Nuffnang

MY VOICE FOR NATION

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG

ZULKIFLI BIN NOORDIN

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG

ZULKIFLI BIN NOORDIN


KEPUPUSAN MELAYU?

Posted: 06 Nov 2012 02:00 AM PST

izzah-gereja513 

Salam 2 all.

Berikut adalah lapuran yang dimuat-turun daripada lamanweb www.agendadaily.com bertarikh 05.11.2012 yang mengupas isu hangat kenyataan Nurul Izzah Anwar Ibrahim yang menyentuh tentang isu "kewajaran hak kebebasan beragama juga diberikan kepada orang Melayu".

Mike baca sendirilah yop, peh tu mike pikior lah sendiri! Masing-masing dah ada akal, maka gunakanlah akal tu sebaik mungkin.

Adios amigos, grasias senor & senorita.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
21 Zul Hijjah 1433
06 Nov 2012

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran daripada lamanweb www.agendadaily.com)

Kalau tak sebab Nurul Izzah Anwar nak tunjuk pandai dengan bercakap benda yang dia tidak pasti, kita pun tak tahu yang Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu rupanya rancak juga berforum dalam gereja.

Forum dengan tajuk 'bola tanggung' seperti Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa? yang diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Subang Sabtu lalu.

Samada dalam gereja atau dewan dalam gereja, bagi masyarakat Melayu/Islam Malaysia adalah 'taboo' untuk buat program di tempat begitu.

Sebelum ini laporan mengenai polemik kenyataannya itu tidak menyebut dimana lokasi forum berkenaan diadakan.

Ada yang sangka ia berlangsung di sebuah dewan biasa saja.

Bila kita amati balik, ada kemungkinan sebab itulah Izzah gairah bercakap begitu dalam ketika jawab soalan hadirin.

Biasalah bila berada dalam satu majlis dalam gereja, dengan audien rata-rata kristian, boleh mendorong seseorang itu tunjuk dia liberal dan tidak sedar implikasi apa yang dikatanya.

Naib Presiden PKR itu ketika jawab soalan dalam forum yang dianjurkan oleh think tank Kristian Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI), dan Islamic Renaissance Front itu mahu orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka.

Ini dibimbangi boleh membawa implikasi orang membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.

Kalau rajin sila google nama Full Gospel Tabernacle, buka laman webnya, kita akan dapati ia juga ada sidang dalam Bahasa Malaysia. Siap dengan jadual lagi.

OHMSI pula memang diketahui umum think tank Kristian yang sebelum ini pernah anjur forum tajuk The Christian and the Malaysian General Election 2008.

Ia bukan pergerakan agama sahaja, melihat kepada seranai panelis yang dijemputnya termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membayangkan ia amat minat dengan politik.

Oh ya.. forum The Christian and the Malaysian General Election 2008 dibuat sebelum PRU ke 12 iaitu 26 Januari 2008.

Apa maknanya semua ini? maknanya kemana undi orang kristian hendak pergi...

Sebab itu, jangan terkejut apabila Nurul Izzah 'tunjuk belangnya' dalam forum tersebut. Siapa tahu belang itu adalah untuk meraih undi.

izzah-postergerejaRamai yang terkejut membaca laporan mengenai  jawapan Nurul Izzah ketika ditanya oleh peserta forum (seorang perempuan) mengenai undang-undang yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.

"Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum)," kata anak sulung Anwar Ibrahim itu.

Untuk rekod, undang-undang di Malaysia mengekang mubaligh/pendakwah bukan Islam untuk menyebarkan agama kepada rakyat yang beragama Islam.

Pada masa sama undang-undang syariah juga menetapkan seseorang yang memeluk Islam tidak boleh murtad demi memelihara kesucian Islam.

Berdasarkan video ucapan Nurul Izzah dalam forum tersebut, beliau menekankan isu pengkristianan orang Melayu boleh ditangani dengan mengasah keimanan penganut Islam itu sendiri.

"Walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya …saya tidak terpengaruh (dengan ajaran Katholik," kata beliau.

Turut serta sebagai panelis dalam forum tersebut adalah MP PAS Parit Buntar, Dr Mujahid Rawa, Ketua PKR Serawak Baru Bian, peguam Malik Imtiaz dan beberapa yang lain.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menjalankan siasatan lanjut terhadap rakaman ucapan Nurul Izzah di majlis tersebut.

Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin memberitahu Jais tidak teragak-agak untuk memanggil anak Nurul Izzah untuk memberikan keterangan jika terdapat maklumat yang bertentangan dan melanggari Majlis Fatwa.
"Jais perlu tengok terlebih dahulu dan dapatkan rakaman ucapan Nurul Izzah itu, kalau ada kenyataan-kenyataan yang tidak betul, kita akan buka fail lah," katanya kepada pemberita semasa sidang media di Shah Alam petang Isnin.

Izzah dalam satu kenyataan di blognya pada Isnin mempertahankan pendirianya dengan memetik ayat al Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 256 "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)".

Nurul Izzah hanya memetik satu ayat, terjemahan penuh kepada ayat yang disebut Nurul Izzah itu adalah "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Beliau juga melalui kenyataan di blognya menegaskan beliau sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.

"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan sebagai berbahaya dan mengelirukan, kenyataan Nurul Izzah bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.

Beliau berkata kenyataan sedemikian adalah tidak wajar kerana ia boleh mengelirukan penafsiran masyarakat dan umat Islam.

"Di dalam Perlembagaan negara telah termaktub bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan, dan setiap anak yang dilahirkan sebagai orang Islam maka dia itu kekal sebagai orang Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia yang turut dihadiri negeri yang diwakili pembangkang di Kuala Lumpur Isnin.

Malah, Jamil Khir berkata, ayat Al-Quran yang digunakan Nurul Izzah bagi menyokong kenyataan beliau semasa forum berkenaan adalah luar daripada konteks sebenarnya kerana ayat itu berkaitan dengan hal orang bukan Islam yang tidak boleh dipaksa dalam penerimaan agama Islam.

Dalam pada itu, Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali dalam satu kenyataan pada Isnin turut sama 'belasah' Nurul Izzah. Menurut beliau, kenyataan Nurul Izzah membuka laluan dan tiket percuma kepada mereka yang mahu menyesatkan umat Islam.

"Pendirian Izzah yang kononnya berpandukan sepotong ayat Al-Quran itu telah membuka ruang yang cuba ditutup dan menjadikan gerakan memesongkan akidah bertambah kuat dan garang.

"Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam," kata Hasan dalam satu kenyataan medianya.

Hasan kemudiannya melahirkan kebimbangannya bahawa keupayaan majlis agama dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin, membendung gejala memesongkan akidah ini mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri.

"Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya.

"Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan akidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu," katanya lagi.

Hasan menambah apa yang berlaku kini membayangkan virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas.

"Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini," kata Hasan.

Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil pula meminta penjelasan daripada Nurul Izzah apa yang beliau dimaksudkan dengan "Melayu Bebas Pilih Agama?" seperti dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 4 November 2012

Dalam satu kenyataan beliau Wanita UMNO menolak sekeras-kerasnya pemikiran liberal yang cuba dibawa oleh beliau yang mana dengan jelas boleh meruntuhkan institusi agama Islam di Malaysia dan memecah belah serta menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.

Wanita UMNO juga ingin mengetahui pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku bapa dan Ketua Pembangkang serta Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku ibu dan Presiden PKR mengenai kenyataan Nurul Izzah yang jelas bertentangan dengan prinsip pembangkang supaya komuniti tidak sepatutnya dijadikan mangsa.

"Dengan ini kami menegaskan bahawa orang Melayu Islam tidak sepatutnya dipermainkan oleh pihak pembangkang semata-mata untuk kepentingan politik dalam mendapatkan sokongan kaum lain. Kenyataan YB Nurul Izzah juga jelas telah menggadaikan maruah Melayu Islam demi mencapai kehendak politik tanpa memikirkan kepentingan dan kemakmuran komuniti beragama di dalam Negara ini.

Wanita UMNO juga menegaskan bahawa kenyataan beliau ini amat bertentangan dengan Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan bahawa orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam dan Perkara 11, mengenai Kebebasan Beragama yang telah diamalkan dengan penuh harmoni di Negara ini.- 5/11/2012 - OLEH HELME HANAFI - AGENDADAILY.COM

Dr Shafie Abu Bakar

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG

Dr Shafie Abu Bakar


Menghadiri Hari PIBG 2012 SRA Pekan Bangi & Khatam Al-Quran KAFA Integrasi Al-Istiqamah BBB

Posted: 06 Nov 2012 03:44 PM PST

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Perbahasan Parlimen: Peluang pekerjaan untuk golongan OKU

Posted: 06 Nov 2012 05:46 AM PST

Please find below my debate during committee stage on working opportunity in public sector for disabled people :-

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: [Bangun]

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Satu perkara yang terakhir ialah...

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Minta penjelasan sedikit, boleh? Terima kasih, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tambah sedikit. Saya rasa dalam usaha kita untuk mengupayakan OKU...

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ringkas Yang Berhormat. Ada satu minit lagi.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Ya, ringkas sahaja. Dalam usaha untuk mengupayakan OKU ini, saya rasa kerajaan memainkan peranan yang cukup berat. Jadi saya rasa bukan sahaja kita perlulah sediakan pendidikan untuk mereka tetapi sebagai kerajaan, mereka mestilah juga membekal peluang pekerjaan yang cukup banyak untuk OKU-OKU kita. Saya rasa walaupun kerajaan kita sudah komited, sudah beberapa kali mereka kata mereka adalah komited untuk membekalkan 1% penjawat awam kepada OKU-OKU tetapi sampai hari ini hanya saya rasa tidak lebih daripada 1,000 OKU yang kerja dalam sistem penjawat awam ini. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat Kota Raja. Terima kasih.

(More......)

Perbahasan parlimen saya mengenai isu infrastruktur pengangkutan di Serdang dan Kajang

Posted: 06 Nov 2012 05:24 AM PST

Please find below my debate during committee stage on Ministry of Work in the recent parliamentary sitting :-

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang terakhir, Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Paya Besar, selepas itu Yang Berhormat Wangsa Maju. Selepas Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Menteri menjawab.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Kuala Selangor Tuan Pengerusi, dua minit sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak ada masa Yang Berhormat, boleh tumpang Yang Berhormat Serdang.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Okey. Boleh, boleh. Saya ringkas sahaja. Saya cepat-cepat supaya rakan saya yang lain boleh ambil bahagian. Butiran P.27 ini tentang Butiran 51000 – Pelbagai Pembinaan (Projek Baru). Saya hendak tanya tentang rancangan untuk membina sebuah terowong yang menggabungkan yang menghubungkan Taman Kajang Utama dengan Bandar Kajang. Saya rasa ini bekas Menteri Kerja Raya telah janji untuk membina sebuah terowong pada tahun 2004 semasa beliau merasmikan Lebuh Raya SILK. Akan tetapi sampai hari ini walaupun sudah saya rasa lapan tahun, sampai hari ini janji ini belum ditepati. Jadi saya hendak tanyalah Timbalan Menteri ataupun Menteri yang jawab, apa status terkini?

Selain daripada itu, saya juga hendak tanya tentang permintaan penduduk-penduduk Taman Bukit Mewah Fasa 7 yang sudah lama meminta kementerian untuk membuka Jalan keluar masuk dari Lebuh raya SILK ke Fasa 7 Taman Bukit Mewah. Saya rasa memanglah jalan keluar masuk ini di bawah di dalam rancangan MPKJ iaitu local council. Akan tetapi sampai hari ini jalan keluar masuk ini belum dibukakan lagi kerana atas alasan bahawa syarikat Lebuh raya SILK mereka membantah cadangan ini kerana ikut mereka akan mengakibatkan kebocoran tol. Akan tetapi saya rasa setakat ini penduduk-penduduk di Taman Bukit Mewah Fasa 7, mereka terpaksalah tanpa jalan keluar masuk ini mereka terpaksa untuk menempuh jalan sejauh 4.2 kilometer dan mereka juga perlu membayar tol sebanyak RM1. Jadi saya rasa ini memang telah banyak menyusahkan penduduk-penduduk di tempat itu. Jadi saya harap sekiranya kerajaan ini memang sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat, janganlah sahaja menjaga poket atau keuntungan syarikat konsesi. Silalah menjaga kepentingan rakyat juga.

Selain daripada itu, saya juga hendak tanya tentang status untuk membina sebuah persimpangan bertingkat di Lebuh raya MEX. Menurut makluman yang telah diumumkan pada Mac tahun ini, memang kerajaan akan membina satu persimpangan bertingkat di Lebuh raya MEX. Di Taman Equine sana. Saya mengalu-alukan usaha ini tetapi pada masa yang sama saya juga ingin menyeru kerajaan supaya mempertimbangkan lagilah. Janganlah membina satu tol yang perlulah kutipannya sebanyak RM2.20. Saya rasa kutipan ini mahal sangat. Jangan jadi – untuk penduduk di Serdang ini memang satu beban yang amat berat. Ya.

(More......)

[Sinar Harian] Ahli Parlimen Serdang: 10 tahun jalan sesak

Posted: 05 Nov 2012 06:32 AM PST

~ NUR FARHANA ABDUL MANAN

Fokus PRU 13
10 tahun jalan sesak

“KALAU sakit hati melalui jalan sesak, hendak marah kepada siapa pun tidak tahu,” luah Lee Kim Hong, 71, pengguna tegar jalan besar Seri Kembangan yang terpaksa ditempuhi puluhan ribu pengguna setiap hari.

Kata Kim Hong,  selain sesak banyak kenderaan, sikap individu  yang meletakkan kenderaan di salah satu laluan dua lorong untuk ke gerai berhampiran juga antara punca.

(More......)

Suara Sri Andalas

Posted by Unknown | Posted on 3:43 PTG

Suara Sri Andalas


Tamil Schools Being Shortchanged By Contractors

Posted: 06 Nov 2012 02:58 AM PST

GEORGE TOWN: Education Ministry-nominated contractors are building Tamil schools below the value of the contract.

DAP Senator S Ramakrishnan alleged that more often the development projects failed to cater to the actual needs of Tamil schools.

He suggested that the solution would be to dedicate and liaise with respective Tamil schools' board of governors to carry out the projects.

He called on the federal government to stop engaging MIC and NGOs because school boards were definitely in a better position to contribute to develop and maintain school infrastructure and facilities.

He said the boards of governors comprised ex-school boys, representatives from the schools' parents and teachers associations' members (PIBG), contributors and trustees.

"They are dedicated and honestly want to contribute to Tamil school development,' he said in a statement here today.

Under the present system, the Education Ministry which manages the funds, will award Suria Cooperative nominated contractors to built, renovate and repair work in Tamil schools
.
But due to the Ali Baba pyramid system, he said Tamil schools ended up short-changed as the contractors' finished work worth was often found far below the original contract value.

For instance, he said the federal government may allot RM50,000 for a particular Tamil school project and the ministry's main contractor may engage a sub-contractor to carry out the project for RM20,000.

He said the sub-contractor in turn would dish out a RM15,000 valued job and pocket RM5,000 as profit.

"An unworthy RM15,000 job was finally done for a RM50,000 contract.

"But BN federal ministers would propagate that RM50,000 had been spent for a Tamil school when the Indian community was actually shortchanged," said Ramakrishnan.

He said there were cases in which government contractors charged more than private ones for similar Tamil school project.

He cited the case of SJK (T) Ladang Semenyih, which wanted a three-storey building with 12 classrooms, one each resource , multimedia, meeting and operation, counseling, prefect, cooperative, treatment and recovery room, one each living skills and art classrooms, and several toilets.

He said private contractors were willing to carry out the project for RM1.7 million.

But, he said the ministry had engaged a contractor to build a two-storey building with six classrooms for RM1.5 million instead.

"Yet again it the government has failed to address a Tamil school's needs.

Source: FreeMalaysiaToday

Rafizi Terus Bongkar Skandal RM40 Juta Umno Sabah

Posted: 05 Nov 2012 01:15 AM PST

PUTRAJAYA 5 OKT: Walau berdepan dengan kemungkinan disaman,Pengarah Stretegi PKR, Rafizi Ramli bersedia untuk terus membongkar skandal RM40 juta yang didakwa Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Musa Aman dan Michael Chia.

Rafizi berkata, beliau akan terus mencari bukti bagi mengaitkan penglibatan ketiga-tiga individu ini walaupun laporan mengenainya sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

"Saya sedar bahawa SPRM akan menuntut saya supaya berhenti membuat sebarang kenyataan sementara siasatan sedang dilakukan namun jika saya menemui beberapa bukti baru saya akan terus mendedahkannya.

"Saya bersedia berdepan sebarang kemungkinan walaupun laporan sudah dibuat kepada SPRM saya fikir jika kedua-dua pihak bekerjasama adalah lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum menyerahkan laporan mengenai ketiga-tiga individu terbabit di hadapan bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, kandungan laporan itu meminta SPRM supaya membuka fail siasatan di bawah Akta SPRM 2009, Bahagian IV (Kesalahan dan Penalti)Seksyen 16(a) iaitu perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun suapan itu diterima oleh orang lain dan manfaatnya dinikmati orang lain.

Terdahulu, Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap SPRM, Parlimen dan undang-undang membuat kenyataan bahawa tiada sebarang unsur rasuah bagi mengaitkan wang RM40 juta melibatkan jutawan balak Michael Chia kepada Umno Sabah.

Nazri dikaitkan memiliki hubungan rapat dengan Michael Chia kerana anaknya Nedim Nazri menggunakan sebuah kereta mewah jenis Hummer yang didakwa dimiliki oleh jutawan balak itu.

Menurut Rafizi, kenyataan Nazri menimbulkan tanda tanya kerana bersungguh-sungguh mempertahankan Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah dan membersihkan nama Michael Chia daripada sebarang dakwaan.

Selain itu, Rafizi akan mencari bukti-bukti berkaitan skandal itu dengan menemui beberapa pihak berkaitan di Hongkong termasuk mengadakan perjumpaan bersama Independent Commission Against Corruption Hong Kong (ICAC) pada minggu hadapan.

"Saya tidak mahu hanya membuat laporan kepada SPRM dan berharap kita dapat menemui beberapa fakta berkaitan apabila perbincangan lanjut diadakan kelak," katanya lagi.

Pada 2008, Michael Chia pernah ditahan di Lapangan Antarabangsa Hongkong oleh ICAC kerana membawa wang tunai berjumlah RM40 juta yang didakwa hendak diberikan kepada Musa Aman.

Sumber: Selangorku

Rakyat Terpaksa Berdepan Dua Saman Polis, JPJ

Posted: 05 Nov 2012 01:10 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 NOV : Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar melahirkan kekecewaan ekoran rakyat terpaksa berhadapan dua bentuk saman.

Pertama saman yang dikeluarkan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kedua saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Reaksi ini sebagai mengulas jawapan Sesi Soal Jawab Dewan Rakyat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak akan memansuhkan saman postal (Notis Pol 170A) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan.

"Dua kementerian menjadikan aktiviti menyaman pengguna kenderaan sebagai agenda bersama. Sepatutnya PDRM kena tumpu kes jenayah.

"Daripada jumlah saman yang dikeluarkan, hampir separuh yang bayar saman ternyata tak faham, tapi terus bayar sahaja sebab takut kena naik turun mahkamah. Kerajaan kena jelaskan bagaima ia beroperasi, bukan terus saman," katanya

Timbalan Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, saman postal itu bertujuan memberi kesedaran kepada pemandu jalan raya agar memandu secara berhemah dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Saman postal ialah notis yang dikeluarkan PDRM kpada pemilik kenderaan yang berdaftar.

Bagi pemilik kenderaan yang gagal memberikan maklumat terhadap notis dalam tempoh yang ditetapkan, pemilik dikenakan saman kerana melakukan kesalahan.

Abu Seman dalam jawapannya memberitahu, sebanyak 180,062 saman postal dikeluarkan sepanjang tempoh Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 12 hingga 26 Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 52,362 saman dapat diselesaikan.

Sumber:

Stop Cronyism Revoke AES

Posted: 05 Nov 2012 01:00 AM PST

Beta Tegap Sdn Bhd, one of the 2 private companies that has been awarded an Automated Enforcement System (AES) contract by the Ministry of Transport, had earlier thanked MCA president Datuk Seri Chua Soi Lek for his statement that denied the company has any link with the MCA.

However, MCA has failed to clear the doubt raised by YB William Leong (Selayang MP) on why the second largest shareholder of Beta Tegap Sdn Bhd, Dr. Andreas Teoh, was also given a huge contract in 2005 by the Ministry of Health through another company of his, Mediharta Sdn Bhd? Coincidentally, both Ministry of Transport and Ministry of Health are helmed by MCA ministers. Is there any secret relationship between MCA and Andreas Teoh that has secured him these sweetheart deals? MCA has a case to answer.

While the mist of the company's MCA link is not cleared, another shocking fact was found after a thorough search. The largest shareholder of Beta Tegap Sdn Bhd, To' Puan Rozana Binti Haji Redzuan, has very substantial connection with the Johor UMNO.

To' Puan Rozana Binti Haji Redzuan is the eldest daughter of the late Tan Sri Dato' Haji Redzuan Bin Haji Salim and Puan Sri Datin Hajjah Atkah Abdullah. Both Tan Sri Dato' Redzuan and Puan Sri Datin Atkah are renowned UMNO political figures in Johor.

Tan Sri Dato' Haji Redzuan was Parit Sulong UMNO division chief and state assemblyman for Peserai. Puan Sri Datin Hajjah Atkah was 2 term state assemblywoman for Sri Medan, deputy Wanita chief of Johor UMNO and exco Wanita Pusat UMNO. Besides active involvement of her parents in UMNO, Rozana is also the cousin of current UMNO state assemblyman of Machap, YB Dato Hj Abd Hamid bin Hj Abd Rahman.

With the extraordinary connection between the largest shareholder of Beta Tegap Sdn Bhd and UMNO, another instance of sheer cronyism is evident! If this is not cronyism, what on earth does the government deem a dormant company without expertise in related field is worth rewarding a lucrative AES contract?

Therefore, I challenge the Minister of Transportation, Datuk Seri Kong Cho Ha to deny these political linkages of Beta Tegap Sdn Bhd. Failing which, he should resign immediately, in order to uphold the decency of the ministry. I would also like to urge the government to immediately revoke the AES that enrich BN's cronies at the expense of the Rakyat.  

YB CHANG LIH KANG
Perak State Assemblyman (Teja)
KeADILan Central Committee Member

Lim Guan Eng

Posted by Unknown | Posted on 3:39 PTG

Lim Guan Eng


The Objective Of The Penang State Government’s HAPPY! Programme Is To Make People Happy And Not For Political Gain (en/cn)

Posted: 06 Nov 2012 01:27 AM PST

Press Statement by Penang Chief Minister Lim Guan Eng in Komtar, George Town on 6.11.2012

The Objective Of The Penang State Government's HAPPY! Programme Is To Make People Happy And Not For Political Gain.

According to news reports yesterday, Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin was quoted as saying that the Penang state government's Housing Assistance Programme of Penang, Yes! (Happy!) should not be politicised. He also added that the state government should be aware that it is the Federal government which is putting up 70 to 90% of the cost needed to repair and paint the low-cost (LC) and low medium-cost (LMC) flats under the 1Malaysia Maintenance Fund (TP1M).

The Penang state government regrets Raja Nong Chik's statement as there is no intention whatsoever of politicising the issue. The purpose of the RM50 million HAPPY! programme is to supplement the balance of the cost of upgrading or repairing low-cost housing by the Federal government's TP1M programme. This is to help the Federal government by ensuring that people living in LC and LMC flats will be able to live in dignity.

Before the introduction of the TP1M programme, a Housing Maintenance Fund was set up under the 10th Malaysia Plan. This fund was based on a matching grant where half of the contribution would come from residents through their joint-management body or management corporation. Unfortunately, this programme received poor response because people simply could not afford to produce the 50% required. Hence, the TP1M programme has been introduced to change the formula to 90-10 for LC housing and 70-30 for LMC housing, in which the Federal government will pay the 90% and 70% while the residents are required to pay for the remainder 10% and 30%.

However, even 10% and 30% is difficult for the residents, which is why the state government has stepped in to bridge the gap by paying for the remainder 10% and 30% through the HAPPY! programme.

At the same time, there is no question of politicising the issue as we have guaranteed the 10% and 30% remainder so long as the Federal government guarantees to provide the 90% and 70%. This is what we call a win-win situation that will bring direct benefits to the residents.

In the recent Penang Budget 2013, RM50 million has been allocated for the HAPPY! programme, and thus far 42 applications have been received.

Without the HAPPY! programme, the RM500 million fund provided by the Federal government will make no one happy because people will not be able to afford the remaining balance needed in order to tap into the fund. However, by topping-up the remaining balance on behalf of the people, the Penang state government's HAPPY! programme will bring cheer to the people and ensure that they will really be happy.

Lim Guan Eng

—Mandarin Version —-

槟州首席部长林冠英于2012年11月6日在乔治市发表声明:

槟州政府的快乐房屋计划是为了让人民快乐,而不是为了政治利益。

根据昨天新闻报道,联邦直辖区及幸福城市部长拿督拉惹隆仄说,槟州政府的房屋援助计划"快乐房屋计划"不应该被政治化,他也说州政府应该知道,在一个大马组屋修复基金下,联邦政府拨出70%至90%的费用来修复廉价屋及中廉价组屋。

槟州政府对于拉惹隆仄的声明表示遗憾,因为我们从来没有想过要政治化房屋课题。州政府拨出5000万令吉给快乐房屋计划,是为了辅助联邦政府在一个大马组屋修复基金的提升或修复廉价屋成本的余额。

在介绍一个大马组屋修复计划时,政府在第十大马计划下成立房屋维修基金,这项基金是一项配搭拨款,意味着一半的费用来自居民本身的管理组织或机构。不幸的是,这项计划的反应冷淡,因为人们根本没有能力负担剩余的50%。因此,一个大马组屋修复基金推介新的方程式,通过90:10的拨款修复廉价屋、70:30的拨款修复中廉价组屋,联邦政府将负责支付90%及70%的费用,而居民本身需要支付剩余的10%及30%.

但是 ,要人民负担10%及30%还是很困难的,因此,州政府唯有介入,通过快乐房屋计划,补上剩余的10%及30%。

同时,这当中绝对没有政治化的问题,只要联邦政府保证支付90%及70%,我们已经保证补上剩余的10%及30%。这也是我们所谓的双赢,也直接让居民受惠。

最近的2013年槟州预算案,我们已经拨出5000万令吉给快乐房屋计划,我们已经接获42项申请。

如果没有这项快乐房屋计划,联邦政府的5亿令吉基金将无法让人受惠及快乐,因为人们无法负担修复金的余额,但是,州政府通过快乐房屋计划,补贴修复基金的余额,将让人民真正受惠,让他们真正快乐。

林冠英

SERVANTHOOD

Posted by Unknown | Posted on 3:20 PTG

SERVANTHOOD


Posted: 06 Nov 2012 12:18 AM PST


Sepakat Menuju Putrajaya


日期:11/11/2012

时间:8pm

地点:红土坎海洋名胜礼堂(Marina Island hall)

讲员:公正党(PKR)--阿兹敏(YB Azmin Ali)和  Dr Mohd Nor Manuty

            行动党(DAP)--拿督倪可汉(YB Dato' Ngeh Koo Ham和 陆兆福(YB Anthony Loke)

         伊斯兰党(PAS)--尼查(YB Dato' Seri Nizar)和莫哈末沙布(YB Mat Sabu)



Direct Free Kick

Posted by Unknown | Posted on 1:19 PTG

Direct Free Kick


200 RECEIVED AID

Posted: 06 Nov 2012 02:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 AUGUST 2012 : Chempaka state assemblyman Iskandar A. Samad recently distributed Hari Raya aid to about 200 recipients.

  Iskandar A. Samad (third from left) presenting gifts to the underprivileged in Pandan Indah


Iskandar A. Samad (third from left) presenting gifts to the underprivileged in Pandan Indah. Pic by Syarafiq Abd Samad

The recipients were single mothers, senior citizens and orphans living around the Pandan Indah area. The event was held at Pusat Tarbiyah Pandan, a centre for the single mothers.   

"The aim of this event is to lessen the burden of people in need in our society," said Iskandar.

Apart from distributing goodies worth RM100, single mothers and senior citizens also received RM100 duit raya while the orphans received RM10 each.

Azizah Shaari, 46, who received the aid said she was glad that the less fortunate were not forgotten during the festive season. "This is the first time that I have received such a contribution," said Azizah. Intan Nur Shafinaz Abdullah, 11, was also happy with her gift.

"Although my father left me and my family, I am still fortunate that there are people who still care about me," said Intan - Story by Seri Nor Nadiah Koris, NST.

Nurul Izzah Anwar

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PG

Nurul Izzah Anwar


Kenyataan Media: Tindakan Undang-undang

Posted: 06 Nov 2012 12:48 AM PST

KENYATAAN MEDIA
6 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya – Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah – untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media lain, berkaitan laporan berunsur fitnah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari dengan menuduh saya seolah-olah saya menyokong murtad.

Saya tidak merelakan fitnah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN

SUARA PERAK

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PG

SUARA PERAK


Posted: 05 Nov 2012 11:52 PM PST

Posted: 05 Nov 2012 11:51 PM PST

Khalid Samad

Posted by Unknown | Posted on 9:43 PG

Khalid Samad


Murtad: Islam Pilihan atau Paksaan [Video]

Posted: 05 Nov 2012 05:20 PM PST

"Saya yakin bahawa orang Melayu beragama Islam atas dasar pilihan yang dibuat dan inilah mesej yang kita hendak sampaikan bahawa soal agama ini ia tidak ada kena mengena dengan soal keturunan, tidak ada kena mengena dengan soal paksaan. Soal agama ialah soal keyakinan dan kepercayaan dan apa yang harus diusahakan oleh ummat Islam ialah untuk mewujudkan kembali ummat yang berpengang kepada Islam atas dasar keyakinan dan kepercayaan; memilih untuk bersama Islam atas dasar pilihan yang bebas bukan atas dasar paksaan ataupun atas dasar keturunan."



Ihsan Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

.

Posted by Unknown | Posted on 7:41 PG

.


Ubah kepada cara Pakatan Rakyat - Presiden PAS

Posted: 05 Nov 2012 06:13 PM PST



SEREMBAN: 
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak rakyat Malaysia mengubah cara berpolitik di negara ini kepada cara baru iaitu cara yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat.

"Cara BN cara lama. Cara parti dibentuk dari bangsa-bangsa. Berbeza dengan cara Pakatan Rakyat. Parti-parti kita semua berbilang kaum dan agama.

"PAS parti islam dari pelbagai kaum. Ada juga bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS. PKR parti pelbagai kaum dan agama. Begitu juga DAP.

"Berbeza dengan BN. Semua partinya dari parti kaum," kata beliau di Himpunan Kebangkitan Rakyat dekat Taman Seremban Jaya, Senawang malam ini.

Puluhan ribu rakyat pelbagai kaum dan agama berhimpun di sini bagi menyertai perhimpunan yang penuh sejarah itu. Padang usang itu penuh dengan keghairahan rakyat untuk memperjuangkan hak mereka.

Tepukan dan laungan reformasi bersatu dengan teriakan Allahuakbar dari para penyokong PAS, PKR dan DAP.

Pelbagai barangan kempen dijual oleh penyokong PAS, PKR dan DAP di perhimpunan ini. DAP membawa treler dan lori kempennya manakala PKR membawa bas dua tingkat jelajah rakyatnya.

Selain Ustaz Hadi, turut berucap adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Penyanyi Ito yang berasal dari Negeri Sembilan telah diberikan penghormatan untuk melancarkan lagu Pakatan Rakyat bertajuk 'Ubah Sekarang' di perhimpunan ini.

Ustaz Hadi dalam ucapannya menyatakan sekali lagi komitmen Pakatan untuk mematuhi perlembagaan negara tetapi membawa mesej yang berbeza sama sekali dari BN.

"Kita memegang perlembagaan yang sama tetapi penghayatan yang lain dari BN," kata Ustaz Hadi.

Dalam ucapannya juga, Ustaz Hadi berkata, memang PAS bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat "tetapi kita mentafsirkan Islam secara yang sebenar."

"Kerajaan tidak boleh berlagak sebagai Tuhan, pemimpin bukan juga bukannya manusia suci," tegas beliau ketika mentafsirkan sistem pemerintahan yang dikehendaki Pakatan.

Beliau juga memberitahu, PAS tidak pernah memaksakan Islam kepada orang lain kerana "tiada paksaan dalam agama."

Oleh itu, katanya, tidak berbangkit PAS menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana pihak termasuk DAP apabila PAS tidak memaksakan Islam kepadanya kerana ia sememangnya hak yang dberikan oleh Islam.

Beliau juga menegaskan, PAS akan sentiasa komited untuk mempertahankan hak bumiputra kerana mereka sememangnya tertinggal dari segala segi selepas disusun sedemikian rupa oleh penjajah.

"Namun dalam masa yang sama kita juga perlu memberikan hak istimewa kepada kaum Cina dan India yang miskin kerana mereka juga mesti dibela.

"PAS akan memperjuangkan hal ini dan ini adalah tanggungjawab kita," tegasnya dengan disambut teriakan takbir dan tepukan gemuruh dari para hadirin yang pelbagai kaum, agama dan jantina itu.

PAS buat keputusan 'menjohorkan' PAS di Johor

Posted: 05 Nov 2012 07:30 AM PST



BATU PAHAT: PAS Johor mengambil pendekatan untuk 'menjohorkan' PAS di negeri ini dengan menjadikan seluruh aktiviti dan tindak tanduk para pemimpin dan ahlinya sesuai dengan sosiobudaya orang Johor.

Pendekatan ini disepakati oleh pimpinan PAS Johor dalam konvensyennya yang diadakan di Markas PAS Parit Sulong dekat sini semalam.

[Gambar: AJK Umno Labis, Datuk Abdul Rahman Yunus (bersongkok) bersembang dengan Mazlan Aliman dan Datuk Dr Mahfodz ketika menyertai konvensyen PAS Johor semalam.]

"Ada dua pendekatan, kita men'johor'kan  PAS atau mem'pas'kan Johor. Rasanya yang tepat adalah men'johor'kan PAS iaitu dengan kita di negeri ini mengamalkan budaya orang Johor kerana sememangnya kita orang Johor.

"Dengan cara inilah, kita akan bersama masyarakat dan seterusnya memimpin mereka menuju perubahan," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad ketika menggulung perbahasan di Konvensyen PAS Johor.

Pandangan yang beliau mula cetuskan dalam ucaptama konvensyen ini turut disokong oleh para peserta konvensyen ini ketika mereka membahaskan ucapan beliau itu.

Melalui pendekatan ini, katanya, pemimpin PAS di semua peringkat perlu meraikan dan memimpin semua aktiviti orang Johor termasuklah majlis membaca Yassin yang dipanggil Yasinan di Johor, marhaban, berzanji dan sebagainya.

"Masa saya nak kahwin dulu, saya dipaksa berzanji. Lalu terpaksalah saya belajar berzanji sampai pandai. Tetapi lepas itu lupa.

"Lepas ini kita mesti berzanji dan memimpin pasukan berzanji, masuk pasukan rewang (gotong royong kenduri) dan memimpinnya, memimpin tahlil.

"Saya rasa kita ada kelebihan ini. Misalnya, bila tahlil, pemimpin Umno takut nak dekat sebab mereka tak pandai. Jadi kita kena mengambil kesempatan ini.

"Inilah yang dinamakan men'johor'kan PAS," kata Dr Mahfodz ketika menggulung perbahasan konvensyen itu.

Semasa memberikan ucapan dasarnya di konvensyen itu, Dr Mahfodz telah membentangkannya sebagai salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh PAS di Johor untuk membolehkan PAS diterima dan seterusnya menang.

Untuk itu, katanya, PAS di Johor tidaklah perlu membawa budaya dari luar yang diamalkan oleh pemimpin dan pengikut PAS untuk mem'pas'kan Johor.

Cukup sekadar mengamalkan budaya orang-orang Johor yang sebenarnya tidak bertentangan dengan Islam bahkan jelas ciri-ciri Islamnya.

PAS Johor juga, katanya, sedang mengkaji tentang kesenian yang diamalkan oleh rakyat Johor untuk turut diamalkan atau diterima oleh PAS sekiranya tidak bertentangan dengan Islam.

"Kuda kepang, ghazal dan tarian zapin...saya telah meminta Dewan Ulamak untuk mengkajinya. Mengikut kata Ketua Dewan Ulamak Johor, tidak salah asalkan tidak bercampur dengan pujaan iblis dan syaitan kepada sesetengah upacaranya," kata Dr Mahfodz.

(Kiri: Para peserta Konvensyen PAS Johor makan dalam talam sebagai salah satu budaya rakyat Johor yang cuba dihidupkan PAS dalam konvensyen ini.)

Semasa memberikan ucaptamanya, Dr Mahfodz berkata, PAS perlu memaplikasikan sepenuhnya strategi 'menjohorkan' PAS dalam membina jambatan untuk masyarakat.

"Menjohorkan PAS adalah dalam ertikata kita mengekalkan sosiobudaya Melayu di samping kita berjuang bersama PAS," katanya.

Beliau menggariskan tujuh ciri-ciri 'menjohorkan' PAS yang perlu dipertimbangkan.

Ia termasuklah meraikan budaya rakyat Johor (seperti yasinan, marhaban, rewang/kedarat dan tahlil), budaya kesenian popular rakyat (seperti ghazal, tarian zapin dan kuda kepang), budaya berpakaian (baju melayu teluk belanga, baju kurung Johor dan songkok tinggi Johor).

Selain itu, budaya makanan tradisional (asam pedas, nasi ambeng, laksa Johor, soto, ketupat dll), institusikan kerja kebajikan, budaya engagement dengan masyarakat Melayu dan meraikan budi bhasa Melayu Johor (misalnya menerang bukannya menyerang, memuji bukannya mengeji) dan lain-lain lagi.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/14313--pas-buat-keputusan-menjohorkan-pas-di-johor

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP