Selasa, 28 Februari 2012

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE


EDL dan Penghapusan Tol di KIK Iskandar

Posted: 28 Feb 2012 04:04 AM PST


Kenyataan Akhbar Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Negeri Johor merangkap ADUN Kawasan Skudai yang diadakan di Kelab Akhbar Johor Bahru pada jam 10 pagi 28 Feb 2012 terhadap pengutipan tol yang akan dimulakan di Lebuhraya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL), lebuhraya yang mencantumi Komplek Imigereswen dan Kuarantin Iskandar dan Lebuhraya Utara dan Selatan (PLUS).


DAP Johor dalam sidang akhbar megeluarkan kenyataan bahawa kerajaan sepatutnya melaksanakan sistem kutipan toll yang adil dengan kadar yang munasabah untuk EDL. Ini adalah disebabkan pengutipna tol di KIK untuk EDl dengan kadar tinggi sekali gus tanpa kira jarak  akan memberikan impak yang besar di kalangan rakyat Johor serta membawa efek ekonomi yang negatif.

DAP Johor juga mengambil pendirian bahawa kadar tol yang akan dikenakan oleh MRCB, syarikat yang menguruskan EDL, tidak akan lebih  daripada 12 sen satu kilometer., yakni tidak melebihi  RM1 untuk sepanjang EDL sejarak 8.1 kilometer.  

Pengerusi DAP Johor dan juga ADUN Kawasan Skudai, Dr Boo Cheng Hau juga menyentuh isu berkenaan dengan toll RM2.90 yang dikenakan di KIK Iskandar  Johor Bahru oleh PLUS Berhad sejak 20 tahun duhulu. Adalah dijangka tol sebanyak di antara RM 876 juta dan RM 1.32 billion telah dikutip oleh PLUS setakat ini di KIK Iskandar  tanpa menjalankan sebarang kerja membina lebuh raya selepas KIK Iskandar. 

Toll RM2.90 yang dikenakan kepada kereta  yang melalui KIK Iskandar, Johor Bahru oleh PLUS Berhad sekarang adalah tidak adil dan DAP Johor mendesak supaya ianya   boleh dihapuskan sekaligus. Ini adalah disebabkan selepas melepasi KIK Iskandar, jalan raya yang dilalui bukan lebuh raya sebaliknya adalah Lebuh Raya Persekutuan dan PLUS tidak pernah mebina sebarang lebuh raya yang mencantumi KIK Iskandar ke Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum pembinaan EDL.  Ini bermakna para pengguna membayar tol RM 2.90 kepada PLUS untuk perlkhidmatan yang tidak pernah wujud selama-lama ini.

Keadaan ini agak berbeza di Singapura kerana selepas pembayaran toll S$1.20 di  Woodlands Checkpoint, jalan yang dilalui seterusnya adalah  Lebuhraya Bukit Timah (BKE).

Justeru itu, adalah menasabah bagi toll RM2.90 di kastam Johor dibatalkan. Pembatalan toll ini juga akan mempengaruhi kerajaan Singapura agar membatalkan toll S$1.20 di sebelah Woodlands Checkpoint,  Singapura.

Jika tol-tol di dua-dua KIK Iskandar dan Woodloands Checkpoint dihapuskan serentak,  beban rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura dan pelancong Sinagpura yang memasuki Banadaraya Johor Bahru  akan dapat dikurangkan.

Penghapusan tol dikenakan oleh PLUS di KIK Iskandar akan menggalakkan lebih ramai pelancong Singapura datang ke Bandaraya Johor Bahru untuk membei-belah. Kesan ini sudah tentu akan merangsang aktiviti perniagaan dan juga pertumbuhan ekonomi di Johor Selatan dan Iskandar Malaysia.

Dr. Boo juga mengambil Toll Senai sebagai contoh, di mana toll tersebut telah dihapuskan pada tahun 2004 menjelang pilihanraya siebabkan kerajaan menyedari bahawa rakyat jelata berasa tidak puas hati terhadap tol dikenakan oleh PLUS atas lebuh raya persekutuan yang bukannya hasil pembinaan PLUS.     

Dr. Boo yang juga pengerusi DAP Johor, menyeru agar NGO-NGO di Johor dapat bersama-sama dalam usaha membantah kadar dan juga perlaksanaan tol EDL. Para NGO sepatutnya memainkan peranan yang lebih penting dan pro-aktif dalam usaha melindungi hak dan kebajikan rakyat. Dalam isu tol EDL, penglibatan para NGO akan memberikan kesan yang lebih bersifat bukan-politik agar suara rakyat dapat didengari. Sekiranya hanya parti politi sahaja yang menyuarakan rasa tidak puas hati dalam isu ini, maka isu ini akan didakwa telah dipolitikkan.

Dr. Boo juga mendakwa bahawa dalam masyarakat sistem demokrasi yang matang, NGO-NGO patut memainkan peranan yang aktif dan lantang dalam menyuarakan pendapat mereka mengenai isu-isu masyarakat dan bukan hanya bersifat "rubber stamp" sahaja.

Turut hadir, En Chen Kah Eng yang juga merupakan setiausaha DAPSY Johor menyatakan kereshannya jika pihak Singapura melaraskan kadar toll mereka mengikut kadar toll baru EDL. Sekiranya kadar toll EDL pergi balik adalah sebanyak RM12.40, maka pihak Singapura juga akan melaraskan kadar toll mereka seiras dengan kadar di Malaysia. Dengan ini, mereka yang berkerja dan ulang alik dari Singapura terpaksa menanggung kos pengangkutan tambahan yang boleh mencecah sehingga RM 620 sebulan (jika bekerja 25 hari sebulan).  

En Chen juga menyatakan DAP akan memberikan sokongan kepada Gabungan Tolak EDL dalam usaha memungut tandatangan menentang toll EDL agar suara rakyat dapat disampaikan kepada kerajaan.

Turut hadir dalam sidang media adalah En Tan Hong Pin (Ketua Dapsy Johor) dan barisan pempinan cawagan DAP di sekitar Johor Selatan.



Tiada ulasan:

Nuffnang