Selasa, 28 Februari 2012

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Perpecahan Melayu bukan dosa

Posted: 28 Feb 2012 06:08 AM PST

Pengarah penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad perpecahan di kalangan orang Melayu tidak dapat dinafikan apabila wujud dua parti utama dari kalangan anggota masyarakat tersebut -- PAS dan Umno.

Katanya, perpecahan itu juga tidak harus dilihat sebagai satu masalah sebaliknya sebagai keuntungan kepada rakyat.

"Itu bukan dosa tetapi wajar untuk selamatkan orang Melayu," katanya dalam satu program wacana di Shah Alam hari ini.

Katanya, keadaan itu sendiri boleh dilihat dalam sejarah apabila para ulama dalam Umno bertindak keluar daripada pergerakan itu dan membentuk PAS.

Para ulama berkenaan bertindak demikian sebagai membantah tindakan kerajaan pada masa itu berhubung isu melibatkan umat Islam termasuk "isu loteri," katanya.

Keuntungan itu juga boleh dilihat hari ini apabila PAS kini semakin berpengaruh bersama anggota Pakatan Rakyat di Parlimen untuk menjalankan fungsi semak dan imbang.

Tambahnya, isu perpaduan Melayu itu juga timbul memandangkan Umno kini berada dalam keadaan lemah, seperti ketika selepas pilihan raya 1969.

Katanya lagi, PAS lebih mudah untuk bersama dengan DAP berbanding Umno kerana asas kerjasama tersebut adalah untuk kebaikan bersama.

Transformasi PAS

Posted: 28 Feb 2012 04:28 AM PST

SHAH ALAM, 28 Feb – PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.

"Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.
"Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa," kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk "Kenapa Undi Melayu Pecah?" di sini.
Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum.
"Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua," katanya lagi.
"PAS bukanlah terlalu taksub," tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi.
Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam.
"Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka," tambahnya lagi.
Wacana ke-11 hari ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.

Tiada ulasan:

Nuffnang