念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang |
- Perbahasan Parlimen: Peluang pekerjaan untuk golongan OKU
- Perbahasan parlimen saya mengenai isu infrastruktur pengangkutan di Serdang dan Kajang
- [Sinar Harian] Ahli Parlimen Serdang: 10 tahun jalan sesak
Perbahasan Parlimen: Peluang pekerjaan untuk golongan OKU Posted: 06 Nov 2012 05:46 AM PST Please find below my debate during committee stage on working opportunity in public sector for disabled people :- Puan Teo Nie Ching [Serdang]: [Bangun] Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Satu perkara yang terakhir ialah... Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Minta penjelasan sedikit, boleh? Terima kasih, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak tambah sedikit. Saya rasa dalam usaha kita untuk mengupayakan OKU... Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ringkas Yang Berhormat. Ada satu minit lagi. Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Ya, ringkas sahaja. Dalam usaha untuk mengupayakan OKU ini, saya rasa kerajaan memainkan peranan yang cukup berat. Jadi saya rasa bukan sahaja kita perlulah sediakan pendidikan untuk mereka tetapi sebagai kerajaan, mereka mestilah juga membekal peluang pekerjaan yang cukup banyak untuk OKU-OKU kita. Saya rasa walaupun kerajaan kita sudah komited, sudah beberapa kali mereka kata mereka adalah komited untuk membekalkan 1% penjawat awam kepada OKU-OKU tetapi sampai hari ini hanya saya rasa tidak lebih daripada 1,000 OKU yang kerja dalam sistem penjawat awam ini. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat Kota Raja. Terima kasih. |
Perbahasan parlimen saya mengenai isu infrastruktur pengangkutan di Serdang dan Kajang Posted: 06 Nov 2012 05:24 AM PST Please find below my debate during committee stage on Ministry of Work in the recent parliamentary sitting :- Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang terakhir, Yang Berhormat Serdang, Yang Berhormat Paya Besar, selepas itu Yang Berhormat Wangsa Maju. Selepas Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Menteri menjawab. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Kuala Selangor Tuan Pengerusi, dua minit sahaja. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak ada masa Yang Berhormat, boleh tumpang Yang Berhormat Serdang. Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Okey. Boleh, boleh. Saya ringkas sahaja. Saya cepat-cepat supaya rakan saya yang lain boleh ambil bahagian. Butiran P.27 ini tentang Butiran 51000 – Pelbagai Pembinaan (Projek Baru). Saya hendak tanya tentang rancangan untuk membina sebuah terowong yang menggabungkan yang menghubungkan Taman Kajang Utama dengan Bandar Kajang. Saya rasa ini bekas Menteri Kerja Raya telah janji untuk membina sebuah terowong pada tahun 2004 semasa beliau merasmikan Lebuh Raya SILK. Akan tetapi sampai hari ini walaupun sudah saya rasa lapan tahun, sampai hari ini janji ini belum ditepati. Jadi saya hendak tanyalah Timbalan Menteri ataupun Menteri yang jawab, apa status terkini? Selain daripada itu, saya juga hendak tanya tentang permintaan penduduk-penduduk Taman Bukit Mewah Fasa 7 yang sudah lama meminta kementerian untuk membuka Jalan keluar masuk dari Lebuh raya SILK ke Fasa 7 Taman Bukit Mewah. Saya rasa memanglah jalan keluar masuk ini di bawah di dalam rancangan MPKJ iaitu local council. Akan tetapi sampai hari ini jalan keluar masuk ini belum dibukakan lagi kerana atas alasan bahawa syarikat Lebuh raya SILK mereka membantah cadangan ini kerana ikut mereka akan mengakibatkan kebocoran tol. Akan tetapi saya rasa setakat ini penduduk-penduduk di Taman Bukit Mewah Fasa 7, mereka terpaksalah tanpa jalan keluar masuk ini mereka terpaksa untuk menempuh jalan sejauh 4.2 kilometer dan mereka juga perlu membayar tol sebanyak RM1. Jadi saya rasa ini memang telah banyak menyusahkan penduduk-penduduk di tempat itu. Jadi saya harap sekiranya kerajaan ini memang sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat, janganlah sahaja menjaga poket atau keuntungan syarikat konsesi. Silalah menjaga kepentingan rakyat juga. Selain daripada itu, saya juga hendak tanya tentang status untuk membina sebuah persimpangan bertingkat di Lebuh raya MEX. Menurut makluman yang telah diumumkan pada Mac tahun ini, memang kerajaan akan membina satu persimpangan bertingkat di Lebuh raya MEX. Di Taman Equine sana. Saya mengalu-alukan usaha ini tetapi pada masa yang sama saya juga ingin menyeru kerajaan supaya mempertimbangkan lagilah. Janganlah membina satu tol yang perlulah kutipannya sebanyak RM2.20. Saya rasa kutipan ini mahal sangat. Jangan jadi – untuk penduduk di Serdang ini memang satu beban yang amat berat. Ya. |
[Sinar Harian] Ahli Parlimen Serdang: 10 tahun jalan sesak Posted: 05 Nov 2012 06:32 AM PST ~ NUR FARHANA ABDUL MANAN “KALAU sakit hati melalui jalan sesak, hendak marah kepada siapa pun tidak tahu,” luah Lee Kim Hong, 71, pengguna tegar jalan besar Seri Kembangan yang terpaksa ditempuhi puluhan ribu pengguna setiap hari. |
You are subscribed to email updates from 念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan