Khamis, 28 Julai 2011

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Posted: 28 Jul 2011 08:26 PM PDT

Posted: 28 Jul 2011 02:49 AM PDT

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Setia Seorang Juru Kamera

Posted: 28 Jul 2011 08:08 PM PDT

Masjid As-Salihin Anjur Karnival (Karisma II)

Posted: 28 Jul 2011 06:14 PM PDT

Silaturrahim Dengan Penduduk Taman Suria, Kajang Utama Dan Melawat Baitul Imtiyaz Sungai Ramal Luar

Posted: 28 Jul 2011 01:35 AM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


[July 29 -Jumaat, 8pm@Shah Alam] Pentas Wanita - Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia

Posted: 28 Jul 2011 08:54 AM PDT

Time:    Friday, July 29 · 8:00pm - 11:30pm
Location: Dewan Merbau 17B, Seksyen 17, Shah Alam
Penganjur: Muslimat Pas Shah Alam

Mengapa golongan berpendidikan tinggi ini berani bersama Pakatan Rakyat, bukan setakat menyokong tetapi mendokong perjuangan!

Antara Speaker Muda yang lantang bersuara:

1- Y.B. Puan Rodziah Ismail (ADUN Batu Tiga)
2- Y.B. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang)
3- Saudari Kumutha Dewi a/p Raman (Ketua Wanita DHPP Pusat)
4- Senator Y.B. Mumtaz Md. Nawi (Ahli Dewan Negara)

(More......)

[July 29(Fri), 9pm - KLSCAH] Candlelight vigil for EO6 detainees & Teoh Beng Hock

Posted: 27 Jul 2011 08:23 AM PDT



Do you accept the result of the RCI finding or you think this is not the real answer?

Or you feel that the detention of EO6 are unreasonable?

Join us to show support and pressure the government to release and find the truth and give punishment to those who caused the death of the late Teoh Beng Hock.

Note:It's planned for continuous program that happen on each friday at same time and venue.
Help us to mobilize people, for more detail please follow MFBH page:
(More......)

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


VIDEO POLIS DINAFIKAN OLEH KELUARGA ALLAHYARHAM BAHARUDDIN

Posted: 28 Jul 2011 07:53 AM PDT

PANAS - POLIS MENIPU KLIP VIDEO BERSIH 2.0

KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad hari ini tampil menafikan lelaki dalam rakaman CCTV yang ditayangkan polis di saluran televisyen perdana adalah beliau.

Menurut anak saudaranya, Azhar Kassim, pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu.

"Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau.

"Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin," kata Azhar ketika dihubungi KeadilanDaily.com.


Menurut Azhar, mereka ada alasan yang kukuh mengapa lelaki dalam video itu bukan arwah Baharudin.

"Kami ada alasan yang kukuh dan kuat kerana video yang ditunjukkan tidak selari dengan gambar arwah semasa dibawa keluar daripada Avenue K oleh pegawai perubatan.

"Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam," kata beliau.

Selain itu, bentuk fizikal arwah Baharudin yang amat dikenali ahli keluarganya menguatkan lagi keyakinan mereka lelaki dalam video itu bukan beliau.

"Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat.

"Manakala cara jalan arwah tidak sama, kami percayai arwah sebelum ini jatuh berdekatan KLCC, takkan boleh berlari masuk," ujarnya.

Azhar seterusnya menyifatkan tayangan video itu sebagai mengganggu siasatan yang masih lagi berjalan ke atas kematian Baharudin.

"Sepatutnya polis berbincang dengan keluarga dan peguam sebelum keluarkan video itu, ini sedang mengganggu siasatan. Tindakan polis hanya mahu melepaskan batuk di tangga, nak senang semuanya," katanya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid Jumaat lalu mendakwa kononnya tulang rusuk Baharudin patah mungkin disebabkan rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.

Beliau turut mendakwa kononnya gigi lelaki berusia 58 tahun itu mungkin patah disebabkan tiub bantuan pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulutnya.

Salleh juga mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia.- kdaily

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Kota Raja under seige - di serang pengundi impot!

Posted: 28 Jul 2011 08:11 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan 290,665 pengundi baru bagi tempoh April hingga Jun lalu, selain 77,708 pemilih yang bertukar alamat pusat mengundi.

SPR dalam satu kenyataan hari ini berkata, senarai itu yang dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 kini dipamerkan di 877 tempat di seluruh negara.

Sementara itu Kota Raja kali ini diserang pengundi import dimana 7260 jumlah pengundi baru di daftarkan oleh SPR pada RDPT suku tahun 2/2011 kali ini.

Ini kerja gila jerit petugas PAS yang berang kerana belum pernah dalam sejarah dari pemantauan kami Kota Raja diserang secara gila begini.

Apa pun kami akan buktikan kepada Umno dan SPR bahawa mereka silap jika cuba menipu kami seperti mana yang kami lakukan pada RDPT suku tahun 1/2011 yang lalu.

SPR jangan kata kami kejam jika ribuan pengundi tidak akan dimasukkan dalam DPI dalam tempuh masa yang ditetapkan.

Kami bertekad untuk melawan habis-habisan walau pun terpaksa bergolok bergadai menyediakan puluhan ribu ringgit untuk membayar kepada SPR untuk membuat bantahan pada Isnin dan Selasa depan .... jumpa kami di SPR Selangor nanti.

Gambar -  Lebih 70 orang petugas Pakatan Rakyat bersedia untuk membuat bantahan kepada SPR



Menyangkal hujjah SPR

Posted: 28 Jul 2011 04:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berbohong kerana undang-undang yang diperincikan dalam peruntukan Akta Pilihan Raya dibuat sendiri oleh SPR, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

"Wan Ahmad berbohong kerana undang-undang yang  memperincikan peruntukan dalam Akta Pilihan Raya umpamanya dibuat oleh SPR. Ini semua dalam bentuk Peraturan  atau Perintah yang kesemuanya dipanggil undang-undang kecil (bye-laws).


"Terpulang kepada SPR untuk buat atau tidak. Masalahnya SPR memilih untuk menyerahkannya kepada Umno-BN yang menjadi teraju pemerintahan sekarang," kata Aziz dalam jawapannya kepada Keadilandaily.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Wan Ahmad semasa debat bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.


Menurut Aziz, perlembagaan turut memberi perlindungan kepada SPR, antaranya pengerusi SPR tidak boleh dipecat kecuali melalui prosedur yang sama seperti hakim mahkamah.


"Masalahnya perkara yang dalam bidang kuasa mereka pun enggan dibuat. Senarai pengundi masih tak selesai sedangkan itu kerja mereka. Pendek kata, SPR ini mengambil sikap 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'," jelas Aziz.


Beliau membidas hujah SPR yang mengatakan badan itu perlu mendapat lampu hijau dari kerajaan untuk melaksanakan sesuatu pendekatan baru, termasuk Peguam Negara.


"Ini karut kerana kerajaan yang memerintah adalah sebahagian daripada 'pemain'. Kalau begitu SPR juga kena ikut cadangan Pakatan Rakyat (PR).

"(Tetapi) bila PR kata tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri untuk pilihan raya umum ke-13, SPR mengatakan yang pilihan raya berasingan susah, mahal dan  lain-lain. Sedangkan itu dibenarkan oleh perlembagaan.

"Ini menunjukkan SPR selesa untuk mengikut apa sahaja kata Umno-BN meskipun tiada atau bertentangan dengan perlembagaan. Ini tidak selaras dengan tugas mereka mewujudkan pilihan raya yang bebas dan adil," tegas Aziz.


Selain itu katanya, SPR juga dilihat enggan menuruti sebarang inisiatif yang dibuat PR termasuk cadangan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Mala
h SPR juga enggan menerima Pakatan Rakyat sebagai satu entiti.

"Ertinya bila dengan Umno-BN, mereka akan cari jalan untuk buat apa sahaja termasuk meminda undang-undang. 
Tapi kalau dengan Pakatan, mereka akan cari jalan untuk tidak laksanakan meskipun ia sesuatu yang logik dan telah dilaksanakan di negara lain," tegasnya. - keadilandaily

SERVANTHOOD

SERVANTHOOD


Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan mulai 15/08/2011

Posted: 28 Jul 2011 03:33 AM PDT

Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Dewan Negeri Yang Kedua Belas Perak Darul Ridzuan mulai 15hb Ogos, 2011.


Tarikh : 27hb Julai 2011
Daripada : YB DATO' NGEH KOO HAM (Kawasan Sitiawan)


Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan lisan

1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk nyatakan purata pendapatan orang perseorangan dan juga isi keluarga (5 orang ) di Negeri Perak. Berapa isi keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500.00 sebulan.

2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar sudahkah mereka yang dikatakan mengeluarkan Lesen Menduduki Sementara (TOL) palsu berkenaan dengan penerokaan secara haram tanah di Sungai Tumbuh, Lambor Kanan berdekatan Seri Iskandar telah ditangkap dan didakwa di Mahkamah. Apakah keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan berkenaan dengan lebih kurang 404 hektar tanah yang telah dicerobohi ini.

3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar adakah tender terbuka dijalankan sebelum projek pengangkutan bas awam di Manjung dilaksanakan. Sila nyatakan nama syarikat dan terma-terma perjanjian untuk pengendalian pengangkutan bas awam ini.



Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis

1. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk senaraikan 200,000 hakmilik tanah baru seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar dan dilapurkan dalam Star Metro pada 30hb Jun 2011. Berikan nama penerima-penerima hakmilik-hakmilik tersebut yang merupakan pemberimilikkan tanah baru (new land alienation).

2. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk senaraikan daerah-daerah dan keluasannya disetiap daerah tersebut tanah seluas 26,800 hektar yang diumumkan oleh Menteri Besar (dilapurkan di Star Metro pada 27/6/2011) telah diusahakan secara haram.

3. Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk senaraikan nama mereka yang telah diluluskan tanah yang sekarang diusahakan oleh lebih kurang 100 petani di Tronoh Mines dan kenapa tanah-tanah ini diluluskan kepada mereka yang tidak ada kaitan dengan tanah ini dan bukan kepada petani-petani yang sedia ada di situ.


4. Bertanya kepada YAB Menteri Besar dimanakah 1214.1 hektar tanah yang telah diperuntukkan untuk projek Perak Eco Industrial Hub. Nyatakan dengan terperinci rancangan kerajaan berkenaan dengan projek ini.

5. Bertanya kepada YAB Menteri Besar berapa kalikah kadar premium bagi lot-lot perumahan Kampung Tersusun dan Kampung Baru bertukar dari 6/2/2009 hingga ke hari ini
(27/2/2011). Nyatakan kadar premium untuk lot-lot perumahan bagi Kampung Tersusun dan Kampung Baru dalam tempoh tersebut.


NGEH KOO HAM
Pengerusi DAP Perak
Ahli Parlimen Beruas & ADUN Kawasan Sitiawan

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Complaints for DBKL by Yacob

Posted: 26 Jul 2011 07:50 PM PDT

Penduduk-Penduduk Tmn Setapak dan Ibu Kota.

Merujuk kepada permohonan laluan Bas Rapid KL di Taman Setapak dan Ibu Kota.

Pihak kami dimaklumkan pada hari sabtu ini 30.07.2011, pihak Syarikat Bas Rapid KL akan sekali lagi membuat laluan percubaan di kawasan perumahan Taman Setapak. Dan pihak Persatuan Penduduk Taman Setapak juga telah bersetuju.

Pihak kami dimaklumkan bahawa, pihak Rapid KL ada cadangan lain dimana laluan yang dicadangkan kali ini adalah lebih menyeluruh dan merangkumi kebanyakan kawasan-kawasan yang padat penduduk di Taman Setapak. Cadangan laluan adalah melalui Jalan Ibu Kota, Jalan Langkawi, Jalan Keruin hingga ke Kondo Idaman Sutera dan Idaman Puteri.

Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dari pihak Rapid KL dalam usaha memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk-penduduk di Taman Setapak dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Terima kasih.

Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Blog@Wengsan...博客@永山

Blog@Wengsan...博客@永山


MCA Tak Ada Pendirian, Kata DAP

Posted: 28 Jul 2011 05:35 AM PDT

Khalid Samad

Khalid Samad


BERSIH 2.0: Di Antara Menghempuk dan Menjentik

Posted: 27 Jul 2011 05:03 PM PDT

DS Najib Abd Razak, selaku Perdana Menteri telah ditanya pemberita di London mengenai tindakan keras pihak Polis terhadap Perhimpunan Bersih tempoh hari. Beliau menjawab ianya tindakan yang 'ringan' yang bertujuan menjaga keselamatan Negara. Mereka yang ditahan, jelas beliau lagi, dibebaskan malam itu juga dan tiada yang ditahan lebih dari 12 jam.

Membaca jawapan beliau seperti di atas, ramai yang terus menuduh bahawa Najib adalah Perdana Menteri penipu. Hakikatnya kata mereka dan saya bersetuju dengan kenyataan ini, tindakan polis jauh lebih keras dari apa yang diperlukan. Kalau dalam Bahasa Inggeris ianya boleh dikatakan sebagai 'disproportionate use of force'.

Namun demikian, walaupun saya bersetuju bahawa kenyataan Najib adalah tidak benar, secara peribadi saya merasakan bahawa yakin bahawa Najib tidak 'menipu'. Baiklah, sebelum tuan-tuan semua marahkan saya, biar saya jelaskan. Untuk dikatakan menipu, ianya membawa erti bahawa beliau mengetahui dan memahami bahawa tindakan yang diambil sebenarnya adalah terlalu ganas dan lebih keras dari apa yang diperlukan. Beliau juga perlu memahami bahawa pihak polis, yang bertindak di bawah arahannya dan sepupunya, Hishamuddin, telah melakukan satu kesalahan kerana peranan polis adalah untuk menjaga dan bukannya memukul rakyat. Malangnya, saya merasa yakin Najib dan sepupunya tidak memahami perkara ini.

Apabila perkara asas sebegini tidak difahami dan kerajaan dianggap berhak untuk 'menghempuk rakyat' maka arahan supaya polis hanya 'menjentik rakyat' dianggap mereka sebagai satu arahan yang patut dihargai. Dan inilah apa yang ingin disampaikan kepada pemberita di London. Najib pasti hairan mengapa pihak pemberita tidak memahami dan menyanjung tindakan beliau. Bagi dirinya, tindakan yang diambil amat berkasihan-belas dan penyayang sifatnya!

Oleh itu, secara teknikalnya, beliau tidak 'menipu'. Dan inilah masalahnya. Satu masalah yang jauh lebih besar apabila dibandingkan dengan masalah sekiranya sekadar menipu. Iaitu, beliau tidak faham bahawa sesebuah kerajaan bertanggungjawab untuk membela hak dan nasib rakyat, bukan menindasnya; bahawa rakyat mempunyai hak dan hak ini perlu dihormati; bahawa polis ditugaskan untuk menjaga hak rakyat, bukan memijak kepala rakyat. Perkara inilah yang tidak dapat difahami olehnya.

Sekiranya Najib faham apa yang dilakukan adalah salah, beliau akan merasa malu dan berusaha menutup kesalahan dirinya. Maka ada sedikit harapan bahawa beliau akan kesal dan berusaha untuk tidak melakukannya lagi. Tetapi, apabila beliau tidak faham bahawa apa yang dilakukan adalah salah, maka tindakan ini akan diteruskan lagi, malahan ditingkatkan lagi, sampai ke tahap yang dianggap beliau berhak bertindak, iaitu menghempuk rakyat, bukan sekadar menjentik.

Maka itulah sebabnya Najib, Hishamuddin dan keseluruhan kerajaan BN perlu ditukar.

SEMUA MENIPU KECUALI NAJIB?
Apabila berbincang berhubung isu menipu, selepas peristiwa BERSIH 2.0, amat jelas bahawa pihak media dan polis ingin menuduh semua yang terlibat dan cedera sebagai penipu. DS Anwar Ibrahim menipu apabila beliau dimasukkan ke hospital dan dipakaikan sokongan di lehernya serta terlentang di atas katil dan siap dipasang alat penafasan. Mungkin media dan polis menganggap semua berlakon termasuk para doktor dan jururawat di Hospital Pantai. Mungkin juga semua di situ adalah pelakon dan hospital Pantai adalah sebuah cawangan institusi Yahudi Nasrani tajaan bersama Hindu sedunia yang mendapat sokongan pertubuhan Komunis untuk menjatuhkan BN!

Begitu juga dengan saudara Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Beliau menipu juga! Dan Hospital KPJ di Seksyen 20 Shah Alam juga sarang pelakon dan penipu di mana mereka berpura-pura membedah lutut Mat Sabu dan menghasilkan X-Ray palsu yang menunjukkan skru sepanjang 2 ½ inci dilututnya! Mungkin hospital tersebut juga merupakan sarang Yahudi Nasrani, Hindu dan Komunis antarabangsa yang mendapat pembiayaan dari pihak Amerika yang bersekongkol dengan golongan Wahabi!

Seorang lagi yang menipu semestinya saudara Fayat, pengawal peribadi DS Anwar Ibrahim yang remuk tulang pipinya dan retak batang hidungnya sehingga terpaksa dibedah dan diletakkan kepingan Titanium di pipinya. Di sini juga sudah pasti mereka akan berkata, Hospital telah dibayar pihak Yahudi Nasrani, Hindu serta Komunis sedunia dan mereka telah berkomplot untuk menjatuhkan BN!

Jangan lupa pula kepada saudara Sharwadi yang telah kejang dan sesak nafas sehingga terpitam serta pemuda yang sawan, patah kaki dan lain-lain yang kesemuanya pelakon tambahan upahan Yahudi Nasrani, Hindu dan Komunis!

Maka bertanya pula kita mengapakan Yahudi Nasrani, Hindu dan Komunis sedunia ingin menjatuhkan Najib? BN akan menjawab bahawa ianya adalah kerana beliau merupakan seorang pejuang Islam yang sejati! Sambil si Rosmah mengemaskan sanggulnya serta memasangkan gelang dan cincinnya setiap pagi dengan niat yang tulus ikhlas untuk memperjuangkan ummat Islam dan rakyat jelata, ulas mereka lagi!

Adakah mereka anggap rakyat bodoh? BN boleh terus berusaha memperbodohkan rakyat tetapi saya yakin rakyat tidak bodoh! Dan harinya semakin pantas menjelang tiba apabila kebijaksanaan rakyat Malaysia akan jelas terbukti!



GUGURNYA BAHARUDDIN SEBAGAI SEORANG SYUHADA INSYAALLAH
Kalau boleh, Al-Marhum Baharuddin pun BN ingin tuduh berlakon! Semuanya satu sandiwara pakatan pembangkang menurut mereka lagi. Sehingga hari ini tiada ucapan Takziyyah atau kekesalan dari pihak Polis atau BN. Mereka mahu letakkan kesilapan atas semua pihak kecuali mereka sendiri, tetapi rakyat tahu siapa yang bertanggungjawab diatas gugurnya allahyarham.

Yang paling tinggi daya imiginasi ialah tuduhan bahawa tulang rusuk Al-Marhum dipatahkan doktor yang melakukan CPR. Bibirnya berdarah dan giginya patah juga mungkin kesalahan doktor! Semua tidak pandai buat kerja, termasuk doktor. Lain kali kalau ada yang tenat dan memerlukan CPR, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk jangan hantar ke doktor, hantar sahaja ke pihak polis!

Adakah mereka ingat rakyat benar-benar banggang?

RAHSIA KEGANASAN POLIS
Hakikatnya mereka semua yang di atas menjadi mangsa kezaliman politik BN. WALAUPUN POLIS YANG BERTINDAK SEDEMIKIAN, perlu diingat Polis telah diapi-apikan sehingga membenci rakyat yang turun secara damai dengan tuduhan pengkhianat, penderhaka dan perusuh. Tukang adu domba, tidak lain dan tidak bukan, adalah BN.

Sekiranya polis diberitahu, "rakyat ingin turun secara aman untuk berhimpun, menuntut sesuatu yang merupakan hak mereka iaitu pilihan raya bersih, sila jaga keselamatan mereka", sudah pasti berbeza kesudahannya. Sudah pasti polis akan menjaga supaya semua berjalan dengan aman dan teratur dan tidak mengucar-kacirkan suasana dengan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia.

Malangnya BN adalah batu api, tukang adu-domba yang ingin memperkudakan polis untuk kepentingan mereka. Maka apa yang terjadi telah pun terjadi.

Ada yang mengatakan, dalam perlembagaan, hak berhimpun secara aman dan tanpa senjata dijamin TETAPI Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan apa-apa sekatan ke atas hak tersebut. Dari ayat ini jelas bahawa sekatan tidak bertujuan untuk menghapuskan atau menafikan hak berhimpun. Hanya boleh dikenakan sekatan-sekatan tertentu melalui undang-undang seperti kena ikut arahan polis semasa berhimpun, ikut jalan ini dan itu, pada waktu ini hingga waktu itu dan sebagainya. Bukan menafikannya sama sekali!

Lagipun sekatan undang-undang adalah untuk bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam, keselamatan Persekutuan dan mana-mana bahagiannya, BUKAN ketenteraman dan keselamatan BN! Tiada makna diberi hak yang dijamin Perlembagaan tetapi boleh dinafikan kembali sewenang-wenangnya oleh kerajaan yang memerintah.

Apa yang jelas BN dalam ketakutan. Dan orang yang takut akan melakukan kesilapan. Kesilapan akan menjadikan apa yang mereka takutkan menjadi satu kenyataan, insyaAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Dr Jeyakumar Lancar Mogok Lapar Sehingga Semua Tahanan EO Dibebas

Posted: 28 Jul 2011 12:35 AM PDT

KeadilanDaily

Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar  yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), hari ini melancarkan mogok lapar ketika dalam tahanan.

Perkara itu dimaklumkan oleh isteri beliau, Mohanarani Rasiah ketika menemui suaminya itu kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Menurut Moharani, suaminya itu sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis Parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah EO sejak 2 Julai lalu.

"Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM 6 dibebaskan atau dituduh di mahkamah.

"Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar," kata Mohanarani dalam satu kenyataan hari ini

===

KENYATAAN AKHBAR RANI – ISTERI DR. JEYAKUMAR DI IPOH, 2PM 28
Julai 2011

Dr Jeyakumar Devaraj melancarkan Mogok Lapar dalam tahanan

Apabila saya jumpa suami saya Dr
Jeyakumar pada 11 pagi semalam, 27hb. Julai 2011, beliau suarakan perasaannya
yang sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam
aktivis PSM yang ditahan di bawah EO sejak 2 Julai 2011.

Menurutnya, polis enggan berganjak
dari posisi asal mereka walaupun PSM 6 telah bekerjasama penuh dan menjawab
kesemua soalan yang ditanya semasa soalsiasat dijalankan. Walaupun polis tidak
dapat sebarang bukti untuk menjustifikasikan pertahanan lanjutan, namun beliau
pasti tempoh tahanan mereka akan dilanjutkan sebab polis dan kerajaan ada
agenda sendiri dan mempunyai tujuan untuk memangsakan PSM6 .

Maka Dr
Jeyakumar telah memberitahu saya bahawa beliau akan mulakan mogok lapar pada 28/7/11 untuk
mendapatkan keadilan. Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM6
dibebaskan atau dituduh dimahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak
berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu
meneruskan mogok lapar kerana berpendapat

1. Walaupun tuduhan keatas mereka
adalah hanya pengerak BERSIH dan ini dinafikan oleh 6 orang tetapi polis
sengaja mahu kaitkan mereka dengan tuduhan ini
2. Walaupun sudah berkali-kali
dikatakan PSM tidak ada kaitan dengan PKM dan PSM tiada niat untuk kembangkan
fahaman komunis dan selama ini semua aktiviti PSM adalah terbuka dan
transparen, tetapi polis cuba memaksa, mereka (frame up) tuduhan-tuduhan palsu
keatas PSM 6
3. Tuduhan menghidupkan komunisme ini
hanya berdasarkan beberapa t-shirt dan kebelakangan ini polis sedang bergiat "frame-up"
tuduhan baru dan menurutnya ini berdasarkan lawatan-lawatan pemimpim PSM ke
luar negara atas jemputan parti sosialis lain di dunia dan cuba bertokoh tambah
bahawa PSM ada hubungan rahsia dengan PKM di Thailand.
Dr. Jeyakumar
menafikan semua tuduhan palsu ini, semua soalan polis menjurus untuk
mengeluarkan satu cerita karut untuk melanjutkan tempoh tahanan

Dr Jeyakumar memberitahu polis dan
kerajaan supaya bersikap jujur dan review kerja-kerja dan aktiviti PSM dalam 13
tahun sejak ia ditubuhkan. Di mana semua aktiviti PSM adalah terbuka dan dan
jika PSM mengkritik kerajaan BN, itu adalah hak demokratiknya.

Menurut Dr Jeyakumar, beliau telah
memberi kerjasama penuh sejak direman di mana beliau telah menandatangani 3
laporan termasuk laporan 45 muka surat di Pulau Pinang. Sekarang SB telah
sediakan report dengan 80 mukasurat tetapi Dr Jeyakumar buat keputusan beliau
tidak akan tandatanganinya kerana beliau melihat kesemua siasatan sebagai
sia-sia sahaja. Polis masih 'menembak secara liar' (shooting wildly).

Oleh itu, Dr Jeyakumar telah hilang
kepercayaan kepada polis untuk melaksanakan isu ini secara adil. Beliau
menuntut supaya Menteri Dalam Negeri mainkan peranan untuk membebaskan atau
hadap mereka ke mahkamah. Sehingga hari itu beliau akan buat mogok lapar.

Najib Harus Diundurkan

Posted: 28 Jul 2011 12:07 AM PDT

Malaysian Insider
Mohd Rashidi Hassan

Rakyat menyambut kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari lawatan ke tiga buah negara Eropah 22 Julai 2011, dengan tekad untuk meneruskan reformasi yang digerakkan melalui Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lepas.

Walaupun keberangkatan Najib ke luar negara mendapat liputan hebat daripada media arus perdana, hakikatnya Najib sendiri berada dalam keadaan yang amat tidak selesa.

Najib menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-58 pada 23 Julai lepas dalam keadaan yang tidak selesa kerana populariti yang cuba dibinanya, selepas mengambil alih jawatan PM daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 4 April 2009, semakin jatuh merudum.

Najib ternyata gagal mendapatkan sokongan rakyat, apabila banyak slogan dan dasar yang dijajanya tidak mendapat sambutan.

Malah, Najib semakin kehilangan sokongan dari dalam Umno, kerana banyak tindak tanduknya dilihat tidak membantu memulihkan Umno yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum Mac 2008.

Yang paling teruk ialah apabila media dalam dan luar negara membuat kritikan yang amat keras terhadap Najib kerana cara kerajaan Umno-BN pimpinannya mengendalikan pra dan pasca Perhimpunan Bersih 2.0 dianggap yang paling buruk dalam sejarah demokrasi Malaysia moden.

Sehingga sebelum Najib berangkat menemui Ratu Elizabeth dan PM British, David Cameron, akhbar-akhbar di negara berkenaan melabelkan beliau sama seperti diktator Mesir, bekas Presiden Hosni Mubarak.

Malah akhbar Guardian yang berpengaruh di United Kingdom memaparkan rencana bertajuk "Mubarak Model", apabila merujuk kepada cara polis Malaysia yang bertindak ganas ke atas peserta demonstrasi Bersih 2.0.

Dalam satu tulisan, mereka menggesa PM Malaysia dengan mengatakan "Malaysia's Najib Must Abandon The Mubarak Model".

Akhbar tersebut juga memberi amaran kepada Najib, bahawa beliau akan menghadapi tekanan dan kritikan global, kerana cara beliau mengendalikan Bersih 2.0 bertentangan dengan norma kebebasan hak asasi yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Seorang kolumnis akhbar harian di UK, Simon Tisdall membelasan Najib dan memberi amaran kepada beliau bahawa di bawah kepimpinannya Malaysia sudah mengambil pendekatan diktator seperti Hosni Mubarak.

Malah akhbar-akhbar di UK juga menggesa PM mereka supaya mengambil kira rekod buruk Najib yang tidak langsung menghormati hak asasi kemanusiaan, sebelum berunding mengenai hubungan dua hala serta perdagangan.

Najib dikritik keras oleh Amnesty International, yang menjadi saksi ramai peserta demonstrasi yang cedera, mengalami pendarahan akibat dipukul oleh polis.

Bantahan dan tekanan terhadap kerakusan pihak polis tidak akan terhenti selagi pihak yang bertanggungjawab tidak diheret ke muka pengadilan.

Najib berada dalam keadaan "serba tak kena" kerana beliau akan terus menerima tekanan dari dalam dan luar negara, akibat kesilapan kerajaan menangani tuntutan rakyat.

Najib barangkali lupa bahawa beliau berhadapan dengan kuasa rakyat. Iaitu kuasa rakyat yang tidak mempercayai sistem pilihan raya di Malaysia bebas dan demokratik, rakyat yang sangsi dengan system kehakiman dan rakyat yang tidak boleh menerima tindakan ganas polis terhadap mereka.

Najib jumpa, bahawa ini adalah perhimpunan rakyat yang tulen, bukannya perhimpunan yang diangkut dengan bas-bas, dijamu dengan nasi bungkus dan sebagainya, seperti yang dilakukan dalam perhimpunan tajaan Umno-BN.

Rakyat akan terus membuat tuntutan, rakyat akan terus tegakkan keadilan. Tiada istilah berundur pada hati dan jiwa rakyat.

Rakyat tidak akan berhenti dan tidak akan berpuashati selagi Najib tidak diundurkan, selagi Umno-BN tidak diturunkan dari tampuk pemerintahan.

Imej 3D Kecederaan Tulang Muka Saudara Fayyadh Pengiring Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 28 Jul 2011 12:00 AM PDT

Program Dato Seri Anwar Ibrahim Di Jakarta

Posted: 27 Jul 2011 08:17 PM PDT

Adalah dimaklumkan Dato’ Seri Anwar akan menyertai forum publik berjudul Akses Kepada Keadilan: Pengalaman Malaysia. Forum tersebut dianjurkan Pusat Studi Hukum dan Kebijakan Indonesia, Jakarta. Pusat Studi Hukum dan Kebijakan Indonesia merupakan antara organisasi swadaya masyarakat(NGO) yang berpengaruh di Indonesia. Berikut merupakan butiran acara Dato’ Seri Anwar bersama Pusat Studi Hukum dan Kebijakan Indonesia:

Tarikh: Hari Sabtu, 30 Julai 2011
Masa: 10 pagi – 12 Tengahari
Tempat: Ruang Indonesia Jentera School of Law, Puri Imperium Office Plaza UG 15, Jalan Kuningan Madya Kav. 5-6, Jakarta Selatan 12980

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Percayalah, Umno memang bencikan ulamak

Posted: 27 Jul 2011 11:07 AM PDT

Oleh : Mat Teropong

Membaca berita berkenaan laporan Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) berkenaan dengan gerakan Wahhabi yang dikatakan mengancam keselamatan Negara kerana ada unsur-unsur pengganas membuatkan kita tersenyum.Apa tidaknya bukan sahaja ulamak yang dikatakan ada hubungan dengan wahhabi yang duduk di luar Umno seperti Prof. Madya Dr.Mohd Asri Zainul Abidin malahan sekumpulan ulamak muda yang ada di dalam Umno juga terpalit dengan tuduhan pengganas.

Kira-kira 40 orang ulamak muda itu yang pada masa penyerahan borang untuk menjadi ahli Umno kepada Perdana Menteri sedikit masa dahulu, dikatakan akan menjadi golongan yang memperjuangkan agama, mempertahankan Umno dari serangan pihak lawannya terutama serangan berkenaan keagamaan ( yang sudah tentunya PAS ), memperkasakan biro agama (parti yang mendakwa Islam hanya menyediakan biro sahaja untuk agama Islam) dan banyak lagi agenda-agenda yang hendak dilakukan demi memperjuangkan agama melalui Umno kononnya.

Akan tetapi setelah menyerahkan diri kepada Umno, maka inilah balasannya kepada mereka. Tiada harga atas usaha mereka, sayangnya mereka masih tidak sedarkan diri. Tidak mahu melihat sejarah yang begitu jelas menunjukkan kebencian Umno terhadap apa sahaja perkara yang berkaitan dengan agama. Ada nasihat dari orang dahulu iaitu orang yang sering terpedaya ialah orang yang tidak mahu belajar dari sejarah. Apatah lagi sejarah itu masih hidup iaitu orang yang mengalaminya masih hidup, belum mati lagi. Mari kita teliti sejarahnya.

Lihatlah sejarah bagaimana lahirnya PAS jika tidak kerana percanggahan pendapat antara nasionalis dengan agamawan di dalam Umno pada awal penubuhannya. Maka sekumpulan ulamak di dalam Umno keluar dan menubuhkan PAS. Bukti ini jelas iaitu semenjak dari mula lagi Umno memang bencikan ulamak. Ketika tahun-tahun Umno sakit, sekitar tahun 70-an maka mereka memanggil PAS bagi membantunya mencari ubat. Setelah ubat diberikan, maka PAS bukan sahaja ditendang tapi dijadikan musuh utama. Kerana apa? Hanya kerana PAS memperjuangkan dasar-dasar Islam.

Tiba ke era 80-an, sejarah masih belum puas mencatat tentang perilaku Umno terhadap ulamak. Masuklah Nakhaei Ahmad salah seorang orang harapan PAS ke dalam Umno pada akhir 80-an. Bekas ulamak PAS ini adalah salah seorang yang dicadangkan untuk menjadi ahli panel debat antara PAS dan Umno pada tahun 1985. Begitulah kehebatan ilmu Nakhaei yang dihargai oleh PAS pada waktu itu. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumah Umno, maka pada saat itu jugalah harga dirinya jatuh merudum. Apa yang dia dapat hanyalah Yang diPertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia tanpa pengaruh politik. Kemana agaknya dia sekarang? Telah Islam sepenuhnyakah Umno hasil dari didikan agamanya kepada ahli Umno? Berubahkah dasar Umno kepada Islam? Tiada apa yang tinggal kecuali tulisan-tulisannya yang tidak dapat dipastikan samada ianya bernilai kepada Umno atau hanya layak masuk tong sampah Umno.

Begitu juga Anwar Ibrahim yang walaupun bukan seorang ulamak tapi apabila dia cuba membersihkan tong tahi, maka dia telahpun terpalit dengan tahi itu dan paling malang jatuh tersembam atas tahi itu. Kerana apa? Kerana nilai-nilai Islam yang cuba dia terapkan di dalam Umno. Lihatlah dimana Tan Sri Wan Mokhtar sekarang ini, yang hanya menjadi duta Malaysia ke Arab Saudi. Mana dia Yusof Noor bekas pengerusi Felda dan Ibrahim Azmi ulamak dari Bukit Tunggal Terengganu? Apa khabarnya Fadhil Hanafi lawan tegar almarhum Ustaz Fadhil Nor di Bukit Raya, Kedah? Inilah nama-nama besar yang diwar-warkan sebagai ulamak Umno satu ketika dahulu. Tapi apa jadi kepada mereka?

Bukan masalah apa jawatan mereka dulu atau sekarang akan tetapi ilmu agama yang ada pada mereka. Apa yang Umno dapat? Takkanlah hanya menjadi pembaca doa ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno sahaja. Ada ilmu tapi tak boleh dimanafaatkan kepada orang lain. Maka amat rugilah orang itu. Ibarat buah yang sudah masak ranum, dimakan tidak, diberi kepada orangpun tidak, akhirnya buruk dan membusuk, maka terpaksa dibuang begitu sahaja.

Masuk ke tahun 90-an pula ada lagi yang masih tak sedar dengan sejarah yang berlaku, masuk pula sekumpulan kecil ulamak ke dalam Umno. Antaranya Ustaz Ghazali Ahmad dari Losong dan Ustaz Ismail dari Machang. Tidak dapat dipastikan apa yang telah terjadi kepada mereka sekarang, tapi sesuatu yang pasti, mereka tidak ada harga di dalam Umno. Sejarah tidak menipu.

Berlaku pula peristiwa keatas almarhum bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom, yang mengenakan hukuman kepada peserta pertandingan ratu cantik di Selangor kira-kira satu dekad yang lalu, tetapi akhirnya beliau yang dipecat dari jawatan mufti. Ini menjelaskan lagi kebencian Umno kepada ulamak-ulamak. Menurut Ustaz Mohd Nor Hamzah, pemecatan Dato' Ishak Baharom ini, adalah bukti jelas kebencian Umno terhadap orang yang memperjuangkan agama. Katanya lagi orang ramai harus membaca sejarah ini dan menghayatinya dengan bersungguh-sungguh. Dan apabila Dato' Ishak memasuki rumah PAS, maka ahli-ahli PAS berebut-rebut menjemput beliau untuk mendapatkan ilmu darinya. Begitulah bezanya penghargaan dari kumpulan yang cintakan ilmu dan ulamak dengan kumpulan yang bencikannya.

Jadi, adakah tugas-tugas ulamak-ulamak dalam Umno ini yang diingati? Jawapannya ada, antaranya ialah melakonkan satu debat olok-olok diantara ulamak PAS olok-olok dan ulamak Umno yang betul satu ketika dahulu. Debat yang dilakonkan oleh sekumpulan ulamak dalam Umno itu, akhirnya dimenangi PAS. Malangnya Umno, ulamak mereka kalah sebelum debat betul-betul berlaku. Itulah tugas yang paling penting yang dijalankan oleh ulamak Umno yang masih diingati ramai sehingga sekarang.

Berbalik kepada ulamak muda Umno ini, maka sia-sialah sahaja gelaran yang diberikan mereka kepada peserta Bersih 2.0 iaitu golongan khawarij, bughah, penderhaka dan sebagainya kerana akhirnya gelaran pengganas berbalik kepada mereka. Kasihan kepada dulang, paku tak serpihpun. Amat malanglah bagi mereka yang cuba mentarbiyyahkan Umno tetapi akhirnya dilabelkan sebagai pengganas. Bukankah orang tua-tua sudah melarang memberi bunga kepada beruk, kerana beruk tak pandai menghargai bunga? Itupun masih tak mahu nak pakai otak lagi?

Kita yang di luar Umno ini telah dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku. Apakah Fathul Bari Mat Jahaya tidak boleh melihatnya? Dia pernah menasihati dan melarang ahli Umno dari menyebarkan fitnah ketika kes Anwar difitnah baru-baru ini, akan tetapi langsung tiada sambutan nasihatnya kepada Umno. Tiada harga nasihat dia itu. Datangkanlah ayat-ayat quran, hadis sahih sunan sittah atau fatwa dari ulamak manapun di dunia ini, kalau dah ketegaq (degil dalam bahasa Perlis) tak jadi apa juga. Tapi bila ada isu lain yang akan memberikan kredit kepada mereka seperti fatwa pengharaman yang mereka berikan terhadap kumpulan Bersih 2.0 baru-baru ini, maka mereka akan disuruh beratur di barisan depan untuk tugasan menyalak.

http://youtu.be/ZijF2M4VfDk

Maka benarlah kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa ulamak dalam Umno hanyalah ibarat terompah kayu yang digunakan untuk ke jamban sahaja. Bisingnya mengalahkan kasut yang mahal tetapi tugasnya hanyalah ke tandas tempat yang jijik dan kotor. Maka begitulah nasib ulamak Umno yang hanya digunakan untuk menyalak lantang atas perkara yang kadang-kadangnya mereka sendiri tahu yang perkara itu tidak betul dan mengelirukan orang ramai, tetapi mereka terpaksa menyalak kerana itulah sahaja tugas utama mereka, iaitu menyalak kepada lawan mereka.

Akan tapi bila tiba kepada sesuatu yang nyata salah Umno, maka mereka tak boleh menyalak kepada tuan mereka. Walaupun mereka sangat-sangat hendak menyalak, mereka kena diam tidak boleh menyalak. Itulah peraturan utama dan "job scope" mereka. Benar-benar hina ulamak yang seperti ini. Maka bertepatanlah dengan perumpamaan yang diberikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan bahawa ulamak muda Umno itu ibarat jatuh ditimpa tangga. Tangga Umno yang mereka naiki itu asalnya diharapkan akan menyampaikan mereka ke puncak tapi jatuh ke atas mereka pula. Malang sungguh. Sakit dapat, malupun dapat.

Sebenarnya banyak lagi bukti-bukti kebencian Umno kepada ulamak-ulamak yang boleh diberikan. Mereka tidak ada perasaan untuk meletakkan ulamak pada tempat yang tinggi sesuai dengan ilmu mereka.Antaranya, kita boleh lihat siapakah dikalangan pimpinan tertinggi Umno yang datang dari bidang agama?Hishamudin mungkin? Atau Zahid Hamidi? Atau mungkin Najib sendiri?Jadi boleh kita lihat di mana kedudukan ulamak dalam parti Umno dan bandingkan dengan PAS, yang jelas memperuntukan satu dewan khas iaitu Dewan Ulamak bagi menunjukkan betapa seriusnya PAS dalam menjulang martabat orang yang berilmu dan menggunakan semaksimum mungkin ilmu-ilmu mereka.

Begitulah hinanya ulamak-ulamak dalam Umno diperlakukan. Apakah kesudahan mereka nanti kita sudah boleh mengagak melalui sejarah yang berulang-ulang berlaku di dalam organisasi mereka iaitu kehinaan dari puak-puak mereka sendiri. Dan amatlah kita takut bahawa kehinaan itu berterusan sehingga ke akhirat kerana ketiadaan prinsip dalam memperjuangkan Islam. Nauzubillah.

Kita menyeru kepada ulamak-ulamak didalam Umno tak kira samada yang muda mahupun yang tua agar mengambil nasihat Dr. Asri supaya merenung kembali, apa hasilnya mereka duduk di dalam Umno. Dengan keadaan yang mereka alami sekarang maka adalah lebih baik mereka keluar dari Umno kerana apabila keluarnya mereka dari kepompong kejahilan Umno, maka ulamak-ulamak ini akan bebas menyatakan kebenaran. Percayalah tiada apa yang boleh mereka perjuangkan di dalam Umno kecuali untuk kesenangan dunia semata-mata.

Samada mulia dimata masyarakat atau hina dimata mereka bukanlah menjadi perkara utama akan tetapi mulia disisi Allah kerana amar makruf nahi mungkar dan ketaqwaan itulah yang lebih utama. Bukankah itu yang mukmin idamkan?

Dan diatas alasan-alasan yang diberikan di atas, percayalah, Umno memang bencikan ulamak….

Pandangan ini adalah pendapat penulis.Ianya bukan pendapat pihak kami kecuali dinyatakan demikian

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


Talking a good game with our PM

Posted: 28 Jul 2011 06:35 AM PDT

– Shannon Teoh The Malaysian Insider July 28, 2011 JULY 28 – Football is the people's game. It's simple, engaging and enjoyed by both players and supporters. But Datuk Seri Najib Razak's football analogy this morning urging Malaysians to move from tolerance to acceptance was none of the above. He called our diversity the "strength [...]

Rollbacks are threatening reform agenda, say economists

Posted: 28 Jul 2011 03:44 AM PDT

By Yow Hong Chieh The Malaysian Insider Jul 28, 2011 KUALA LUMPUR, July 28 – The Najib administration's reform agenda is in danger of being derailed through decisions to appease the "Bumiputera agenda" and pressure from Malay rights groups intent on preserving the status quo, economists have said. RAM Holdings Bhd chief economist Dr Yeah [...]

Jeyakumar to go on hunger strike

Posted: 28 Jul 2011 03:37 AM PDT

By Lisa J. Ariffin The Malaysian Insider Jul 28, 2011 KUALA LUMPUR, July 28 — Emergency Ordinance (EO) detainee and Sungai Siput MP Dr Jeyakumar Devaraj will begin a hunger strike today until he and five others detained under the EO are released or charged in court. "Dr Jeyakumar told me that he would begin [...]

Fed power not entirely impossible, says Kit Siang

Posted: 28 Jul 2011 02:28 AM PDT

By Joseph Sipalan and Lee Way Loon | Jul 28, 11 Malaysiakini INTERVIEW There are very few who can claim to be an equal to Lim Kit Siang, who has spent nearly as many years as Malaysia has existed in relentlessly pursuing his beliefs as opposition leader. Having experienced first-hand practically every pivotal moment that [...]

Resign Or Snap Election For Najib, Here’re The Reasons

Posted: 28 Jul 2011 02:10 AM PDT

By Finance twitter As much as I would like to stop writing about PM Najib administration, the plot just got interesting and I think he may just hit the bull's eye as far as my prediction that his downfall may be faster than his predecessor, Abdullah Badawi, is concerned. Compared with Najib, Badawi now seems [...]

Najib must honour his solemn undertaking to TBH family on 28.7.09 that “no stone will be left unturned” to find out the causes and circumstances of TBH’s death

Posted: 28 Jul 2011 01:31 AM PDT

Yesterday, the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said he left the decision of penalising the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) trio named in the James Foong Royal Commission of Inquiry (RCI) on Teoh Beng Hock's (TBH) death to the MACC, the police and the Attorney-General. This is the supreme "passing-the-buck" by the Prime Minister which [...]

We’ll derail BN, railwaymen warn Najib

Posted: 27 Jul 2011 10:34 PM PDT

By Patrick Lee | July 28, 2011 Free Malaysia Today PETALING JAYA: In a letter to Prime Minister Najib Tun Razak, the Railwaymen Union of Malaya (RUM) warned him of protest votes against the Barisan Nasional in the next polls. The letter penned by union secretary-general Jaafar Alias in his capacity as the Tampin Umno [...]

Muhyiddin pledges RM100,000 to BN MPs as economy bites

Posted: 27 Jul 2011 10:41 PM PDT

The Malaysian Insider | July 28, 2011 KUALA LUMPUR, July 28 — The government will approve an immediate RM100,000 grant for constituencies after Barisan Nasional (BN) lawmakers complained to ministers on Monday that the administration's focus on big-ticket projects in the Klang Valley would not help the coalition in the next general election. The Malaysian [...]

Teoh’s death: ‘Four new leads for police’

Posted: 27 Jul 2011 10:29 PM PDT

By Teoh El Sen | July 27, 2011 Free Malaysia Today PETALING JAYA: DAP adviser Lim Kit Siang yesterday urged police to re-open investigations into the death of former political aide Teoh Beng Hock based on four new "leads" that the recently released Royal Commission of Inquiry (RCI) report revealed. Lim, the Ipoh Timor MP, [...]

Apocalypse begins

Posted: 27 Jul 2011 10:24 PM PDT

By Soothsayer | July 27, 2011 The Malaysian Insider JULY 27 — Good is bad and bad is good. Those in power attempt to justify their acts of deceit, cruelty and oppression by hard-sell tactics using all the media tools at their disposal. On Sunday, the news broadcast was filled with falsity and half-truths — [...]

RCI report: Gobind throws Gani a challenge

Posted: 27 Jul 2011 10:19 PM PDT

By G Vinod | July 27, 2011 Free Malaysia Today KUALA LUMPUR: DAP national legal bureau chairman Gobind Singh Deo wants Attorney- General Abdul Gani Patail to explain why the three MACC officers found responsible for the death of Teoh Beng Hock cannot be charged under the Penal Code. "If you can't find anything under [...]

RCI + inquest = ‘big, big mess’

Posted: 27 Jul 2011 09:19 PM PDT

By Teoh El Sen | July 28, 2011 Free Malaysia Today PETALING JAYA: The Royal Commission of Inquiry (RCI) into Teoh Beng Hock's death, which released its findings in a report last Thursday, has created a "big legal mess" by generating more questions than answers, said prominent human rights lawyer Malik Imtiaz Sarwar. Malik, who [...]

The chameleon PM

Posted: 27 Jul 2011 08:41 PM PDT

By Othman Wahab | July 27, 2011 The Malaysian Insider JULY 27 — Okay, now it is official. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has run out of ideas. After looking terribly unconvincing when handling the Bersih 2.0 rally, he is clutching at anything just to seem to have things under control. But the sad [...]

BN MPs want more funds ahead of polls

Posted: 27 Jul 2011 08:39 PM PDT

By Shazwan Mustafa Kamal | July 28, 2011 The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, July 28 — Barisan Nasional (BN) lawmakers have told coalition leaders that the government must ensure more funds trickle down to their constituencies instead of concentrating on big-ticket projects like the Mass Rapid Transit (MRT) construction in Kuala Lumpur if the ruling [...]

Nuffnang