Selasa, 28 Februari 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Umno Janji lapangan terbang mainan di Rembau?

Posted: 27 Feb 2012 07:07 PM PST




21 Feb 2008 akhbar Utusan Malaysia melaporkan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil, sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Terkini Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin berkata bahawa kerajaan negeri tidak pernah berjanji membina landasan kapalterbang betul tetapi landasan kapalterbang mainan. Itu adalah apa yang dilaporkan dari laman web Pusat Aduan Rakyat Chembong.

Baiklah, jika lapangan terbang mainan, nak buat di mana, berapa kosnya, bila tender akan dikeluarkan?

Dari laman web Pusat Aduan Rakyat Chembong :

Hari ini dekat Pekan Pedas Rembau Negeri Sembilan, berlangsungnya majlis penyampaian duit BR1M, dan yang datang menyampaikan sumbangan adalah Ahli Parlimen Rembau Khairi Jamaluddin.

Di samping itu dalam ceramah Khairi Jamaluddin ada juga beliau sebutkan bahawa janji Umno untuk membina lapangan terbang di Rembau telah diputar belitkan pembangkang, dimana beliau tidak pernah berjanji untuk membina lapangan terbang yang benar di Rembau, sebaliknya beliau hanya berjanji untuk membina lapangan terbang permainan untuk kanak-kanak, bukan lapangan terbang sebenar seperti yang dijaja pembangkang.

Dari Pusat Aduan Rakyat Chembong http://parchembong.blogspot.com/2012/02/janji-lapangan-terbang-oleh-kj-sudah.html

Landasan pesawat kecil dibina di Rembau

Utusan Malaysia 21 Feb 2008

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."

"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam.

Imarahkan Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, N.Sembilan

Posted: 27 Feb 2012 07:07 PM PST



Oleh : Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail

Seremban, 28 Feb 2012 - PUSAT Dakwah Islamiah Negeri Sembilan yang terletak di Paroi adalah sebuah pusat yang membanggakan kerana kawasannya indah dan besar serta dilengkapi pelbagai kemudahan seperti asrama, dewan besar dan dewan-dewan kuliah. Juga sebuah surau yang tersergam indah.

Sayangnya surau tersebut nampak kelihatan sepi dan hanya sekali-sekala sahaja kelihatan meriah dan bercahaya apabila adanya sesuatu majlis ataupun aktiviti keagamaan diadakan.

Saya cadangkan agar pengurusan pentadbiran pusat dakwah itu memenuhi kegiatan aktiviti keagamaan sepanjang tahun dan tidak hanya bermusim pada hari-hari kebesaran Islam sahaja.

Adalah sesuatu yang merugikan umat Islam jika sudah mempunyai kemudahan yang begitu canggih dipersia-siakan begitu sahaja. Saya rasa Menteri Besar Negeri Sembilan pernah membangkitkan perkara sama tidak berapa lama dahulu.

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan, umpamanya memberi motivasi bercorak keagamaan kepada pelajar, kakitangan kerajaan dan swasta dari seluruh daerah di Negeri Sembilan. Ini kerana kemudahan asrama yang begitu lengkap.

Begitu juga untuk warga emas, bolehlah juga diadakan motivasi mengulang kaji, menambah ilmu dan mengembalikan semangat untuk bekalan akhirat dengan adanya pakej untuk mereka beberapa hari di sana.

Kita mahu lihat Pusat Dakwah itu hidup dan bercahaya kerana keberkatan itu akan datang dengan sendiri jika sesuatu tempat ibadah atau majlis itu digegarkan dengan zikirullah, Qiamullail, bacaan ayat suci al-Quran dan sudah tentu dengan pengisian majlis ilmu disepanjang masa.

Kesemuanya itu nanti boleh menghidupkan suasana ketenangan dengan santapan kerohanian.

Disyorkan juga supaya pusat Dakwah Islamiah Paroi ini mengambil beberapa pelajar tahfiz dan bahasa Arab sebagai program pengajian tetapnya bagi persediaan asas sebelum mereka dihantar ke pusat pengajian yang lebih tinggi nanti.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Orang mati masih terima bantuan JKM sejak 2009

Posted: 27 Feb 2012 07:05 PM PST



Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku jika sistem maklumat JKM, Hospital, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara diselaraskan. Begitu juga dengan pendaftaran sebagai pengundi yang sepatutnya boleh dibuat secara otomatik sekiranya sistem maklumat Jabatan Pendaftaran Negara, SPR dan Imigresen diselaraskan kerana ini semua sepatutnya menjadi asas sebagai sebuah negara yang ingin mencapai status negara maju.

Orang mati masih terima bantuan

28 Feb 2012, IPOH - Sikap terlepas pandang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak yang masih menyalurkan bantuan kebajikan kepada individu yang sudah lama meninggal dunia mendapat teguran Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) negeri.

Pengerusi PAC Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Raja Omar (gambar) berkata, Jabatan Audit negeri mendedahkan bantuan kebajikan berkenaan yang sepatutnya dihentikan itu selepas penerima meninggal dunia tetap disalurkan selama beberapa tahun.

"Ada kes yang waris tetap mendapat bantuan kebajikan bulanan walaupun penerima sudah meninggal dunia sejak 2009 lagi. Sebanyak sembilan kes dikesan di Ipoh, Taiping dan Manjung melibatkan peruntukan hampir RM9,000.

"Walaupun tidak melibatkan peruntukan besar tetapi ia tetap perlu diberi perhatian serius. Sehubungan itu, saya telah memanggil Pengarah JKM Perak untuk memberi penjelasan mengenai isu berkenaan hari ini (semalam)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PAC Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Audit Perak, Datuk Seri Shamsiah Daud.

Raja Ahmad memberitahu, perjumpaan selama hampir dua jam itu mengenal pasti antara punca masalah itu berlaku kerana sikap tidak prihatin segelintir pegawai JKM peringkat daerah yang tidak mengemas kini data penerima.

Selain itu, pembayaran secara tunai kepada waris yang merahsiakan kematian penerima selama bertahun-tahun antara faktor ketirisan tersebut.

"Sehubungan itu, PAC Perak mencadangkan pembayaran secara tunai kepada waris dihentikan sebaliknya diganti dengan pembayaran melalui bank sepenuhnya.

"JKM negeri juga disaran lebih menjalin kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung bagi memudahkan data penerima bantuan kebajikan dikemas kini," ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, Raja Ahmad memberitahu, JKM juga memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin kepada kakitangannya yang terbukti lalai sehingga berlakunya kesilapan tersebut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

ABU kini di Port Dickson 4 Mac 2012

Posted: 27 Feb 2012 07:03 AM PST


CERAMAH PAKATAN RAKYAT

Serta Pelancaran Asalkan Bukan Umno – ABU peringkat Telok Kemang

Tarikh : 4 Mac 2012, Ahad

Masa : 8.30 mlm

Tempat : Pasti At Taqwa, Telok Kemang (depan stesen minyak Mobil)

Bersama :

Chegubard, Penyelaras SAMM

YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan/ADUN Paroi

YB Ravi, ADUN Port Dickson

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan hubungi Saufi 013-6777507 , Aiza 010-3428260

Kuliah Tuan Guru Tajuddin Jali 2 Mac 2012 di Senawang

Posted: 27 Feb 2012 06:37 AM PST


KULIAH AGAMA

Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak

Tarikh : 2 Mac 2012, Jumaat

Masa : 7.30 mlm , selepas Maghrib

Tempat : Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Sg Gadut, Seremban

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Tiada ulasan:

Nuffnang