Selasa, 8 Mei 2012

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


TRIBUNAL MEMECAT PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI SPR

Posted: 08 May 2012 02:52 AM PDT

KEADILAN MULAKAN TINDAKAN MENGIKUT PERLEMBAGAAN UNTUK MEWUJUDKAN TRIBUNAL MEMECAT PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI SPR
Pendedahan yang dibuat oleh Setiausaha Agong KEADILAN, Dato'Saifuddin Nasution Ismail bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah ahli Umno mempunyai kesan yang besar di sisi Perlembagaan Persekutuan.
Bukti yang dikemukakan oleh Dato' Saifuddin Nasution Ismail mengenai keanggotaan Tan Sri Abdul Aziz Yusof di bahagian Umno Ampang sehingga kini tidak disanggah. Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula mengaku secara terbuka beliau pernah menjadi ahli Umno. Sejak pendedahan dibuat dua minggu lalu, kedua-dua mereka tidak pernah menyatakan bahawa mereka telah membatalkan keanggotaan mereka.
Peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai perlantikan dan keanggotaan SPR adalah jelas seperti termaktub di dalam Perkara 114, terutamanya Fasal 2 dan Fasal 4A seperti berikut:
(2) Pada melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.
(4A) Sebagai tambahan kepada apa-apa kehilangan kelayakan yang diperuntukkan di bawah Fasal (4), pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu jika selepas tiga bulan pelantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu dia ialah atau menjadi anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau urusan, mana mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersil, perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.
Dengan syarat bahawa kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan anggota itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya.
Keanggotaan kedua-dua pegawai tertinggi SPR ini di dalam sebuah parti politik secara jelas melanggar Perkara 114, Fasal 2 dan Fasal 4A. Apatah lagi apabila kedua-dua mereka mengaku menjadi ahli atau tidak menafikan mereka pernah menjadi ahli.
Tuntutan yang dikenakan oleh Perkara 114 adalah jelas; iaitu dalam masa tiga bulan dilantik ke jawatan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi SPR, mereka perlu menarik diri dari semua badan yang termaktub di bawah Fasal 4A dengan membatalkan keahlian mereka. Sebagai pegawai tertinggi SPR, kecuaian mereka tidak menyemak dan membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar yang melanggar peruntukan Perlembagaan.
Oleh yang demikian, KEADILAN akan memulakan tindakan bersesuaian dengan Perlembagaan untuk memecat kedua-dua mereka dari SPR. Mengikut peruntukan Perlembagaan, sebuah tribunal perlu ditubuhkan untuk membicarakan kecuaian dan pelanggaran peruntukan Perlembagaan seperti yang didakwa seterusnya mengambil tindakan memecat kedua-duanya jika didapati bersalah.
KEADILAN akan menulis secara rasmi kepada Dato' Seri Najib Tun Razak bagi menggesa penubuhan tribunal ini. Surat rasmi ini akan diserahkan secara tangan ke Pejabat Perdana Menteri Khamis 10 Mei 2012 ini.
Kebebasan pilihanraya umum akan datang bergantung kepada kredibiliti SPR. Maka, Dato' Seri Najib sewajarnya tidak melengah-lengahkan penubuhan tribunal ini.
YB SIVARASA RASIAH, AHLI PARLIMEN SUBANG
MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN
8 MEI 2012

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


`Islamic City` Cetusan Idea Dato` Menteri Besar Selangor - Merasmikan

Posted: 08 May 2012 05:00 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


SATU TITIK HITAM BUAT GENERASI MENDATANG PERIHAL KEPENTINGAN MELAYU DI"SABOTAG" OLEH UMNO

Posted: 08 May 2012 10:52 PM PDT


 Bahasa Melayu memang kaya dengan peribahasa. Sebagai contoh, peribahasa durian runtuh mempunyai sekurang-kurang tujuh peribahasa lain yang membawa maksud yang sama iaitu mendapat keuntungan tanpa bersusah payah. Tanah FELDA yang peneroka miliki sekarang mungkin diperolehi secara percuma tetapi telah dibangunkan oleh peneroka dengan titik peluh tulang empat kerat generasi pertama  peneroka FELDA di seluruh negara zaman YAB Tun Razak sebagai PM. Begitu juga dengan lain-lain polisi kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru yang pada dasarnya ingin menaikkan taraf hidup serta ekonomi kaum bumiputera.

 Apa  salahnya mengagihkan sumber negara kepada rakyat sendiri. Kenapa tidak menyalurkan kekakyaan negara kepada rakyat negara ini. Dengan kata lain, merakyatkan ekonomi negara yakni mengembalikan balik pendapat serta hasil mahsul negara kepada warganegaranya. Pemimpin sekadar diamanahkan untuk mengurustadbir negara. Harta serta pendapatan negara bukan milik mana-mana individu atau parti politik..Harta serta pendapatan sesebuah negara bukan hak mutlak negara tersebut tetapi milik mutlak Sang Pencipta alam ini.

Peneroka FELDA telah disebut-sebut untuk menerima kononnya durian runtuh RM15 ribu dibayar tiga kali, Generasi FELDA pertama mungkin rata-rata tidak memiliki segulung diploma atau ijazah tetapi anak-anak peneroka ramai yang telah keluar dengan cemerlang dari menara gading dalam atau luar negara. Generasi kedua ini jika dikira dari segi pencapaian akademik memang hebat-hebat belaka seperti Pengarah Urusan Syarikat Puncak Niaga. Terfikirkah anak-anak peneroka FELDA apa yang disebuat oleh PM Malaysia sebagai durian runtuh tetapi sebenarnya  UMPAN, perangkap  tahi gigi, JERAT, token, saguhati, GULA-GULA dan PENIPUAN agar peneroka melepaskan pegangan serta hak mereka ke atas tanah yang telah mereka usahakan.

Suatu ketika dahulu orang Melayu memang kaya dengan budi bahasa dan sangat bersopan santun.  Mereka akan berpantun sebelum berkelahi, membiarkan mati anak asalkan adat terjaga dan tidak seperti kacang lupakan kulit. Mereka pernah ditipu oleh Belanda yang ingin membeli tanah seluas belulang kerbau, Portugis yang mahu membeli rempah dan British yang segaja dijemput untuk memberi nasihat. Kini peneroka FELDA akan diperdaya dengan pemberian SAHAM untuk sebidang tanah sawit atau getah..

Sila ikuti penjelasan di bawah.


Dari mana Felda ambil wang bayar durian runtuh?

Dr. Rosli Yaakop, 09 Mei 2012

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan di Felda Jengka 8 seramai 112,635 peneroka Felda akan mendapat durian runtuh RM5,000 setiap orang. Isteri mereka – dibayar kemudian – akan juga mendapat RM5,000 se orang. Kemudian, anak-anak mereka akan mendapat RM5,000. Kalau keluarga peneroka mempunyai 5 orang anak, anak-anak mereka akan mendapat RM1,000 se orang. Jumlah kesemuanya RM15,000 bagi se tiap keluarga peneroka. Kalau setiap keluarga mempunyai ahli seramai 7 orang (ayah, ibu dan lima orang anak), maka secara puratanya, mereka akan mendapat RM2,143 seorang. Satu jumlah yang biasa sahaja, tidak memeranjatkan.



Dengan membayar durian runtuh RM15,000 bagi setiap keluarga, Felda akan membelanjakan RM1.69 bilion. Ini bayaran "one-off" yang boleh meringankan beban kewangan peneroka sekadar sementara. Wang itu bolehlah digunakan untuk menampung belanja kenduri kendara, melupuskan hutang atau belanja pergi umrah untuk dua orang. Bagi peneroka yang cermat, bolehlah meningkatkan tabungan. Namun, majoriti peneroka yang menerima bayaran "one-off" ini akan membelanjakan wang ini untuk penggunaan, bukan pelaburan. Maklumlah, ini "rezeki terpijak."



Tentu rasa sayang peneroka kepada kerajaan UMNO-BN terus bersemarak, maklumlah ini kali pertama dalam 55 tahun sejarah Felda, peneroka mendapat wang tunai yang begitu besar, walaupun pada hakikatnya, nilai wang ini tidak seberapa dalam ukuran sekarang. Satu ekar tanah di Felda sekarang sudah berpuluh ribu malah dalam ratusan ribu harganya. Undi mereka sudah dibeli dengan harga murah (demolition price) dan Perdana Menteri cukup yakin, majoriti peneroka akan terus mengundi UMNO-BN di dalam PRU13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja sekarang, besar kemungkinan dalam bulan Jun ini. Dengan bayaran ini, UMNO-BN mengharapkan 58 kerusi yang menjadi simpanan tetapnya akan terselamat dari disambar Pakatan Rakyat.



Dari manakah datangnya wang sebanyak RM1.69 bilion yang akan ditaburkan kepada peneroka itu?



Felda Global Ventures Holdings Berhad akan mengapungkan 2,188,890,900 unit saham di Bursa Malaysia pada harga Tawaran Awam Awal - TAA (Initial Public Offer – IPO) RM4.65 se saham. Ini bermakana, ia akan menjana RM10.18 bilion. Dari jumlah ini, Felda akan mendapat RM5.62 billion. Ini kerana sebahagian besar, iaitu, 1,208,890,900 unit saham adalah milik Felda. FGVHB akan hanya menjana RM4.56 bilion dari pengapongkan saham ini. Jumlah ini relatif kecil untuk bercatur di dalam perniagaan peringkat global. Lagi pun, sebahagian besarnya akan diguna untuk membayar hutang dan kos penanaman semula.



Dengan melupuskan kesemua kepentingannya kepada FGVHB, Felda Badan Berkanun hanya mendapat RM5.65 bilion. Dari jumlah ini, RM1.69 bilion akan dibelanjakan untuk membayar RM15,000 durian runtuh kepada setiap keluarga peneroka. Baki yang ada pada Felda BB hanyalah RM3.96 bilion. Harus diingat bahawa Felda BB berbelanja kira-kira RM2 bilion setahun. Wang yang baki itu hanya cukup untuk menampong perbelanjaan 2 tahun. Selepas itu, wang pembayar cukai perlu disuntikkan kembali kepada Felda BB.



Harta yang dilupuskan kepada FGVHB adalah harta peneroka. Ia akhirnya akan dipindah milik, melalui jual beli saham di pasaran, kepada pelabur-pelabur bukan peneroka termasuklah taukeh-taukeh besar dan pelabur-pelabur asing yang memang sudah sedia kaya. Maknanya, yang dijual adalah harta peneroka. Oleh itu, wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya. Felda menjual hak peneroka kepada orang lain, dan sebahagian kecil dari wang itu diberikan kepada peneroka. Peneroka menerima wang yang dijana dari titik peluh mereka sendiri.



Siapakah yang sebenarnya mendapat untung besar dari pengapongan saham FGVHB?



Pada awalnya, harga TAA ditetapkan pada RM5.85 se saham. Di dalam prospektus yang dipaparkan dalam sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, harga TAA diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.20 se saham atau diskaun sebanyak 20.5%. Ini bermakna, sebelum diapongkan, Felda BB telah rugi RM1.45 bilion. Penurunan harga ini bakal menguntungkan pelabur-pelabur dalam negera dan asing yang membeli saham FGVHB ini pada harga lebih murah, iaitu, diskaun 20.5%. Bila saham FGVHB mula dijual beli di pasaran nanti, akan ada pelabur-pelabur kaya tunai yang akan mengutip setiap unit saham yang dijual oleh pelabur runcit dan juga pelabur institusi sehingga mereka berjaya menguasai 30% daripada jumlah saham. Ketika itu, mereka akan berkuasa ke atas FGVHB dan kepentingan peneroka akan mengambil tempat duduk belakang.



Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI, majoritinya kroni pemerintah dan penama UMNO, bakal mengaut untung besar. Golongan pelabur terpilih ini diperuntukkan 419,537,000 unit saham atau 11.5% dari jumlah saham yang diapongkan. Mereka, sebagai satu kumpulan, membeli saham ini pada harga RM1,950,847,050 (pada harga RM4.65 se saham). Jika harga naik ke RM5.85 sesaham (+RM1.20), mereka sudah mendapat untung RM503 juta. Kalau harga naik sebanyak RM2.40 (ke RM7.05 sesaham), golongan pelabur Bumiputera terpilih ini akan untung RM1 bilion. Ini tidak mustahil. Pembiayaan tidak menjadi masalah kepada mereka kerana disediakan oleh bank-bank. Pembeli saham pun tidak menjadi masalah kerana badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, PNB dan lain-lain sudah sedia untuk membeli dari mereka. Inilah dana PRU13 untuk UMNO.



Bila saham FGVHB yang aset utamanya tanah diapongkan, harta peneroka – tanah ladang dan kilang-kilang pemprosesan sawit – akan bertukar tangan secepat putaran jual beli saham di pasaran saham. Tiada siapa boleh menjamin harta bernilai peneroka ini tidak akan terlepas kepada pelabur asing yang rakus dan tamak. Peluang untuk memiliki tanah tidak ternilai ini dan menguasai minyak sawit, komoditi makanan yang amat penting di dunia hari ini, yang selama ini mereka intai, sudah sedia untuk digenggam.

harakahdaily

Meletak batu asas ...proses pemberdayaan sekolah agama Selangor

Posted: 08 May 2012 07:25 AM PDT

Taman Mini Botani Al-Quran Di Sekolah Pertama Di Malaysia
 
KLANG, 4 MEI : Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang mewujudkan Taman Mini Botani Al-Quran di sekolah bagi memperkasakan bidang pendidikan berasaskan Islam.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata dengan Taman Mini Botani Al-Quran itu warga pendidik dan pelajar akan lebih memahami dan mengetahui jenis pokok dan khasiatnya sebagaimana tercatat di dalam Al-Quran.
"Buat julung-julung kalinya kita berada dalam satu majlis bagi memperkenalkan satu pembaharuan iaitu Taman Mini Botani Al-Quran di mana sebelum ini tiada lagi di tempat lain sama ada sekolah agama atau sekolah biasa.
"Ini adalah antara program pertama jejak ilmuan Kerajaan Negeri di mana bagaimana kita nak membangunkan Selangor sebagai negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan," katanya dalam ucapan perasmian Taman Mini Botani Al-Quran di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek di sini semalam.
Turut hadir, Pemangku Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad; Pengarah Institut Bio-IT Selangor International Islamic Academy for Life Sciences & Biotechnology (IAB), Profesor Emeritus Datuk Dr Abdul Latip Ibraihm dan Guru Besar SRA Kampung Delek, Noraini Kasiman.
Beliau berkata, idea taman mini tersebut adalah ekoran undangan Kerajaan Qatar bersama Dr Abdul Latip di mana Qatar mahu mengembangkan Taman Botani Al-Quran di seluruh negara itu bagi memberi pendidikan berasaskan Islam.
Program Taman Mini Botani Al-Quran Pertama ini dijalankan Kerajaan Negeri bersama Universiti Selangor (Unisel) dengan peruntukan RM60,000 bagi memperkenalkan penanaman pokok yang terdapat di dalam Al-Quran.
Antara pokok yang ditanam di sekolah tersebut ialah Pisang, Lidah Buaya, Selasih, Setawar Hali, Labu Air, Timun, Jagung dan Inai.
"Selangor adalah negeri pertama yang memperkenalkan taman dengan konsep sebegini dan kita mahu meluaskannya ke daerah lain," katanya.
Sementara itu, Noraini ketika ditemui melahirkan rasa bangga kerana sekolahnya dipilih sebagai tapak perintis bagi projek tersebut.
"Sebagai Guru Besar, saya bersama pengurusan dan semua kakitangan sekolah berbesar hati dan bangga dengan pemilihan ini. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Dr Halimah atas penghargaan ini," katanya.

HIMPUNAN PEKERJA PERDANA ANJURAN EXCO MODAL INSAN KERAJAAN SELANGOR

Posted: 08 May 2012 05:44 AM PDT

Perhimpunan 13 Mei, Warga Kerja Diseru Hadir Kemuka Masalah

SHAH ALAM 8 MEI : Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali menggesa warga pekerja untuk hadir beramai-ramai di Majlis Himpunan Pekerja pada (Ahad)13 Mei ini bermula dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.
Majlis tersebut akan disertai pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat(PR) seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Lim Kit Siang, selain kehadiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Dr Halimah, gesaan tersebut dibuat selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyampaikan dasar PR dalam memartabatkan golongan pekerja.
"Pakatan Rakyat dari dulu hingga sekarang komited untuk melaksanakan dasar-dasar bagi membela nasib pekerja kerana kita yakin apabila pendapatan rakyat meningkat, pengaliran ekonomi juga sama meningkat dan begitu juga dengan taraf hidup rakyat.
"Kita juga berharap dengan adanya program ramah mesra bersama rakyat Ahad ini, dapatlah kita mendengar luahan pekerja sambil berbincang secara lebih terbuka dasar-dasar yang boleh diketengahkan demi kepentingan warga pekerja," jelas beliau yang ditemani Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid sewaktu mengadakan Lawatan Program Ramah Mesra Bersama Warga Industri di Kilang Pokka Ace (M) Sdn. Bhd di sini pagi tadi.
Mengulas tawaran Kerajaan Pusat untuk menyelaraskan gaji minimum sebanyak RM900 bagi pekerja di Semenanjung sementara RM800 bagi Sabah dan Sarawak, Dr. Halimah menegaskan tawaran itu sama sekali tidak relevan.
"Ramai yang tidak setuju dan tidak gembira dengan pengumuman Perdana Menteri itu kerana dengan kos sara hidup yang tinggi, kos sebegitu tidak lagi sepadan untuk perbelanjaan bagi seisi rumah hari ini.
"Sebaliknya Pakatan Rakyat komited untuk menyelaraskan pendapatan minimum sebanyak RM 1,500 dan itu sesuatu yang kita mampu dan pasti lakukan jika berjaya menawan Putrajaya nanti," jelas beliau.
Selain Abdullah Sani, lawatan pagi tadi turut disertai pemimpin dan wakil dari 16 kesatuan sekerja dengan menaiki bas persiaran yang dilepaskan Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) di sini pagi tadi.

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


【念念有辞】数百万人民的心声

Posted: 08 May 2012 09:07 AM PDT

This column article published on the Website of Chinese Newspaper Chinapress.com.my

428集会,出席者诉求简单明了,那就是希望拥有一个干净选举,和一个绿色家园。

首相纳吉声称净选盟集会企图推翻民选政府,这话不是全对,当然也不是全错。净选盟和她的支持者所要推翻的,是一个没有办法承诺、给予干净选举的政府。如果纳吉觉得他的政权被净选盟威胁,那么我只能说他心虚,心知肚明国阵政权不是通过干净的手段获得。

日前,一群亲政府的马来组织在吉打州华玲和吉隆坡公开焚烧净选盟主席安美嘉与国会反对党领袖安华的肖像,并促请政府褫夺安美嘉的公民权,以防止净选盟发动4.0集会。

我只能用四个字来形容这群人——“目光短浅”。他们的无知让我不知道应该可怜还是取笑他们。他们不明白,净选盟的运动已经不属于安美嘉一人,而是数十万、甚至数百万马来西亚人的心声。

褫夺安美嘉的公民权不仅不会让净选盟偃旗息鼓,反之,只会让这场运动以倍数成长。就宛如国阵政府固然可以褫夺族魂林连玉老师的公民权,可是华教运动几曾停息过?
(More......)

8hb Mei, 2012 - Melawat 2 keluarga yang telah menjadi mangsa kebakaran

Posted: 08 May 2012 01:03 AM PDT

8hb Mei, 2012 - Melawat 2 keluarga yang telah menjadi mangsa kebakaran pada 20hb April





Menyampaikan sedikit sumbangan kewangan kepada Puan Nor Aziah dan Noraishah sebagai wakil keluarga untuk meringankan beban mereka.


(More......)

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PAS AKAN SAMAN TRN DAN NST

Posted: 08 May 2012 03:30 AM PDT


KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS akan menyaman bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dan News Straits Times (NST) atas kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar dan melampau batas. Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.

PAS turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata tindakan NST yang sanggup melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej akhbar tersebut yang baru-baru ini tercalar teruk kerana dibukti memutar-belitkan kata-kata Senator Australia Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa.

"Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai suratkhabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini.

Jika fitnah terang-terang yang bersifat sampah sedemikian boleh dinilai sebagai berharga untuk digunakan sebagai berita utama, apakah nilai kualiti yang ada pada media milik kerajaan?" soal beliau.

Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.

"Harus difahami bahawa tuduhan terhadap peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan. Tambahan pula kalau dalam kumpulan tersebut, memang terdapat ahlinya yang terdiri dari kalangan orang kafir.

"Maka kaedah feqah jelas menyebut sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya," terang beliau.

PAS, kata Tuan Ibrahim tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan.

"Apa yang PAS jelaskan ialah batas-batas iman dan kufur yang menjadi sebahagian daripada silibus pengajian aqidah.  Oleh itu, fitnah Rahim Noor yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am Parti merupakan tuduhan yang melampaui batas," tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

PAS Pusat melalui Lujnah Guaman, katanya akan mengambil tindakan undang undang kepada Rahim Noor dan NST dalam masa terdekat.

"Ucapan melampau sedemikian tidak boleh disuburkan sebagai budaya di negara kita. Ahli-ahli PAS diseru fokus pada kerja pilihanraya kerana ini sebahagian mainan media untuk mengalihkan fokus utama kita, di saat menjelang PRU ke 13," nasihat beliau - Harakahdaily

Dan apa komen TG Nik Aziz sendiri dalam hal ini..

Dipetik dari FB TG Nik Aziz.. "Saya ditunjukkan keratan akhbar muka enam NST hari ini. Saya tidak mahu memberikan apa-apa komen."

Pendek dan tidak melenting sama sekali meskipun tuduhan yang dilontarkan buatnya adalah sesuatu yang berat..

Hingga sekarang sudah terdapat lebih dari 3,000 komen yang ditinggalkan dalam FB TG Nik Aziz.. tengok kat ( SINI )(harakahdaily)

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Program Sukaneka Sempena Sambutan Bulan Perpaduan

Posted: 07 May 2012 05:12 PM PDT








Pada 6 Mei 2012 yang lalu, telah menghadiri dan menyampaikan hadiah sempena program sukaneka yang telah dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg. Bukit Tok Beng bertempat di perkarangan Balai Raya Kg. Bukit Tok Beng.

Ceramah Perdana Isu-isu Semasa di Kg. Kubang Badak

Posted: 07 May 2012 05:03 PM PDT




Pada 4 Mei 2012 yang lalu, telah mengadakan Ceramah Perdana Isu-Isu Semasa bertempat di Kg. Kubang Badak.

Program Bicara Negarawan Bersama Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Posted: 07 May 2012 04:57 PM PDT





Pada 3 Mei 2012 yang lalu, telah menghadiri Program Bicara Negarawan Bersama Y.A.Bahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membincangkan tentang isu cabaran umat Islam masa kini : Persepsi dan Realiti bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on AJ’s “THOUGHTS” on the unwound share swap and “COST SAVING” by manimaran

Posted: 08 May 2012 11:26 AM PDT

Looks like management is back to their old ways.
Keeping silent on what transpired when they met the B.O.D. on Saturday.
Please show some urgency MD and Chairman and come up with a new contigency plan rather than wait and see.
The world economy at this point of time is struggling and we are already seeing changes in govt ( France , Greece ),
the plunging of major stock market indexes as well as oil prices!!
Going premium alone is not the best business module and
MAS needs Firefly to compliment its services.
Lots of company policy states that flights below 3 hours requires
even its MD to fly economy so this is where Firefly comes into the picture. And in terms of connectivity and hassle free travel, travellers will have an option to use Firefly which also operates out of KLIA.
I hope that the mangement will come up with a decision soon and
remain relevent to the current economic condition.

Comment on AJ’s “THOUGHTS” on the unwound share swap and “COST SAVING” by nash

Posted: 08 May 2012 08:16 AM PDT

MASEU- Good 4 Nothing. Just a bunch of IDIOTS.

Comment on AJ’s “THOUGHTS” on the unwound share swap and “COST SAVING” by manager

Posted: 08 May 2012 08:13 AM PDT

What 2 do? This management run by ball carrier managers so that they can keep their job. Upper management depending on middle management but midldle management screwing the rest below. MAS is screwed.

Comment on AJ’s “THOUGHTS” on the unwound share swap and “COST SAVING” by Anonymous

Posted: 08 May 2012 08:10 AM PDT

when AJ announce losses in Q1 2012, i bet with all my $$$ that he and nannyman will use excuse due to “noises” on CCF/suap share had distracted them from carry out their plan effectively when the whole world know in the 1st place, they + all highly paid CONman fails to produce even 1 decent business plan….

MAS is dooooommmmmmmmmmmm…………..

Comment on AJ’s “THOUGHTS” on the unwound share swap and “COST SAVING” by CROOKS BUSTER

Posted: 08 May 2012 08:02 AM PDT

Latest bleeding.
Someone is broke and very desperate.
1307 Airbus A330-343X TC-JNP Turkish Airlines 26-04-2012 Active
1318 Airbus A330-323X 9M-MTG Malaysia Airlines On Order
1321 Airbus A330-202 9M- AirAsia X On Order
1339 Airbus A330-202 9M- AirAsia X On Order

2 Brand new 2012 Airbus A330 -200 for sale, anyone?
Configuration: Pax, Engine: CF6-80 E1A4/B, TT: New, MSN: 1321
Configuration: Pax, Engine: CF6-80 E1A4/B, TT: New, MSN: 1339
Comments: Serious Inquiries accompanied by capability to purchase or lease.

Listed by OCG Avation Date Listed: 4/18/2012 3:56:44 PM

Comment on AJ’s “THOUGHTS” on the unwound share swap and “COST SAVING” by dannyboy@thewniama.com.my

Posted: 08 May 2012 07:11 AM PDT

Why is HR/HC or whatever you call it not calling this Danny boy for a DI for this upgrading wrongdoing? Are they setting a precedent?

Comment on AJ’s “THOUGHTS” on the unwound share swap and “COST SAVING” by weechookeong

Posted: 08 May 2012 05:54 AM PDT

Permainan Dunia

The issue of sponsorship of QPR by MAS has been raised many times in my blog, newspapers and in Parliament. No one ever came out to deny that MAS has signed the sponsorship. But no one in mAS or Rashdan for that matter came out to deny the cost of sponsorship for QPR home jersey. If it is a good deal as what have been said then those responsible should come out to tell what is the exact sum of the said sponsorship. Why the secrecy? In any event, we have been constantly told by MAS management and Tan Sri Azman Mokhtar that MAS is “BLEEDING and a SICK PATIENT”. Why was the rush for Rashdan to sign the sponsorship agreement with QPR soon after signing of the share swap agreement?

Thank you

Regards

wee choo keong

Comment on AJ’s “THOUGHTS” on the unwound share swap and “COST SAVING” by Musibat Sulung

Posted: 08 May 2012 04:27 AM PDT

all rounder… hahaha…

Comment on AJ’s “THOUGHTS” on the unwound share swap and “COST SAVING” by Permainan_Dunia

Posted: 08 May 2012 03:57 AM PDT

YB if you mind, can you explain either you or TF figure is true for QPR MAS sponsorship… The info extracted from MAS E&M Portal…

NEWS : Fernandes: We could have made a difference
Saturday May 5, 2012
The Star Business
By RISEN JAYASEELAN
risen@thestar.com.my

Excerpts from the interview:

Tell us about the whole QPR sponsorship saga.

Firstly, the figure (that MAS is speculated to have paid) is not 18 million pounds a year. That’s far from accurate.

So what’s a more accurate figure?

I’m not at liberty to say. But it is closer to only 10% of what was speculated. MAS has had phenomenal branding from that. If there’s one thing AirAsia has been good at it has been branding. We’ve built a brand from nothing to one that’s known throughout the world and we did it using a lot of sports. Lets look at things in perspective. One QPR player costs more than the advertising paid by MAS. It’s not like the shareholders of QPR benefited immensely from this. In any case, AirAsia had wanted to do it all in the first place. And there were two other sponsors. But we went with MAS in the spirit of collaboration, we were all in a euphoria. I never expected the negativity that has been surrounding this transaction. I thought it would be welcomed universally. I can put my hand on my heart and say that MAS got great value in that sponsorhip deal and it shows in their London load factor.

Comment on AJ’s “THOUGHTS” on the unwound share swap and “COST SAVING” by bin laden

Posted: 08 May 2012 01:39 AM PDT

Heard lately that the Cabin crew were offered jobs at the Golden Lounge. What will happen to the rest of us already working at the lounge? All this done with the excuse of excess crew due to route cuts. Cabin crew have no business working on the ground. Is this multi-tasking as they do in low cost airline? Then maybe they can also do check-in working at the check-in counters! After that, load cargo also lah.

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Rencana Sinar: Siapa Melayu?

Posted: 08 May 2012 08:03 AM PDT

Jiwa sesuatu bangsa terbentuk melalui pengalaman bersama apabila mengharungi perjalanan sejarah dengan pertembungan serta penyerapan pengaruh pelbagai tamadun yang menggambarkan kewujudan satu landasan evolusi yang mesti dilalui setiap bangsa ke arah mencari mercu kemartabatan tertinggi sebagai bangsa mulia yang tidak akan hilang di mata dunia.

Jiwa Melayu yang kaya evolusi penerasan bangsa beribu tahun ibarat sulaman songket simpulan benang – dengan perjalanan migrasi bangsa bermula dari Champa dan Yunan bergerak sehingga ke Semenanjung Emas dan Kepulauan Indonesia – serta kacukan berbagai budaya, bangsa dan empayar-empayar dari India, Sri Lanka, Cina, Kemboja, Siam, Sumatera dan Jawa – sehingga kelahiran Kesultanan Melayu yang menyaksikan bangsa kemudiannya dijajah lebih 500 tahun oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun – telah mencorak citra bangsa kita.

Jiwa Melayu yang kaya evolusi kerohanian berbagai agama ibarat bijih-bijih dilebur menjadi emas dengan kepercayaan animisma, buddha, hindu dan akhirnya keunggulan Islam – telah menjadi teras jati diri bangsa.

Jiwa Melayu yang kaya evolusi cita rasa bermacam budaya ibarat warna-warni pelangi pagi hasil pertembungan berbagai tamadun dapat dilihat daripada adat resam, perkahwinan, masakan, pakaian, sukan, silat dan seni – telah menjadi lambang kesejagatan bangsa.

Jiwa Melayu yang kaya evolusi membina masyarakat ibarat beluncas menjadi kupu yang berkembang daripada sistem feudal, kolonial dan akhir sekali negara merdeka – telah menjadi khazanah pengalaman siasah bangsa.

Tetapi, oleh kerana evolusi perjalanan diatas landasan perkembangan bangsa masih berterusan – maka sudah tiba masanya untuk anak bangsa menilai semula makna Jiwa Bangsa – yang berada di persimpangan antara dua ideologi iaitu ikatan kebangsaan atau ikatan kenegaraan.

Ideologi kebangsaan berteraskan kepada nilai-nilai perkauman yang sempit manakala ideologi kenegaraan berteraskan kepada nilai-nilai sejagat yang luas – dijadikan sebagai dasar membina negara dan jati diri kewarganegaraan yang merentas identiti perkauman – kini menjadi pilihan untuk meneruskan evolusi bangsa ke tahap yang lebih mulia dan tinggi.

Oleh itu, marilah kita renung bersama sajak nukilan hati demi mencari jawapan kebenaran dan hala tuju pencorakan jiwa bangsa seterusnya.

'Melayu Musyawarah Bina Malaysia'
Kerana Melayu itu….. Muslim lagi Beriman, Mulia serta Budiman, Hidup ada Pedoman;

Bukankah negara merdeka ini mesti berpandukan keimanan, akhlak budiman dan pedoman agama yang mesti mengecam sebarang kejahatan, penipuan dan kelucahan demi kepentingan puak yang hendak berpegang kepada kuasa?

'Melayu Muhibah Berbilang Bangsa'
Kerana Melayu itu….Berlaku Adil tidak Menindas, Beramanah tidak Merampas, Bersantun tidak Mengganas;

Bukankah negara merdeka ini mesti bersatu padu menghormati semua bangsa sebagai rakan, jiran dan teman dan bukan sebagai pendatang yang menumpang yang sentiasa diasak retorik dan polemik memecah-belahkan masyarakat oleh puak yang hendak terus berkuasa?

'Melayu Mahabbah Bertimbang Rasa'
Kerana Melayu itu…Benci Bersubahat Buat Jahat, Benci Merasuah Harta Rakyat
Benci Memfitnah Langgar Adat;

Bukankah negara merdeka ini mesti berpaksikan sifat mulia kemanusiaan dan nilai tertinggi agama yang menimbulkan rasa jijik terhadap semua bentuk kepalsuan dan kejahatan yang disemai puak yang sudah ketagih kuasa?

'Melayu Muhasabah Berbuat Jasa'
Kerana Melayu itu….Ada Maruah Harga Diri, Ada Akal Hati Sendiri, Ada Hitungan Akhirat nanti;

Bukankah negara merdeka ini mesti dicurah budi dan bakti oleh semua rakyat agar masa depan anak cucu terpelihara yang tidak mudah mengalah kepada puak yang gila kuasa?

'Melayu Maslahah Demi Massa'
Kerana Melayu itu….Takut Tuhan bukan Tuan, Tidak (Undi) DiJual Kopi Secawan,
Terus Lawan tetap Lawan!

Bukankah negara merdeka ini mesti terus dibina untuk kepentingan semua berlandaskan sifat kerohanian murni dan keadilan didalam semua aspek kenegaraan tanpa rasa takut kepada puak yang sebenarnya paling takut kehilangan kuasa?

Kalau inilah Melayu Dulu dan Kini – Ke mana hilangnya Melayu ini? – Lupa diri atau di Beli? – Jangan Sesal di hari Menanti – Bila nyawa di sambut Mati.

Insya Allah, Jiwa Melayu akan terus mekar menjadi pendekar kemerdekaan dan keadilan untuk semua berpegang kepada ikatan kenegaraan kerana itulah Melayu dan inilah Malaysia.

(Pertama kali disiarkan di Sinar Harian pada 8hb Mei 2012)

Khalid Samad

Khalid Samad


Mengapa Pengerusi MAIS Bersetuju?

Posted: 07 May 2012 06:40 PM PDT


Pendedahan tempoh hari oleh Saudara Rafizi Ramli berhubung konsesi membina dan menyewa asrama KUIS yang diberi kepada Redha Resources Sdn. Bhd (RRSB) yang merupakan sebuah lagi syarikat kroni UMNO, amat mendukacitakan. Jelas terbukti kroni UMNO membina kekayaan atas derita orang Melayu yang kononnya mereka perjuangkan.

Menurut Saudara Rafizi, KUIS telah menyerahkan konsesi pembinaan dan penyewaan asrama ini kepada RRSB pada tahun 2007. Berdasarkan konsesi ini, RRSB akan membina asrama untuk para pelajar KUIS dan menyewakannya kembali kepada KUIS. Konsesi ini adalah bagi tempoh 33 tahun. Kadar sewanya pula adalah RM15.4 Juta setahun. Ini bererti pendapatan RRSB selepas 33 tahun adalah sebanyak RM508.2 Juta.

Setelah menerima konsesi tersebut, pihak RRSB telah melantik rakan kongsi mereka, Bina Puri Holdings Sdn Bhd (BPHSB), untuk membina asrama berkenaan. Harga kontrak pembinaan asrama tersebut adalah hanya sebanyak RM96.1 Juta!

Berdasarkan maklumat dan fakta di atas, adalah jelas bahawa konsesi ini amat menguntungkan RRSB dan membebankan KUIS. Akhirnya beban kos sewaan asrama ini terpaksa KUIS serahkan untuk ditanggung para pelajar melalui yuran yang tinggi. Dalam erti kata lain, UMNO kayakan kroninya dengan menindas orang Melayu, bukan dengan membantu mereka.

Untuk makluman tuan-tuan semua, RRSB adalah milik YB Sulaiman Abdul Razak, ADUN UMNO/BN. Beliau memiliki 51% saham syarikat RRSB dan isterinya pula 6%. Baki 43% adalah milik BPHSB yang telah membina asrama berkenaan. Sekiranya bayaran untuk BPHSB diterima melalui agihan sewa RM15.4 Juta setahun dibuat mengikut peratusan pemilikan sahamnya. Pemilikkan sebanyak 43% saham bererti BPHSB mendapat RM6.622 Juta dari RM 15.4 Juta setahun dan sebanyak RM218.53 Juta selepas 33 tahun. Ini merupakan pulangan yang munasabah bagi BPHSB.

Ini turut bererti bahawa RRSB pula mendapat RM8.778 Juta setahun bersamaan RM289.7 Juta selepas 33 tahun tanpa membuat apa-apa sebenarnya, kecuali menjadi kroni UMNO/BN.

Saudara Rafizi mengecam pentadbiran Khir Toyo atas pengkhianatan ini dan memang sepatutnya beliau bertindak begitu. Tetapi Khir Toyo adalah pemimpin UMNO dan bagi saya ianya tidak begitu menghairankan apabila seorang pemimpin UMNO mengkayakan anak buahnya melalui konsesi yang menzalimi orang Melayu. Itu sudah menjadi kenyataan politik Melayu sejak berzaman. Pemimpin Melayu yang bercakap berkobar-kobar mengenai memperjuangkan Melayu, akhirnya dia kaya sambil Melayu semakin tersepit. Itulah UMNO.

Walaubagaimanapun, yang membuatkan saya lebih hairan ialah mengapa Pengerusi MAIS tidak membantah dan mendiamkan diri?

KUIS adalah milik MAIS 100%! Sebagai Pengerusi MAIS, apabila melihat konsesi berat sebelah sebegini, wajib membantah dan meminta kadar yang lebih munasabah dikenakan. Sebagai seorang yang memikul amanah mentadbir MAIS, beliau wajib mementingkan KUIS dan para pelajar KUIS. Beliau tidak sepatutnya bertindak seperti Khir Toyo dengan bersubahat dalam usaha mengkayakan pemimpin UMNO dengan memerah duit KUIS. Sedangkan ianya amat jelas bahawa perjanjian konsesi ini adalah tidak adil bagi KUIS.

Berdasarkan pendedahan ini, maka sekali lagi kita terpaksa berhadapan dengan persoalan yang sama. Apakah mungkin Pengerusi MAIS juga merupakan orang UMNO? Bertindak melalui jawatannya untuk mempertahankan kepentingan UMNO? Sebelum ini telahpun didedahkan beberapa peristiwa di mana Pengerusi MAIS bertindak bagaikan 'sehati dan sejiwa' dengan pihak UMNO dan BN. Pendedahan saudara Rafizi menambahkan keraguan tersebut.

Kemungkinan yang kedua adalah beliau cuai dan akibat dari kecuaian tersebut maka beliau telah merugikan KUIS. Walaupun kecuaian merupakan kesalahan yang tidak seberat 'bersubahat', tetapi ianya tetap memalukan dan tidak boleh diterima tanpa sebarang tindakan ke atas kecuaian yang telah dilakukan beliau. Begitu ramai CEO, GM dan Pengurus syarikat dipecat di atas sebab kecuaian yang seperti ini.

Maka, sekiranya pendedahan Saudara Rafizi adalah tepat dan benar; bagi mengelakkan perkara yang sama berulang, tidakkah MAIS "sebagai sebuah organisasi ulung yang bertanggungjawab mentadbir dan memegang amanah harta-harta orang Islam" sepatutnya mengamalkan dasar pertanggung-jawaban pengurusan yang setegas itu?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Nuffnang