Selasa, 19 Jun 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


AHLI AKADEMIK TURUN TARAF JIKA KAKI AMPU

Posted: 19 Jun 2012 11:05 PM PDT


Kamaruddin Kachar malukan ahli akademik

KOTA BHARU: Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar dianggap terlajak mengampu sehingga sanggup mendakwa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir kerajaan PAS.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia itu tidak berfikir secara matang setaraf dengan gelaran yang dimiliknya.

"Barangkali beliau hanya membaca akhbar-akhbar pro Umno tanpa cuba menyelidiki fakta sebenar. Seharusnya seseorang bergelar profesor mendalami sesuatu fakta sebelum berhujah.

"Kami sangsi bagaimana gelaran prosefor boleh diperolehi kalau sedemikianlah pemikirannya. Bukankah boleh memalukan ahli akademik lain," katanya di sini.

Pada kenyataan akhbarnya 18 Jun lalu Dr Kamaruddin yang dilihat ramai taksub Umno mendakwa rakyat Kelantan rugi berada di bawah kerajaan PAS dan menganggap mundur 40 tahun.

Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar berkata, apa yang tidak ada di Kelantan sekarang hanya kedai nombor ekor dan rumah urut, sedangkan aspek lain setanding negeri diterajui BN.

"Saya ingin mengajak profesor meneliti web Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Lihat Jadual 6 yang mengandungi fakta Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009.

"Indeks kemiskinan di Kelantan ialah 4.8 berbanding Perlis mencatat lebih tinggi iaitu 6.0, Kedah (5.3), Sarawak (5.3) dan Sabah (19.2)," ujarnya.

Atau profesor boleh meninjau Jadual 7 yang mengandungi indeks kemiskinan tegar yang mencatat indeks Kelantan sebanyak 1.0 berbanding Sabah (4.7).

Menurutnya profesor terbabit mungkin lupa tanggungjawab membina lebuh raya adalah di bawah kerajaan pusat.

Katanya, tidak ada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia membina sendiri lebuhraya tanpa bantuan kerajaan pusat, kecuali di Kelantan seperti apa yang sedang diusahakan sekarang.

Projek lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dijanjikan kerajaan BN sejak Rancangan Malaysia Ke-6 pada 1986 dan sehingga kini belum menjadi kenyataan.


"Kenapa profesor tidak menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal melaksanakan projek tersebut. Atau mungkin profesor berhujah pula ramai rakyat Kelantan berhijrah.

"Sedangkan fakta dalam Pelan Induk WIlayah Ekonomi Pantai Timur yang dikeluarkan pada Oktober 2007 mencatat pada 2003, penghijrahan masuk ke Kelantan seramai 24,460 orang berbanding penghijrahan keluar 21,950 orang," tambahnya.

Oleh itu katanya beliau bimbang Dr Kamaruddin Kachar dianggap pula seorang profesor yang layak menjadi pelakon lawak jenaka.

sumber: harakahdaily

ADUN SELAT KLANG bersyukur boleh selesai masalah tanah setinggan 40tahun

Posted: 19 Jun 2012 09:10 AM PDT

Penantian 40 Tahun Berakhir Hari Ini


ISU masalah penduduk Kpg Keretapi di DUN SELAT KLANG alhamdulillah boleh diselesaikan setelah 4 tahun ADUN Selat Klang YB Dr Hjh Halimah Alin bertungkus lumus berurusan dengan pihak Pengurusan Aset Keretapi, Pejabat Tanah Klang, EXCO Kerajaan Selangor dan wakil penduduk yang berbilang ideologi politik.


KLANG 15 JUN : Hasrat 125 penduduk di Kampung Keretapi, di sini untuk memiliki geran tanah setelah menunggu lebih 40 tahun kini menjadi kenyataan.
Penderitaan penduduk itu mendapat perhatian Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setelah sekian lama hak mereka dinafikan Kerajaan Umno-BN dahulu.
Penduduk mendakwa sebelum ini, pemimpin-pemimpin Umno-BN dahulu yang bertukar ganti sering berjanji untuk memberi hak milik menjelang pilihanraya.
Tetapi apabila pilihanraya berlepas, janji itu tidak ditunaikan.

Pengerusi penduduk, Redzuan Dahlan, 63, berkata rata-rata penduduk di kampung terbabit merupakan peneroka asal sejak tahun 1973.
Sebelum ini katanya, kebanyakkan penduduk memberi kepercayaan penuh kepada pentadbiran Umno-BN lalu. Tetapi kini tidak lagi.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membantu penduduk. Kami penduduk sangat terharu dan gembira dengan pemberian ini," katanya ketika ditemui.
Walaupun sangat teruja, beliau juga berasa sedih.

Ramai penduduk kampung yang sudah lama mengejarkan tanah itu tidak sempat menikmati keistimewaan hari ini kerana sudah meninggal dunia.
Majlis Penyerahan Geran Hak Milik itu di sampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadir sama Exco-exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi, Adun Meru, Dr Rani Osman dan MP Kapar, S Manikavasagam.
Turut disampaikan dalam Majlis Program Terima Kasih Rakyat Daerah Klang itu ialah kelulusan Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepada penduduk Jalan Kenangan dan Jalan Benteng.

Abdul Khalid juga menyerahkan sijil Skim Pinjaman ASB negeri dan menyampaikan bantuan pendidikan sebanyak RM250,000 kepada Sekolah Menengah Chung Hua.
Penduduk Jalan Kenangan, Hamdan Bakri, 43, berkata seramai 67 orang menerima kelulusan TOL.
Kebanyakkan yang menerima merupakan waris yang tinggal di kawasan tanah milik ibu bapa mereka sebelum ini.

Beliau berkata beliau kesal apabila pimpinan kerajaan terdahulu menabur pelbagai janji kosong untuk membantu pemohon namun janji tinggal janji.

"Setiap kali menjelang pilihan raya umum parti politik tertentu sering kali memainkan isu ini dan berjanji untuk menyelesaikannya.

"Demi meraih undi dan sokongan namun itu, hanyalah omong kosong semata-mata," katanya.
Hamdan berkata beliau bersyukur kerana penantian itu berakhir dan perjuangan untuk generasi ketiga itu tercapai.

"Kita akan usahakan untuk mendapatkan geran hak milik selepas ini.
"Tindakan Kerajaan Negeri ini kita nampak ketulusannya. Tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana prihatin dan mentadbir negeri Selangor dengan baik," katanya.

UNISEL memBAKAU ditempuh gelora

Posted: 19 Jun 2012 08:52 AM PDT

Pelajar UNISEL Menangi Anugerah Terbaik Industri


KLANG, 15 JUN : Universiti Selangor (UNISEL) terbukti melahirkan pelajar-pelajar berkualiti dan diiktiraf seluruh Malaysia selepas dua orang pelajarnya berjaya menerima anugerah dalam bidang industri masing-masing.

Sufi Habibullah Roslan, 24, pelajar Ijazah Kejuruteraan Mekanikal diberi penghargaan oleh Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), badan profesional bidang itu, di Majlis Anugerah 2012 kali ke-53 IEM baru-baru ini.

Beliau mendapat keputusan Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) cemerlang serta kejayaan projek tahun akhir yang melayakkannya menerima pingat emas IEM.

Sufi ketika ditemui berkata, UNISEL berjaya mewujudkan suasana pembelajaran menarik kerana dibantu oleh barisan pensyarah-pensyarah berkualiti.
"Ini bukan kejayaan saya seorang tetapi seluruh warga UNISEL perlu merasa bangga kerana ini membuktikan universiti ini mampu melahirkan graduan-graduan yang berjaya," katanya.
Sementara itu, Kerajaan Selangor berbesar hati memberikan sumbangan penghargaan di atas usaha yang dipamerkan kedua-dua pelajar terbabit.

Penyampaian sumbangan dilakukan Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di iringi Pemangku Naib Canselor UNISEL, Prof Dr. Anuar Ahmad bersama barisan Exco Selangor di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Kerayong, Kapar hari ini.

Seorang lagi pelajar, Berjilia Jun Im Kin, 24, menerima Anugerah Pelajar Akauntan Terbaik UNISEL daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) bersama 11 wakil universiti-universiti lain di Malaysia.

Beliau yang berasal dari Sri Aman, Sarawak juga menerima Anugerah Dekan selama lapan semester berturut-turut kerana mendapat PNGK 3.8 sepanjang pembelajarannya di UNISEL.

Katanya, UNISEL merupakan salah sebuah universiti yang terbaik di Malaysia kerana mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang masing-masing.
"Walaupun terdapat banyak universiti lain di Malaysia, saya memilih UNISEL untuk menimba pengalaman berdikari untuk mencapai cita-citanya," katanya.

ISA DAPAT PERINTAH MAHKAMAH TIDAK BOLEH SERTAI MESYUARAT FELDA

Posted: 19 Jun 2012 03:27 AM PDT

Mahkamah benar cabar Isa sebagai pengerusi KPF

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan peneroka Felda bagi mencabar Tan Sri Isa Samad dari menjadi pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi itu.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim mendapati kes itu mempunyai merit dan menolak semua bantahan awal dari peguam Isa, kata Peguam Mohamed Hanipa Maidan.

Oleh itu, Hakim itu membuat keputusan dalam kamarnya untuk membenarkan judicial review dan membenarkan sekatan sementara ke atas Isa sebagai ahli KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi.

"Oleh itu, Mohd Isa tidak boleh menyertai mesyuarat esok," kata Hanipa kepada wartawan.

Sumber: Harakahdaily

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE


Ucapan menjunjung kasih ke atas Titah DYMM Sultan Johor 18 Jun 2012

Posted: 19 Jun 2012 06:22 AM PDT


Ucapan menjunjung kasih ke atas Titah DYMM Sultan Johor sempena Perasimian  Penggal Kelima Dewan Negeri ke-12 oleh YB Dr. Boo Cheng Hau, ADUN Skudai memerangkap Ketua Pembangkang pada 18 Jun  2012

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Saya ingin mengambil bahagian untuk membahaskan usul menjunjung kasih ke atas Titah DYMM Sultan Johor sempena pembukaan rasmi Penggal Kelima Dewan Negeri Johor kedua belas.

Sayai ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia  Tuanku kerana sudi menyampaikan Titah  Baginda kepada Dewan yang mulia ini pada 14 Jun.

Y.B. Dato' Speaker,

Dalam empat bulan   pertama tahun ini Negeri Johor telah mencapai pelaburan  RM 2.4 bilion berbanding dengan seluruh MALAYSIA yang memperolehi pelaburan berjumlah RM17.9 bilion.
Daripada jumlah itu RM7.8 bilion adalah pelaburan langsung asing (FDI), manakala bakinya RM 10.1 bilion adalah pelaburan domestik.
Johor mangambil tempat ketiga iaitu jumlah pelaburan RM 2.4 bilion di belakang Sabah RM 4.7 bilion dan Selangor RM 4.5 bilion.  Sebenarnya Johor dan Iskandar Malaysia belum mencapai potensi maksimum untuk menarik pelaburan asing dan domestik.

Yang Berhormat Dato Speaker,
Menurut statistik yang dibekalkan oleh MIDA, pada tahun 2011, menurut nilai pelaburan, Penang dapat menarik pelaburan yang paling tinggi iaitu  RM9.1 billion, Selangor (RM8.7 billion), Sarawak (RM8.5 billion), Johor (RM6.6 billion) and Kedah (RM6.1 billion).
Jelasnya pada tahun 2011, 3 dari 5 negeri yang mendapatkan pelaburan yang paling tinggi adalah negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Saya yakin jika pada masa akan datang  Negeri Johor ditadbir oleh Pakatan Rakyat,  Iskandar Malaysia akan menjadi tumpuan pelaburan domestik dan asing yang paling hangat jika berbanding dengan negeri lain.

Yang Berhormat Dato Speaker,
Iskandar Malaysia terpaksa bersaing dengan  wilayah pembangunan lain termasuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Sabah Corridor of Renewable Energy, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Koridor Pembangunan Sabah.
Menurut Statistik MITI, pada tahun 2011, Wilayah Ekonomi Koridor utara Berjaya menarik pelaburan sejumlah RM 15.3 bilion   , Sarawak Corridor of Renewable Energy (RM8.2 billion), Iskandar Malaysia (RM5.7 billion), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (RM4.6 billion) and Sabah Development Corridor (RM900 million).
Maka masih ada lagi ruang untuk Negeri Johor dan  Iskandar Malaysia mencapai tahap pelaburan domestik dan asing yang lebih cemerlang berbanding dengan negeri lain dan wilayah pembangunan ekonomi lain.

Kenapa tiga-tiga negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kedah menjadi negeri paling popular untuk pelaburan asing? Mengapa Wilayah Ekonomi Koridor Utara menarik pelaburan yang paling tinggi berbanding dengan Iskandar Malaysia?

Yang Berhormat Dato Speaker,
Perubahan dasar-dasar kewangan kerajaan bertujuan meyakinkan para pelabur adalah amat mustahak. Jika tidak, pelabur asing  akan meninggalkan Negara ini. Menurut statistik dari Jabatan Perangkaan, pada suku pertama tahun ini, FDI yang keluar dari Negara ini RM 16.91 bilion adalah dua kali ganda  FDI yang memasuki Negara ini iaitu RM 7.48 bilion.
Oleh yang demikian, keadaan ini  amat merisaukan kerana FDI bersih yang keluar dari Negara ini adalah RM 9.43 bilion pada suku tahun  pertama tahun ini berbanding dengan kehilangan FDI bersih sebanyak RM 10 bilion pada tahun 2011.
Adalah dijjangka FDI tahun ini akan merosot berbanding dengan tahun lalu. Maka keberkesanan ETP atau Program Transformasi Ekonomi  yang diheboh-hebahkan untuk menarik pelaburan asing langsung  amat diragui.

Yang Berhormat Dato Speaker,
Kekurangan ketulusan dasar kewangan masih menjadi halangan kepada kedatangan pelaburan asing secara besar-besaran. Contohnya, setakat ini SPRM belum mengambil tindakan kepada tuduhan terhadap bekas CEO Iskandar Investment Berhad  yang disyaki terlibat dalam penyelewengan  dalam proses memberikan projek infrastruktur GLC berkenaan.
Keberkesanan SPRM menyelesaikan kes-kes  penyelewengan pengurusan GLC amat mustahak untuk menyakinkan para pelabur bahawa kerajaan berazam untuk menwujudkan dasar-dasar kewangan yang tulus.

Yang Berhormat dato Speaker,
Malangnya jika SPRM dan kerajaan gagal mengambil tindakan atau memberikan jawapan yang memuaskan terhadap kes penglibatan bekas CEO  IIB  dalam penyelewengan mengurniakan projek infrastruktur, ini telah menghakiskan keyakinan para pelabur khasnya pelabur asing terhadap Iskandar Malaysia.
Oleh itu, salah satu sebab kedatangan FDi tidak begitu memuaskan seperti yang dijangka adalah disebabkan kerajaan kekurangan keazaman untuk menegaskan dasar kewangan yang lebih tulus.

Yang Berhotma Dato Spekaer,
Pemberian kontrak GLC atau kerajaan oleh pihak  terbabit kepada ahli keluarga sendiri, mendapatkan sogokan daripada kontraktor adalah tuduhan yang serius. Jika kerajaan  membiarkan isu sedemikian tanpa sebarang tindakan proaktif, kerajan akan dianggap seolah-olah membenarkan tindak laku sedemikian terus berlaku, para pelabur akan menjauhi dari Iskandar Malaysia malahan negara ini.

Budaya Toleransi sifar terhadap rasuah mesti dipupuk jika kita menghargai pelaburan asing dan domestik. Demi mengelakkan FDI seterusnya meninggalkan Negara ini, kes-kes melibatkan CEO GLC sepatutnya dibicara di makahmah.

Yang Berhormat Dato Speaker,
Pada pandangan para pelabur: Jika RM 256 juta wang projek lembu boleh digunakan untuk membeli  3 buah kondominium yang bernilai RM 45 juta di Anthony Road, Orchard Scotts, Singapura, apatah lagi rasuah tidak akan dilakukan oleh mana-mana ketua GLC atau Menteri lain di negara ini?
Jangalah kita hidup dalam penyakit "Denial Syndrome" kerana  para pelabur akan menjauhi dari Negara ini termasuk Iskandar Malaysia jika kita tidak meperbaiki isu rasuah menteri-menteri kita.

Yang Berhormat Dato Spekaer,

Untuk mengelakkan peyelewengan dalam proses memberikan projek infrastruktur kerajaan, tidak ada kaedah selain dari pemberian kontrak kerajaan dan GLC secara tender terbuka yang akan menglibatkan syarikat swasta setempat dan  syarikat antarabangsa. 
Pemberian kontrak kerajaan secara tertutup akan menghakiskan  keyakinan para pelabur asing dan domestik. Contohnya, pemberian projek menaiktaraf Lebuhraya Johor Bahru-Pasir Gudang dari 4 lorong ke 6 lorong dan Projek Menaik taraf  Lebuhraya Muar-Tangkak-Segamat Pakej 1B secara tender tertutup lagi menghakis kepercayaan dan keyakinan para pelabur asing terhadap Iskandar Malaysia keranan kerajaan kekurangan keazaman untuk menwujudkan dasar kewangan yang tulus.
Sebenarnya, menurut garis panduan Kementerian Kewangan, Cuma projek-projek bernilai RM 5 juta ke bawah diizinkan tender terhad tetapi projek menaiktaraf Lebuhraya Muar-Tangkak-Segamat Fasa 1B dan Lebuhraya Johor Bahru-Pasir Gudang telah diluluskan tender sebanyak RM 150 juta dan RM 148 juta masing-masing secara tender tertutup.

Yang Berhormat dato Speaker,
Para pelabur termasuk asing dan domestik mesti bertanya-tanya:  kenapa projek bernilai berjuta-juta ringgit ditender secara tertutup?
Bagaimanakah mereka boleh diyakinkan bahawa keputusan JKR dalam dua-dua projek ini adalah tulus dan adil?
Saya difahamkan bahawa kontrak projek menaiktaraf Lebuhraya Fasa 1B Muar-Tangkak-Segamat ditawarkan di antara 5 kontraktor sahaja secara tertutup tetapi garis panduan kementerian kewangan menghendaki sekurang-kurangnya 10 kontraktor menglibatkan diri.
Malahan saya juga difahamkan projek menaiktaraf Lebuhraya Pasir Gudang bukan ditawarkan kepada harga tender yang paling rendah di antara 6 buah syarikat yang menceburi tender manakala sekurang-kurangna 10 buah syarikat bumiputera dikehndaki untuk mnglibatkan diri dalam tender terhad.
Jika tender bukan diluluskan kepada kontraktor menewarkan  tender terrendah walaupun secara tertutup, kenapa hendak ditender pula? Tender projek tidak boleh dipersendakan sebab ianya akan menjejas keyakinan para pelabur.  
Yang Berhormat dato Speaker,
Para pelabur bukannya bangang tetapi mempunyai maklumat terperinci untuk menentukan tempat pelabruan mereka. Maka FDI bersih keluar dari Negara ini pada suku tahun pertama tahun ini sejumlah  RM 16.91 bilion, yakni dua kali ganda  FDI yang memasuki Negara ini iaitu RM 7.48 bilion.
Oleh itu, SPRM sewajarnya membuktikan kewibawaan dan integritinya selepas Kes Teo Beng Hock yang dikatakan menglibtakan  RM 2 ribu sahaja, kes-kes disyaki menglibatkan jutaan ringgit termasuk bekas CEO Iskandar Investment Berhad, projek-projek  infrastruktur dan  lebuhraya yang disyaki diberikan dalam peti hitam perlu disiasat, dan dikenakan tindaksan serta berjawab kepada kalangan awam dan Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat dato Speaker,
Jika Iskandar Malaysia ingin mencapai tempat tumpuan pelaburan asing yang paling hangat, selain dari projek  kerajaan ditawar secara tender terbuka kepada bukan sahaja para pelabur domestik bahkan kepada pelabur asing. Para pelabur setempat perlu menghapuskan pemikiran "business tribalism" atau "Tribalisme dalam bidang bisines".  
Jika parti politk berasaskan kaum disifat sebagai 'political tribalism' atau "tribalisme politik', malangnya bapa borek anak rintik, (agknya susah) untuk kita menyatukan bidang bisnes tanpa kira kaum barulah satu kaedah yang paling fektif untuk kita mempelapori pasaran antarabangsa. .
Para pelabur telah mangkaji keadaan bisines dan politik dalam negeri sebelum membuat keputusan sama ada melabur di Iskandar Malaysia atau tidak. Minda politik dan bisines yang terbuka dan tidak berasaskan tribalism adalah amat penting untuk menarik pelaburan ke Iskandar Malaysia dan justeru membangun Negeri Johor ke tahap Negeri maju.
Yang Berhormat Dato Speaker,
Dewan-dewan peniaga berasaskan kaum sepatutnya digabung semula di bawah satu entiti terbaru serta mempelapori pasaran antarabangsa dengan konsep "blue sea tactic", Negeri Johor sepatutnya  menjadi idaman negeri lain dengan mengambil langkah-langkah yang berani, khasnya membuang minda tribalisme dalam cara kita berniaga, untuk memajukan Iskandar Malaysia dan Negeri Johor.
Perpaduan semua kalangan masyarakat khasnya dunia bisines amat genting untuk meyakinkan para pelabur bahawa kita bersedia bersaing di arena antarabangsa.  Maka projek-peojek kerajaan boleh dibuka kepada pelabur setempat dan asing secara terbuka untuk meyakinkan mereka Iskandar Malaysia berazam untuk berubah serta memerangsang pertumbuhan FDI di Iskandar Malaysia.

YB Dato' Speaker,
Saya baru-baru ini atas jemputan penduduk setempat Pengerang telah menunjungi tapak RAPID dan merasai ketidakpuasan penduduk di Pengerang di mana kampong halaman mereka akan dihapuskan.
Projek RAPID di Pengerang telah mencetuskan beberapa kontrovesi sebab para penduduk dan nelayan terbabit tidak diberikan rancangan penempatan semula tempat kediaman dan pekerjaan mereka pada jangka masa panjang.
Rancangan RAPID yang kurang sempurna bukan sahaja akan membawa impak negatif politik, malahan  rezeki 28 ribu penduduk akan lenyap termasuk peladang, nelayan, pengusaha akuakultur, pengusaha eko-pelancongan, pengusaha hotel, rumah tumpangan dan sebagainya.
(Tapi, tadi bila ditanya EXCO yang berkenaan, beliau pun tad tahiu apa rancangan yang terpeeinci untuk membantu penduduk di Pengerang).
Selain itu, isu pengambil tanah mesti ditangani dengan adil dan kerja menglibatkan RAPID mesti professional. Saya difahamkan tanah miliki syarikat Robert Kok di Sungai Kapal  telah diceroboh seluas 6,000 meter persegi sewaktu kerja penambakan laut dilakukan. Peristiwa ini memang menggelikan hati sebab tanah syarikat Robert Kok  sebagai seorang penasihat kepada IRDA telah diceroboh atas kesilapan juruukur syarikat terbabit dalam RAPID.
Kesilapan ini walaupun nampaknya remeh temeh  tetapi  kesilapan kurang profesyenal ini tentu akan menggugat keyakinan  pelabur asing dalam sektor industri berkenaan justeru kerajaan sepatutnya bertanggungjawab memberikan maklumat terperinci berkenaan penempatan semula sekolah-sekolah, tempat ibarat, temapat kediaman dan pekerjaan.
Yang Berhormat Dato Speaker,
Walaupun projek RAPID bermula tanpa menjamin rezeki dan masa depan para penduduk dan kampong halaman mereka akan dihapuskan begitu sahaja, kerajaan (Barisan Nasional) terlalu yakin mereka akan memenangi kawasan Parlimen Pengerang dan DUN Tanjung Surat. Nampaknya YB Tanjung Surat senyum dan relak sahaja walaupun kampung-kampung tradisional dan tapak perkuburan Islam dan Tionghua dimushnahkan tanpa pelan jelas penempatan semula.
Seorang penduduk Teluk Empang, Hong Thian Hwa, mengadu tapak kubur nenek moyangnya sejak tahun 1935 telah dikorek oleh kontraktor tanpa sebarang notis diberikan kepada keluarganya. Kekurangan kepekaan pihak kontraktor dan kerajaan kepada adat istiadat penduduk setempat adalah amat mengejutkan.
Tambahnya tanah perkuburan Tionghua Kampung Jawa bersejarah lebih 150 tahun mempunyai 3000 tanah kubur; Jawtankuasa tanah kubur berkenaan amat geram terhadap kegagalan kerajaan memberikan maklumat yang jelas berkenaan tapak penempatan baru dan pampasan. Oleh itu,  mereka enggan memindahkan tapak kubur berkenaan sehingga     kerajaan menentukan penyelesaian yang lebih munasabah.
Saya juga dimaklumkan bahawa tiga-tiga tanah perkuburan Islam di Kawasan Pengerang iaitu Teluk Empang, Langkah Baik dan Kpg Keluarga Hj Ahmad telah diberhentikan operasi dan tapak baru perpindaan belum ditentukan lagi. Kalangan Umat Islam berasa kecewa sebab kerajaan belum ada tapak baru yang tentu untuk mereka menguburkan mayat kematian baru.
Yang Berhormat Dato Speaker,
Rancangan perpindahan sekolah-sekolah, tempat ibarat Tonghua dan masjid pun tidak ada pelan yang konkrit.  Contohnya, SJK(C) Pei Cheng, Kampung Baru Rangkaian Jawa dibina dengan perbelanjaan RM 1.1 juta . Setakat ini Kementerian Pelajaran belum memaklumkan sebarang rancangan yang konkrit untuk menempatkan semula sekolah itu, termasuk siapa yang akan menanggung pembinaan sekolah baru di tapak baru?
Seseorang nelayan diberikan "wang saguhati atau Ang Pao"  di antara RM 15-30 ribu. Amuan wang saguhati ini tidak akan meyelesaikan permasalahan kehingan rezeki para nelayan; maka kerajaan negeri gagal menjaminkan masa depan para nelayan d Pengerang. Para penduduk berasa tercicir sebab kerajaan setakat ini tidak prihatin kepada  mereka yang telahs mengalami kehilangan rezeki selepas pelancaran projek RAPID.

Yang Berhormat Dato Spekaer,
Jelasnya projek RAPID akan membawa maanfaat kepada segelintir elit kaya tetapi menghapuskan rezeki dan kampung halaman 28,000 penduduk Pengerang.  Walaupiun pihak berkenaan menjanjikan pampasan RM 2 setiap kaki persegi untuk tapak kediaman  yang akan diambil oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah, tetapi amaun pampasan tersebut tidak diterima oleh para penduduk kerana terlalu sdkit memandangkan hak milik tanah mereka adalah pajakan bebas dan pajakan  99 tahun. Penduduk juga tidak puas hati rumah-rumah baru di Punggai sebab lebih kecil berbanding dengan rumah kampung yang mereka menduduki sekarang;

Yang Berhormat Dato Speaker,
Walaupun projek RAPID ini pada jangka masa pendek mendatangkan faedah ekonomi kepada segelintir elit kaya,  tetapi akan menghapuskan industri tradisional termasuk sektor perladangan, perikanan, perusahaan akuakultur,  eko-pelancongan, perhotelan dan sebagainya;  sebelum ini kerajaan telah gagal mempertingkatkan indutri-industri mesra alam sekitar ini tetapi menggantikan industri minyak dan gas yang akan menjejaskan alam sekitar di Pengerang.

Yang Berhormat Dato Speaker,
Isu RAPID menglibatkan isu alam sekitar, ekonomi dan politik. Biarlah ahli politik dan NGO memperbahaskan penyeleisaian untuk meyelamatkan masa depan penduduk kawasan Pengerang. Kerajaan gagal memodenkan industri-industi aal khasnya akkuakultur dan pelancongan setakat ini tetapi di sebaliknya  membangunkan projek RAPID yang dikatakan bernilai RM 6 bilion kepada elit kaya segelintir. Faedah kepada penduduk setempat masih tidak menentu.

Maka kegagalan kerajaan memberikan maklumat dan rancangan penempatan semula kediaman dan pampasan yang memuaskan telah menjejaskan imej keberkesanan kerajaan pada jangka masa panjang akan membawa kesan buruk kepada pembangunan Iskandar Malaysia.

Yang Berhormat Dato  Speaker,

Keberkesanan dan keprihatinan PBT amat mustahak sebab infrastruktur tempatan yang bersih, kemas dan teratur akan lagi meyakinkan para pelabur dan penduduk setempat. Kita memerlukan khsanya PBT-PBT menghadapi dengan izinnya, Paradigm Shift dalam minda kita.

Baru-baru ini MPJBT menjalankan kerja penurapan baru jalan-jalan raya di Taman Ungku Tun Aminah. Para penduduk mengalu-alukan kerja penurapan baru berkenaan tetapi kerja yang dijalankan semasa waktu sibuk siang telah memndatangkan kesesakan lalu lintas yang tidak diingini.

Maka PBT sepatutnya mengarahkan kontraktor supaya menjalankan kerja penurapan waktu malam dan awal pagi untuk mengelakkan kesesakan trafik pada waktu sibuk. Walaupun ini merupakan perkara yang remeh, tetapi juga menunjukkan PBT kita masih memerlukan sikap yang lebih prihatin kepada kehendak pelanggan termasuk penduduk setempat dan pelabur asing. Jika PBT kurang peka kepada perkara yang remeh sebegitu, bagaimana PBT dapat melayan kehendak pelabur asing yang lebih tinggi khasnya kepada keberkesanan PBT untuk meluluskan projek-projek pembagunan di Iskandar Malaysia.
Yang Berhormat Dato Speaker,
Penduduk Taman Damai Jaya telah memohon MPJBT untuk mendirikan padang bola sepak di Jalan Aman 3 sebab tapak lama telah ditentukan untuk pembinaan sekolah agama.  Walaupun Taman Damai Jaya mempunyai Stadium Mini Futsal berbayar, para penduduk  dan kelab-kelab bola sepak masuh memerlukan padang bola sepak terbuka untuk berlatih sebab mereeka dikenakan pembayaran RM 60 satu jam (untuk menggunakan Stadium Mini Futsal).

Yang Berhormat Dato Speaker,
Saya telah beberapa kali cuba berjumpa dengan Pegawai Daerah Johor Bahru untuk memperbincangkan beberapa aduan penduduk. Malangnya bukan sahaja saya gagal hendak mendaptkan temujanji (melalui sms dan panggilan telefon), malahan kerani pun tidak ada pada waktu kerja termasuk sesi pertemuan rakayat oleh ketua Jabatan pada petang hari khamis yang ditentukan oleh Menteri besar beberapa tahun dahulu. Pada suatu pagi, jam 11, bukan sahaja DO  tidak ada dalam pejabat malahan keraninya pun dikatakan "telah pergi minum".
Adakah sikap ini sikap yang betul bagi mana-mana Jabatan kerajaan? Bolehkan kita meyakinkan para pelabur dengan sikap bekerja Ketua Jabatan sedemikian?
Yang Berhormat Dato Speaker,
Jika kita ingin menjayakan Iskandar Malaysia ,kita terpaksa berubah sikap dan menghadapi satu Paradigm Shift dalam minda kita semua lapisan masyarakat supaya lebih prihatin kepada kehendak dan persaingan di arena antarabangsa.

Sekianlah ucapan perbahsan saya, terima kasih.
  
`




Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Perasmian Sekolah KAFA Integrasi Al-Mubarak, Seksyen 8, Kota Damansara

Posted: 19 Jun 2012 05:21 PM PDT

Philosophy Politics Economics

Philosophy Politics Economics


PAC Dragging Its Feet?

Posted: 19 Jun 2012 05:52 PM PDT

PAC gets yellow card for 'wasting time'
S Pathmawathy
12:30PM Jun 19, 2012

Petaling Utara MP Tony Pua has questioned the Public Accounts Committee's (PAC) motives in re-evaluating its decision on probes into four financial scandals, and has renewed the accusation that this is a delay tactic.

"I don't understand why the PAC can't just immediately set a date to summon the officers and management of the agencies and companies we want to investigate," he told Malaysiakini.

"We've already discussed and agreed on the cases during our meeting on March 5. Why the need for another housekeeping meeting (tomorrow)?"

The four matters involve close to RM9 billion of government expenditure:

- The RM250 million government soft loan to the National Feedlot Centre (NFC) project

- The Highly confidential out-of-court settlement between Malaysia Airlines former boss Tajudin Ramli and Pengurusan Danaharta Bhd over his RM589 million debt

- 1Malaysia Development Bhd's RM3.5 billion 'dubious' investments in Petrosaudi

- The higher cost of constructing the permanent low-cost carrier terminal in Sepang, which has ballooned from RM2.2 billion to RM3.9 billion

The meeting scheduled for tomorrow morning will debate whether the PAC should follow through its investigations, Azmi Khalid (right) had told reporters last week.

This is because Dewan Rakyat speaker Pandikar Amin Mulia had "advised" the panel to discontinue its probe into matters that are currently before the courts.

This is contrary to Azmi's earlier assertion that committee is not "completely barred" from investigating the controversies.

'Start with three cases'

Pandikar had expressed reservations about the probes into the NFC project and Tajudin's deal.

However, the Pakatan MPs (right) on the bipartisan PAC had waved off the speaker's objections, explaining that the committee would only question government agencies on the disbursement of funds, which will not amount to sub judice.

Pua said there is a possibility of "an intentional attempt to delay matters" in light of the looming general election, which must be called by April next year.

"Why waste another meeting? Also, why can't we call others - KLIA2, 1MDB and Tajuddin - if he (Azmi) doesn't want to proceed with NFC?

"Why is everything else stuck just because of NFC?" he asked

FGVH IPO: Settler's Income Cannibalised

Posted: 19 Jun 2012 08:44 AM PDT

Felda Palm Industries Sdn Bhd (FPI) is a palm oil processing company which purchases from Felda Plantations as well as other oil palm plantation companies, and processes them into Crude Palm Oil (CPO) for sale to refineries, traders and other users.

FPI is company where Koperasi Permodalan Felda (KPF) has a 64.7% effective stake.  Based on FPI's latest available audited accounts, it made RM9.5 billion and RM204 million in revenue and profits respectively in 2010. More specifically, FPI sold 3.0 million metric tonne of CPO for RM8.1 billion during the year.

However, based on the FGVH prospectus, FPI has been forced to sign a concession contract on 1 March 2012 with FGVH where all CPO produced by FPI, except a small quantity used by FPI's own subsidiaries will be sold only to FGVH.

The above arrangement is clearly to enable FGVH to earn a margin from the sale of CPO to the final customers. FGVH adds no value to the entire process except to cannibalise part of the profits which would otherwise have been attributable to FPI.  As highlighted in the FGVH prospectus, FGVH "resells all of this CPO to third-party customers, such as refiners and traders in
Malaysia and abroad, to our joint ventures…" (pp 184)

Assuming just a mere 5% margin in sales price earned by FGVH, it is in essence a loss of profit amounting to RM405 million to FPI.

The biggest loser will hence be KPF which owns 64.7% of FPI but does not even own a single share in the soon-to-be-listed FGVH. KPF which is 70% owned by Felda settlers, with the balance owned by Felda employees, is the entity set up in 1980 to become a savings and investment trust for Felda members.  Its intent was to give a fair opportunity to Felda members to take part in equity ownership of companies set up by FELDA.

This is on top of the fact that 355,864 hectares of the Government's FELDA land previously managed by another KPF subsidiary, Felda Plantations Sdn Bhd, has been ceded to FGVH for 99 years.  The transfer of the above land will boost FGVH profits by RM680 million annually based on 2011 financial performance.

Hence it is clear that in order to inflate the profits of FGVH and the attractiveness of its shares to potential investors, the Government has sacrificed the interest of Felda settlers represented by KPF by robbing them of income which they've enjoyed all these years.

We call upon the Government not to shortchange KPF and the FELDA settlers.  The RM15,000 "durian runtuh" amounting to a total of RM1.69 billion does not even come close to the loss of income for KPF and the settlers for the next 99 years as a result of the above one-sided deals.

SERVANTHOOD

SERVANTHOOD


冻结土地说法不存在,质疑永久地契之说法

Posted: 19 Jun 2012 05:01 AM PDT

针对霹雳州国阵行政议员拿督马汉顺昨天指责倪氏兄弟关于冻结租借冷水河土地的指控显示出马华已经没有课题可以攻击民联,所以被逼炒冷饭,对拿督倪可汉和倪可敏进行莫须有的指控,以达到让人民误以为马华是真心为人民服务的假象。
原任高级行政议员拿督倪可汉今日发文告说,其实冻结租借土地课题完全不存在。当年前首相敦阿都拉访问冷水河时宣布把土地租借给当地农民10年,民联在霹雳州执政时认为应该给冷水河农民99年地契。无奈,在进行土地评估时发生了国阵以不民主的方式硬生生把霹雳州政权抢过来,成立了非法政府,使到评估工作中止。因此,马汉顺应该交代为何需要等到迟至三年后,大选将近时才宣布30年分10阶段来租借有关土地给农民的政策比民联还逊色时,还要攻击民联。如果国阵政府都需要三年才来租借有关土地,相信做事更有效率的民联如果还握有政权肯定可以更快进行土地评估工作,发出99年地契给当地农民。

质疑永久地契之说法,本身也中招

最近,倪可汉也接到村民投诉在更新地契时只得到60年地契。马汉顺对外宣布他们的'永久地契'是更新10次99年地契,但好多村民包括倪可汉本身也在更新地契时只得到60年地契。另外,人民在还政府地价(premium)时只得到50%折扣反而不如民联在执政时给予高达80%折扣。这两件事情显示出国阵是一个没有诚信的政府,他们可以高调宣布虚有其名的政策,但暗地里却使用巫统的老旧政策,让霹雳州的发展倒退比308之前还不如。倪氏相信国阵的'永久地契'只是谎言,马汉顺应该解释马华公会和他是否有份和巫统一起通过照回前朝60年地契和50%折扣政策。






实兆远州议员
拿督倪可汉

Nuffnang