Police Report By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 28.2.2012.
Following Violent Threats By Their Members, UMNO and Perkasa Personally Responsible If Anything Happens To Me.
Nearly two years ago, the Penang PR state government had set up a Speakers' Square in Padang Kota Lama to permit not only freedom of speech but also freedom after speech. The Speakers' Square upholds the spirit of, "I may disagree with what you say but I will defend to the death your right to say it". The Speakers’ Square is for the public to use to allow them to express themselves freely without threats or fear. For this reason the state government has rarely organised any events in Speakers' corner.
On 26 February 2012, I arrived at 6.30 pm in Padang Kota Lama to attend a Himpunan Hijau 2.0 event organised by a Penang NGO Suaram to object to the Lynas rare earth processing plant in Kuantan. Before my arrival, Penang Senior EXCO member YB Chow Kon Yeow who was there at 6 pm, had informed me by phone of disruption of the peaceful rally by UMNO and Perkasa members.
YB Chow said that there were 1,000 people against Lynas as compared to 100 UMNO and Perkasa members supporting Lynas. He told me the UMNO and Perkasa members were behaving violently. The UMNO and Perkasa members were violently pushing the anti-Lynas people, forcibly trying to disperse them and force them to leave the field. Fortunately the anti-Lynas people did not retaliate to the UMNO and Perkasa members' violent behaviour. They just sat down on the field, refusing to leave as ordered by UMNO and Perkasa.
I decided to proceed to the Himpunan Hijau 2.0 event and arrived at 6.30pm in my official car PG1. On arrival I became the target of the UMNO and Perkasa members' violent behaviour. They used foul language, curse words and racial epithets such as "Cina Babi, Penang Cina bodoh, babi sokong Lim Guan Eng Ketua Menteri".
The UMNO and Perkasa members surged forward, pointing their fists at me, again using racist language and threatening words like "you jaga". If not for the members of public ringing me in protection, I believe they would have attacked me.
This violent conduct does not represent Malay culture or Malaysian spirit. I do not understand why they are so worked up in supporting Lynas which is an Australian company. They have a right to support Lynas but these UMNO and Perkasa members cannot prevent others from opposing Lynas.
I then went up to the stage to deliver my speech with YB Chow by my side. My speech against Lynas was repeatedly disrupted by the UMNO and Perkasa members who stood less than a meter from me.
In my speech I had stressed that the opposition to the Lynas plant is not a racial but an environmental issue affecting all regardless of race or religion. The processing of rare earth has radioactive negative effects. How serious these effects are can be seen by the fact that Lynas cannot even get approval from its own Australian government to build the plant in Australia. If Lynas plant explodes, then everyone will suffer – the Chinese will suffer, the Malays will suffer, the Indians will suffer, the Kadazans will suffer, the Ibans will suffer. We must not choose money over our health.
After my speech I went down the stage to greet the anti-Lynas people. There was a lot of pushing and shoving, the same abusive language and racial slurs as well as violent threats against me with fists pointed at me by the Perkasa and UMNO members. I did not witness the violent attacks by UMNO and Perkasa members on the two Kwong Wah Jit Poh journalists, Chew Seng Tung and Lee Hong Chun.
However I am grateful to Chew who was violently attacked by the UMNO and Perkasa members for preventing the UMNO members from attacking me. Chew had 8 stitches on his injured finger whilst Lee had a bruise on his head. I believe that there are more who were hit by the UMNO and Perkasa members.
This is not the first time that reporters have been injured by violent UMNO and Perkasa members. In an illegal demonstration in July last year, two reporters were injured in a demonstration attended by UMNO Senator Ezam Mohd Nor. To date no action has been taken by the police against those who assaulted the two reporters.
The UMNO and Perkasa members continued their violent behaviour towards me coming as close as 1 meter when I went to my car. Even after getting into my official car, they continued to hit my car, spit on it and refused to let my car leave. The anti-Lynas crowd showed restraint and did not retaliate against the UMNO and Perkasa violent behaviour.
Seeing their violent behaviour, I feel threatened by UMNO and Perkasa members nearly 2 days after the event. I am shocked that BN, especially Penang UMNO and Gerakan (Dato Musa Sheikh Fadzir and Dato Seri Teng Hock Nan) continues to support the violent behaviour of UMNO and Perkasa members towards the Kwong Jit Poh reporters and the anti-Lynas public. Instead of a public apology by BN for their UMNO and Perkasa's violent behaviour, both of them try to blame me.
Clearly the injuries suffered by the reporters are not enough for UMNO and Gerakan to differentiate who are the criminals and who are the victims. I believe that these irresponsible comments by UMNO and Gerakan leaders are intended to justify the inexcusable violent behaviour of UMNO and Perkasa members.
When UMNO and Gerakan do not even condemn violent attacks by UMNO and Perkasa members on reporters covering the event, my personal safety is not guaranteed. Just like the two reporters, if I am violently attacked by UMNO and Perkasa members, I will always be wrong and instead the UMNO and Perkasa attackers will be the victims.
For my personal safety, I hereby lodge a police report against violent threats by UMNO and Perkasa members. Should anything happen to me, UMNO and Perkasa have to bear full responsibility. It is up to the police to show that they can perform their duties without fear of favour by acting not only against the UMNO and Perkasa members who assaulted the two reporters but also those who threatened me.
LIM GUAN ENG
—BM Version—
Laporan Polis oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 28.2.2012
Ekoran Ancaman Ganas Oleh Ahli-Ahlinya, UMNO Dan Perkasa Harus Bertanggungjawab Atas Apa-Apa Yang Berlaku Pada Saya.
Hampir dua tahun lalu, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah menubuhkan Sudut Pidato di Padang Kota Lama bukan sahaja untuk membenarkan kebebasan bersuara tetapi juga kebebasan selepas bersuara. Sudut Pidato mendukung semangat "Pendapat anda mungkin berbeza dengan saya, tetapi saya akan mempertahankan hak anda untuk menyuarakannya." Sudut Pidato adalah untuk kegunaan umum untuk menyuarakan pendapat tanpa ancaman atau ketakutan. Untuk sebab ini, Kerajaan Negeri jarang menganjurkan acara di Sudut Pidato.
Pada 26 Februari 2012, saya telah sampai pada pukul 6.30pm di Padang Kota Lama untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0, acara yang dianjurkan NGO Pulau Pinang Suaram untuk membantah pembinaan loji nadir bumi di Kuantan. Sebelum ketibaan saya, Ahli Exco kanan Pulau Pinang YB Chow Kon Yeow yang sudah sampai pada pukul 6pm telah memberitahu saya bahawa perhimpunan aman tersebut telah diganggu oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.
YB Chow berkata bahawa seramai 1,000 orang hadir untuk membantah Lynas berbanding dengan 100 orang ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang menyokong Lynas. Beliau memberitahu saya bahawa ahli-ahli UMNO dan Perkasa sedang bertindak ganas. Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah menggunakan taktik keras seperti menolak dan mengasak untuk memaksa golongan anti-Lynas untuk beredar meninggalkan padang. Mujur, golongan anti-Lynas tidak bertindak balas terhadap keganasan ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Mereka hanya duduk atas padang dan enggan beredar seperti yang diarahkan oleh UMNO dan Perkasa.
Saya telah berputus untuk meneruskan perjalanan ke acara Himpunan Hijau 2.0 dan telah sampai pada pukul 6.30pm dalam kereta rasmi PG1. Setibanya saya di situ, saya telah menjadi sasaran tingkah laku ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Mereka telah menggunakan bahasa kasar, makian dan carutan perkauman seperti "Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong Lim Guan Eng Ketua Menteri".
Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah melonjak ke hadapan dengan menunjukkan penumbuk terhadap saya, menggunakan carutan perkauman dan kata-kata ancaman seperti "you jaga". Jika tidak kerana rakyat umum yang melindungi saya, saya percaya saya akan diserang.
Tingkah laku yang ganas ini tidak menggambarkan budaya Melayu atau semangat Malaysia. Saya tidak faham kenapa mereka taksub sangat untuk menyokong Lynas yang merupakan syarikat Australia. Mereka mempunyai hak untuk menyokong Lynas tetapi ahli-ahli UMNO dan Perkasa tidak boleh menafikan hak orang lain untuk membantah Lynas.
Kemudian, saya telah menaiki pentas untuk memberi ucapan bersama YB Chow. Ucapan saya yang membantah Lynas telah diganggu berulang kali oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang berada kurang satu meter daripada saya.
Dalam ucapan saya, saya telah menekankan bahawa pembantahan terhadap loji Lynas bukan bersifat perkauman tetapi merupakan isu persekitaraan yang menjejaskan semua orang tidak kira agama atau bangsa. Pemprosesan nadir bumi mempunyai kesan radioaktif. Keseriusan kesan-kesan ini terserlah apabila Lynas sendiri tidak boleh mendapat kelulusan daripada Kerajaan Australia untuk membina loji itu di Australia. Jika loji Lynas meletup, semua orang akan menderita – orang Cina akan menderita, orang Melayu akan menderita, orang India akan menderita, orang Kadazan akan menderita, orang Iban akan menderita. Kita tidak boleh mementingkan keuntungan daripada kesihatan. Selepas ucapan saya, saya telah turun dari pentas untuk berjumpa golongan anti-Lynas. Terdapat banyak asakan dan tolak menolak yang berlaku, dengan bahasa kasar dan carutan perkauman serta ancaman ganas terhadap saya dan aksi menunjukkan penumbuk oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Saya tidak menyaksikan serangan ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa ke atas dua orang wartawan Kwong Wah Jit Poh, Chew Seng Tun dan Lee Hong Chun.
Namun demikian, saya terhutang budi kepada Chew yang diserang ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa kerana beliau telah menghalang mereka daripada menyerang saya. Lee terpaksa menerima 8 jahitan atas jarinya serta lebam di kepalanya. Saya percaya lebih ramai telah dipukul oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.
Ini bukan kali pertama wartawan dicederakan oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang ganas. Dalam sebuah demonstrasi haram pada bulan Julai tahun lepas, dua orang wartawan telah dicederakan dalam demonstrasi yang dihadiri Senator UMNO Ezam Mohd Nor. Sampai sekarang, tiada tindakan telah diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang telah menyerang dua orang wartawan itu.
Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah meneruskan tindakan ganas terhadap saya dan telah mendekati hampir 1 meter daripada saya semasa saya memasuki kereta. Selepas saya memasuki kereta rasmi, mereka terus memukul kereta saya, meludah ke atasnya dan tidak membenarkan kereta saya untuk berlepas. Sungguhpun begitu, orang ramai daripada golongan anti-Lynas tidak bertindak balas terhadap tindakan ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.
Melihat tindakan ganas mereka, saya masih berasa terancam oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa walaupun sudah 2 hari selepas kejadian tersebut. Saya terkejut bahawa BN, khususnya UMNO Pulau Pinang dan Gerakan (Dato' Musa Sheikh Fadzir dan Dato' Seri Teng Hock Nan) masih lagi menyokong tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa terhadap wartawan-wartawan Kwong Wah Jit Poh dan golongan anti-Lynas. Daripada meminta maaf atas tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa, BN pula ingin menyalahkan saya.
Adalah jelas bahawa kecederaan wartawan-wartawan tersebut tidak mencukupi untuk UMNO dan Gerakan untuk membezakan siapa penjahat dan siapa mangsa. Saya percaya bahawa komen-komen yang tidak bertanggungjawab oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Geraekan adalah bertujuan untuk mewajarkan tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang tidak boleh dimaafkan.
Apabila UMNO dan Gerakan tidak mahu mengutuk tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa terhadap wartawan-wartawan yang meliputi acara tersebut, keselamatan peribadi saya tidak dijamin. Seperti dua orang wartawan tersebut, jika saya diserang secara ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa, memang sayalah yang akan disalahkan sementara penyerang daripada UMNO dan Perkasa akan menjadi mangsa.
Demi keselamatan peribadi, saya dengan ini membuat laporan polis terhadap ancaman-ancaman ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Sekiranya apa-apa berlaku kepada saya, UMNO dan Perkasa harus bertanggungjawab penuh. Adalah terpulang kepada pihak polis untuk menunjukkan bahawa mereka boleh menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih dengan bertindak bukan sahaja ke atas ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang telah menyerang dua orang wartawan tersebut, tetapi juga ke atas mereka yang telah mengancam saya.
Lim Guan Eng
—Mandarin Version—-
槟州首席部长林冠英于2012年2月28日在乔治市呈交的警方报告:
由于巫统和土著权威组织的成员用暴力威胁我,如果我有什么不测,巫统和土权必须负起全责。
两年前,槟州民联政府在旧关仔角成立了演说者角落,不只允许言论自由,也允许言论后的自由。演说者广场捍卫言论自由的精神"我可以不赞同你说的话,但是我将誓死捍卫你说话的权利。"演说者广场是让公众无畏无惧、自由地表达言论的地方。因此,州政府很少在演说者广场主办任何活动。
2012年2月26日,我于6时30分抵达旧关仔角,出席由非政府组织槟城大马人权之声(SUARAM)主办的绿色集会2.0,反对在关丹设立的莱纳斯稀土提炼厂。在我抵达之前,已于6点钟抵步的槟州行政议员曹观友,已经通过电话通知我,和平集会遭到巫统和土权成员的破坏。
曹观友告诉我,现场有1000多人反对莱纳斯,有100名来自巫统及土权的人支持莱纳斯。他告诉我巫统和土权成员行为非常粗暴,他们粗暴地推挤反对莱纳斯的集会人群,强行驱散分阶集会人士、逼他们离开关仔角。幸好反莱纳斯的集会者没有对巫统和土权成员的暴力行为报复。他们只是坐在草场,拒绝听从巫统和土权的"命令"。
我决定前往参与绿色集会2.0,并于6时30分乘坐我的官车PG1抵达会场。到了会场,我成了巫统和土权成员的暴力对象。他们讲脏话、诅咒、种族谩骂如"华人是猪、槟州华人愚蠢、猪才支持林冠英首长"这些字眼。
巫统和土权成员还进一步推挤到我面前,用他们的拳头指着我,用种族性和威胁性字眼"你小心一点(you jaga)"。要不是公众围起人墙保护我,我相信他们已经攻击我。
这种粗暴的行为绝不代表马来文化或马来西亚人的精神。我不明白,他们为何那么激动地要支持莱纳斯这家澳洲公司?他们有权支持莱纳斯,但是这些巫统和土权成员不能阻止别人反对莱纳斯。
于是我上台演讲,曹观友站在我的身旁。我针对莱纳斯的演讲一再被巫统和土权成员打断,他们站在离我少过一公尺的位置。
在我的演讲中,我一再强调,我们反对莱纳斯,不是因为种族课题,它是环境课题,影响各种族、各宗教的人士。稀土提炼将导致负面的辐射性废料问题。这个问题有少严重?我们从莱纳斯无法在澳洲获得兴建稀土提炼厂的批准就可以看出。如果莱纳斯爆炸,每个人都会受苦,华人会受苦、马来人会受苦、印度人会受苦、卡达山人会受苦、伊班人也会受苦。我们不能为了钱,而牺牲我们的健康。
在我发表了演讲后,我走下台与反莱纳斯的集会人士打招呼。土权和巫统成员就在现场不断地推挤、采用攻击性及种族性字眼,再用拳头粗暴地威胁我。我并没有看到巫统和土权攻击两名《光华日报》新闻从业员周圣栋和李宏俊。
无论如何,我要感谢周圣栋,他为了阻止巫统成员袭击我,而遭巫统、土权成员暴力攻击。周圣栋的手指缝了八针,而李宏俊则是头部中伤。我相信还有更多人遭巫统和土权人士殴打。
这不是第一次记者遭巫统和土权成员粗暴对待。在去年7月的一场非法集会中,两名记者也在一场由巫统上议员依占莫哈末出席的集会中受伤。至今为止,警方没有对袭击记者的人士采取任何行动。
巫统和土权成员继续粗暴地对待我,在我走向官车的时候,他们走到离我仅仅一公尺的范围内。我上了车后,他们还继续拍打我的车、向车子吐痰、不让我的车离开。反对莱纳斯的人群非常克己自律,他们没有对巫统和土权的粗暴行为报复。
看到他们的暴力行为,我在活动两天后,还是感到安全受到巫统和土权的威胁。我很惊讶,因为槟州巫统和民政党(拿督慕沙昔克及拿督斯里丁福南)继续支持巫统和土权待《光华日报》记者和反对莱纳斯集会者的暴力行为。国阵不但没有为巫统、土权的暴力行为公开道歉,反而还责怪我。
很明显地,记者受伤的事件,还不足以让巫统和民政党分辩谁是罪犯、谁是受害者。我相信,巫统和民政党不负责任的评论,只是为了合理化巫统和土权暴力行为的藉口。
当巫统和民政党不谴责巫统和土权成员袭击记者的事件,我的人身安全就没有保障。正如两名记者,如果我遭巫统和土权成员暴力攻击,我将永远是错的,而巫统及土权的袭击者都是受害者。
为了我的人身安全,我决定针对巫统和土权的暴力威胁报警。如果我有什么不测,巫统和土权必须负责。至于警方是否要无畏无惧、不偏不倚地对付那些袭击两名记者、威胁我的巫统和土权成员,这由他们自己决定。
林冠英