Khamis, 14 Februari 2013

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Himpunan Barisan 1 Malaysia Peringkat Negeri Terengganu

Posted: 14 Feb 2013 05:46 AM PST










Hari ini 14 Februari 2013 telah berlangsungnya satu program Himpunan Barisan 1 Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2013 bertempat Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man. Program ,ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. 

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh saya selaku, Pengerusi Secretariat Himpunan Barisan 1 Malaysia Peringkat Negeri Terengganu dan seterusnya slot diisi dengan ceramah dari penceramah jemputan. Ceramah pertama bertajuk "1 Malaysia Mendepani Cabaran Isu-Isu Semasa Negara" yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Haji Zubir bin Embong, Pengerusi Masjid Kristal.

Ceramah kedua yang disampaikan oleh YB. Datuk Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertajuk "Gagasan 1 Malaysia dan Bajet 2013. Selepas ketibaan YAB Menteri Besar Terengganu, satu tayangan video Ancaman Kuasa Asing: "Tangan-Tangan Ghaib" telah dipasang.

Selepas berakhirnya tayangan video, tiba masanya ke kemuncak program iaitu ucaptama dan perasmian penutup oleh YAB Dato' Seri Ahmad bin Said, seterusnya makan tengahari dan bersurai.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini samaada secara langsung atau tidak langsung. Jasa kalian amatlah dihargai. Jutaan terima kasih juga kepada hadirin yang hadir bagi memeriahkan lagi Himpunan Barisan 1 Malaysia Peringkat Negeri Terengganu.

Taklimat PDM Bukit Tok Beng

Posted: 14 Feb 2013 05:19 AM PST



Pada 13 Februari 2013 telah menghadiri sesi taklimat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Tok Beng bertempat di markas Bukit Tok Beng.


Tiada ulasan:

Nuffnang