Khamis, 28 Julai 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Dr Jeyakumar Lancar Mogok Lapar Sehingga Semua Tahanan EO Dibebas

Posted: 28 Jul 2011 12:35 AM PDT

KeadilanDaily

Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar  yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), hari ini melancarkan mogok lapar ketika dalam tahanan.

Perkara itu dimaklumkan oleh isteri beliau, Mohanarani Rasiah ketika menemui suaminya itu kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Menurut Moharani, suaminya itu sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis Parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah EO sejak 2 Julai lalu.

"Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM 6 dibebaskan atau dituduh di mahkamah.

"Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar," kata Mohanarani dalam satu kenyataan hari ini

===

KENYATAAN AKHBAR RANI – ISTERI DR. JEYAKUMAR DI IPOH, 2PM 28
Julai 2011

Dr Jeyakumar Devaraj melancarkan Mogok Lapar dalam tahanan

Apabila saya jumpa suami saya Dr
Jeyakumar pada 11 pagi semalam, 27hb. Julai 2011, beliau suarakan perasaannya
yang sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam
aktivis PSM yang ditahan di bawah EO sejak 2 Julai 2011.

Menurutnya, polis enggan berganjak
dari posisi asal mereka walaupun PSM 6 telah bekerjasama penuh dan menjawab
kesemua soalan yang ditanya semasa soalsiasat dijalankan. Walaupun polis tidak
dapat sebarang bukti untuk menjustifikasikan pertahanan lanjutan, namun beliau
pasti tempoh tahanan mereka akan dilanjutkan sebab polis dan kerajaan ada
agenda sendiri dan mempunyai tujuan untuk memangsakan PSM6 .

Maka Dr
Jeyakumar telah memberitahu saya bahawa beliau akan mulakan mogok lapar pada 28/7/11 untuk
mendapatkan keadilan. Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM6
dibebaskan atau dituduh dimahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak
berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu
meneruskan mogok lapar kerana berpendapat

1. Walaupun tuduhan keatas mereka
adalah hanya pengerak BERSIH dan ini dinafikan oleh 6 orang tetapi polis
sengaja mahu kaitkan mereka dengan tuduhan ini
2. Walaupun sudah berkali-kali
dikatakan PSM tidak ada kaitan dengan PKM dan PSM tiada niat untuk kembangkan
fahaman komunis dan selama ini semua aktiviti PSM adalah terbuka dan
transparen, tetapi polis cuba memaksa, mereka (frame up) tuduhan-tuduhan palsu
keatas PSM 6
3. Tuduhan menghidupkan komunisme ini
hanya berdasarkan beberapa t-shirt dan kebelakangan ini polis sedang bergiat "frame-up"
tuduhan baru dan menurutnya ini berdasarkan lawatan-lawatan pemimpim PSM ke
luar negara atas jemputan parti sosialis lain di dunia dan cuba bertokoh tambah
bahawa PSM ada hubungan rahsia dengan PKM di Thailand.
Dr. Jeyakumar
menafikan semua tuduhan palsu ini, semua soalan polis menjurus untuk
mengeluarkan satu cerita karut untuk melanjutkan tempoh tahanan

Dr Jeyakumar memberitahu polis dan
kerajaan supaya bersikap jujur dan review kerja-kerja dan aktiviti PSM dalam 13
tahun sejak ia ditubuhkan. Di mana semua aktiviti PSM adalah terbuka dan dan
jika PSM mengkritik kerajaan BN, itu adalah hak demokratiknya.

Menurut Dr Jeyakumar, beliau telah
memberi kerjasama penuh sejak direman di mana beliau telah menandatangani 3
laporan termasuk laporan 45 muka surat di Pulau Pinang. Sekarang SB telah
sediakan report dengan 80 mukasurat tetapi Dr Jeyakumar buat keputusan beliau
tidak akan tandatanganinya kerana beliau melihat kesemua siasatan sebagai
sia-sia sahaja. Polis masih 'menembak secara liar' (shooting wildly).

Oleh itu, Dr Jeyakumar telah hilang
kepercayaan kepada polis untuk melaksanakan isu ini secara adil. Beliau
menuntut supaya Menteri Dalam Negeri mainkan peranan untuk membebaskan atau
hadap mereka ke mahkamah. Sehingga hari itu beliau akan buat mogok lapar.

Najib Harus Diundurkan

Posted: 28 Jul 2011 12:07 AM PDT

Malaysian Insider
Mohd Rashidi Hassan

Rakyat menyambut kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari lawatan ke tiga buah negara Eropah 22 Julai 2011, dengan tekad untuk meneruskan reformasi yang digerakkan melalui Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lepas.

Walaupun keberangkatan Najib ke luar negara mendapat liputan hebat daripada media arus perdana, hakikatnya Najib sendiri berada dalam keadaan yang amat tidak selesa.

Najib menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-58 pada 23 Julai lepas dalam keadaan yang tidak selesa kerana populariti yang cuba dibinanya, selepas mengambil alih jawatan PM daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 4 April 2009, semakin jatuh merudum.

Najib ternyata gagal mendapatkan sokongan rakyat, apabila banyak slogan dan dasar yang dijajanya tidak mendapat sambutan.

Malah, Najib semakin kehilangan sokongan dari dalam Umno, kerana banyak tindak tanduknya dilihat tidak membantu memulihkan Umno yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum Mac 2008.

Yang paling teruk ialah apabila media dalam dan luar negara membuat kritikan yang amat keras terhadap Najib kerana cara kerajaan Umno-BN pimpinannya mengendalikan pra dan pasca Perhimpunan Bersih 2.0 dianggap yang paling buruk dalam sejarah demokrasi Malaysia moden.

Sehingga sebelum Najib berangkat menemui Ratu Elizabeth dan PM British, David Cameron, akhbar-akhbar di negara berkenaan melabelkan beliau sama seperti diktator Mesir, bekas Presiden Hosni Mubarak.

Malah akhbar Guardian yang berpengaruh di United Kingdom memaparkan rencana bertajuk "Mubarak Model", apabila merujuk kepada cara polis Malaysia yang bertindak ganas ke atas peserta demonstrasi Bersih 2.0.

Dalam satu tulisan, mereka menggesa PM Malaysia dengan mengatakan "Malaysia's Najib Must Abandon The Mubarak Model".

Akhbar tersebut juga memberi amaran kepada Najib, bahawa beliau akan menghadapi tekanan dan kritikan global, kerana cara beliau mengendalikan Bersih 2.0 bertentangan dengan norma kebebasan hak asasi yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Seorang kolumnis akhbar harian di UK, Simon Tisdall membelasan Najib dan memberi amaran kepada beliau bahawa di bawah kepimpinannya Malaysia sudah mengambil pendekatan diktator seperti Hosni Mubarak.

Malah akhbar-akhbar di UK juga menggesa PM mereka supaya mengambil kira rekod buruk Najib yang tidak langsung menghormati hak asasi kemanusiaan, sebelum berunding mengenai hubungan dua hala serta perdagangan.

Najib dikritik keras oleh Amnesty International, yang menjadi saksi ramai peserta demonstrasi yang cedera, mengalami pendarahan akibat dipukul oleh polis.

Bantahan dan tekanan terhadap kerakusan pihak polis tidak akan terhenti selagi pihak yang bertanggungjawab tidak diheret ke muka pengadilan.

Najib berada dalam keadaan "serba tak kena" kerana beliau akan terus menerima tekanan dari dalam dan luar negara, akibat kesilapan kerajaan menangani tuntutan rakyat.

Najib barangkali lupa bahawa beliau berhadapan dengan kuasa rakyat. Iaitu kuasa rakyat yang tidak mempercayai sistem pilihan raya di Malaysia bebas dan demokratik, rakyat yang sangsi dengan system kehakiman dan rakyat yang tidak boleh menerima tindakan ganas polis terhadap mereka.

Najib jumpa, bahawa ini adalah perhimpunan rakyat yang tulen, bukannya perhimpunan yang diangkut dengan bas-bas, dijamu dengan nasi bungkus dan sebagainya, seperti yang dilakukan dalam perhimpunan tajaan Umno-BN.

Rakyat akan terus membuat tuntutan, rakyat akan terus tegakkan keadilan. Tiada istilah berundur pada hati dan jiwa rakyat.

Rakyat tidak akan berhenti dan tidak akan berpuashati selagi Najib tidak diundurkan, selagi Umno-BN tidak diturunkan dari tampuk pemerintahan.

Imej 3D Kecederaan Tulang Muka Saudara Fayyadh Pengiring Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 28 Jul 2011 12:00 AM PDT

Program Dato Seri Anwar Ibrahim Di Jakarta

Posted: 27 Jul 2011 08:17 PM PDT

Adalah dimaklumkan Dato’ Seri Anwar akan menyertai forum publik berjudul Akses Kepada Keadilan: Pengalaman Malaysia. Forum tersebut dianjurkan Pusat Studi Hukum dan Kebijakan Indonesia, Jakarta. Pusat Studi Hukum dan Kebijakan Indonesia merupakan antara organisasi swadaya masyarakat(NGO) yang berpengaruh di Indonesia. Berikut merupakan butiran acara Dato’ Seri Anwar bersama Pusat Studi Hukum dan Kebijakan Indonesia:

Tarikh: Hari Sabtu, 30 Julai 2011
Masa: 10 pagi – 12 Tengahari
Tempat: Ruang Indonesia Jentera School of Law, Puri Imperium Office Plaza UG 15, Jalan Kuningan Madya Kav. 5-6, Jakarta Selatan 12980

Tiada ulasan:

Nuffnang