Hujan lebat akibatkan banjir kilat di ibu negara Posted: 10 Apr 2013 07:33 AM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Kelihatan kenderaan yang melalui terowong Jalan Tun Razak terpaksa melalui lorong sebelah kiri ekoran banjir kilat yang melanda ibu kota petang tadi. - Foto Bernama KUALA LUMPUR - Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat. Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut. Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama. "Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan. Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat. Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. - Bernama |
SPRM tiada komen tentang kenyataan Taib Posted: 10 Apr 2013 05:19 AM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus membisu terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya oleh seorang ketua menteri bahawa SPRM "nakal dan tidak jujur" dalam siasatan mereka terhadap ahli politik kanan BN itu berhubung dakwaan rasuah. "Saya tidak mahu mengulas tentang itu," kata Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali (kanan) ketika ditemui Malaysiakini di luar Simposium Utus Tadbir Korporat 2013 di Kuala Lumpur hari ini.Percubaan sebelum ini untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu dari para pegawai kanan SPRM juga tidak berhasil kecuali "tiada komen".Minggu lalu, ketika ditemui selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membidas panel anti-rasuah itu, dengan menuduh mereka "menjadikannya mangsa" dan bersikap "nakal dan tidak jujur" apabila diminta mengulas penyiasatan SPRM berhubung dakwaan rasuah terhadapnya. Malaysiakini/- |
Kereta mewah hadiah utama ABPBH hilang ditemui Posted: 10 Apr 2013 02:57 AM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR — Hadiah utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 iaitu kereta mewah jenis Nissan Fairlady yang dicuri di pusat servis kereta di Segambut pada Sabtu lepas ditemui semula awal pagi ini di Taman Skudai, Johor. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kereta mewah yang bernilai kira-kira RM400,000 itu dipercayai dilarikan suspek (lelaki) yang sama dengan tiga kes curi kereta mewah di Jalan Chan Sow Lin dan Bukit Bintang sebelum ini. "Pada hari kejadian kira-kira 10.25 pagi, suspek memasuki perkarangan pusat servis sambil membawa fail dan berlakon seolah-olah ingin melihat kereta berkenaan. Suspek kemudiannya melarikan kereta tersebut dengan mudah kerana kunci kereta telah berada di dalam kereta itu. "Kita percaya kejadian ini dilakukan suspek sama berdasarkan petunjuk dari rakaman kamera litar tertutup dan modus operandi yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya lelaki itu sebelum ini pernah ditahan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan sama bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 namun gagal hadir di mahkamah selepas itu. "Meskipun suspek dibebaskan dengan ikat jamin, dia dikenal pasti masih giat menjalankan kegiatannya, ketika ini kita sedang giat menjejaki suspek," katanya. Mohmad berkata kereta mewah berwarna coklat gelap yang belum didaftarkan dan menggunakan nombor pendaftaran palsu itu dipercayai telah dijual semula dengan harga RM30,000 kepada orang tengah dan dibawa ke Johor sebelum dijual sekali lagi. Difahamkan, kereta mewah itu merupakan hadiah utama bagi ABPBH 2012 bagi kategori Bintang Paling Popular yang dimenangi oleh pelakon Shaheizy Sam. Suspek utama kes curi kereta itu dipercayai pernah melarikan sebuah kereta Porsche Panamera 4 dari bilik pameran kereta jenama itu di Jalan Bukit Bintang pada Oktober tahun lepas sebelum melarikan dua lagi kereta mewah jenis Audi TT dan Volkswagen Golf GTI dari dua pusat pameran kereta di Jalan Chan Sow Lin, Cheras Januari lepas. Sehubungan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 32, bagi membantu siasatan kes itu. - Bernama |
PRU13 pilihan raya umum terbaik, azam SPR Posted: 10 Apr 2013 02:21 AM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Abdul Aziz Mohd Yusof PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan yang terbaik untuk memastikan pengendalian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah yang terbaik.
Sambil menolak tanggapan kononnya PRU13 bakal menjadi pilihan raya paling kotor, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini berkata, SPR telah membuat perancangan teliti di samping memperkenalkan banyak pembaharuan ke arah menjadikannya yang terbaik.
Antara pembaharuan yang diperkenalkan ialah pengundian awal untuk anggota polis, tentera, pengamal media dan rakyat Malaysia di luar negara serta penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pemilih berdaftar mengundi lebih daripada sekali.
"Jika berlaku sedikit 'kotor' di sana, sini, ia bukan disebabkan oleh SPR, parti-parti politik, para penyokong mesti menghormati undang-undang, mesti mematuhi garis panduan, mesti mematuhi tata etika (pilihan raya).
"Saya harap semua parti politik, pemimpin parti politik menasihatkan anggota dan penyokong anda supaya bersikap rasional dan tidak terlalu emosional. Patuhi undang-undang, patuhi peraturan dan patuhi nasihat polis dan SPR," katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPR di sini yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, SPR telah memperkenalkan sekurang-kurangnya 19 perubahan untuk penambahbaikan proses pilihan raya kali ini.
Katanya, terdapat banyak undang-undang, panduan dan kod etika yang jika dipatuhi akan menghasilkan pilihan raya yang aman.
Mengulas mengenai peruntukan RM400 juta untuk mengendalikan pilihan raya umum kali ini, Abdul Aziz berkata, antara lain, ia disebabkan oleh peningkatan jumlah pengundi.
Beliau juga berkata, keadaan cuaca dan tiada sebarang acara penting membabitkan semua komuniti merupakan antara faktor utama diambil kira SPR dalam menetapkan 5 Mei dan 20 April, masing-masing, sebagai Hari Pengundian dan Penamaan Calon.
"Melihat kepada tarikh itu, dapat dilihat yang ia bebas daripada sebarang acara penting. Contohnya pada 20 April, tiada acara penting membabitkan mana-mana kaum di Malaysia pada tarikh berkenaan.
"Tarikh-tarikh berkenaan mempunyai ramalan cuaca yang positif. Kita berdoa sama-sama supaya menjadi realiti," katanya.
Berdasarkan pengalaman SPR, beliau menjangkakan keputusan pertama PRU13 boleh diketahui seawal-awalnya 7.30 malam pada 5 Mei nanti. - Bernama |
Dinosaur dan PRU Ke-13 Posted: 10 Apr 2013 01:32 AM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Pada pertengahan tahun 90-an dulu saya menonton filem Jurassic Park, cerita berbentuk sains fiksyen Amerika. Filem ini diarahkan oleh Steven Spielberg, berdasarkan sebuah novel tahun 1990 oleh Michael Crichton.
Ceritanya memang menggerunkan, kisah sekumpulan haiwan purba dari jenis Dinosaur yang kononnya hidup 230 juta tahun lalu, menguasai sebahagian dari daratan dan digeruni oleh semua makhluk lain pada waktu itu, demikian menurut ceritanya.
Kini tulang-tulang spesies itu, khabarnya, boleh dilihat di beberapa muzium di dunia, di mana kebenarannya tidak pasti walaupun memang ada manusia percaya bahawa Dinosaur yang amat menggerunkan itu pernah hidup di dunia ini. Namun kini hanya menjadi sejarah.
Dinosaur memang tidak akan muncul kembali, tetapi ia adalah imej dan symbol kepada suatu kuasa yang pernah menggerunkan di masa lalu, bukan masa kini. Demikianlah kuasa, di mana-manapun ia akan berakhir dan tetap berakhir.
Saya mengingat semuanya ini ketika suasana negara ini berdepan dengan pilihan raya umum tidak lama lagi, sebuah pilihan raya yang luarbiasa dan sebenarnya pilihan raya adalah mengenai kuasa. Jadi pertarungan untuk mendapat kuasa.
Selama 56 tahun Barisan Nasional - dulu Perikatan – memerintah negara ini dan ia menjadi parti paling lama memerintah negara berasaskan nasionalisme atau kelompok kaum menurut parti dalam komponan BN itu sendiri. Dengan lamanya ia berkuasa, tentulah ia merasakan paling kuat, gagah dan tidak mungkin ada parti lain, atau komponan parti lain, yang boleh mengalahkannya.
Namun zaman telah jauh berubah dan keadaan juga jauh ikut berubah dengan pantas. Di sinilah pemimpin dan pendokong Barisan Nasional kelihatan gagal memahami perubahan ini, jauh sekali aan keupayaannya menahan kelajuan perubahan ini.
Kini dalam PRU Ke-13 ini mereka dilihat sangat terkejut menyaksikan kemaraan pembangkang – Pakatan Rakyat - lawan politiknya yang mara dengan laju dan tangkas bersama kebangkitan rakyat untuk memenangi PRU itu dalam usaha untuk berkuasa di Puterajaya.
Dengan melihat keadaan inilah ada penganalisis pro-BN dengan segera mengingatkan pemimpin BN akan apa yang berlaku dengan parti LDP, Jepun dan Kuomintang, China, tumbang kerana dilihat sebagai parti orang tua, parti warlords, parti feudal dan parti komisyen.
Mereka bagaimanapun kembali berkuasa hanya selepas memberi peluang kepada generasi muda dan pelapis serta membebaskan diri daripada cengkaman golongan peniaga dan kapitalis.
Penganalisis itu, dengan penuh kebimbangan, akhirnya menyeru BN supaya menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat mempunyai nisbah pemimpin muda dan berpelajaran yang lebih besar daripadanya. Hal ini, kata penganalisis itu, menyebabkan PR dilihat sebagai lebih mesra generasi muda.
Kemudian ada penganalisis lain membayangkan jika BN kalah kali ini maka ia kemudian nanti akan dilupakan seperti Dinosaur yang disebutkan tadi di mana ia pernah gagah, mendominasi bumi, tetapi akhirnya menjadi barang purba yang menjadi tontonan ramai saja.
Oleh sebab itu, orang-orang beriman percaya akan petunjuk al-Quran mengenai kuasa seperti yang disebut di dalam al-Quran bahawa Allah memberi kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan akan mengambil balik kuasa itu dari mereka yang tidak dikehendakinya.
"Katakanlah Wahai Tuhan yang memiliki sekelian kekuasaan, Engkau beri kerajaan kepada siapa yang engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki. Di tangan-Mulah memiliki sekelian kebaikan, kerana sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa atas tiap sesuatu." (Surah Ali Imran : ayat 26). Ayat ini menatijahkan bahawa kuasa itu hak Allah, bukan hak manusia. Ia diwakilkan secara sementara kepada manusia dan Allah akan mengambil kuasa itu kembali jika dikehendaki-Nya.
Dalam konteks mendapatkan kembali kuasa melalui pilihan raya seperti yang berlaku sekarang di negara ini, kelihatan pertarungan semakin sengit. Pakatan Rakyat telah mendapat dokongan paling kukuh melalui kebangkitan rakyat, terutama yang dicetuskan oleh Himpunan Bersih dan pelbagai himpunan lagi serta para NGO dan anak muda.
Kebangkitan rakyat ini diperkecil dan dilemparkan pelbagai tuduhan oleh media milik BN, tetapi akhirnya mereka itu tidak berupaya menahan kebangkitan rakyat ini.
Dalam PRU akan datang ini, Pakatan Rakyat menjadi saf utama atau barisan depan, sementara di belakangnya adalah rantaian gelombang kebangkitan rakyat yang akan mencetuskan tsunami politik seluruh negara dan ini yang amat menggerunkan Umno/BN sekarang ini.
Hingga ke saat-saat akhir saja baru ada kelihatan isyarat kegelisahan pemimpin dan pendukung BN bahawa kebangkitan rakyat dan keupayaan Pakatan Rakyat sangat mencabar kekuasaan mereka selama 56 tahun ini.
Padazaman dulu ada orang kampung berkata, letaklah siapa saja jadi calon, asalkan lambang kapal layar (kini dacing), maka calon itu tetap menang. Tetapi kini segalanya berubah, pertarungan sangat sengit di semua kawasan pilihan raya dan tentunya ini kejutan luar biasa bagi BN.
Sementara itu, meneliti senarai calon-calon Pakatan Rakyat yang telah dikeluarkan ternyata ratusan nama-nama besar, tokoh-tokoh muda yang segar, berkalibar - agamawan, golongan profesional, jeneral tentera yang telah bersara, tokoh pendidik, bekas pegawai tinggi polis, artis dan lain-lain menunjukkan isyarat kepelbagaian tokoh telah menjadi calon PAS. Ia bukan calon kitar semula atau calon yang tidak bermutu.
Sepanjang ingatan saya, belum pernah ada lonjakan yang begini hebat bagi pembangkang sepanjang sejarah pilihan raya dan ini adalah isyarat kebangkitan rakyat yang luar biasa.
Kesimpulannya, kita menyaksikan bahawa Umno/BN tidak berupaya mendepani zaman yang berubah, menyebaban ia akan ditinggalkan.
harakahdaily/-
|
Bayi tiga bulan terpaksa buang mata Posted: 10 Apr 2013 01:11 AM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Mata sebelah kanan Muhamad Haidar terpaksa dibuang dan mata sebelah kirinya juga kini telah dijangkiti kuman. Noor Hayati menyusukan Muhamad Haidar sambil diperhatikan Zuhaidi. GEORGETOWN - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulah yang terpaksa ditanggung adik Muhamad Haidar Nasran Zahidi, tiga bulan apabila dia disahkan menghidap kanser mata atau retinablastoma. Anak kedua kepada pasangan Zahidi Azhar, 35, dan isterinya Noor Hayati Samsudin, 31, disahkan menghidap penyakit berkenaan oleh pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mata kanan anak mereka mengalami bengkak dan kemerahan. Akibat daripada penyakit itu, mata kanan bayi comel yang dilahirkan pada 3 Januari lalu terpaksa dibuang bagi mengelakkan kuman berjangkit ke bahagian lain. Namun difahamkan, mata kiri Muhamad Haidar juga telah disahkan terkena jangkitan kuman dan kini berada di tahap kedua. Zahidi yang ditemui di rumahnya berkata, mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada mata kanan Muhamad Haidar ketika dia berusia 54 hari. "Beliau dilahirkan dalam keadaan normal dengan berat 3.4 kilogram. "Namun selepas 54 hari mata hitam sebelah kanannya bertukar menjadi putih, membengkak dan menjadi kemerahan keesokan harinya," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini semalam. Zuhaidi berkata, bimbang dengan tahap kesihatan anaknya, beliau membawa Muhamad Haidar ke klinik berhampiran sebelum diminta dirujuk ke HKL. "Apabila mengetahui anak menghidap ketumbuhan mata (kanser), saya dan isteri tidak dapat tidur lena dan memikirkan nasib yang akan dihadapi oleh Muhamad Haidar. "Selepas disahkan menghidap kanser, kami pasrah dengan ketentuan tuhan dan berusaha untuk menyembuhkannya namun kami terpaksa akur dengan nasihat doktor untuk membuang mata sebelah kanannya. "Bagaimanapun, selepas menjalani kemoterapi, doktor pula mengesahkan mata kirinya pula terkena jangkitan namun tidak terlalu serius dan boleh dirawat," katanya. Zuhaidi yang bekerja sebagai pengurus jenazah berkata, beliau perlu berulang alik dari rumahnya di Kampung Dodol di sini ke HKL tiga minggu sekali bagi membuat kemoterapi. Beliau berkata, doktor juga terpaksa mengambil air tulang belakang Muhamad Haidar bagi membuat ujian tahap jangkitan kanser pada mata anaknya itu. Sementara itu, isterinya Noor Hayati berkata, dia terpaksa berhenti kerja sebagai operator di sebuah kilang di Bayan Lepas bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap anak kesayangannya itu. Noor Hayati berkata, walaupun terpaksa menanggung derita namun Muhamad Haidar tidak selalu meragam namun selepas menjalani kemoterapi anak lelakinya itu hilang selera makan dan minum. "Ini dugaan yang besar dari ALLAH terpaksa saya hadapi namun dengan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan saya menerima takdir ini dan percaya ada hikmah di sebaliknya," katanya. Ditanya mengenai kos yang terpaksa ditanggung untuk rawatan dan pembedahan Muhamad Haidar, Zuhaidi berkata dia bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan dan tidak terbeban dengan kos pembedahan yang dikenakan oleh HKL. Beliau berkata, rakan-rakan sekolahnya juga telah melancarkan tabung untuk anaknya yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. "Alhamdulillah, selepas rakan saya membuat hebahan di laman sosial mengenai nasib yang menimpa anak saya banyak pihak tampil untuk memberikan bantuan dan sumbangan," katanya. Zuhaidi berkata, buat masa ini beliau amat memerlukan sokongan dan doa daripada semua dan berharap anaknya dapat sembuh serta dapat menjalani kehidupan seperti insan lain. Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan, boleh terus menyalurkan bantuan ke akaun Maybank Noor Hayati Samsudin (157139695983).
sinar/-
|
Kerajaan sementara boleh guna harta awam - SPR Posted: 10 Apr 2013 12:48 AM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan tindakan kerajaan sementara yang menggunakan harta awam dan kerajaan bukan melanggar undang-undang yang boleh didakwa di mahkamah. Bagaimanapun menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, tindakan itu bergantung kepada garis panduan kod etika kerajaan sementara masing-masing. Jelasnya, kerajaan sementara tidak boleh menggunakan harta atau aset kerajaan selepas penamaan calon hinggalah hari mengundi. "Aset kerajaan boleh guna, sekarang kempen belum mula. Lepas penamaan calon hingga hari menggundi tidak boleh," katanya dalam sidang media di Pusat Media SPR di sini hari ini. Sementara itu, SPR melarang penggunaan pondok panas pada hari mengundi yang boleh menimbulkan suasana yang tidak sihat. "Tidak ada pondok panas. Kalau kita dapati ada, kita akan robohkan. "Buat masa sekarang, binalah banyak mana pondok panas tetapi dilarang pada hari mengundi," katanya.
harakahdaily/- |
Muhyiddin tidak faham struktur cukai kereta Posted: 10 Apr 2013 12:31 AM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (Afta) dilaksanakan sepenuhnya membayangkan beliau tidak memahami struktur cukai kereta yang dilaksanakan sendiri oleh BN. Sekarang pun, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Afta sudah dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di Asean tidak dikenakan sebarang cukai import. Jelasnya, Afta dilaksanakan untuk menghapuskan halangan dagangan ( trade barriers) dalam bentuk tarif import supaya barangan boleh bergerak bebas tanpa diskriminasi harga di dalam lingkungan pasaran besar Asean. Beliau berkata, yang menyebabkan harga kereta naik melambung adalah cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta. "Cukai eksais dan cukai jualan inilah yang menjadikan harga jualan kereta bertambah satu kali ganda, bukannya cukai import kerana Afta telah pun menghapuskan cukai import ke atas kereta-kereta dari negara Asean," katanya dalam satu kenyataan. Jelas rafizi lagi, setiap tahun, 90% dari kereta yang dijual di Malaysia dikilang di Malaysia atau negara-negara Asean. Oleh yang demikian, katanya untuk menurunkan harga kereta, dasar percukaian negara perlu ditukar dengan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta seperti yang dicadangkan oleh PKR. Sebab itu, ujar beliau apabila Muhyiddin sendiri tidak memahami faktor yang meningkatkan harga kereta sekali ganda, ini menimbulkan keraguan sama ada Barisan Nasional betul-betul ikhlas dengan janjinya untuk menurunkan harga kereta. Lebih membimbangkan, kata Rafizi kenyataan Muhyiddin yang mengaitkan penurunan harga kereta dengan pelaksanaan Afta membayangkan bahawa janji itu hanya satu gimik politik yang tidak akan dilaksanakan oleh Barisan Nasional sekiranya menang nanti. Justeru, Rafizi menyeru supaya Muhyiddin memberi penjelasan sama ada beliau tidak faham tentang struktur percukaian negara dan tersilap membuat kenyataan apabila menyebut pelaksanaan Afta akan menurunkan harga kereta. "Atau beliau tahu rancangan Barisan Nasional untuk mengaitkan janji menurunkan harga kereta dengan Afta tetapi bukan cukai eksais, sekaligus mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak ikhlas untuk melaksanakan penurunan harga kereta," katanya lagi. Sehubungan itu, beliau tidak akan memberi sebarang maklum balas terhadap kenyataan Muhyiddin bahawa Pakatan Rakyatlah yang menciplak Manifesto BN. "Itu satu kenyataan bertaraf kebudak-budakan yang tidak selayaknya datang dari seorang bekas menteri kanan, maka ia tidak layak untuk diambil serius oleh rakyat Malaysia," katanya. harakahdaily/-
|
Aku Melayu di Kota Inggeris Posted: 10 Apr 2013 12:28 AM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Aku Melayu di Kota Inggeris oleh Muhaimin Sulam Harga: RM22.00/RM25.00 ISBN: 978-967-361-074-4 Tarikh Terbit: Mac 2013 Jumlah Muka Surat: 292
___Sinopsis_________________________________________________
'Aku Melayu di Kota Inggeris' merupakan satu catatan pengembaraan anak Melayu. Setelah lebih setahun selepas kembali ke tanah air, di fikiranku memang ingin membukukan kembali pengalaman berada di tanah Inggeris. Kukongsi catatan setengah dekad suka duka kepada yang ingin membacanya. Membaca tentang episod separuh jiwa yang tersiat dalam mencari makna kehidupan. Hidup merantau di bumi asing memang tidak sama menempurung di kampung sendiri. Telah ramai anak-anak Melayu yang merantau, hidup jauh lebih mencabar. Masing-masing dengan cabaran mereka sendiri. Sedikit kesempatan yang kumiliki terlalu kerdil untuk dikongsi baca.
Sebelum matinya seorang anak Adam, berbekal titisan hikmah al-Furqan, mutiara sabda Nabi junjungan. Meminjam azimat sang pendekar silam, mantera tabib sufi dan kiasan pujangga. Begitu juga dari bicara lembut bapa yang tidak pernah jemu ditelaah kembali. Resah rindu seorang ibu. Belajar daripada ajaran guru-guru biasa yang luar biasa. Sindiran kawan, cabaran musuh. Mengembara di bumi asing sebenarnya merupakan proses belajar bertawakal, menguji sabar diri dan mencari erti diri sendiri.
Semoga buku bermanfaat untuk pembaca semua, amin.
|
32 maut, 850 cedera gempa bumi Iran Posted: 10 Apr 2013 12:27 AM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
BUSHEH - Gempa bumi kuat yang melanda selatan Iran semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang manakala 850 yang lain cedera.
Gempa bumi itu berukuran 6.3 skala richter. Menurut media tempatan, kemudahan reaktor di kawasan gempa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kerosakan manakala loji nuklear selamat. Berikutan gempa, berlaku juga kejadian tanah runtuh yang memusnahkan bangunan dan orang ramai terpaksa berkumpul di tempat selamat bagi mendapatkan bantuan. Persatuan Bulan Sabit Merah telah menghantar lima pasukan bagi membantu operasi menyelamat. Sekurang-kurangnya tiga lagi gempa susulan berlaku semalam dan pihak berkuasa menjangkakan jumlah mangsa bakal meningkat. Gempa bumi berkenaan turut dirasai di Teluk Pars, Qatar dan Arab Saudi. Namun tidak dapat dipastikan sama ada loji Busheh masih terus beroperasi atau tidak selepas kejadian gempa berkenaan.
sinar/- |
PRU13: Dewan Ulamak PAS ingatkan ahli perbetul niat Posted: 10 Apr 2013 12:19 AM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengingatkan ahli dan jentera parti agar membetulkan niat perjuangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).
Setiausaha DUPP, Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, PAS memilih sistem demokrasi untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia dan memerlukan jentera yang komited untuk mencapai matlamat ini. "Pada saat suhu politik begitu membahang dan kita telah mengetahui tarikh pilihan raya yang menjadi pilihan PAS dalam menegakkan demokrasi amat wajar para amilin dan petugas pilihan raya membetulkan niat perjuangan untuk menegakkan syiar dan syariat Allah SWT di bumi Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan. Beliau juga menegaskan, ahli dan jentera harus bersiap sedia dari semua aspek termasuk kebergantungan kepada Allah bagi memenangi PRU 13.
Katanya, ketika PAS diuji dengan pelbagai pancaroba, mehnah dan tribulasi, seluruh jentera harus bersedia menyumbang tenaga sepanjang tempoh kempen PRU 13. "Ketahuilah saudara-saudaraku bahawa Islam tidak mungkin dapat ditegakkan jika kita tidak mempunyai kuasa memerintah. Justeru hendaklah sama-sama kita membetulkan niat kerana Allah SWT.
"Ayuh, marilah kita bersiap-siaga dengan merabitahkan (mengikat) hubungan hati sesama kita dan bertawakal (berserah diri) yang mutlak kepada yang Maha Esa setelah segala usahakan semaksimanya telah kita gembeleng. "Ramuan takwa yang disulami dengan amalan soleh dan usaha yang berterusan sudah pasti menatijahkan kejayaan kita dalam pilihan raya,"katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon PRU13 adalah pada 20 April manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan. Manakala tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini.
Dr. Khairuddin difahamkan bertanding di salah satu Parlimen di Kuala Terengganu pada PRU13. harakahdaily/-
|
Janji BN yang tidak ditepati di Pahang Posted: 09 Apr 2013 11:19 PM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Maklumat Sehingga Jun 2012 1. Parlimen Cameron Highland: a. BN gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan isu hak milik tanah di Taman Sedia, Tanah Rata. b. BN gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah liputan (coverage) telefon di Pos Betau, Jelai. 2. Parlimen Raub: a. BN gagal menunaikan janji untuk membina sekolah di Sega, Raub. 3. Parlimen Jerantut: a. BN gagal menunaikan janji kepada hampir 20,000 penduduk untuk membaiki jalan antara Jerantut dan Benta yang dijanjikan sejak 2004. Tempat-tempat yang dibaiki hanya di kawasan-kawasan yang sangat kritikal dan ia kembali rosak. b. BN gagal menunaikan janji untuk membina kawasan sesuai untuk pemasaran hasil pertanian penduduk di persimpangan ke Pulau Tawar. c. BN gagal menunaikan janji untuk Pusat Latihan Lanjutan Teknologi (ADTEC) di Pulau Tawar. d. BN gagal membina jalan masuk ke kubur penganut Hindu di Batu 1, Jerantut. 4. Parlimen Indera Mahkota: a. BN gagal memenuhi permintaan penduduk supaya membina dewan pelbagai guna di Taman Indera Mahkota. b. Walaupun parlimen Indera Mahkota dimenangi oleh PKR, BN sejak 10 tahun yang lalu telah berjanji untuk membina gerai-gerai di kawasan rekreasi Pantai Balok, Beserah, dan masih belum tertunai. c. BN juga gagal menunaikan janji sejak PRU tahun 2004 untuk membina rail keretapi dari Mentakab ke Kuantan yang akan melalui kawasan Indera Mahkota. 5. Parlimen Kuantan: a. Walaupun parlimen Kuantan dimenangi PKR, dalam PRU yang lalu BN berjanji untuk membina jambatan dari Kampung Cherok Paloh ke Tanjung Kosong yang diperlukan oleh sekitar 15,000 orang penduduk, tetapi gagal ditunaikan. 6. Parlimen Temerloh: a. BN gagal menunaikan janji untuk membina MRSM di Kampung Lintang berhampiran Lebuhraya Pantai Timur. b. BN juga gagal menunaikan janji untuk memberi bantuan begi projek pembenihan ikan di seluruh kawasan parlimen Temerloh. c. BN gagal menunaikan janji menyelesaikan masalah bekalan air yang sering terputus di seluruh kawasan parlimen Temerloh. 7. Parlimen Bentong: a. BN gagal untuk menunaikan janji membina jalan lurus dari Jalan Karak ke Simpang Pelangai. b. BN gagal menunaikan janji untuk membina PULAPOL terbesar di negara ini di Simpang Pelangai, Bentong. 8. Parlimen Kuala Krau: a. BN gagal memenuhi tuntutan rakyat untuk membaiki kualiti perkhimatan Pusat Kesihatan di seluruh kawasan parlimen ini terutama di Pusat Bandar Jengka. b. BN gagal memenuhi kehendak rakyat menaiktaraf perbekalan air di kawasan ini yang bertekanan rendah. c. BN gagal memenuhi tuntutan hampir 10,000 belia kawasan parlimen ini untuk peluang pekerjaan dan usahawan pertanian sehingga menyebabkan ramai yang berhijrah. 9. Parlimen Maran: a. BN gagal menunaikan janji mempercepatkan penyelesaian masalah bekalan air di Chenor disebabkan projek menaiktaraf infrastruktur bekalan air sangat perlahan walaupun telah dimulakan. b. BN gagal memenuhi tuntutan penduduk di Ulu Luit menyediakan kemudahan bas sekolah terutama bagi kanak-kanak sekolah rendah.
harakahdaily/- |
Sediakah Ghani akhiri karier di Gelang Patah? Posted: 09 Apr 2013 10:22 PM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - YANG pasti, Ketua ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang akan beraksi di Gelang Patah, mengemudi bahtera Pakatan Rakyat merempuh tembok Barisan Nasional sambil mengumpul kerusi parlimen dari negeri Johor bagi membolehkan Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP menubuh kerajaan baru Putrajaya selepas pilihanraya umum ke -13 nanti. Yang belum pastinya adalah pengerusi Barisan Nasional Johor Datuk Abdul Ghani Othman akan mempertahan Gelang Patah dari jatuh ketangan lawan, walaupun angin bertiup kencang babawa inilah perjalanan politik Abdul Ghani setelah memimpin negeri selatan tanah air sejak 1995. Abdul Ghani (gambar) tidak disenarai mempertahan kerusi Serom kerana dikatakan kepimpinan Barisan Nasional mahu memberi nafas baru dengan mengemuka calon-calon baru dan lebih muda sedangkan beliau telah memegang jawatan menteri besar sejak 1995 lagi. Kalangan pemimpin Barisan Nasional, khusus presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek rela menyerahkan kerusi Gelang Patah yang disandang MCA kepada Umno kerana tidak yakin boleh memberi tentangan kepada Kit Siang. Mereka berpendapat Abdul Ghanilah calon yang paling layak berdepan dengan Kit Siang. Daripada berundur terus dari politik, lebih baik beliau pertahan Gelang Patah; ditakdirkan berjaya menewaskan pemimpin DAP itu, beliau akan menjadi "hero" dan bolehlah diberi ganjaran besar sekiranya BN kekal memerintah di Johor dan diperingkat pusat selepas pilihanraya umum. Hari ini rata-rata di kalangan Umno dan BN sibuk bercakap tentang calon menteri besar Johor yang baru. Nama yang paling popular setakat ini yang disebut-sebut tidak lain dari Datuk Mohamed Khaled Nordin, ahli parlimen Pasir Gudang dan menteri Pengajian Tinggi pada penggal lalu. Sebenarnya nama Mohamed Khaled telah pun disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor yang baru sejak dua penggal pilihan raya umum yang lepas, tetapi ia tidak menjadi kenyataan pada saat-saat akhir. (Khalid dan Nur Jazlan...siapa calon MB Johor dari BN) Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, pertimbangan yang penting bagi mereka yang menaruh harapan mahu menjadi Menteri Besar Johor. Sultan Johor dikatakan lebih condong pada Khaled, yang sama-sama belajar di English College, sekarang ini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar, dibanding dengan nama-nama lain yang dicanang sebagai penganti Abdul Ghani. Walaupun nama-nama seperti ahli parlimen Pulai penggal lalu, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga anak kepada bekas setiausaha agong BN dan Umno Allahyarham Mohamed Rahmat, naib ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan ADUN Kukup penggal lalu Datuk Md Othman Yusof masih lagi menjadi sebutan di kalangan ahli-ahli parti, Umno Johor, khususnya Abdul Ghani dikatakan lebih berminat dengan Adun Pasir Raja penggal lalu, Datuk Dr Adham Baba. Ramai diluar Johor masih ingat siapa Dr Adham, walaupun setelah sekian lama arena politik beliau tertumpu di Johor. Beliau adalah orang yang sama yang ketika menjadi pengerusi biro pendidikan Pemuda Umno pada 2002, telah meminta agar kerajaan bertindak tegas, termasuk menutup semua SRJK(C) dan mewujudkan satu jenis aliran sekolah saja kerana berang dengan pergerakan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong, yang menuduh pelaksanaan pengajaran Sains and Matematik dalam Bahasan Inggeris bertujuan menghapuskan identiti sekolah Cina. Cadangan memang boleh diberi tetapi adakah Istana akan perkenan calon yang lain dari Mohamed Khaled? Pakatan Rakyat berhasrat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri yang sekian lama di terjui oleh Umno/Barisan Nasional. Naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, anak jati Johor dibawa turun dengan meninggalkan parlimen Kubang Kerian di Kelantan dan bertanding kerusi DUN Nusa Jaya, salah satu kerusi negeri di Gelang Patah, serta kerusi parlimen Pulai.
harakahdaily/- |
Ciplak Manifesto Pakatan Rakyat; Umno layak jadi pembangkang Posted: 09 Apr 2013 10:10 PM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA NERUS - Apabila PAS dan Pakatan Rakyat mengeluarkan manifesto untuk pilihanraya umum kali ke-13, Umno dan Barisan Nasional (BN) mengutuk dan memperhodohkan janji-janji, malah mendakwa negara akan bankrap sekiranya manifesto tersebut dilaksanakan. Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, Menteri Besar negeri Terengganu Dato' Seri Ahmad Said pula berkata manifesto yang ditawarkan oleh PAS Terengganu kepada seluruh rakyat tidk relaistik dan hanyalah 'sebuah janji-janji kosong'. Sebaliknya selepas itu, katanya, Umno-BN menciplak idea-idea yang dikemukakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat kemudian mempamerkan kepada rakyat. Oleh itu, beliau berkata, Umno-BN layak menjadi pembangkang terbaik selepas pilihanraya umum yang akan datang ini. "bermula dengan membankrapkan idea dan manifesto Pakatan Rakyat, dan Menteri Besar Terengganu meletakkan manifesto PAS tidak realistik (hanya janji-janji kosong)......setelah kritik, mengutuk dan memperbodohkan manifesto PAS Terengganu dan Pakatan Rakyat, "mereka mula menciplak satu demi satu.........konsep yang digunakan 'ctrl C + ctrl P' (copy and paste) kemudian dipamerkan kepada rakyat, yang saya ingin gambarkan kepada seluruh rakyat, ini calon pembangkang yang (paling) layak,"ujarnya. Bercakap diatas 'Optimus Prime' Treler Negara Berkebajikan PAS yang dinggah di Padang Bola Batu 6 dekat sini semalam, Selasa 9 April, Hishamuddin menyeru agar seluruh rakyat melakarkan satu perubahan kepada politik negara dan negeri ini. Menurutnya, semua pihak, orang awam, para peniaga, pekerja swasta dan pegawai kerajaan mesti bekerja keras menentukan perubahan itu berlaku, kerana politik pada hari ini adalah politik untuk anak-anak muda dan masa hadapan. "politik (hari ini) harapan untuk semua orang, samada lelaki dan perempuan, maka kita harus bekerja lebih gigih.........(untuk) kita membentuk harapan baru untuk negara dn negeri kita.........siapa lagi yang kita harap(kan) kalau bukan dari seluruh rakyat, "untuk membina perubahan besar dalam pilihanraya umum ke-13, akan ana berkunjung tidak lama lagi,"tegasnya.
harakahdaily/-
|
Robot bedah dipersalah kerana lima pesakit mati Posted: 09 Apr 2013 10:00 PM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
CHICAGO - Beberapa buah robot bedah yang mempunyai banyak tangan dan dikenali sebagai Sistem Pembedahan Da Vinci pernah digunakan untuk melakukan hampir 400,000 pembedahan di seluruh Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu.
Bagaimanapun, peralatan pembedahan yang hebat itu sejak awal tahun lalu menghadapi beberapa masalah kerana ia telah menyebabkan sekurang-kurangnya lima pesakit mati.
Menurut data Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), terdapat hingga 500 laporan masalah berhubung penggunaan robot bedah Da Vinci sejak 1 Januari 2012. Sistem robot bedah Da Vinci itu dipasarkan sejak tahun 2000.
Hampir 1,400 buah hospital di AS memiliki sekurang-kurangnya sebuah robot bedah Da Vinci. Setiap sebuah robot itu berharga sekitar AS$1.45 juta (RM4.4 juta) dengan kos penyelenggaraan melebihi AS$100,000 (RM303,699) setahun.
Robot bedah Da Vinci sering digunakan dalam pembedahan prostat, rahim, membaiki injap jantung dan pembedahan beberapa organ lain. - AP
|
Bandar Samara ‘diserang’ tanah jerlus Posted: 09 Apr 2013 09:53 PM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Samara: Gambar ini seolah-olah dirakam dari sebuah filem yang mengisahkan malapetaka yang amat dahsyat. Tetapi, imej ini sebenarnya adalah realiti harian yang dihadapi penduduk di bandar raya Samara di tenggara Russia. Penduduk bandar itu kini hidup dalam kebimbangan selepas 'serangan' tanah jerlus mula berlaku di seluruh bandar itu.
Kejadian dipercayai berlaku sejak beberapa minggu lalu, menyebabkan kereta, bas dan sekurang-kurangnya seorang penduduk terbunuh. Tanah jerlus, sebahagiannya cukup besar untuk menelan sebuah lori dipercayai berpunca daripada tanah mendap yang terjadi apabila ais cair dan menyerap ke bumi. Air yang berlebihan menyebabkan tanah di bawah jalan raya di bandar itu jerlus.
Lubang besar dapat dilihat di tempat letak kereta, simpang jalan raya yang sibuk, tepi jalan dan di jalan raya besar mahupun kecil.
TANAH jerlus yang besar boleh menelan kereta dan mencetuskan kekecohan. Sehingga ini, sekurang-kurangnya seorang penduduk mati akibat ditelan bumi. Penduduk Samara sudahpun mengambil langkah menandatangani petisyen untuk mendesak pihak berkuasa mencari jalan bagi mengatasi masalah itu.
Kejadian tanah jerlus adalah perkara biasa di kawasan perlombongan. Bagaimanapun, tanah jerlus semula jadi mengambil ribuan tahun untuk dibentuk dan berbeza dari segi saiz.
Ia terjadi akibat daripada apa yang dikenali sebagai proses Karst yang berlaku apabila lapisan batu batan seperti batu kapur di bawah tanah dilarut oleh air berasid.
Biasanya, hujan menyerap menerusi tanah, menyerap karbon dioksida dan bertindak balas dengan sisa pertanian. Kesannya, air yang sampai kepada lapisan batu batan yang boleh larut itu ialah dalam bentuk berasid.
Air berasid itu kemudian menghakis batu batan di bawah permukaan bumi, sekali gus membentuk ruang berongga.
Kemudian, apabila ia tidak disokong lagi kerana rongga itu, tanah di atas batu kapur akan runtuh menjadi tanah jerlus.
Keruntuhan permukaan itu boleh terjadi tiba-tiba atau mengambil masa beberapa jam. Hujan lebat atau sistem perparitan yang buruk juga boleh menyebabkan keruntuhan. - Daily Mail
|
PRU13: Bekas Menteri Besar Perak Bakal Sertai PAS? Posted: 09 Apr 2013 09:51 PM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
LUMUT: Seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS tidak lama lagi. Perkara ini didedahkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihan raya umum akan datang, malam Selasa. Walaubagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama bekas menteri besar berkenaan. "Seorang mantan menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS," katanya ringkas. Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa. Sebelum pentadbiran Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar). mStar/- |
Warga asing dapat IC sebelum masuk M'sia? Posted: 09 Apr 2013 09:46 PM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Salah satu dokumen itu mempunyai maklumat seorang individu berasal dari negara Myanmar memasuki Malaysia pada 22 Disember 1993, tetapi pengesahan taraf kerakyatan Malaysia telah diberi 2 Disember 1993.
"Bermakna sebelum datang ke negara ini, individu berkenaan telah diberikan taraf kewarganegaraan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena di sini baru-baru ini.
Oleh sebab itu, beliau menuntut Menteri Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penjelasan termasuk tindakan memperguna dan mengugut serta mengongkong kebebasan mereka ini.
Pada sidang media sama, Ahli Jawatankuasa DAP Kedah, Dr Syed Araniri Syed Ahmad berkata, warga asing tersebut dipercayai memasuki negara ini melalui Ranong, Thailand menuju ke Phuket dan Saturn sebelum mendarat di Bukit Malut, Langkawi.
Jelasnya, jumlah kemasukan melibatkan puluhan ribu dan tentunya dalam tempoh ini mereka telah beranak-pinak.
"Mereka lahir di Burma, jadi sepatutnya kod nombor pada kad pengenalan ialah 64 tetapi dicatat dalam kad pengenalan 02 iaitu kod negeri Kedah.
Harakahdaily/- |
PRU13: Mengundi 5 Mei, penamaan calon 20 April Posted: 09 Apr 2013 09:41 PM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.
Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April.
Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi.
Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.
Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun.
SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu dan Dun antara 3 dan 5 April.
Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), Pas (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
Abdul Aziz berkata, SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung pembubaran Dewan Rakyat.
Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5 April dan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.
Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.
Abdul Aziz berkata, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan esok dan notis pilihan raya pada Jumaat, 12 April.
Beliau berkata, berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal.
Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).
Abdul Aziz berkata, sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya.
Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 tempat/saluran mengundi.
Bagi pengundian biasa, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi akan disediakan, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat/saluran mengundi. |
Belum Apa-apa Seluar Papagomo Dah Terlucut, Tak Layak Jadi Calon! Posted: 09 Apr 2013 09:10 PM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Peguam persoal kelayakan Papagomo jadi calonPengumuman penulis blog kontroversi Papagomo untuk bertanding menentang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan tanda tanya oleh para pengamal undang-undang yang mempersoalkan kelayakan bekas anggota polis itu sebagai calon. Tanda tanya itu timbul memandangkan Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini didapati bersalah atas kesalahan rasuah dan didenda ketika bertugas sebagai konstabel polis trafik.
Mahkamah Rayuan pada tahun lalul mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, dan Wan Muhammad Azri didenda RM10,000 dan dijatuhi hukuman penjara 14 hari.
Seorang peguam, Razlan Hadri Zulkifli, berkata Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding disebabkan hukumen berkenaan memandangkan keputusan mahkamah itu dibuat pada tahun lalu.
"Maka, Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding melainkan Wan Muhammad Azri bukan Papagomo," katanya.
Seorang lagi peguam, Ranjit Singh juga sependapat dan berkata individu yang dikenakan hukumen denda RM2,001 dan lebih tinggi tidak boleh bertanding, seperti yang diperuntuk dalam Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan itu menyebut, seorang anggota parlimen hilang kelayakan apabila didapati bersalah dan dijatuhi hukumen utuk tempoh tidak kurang dari satu tahun dan didenda tidak kurang dari RM2,000 dan tidak menerima pengampunan.
Perkara itu juga menyatakan, individu yang didapati bersalah tidak dibenarkan untuk bertanding dalam tempoh lima tahun. -mk |
Ribut landa Batu Pahat Posted: 09 Apr 2013 08:51 PM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Antara rumah yang rosak dalam kejadian ribut di beberapa kawasan di Batu Pahat. BATU PAHAT – "Saya hanya mampu memeluk cucu di sudut rumah dan melihat atap rumah saya diterbangkan angin kencang," kata Rohana Ahmad, 48, ketika ditemui di kediamannya di Kampung Air Putih, kelmarin. Ketika kejadian kira-kira jam 6 petang itu katanya, dia bersama anak perempuan dan cucunya sedang berehat di dalam rumah sebelum terdengar bunyi angin yang cukup kencang. Apabila menyedari keadaan akan menjadi lebih buruk, Rohana bergegas mengambil cucunya dan duduk berselindung di sudut rumah. Namun, keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila atap rumah tercabut dibawa angin manakala kayu alang jatuh ke lantai. Keadaan ketika itu cukup menakutkan. "Selepas kira-kira 15 minit, saya terdengar bunyi dentuman kuat yang merobohkan bumbung tempat letak kereta yang menghempap kereta kami," katanya. Sebanyak 53 rumah termasuk sebuah masjid dan balai raya, serta tiga kenderaan mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda di beberapa kawasan di daerah ini. Antara kawasan yang dilanda ribut berkenaan adalah Kampung Air Putih (29 rumah rosak), Kampung Sri Wangi, Sri Medan (tujuh) dan Parit Awang, Yong Peng (13). Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan bertindak menyalurkan bantuan segera kepada mangsa ribut. Beliau berkata, laporan mengenai kerosakan yang dialami akan dihantar kepada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi membolehkan pihak berkenaan menyalurkan bantuan melalui Tabung Bencana Alam negeri. Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Batu Pahat, Adnan Mohd. Yasin berkata, kesemua 53 rumah dan premis yang terlibat dalam kejadian berkenaan akan disalurkan bantuan secepat mungkin. "Mereka juga akan menerima bantuan membaik pulih rumah selepas JKM selesai menilai kerosakan terhadap rumah yang terlibat dalam bencana alam berkenaan," katanya.
sinar/-
|
Lawas Perlu Sebuah Hospital Baru Posted: 09 Apr 2013 08:45 PM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
LAWAS - Lawas adalah sebuah pekan kecil di utara Sarawak, dalam Malaysia timur di pulau Borneo. Lawas, berdasar kepada lokasi geografi, terputus dari seluruh rangkaian jalan raya di Sarawak. Ia bagaimanapun dihubungkan dengan jalan utama ke Sabah dan daerah Temburong Brunei. Perjalanan ke atau dari Lawas melalui jalan raya perlu menjalani pemeriksaan imigresen. Perjalanan ke negara lain di Sarawak memerlukan pasport. Dua lintasan sempadan jalan yang terletak di daerah Lawas terpaksa menggunakan pasport. Penduduk di Lawas terdiri daripada suku kaum Lunbawang, Kedayan, Melayu Brunei, Murut Tagal dan Cina. Bahasa utama yang dituturkan adalah Melayu Brunei, Kedayan, Lunbawang dan Hokkien. Baru-baru kita ada buat lawatan di Daerah Lawas, isu utama yang sering menjadi persoalan penduduk Lawas adalah hospital lama. Keadaan hospital Lawas yang agak usang dan hanya dijaga oleh pembantu hospital dimana tiada doktor sepenuh masa menjaga pesakit di situ. Kalau ada kes-kes pesakit yang kritikal atau kronik, pihak hospital Lawas terpaksa menghantar pesakit tersebut ke luar daerah seperti ke hospital Miri atau Kota Kinabalu. Disebabkan masalah urusan perjalanan yang memerlukan pasport maka penduduk Lawas sukar untuk membawa pesakit melalui darat disebabkan terpaksa melalui sempadan Brunei. Kalau melalui udara tambangnya mahal dan sukar kerana penerbangan adalah terhad. Masalah kadar bayaran pasport yang agak mahal perlu dikurangkan khas untuk penduduk Lawas yang terpaksa berulang alik keluar masuk melalui sempadan Brunei. Kebanyakan penduduk di Lawas adalah terdiri daripada para nelayan, petani dan juga bekerja dengan kerajaan dengan pendapatan sederhana, untuk mereka yang mempunyai keluarga di luar daerah Lawas sudah tentu sulit untuk keluar melawat keluarga atau pun apabila berlaku kecemasan. Kami juga dimaklumkan oleh salah seorang penduduk di Lawas yang dikenali sebagai Haji Tuah, terdapat sebuah hospital baru yang disewa di sebuah bangunan kedai sehingga kini masih belum beroperasi sepenuhnya. Walaupun sudah 2 tahun bangunan tersebut disewa oleh pihak hospital tetapi ianya tidak dibuka kepada orang ramai lagi. Adalah suatu pembaziran wang rakyat sekiranya hospital yang menyewa bangunan tersebut tidak digunakan sepenuhnya. Antara permintaan penduduk Lawas ialah kerajaan dapat membina sebuah hospital yang lengkap dengan peralatan perubatan dan di tapak tetap tanpa perlu untuk menyewa sebuah bangunan kedai. Hospital Lawas perlu seorang atau lebih doktor pakar atau doktor sepenuh masa untuk menjaga kesihatan penduduk di Lawas. Menurut penduduk di Lawas nama saja hospital tetapi tiada seorang pun doktor sepenuh masa yang menjaga hospital tersebut. Mereka berharap apabila isu ini dibangkitkan, masalah hospital di Lawas dapat diatasi dengan segera tanpa perlunya menunggu janji-janji pilihanraya yang sering mereka dengar sebelum ini. Sudah berpuluh-puluh tahun mereka menanti dengan penuh harapan, agar dapat sebuah hospital baru tetapi sehingga kini masih belum menjadi kenyataan. Kita mengesa pihak kerajaaan segera membina sebuah hospital baru untuk Lawas yang lebih canggih dan mampu menangani masalah pesakit yang begitu ramai yang terpaksa dihantar keluar dari daerah Lawas. Harap perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan dan kerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini dari berpanjangan sangat hargai. Jofri Jaraiee PAS Sarawak |
Tiada pengebumian negara untuk Thatcher Posted: 09 Apr 2013 08:43 PM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
LONDON – Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II akan menghadiri pengebumian bekas Perdana Menteri negara itu, Margaret Thatcher pada 17 April ini, kata beberapa pegawai semalam.
Istana Buckingham berkata, Elizabeth II dan suaminya, Prince Philip akan menghadiri upacara yang berlangsung di Gereja St. Paul di sini.
Sebelum ini kerabat diraja turut menghadiri pengebumian bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill yang dikebumikan pada tahun 1965.
Thatcher meninggal dunia pada usia 87 tahun kelmarin di atas katil di Hotel Ritz, London selepas beliau diserang strok semasa sedang membaca buku, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Beliau yang diberikan gelaran sebagai Wanita Besi Britain menjadi Perdana Menteri wanita Pertama Britain pada tahun 1979 sehingga 1990.
Menurut jurucakap mendiang Thatcher, Lord Tim Bell, bekas Perdana Menteri itu pernah menyatakan bahawa beliau tidak mahu acara pengebumian negara diadakan selepas kematiannya. Menurutnya, Thatcher juga tidak mahu sebuah pesawat tentera turut digunakan dalam majlis pengebumiannya kerana ia akan membazirkan wang kerajaan.
"Beliau (Thatcher) tidak mahu pengebumian negara diadakan kerana menganggap ia tidak sesuai diadakan," kata Bell.
Kenyataan Bell itu dibuat selepas beberapa anggota parlimen parti Konservatif mahu majlis pengebumian negara diadakan untuk Thatcher. – Agensi
|
Kempen: Rais cipta alasan dangkal Posted: 09 Apr 2013 08:38 PM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Respons Datuk Seri Rais Yatim Menteri Penerangan, Kebudayaaan dan Komunikasi mempertahankan Jabatan Penerangan boleh diguna untuk kempen BN sangat dangkal dan menunjukkan beliau tidak layak menjadi menteri.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, alasan bahawa kerajaan BN memerintah sehingga hari penamaan calon seolah-olah menyatakan selama BN memerintah semua premis kerajaan dan jabatan kerajaan boleh diguna untuk majlis parti politik BN.
"Adakah ini secara mutlak benar sedangkan terdapat prosedur am bahawa kegiatan politik parti tidak boleh diguna dalam premis agensi awam?" tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, walaupun ini adalah amalan BN selama ini akan tetapi ia jelas suatu pelanggaran etika demokrasi yang sangat ketara.
Ini juga, ujarnya adalah petanda kenapa selama ini dakwaan kerjaaan BN adalah tidak demokratik adalah benar.
"Apabila Rais mengguna alasan ia dibolehkan kerana kerajaan sementara masih berfungsi seperti kerajaan biasa, maka ia menunjukkan BN tidak mempedulikan sama sekali peraturan yang adil dalam pilihanraya," ujarnya.
Katanya, di satu pihak parti politik pembangkang sama sekali dilarang mengguna premis agensi awam, malah adakalanya premis persendirian juga pernah disekat oleh pihak berkuasa, namun BN dengan mudah dan bebas menggunakan sekolah, universiti, maktab perguruan, pejabat kerajaan untuk kegiatan parti sewenang-wenangnya.
Menurutnya, dari segi mengguna peruntukkan wang sangat jelas juga pihak BN tidak merasa bersalah mengguna peruntukan awam dalam kegiatan parti politik.
"Pihak perbendaharaan negara nampaknya tidak bermasalah membenarkan hal ini malah tidak mengambil tindakan untuk memperbetulkan amalan perbelanjaan yang menyalahi peraturan awam," katanya.
Katanya, jika itu yang dijadikan permainan politik BN, maka semua peraturan am yang menetapkan peraturan jentera birokrasi awam tidak boleh dipolitikkan tidak bermakna dan kalau begitu harus dimansuhkan oleh pihak JPA.
"Kami berpendirian bahawa politik yang jelas tidak menyalahgunakan agensi awam sepatutnya menjadi antara teras demokrasi, bukan sahaja ia tidak sepatutnya berlaku malah ia amat menyimpang dari segi peraturan kewangan negara.
"Kami membantah keras semua agensi awam dari diperalatkan oleh parti politik. Pihak SPR sepatutnya mengambil tindakan yang wajar untuk menegaskan persoalan ini," ujarnya.
Jika tidak, tegasnya BN tidak layak membentuk kerajaan kerana perkara yang sangat asasi seperti ini tidak boleh difahami.
Harakahdaily/- |
Lekat dalam mesin basuh Posted: 09 Apr 2013 08:24 PM PDT 29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Teluk Intan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun hanya mampu meraung kesakitan apabila kaki kirinya tersepit di dalam mesin basuh lama di rumahnya berhampiran Lorong 10A, Kampung Bahagia, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Shahrul Mohd Shamil, dikatakan sedang bermain berhampiran mesin basuh berkenaan tanpa disedari ibunya.
Ibu mangsa Norizah Midon, 41, berkata, dia tidak menyangka anak bongsu daripada tujuh beradik itu bertindak naik ke atas mesin basuh lama itu sebelum menghulurkan kaki kirinya ke dalam mesin berkenaan.
Menurutnya, mesin basuh lama itu rosak dan tidak digunakan lagi sebelum dibuang di belakang rumahnya. SHAHRUL diberi rawatan oleh pihak Hospital Teluk Intan sebaik dikeluarkan daripada mesin basuh sambil di perhatikan ibunya. "Ketika itu, saya sedang memasak apabila Shahrul tiba-tiba menjerit kesakitan sambil memberitahu kakinya tersepit di dalam mesin basuh itu.
metro/- |
Comment by sazali — April 9, 2013 @ 5:26 am |