruskan aktiviti seni kerana menganggap bidang itu mengundang banyak keburukan. "Saya sudah lama bergelumang dalam bidang ini dan saya mengakui secara jujur bahawa hiburan memudaratkan, tidak perlu beri alasan kerana seni," katanya. SH sinar harian/- | ||||||||
Penternak hilang pelanggan, akibat jalan tidak berturap, berlopak Posted: 28 Sep 2012 12:44 AM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - LABU - Gara-gara jalan tidak berturap selain berlopak menyebabkan seorang penternak ikan air tawar berhadapan risiko kehilangan pelanggan. Yusri Abdul Latif, 41, berkata, dia menjalankan kegiatan menternak ikan sejak lebih lima tahun lalu. Menurutnya, kolam ikan itu terletak di sebelah rumahnya yang sudah didiami sejak lapan tahun lalu. "Malah sejak saya mula-mula tinggal di sini, keadaan jalan itu memang tidak pernah berturap sehingga kini. Saya sudah membuat aduan dan permohonan pada Mac 2009 kepada ketua kampung dan wakil rakyat kawasan namun jawapan yang diberi mengecewakan," katanya kepada Sinar Harian. Yusri berkata, mereka sering memberi jawapan tiada peruntukan untuk menurap jalan. "Saya kesal kerana beberapa penduduk lain turut menerima kemudahan turap jalan sedangkan mereka memaklumkan peruntukan tiada," katanya. Katanya, sepanjang mengusahakan perniagaan itu, dia bukan sahaja mempunyai pelanggan dalam kalangan penduduk Kampung Pulau, tempatnya tinggal malah turut menerima kunjungan luar Negeri Sembilan termasuk dari negara jiran seperti Brunei Darussalam. "Saya sering menerima rungutan daripada pelanggan mengatakan keadaan jalan yang lecak merosakkan kenderaan mereka. "Bagi yang pertama kali datang ke sini pasti akan terkejut. Selain itu ada di antara mereka tidak mahu lagi datang membeli malah ada juga meminta saya menghantar ikan sendiri. Ia tidak berbaloi kerana saya terpaksa menanggung kos minyak kereta selain harga ikan yang sama," katanya. Malah katanya, selain masalah jalan, Yusri pernah memohon untuk membina jambatan yang menghubungkan kolam ikan utama dan rumahnya. "Saya terpaksa membina titi dari kayu pokok untuk menyeberang anak sungai bagi mengambil ikan yang dipesan pelanggan. "Pernah tiga kali saya terjatuh ke dalam anak sungai kerana tergelincir semasa membawa ikan. Keadaan ini menyukarkan saya untuk berniaga," katanya. Sepanjang kariernya sebagai penternak, Yusri pernah mengalami kerugian RM10,000 apabila banjir besar berlaku pada 2010 yang memusnahkan ternakan ikannya seperti keli, tilapia dan baung. "Jalan tersebut hanya sepanjang 300 meter dan kos membinanya tidak sampai RM10,000 begitu juga dengan jambatan yang kosnya tidak begitu tinggi. "Justeru saya harap masalah ini mendapat perhatian kerana ia menjejaskan perniagaan dalam jangka masa panjang," katanya yang tidak membuat sebarang pinjaman untuk memulakan perniagaan ikan air tawar itu. sinar harian/- | ||||||||
Posted: 28 Sep 2012 12:01 AM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - IPOH – Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menuntut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memberi penjelasan berhubung penetapan gaji permulaan bagi pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pembantu kesatria S17 yang hingga kini didakwa masih belum selesai. Seorang jurulatih yang mahu dikenali sebagai Roslan Darus berkata, SPA seharusnya memberikan maklum balas dan mengikut Perkara 46 Penetapan Gaji Pesara dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 2/2008 yang dikeluarkan sendiri oleh SPA. Beliau kecewa kerana sehingga kini SPA dikatakan tidak mengikut pekeliling yang dikeluarkan itu dan menafikan hak jurulatih PLKN. "Pekeliling itu secara jelas menunjukkan setiap pesara tentera yang menjadi jurulatih PLKN layak menerima gaji terakhir semasa perkhidmatan namun mengapa SPA sehingga ke hari ini tidak menempatkan kami kumpulan jurulatih kedua ini dalam skim itu. "Surat bertarikh 13 Mei 2011 yang dihantar kepada Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) sebelum ini menyatakan seramai 185 jurulatih pesara ATM diluluskan untuk menerima skim gaji terakhir semasa perkhidmatan sedangkan kami juga termasuk dalam skim itu namun hingga kini tidak kesampaian," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, semalam. Roslan mendakwa sudah menulis surat kepada JLKN dan SPA bagi mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu sehingga kini SPA masih berdiam diri. "Kami semua sudah panjat pejabat SPA dan JLKN sendiri sudah menghantar dokumen yang diperlukan tetapi hampa. Terbaru kami ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan jawapan sendiri namun gagal malah jawapan yang diberikan seolah-olah mempersoalkan kami tidak layak untuk skim berkenaan. "Selepas gagal di SPA, kami ke JLKN untuk mendapatkan kepastian mengapa jurulatih kumpulan kedua tidak diletakkan dalam skim itu dan JLKN menyatakan surat jawapan dari SPA tidak boleh dikeluarkan kepada jurulatih. Berkemungkinan dalam surat itu dinyatakan sebab mengapa kami tidak dimasukkan ke skim itu tapi mereka tak bagi tengok," katanya. Beliau mempersoalkan mengapa hanya kumpulan pertama sahaja yang layak menerima sedangkan kumpulan lain turut menjalankan kewajipan menabur bakti melahirkan generasi yang berakhlak tinggi. "Kami hanya menuntut apa yang dirasakan hak kami memandangkan perkara itu telah dipersetujui sendiri oleh kedua-dua pihak iaitu JLKN dan SPA sendiri tetapi persoalannya mengapa sehingga ke hari ini tertangguh. "Kenapa sebelum ini SPA boleh meluluskan pembayaran gaji terakhir dan tunggakan kepada 185 jurulatih di seluruh kem PLKN namun permohonan kami seolah-olah 'disekat' oleh tangan-tangan ghaib sedangkan kami layak menerimanya," katanya yang menggesa SPA memandang serius perkara itu sinar harian/- | ||||||||
OKU Ikrar Bantu PR Tawan Putrajaya Posted: 27 Sep 2012 11:48 PM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berikrar untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Lontaran ini disuarakan oleh Ketua Penggerak Kempen OKU Bangkit 2012, Mohammad Faizal Che Yusof dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini. Menurutnya, kempen ini merupakan satu mekanisme bagi mengetengahkan permasalahan OKU agar lebih diberikan perhatian oleh semua pihak. "Diharapkan parti politik akan peka mengenai OKU dalam menifesto pilihanraya akan datang. Kita bersedia untuk membantu PR memenangi Putrajaya InsyaAllah," katanya. Selain itu katanya, kerajaan perlu memberikan elaun kecacatan kepada OKU secara menyeluruh tanpa mengikut jenis kecacatan dan gaji pekerja OKU. Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan tambahan kewangan kepada OKU yang bekerja sehingga mencapai pendapatan RM1,500 sebulan dan RM150 kepada OKU yang tinggal di rumah. "Pembangunan OKU perlu dibuat secara menyeluruh. Satu portfolio OKU perlu dimartabatkan di peringkat kementerian di persekutuan dan exco di peringkat negerim. "Kita harapkan dalam Bajet 2013 ada sesuatu untuk OKU," ujarnya lagi. Sementara itu, Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya akan terus mendokong segala usaha pembangunan kepada golongan OKU di seluruh Malaysia. Katanya, penubuhan sekateriat ini juga merupakan langkah awal bagi membantu kemenangan PR bagi membangunkan OKU kelak. "Pihak kami akan mengikhtiarkan sebuah pusat khidmat atau sehenti OKU nasional bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih signifikan kepada OKU termasuk kajian berkaitan OKU, advokasi, perancangan dan perlaksanaan pembangunan. "Meskipun belum memerintah, kami akan mengikhtiarkan yang terbaik untuk mereka," katanya. -selangorku | ||||||||
Jemaah haji Malaysia mula tiba di Mekah Posted: 27 Sep 2012 11:41 PM PDT MEKAH 27 Sept. - Kumpulan pertama seramai 312 jemaah haji Malaysia selamat tiba di kota suci Mekah dari Madinah awal hari ini. Mereka tiba kira-kira pukul 1 pagi Rabu (7 pagi waktu Malaysia) di Hotel Janadiriyyah yang merupakan satu daripada 15 hotel di sini yang disewa oleh Tabung Haji bagi menempatkan hampir 28,000 jemaah haji Malaysia sepanjang musim haji kali ini. Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, kumpulan pertama itu bertolak dari Madinah dengan bas pada pukul 5 petang Selasa (11 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di Mekah selepas mengharungi perjalanan selama lapan jam. Beliau berkata, selepas berehat dan bersarapan pagi, jemaah haji yang berpakaian ihram kemudian berjalan beramai-ramai menuju ke Masjidil Haram yang terletak kira-kira 1 kilometer dari tempat penginapan mereka dengan diketuai oleh seorang mutawif atau pembimbing serta petugas Tabung Haji bagi melaksanakan ibadah umrah. Syed Saleh berkata, berbeza dari tahun sebelumnya, bagasi milik jemaah haji tiba sehari lebih awal di Mekah dan dimasukan ke dalam bilik jemaah haji seperti yang ditetapkan. "Ini membolehkan jemaah fokus kepada soal ibadah sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah," katanya kepada wartawan Malaysia di Hotel Janadiriyyah yang juga dijadikan pusat pentadbiran Tabung Haji ketika musim Haji. Syed Saleh berkata, buat masa sekarang keadaan dalam Masjidil Haram masih belum sesak dan jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan ibadah umrah seperti tawaf dan saie dengan selesa. Beliau berkata, ekoran cuaca panas di Mekah yang mencecah hampir 30 darjah celcius, maka jemaah haji diminta supaya tidak terlalu lama terdedah dalam panas cahaya matahari. Katanya, seramai 350 petugas haji berada di Mekah dan jumlah itu akan bertambah sehingga 600 orang apabila tiba musim haji nanti. - BERNAMA | ||||||||
Posted: 27 Sep 2012 11:22 PM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Seramai 83 murid Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat di sini mendakwa mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan selepas minum susu kotak 1Malaysia hari ini. Kejadian membabitkan murid tahun satu hingga enam yang mengadu mengalami simptom-simptom berkenaan selepas minum susu kotak berkenaan pada waktu rehat antara pukul 9.30 dan 10 pagi. Berikutan itu, seramai lima kakitangan Pusat Kesihatan Muar telah dikejarkan ke sekolah tersebut untuk memberi rawatan kecemasan termasuk suntikan. Bagaimanapun, tiada murid yang dimasukkan ke hospital disebabkan kejadian tersebut. Seorang murid tahun empat yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, dia merasa pening dan muntah sebanyak tiga kali selain cirit-birit setelah setengah jam minum susu itu. UTUSAN MALAYSIA/- | ||||||||
Mayat pelombong gagal dikeluarkan Posted: 27 Sep 2012 11:16 PM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUCHING – Misi mengeluarkan mayat pelombong emas haram yang mati dihempap dua bongkah batu sebesar kereta Perodua Kancil di kaki Gunung Tabai dekat sini awal pagi kelmarin, dihentikan terus petang semalam atas faktor keselamatan. Ia ekoran operasi semakin rumit selepas berlakunya runtuhan baharu bongkah batu dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam. Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, operasi selama dua hari tersebut dihentikan kira-kira pukul 4 petang kerana masih banyak lagi bongkah batu yang tidak dapat dialihkan. Menurutnya, disebabkan struktur terowong tersebut tidak stabil dan diburukkan lagi dengan runtuhan terbaharu, misi mengeluarkan mayat mangsa, Lee Sze Chun, 37, di kaki gunung tersebut terpaksa ditamatkan serta-merta. "Pasukan menyelamat terpaksa dikeluarkan dari terowong terbabit selepas berlaku runtuhan kerana kita tidak mahu berlakunya kehilangan nyawa membabitkan anggota penyelamat. "Pada masa yang sama, saya mewakili pasukan mencari dan menyelamat memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa kerana gagal membawa keluar mayat Sze Chun. "Bukan kita tidak mampu menggalas tugas itu tetapi kita juga perlu memikirkan keselamatan anggota penyelamat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian dekat sini semalam. KOSMO/- | ||||||||
Peniaga di tanah KTM tuntut pampasan Posted: 27 Sep 2012 11:15 PM PDT KUALA LUMPUR: Sekumpulan peniaga di Simpang Renggam, Johor menuntut sejumlah pampasan seperti yang diterima penduduk di Tanah KTM, Layang-Layang, Simpang Renggam. Tuntutan itu dibuat berikutan pembahagian pampasan atau ex-gratia yang tidak diberikan secara standard kepada penduduk dan peniaga di tanah tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemilik dan Penyewa Kedai Tanah KTM, Layang-layang, Samin Mohamed, berkata beliau dan para peniaga telah tinggal dan berniaga di situ lebih 30 tahun. Malah, kedai yang mereka dirikan juga menjadi tempat tinggal, yang kini pihak KTM meminta mereka keluar dri kawasan tersebut bagi tujuan pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Gemas-Johor. "Kami diarahkan keluar dari kedai ini sehingga 31 Mac 2012. Namun kami tidak diberi sebarang pampasan atas alasan bahawa kami adalah pekedai, bukannya pemilik rumah dan alasan itu tidak boleh dierima," kata beliau pada satu sidang media, di parlimen, hari ini. Beliau menambah, penduduk menerima pampasan sebanyak RM8,200, di mana RM1,000 untuk wang perpindahan, RM7,200 untuk wang sewa bagi tempoh tiga tahun (RM200 sebulan). Malah, katanya pada 1 Ogos lalu, Kementerian Pengangkutan Malaysia telah memaklumkan penduduk bahawa mereka akan mendapat bayaran ex-gratia sebanyak RM42,000. "Persoalannya, mengapa kami yang juga tinggal di kawasan ini dinafikan hak untuk mendapat pampasan yang setimpal dengan kami?" soal beliau lagi. Samin turut mengecam alasan pihak KTM yang mengatakan peniaga tidak layak mendapat pampasan kerana mereka sudah mendapat keuntungan dari kedai di atas tanah KTM. Alasan tersebut, kecam beliau tidak munasabah kerana dalam perniagaan terdapat masa untung dan rugi. "Ada masanya kami untung, dan ada masanya kami rugi. Sedangkan penduduk sentiasa untung kerana tinggal secara percuma di atas tanah KTM. Dalam hal ini, kami rugi sebanyak tiga kali - rugi dalam perniagaan, rugi tiada pampasan dan rugi tidak dapat wang perpindahan," tegas beliau. Pada sidang media tersebut, para peniaga tersebut bertindak menyerahkan memorandum tuntutan mereka untuk dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab. Turut serta pada sidang media tersebut ialah Ahli Parlimen Pokok Sena dan Kuala Krai, Datuk Mahfuz Omar dan Dr. Hatta Md. Ramli serta Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat. HARAKAHDAILY/- | ||||||||
Penyelam tanda ikan jerung paus di Galapagos Posted: 27 Sep 2012 11:06 PM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KEPULAUAN GALAPAGOS, Equador – Pihak Taman Negara Galapagos, Yayasan Charles Darwin dan Universiti California melaksanakan operasi penandaan ikan paus jerung di sekitar kepulauan ini. Beberapa penyelam daripada tiga organisasi tersebut melekatkan penanda elektronik ke sirip spesies ikan terbesar di dunia itu. Penanda elektronik tersebut dihubungkan dengan sebuah satelit bagi memudahkan lokasi ikan tersebut dikesan. Projek berkenaan bertujuan untuk memudahkan saintis-saintis memahami proses migrasi spesies itu secara lebih mendalam pada peringkat tempatan, serantau dan global. Kepulauan Galapagos yang merupakan milik Equador terletak di Lautan Pasifik timur, sekitar 972 kilometer ke barat pantai negara berkenaan di rantau Amerika Selatan. – Agensi | ||||||||
Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen Posted: 27 Sep 2012 11:05 PM PDT
12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus membongkar sebuah lagi penipuan dan persediaan untuk menipu secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Unit Pengesan Penipuan SPR (UPPSPR) sebuah sayap SAMM yang ditubuhkan dalam Rapat SAMM Kebangsaan yang lalu telah berjaya mengesan satu perkembangan tidak sihat telah diusahakan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk menutup kerja kotor SPR yang bertujuan mengekalkan kuasa regim Barisan Nasional. Berikut adalah penemuan baru yang berkaitan, membuktikan SPR bukan sahaja tidak melaksanakan salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH iaitu membersihkan senarai pengundi, malah SPR didapati berusaha lebih gigih untuk memastikan regim terus berkuasa apabila berganding bahu dengan JPN; 1. Nama pelik dalam carian senarai pengundi yang tertulis hanya sebuah abjad istimewa 'apostrophe' telah ditemui selain daripada ribuan nama pelik yang didedahkan sebelum ini, tidak lagi boleh diusul periksa dalam sistem carian kad pengenalan dalam laman web JPN. Lihat keratan di bawah untuk kes terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' yang dikesan dalam sistem carian SPR; 2. Cubaan UPPSPR untuk mendapatkan nama sebenar pemilik no kad pengenalan '781220135703' yang juga penama abjad istimewa 'apostrophe', dalam laman web yang disediakan JPN menemui jalan buntu apabila laman asal sistem pencarian telah diubah. Sistem carian kad pengenalan sebelum ini yang beralamat URL "http://www.jpn.gov.my/semakic/" - memaparkan nama dan status apabila dimasukkan nombor kad pengenalan tetapi URL laman tersebut gagal ditembus. Lihat contoh carian di bawah, ia adalah carian pada bulan Ogos 2011 ketika menemui nama pelik yang mempunyai 2 nombor kad pengenalan;
3. Namun demikian, UPPSPR mendapati JPN telah menukar sistem carian baru di alamat URL "http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/" yang tidak memaparkan nama pemilik kad pengenalan setelah nombor KP dimasukkan. Perubahan yang dilakukan JPN seolah-olah dirancang untuk menggagalkan sebarang usaha untuk mengesan penipuan SPR. Ia jelas satu langkah ke belakang apabila saki baki ketelusan sebelum ini dinafikan sama sekali. Lihat laman yang diperbaharui dalam gambar di bawah;
4. Perkembangan ini sangat membimbangkan selain menggambarkan sebuah kerjasama hebat telah terjalin di antara SPR dan JPN untuk mengambus penipuan pilihanraya. Justeru itu, SAMM mendesak agar JPN tampil menjawab apakah alasan dan tujuan mengubah sistem carian daripada yang lebih telus terperinci seperti sebelum ini kepada sistem carian yang menyembunyikan nama pemegang kad pengenalan. SAMM melihat penemuan terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' membuktikan SPR tidak pernah berusaha membersihkan senarai pengundi sepertimana yang dituntut sejak tahun 2006. Ribuan nama pelik yang tidak dijustifikasi malah disusahkan lagi pencariannya dalam sistem carian JPN, berpuluh ribu nombor KP yang ada dalam senarai pengundi SPR tetapi tiada dalam sistem pangkalan data JPN, beratus ribu pengundi berada dalam kategori satu alamat diduduki ratusan pengundi pelbagai bangsa, semua ini masih tidak dibersihkan lagi oleh SPR dan tiada usaha konstruktif ke arah pembersihan senarai pengundi. Apalagi yang boleh diharapkan dari SPR yang semakin hari semakin mengarut? Desakkan terhadap timbalan dan pengerusi SPR yang dikenalpasti sebagai ahli Umno supaya segera meletakkan jawatan tidak diendahkan. Jawatan tertinggi SPR sepatutnya diserah kepada individu lebih layak yang tidak menyertai mana-mana parti politik. SAMM juga melihat SPR sebagai badan yang tiada kredibiliti lagi selain tidak berintegriti dalam memastikan ketelusan menjalankan kerja-kerja pengurusan pilihanraya. Rakyat yang mengimpikan demokrasi sudah hilang kepercayaan terhadap SPR. Dengan ini, SAMM mendesak keras agar SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum parlimen dibubarkan. SAMM menyeru rakyat seluruh negara, NGO dan NGI bersama bergerak mendesak SPR dibubarkan. Tekanan hebat harus diberikan kepada SPR supaya menyerahkan tanggungjawab menjaga perihal pilihanraya kepada badan lain yang lebih profesional dan punya integriti dalam menjalankan tanggungjawab. Ayuh semua, gerakan mendesak SPR dibubarkan sebelum parlimen Malaysia dibubar harus diperhebat demi menjamin demokrasi dan masa depan negara. Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) | ||||||||
Posted: 27 Sep 2012 10:33 PM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - FELDA TEMENTI – Kejadian siling yang hampir runtuh di Tabika Kemas, dekat sini membimbangkan ibu bapa terutama yang menghantar anak-anak mereka ke sini. Seorang penjaga, Wan Hamadan Wan Ad Habibi, 32, berkata, dia bersyukur kerana siling itu tidak runtuh atas kanak-kanak dan tiada yang tercedera namun sudah tentu ibu bapa trauma dan risau terhadap keselamatan anak masing-masing. Menurutnya, bangunan itu sudah terlalu lama dan perlu dinaik taraf segera bagi mengelak kejadian seumpama ini berlaku lagi. "Saya percaya pihak pengurusan sudah mengambil tindakan segera untuk kerja membaiki syiling itu tetapi saya mewakili ibu bapa lain minta ia diganti keseluruhannya. "Keselamatan anak-anak juga bergantung kepada fasiliti yang ada dalam dan luar bangunan tabika ini," katanya kepada Sinar Harian. Wan Hamdan berkata, bangunan yang berusia lebih 30 tahun itu sewajarnya dinaik taraf termasuk membaiki agar tabika yang turut roboh. "Bukan itu sahaja, kawasan ini juga terdedah dengan kehadiran binatang liar seperti monyet yang berisiko mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak. "Kalau boleh, saya minta pihak berkaitan selesaikan masalah ini segera sebelum berlaku kecederaan kepada kanak-kanak tersebut," katanya. Sementara itu, Sinar Harian menghubungi Penyelia Pra-Sekolah Kemas, Manila Abd Latif untuk mendapat penjelasan mengenai perkara ini. Menurutnya, pihaknya sudah dimaklumkan perkara itu dan membuat permohonan peruntukan untuk kerja baik pulih di tabika tersebut. Bagaimanapun, katanya, sehingga kini pihaknya masih menunggu peruntukan tersebut SINAR HARIAN/- | ||||||||
Posted: 27 Sep 2012 10:07 PM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Sao Paulo - Sebuah mahkamah Brazil pada Selasa (25/9/2012) melarang sebuah filem anti-Islam yang menelurkan protes keras di seluruh dunia Muslim dan memberi YouTube masa 10 hari untuk menarik trailer filem tersebut dari laman webnya, lansir Al Arabiya. Keputusan oleh mahkamah negeri di Sao Paulo, rumah bagi pendatang masyarakat Timur Tengah, berlaku beberapa jam selepas Presiden Brazil, Dilma Rousseff mengecam "Islamophobia" di negara-negara Barat dalam pidato di PBB. Tuntutan terhadap filem kontroversi tersebut dibawa oleh sebuah kumpulan Muslim Brazil, Kesatuan Kebangsaan Islam, terhadap pemilik Youtube, Google Inc untuk menerbitkan di internet sebuah video yang telah menyerang Islam. Dalam keputusannya, Hakim Gilson Delgado Miranda mengatakan kes ini menyandingkan "kebebasan bersuara" dan keperluan untuk melindungi individu atau kelompok masyarakat dari tindakan yang mungkin menghasut diskriminasi agama. Ini bukan kali pertama mahkamah Brazil melawan Google. Sebelumnya mahkamah pilihan raya memerintahkan penangkapan eksekutif Google yang paling senior di Brazil selepas syarikat gagal untuk menghapuskan video di YouTube yang menyerang calon walikota tempatan. Cabaran undang-undang menggariskan soalan yang lebih luas mengenai tanggung jawab Google untuk kandungan yang dimuat naik pihak ketiga ke laman webnya, seperti video anti-Islam yang mengejek Nabi Muhammad salallahu alaihi wa sallam dan mencetuskan gelombang protes di dunia Muslim. Lima belas orang terbunuh di Pakistan selama demonstrasi atas video tersebut pada minggu lalu. Orang-orang yang terlibat dalam filem amatur yang telah diposting di YouTube, mengatakan bahawa itu dibuat oleh seorang lelaki California berusia 55 tahun, Nakoula Basseley Nakoula. KELAB GRENNBOC/- | ||||||||
Wajib ke tadika, sekolah agama Posted: 27 Sep 2012 10:04 PM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - BANDAR SERI BEGAWAN: Setiap kanak-kanak Islam, berusia antara tujuh dan 15 tahun dan tinggal di Brunei Darussalam, diwajibkan dihantar ke sekolah tadika dan sekolah rendah agama. Ia sebahagian daripada Peraturan wajib Pendidikan Islam 2012 yang ditekankan oleh Sultan Brunei dalam ucapannya pada sambutan Hari Guru, baru-baru ini. Peraturan itu akan dilaksanakan bermula 1 Januari, tahun depan. Ia turut menekankan kewajipan pendidikan agama untuk kanak-kanak yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2006, dan sekurang-kurangnya seorang dari ibu atau bapa adalah rakyat atau penduduk tetap negara ini. Perkara ini didedahkan semalam oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman. Perintah itu turut membawa maksud semua kanak-kanak perlu memenuhi syarat untuk masuk ke tadika atau sekolah rendah agama. Pendidikan agama bermaksud, menurut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Peraturan itu juga menggariskan tanggungjawab wajib ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka di sekolah agama pada 1 Januari untuk penggal sekolah dan memastikan kanak-kanak itu boleh terus bersekolah sepanjang tempoh pendidikan agama itu. Ibu bapa yang gagal berbuat demikian dianggap melakukan kesalahan dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi BND$5,000 (RM12,514) atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. Kanak-kanak perlu menghadiri sekolah agama untuk tujuh atau lapan tahun. Mohamad berkata, kementerian bersedia melaksanakan perintah itu dan memerlukan kerjasama dan komitmen penuh daripada semua pihak untuk program itu berjaya. Katanya, ia juga selaras dengan falsafah negara iaitu Kesultanan Melayu Islam. - Brunei Times | ||||||||
Selera terbantut, rambut lekat pada biskut Posted: 27 Sep 2012 09:44 PM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LIPIS - Keceriaan dua sahabat menikmati minum petang terbantut apabila seorang daripada mereka menemui rambut dalam makanan yang dibeli itu. Hainul Asida Suyarno, 29, berkata, ketika itu dia bersama seorang rakan sekerja sedang menikmati biskut yang dibeli di sebuah pasar raya di Raub dan menemui sehelai rambut melekat pada biskut itu. "Sudah menjadi kebiasaan saya bersama rakan sekerja menikmati makanan di tempat kerja kami di Kechau Tui. "Namun, kelmarin kami dikejutkan dengan penemuan rambut dalam biskut yang dimakan menyebabkan selera kami terbantut apabila melihat rambut melekat pada biskut itu," katanya di sini, semalam. Hainul berkata, dia bersama rakannya kecewa dengan kejadian terbabit dan minta pengusaha kilang biskut terbabit mengutamakan kebersihan. "Walaupun harga biskut yang saya beli ini tidak mahal namun pihak pengusaha kilang perlu menitikberatkan hal berkaitan kebersihan dan kualiti produk yang mereka keluarkan. "Jenama biskut ini terkenal di seluruh negara dan saya adalah seorang pelanggan setia produk keluaran kilang itu namun kejadian seperti ini menyebabkan saya serik untuk beli produk dari kilang itu," katanya. Hainul berkata, pihak berkaitan juga perlu lebih kerap memantau kilang yang mengeluarkan produk makanan agar pengusaha kilang sentiasa peka aspek kebersihan. SINAR HARIAN/- | ||||||||
Kisah Benar!! Pulang Ke Rumah Setelah 3 Hari Dikuburkan Posted: 27 Sep 2012 09:42 PM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - Penduduk Padang digegarkan dengan peristiwa aneh kerana ada seorang datuk berusia 75 tahun sudah dikubur boleh hidup kembali. Datuk tersebut bernama Faizal (75). Dia dikuburkan pada Sabtu 15 Januari lalu pukul 15.00 ptg. namun pada hari Isnin 18 Januari pada pukul 15.30 ptg tiba-tiba dia pulang ke rumah. Faizal tiba di rumah dengan dihantar oleh tentangganya. Keluarga yang sedang mempersiapkan majlis doa tahlil lari ketakutan melihat datuk itu pulang dihantarkan tetangga. Afrizon (35), anak Faizal bercerita, ketika ayahnya pulang orang yang datang ke rumah ingin membaca doa bersama langsung lari ketakutan. "Mereka takut kerana ayah kan sudah dimakamkan tiga hari lalu," katanya pada okezone Kejadian bermula, ketika Afrizon melihat di media ada mayat tak dikenal di rumah mayat RSUP dr Djamil Padang yang ditemukan di Lubuk Alung, Kabupaten Padang Pariaman. "Saya melihat gambar mayat itu mirip bapak saya, dan pada Sabtu kira-kira pukul 02.00 saya datang ke hospital itu dan memeriksa keadaan mayat tersebut, ciri-cirinya mirip dengan bapak saya," tuturnya. Ciri-ciri yang meyakinkan mirip dengan bapaknya itu pelipis kiri ada bekas goresan luka, pergelangan tangan kirinya ada jejak patah tulang, serta di celah-celah jari manis dan jari tengah ada peluru yang masih tertanam dan sudah menyatu dengan dagingnya. Sementara bahagian dada ada bekas tembakan peluru dan begitu juga di perut ada bekaspembedahan. "Begitu pula wajahnya dan rambutnya mirip dan pakaian yang dikenakan juga sangat mirip, membuat saya percaya bahawa itu bapak saya," katanya. Pihak hospital juga tidak memiliki identiti mayat yang ditemukan polis itu, kemudian pada Sabtu g Afrizon bersama saudara lain mendatangi hospital itu untuk memeriksa kembali dan mereka setuju bahawa itu ayah mereka. "Pada pukul 14.30 ptg mayat dimandikan dan langsung dikafani serta dibawa ke rumah. Pukul 15.00 ptg mayat yang sudah sampai di rumah langsung di kebumikan di tanah kelurgayang tak jauh dari rumah," ulasnya. -okezone | ||||||||
Posted: 27 Sep 2012 09:41 PM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PASANGAN itu ketika muda. GLOUCHERSTER: Seorang lelaki pekak dan buta bertindak menggantung diri selepas kematian isterinya akibat sakit jantung. Seorang koroner diberitahu, Stewart Timms, 63, dan isteri, Valerie, 68, yang bisu dan pekak, adalah pasangan dedikasi yang sentiasa hidup saling bantu-membantu. Tetapi selepas Valerie meninggal dunia di rumah mereka di Andoversford, Gloucestershire, suaminya menggantung diri, beberapa meter dari mayatnya, kata Timbalan Koroner Gloucestershire, David Dooley. Dooley merumuskan, Timms, pembuat kabinet, membunuh diri dan isterinya, mati akibat penyakit biasa. Pasangan itu mempunyai dua anak dan lapan cucu. Mayat mereka, kedua-duanya berpakaian tidur, ditemui 16 Jun lalu oleh anak mereka, Emma Scott yang datang untuk menziarah. Mereka dilihat bersama dua atau tiga hari sebelum penemuan itu. Dalam kenyataannya, Emma berkata, ibu bapanya berkahwin selama 38 tahun. "Mereka amat menyanyangi satu sama lain. Mereka jarang bertengkar. Menjelang kematian mereka, ibu bapa saya tidak pernah bertengkar. Mereka sentiasa bantu satu sama lain," katanya. Menurut Emma, bapanya pernah cuba menggantung diri 24 tahun lalu selepas diberitahu dia akan buta. Bagaimanapun, Timms tidak bercakap apa-apa baru-baru ini atau sebelum kematiannya. Katanya, apabila tiba di rumah ibu bapanya, tidak ada orang yang menjawab ketukannya pada pintu rumah, menyebabkan dia cuba masuk menerusi pintu belakang, tetapi ia berkunci. Dia melihat anjing bapanya, Arnie dan menyedari ada sesuatu yang tidak kena selepas ternampak kesan najis di lantai. Dia meminta bantuan jiran pasangan itu, Adrian Stoner yang memanjat rumah berkenaan. Stoner kembali dan memberitahu bapanya menggantung diri. "Saya seterusnya diberitahu, ibu saya juga sudah ditemui dan disahkan mati," kata Emma. Dia yakin kematian ibu bapanya tidak berkait dan mereka tidak membantu satu sama lain untuk membunuh diri. - DM | ||||||||
Mahkamah benar kes Mohamad Sabu digantung Posted: 27 Sep 2012 09:13 PM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PULAU PINANG: Mahkamah Sesyen Pulau Pinang membenarkan permohonan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu agar kes pendakwaan ke atasnya dirujuk ke Mahkamah Tinggi. Ini ekoran bantahan yang dibuat oleh beliau melalui peguamnya berikutan tindakan Pendakwaraya yang hanya mendakwa beliau tetapi tidak mendakwa akhbar Utusan Malaysia yang juga membuat kesalahan yang sama. Mohamad Sabu didakwa ekoran ceramahnya mengenai kes Bukit Kepong. Perbicaraan sebelum ini mendedahkan, saksi utama pendakwa iaitu orang yang membuat laporan polis terhadap Mohamad Sabu mengaku dia tidak mendengar ceramah Mohamad Sabu. Dia mengaku membuat laporan polis berdasarkan laporan Utusan. Ekoran itu, beliau meminta mahkamah menggugurkan dakwaan ke atas Mohamad. Peguam Mohamad Hanipa Maidin hari ini memohon Mahkamah Sesyen menggantung perbicaraan hari ini kerana pihaknya ingin memohon kepada Mahkamah Tinggi agar mempertimbangkan persolan kenapa Utusan tidak didakwa dalam kes ini. Ini kerana menurut Seksyen 501 Kanun Keseksaan, mana-mana akhbar yang menerbitkan berita fitnah boleh didakwa. Jelas hanya Mohamad Sabu didakwa tetapi akhbar Umno itu tidak didakwa. Hanipa memohon agar Mahkamah Sesyen membenarkan perkara ini dibawa ke Mahkamah Tinggi kerana hanya mahkamah itu yang berkuasa untuk menilai hal ini di bawah Seksyen 30 (1) Akta Mahkamah Kehakiman. Ekoran itu, Hakim Ikmal Hishan setuju dengan permohonan dan tarikh 16 Oktober ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Selain Hanipa, Mohamad Sabu diwakili oleh Aminudin Zulkifli dan Nashar Khan. Pendakwaraya pula dibuat oleh Tuan Yusaini Amir dan Tuan Suhaimi. harakahdaily/- | ||||||||
Morsi kepada PBB: Syria adalah tragedi era ini Posted: 27 Sep 2012 09:09 PM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - (Mohamed Morsi berkata dalam ucapan sulungnya di PBB bahawa rakyat Timur Tengah tidak lagi akan bertolak ansur dengan pemerintahan diktator) NEW YORK: Mohamed Morsi, berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pemimpin pertama Mesir yang dipilih secara demokratik, menyifatkan perang Syria sebagai "tragedi era ini" di mana seluruh dunia bertanggungjawab ke atasnya - dan menuduh rejim Assad "membunuh rakyat siang dan malam". Presiden Morsi mengajak dunia untuk menggantikan rejim dengan kerajaan demokratik yang mewakili semua etnik dan agama, tetapi perlu dilakukan tanpa campur tangan tentera luar. Sebaliknya, beliau menegaskan inisiatif diplomatik baru yang dimulakan oleh Mesir, Turki dan Iran, dan menyeru negara-negara lain untuk menyertainya. Sebelum membincangkan konflik Syria, Morsi berkata PBB perlu membuat keutamaan menangani nasib rakyat Palestin, mengatakan bahawa ia adalah "memalukan" untuk resolusi PBB yang berturut-turut mengenai penjajahan Israel di wilayah Palestin tidak pernah dikuatkuasakan. "Buah-buah maruah dan kebebasan mesti dikekalkan hampir dengan rakyat Palestin," katanya. Dalam ucapan sulungnya di perhimpunan agung PBB, Morsi berkata rakyat Timur Tengah tidak akan lagi bertolak ansur dengan pemerintahan diktator, mereka juga tidak akan bertolak ansur dengan negara-negara yang tidak menandatangani perjanjian pengawalan senjata nuklear (NPT), secara jelas merujuk kepada Israel, yang dengan senjata nuklearnya memberikan mereka kuasa monopoli di rantau itu. Beliau menyuarakan sokongan kepada persidangan yang dianjurkan oleh PBB yang berakhir hujung tahun ini untuk menjadikan Timur Tengah sebagai rantau yang bebas daripada senjata pemusnah besar-besaran. Israel telah menolak gesaan itu. Morsi juga menegur Iran, mengatakan bahawa semua negara perlu menunjukkan sifat aman oleh program nuklear mereka untuk memuaskan hati jiran-jiran mereka. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkata bahawa Iran tidak bekerjasama dalam siasatan mereka. Penilaian Morsi berkenaan masalah di rantau ini berbeza dengan apa yang disampaikan oleh presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, yang memberi fokus kepada tema agama dan tidak menyebut berkenaan program nuklear Iran, yang merupakan tumpuan ketegangan yang semakin meningkat di rantau itu - dan juga dalam masyarakat antarabangsa yang lebih luas. Setiausaha Luar Britain, William Hague, baru-baru ini menggesa Kesatuan Eropah untuk mengetatkan lagi sekatan yang sudah sedia ketat ke atas Iran, kerana keengganan Iran untuk tunduk kepada tuntutan majlis keselamatan PBB supaya menghentikan pengayaan uranium. Ucapan Ahmadinejad adalah tidak mudah difahami seperti kebiasaannya untuk satu sesi PBB dan hanya sekali merujuk kepada Israel, apabila beliau mengecam apa yang beliau panggil sebagai "hegemoni keangkuhan" kuasa-kuasa dominan di dunia, dan berkata "ancaman berterusan dari Zionis yang tidak bertamadun yang akan mengambil tindakan tentera terhadap bangsa kami adalah satu contoh yang jelas realiti pahit ini ". Tiada diplomat Amerika di persidangan ketika ucapan Ahmadinejad kerana Washington melihat ucapan pemimpin Iran mengenai Israel awal minggu ini sebagai menyakitkan hati. Britiain dan kebanyakan negara Eropah yang lain telah menghantar wakil junior, yang tidak berjalan keluar memboikot seperti yang telah dilakukan mereka sebelum ini. Dalam ucapannya, Morsi berkata Mesir akan "berdiri teguh" menentang keganasan anti-Amerika yang telah melanda dunia Islam dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang telah dicetuskan oleh kemunculan video menghina Nabi, yang telah diterbit oleh Nakoula Basseley, warga Amerika- Mesir beragama Kristian Koptik. Tetapi Morsi juga mendakwa bahawa penyebaran video itu adalah sebahagian daripada "kempen tersusun" yang didorong oleh Islamofobia. Dalam kenyataan yang nampak seperti menikam balas ucapan Barack Obama berkenaan kebebasan bersuara, Morsi berkata bahawa kebebasan bersuara tidak sepatutnya merangkumi hak untuk menghina agama berjuta-juta manusia. harakahdaily/- | ||||||||
Kejamnya kerajaan Selangor... [Tengok] Posted: 27 Sep 2012 09:06 PM PDT | ||||||||
BR1M kedua meningkat kepada RM1,000? Posted: 27 Sep 2012 09:02 PM PDT Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia bukan hanya menantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500, tetapi mengharapkannya nilainya digandakan menjadi RM1,000 atau lebih dalam pengumuman belanjawan petang ini. Lebih banyak imbuhan dan 'gula-gula' itu dijangkakan ekoran pendekatan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri, kata Lim dalam kenyataannya semalam. "Najib tidak boleh salahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri. Belanjawan tahunan yang dibentangkan di Parlimen sudah menjadi acara tahunan Santa Klaus," kata Lim yang juga anggota Parlimen Ipoh Timor. "Ini semua kerana dia tidak dapat membuat keputusan dan takut terhadap pilihan raya umum ke-13, menyebabkan dia menukar 42 bulan pemerintahannya kepada kempen pilihan raya yang berpanjangan dan tidak berkesudahan." Lim berkata, kerajaan pimpinan BN melalui wakilnya di pelbagai peringkat sudah memberikan gambaran lebih banyak imbuhan dan gula-gula akan diberikan, termasuk BR1M dalam pilihan raya. Jangkaan itu, termasuk kemungkinan BR1M diperluas untuk meliputi pendapatan isi rumah yang sebelum ini tidak layak untuk bantuan itu. "Jika pembayaran BR1M kali kedua tidak lebih sekali ganda daripada bayaran terdahulu RM500 atau gagal memberi manfaat kepada 4.2 juta isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000, Najib, Umno dan BN patut jangkakan tindak balas buruk daripada rakyat Malaysia," katanya. malaysiakini/- | ||||||||
Bajet 2013: Ringan beban rakyat atau bajet p'raya Posted: 27 Sep 2012 09:01 PM PDT KUALA LUMPUR: Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini bakal dinilai oleh rakyat sama ada benar-benar mahu meringankan beban rakyat untuk jangka masa panjang atau sekadar bajet pilihan raya. Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, rakyat sedang menanti dengan harapan bahawa bajet kali ini memberi tumpuan khusus kepada perkara-perkara yang membebani mereka khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Antara pengumuman yang ditunggu-tunggu rakyat katanya termasuk penghapusan tol, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) penghapusan cukai aksais kenderaan dan tidak melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). "Bajet 2013 kali ini harus menekankan perkara yang dirasai oleh rakyat. "Pemansuhan tol, penurunan harga petrol, itu semua memberi kesan berantai kepada penurunan kos hidup rakyat di negara ini dan itulah yang sedang dirunggu-tunggu," katanya kepada Harakahdaily. Bajet 2013 akan dibentangkan Perdana Menteri di parlimen jam 4 petang ini dan akan disiar secara langsung melalui steten televisyen perdana. Biarpun difahamkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua akan diumumkan dalam bajet itu hari ini, namun harapan rakyat tetap kepada penyelesaian masalah pokok seperti bebanan tol, harga minyak dan cukai aksais kenderaan. Berhubung perlaksanaan GST pula, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, ianya boleh dielak jika kerajaan BN menghentikan budaya rasuah, penyelewengan, ketirisan dan salah guna kuasa. "Selagi masalah-masalah itu membelengu pentadbiran kerajaan BN, selagi itu hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi akan terbantut," katanya. Sebab itu katanya, Pakatan Rakyat menampilkan belanjawan alternatif dengan tema Ekonomi Rakyat Negara Berkat, mencerminkan fokus penyelesaian utama adalah kepada masalah yang sedang dihadapi rakyat. Ianya termasuk penghapusan tol, menurunkan harga minyak, menurunkan harga kenderaan dan juga memperkenal undang-undang anti monopoli supaya kegiatan ekonomi tidak hanya dikuasai syarikat kroni. harakahdaily/- | ||||||||
1,000 jemaah haji wanita Nigeria terkandas di Jeddah Posted: 27 Sep 2012 08:49 PM PDT 12 Zulkaedah 1433H. [MOD] - ABUJA - Kerajaan Arab Saudi telah menolak kemasukan lebih 1,000 jemaah haji wanita dari negara ini kerana tidak ditemani oleh lelaki atau mahram masing-masing, kata beberapa pegawai Nigeria kelmarin. Semua wanita itu mulai tiba di lapangan terbang antarabangsa Jeddah, Arab Saudi Ahad lalu jelas satu laporan yang dikumpul oleh Suruhanjaya Haji Kebangsaan Nigeria yang mengawal selia jemaah haji Nigeria ke Mekah. "Apabila ditanya oleh pegawai Suruhanjaya Haji Kebangsaan, mereka diberitahu bahawa jemaah haji itu ditahan kerana tiada mahram," kata laporan yang diserahkan kepada wakil jawatankuasa hal ehwal luar Nigeria. Kira-kira 171 jemaah haji wanita itu pulang ke Nigeria menerusi satu penerbangan kelmarin. "Mereka tidak diusir, sebaliknya dihantar pulang oleh Suruhanjaya Haji Kebangsaan kerana malu dengan pihak berkuasa Arab Saudi," kata jurucakap suruhanjaya, Umar Bala kepada agensi berita AFP. Satu perbincangan dua hala sedang dijalankan di antara para pegawai kedua-dua negara bagi menyelesaikan isu itu, tambah beliau. Katanya, seramai 1,000 jemaah haji wanita masih terkandas di lapangan terbang sama. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan