Support4AzrulAzwar iklan dalam akhbar harian Posted: 13 Feb 2013 11:56 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Gerakan untuk membela Ketua Ekonomis Bank Islam Malaysia Berhad, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, Support4AzrulAzwar, naik satu tangga lagi melalui iklan yang mereka siarkan dalam akhbar hari ini. (Iklan tiga suku muka surat dalam TheSun hari ini) Sekurang-kurang sebuah iklan tiga suku muka telah disiarkan dalam akhbar TheSun hari ini. Iklan bertajuk 'Solidariti bersama Saudara Azrul Azwar Ahmad Tajudin Ketua Ekonomi Bank Islam' itu disiarkan di muka 11 akhbar berkenaan hari ini. Iklan itu memaparkan 59 organisasi yang menyokong penyataan itu di samping 135 individu yang menyokongnya. Di antara organisasi yang menyokong kenyataan iklan ini adalah Aliran, Ikram, Bersih, Mafrel, Gerak, Permas dan sebagainya. Individu yang terlibat menyokong iklan ini adalah 16 orang profesor dan profesor madya, 29 orang doktor, lima datuk dan sebagainya. Azrul Azwar telah digantung tugasnya oleh Bank Islam berikutan laporan berita yang melaporkan beliau menjangkakan Pakatan Rakyat akan menang tipis dalam pilihan raya umum akan datang. Kenyataan itu dibuat Azrul ketika membentangkan satu kertas kerja dalam satu seminar yang diadakan di Singapura. Ekoran kenyataan itu, Azrul sekali lagi menegaskan beliau bertegas dengan kenyataannya itu berdasarkan analisa yang beliau buat. Azrul berkata, beliau membuat tiga andaian iaitu BN menang besar, BN menang tipis dan Pakatan menang tipis. Iklan yang disiarkan TheSun hari ini memaparkan gambar Azrul dengan kata-kata 'Berani kerana benar, Takut kerana salah'. Iklan ini juga turut memaparkan laman Facebook mereka iaitu 'Support4Azrul Azwar'. harakah/- |
Kisah Taubat Artis Dan Penari Terkenal Mesir Posted: 13 Feb 2013 11:26 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Seorang artis terkenal juga penari, Haalah ash-Shaafy menceritakan kisah kenapa ia meninggalkan kerjayanya di dunia seni dan memilih untuk bertaubat dan bagaimana ketenangan jiwa yang ia rasakan. Dengan gaya bahasa yang menyentuh, ia menceritakannya dalam sebuah wawancara di sebuah majalah, "Suatu hari, seperti biasa aku melakukan adegan menari di salah satu hotel terkenal di Cairo, Mesir. Saat menari, aku merasakan diriku seperti mayat dan boneka yang bergerak tanpa makna. Dan untuk pertama kalinya aku merasa malu apabila menyedari dalam pose setengah telanjang, menari di hadapan mata kaum lelaki dan di tengah-tengah gelas-gelas arak yang terhampar.
Lalu aku tinggalkan arena itu dan cepat-cepat pergi sambil menangis menuju bilik tukar pakaian dan lantas memakai pakaianku kembali. Selama hidupku, baru kali ini aku diliputi suatu perasaan yang belum pernah aku rasakan semenjak bermula menari dari usia15 tahun lalu.
Maka, aku pun segera berwuduk dan melakukan solat. Ketika itu, untuk pertama kalinya aku merasakan kebahagiaan dan kedamaian. Dan sejak hari itu, aku memakai hijab sekalipun masih banyak tawaran-tawaran menggiurkan yang dihulurkan kepadaku ataupun pelbagai ejekan dari sebahagian orang. Aku pun melaksanakan haji sambil berdiri dan menangis di hadapan Kaabah memohon kepada Allah kiranya mengampuni dosa-dosa yang telah aku lakukan pada hari-hari hitamku ."
Di akhir ceritanya, Halah berkata, "Haalah ash-Shaafy telah mati dan telah menanam bersama masa lalunya. Adapun saya sekarang adalah bernama Suhair 'Abidin, Ummu Karim, suri rumah, hidup bersama anak dan suami. Titisan air mata penyesalan sentiasa mendampingiku atas hari-hari yang dulu pernah aku lakukan seusiaku, jauh dari Khaliq-ku yang telah memberikan segalanya padaku.
Sesungguhnya, aku kini adalah bayi baru dilahirkan, aku merasakan ketenangan dan kedamaian setelah sebelumnya hanya perasaan cemas dan sedih yang menjadi temanku sekalipun kekayaan berlimpah, selalu terlewat malam dan bersenang-senang …. Aku telah melakukan masa-masa yang lalu sebagai teman syaitan, yang aku kenal hanya bersenang-senang dan menari. Aku telah hidup dalam kehidupan yang amat dibenci dan terhina. Sarafku selalu tegang tetapi sekarang aku merasa baru menjadi bayi semula. Aku merasa berada di tangan yang begitu amanah, yang membelai kasih sayang dan mengucapkan selamat padaku … Yah, Tangan Allah Taala. "
|
Tragedi konvoi ke Pulau Sibu Posted: 13 Feb 2013 11:24 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Batu Pahat: "Saya nekad memandu secara melawan arus untuk ke tempat kemalangan, namun usaha itu masih gagal menyelamatkan nyawa anak dan adik saya."
Demikian kata Sahlul Mahfudz Abdul Sattai, 23, yang kehilangan dua insan tersayang akibat kemalangan di Kilometer 86.2, Lebuhraya Utara-Selatan antara Yong Peng-Ayer Hitam, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, anak Sahlul Mahfudz yang berusia dua tahun, Mohamad Iztiyad Bisyari meninggal dunia di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, manakala adiknya, Salihu Syabab Abdul Sattai, 20, menemui ajal di tempat kejadian.
Sahlul Mahfudz berkata, sejurus tiba di lokasi kemalangan dengan memandu kereta BMW miliknya secara melawan arus kira-kira satu kilometer, dia mendapati anak dan adiknya berada dalam keadaan parah. RAKAN mangsa, Nina Baharun mengambil barangan daripada kereta yang remuk. "Saya segera membawa mereka ke hospital, namun diberitahu adik saya sudah meninggal dunia manakala anak saya menyusulinya sebaik tiba di hospital," katanya.
metro/- |
Pusara dalam lubang Posted: 13 Feb 2013 11:18 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Kuching: Lubang pembetung air sedalam kira-kira 20 meter di Jalan Haji Taha, di sini, menjadi 'pusara' buat seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak, selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam lubang itu, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, mangsa, Paul Primus, 25, memandu Proton Saga dari Kota Samarahan ke jeti APMM di Muara Tebas, di sini, sebelum hilang kawalan lalu terjunam ke dalam lubang pembetung air itu.
Isteri mangsa, Vivian Julai, 25, berkata dia terkejut apabila menerima panggilan kira-kira jam 3.30 pagi memaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa suaminya itu. "Sepatutnya kami meraikan hari lahirnya yang ke-25 Jumaat ini, tetapi kini semuanya berubah kerana dia pergi buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini, semalam.
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mayat mangsa. Menurut Vivian, suaminya keluar dari rumah di Kota Samarahan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin untuk ke jeti APMM di Muara Tebas.
metro/-
|
Bayi 2 bulan maut tercampak Posted: 13 Feb 2013 11:06 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk bersama Toyota yang bertembung dekat simpang jalan masuk ke Kampung Batu Bakar. JEMPOL - Seorang bayi perempuan berusia dua bulan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jempol, setelah kereta yang dipandu bapanya terbabit dalam nahas di Kilometer 1 jalan Bahau–Rompin, lewat petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang itu, kereta Proton Wira dinaiki bayi terbabit sekeluarga dalam perjalanan dari Rompin ke pekan Bahau. Menurutnya, secara tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Toyota dari laluan bertentanganmasuk ke laluan mangsa kerana dipercayai ingin masuk ke simpang menghala ke Kampung Bakar Batu. "Berikutan itu, mangsa tidak dapat mengelak, lalu merempuh bahagian kiri Toyota yang dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun itu. "Akibat rempuhan itu, bayi terbabit terlepas daripada pegangan ibunya dan tercampak ke cermin bahagian depan kereta," katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam. Hamzah berkata, ibu dan bapa bayi terbabit yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan, manakala anak lelakinya berusia setahun selamat. "Bayi terbabit meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital sama. "Bagaimanapun, pemandu Toyota tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia telah datang ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Jempol untuk membuat laporan mengenai kejadian itu. "Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987," katanya. Katanya, mayat bayi itu telah diserahkan kepada keluarganya setelah selesai proses bedah siasat pada sebelah malamnya hari sama.
sinar/- |
Pengalaman sehari beratur di pejabat Imigresen Posted: 13 Feb 2013 11:01 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
(Nasrudin terkejut pejabat Imigresen penuh dengan manusia)
KUANTAN: Jam tepat 10.30 pagi, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan tiba di Pejabat Imigresen Kuantan bersama anak sulongnya yang sedang menunggu keputusan SPM. Sebagai seorang ayah biasa yang ingin memberikan hadiah bermakna untuk anaknya, Nasrudin juga ingin memberikan yang terbaik buat anaknya, justeru datang ke pejabat Imigresen untuk memohon pasport antarabangsa untuk anaknya. Pasport ini adalah sebahagian hadiah berumrah buat anaknya pada bulan Jun akan datang atas kecemerlangan anaknya dalam Sijil Menengah Agama (SMA). Alangkah terkejutnya Nasrudin dan anaknya dengan keadaan di pejabat Imigresen. Terlalu ramai orang yang terpaksa beratur menunggu giliran untuk mengambil prosedur untuk membuat pasport. Maklumlah hari ini ialah hari pertama bekerja setelah cuti panjang Tahun Baru Cina. Berdiri-berdiri, tiba-tiba 2 jam dah berlalu. Perut Nasrudin dan anaknya mula rancak berkeroncong kerana belum sempat bersarapan dan kini masuk waktu makan tengahari. Melihat ada beberapa warga emas di belakang barisan, Nasrudin mengambil keputusan untuk memberikan laluan kepada mereka dan bergegas ke kantin untuk mengalas perut bersama anak kesayangannya. Setelah makan, mereka kembali beratur di belakang warga emas. Jam 1.30 petang, setelah 3 jam beratur, akhirnya tiba giliran Nasrudin bersama anaknya berurusan di kaunter. Alamak. Nasrudin diberitahu bahawa pemohon yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu membawa sijil beranak selain kad pengenalan untuk mendapatkan pasport antarabangsa.
(Nasrudin beratur dari pagi hingga ke petang di pejabat Imigresen...pengalaman yang sangat berguna untuknya)
Air peluh menitis daripada rambut Nasrudin, namun beliau bersenyum dan bersabar. Dua beranak ini bergegas pulang ke rumah yang jauhnya kurang 25 minit untuk mengambil sijil beranak anaknya.
Dalam masa sejam, mereka kembali ke pejabat Imigresen.
Jam 2.30 petang, dengan kelengkapan dokumen, Nasrudin dan anaknya dengan penuh harapan bahawa misi mendapatkan pasport akan selesai kali ini dengan kunjungan kedua.
Setibanya di kaunter, harapan Nasrudin hancur berkecai.
Kaunter permohonan pasport telah ditutup kecuali untuk urusan mengambil passport sahaja masih beroperasi sehingga jam 5.30 pm.
"Tak apalah kak. Abah ambil cuti besok, kita datang awal sikit untuk selesaikan urusan pasport," kata Nasrudin sambil tersenyum.
Perkara itu mesti disegerakan kerana pihak syarikat travel memerlukan passport lebih awal bagi urusan ziarah dan umrah yang menjadi hadiah Nasrudin kepada anak kesayangannya Kak Long.
Begitulah cerita bagaimana sehari suntuk dihabiskan di pejabat imigresen.
Bagi mereka yang melihat, apa yang dilalui Ketua Pemuda PAS Pusat adalah sama seperti yang dirasai rakyat jelata.
"Mereka juga rakyat biasa. Merekalah Pakatan Rakyat."
Pengalaman sehari beratur dan beratur di pejabat Imigresen memberitahu Nasrudin bahawa di sana perlu banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk negara.
harakahdaily/- |
Rakyat Sarawak tekad mahu tukar k’jaan, serik ditipu Umno Posted: 13 Feb 2013 10:58 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 14 FEB: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata, rakyat Sarawak kini yang peka dan memahami keperitan mereka alami sejak lebih 50 tahun lalu tekad lakukan perubahan pada pilihan raya umum nanti. "Banyak kesedaran terutama dari segi ekonomi, termasuk peluang pekerjaan, kos hidup dan gaji minimum begitu jauh beza dengan Semenanjung. Rakyat Sarawak serik ditipu dengan janji manis Umno," katanya ketika dihubungi.
Nazib berkata, harapan rakyat Sarawak itu dapat dilihat pada sambutan penduduk Miri yang disifatkannya luar biasa ketika menyambut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri, Isnin lalu.
Kedatangan Anwar disambut meriah oleh penduduk pekan Beluru, Bakong.
"Sambutan memang luar biasa, tambah pula Miri merupakan Parlimen merangkumi kawasan bandar terdiri dari masyarakat Tionghua, Cina, Melayu dan Iban," kata Nazib.
"Lebih 5,000 hadir dalam ceramah di Waterfront Commercial Centre Miri. Ia perubahan drastik penduduk Miri. Melalui jumlah itu, saya yakin mereka sangat memerlukan perubahan kerajaan," jelasnya.
Anwar terus mencipta kegemilangan di Sarawak apabila kunjungan beliau di sana dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat mendapat sambutan rakyat segenap masyarakat.
Kedatangan beliau di Beluru, Bakong disambut ribuan penyokong dengan pelbagai sepanduk. Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal dalam usahanya menawan hati rakyat Pulau Pinang walaupun membawa masuk penyanyi terkenal Korea, Psy ketika sambutan Tahun Baru Cina, pada hari sama.
Beliau malah dimalukan apabila penonton berkata 'No' bila ditanya Najib 'Are you ready for BN?'.
keadilandaily/- |
“PERSAUDARAAN DALAM ISLAM” Posted: 13 Feb 2013 10:51 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
َلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهِ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِىَ لَهُ. أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dikesempatan yang mulia lagi berkat ini saya ingin memberi ingatan kepada diri saya sendiri dan kepada tuan-tuan sidang Jumaat yang dirahmati sekalian agar terus menerus berada di dalam ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan amal soleh, kerana hanya dengan amalan soleh sahaja akan menjamin kejayaan di dunia dan kebahagian di Akhirat.
Sidang Jumaat yang diberkati,
Di antara peranan yang telah di bawa oleh Islam ialah membentuk manusia, sama ada itu dari segi orang perseorangan atau pun dari segi kemasyarakatan. Dari segi orang perseorangan, Islam telah menanam di dalam jiwa manusia dasar-dasar pengabdian diri kepada Allah s.w.t, iaitu dengan mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya mengikut hukum-hukum halal dan haram, harus, sunat dan makruh yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t dan juga yang telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Oleh kerana itulah manusia mencapai martabat kemuliaan yang tinggi, mempunyai nilai yang berbeza sesuai dengan sifat semula jadinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Manusia menutup aurat kerana mereka mempunyai harga diri. Manusia menjaga maruah diri mereka, dan mereka makan makanan yang di halalkan oleh Allah s.w.t dan mereka mempunyai batas-batas yang tertentu. Di samping itu mereka juga mempunyai akhlak dan perangai yang dapat mengawal jiwa mereka sehingga mereka dapat menjadi anggota masyarakat yang layak mentadbir muka bumi ini dengan sebaik-baiknya. Sifat-sifat seperti ini adalah perlu untuk menjalinkan hubungan dengan Allah s.w.t, dan hubungan sesama manusia dan juga hubungan dengan bahan yang digunakan oleh manusia di atas muka bumi ini.
Saudara-saudara sidang Jumaat sekalian,
Sesungguhnya Islam telah berjaya membentuk masyarakat yang berteraskan keimanan kepada Allah S.W.T yang mana iman dan Islam telah dijadikan asas hubungan di antara satu sama lain sehingga manusia yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa dan puak yang terdiri daripada berbagai-bagai macam kabilah, yang dulunya berperang di antara satu sama lain yang mempunyai sempadan dan batas-batas geografi telah berjaya menjadi umat Islam yang hidup bersaudara di antara satu sama lain berdasarkan kepada asas persaudaraan Islam. Mereka telah menerima kenyataan yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t ; إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ - (ســورة الـحـجــرات: 10) Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
Atas asas persaudaraan Islam umat Islam telah menerima Bilal Al- Habshi, Suhaib Al Rumi dan Salman Al Farisi sebagai saudara mereka yang satu, diterima menjadi anggota masyarakat yang tidak boleh di pisahkan di antara satu sama lain sama sebagaimana bangsa Arab yang ada di Mekah ketika itu. Umat Islam dapat menerima Imam Bukhari sebagai ulama hadis yang muktabar walaupun beliau adalah berasal dari Asia Tengah bukan dari Tanah Arab. Orang-orang Melayu menerima Imam Syafie sebagai pemimpin mazhab, walaupun Imam Syafie adalah berketurunan Arab dan orang-orang Arab pula dapat menerima Imam Abu Hanifah walau pun Imam Abu Hanifah berasal dari negeri bukan Arab.
Itulah hubungan persaudaraan di antara umat Islam yang telah dijalinkan oleh ajaran Islam yang maha mulia. Islam telah mendekatkan hati-hati manusia yang ternyata tidak boleh didekatkan oleh sempadan geografi, dan tidak juga boleh didekatkan oleh harta benda.
لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ (ســورة الأنفـال: 63) Kalau engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada dibumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan hati mereka. Akan tetapi Allah telah menyatu padukan di antara (hati) mereka.
Saudara kaum muslimin sekalian,
Memang tidak dapat dinafikan bahawa semangat kebangsaan telah membantu dalam perjuangan memerdekakan Negara-negara, namun oleh kerana ianya bukan daripada benih Islam dan Islam mengajarkan bahawa unsur akidah yang satu menjadi faktor penyatu umat walaupun datangnya dari berbagai-bagai bangsa. Namun semangat kebangsan ini hanya akan bermakna jika ianya digunakan untuk memimpin umat Islam ke arah melaksanakan Islam yang sebenarnya. Ulama telah memainkan peranan menentang segala pengaruh penjajahan yang datang ke bumi Islam, kerana mereka menganggap bahawa yang datang itu adalah musuh dengan tidak mengira bangsanya. Asalkan sahaja ia memusuhi Islam walaupun dari bangsanya sendiri. Sesungguhnya penjajahan telah berjaya melahirkan ketaksuban kepada bangsa bukan daripada kalangan orang yang melebihkan agama melebihi dari segalanya.
Maka marilah kita menjadi satu umat yang saling sayang menyayangi, bantu-membantu, bela-membela antara satu sama lain bukan atas dasar kita satu bangsa semata-mata tetapi yang lebih utama dan dituntut adalah kerana kita semua satu akidah yang wajib tolong-menolong dan bantu membantu sesama kita. Umat Islam yang bukan berbangsa Melayu juga adalah saudara kita tidak kira sama ada dia orang Cina Muslim atau India Muslim ataupun bangsa-bangsa lain. Janganlah kita meletakkan kepentingan bangsa lebih dari kepentingan agama. Inilah keindahan Islam apabila dilihat dari sudut jalinan persaudaraan. Kita diikat dengan aqidah melepasi ikatan-ikatan bangsa, tempat dan kumpulan serta kelompok.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak
خطبة كدوا اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل : يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (الحجرات : 13) أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Allah tidak menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kita bergaduh dan menunjukkan kehebatan antara sesama manusia. Allah menjadikan kita berbagai bangsa untuk kita saling mengenali sesama kita. Allah juga menjadikan kita berbagai agama agar terbuka peluang dakwah terhadap mereka. Kita wajib melaksanakan tugas dakwah dengan mendekatkan orang bukan Islam kepada agama kita. Janganlah menjauhkan mereka daripada Islam dengan ungkapan perkauman dan rasa kebencian terhadap mereka. Realiti politik Negara pada masa ini seakan-akan membawa gambaran bahawa sokongan orang bukan Islam diperlukan bagi membolehkan umat Islam berkuasa walaupun Umat Islam sebenarnya adalah majoriti. Mana-mana pihakpun memerlukan sokongan mereka bagi membolehkan kita berkuasa. Janganlah sesama kita, ungkapan perkauman dan permusuhan terhadap mereka kita luahkan dan akhirnya pasti akan sampai ke telinga mereka kecuali terang-terangan mereka memusuhi Islam. Namun tatkala memerlukan sokongan mereka kita terpaksa merayu dan melepaskan berbagai hak kita sebagai balasan terhadap mereka. Akhirnya sokongan tersebut hanya membawa rebah dan menjadi musibah bagi kita. Pilihanraya yang bakal berlangsung tidak lama lagi hanya sebagai wasilah untuk kita melaksanakan tugas sebagai Khalifah di muka bumi. Kuasa pemerintahan tidak akan ada maknanya jika hanya menyebabkan kita terpaksa melonggarkan ikatan kita dengan peraturan agama. Marilah kita bersatu walau bukan dalam kumpulan yang satu, untuk memenangkan Islam dalam setiap keadaan yang berlaku. Timbanglah pemilihan kita berdasarkan kepentingan yang menyebelahi nasib Umat Islam dan masa depan Islam di tanah air tercinta ini. Hantarlah suara-suara Islam yang lebih ramai ke dewan-dewan perwakilan untuk menyuarakan kepentingan Islam. Memang dan kalah adalah hak ketentuan Allah namun yang pasti kita wajib memastikan segalanya memihak kepada agama Allah. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. |
PRU 13: AHLI PAS PERAK DIMINTA BERSEDIA Posted: 13 Feb 2013 10:39 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menggesa Ahli PAS seluruh negeri Perak untuk menaikkan bendera PAS di setiap Rumah mereka bagi menunjukkan kesediaan PAS Perak dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 pada bila-bila masa sahaja lagi. Malah PAS Perak juga turut yakin semua Bilik Gerakan di setiap Unit Peti Undi (UPU) telah mula digerakkan untuk dihiasi dengan bendera dan logo Parti diselangi dengan pertemuan kerap antara jentera termasuk dengan Parti Komponen dari PKR dan DAP.
Kehangatan bahang PRU 13 sudah semakin dirasai dengan melihat Barisan Nasional (BN) juga telah menaikkan bendera-bendera mereka termasuk arahan membuka 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN di 222 kawasan parlimen seluruh negara yang telah dimaklumkan oleh Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno Malaysia. Situasi ini jelas menunjukkan betapa hampirnya PRU 13 dengan pelbagai program yang menyalahgunakan jentera kerajaan telah diadakan dengan lebih kerap bagi meraih undi rakyat.
Kami yakin sejarah kejatuhan BN Perak pada PRU 12 tahun 2008 mampu diulangi kembali kerana BN ternyata gagal menggunakan tempoh selama tiga tahun selepas 'rampasan kuasa' bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap akauntibiliti dan ketelusan mereka mentadbir negeri tanpa penyalahgunanaan kuasa dan rasuah. Apa yang berlaku pada Sambutan Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang yang lalu adalah antara contoh nyata penolakkan rakyat terhadap pemerintahan BN. Malah insiden yang sama pernah berlaku di Perak selepas 'rampasan kuasa' dalam sambutan yang dihadiri oleh Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir apabila beliau 'diboo' oleh hadirin.
Marilah kita tunggu kemuncak tarikh PRU 13 yang akan diumumkan dengan menyemarakkan bendera dan logo Parti bagi membuktikan bahawa kita dari Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia bagi berdepan dengan BN pada PRU 13 ini nanti. Malah kita di Perak sudah lama menantikan PRU 13 ini bagi mengembalikan kuasa rakyat yang telah dirampas selain menunjukkan kita tidak bertindak di luar lunas undang-undang demi mementingkan kuasa seperti dimomok-momokkan oleh BN bahawa PR akan melakukan huru-hara jika kalah di dalam PRU 13. Apa yang jelas sikap BN yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka haruslah dihentikan pada PRU 13 kali ini.
DR AHMAD NURI AL-AMIN Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Perak. |
Budak 13 tahun ditangkap khalwat Posted: 13 Feb 2013 08:04 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: "Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.
Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.
Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.
Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan. Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.
metro/- |
Borong akhbar Harakah bimbang pekung terdedah? Posted: 13 Feb 2013 07:56 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Insiden memborong akhbar Harakah oleh pihak tertentu dikesan di sekitar Pekan Parit Betak, Benut dekat Pontian, menjadi tanda tanya penduduk, lapor blog ibn_bacoks. Menurut sumber, akhbar edisi Isnin didapati laris sekelip mata dipercayai telah dibeli pihak tertentu akibat bimbang kepada satu pendedahan yang berkait rapat dengan ahli parlimen kawasan itu, Datuk Ahmad Maslan. Difahamkan, ada satu isu besar melibatkan Felda dibongkar termasuklah pendedahan berhubung janji yang ditabur di kawasannya. Laporan itu menyebut, majlis pecah tanah sudah pun dilakukan tahun lepas dan peruntukan khabarnya sudah ada, persoalannya kenapa sampai sekarang surau yang dijanjikan masih belum dibina lagi. Persoalannya, apakah majlis pecah tanah yang disempurnakan Ahmad di Taman Seri Api-Api, Pontian pada Ogos tahun lepas, hanya gimik politik semata-mata memandangkan ketika itu bahang Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 sedang begitu hangat diperkatakan seolah-olah akan diadakan pada tahun tersebut. Justeru beliau dikatakan mengambil kesempatan untuk mengambil hati penduduk dengan menjanjikan pembinaan surau baru bagi kegunaan mereka. Bagaimanapun, apabila jangkaan PRU itu meleset, maka projek tersebut tidak diteruskan sehingga hari ini, dakwa Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood. Sehubungan itu, Dr Ungku turut dilaporkan berkata, pihaknya mengingatkan penduduk taman tersebut supaya tidak termakan dengan janji manis pemimpin Umno yang berkemungkinan akan ditabur menjelang PRU13 nanti. harakah/-
|
Bukan Umno Melaka sahaja, PR juga mahu guna masjid Posted: 13 Feb 2013 07:55 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
MELAKA: Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Shaikh Abdul Aziz kesal dengan tindakan Umno negeri yang menggunakan auditorium Masjid Al A'zim untuk program Pelancaran Jentera Kempen dan Ceramah Penerangan baru-baru ini.
"Umno Melaka memang terdesak, buat program di Masjid, mereka kata kita mempolitikkan masjid tetapi dari dahulu Umno lah yang mengotorkan masjid dengan program politik sempit mereka.
"Masjid pun mereka cemarkan dengan program politik, apakah mereka sudah tidak ada tempat lain untuk mengadakan program Umno atau adakah mereka sengaja menggunakan masjid untuk mendapat kemudahan percuma," kata Asri yang juga Penyelia Dun Lendu.
Program tersebut ialah Majlis Pelancaran Jentera Kempen dan Ceramah Umno Peringkat Negeri Melaka menjelang PRU13 anjuran Biro Penerangan Umno Melaka pada 7 Februari lalu, jam 9.00 malam.
Sehubungan itu, Asri menggesa Ketua Penerangan Umno Melaka, Datuk Idris Harun dan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menjawab isu mempolitikkan masjid dengan program Umno tersebut.
"Rakyat mahu tahu apa sebab dan alasan Umno boleh guna kemudahan masjid untuk program mereka. Kalau benar program politik dibenarkan di masjid atau di dewan masjid sila buka kepada semua parti politik supaya adil.
"Parti-parti dalam PR juga ingin menggunakan kemudahan auditorium ini, jika Umno boleh takkan kita tidak boleh," tegas Asri. Beliau berkata, Umno Melaka memang terkenal dengan sikap mereka menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan politik Umno.
Menurutnya, mereka bukan sahaja memastikan semua ahli jawatankuasa masjid dan surau mesti orang Umno malah program-program agama juga banyak diberhentikan atas alasan yang tidak munasabah.
"Ada ustaz-ustaz yang mengajar di surau dan masjid dihalang kerana kononnya mereka tiada tauliah dan mengajar tanpa kebenaran sedangkan ada antara mereka lulusan Al-Azhar dan lulusan agama IPTA tempatan.
"Sepatutnya ustaz-ustaz ini diberi tauliah bukannya dihalang dari menyampaikan ilmu agama kepada anak kariah," ujar Asri.
harakah/- |
Rumah ditanda ‘X’ Posted: 13 Feb 2013 07:05 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Adik Mohd Radzi, Sarinah Abd Wahab (dua, kiri) menunjukkan keadaan rumah abangnya yang musnah dalam kebakaran pada 2010, seminggu selepas kediaman itu ditanda 'X'.
Sabberi (tiga, kanan) dan Halijah (dua, kanan) menunjukkan empat laporan polis yang dibuat melibatkan ketiga-tiga rumah yang ditanda 'X'.
Kesan pangkah di bahagian hadapan rumah Sabberi membimbangkan dia sekeluarga.
Seorang ahli keluarga Sabberi menunjukkan tanda 'X' di dinding rumahnya yang dipercayai bermotifkan khianat. TANJUNG PIANDANG - Ibarat filem 'Ali Baba dan 40 penyamun' begitu gambaran kejadian berlaku di rumah seorang petani yang ditanda 'X' oleh pihak tidak bertanggungjawab di Kampung Sungai Labu Bawah, Mukim Bagan Tiang, pada 1 Januari lalu.
Lebih membimbangkan, senario yang sama juga berlaku terhadap dua rumah jirannya sebelum ini yang berakhir dengan kebakaran, seminggu selepas tanda berkenaan dibuat di rumah masing-masing.
Mangsa kejadian, Sabberi Massari, 58, berkata, ditanda 'X' di bahagian dinding rumahnya itu disedari anaknya yang hendak pergi bekerja lebih kurang jam 6 pagi pada 1 Januari lalu.
Berikutan itu, dia sekeluarga membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Piandang sebagai tindakan berjaga-jaga.
"Sejak tanda 'X' itu muncul, kami hidup dalam kebimbangan memandangkan senario yang serupa berlaku pada dua rumah jiran saya.
"Sejak itu, saya dan anak bergilir-gilir mengawal kawasan rumah setiap malam bagi mengelakkan berlakunya perbuatan khianat," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.
Lapor polis kali kedua
Bimbang diapa-apakan pihak tak bertanggungjawab, Sabberi sekali lagi membuat laporan polis berkenaan kejadian itu pada pada 7 Februari lalu setelah menyedari terdapat kenderaan mencurigakan sering melalui kawasan kediamannya sejak dua minggu lalu.
Kata Sabberi, dia bersama enam ahli keluarga lain terpaksa menyewa rumah di Bandar Baharu, Kedah susulan bimbang berlakunya perbuatan khianat yang mengancam nyawa mereka.
"Kami memutuskan berpindah segera ke rumah sewa disebabkan enggan menanggung risiko lebih besar jika terus tinggal di situ.
"Dalam perkara ini, saya enggan menuding jari terhadap sesiapa, namun saya menggesa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati supaya bersemuka dengan kami bagi menyelesaikan sebarang masalah secara baik," katanya.
Kebimbangan sama turut disokong bekas jiran mangsa, Halijah Awang, 71, yang menyifatkan perkara berkenaan serupa dengan kejadian dialaminya pada 2009.
Lebih menyedihkan, selain tanda 'X', rumahnya turut ditulis dengan kata-kata kesat oleh pihak tidak bertanggungjawab, sebelum kediaman tersebut terbakar seminggu selepas itu. "Kebakaran itu berlaku secara tiba-tiba lebih kurang jam 6 pagi pada 28 Disember 2009 dan memusnahkan keseluruhan rumah saya. "Mujur saya tiada dalam kediaman ketika itu kerana bermalam di rumah anak namun, sehingga kini kami masih tidak mengetahui punca sebenar kejadian kebakaran berkenaan," katanya.
Halijah menegaskan kejadian sama turut berlaku ke atas rumah anak lelakinya, Mohd Radzi Abdul Wahab, 49, setahun selepas itu di mana kejadian kebakaran tersebut hampir meragut tujuh nyawa dan melibatkan kerugian hampir RM60,000.
Mohd Radzi berkata, pihaknya mula menyedari kewujudan tanda 'X' seminggu sebelum kejadian kebakaran, namun menyangka dilakukan oleh kanak-kanak nakal di kampung itu.
"Namun, saya terkejut apabila rumah saya terbakar lebih kurang jam 1.30 pagi pada 24 Ogos 2010 menyebabkan keseluruhan rumah, sebuah kereta dan dua motorikal musnah," katanya.
Mohd Radzi berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai kes itu dan mengesyaki ia adalah perbuatan khianat berdasarkan bau minyak petrol sewaktu api mula marak.
"Namun, tiada jawapan konkrit terhadap punca sebenar kebakaran tersebut dan saya minta pihak berkuasa menjalankan siasatan lebih terperinci terhadap tanda X di rumah Sabberi malah yakin ia bermotif jenayah," katanya.
Mohd Radzi berkata, ketiga-tiga rumah ditanda 'X' terletak di atas tanah yang ditumpang, namun kawasan itu sudah diduduki lebih 50 tahun dahulu.
"Tidak dinafikan kami pernah diarahkan tuan tanah untuk mengosongkan kawasan itu dengan alasan wasiat pemilik asal tanah berkenaan.
"Kami sentiasa bersedia untuk berbincang dengan tuan tanah bagi mendapatkan penyelesaian berhemah sama ada dia hendak menjual atau menyewa tanah itu kepada kami.
"Tiada penyelesaian dicapai sehingga kini dan kami enggan mengesyaki sesiapa, tetapi saya berharap pihak berkuasa memberi perhatian serius terhadap kes berkenaan," katanya.
Tiada unsur jenayah
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan laporan tersebut dan menegaskan siasatan kes sudah selesai.
Menurutnya, polis mengarahkan tuan tanah dan pengadu mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan melantik Penghulu Mukim Bagan Tiang sebagai orang tengah bagi mencapai penyelesaian terbaik.
"Setakat ini, pihak polis mendapati kes yang dilaporkan tidak mempunyai unsur jenayah dan kami tidak menolak kemungkinan kejadian tanda 'X' itu disebabkan perbuatan vandalisme.
"Bagaimanapun, polis akan meningkatkan pengawasan di kawasan pengadu demi keselamatan mereka dan meminta penduduk bertenang bagi mengelakkan kes ini diambil kesempatan oleh pihak lain," katanya.
Ditanya sama ada terdapat kaitan di antara kes rumah Sabberi dengan kes dua rumah jirannya sebelum ini, Mat Fauzi menegaskan polis mengenal pasti kedua-duanya saling tidak berkaitan.
"Namun, saya meminta pengadu segera berhubung dengan polis jika menyedari terdapat aktiviti mencurigakan berlaku di kawasan rumahnya," katanya. sinar/-
|
Tiada huru-hara BN kalah, pegang janji Zahid Hamidi Posted: 13 Feb 2013 06:49 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu dipegang sebagai suatu jaminan atau janji dari Umno bahawa mereka akan menerima keputusan rakyat dalam PRU13 dan tidak membuat huru-hara jika PR menang kelak.
"Seharusnya kenyataan beliau perlu diasaskan kepada jaminan yang kukuh bahawa BN benar-benar akan menghormati keputusan rakyat," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Ini, katanya kerana sejarah telah menunjukkan bagaimana kerajaan negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat atau pembangkang telah disabotaj, diskriminasi serta provokasi bagi memastikan kerajaan tersebut jatuh.
Beliau berkata, rakyat tidak melupakan bagaimana kerajaan Terengganu telah dikhianati apabila royalti minyak ditarik balik serta tumbang melalui projek 'pengundi luar', kerajaan Kelantan yang disekat dari menerima royalti serta kerajaan Selangor yang disabotaj dengan bekalan air yang disekat juga manipulasi media yang melampau terhadap kepemimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tambahnya, yang paling tidak dilupakan adalah bagaimana kerajaan Perak ditumbangkan melalui projek 'membeli wakil rakyat' serta menghianati kuasa Speaker Perak sehingga beliau dimalukan sedemikian rupa apabila ditarik keluar dari kerusinya dan dikurung dalam bilik.
"Selepas meneliti kesemua kisah negeri-negeri di atas, siapakah yang tidak menghormati keputusan rakyat serta pencetus huru-hara di negara ini?" tanya beliau.
Tegasnya, pemimpin PR tidak pernah bercadang mencetuskan suasana huru hara sekiranya kalah PRU13 kerana sudah 12 kali PAS bersama parti komponen lainnya mengharungi pilihanraya umum.
Namun, ujarnya pemimpin PR tidak bersedia menerima jika berlakunya penipuan dalam sistem pilihanraya.
Katanya lagi, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai pengurus sistem ini perlu memastikan perjalanan sistem pilihanraya berlangsung dengan adil dan bersih.
Beliau menegaskan, negara akan aman sekiranya sistem pilihanraya berlangsung dengan adil dan telus sebaliknya penipuan dan penyelewengan yang akan mencetus suasana huru-hara kerana rakyat bangkit dengan kemarahan menentang kebejatan.
Tambah beliau, tidak ada manusia yang waras akalnya boleh menerima hakikat mereka tertipu melalui sistem pilihanraya di negara ini.
Justeru, beliau merasa yakin, bukan sekadar PR, BN juga pasti akan merasai kemarahan yang sama jika mereka juga ditipu oleh suatu sistem yang menjerat.
"Saya juga tidak boleh membayangkan bagaimana BN berada di suatu pihak yang mengharungi pilihanraya dengan sabar, jika sistem undi pos di mana-mana kawasan tidak memihak kepada mereka kerana terdapat banyak kecurigaan dalam sistem tersebut, warga asing yang diberikan hak kerakyatan dan dibenarkan mengundi serta diarahkan mengundi parti lain, daftar pemilih yang amat meragukan ditemukan di banyak tempat, rasuah pilihanraya melalui projek segera, kekangan terhadap media, serta kerahan terhadap institusi kerajaan untuk memenangkan suatu pihak," katanya.
harakah/- |
Kampung diwakili exco negeri PM terpinggir Posted: 13 Feb 2013 06:44 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Tanaman sayur yang diusahakan penduduk. Sawit di sebelahnya merupakan milik LKPP.
KUANTAN: Siapa sangka kampung yang hanya terletak 15 kilometer atau kurang 20 minit perjalanan berkereta dari pusat bandar ibu negeri Pahang ini, berada dalam keadaan daif dan terpinggir daripada kemajuan.
Tetapi inilah hakikatnya yang dideritai kira-kira 1,000 keluarga dengan pelbagai masalah di Kampung Pahang dan Kampung Soi dekat sini.
Antara lain, kampung tersebut kerap dilanda banjir sehingga beberapa kali setahun, juga ada penduduk yang tidak menikmati kemudahan bekalan air paip dan elektrik.
Dalam tinjauan baru-baru ini, wakil penduduk yang ditemui, Mohamad Yasin, 51, berkata masalah banjir memangnya menjadi fobia kepada penduduk terutama menjelang musim tengkujuh.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuantan berkata, masalah tersebut berpunca daripada sungai dan saliran yang tersumbat menyebabkan air lambat turun kerana tiada penyelenggaraan sejak berpuluh tahun.
"Masalahnya bukanlah susah sangat, gali balik dalamkan sungai dalam satu kilometer panjang dan bersihkan sungai sudah boleh selesaikan masalah puluhan tahun.
"Tapi apa yang kami kesalkan kemudahan asas bagi mengurangkan risiko banjir tak pernah diselesaikan, sepatutnya JKKK kena mainkan peranan untuk selesai," tegasnya.
Kedua-dua kampung tradisi ini berada dalam dua Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Dun Inderapura dan Dun Tanjung Lumpur, dipisahkan hanya oleh jalan raya utama menuju ke Pekan Bandar Diraja.
Kedua-dua Adun merupakan Exco kerajaan negeri. Datuk Shafik Fauzan Sharif (Inderapura) ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan manakala Datuk Wan Adnan Wan Mamat (Tanjung Lumpur) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri.
Kira-kira 80 peratus penduduk di sini mengusahakan tanaman sayur-sayuran di atas tanah seluas 120 ekar. Hasilnya dipunggah dengan lori setiap hari dijual ke pasar borong Selayang.
Menurut penduduk, kampung ini bersejarah tempat kerana menjadi tempat perpindahan penduduk ketika banjir besar yang dipanggil bah merah tahun 1926.
Bekas ketua belia kampung berkenaan Azmi Ali, 38, mengeluh kerana tanah diusahakan dengan aktiviti pertanian oleh generasi muda kampung berkenaan tidak berbaloi dan sia-sia.
"Ada tanah di situ sudah diteroka dan diusahakan sejak tahun 1980-an oleh 50 orang belia kampung dan diberi lesen Tol, tapi akhirnya diluluskan kepada orang luar.
"Pada saya kesan akan datang ialah generasi muda tidak ada tanah, apa lagi jika Kuantan dinaik taraf bandaraya, ke mana orang muda nak pergi?," soalnya.
Tambahnya, beliau sendiri bersama beberapa orang pemuda hampung pernah mengusahakan tanah kerajaan seluas empat ekar yang diusahakan, tetapi akhirnya diambil oleh sebuah agensi kerajaan negeri ditanam dengan sawit.
"Jadi masa janji rakyat didahulukan? Takkan agensi kerajaan berebut tanah dengan rakyat," keluhnya kesal.
Di sebalik kemudahan yang diabaikan, masalah yang turut membelenggu penduduk ialah kerosakan akhlak di kalangan generasi muda kampung berkenaan.
Seorang penduduk Khaidir Jaluddin, 46, mengatakan gejala sosial teruk di kampung berkenaan iaitu penagihan dadah, arak, menghidu gam dan judi terutamanya melibatkan kalangan remaja.
"Akibatnya kecurian kerap berlaku di sini, sehingga barang-barang berharga milik penduduk di sini pantang alpa sikit, akan dikebas pemuda-pemuda tempatan.
"Kuliah-kuliah agama di masjid dan surau pula tak berapa nak hidup, itu menyebabkan budak-budak muda terkena kejutan budaya kemajuan bandar," katanya.
Sementara itu, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Syed Anis Syed Husin yang turut mengiringi berkata puncanya ialah kerana kurangnya perhatian dan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat, sebab itulah berlaku kepincangan.
Tambahnya, masalah yang diutarakan penduduk merupakan kemudahan asas dan tidak sepatutnya berlaku kerana berada di pinggir bandar terbesar di Pahang.
"Kemudahan asas seperti itu sepatutnya sudah boleh dinikmati oleh seluruh rakyat memandangkan telah lebih 55 tahun merdeka.
"Apakah kerana peruntukan terlalu kurang sedangkan kemudahan asas sepatutnya menjadi keutamaan kepada nasib orang kampung apa lagi kampung ini, di sinilah pengundi tegar mereka.
"Begitu juga tanah, merupakan umpama nyawa kepada orang kampung yang mencari rezeki melalui pertanian. Tetapi apabila tidak diberi hak, kehidupan mereka tak terjamin. Tanah sepatutnya menjadi milik rakyat, mereka cuma perlukan seekar ke dua ekar untuk meneruskan kehidupan mereka.
Syed Anis berkata, biasanya pemerintah lebih gemar menyediakan hiburan percuma di kampung supaya rakyat lupakan masalah mereka.
Katanya, PAS berharap kerajaan memberi perhatian kepada nasib rakyat dan masalah mereka sepatutnya diutamakan. Kerana tanpa mereka kerajaan yang ada ini tidak naik dan mereka memilih kerajaan untuk dipikul amanah menyelesaikan masalah mereka.
harakah/- |
Hari Kekasih: Umat Islam dinasihat kenal diri Posted: 13 Feb 2013 06:00 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad KOTA BHARU - Saban tahun berlaku pelbagai insiden setiap kali tibanya Hari Kekasih, walaupun pelbagai kempen dilakukan agar umat Islam tidak terlalu ghairah meraikannya sehingga mengabaikan hukum agama.
Lebih menyedihkan ramai dalam kalangan umat Islam bagaikan mengagungkan budaya barat itu kononnya takut dilabel ketinggalan zaman dan tidak mengikut perkembangan semasa.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Valentine Day atau hari memperingati kekasih yang disambut 14 Februari setiap tahun bukan budaya Islam, dan bercanggah dengan ajaran Islam.
Sambil mengingatkan umat Islam lebih mengenal diri dan tidak berselindung di bawah bayangan orang lain, Mohamad Shukri berkata, kita tidak seharusnya terjerat dengan sambutan hari memperingati kekasih yang jelas bertentangan dengan syariat.
"Umat Islam dinasihat mengenal diri dan jangan mengagungkan budaya orang lain, sebaliknya hiduplah dengan budaya kita, serta berkembang maju dengan ajaran Islam," katanya, semalam.
Menurutnya, umat Islam sepatutnya kagum dengan Islam dan tidak merasa rendah diri sehingga sanggup mengetepikan ajaran agama.
Beliau turut mengingatkan agar umat Islam tidak terlalu ghairah dengan budaya barat sehingga lupa kemuliaan dan kesempurnaan ajaran Islam.
"Jangan sesekali bersandar pada budaya barat kerana ia bagaikan berpaut pada tiang rapuh, yang boleh menyebabkan kita tersungkur. Bersandar dan berpeganglah pada agama ALLAH, ia tidak akan runtuh kerana mempunyai kekuatan sendiri," katanya. sinar/-
|
Lagi rakyat Tibet bakar diri Posted: 13 Feb 2013 05:30 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Lelaki warga Tibet itu membakar dirinya sejurus keluar dari kafe dan mengejutkan orang awam. KATHMANDU - Seorang penunjuk perasaan Tibet lengkap berpakaian sami, parah selepas membakar dirinya di daerah Boudhanath, Nepal, semalam.
Pegawai polis, Keshav Adhikari berkata, lelaki berumur 21 tahun itu dilihat memasuki sebuah kafe sebelum membakar diri di tengah-tengah jalan raya sambil melaungkan slogan protes terhadap kerajaan China.
"Polis dan orang awam bagaimanapun berjaya memadamkan api dan mangsa dikejarkan ke hospital terdekat," kata Keshav.
Setakat ini, hampir 100 kes melibatkan membakar diri oleh sami Tibet dan penduduk awam dilaporkan berlaku dalam beberapa negeri di China sejak 2009.
Majoriti penunjuk perasaan adalah di kalangan etnik Tibet yang tidak berpuas hati dengan perlaksanaan dasar kebebasan beragama Beijing termasuk tindakan membuang negeri pemimpin agama mereka, Dalai Lama. - AP |
Mohd Ali dicabar pertahan kerusi Dun Bukit Baru Posted: 13 Feb 2013 05:00 PM PST 3 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
BUKIT KATIL: Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab (gambar) mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya mempertahankan kerusi Dun Bukit Baru yang disandangnya sekarang.
"Ketua Menteri jangan cuba lari dari bertanding di Dun Bukit Baru kalau beliau benar-benar anak jantan. PAS dan rakyat Dun Bukit Baru menunggu beliau di Dun ini.
"Dun Bukit Baru sangat sinonim dengan beliau kerana di dalamnya terletak kampung beliau, di sini ramai sanak saudara dan penyokong beliau jadi buat apa beliau hendak bertanding di kawasan lain," ujar Yusof yang juga Penyelia Dun Bukit Baru.
Yusof berkata sebagai seorang Ketua Menteri, Mohd Ali sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di dalam Dun Bukit Baru di mana masih ramai rakyat yang susah dan miskin yang memerlukan bantuan.
"Bila kita turun padang bertemu rakyat, kita jumpa macam-macam kategori orang susah, ada yang miskin, tiada bantuan, cacat anggota akibat kemalangan dan sebagainya.
"Ramai di kalangan mereka tidak dapat bantuan, ada yang dapat bantuan tetapi tidak cukup.Mana perginya wang zakat yang ada lebihan, mereka yang seperti inilah yang sepatutnya dapat bantuan tersebut. Sebagai Adun Bukit Baru, Mohd Ali mesti bertanggungjawab," tambahnya.
Beliau berkata Mohd Ali juga mesti bertanggungjawab terhadap hutang kerajaan negeri yang sudah mencecah lebih RM850 juta seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.
"Beliau jangan cuba lari ke bertanding di kerusi Parlimen, siapa hendak jawab tentang duit rezab kerajaan negeri yang tinggal RM8 juta sahaja sekarang," ujarnya.
Baru-baru ini Mohd Ali dalam kenyataan di media arus perdana menyatakan berminat untuk bertanding di kerusi parlimen.
"Saya nasihatkan beliau supaya tidak bertanding di Parlimen sebab tiada jawatan yang sesuai dengan beliau di dalam kabinet, itupun kalau BN menang," kata Yusof.
harakahdaily/- |