Comments for Wee Choo Keong |
Comment on Complaints for DBKL by Yacob Posted: 26 Jul 2011 07:50 PM PDT Penduduk-Penduduk Tmn Setapak dan Ibu Kota. Merujuk kepada permohonan laluan Bas Rapid KL di Taman Setapak dan Ibu Kota. Pihak kami dimaklumkan pada hari sabtu ini 30.07.2011, pihak Syarikat Bas Rapid KL akan sekali lagi membuat laluan percubaan di kawasan perumahan Taman Setapak. Dan pihak Persatuan Penduduk Taman Setapak juga telah bersetuju. Pihak kami dimaklumkan bahawa, pihak Rapid KL ada cadangan lain dimana laluan yang dicadangkan kali ini adalah lebih menyeluruh dan merangkumi kebanyakan kawasan-kawasan yang padat penduduk di Taman Setapak. Cadangan laluan adalah melalui Jalan Ibu Kota, Jalan Langkawi, Jalan Keruin hingga ke Kondo Idaman Sutera dan Idaman Puteri. Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dari pihak Rapid KL dalam usaha memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk-penduduk di Taman Setapak dan kawasan-kawasan sekitarnya. Terima kasih. Yaacob Abd Hamid |
You are subscribed to email updates from Comments for Wee Choo Keong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan