Jumaat, 11 Mac 2011

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


MP Sivarasa dilarang masuk Sarawak

Posted: 11 Mar 2011 08:45 PM PST

MP Sivarasa dilarang masuk Sarawak
Mac 12, 11 12:17pm
Kongsi 0
Ahli parlimen Subang R Sivarasa telah dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, pagi ini.

Sivarasa memberitahu Malaysiakini beliau mendarat pada jam 10.10 pagi dengan penerbangan AirAsia bersama ahli exco kerajaan negeri Selangor, Xavier Jayakumar.

NONEKedua-dua mereka ke Sarawak bagi menghadiri konvensyen PKR yang dijadualkan hari ini.

"Saya ditahan di kaunter imigresyen dan dimaklumkan bahawa terdapat masalah," katanya.

Buat masa ini, Sivarasa ditahan di bilik pemeriksaan imigresyen di Lapangan Terbang Kucing dan dijangka akan dikenakan perintah halangan masuk.

"Mereka akan hantar saya balik ke Kuala Lumpur pada penerbangan seterusnya yang mempunyai tempat," katanya.

Xavier, diiringi oleh isterinya dan seorang pembantu yang bagaimanapun dibenarkan masuk.

Ini adalah kali kedua Sivarasa dilarang memasuki Sarawak.

Pada 2009, pihak imigresyen Sarawak menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur manakala dua bulan sebelum ini, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan juga dihantar pulang

MRT bosses ignoring Pakatan MPs, says Siva

Posted: 11 Mar 2011 07:04 PM PST

Patrick Lee
March 11, 2011 It appears that opposition representatives have no say in the project, even if the trains pass through their constituencies.

PETALING JAYA: Pakatan MPs are often left out of consultations on the proposed Mass Rapid Transit (MRT) system even though the trains will run through the areas they represent.



When they do respond to questions from opposition representatives, officials of the Land Public Transport Commission (SPAD) tend to give incomplete answers, according to Subang MP R Sivarasa of PKR.



Speaking to reporters here today, he said he was at a Petaling Jaya City Council (MBPJ) meeting in late January when SPAD officials dropped the MRT bombshell.



The attending SPAD officers raised the subject out of the blue, he said. "I was there for totally different reasons."



The officers were accompanied by representatives of Gamuda-MMC, SPAD's delivery partner in the MRT project. They needed MBPJ's approval to build train stations in Petaling Jaya.



He said SPAD did not bother to call MPs and state assemblymen for the areas that the trains would pass through.



At least four of the proposed stations would be built in Sivarasa's constituency.



He said the officials gave a presentation about the MRT proposal, but did not give satisfactory answers to questions posed afterwards.



"I asked them why stations were here and not there, and their answer was, 'It's because there's another line coming from somewhere else,'" he said.



"That's when I learned that there were other lines. So I asked them for the locations of the other lines, but they told me they didn't have the information."



He said he blew his top. "I said, 'How do you expect us to understand your rationale when you're not telling where your other line is?'



"This is the biggest project in the history of Malaysia, and you come to the public with partial info, and justify it with a half baked rationale."



Sivarasa said the government needed to have more public consultations before going ahead with the controversial RM53 billion project.



Despite heavy public criticism against the MRT, the government appears determined to go ahead with it. It will call for tenders for various sub-contract works in April and award the contracts by June. Construction is expected to start in July.

Sivarasa Memantau Projek Menaik Taraf Jalan Pekan Subang

Posted: 11 Mar 2011 09:00 AM PST

YB Sivarasa melawat tapak projek menaik taraf Jalan Pekan Subang, dari Kelab Monterez ke TUDM di Subang.

Dalam lawatan ini, Sivarasa juga menerima memorandum bantahan daripada penduduk-penduduk tempatan. Beliau berpeluang mendengar maklum-balas daripada penduduk tempatang mengenai masaalah trafik yang dihadapi hasil daripada projek naik taraf ini.

Hadir bersama pada lawatan ini adalah Ketua Kampung Sdr Chang dan Sdr Michael Wong, wakil kepada ADUN Kota Damansara, YB Dr Nasir.

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


PESANAN UNTUK PELAJAR MESIR SELANGOR

Posted: 11 Mar 2011 05:01 AM PST

11.3.11
Pejabat EXCO Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Kerajaan Selangor Darul Ehsan,
Bangunan ssaas, SHAH ALAM.

Assalamualaikum wrt wbk

Kepada semua pelajar Selangor yang bakal kembali menyambung pelajaran di Mesir,

Alhamdulillah, dengan takdir Allah semua para pelajar selamat ketika proses 'islah' di medan Tahrir, Mesir berlaku. Dengan rezeki Allah jua para pelajar selamat pulang ke tanah air mengubat rindu, menawar risau ahli keluarga.
Insyaallah dengan rezeki dan iradah Allah jua, para pelajar dapat dibantu kembali ke bumi Anbiyaa' Mesir untuk meneruskan jihad pelajar iaitu menuntut ilmu.Allah memudahkan Kerajaan Negeri Selangor untuk menampung tiket penerbangan serta kos pengendalian urusan pengangkutan di Mesir.
Disamping itu saya selaku EXCO PENDIDIKAN TINGGI yang telah mengikuti proses OPS PIRAMID dan hingga para pelajar kembali ke Mesir telah meminta pihak JAIS bersedia di Mesir untuk mempasti kepulangan palajar ke tempat kediaman di Mesir berjalan lancar dan selamat insyaallah.Pihak HEP JAIS juga telah diamanahkan supaya memantau kebajikan semua pelajar Selangor di Mesir.Justeru, BKSAM diminta menjalin hubungan yang baik dengan semua pelajar dan semua para pelajar Selangor di minta mendaftarkan diri dengan BKSAM untuk melicinkan pemantauan HEP, JAIS.
Jangan lupa bersyukur kepada Ilahi yang merencana semuanya. Pastikan semua berterima kasih kepada ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai yang telah tidak jemu-jemu mendoakan dan sentiasa melakukan segala-galanya untuk para pelajar.Doakan mereka diberi ganjaran sewajarnya oleh Allah yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
Jnagan kecewakan kami semua, tuntutlah ilmu dengan tekun dan ikhlas kerana Allah. Dampingi diri dengan Tuhan Yang Maha Esa, Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, Maha Kuat dan Perkasa. Berlindunglah kepadaNya.
Oleh kerana, penerbangan pertama bermula 14.3.11, saya TIDAK dapat menghantar pelajar ke lapangan terbang kerana saya akan menjalan ibadah umrah dan dijangka terbang 13.3.11 insyaallah.
Saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada apa-apa kekurangan dan kesilapan di pihak saya , mahupun kerajaan negeri Selangor walaupun kami sudah cuba yang terbaik untuk para pelajar. Doakan saya mendapat umrah yang mabrur.

Sekian, terima kasih.

Wassalam,

YB DR HJH HALIMAH ALI
EXCO PENDIDIKAN,PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
KERAJAAN SELANGOR DARUL EHSAN.

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


ENGGAN LAGI!

Posted: 11 Mar 2011 05:39 AM PST

(Rasid membuat aduan dipaksa membuat Surat Akuan palsu membabitkan kes Saiful)

Salam 2 all.

Teman agak terkejut dengan tindakan Karpal, peguam manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan membantah permohonan Pendakwaraya untuk Anwar memberi sampel darahnya untuk dijadikan sampel untuk DNA perbandingan dengan sperma yang dijumpai didalam dubur Saiful Azlan Bukhori. Datuk Yusuf Zainal Abidin, Ketua Pendakwaraya sebelum menutup kes pendakwaan petang tadi telah membuat permohonan kepada Mahkamah "demi kebenaran dan keadilan" supaya memerintahkan Anwar memberikan sampel darahnya untuk ujian DNA perbandingan. Tetapi manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan telah membantah dan enggan memberinya!!!??? Kompius kompius!!!

Pada teman tidak ada sebab Anwar hendak membantah atau mengelak untuk memberi sampel tersebut. Kalau benar dakwaan Anwar dia tidak pernah "mengunyitkan" Saiful, tidak ada sebab mengapa Anwar perlu takut memberikan darahnya untuk diambil DNAnya. Kebenaran tetap kebenaran yop!

Hakikat yang jelas dan tidak dinafikan pun ialah terdapat kesan sperma didalam dubur Saiful. Ini disahkan oleh pakar kimia dan para doktor pakar yang memeriksa Saiful pada 28.06.2008. Saiful, yang pada masa kejadian adalah pembantu peribadi Anwar, mendakwa "dikunyitkan" oleh Anwar dua hari sebelum itu iaitu pada 26.06.2008 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Teman berharap Anwar tidak meminta "fatwa" daripada Syeikh Dr. Yusuf Al Qorodowi samada beliau boleh memberi sampel darah untuk ujian DNA tersebut. Almaklumlah, semasa dinasihatkan oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis supaya bersumpah muhabalah menafikan perbuatan liwat itu, Anwar menyatakan Syeikh Dr. Yusuf Al Qorodowi kata tak boleh bersumpah, walaupun Saiful telah membuat sumpah tersebut di Masjid Wilayah.

Sebenarnya inilah peluang terbaik Anwar untuk membutkikan "kesucian" beliau. Sepatutnya Anwar tidak perlu tunggu untuk Pendakwaraya membuat permohonan kepada Mahkamah. Anwar sepatutnya secara sukarela menawarkan sampel darah beliau untuk ujian DNA tersebut. Pemberian sampel darah untuk ujian DNA tersebut sudah pasti akan membutikan kebenaran dan yang haq tanpa sebarang keraguan. Jika terbukti DNA yang ditemui kelak tidak sama dengan DNA sperma yang ditemui didalam dubur Saiful, teman cukup yakin seluruh rakyat akan menolak pertuduhan liwat ini dan menghukum Saiful.

Jadi teman mencabar Anwar, atas nama yang haq dan kebenaran, berikanlah sampel darah untuk ujian DNA perbandingan tersebut. Janganlah menjadi bacul dan dayus yang berselindung disebalik teknikaliti undang-undang, jangalah menyorok disebalik Karpal. Jadilah manusia yang berani. Dan yakinlah, dihadapan ALLAH nanti Karpal tidak akan boleh membantu lagi!!

Jika Anwar enggan memberikan sampel darahnya untuk ujian DNA perbandingan itu, sudah pasti umat Islam dan rakyat umumnya akan tertanya-tanya, apa yang nak disorokkan sangat oleh Anwar. Sudahlah bersumpah menafikan perbuatan liwat pun tak mahu buat, ni nak bagi darah yang boleh membuktikan kebenaran pun tak mahu jugak! Atau apakah benar sapeti yang disebut orang, bahawa Anwar ada "rahsia besar" yang mahu disembunyikan dengan keengganan memberikan DNA.

Kepada Anwar, ingatlah dihadapan ALLAH nanti, kita sudah tidak boleh menyorok. Semua benda, sekali lagi teman ulang, "SEMUA BENDA" kat diri kamu itu (kecuali mulut) akan bercakap memberitahu ALLAH apa sebenarnya yang berlaku. Masa itu, Wan Azizah akan dengar, Tok Guru Nik Aziz akan dengar, Ustadz Hadi akan dengar, Gobalakrishnan pun akan dengar!!! Malah seluruh manusia di mahsyar akan mendengarnya. Masa tu Karpal pun tak sempat nak membela kamu sebab dia pun tengah sibuk bersilat dihadapan ALLAH!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
05 Rabi'ul Akhir 1432
10 Mac 2011

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Menyerahkan Lesen Diperbaharui Kepada Peniaga Pasar Malam

Posted: 11 Mar 2011 03:52 PM PST

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Buku Jingga Bankrapkan Negara - Analisis Berfakta

Posted: 11 Mar 2011 07:30 AM PST

Saya amat teruja apabila mendapat tahu bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah mengumumkan dasar-dasar utama ekonomi dan kerajaan mereka jika dapat menawan Putrajaya. Saya gembira kerana PR akhirnya sedar bahawa untuk memenangi hati rakyat dan untuk menjadi kerajaan Persekutuan, mereka tidak boleh lagi menggunakan pendekatan retorik semata-mata. Akhirnya mereka harus akur kepada tuntutan "two-party-system" iaitu mempersembahkan dasar-dasar alternatif yang berbeza dengan  parti pemerintah.

Agaknya atas kesedaran ini, maka lahirlah Buku Jingga yang diilhamkan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Dato Seri Abdul Hadi Awang. Kini sekurang-kurangnya rakyat dapat menilai antara keberkesanan Buku Jingga dan Model Ekonomi Baru ilham Perdana Menteri YAB Dato Sri Najib Tun Razak.

Saya sebenarnya mengharapkan satu buku yang sarat dengan hujah-hujah ekonomi yang berdasarkan fakta yang nyata. Harapan saya ternyata meleset apabila membaca 3 mukasurat yang pertama sahaja, saya agak terkejut kerana PR masih lagi menggunakan berbagai-bagai label dan ungkapan-ungkapan retorik untuk mencemuh BN. Antaranya: selamatkan Malaysia, noda hak rakyat, rasuah, salahguna kuasa, bolot, tidak peduli, mengekang, tidak berjiwa rakyat, krisis parah, perkauman, durjana, pudar, ketinggalan, meraba-raba, bongkak, pentingkan sendiri, mundur, merudum, penderitaan, ketirisan, songsang, hambar, menunggang, lemah, kemelut, malap, gelap, ketakutan dan kabur.

Sebagai penyokong BN, saya hampir saja membuang Buku Jingga kedalam tong sampah kerana kecewa dengan retorik politik berlebihan yang tidak kena pada tempatnya.

Saya faham tentang politik. Setiap parti akan cuba sedaya upaya untuk mendapat pulangan politik terhadap apa saja yang mereka lakukan. Itu tidak salah kerana itulah lumrah politik. Tetapi dalam hal ini PR sepatutnya belajar daripada BN. Contohnya dalam dokumen Model Ekonomi Baru yang merangkumi Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan, tidak ada satu ayat pun yang memperlekehkan pembangkang. Semuanya ditulis dengan rasa keinsafan dan kesedaran bahawa Model Ekonomi Baru adalah milik semua rakyat Malaysia, tidak kira apa pegangan politik mereka. BN menyedari bahawa untuk Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan berjaya, semua rakyat Malaysia termasuk yang menyokong BN dan PR perlu menerimanya. Sebab itu, adalah penting untuk PR menyedari bahawa untuk berjaya, Buku Jingga juga perlu memenangi majoriti hati rakyat termasuk penyokong BN dan mereka yang di atas pagar.

Satu perkara lagi yang saya dapat bezakan antara Buku Jingga dan Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan ialah cara ianya dirancang. Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan dirancang oleh BN setelah mendapat pandangan dan cadangan daripada rakyat melalui beberapa siri interaksi dan perhubungan dengan mereka. Antara lainnya ialah:

·      190,152 respon daripada orang awam melalui SMS
·      20,000 pengunjung bengkel-bengkel awam (public workshop)
·      24,719 respon daripada kajian on-line (on-line polls)
·      900 ahli makmal yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pakar-pakar industri dan NGO
·      6,213 respon dari orang awam secara bertulis
·      dan 26,000 pengunjung Hari Terbuka (open days) PEMANDU mengenai Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan.

Setelah mendengar dan mengambil kira respon dan pandangan orang awam, barulah kerajaan BN membuat "endorsement" terhadap Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan . Buku Jingga pula, sepanjang pengetahuan saya, tidak pernah membuat sebarang percubaan untuk mendapatkan pandangan umum sebelum ianya digubal. Mungkin sebab itulah rakyat kurang merasai potensi Buku Jingga ini.

Selain itu, satu lagi perbezaan ketara antara Buku Jingga dan Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan BN ialah pendekatan masing-masing dalam usaha memacu ekonomi negara. BN meletakkan sektor swasta sebagai "driver" kepada ekonomi negara (Private sector driven -  contohnya 92% daripada pelaburan dan perbelanjaan Model Ekonom Baru akan datang daripada sektor swasta) manakala Buku Jingga pula meletakkan kerajaan sebagai driver ekonomi dengan menuntut kerajaan PR untuk berbelanja besar (big government spending!).

Apapun, saya teruskan tulisan ini dengan analisa saya terhadap Buku Jingga. Saya ucapkan terimakasih kepada MOF, EPU dan PEMANDU yang  telah banyak memberi pandangan dan input kepada saya.

Buku Jingga boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama ialah 10 janji yang akan diimplementasikan dalam masa 100 hari PKR menjadi kerajaan persekutuan dan kategori kedua ialah 39 janji dibawah tajuk "Dasar Bersama" atau "Common Policy".  Saya akan memberi keutamaan dan menjawab janji-janji berkenaan ekonomi dahulu kerana ianya mempunyai kesan dan implikasi yang besar kepada ekonomi negara. Janji-janji tiada kaitan dengan ekonomi secara langsung akan saya jawab pada posting yang akan datang dalam blog ini.

Buku Jingga menjanjikan beberapa perkara utama yang melibatkan kewangan negara.

Antara lain:

·      Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
·      pemberian RM500 kepada kakitangan kerajaan bermula dengan guru-guru
·      menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
·      meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan
·      penghapusan subsidi RM19 billion kepada IPP (Independent Power Producer – Penjana Tenaga Bebas)
·      menaikan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Trengganu dan Kelantan kepada 20%


(1) Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
 – Kos kepada kerajaan RM50 billion

Dasar PR ini mengarahkan kerajaan membuat tawaran pembelian saham-saham 19 syarikat konsesi lebuhraya yang dipegang oleh pelabur swasta. Kos pengambilan 19 lebuhraya melibatkan kos tidak kurang dari RM50 billion. Angka RM50 billion adalah tawaran terbaik buat masa ini kepada pemegang saham swasta oleh sebuah syarikat bernama Asas Serbi Sdn Bhd. Besar kemungkinan pemegang saham swasta tidak akan menerima tawaran kerajaan yang lebih rendah dari RM50 billion.

(2) Meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan
– Kos kepada kerajaan minima RM93.9 billion setahun

Untuk memastikan setiap isirumah mendapat RM4,000 dalam masa lima tahun, pendapatan isirumah mesti berkembang pada kadar 21.7%. Ini adalah satu perkara yang susah direalisasikan buat masa ini. Kalau kita ambil contoh ekonomi yang paling pesat membangun di dunia untuk dibuat perbandingan iaitu ekonomi negara China, pendapatan isirumah mereka hanya berkembang pada tahap lebih kurang 10% sahaja setahun (sumber: National Bureau of Statistics China). Di Thailand dengan ekonomi yang memberangsangkan, kadar ini hanya 6.3% (sumber: National Statistical Office Thailand).

Jika PR gagal mengembangkan pendapatan isirumah pada kadar 21.7% (dan ini mungkin berlaku), PR terpaksa menokok sejumlah wang untuk memastikan janji mereka ditunaikan. Berapakah yang perlu PR belanjakan?

Peratusan isirumah yang berpendapatan RM4,000 kebawah ialah 67.1% (atau 3.8 juta isirumah). Untuk memastikan pendapatan isirumah mencapai RM4,000, secara puratanya PR terpaksa menokok wang tunai sebanyak RM2,045 sebulan setiap isirumah. Ini bermakna untuk setahun jumlah yang akan dibelanjakan oleh kerajaan PR ialah RM93 billion (untuk 3 tahun jumlah itu menjangkau RM279 billion. Untuk 5 tahun jumlahnya ialah RM465 billion).

(3) Pemberian RM500 kepada kakitangan kerajaan bermula dengan guru-guru
– Kos kepada kerajaan RM2.4 billion

Jumlah guru di Malaysia lebih kurang 400,000 orang. Penambahan gaji RM500 seorang akan memakan kos sebanyak RM2.4 billion setahun (RM500 X 400,000 orang X 12 bulan).
Saya berpendapat besar kemungkinan PR tidak akan dapat menolak desakan kakitangan kerajaan yang lain untuk mendapat kenaikan gaji yang sama. Kalau ini berlaku maka kos akan meinngkat kepada RM7.2 billion setahun (RM500 x 1,200,000 orang kakitangan kerajaan X 12 bulan)


(4)  Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
– Kos kepada kerajaan RM1.2 billion

Mengikut anggaran syarikat Wireless@KL, untuk membangunkan prasarana dan perkhidmatan Wi-Fi percuma di Kuala Lumpur (luas 244km persegi) sahaja akan memakan belanja RM64 juta (Capex RM50juta, Opex RM14juta). Kalau dikembangkan ke kawasan bandar dan separa bandar di Kangar, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Petaling Jaya, Melaka, Seremban, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, kos yang dianggarkan ialah RM1.2 billion.

(5) Menaikkan bayaran royalti kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20% - Kos kepada kerajaan RM12.5 billion (jika andaian Petronas mengekalkan tahap "retained profits"nya.

Dengan 5 perkara ekonomi diatas sahaja, bajet kerajaan PR akan mengalami defisit yang teruk dan hutang kerajaan PR akan melonjak naik.

Oleh kerana Buku Jingga tidak mempunyai maklumat tentang defisit bajet (peratusan dari KDNK), saya terpaksa menggunakan unjuran peratusan defisit yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam bajet 2011. Jumlah defisit ini bolehlah dikira sebagai "starting point" untuk bajet kerajaan PR jika mereka memerintah Putrajaya.

Defisit bajet untuk setahun pertama ialah:

·      Defisit 2011 ialah RM39 billion (5.4% dari KDNK), tambah
·      Kos penghapusan tol RM50 billion (6.92% dari KDNK), tambah
·      Kos menokok tambah pendapatan isirumah RM93.9 billion (12.99%) dari KDNK), tambah
·      Kos naik gaji guru RM2.4 billion (0.33% dari KDNK) tambah
·      Kos Wi-FI percuma RM1.2 billion (0.17% dari KDNK) tambah
·      Kos tambahan 20% royalti minyak RM12.5 billion (1.73% dari KDNK)

Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.

Dengan defisit sebesar itu, kerajaan PR akan berhutang untuk menampung defisit bajet tersebut. Hutang kerajaan PR dianggarkan melonjak kepada RM617.1 billion atau 85.4% dari KDNK. Ini senario tahun pertama PR menjadi kerajaan persekutuan.

Untuk tahun kedua, oleh kerana beberapa perbelanjaan seperti pengambilalihan lebuhraya dan pembinaan prasarana Wi-Fi adalah merupakan perbelanjaan sekali sahaja (one-off), defisit bajet kerajaan PR untuk tahun kedua dijangka turun kepada RM139.3 billion (18% dari KDNK).

Oleh kerana tahun kedua bajet masih lagi defisit, sekali lagi kerajaan PR  terpaksa menambah hutang mereka kepada RM783.5 billion (101.3% dari KDNK) untuk menampung defisit bajet untuk tahun kedua.

Maka untuk tahun kedua pemerintahan PR, defisit bajet negara akan melebihi 10% dari KDNK dan hutang kerajaan PR akan melampui 100% dari KDNK. Dengan itu Malaysia akan secara rasminya diistiharkan BANKRAP kerana hutangnya melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)!

Nota:

(1) Anggaran ini hanya mengambil senario dimana kos pengambilan 19 lebuhraya negara ini ialah RM50 billion. Ada pakar ekonomi yang menjangkakan kos pengambilan ini boleh mencecah RM100 billion.

(2) Anggaran ini juga hanya mengambil senario di mana hanya gaji guru yang diberi tambahan RM500 sebulan. Jika semua kakitangan perkhidmatan awam yang berjumkah 1.2 juta mendesak kerajaan PR untuk memberi mereka jumlah yang sama, tambahan kos ialah RM7.2 billion dan bukannya RM2.4 billion setahun.

Dari Mana PR bercadang menambah pendapatannya?

Saya difahamkan bahawa PR merancang untuk menggunakan "penjimatan" RM19 billion yang dipotong dari subsidi kepada Penaja Kuasa Bebas (IPP) untuk menampung dasar-dasar yang saya sebut diatas (sebenarnya fakta Buku Jingga ini adalah salah. RM19 billion bukanlah semuanya subsidi untuk IPP sahaja).

Jawapan saya ialah penjimatan itu tidak akan dirasai oleh rakyat kerana besar kemungkinan IPP akan memindahkan kos mereka kepada pengguna elektrik dalam bentuk bil elektrik yang tinggi. Kita perlu ingat bahawa sebahagian daripada subsidi RM19 billion itu adalah untuk mengurangkan kos IPP agar kos sebenar elektrik tidak tinggi.

Begitu juga dengan kenyataan Buku Jingga bahawa mereka akan memastikan ketirisan tidak berlaku. Mereka mendakwa mereka boleh menjimatkan ketirisan sebanyak RM28 billion.

Untuk makluman, jumlah RM28 billion tidak ada dalam lapuran Ketua Audit negara. Saya sendiri telah bertanya kepada Tan Sri Amrin Buang, Ketua Audit Negara dan beliau mengesahkan tidak pernah mengatakan ada ketirisan RM28 billion.

Mungkin pakar-pakar ekonomi PR akan mengatakan bahawa ketirisan banyak berlaku seperti dalam PKFZ, Perwaja dan lain-lain lagi. Saya tidak menyangkal fakta itu. Tetapi sebagai pakar ekonomi, sudah tentu mereka tahu bahawa adalah kurang sesuai untuk membuat  unjuran pendapatan negara bersandarkan kepada penjimatan yang disebabkan oleh usaha membenteras salahguna kuasa, rasuah atau pembaziran. Jumlah dari pembenterasan salahguna kuasa, rasuah dan pembaziran sepatutnya diklasifikasikan sebagai "bonus" dan bukannya pendapatan. Ini kerana penjimatan dari salahguna kuasa, pembaziran atau rasuah bukanlah satu jumlah yang boleh dianggarkan dengan tepat dan tidak dapat pula dipastikan bila boleh direalisasikan.

Saya  menghargai usaha PR yang akan cuba untuk membanteras gejala-gejala jenayah ini tetapi  saya tidak dapat bersetuju untuk memasukkan "penjimatan" ini sebagai satu pendapatan negara yang boleh dianggarkan dengan tepat dan seterusnya dibelanjakan. Ini sudah tentu akan membawa kepada masalah besar jika unjuran pendapatan negara, yang disandarkan kepada sesuatu yang susah dikesan dan agak lama untuk diselesaikan (sebagai contoh PKFZ dan Perwaja,) tidak dapat direalisasikan dalam tahun bajet itu dibuat.

Dari analisis di atas, jelas menunjukkan bahawa Buku Jingga adalah satu percubaan yang baik namun jika kerajaan PR melaksanakan janji-janji mereka, ekonomi Malaysia tentunya akan bankrap dalam masa dua tahun pemerintahannya. Kesimpulannya, bagi saya Buku Jingga adalah satu buku yang "over simplistic", tidak realistik dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Tambahan pulak banyak janji-janji sebelum ini tidak dimasukkan kedalam janji 100 hari itu…. Apa sudah jadi dengan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk kuota orang Sabah dan Sarawak?

Nota akhir: Saya akan menulis  janji-janji PR yang tiada kaitan dengan prestasi ekonomi negara secara langsung dalam posting saya yang akan datang. Ini termasuk isu institusi kenegaraan seperti ISA, SPRM dan SPR, Felda, janji kepada Sabah dan Sarawak dan lain-lain.

Salam DARD

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Album : PGA - ICC Conference in Parliament Kuala Lumpur

Posted: 11 Mar 2011 02:42 AM PST

Ghani Holds Court - NST - 11/03/11

Posted: 11 Mar 2011 01:51 AM PST

Keynote address by Judge Sang-Hyun Song

Posted: 11 Mar 2011 01:41 AM PST

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


【当今大马】内政部拟修出版法管制网媒 . 张念群吁网民挺身声讨政府

Posted: 11 Mar 2011 07:29 AM PST

Responding to Seputeh MP Teresa Kok's parliamentary question on whether the government is using the Printing Presses and Publications Act (PPPA) to exert influence over online media without parliament approval, Home Minister Hishammuddin repeated his earlier announcement that plans are indeed under way for the act to be expanded to allow the government to regulate and control online media news content.

According to him, the government is now re-evaluating the effectiveness of the PPPA to include possible offences in online media content and such effort is important and appropriate with the current situation and times so as to ensure the act shall remain relevant in preserving our safety and public order.

Today, DAP's MP for Serdang cum DAP's national assistant publicity secretary Saudari Teo Nie Ching slams Home Ministry's for its intention to expand the regulation of existing media law over the Internet media.

"Online media is not immune to Penal Code, Sedition Act 1948, Defamation Act 1957, Communications and Multimedia Act 1998. If the Federal Government really wants to amend Printing Presses and Publication Act, please revoke the requirement for the printing media to renew their license, not to expand its scope and include “publications” posted online and plug loopholes." Teo said.

民主行动党副宣传秘书张念群表示,虽然内政部正探讨修改《出版及印刷法令》,可是,内长希山慕丁却不是为人们捎来为平面媒体松绑的好消息,反而是企图将网络媒体也纳入管制范围,这无疑是开倒车的做法。

“我想要提醒希山慕丁,任何对网络的限制都将违背前首相马哈迪于1997年时签署多媒体超级走廊保证书(Bill of Guarantees)时作出的‘确保不过滤网络’的承诺。”

“我国已经存在太多管制言论自由的法令,例如刑事法典丶1948年煽动法令丶1998年通讯及多媒体法令丶甚至是1957年诽谤法令。”

新闻自由指数猛跌10名

她表示,总部设在巴黎的无疆界记者组织,在去年10月公布的2010年全球新闻自由指数报告,大马的排名猛跌10名,即从2009年的第131名跌至去年的第141名,内政部的当务之急是思考怎样改善国内的新闻自由,包括废除平面媒体更新执照的条例,以及确保媒体人在进行采访工作时不会无故被逮捕。

(More......)

[Around the blog] Animal rights groups 's Protest on Serdang kitten killer

Posted: 11 Mar 2011 07:00 AM PST

Source: http://tatiambia.blogspot.com/2011/03/protest-on-serdang-kitten-killer.html

Animal rights groups  Malaysian Animal Welfare Society & PETPOSITIVE, together with Lawyers for Liberty and others are handing over memorandum of protest to Democratic Action Party’s Secretary-General YAB Lim Guan Eng over the press conference of self-confessed kitten killer  on Sunday, March 6, 2011 by 2 DAP elected representatives.

They are demanding an apology from DAP ‘s assemblyman Ean Yong Hian Wah and Serdang Member of Parliament Teo Nie Ching  for defending the kitten killer instead of handing her over to the police to be arrested and investigated.

Animal welfare groups are particularly outraged by Yong’s  statement that “it was only a cat.”  All concerned citizens are invited to join in the protest which will take place this Saturday. Details are as follows:

Date:   12/03/2011
Time:  11.30am
Venue: DAP Malaysia, Ibu Pejabat Kebangsaan, Jalan Yew (off Jalan Pudu), 55100 Kuala Lumpur

Issued by Malaysian Animal Welfare Society.

For further information, please call Shenaaz Khan 016-2956996.


Tati: Ok, I am a bit confused actually. I do not remember DAP assemblyman Ean Yong Hian Wah saying "It's only a cat" at the press conference last Sunday. I was there together with Lynn Wong and both us were allowed to go into the private room together with 3  other activists from MDDB (Malaysian Dogs Deserve Better). Maybe he did say that earlier before Lynn and I arrived as we were only allowed to meet Chow Xiao Wei, Chow's mom, Yong and Teo in the room after they ended their press conference session with the press.

No one from the media was allowed to enter the room with us 5 activists and whatever was mentioned in the room, I have already blogged about it here

I remember sitting next to YB Teo and while MDDB reps were talking to Ean Yong and Chow, I managed to ask YB Teo a few questions and she did say this:

(More......)

Philosophy Politics Economics

Philosophy Politics Economics


MRT: Failed Integration Test

Posted: 11 Mar 2011 03:11 PM PST

The proposed MRT system fails the integration test and poses the question as to whether the Gamuda-MMC driven project and designed alignment serves the interest of the public transport users, or other hidden commercial interest
It has already been reported that the proposed site for the "KL Sentral MRT station" in front of the National Musuem will be a significant distance away from the current KL Sentral Transport Hub, which houses the KTM, KTM Komuter, KLIA Transit and Express as well as the Putra LRT services. The proposed location risks making the same mistake as the location of the KL Sentral Monorail station which is ludicrously disconnected from the Hub.

However, the KL Sentral MRT Station isn't the only one which is sited at the baffling location. The Bandar Utama (BU) MRT Station is similarly placed more than a kilometre away from the existing bus terminal which is currently catering to shuttle, feeder, stagecoach and inter-city buses.

The BU MRT Station is expected to be the busiest station in the northern part of the alignment serving some 46,900 passengers daily, and is the 5th busiest of the 35 proposed stations. Only Pusat Bandar Damansara (60,700), Pasar Seni (73,800), Pasar Rakyat (67,300) and Plaza Phoenix (54,000) are expected to cope with more passengers.


Given the importance and high ridership expected at the station, why is the MRT station intentionally located approximately 1-kilometre's walk away from the bus terminal? Instead, it is located along the LDP, right in front of Media Prima broadcast centre for TV3 etc.

The integration is particularly important since buses are expected to be the key dispersal mode of transport for such high passenger volume. What we will face otherwise, is that buses and private vehicles will crowd the roads leading to the MRT stations to pick up and drop passengers. It brings to question whether the consultants took into consideration the severe congestion along the LDP during peak hours when deciding on the location of the MRT stations. And based on the plans provided by SPAD, there is no expected major road infrastructure work to cope with the increase in traffic.


In addition, the ability of the station to achieve the 46,900 passenger target is also severely compromised by the fact that there is no public parking facilities with the exception of those in the 1 Utama shopping mall or the OneWorld Hotel.

What confounds us further is the fact that there is plenty of space to build an MRT station next to the bus terminal which is also supported by a fairly large open space car park at this point in time. In fact, from press reports, we are made to understand that an underground carpark can also be built underneath the existing Central Park next to the bus terminal. It doesn't take a traffic consultant or an MRT specialist to conclude that the existing site for the Bandar Utama station is a very very bad idea.

Singapore, as the Land Public Transport Commission (SPAD) would agree, has one of the best public transport systems in the world. If one were to visit their MRT stations at key suburbs, it is highly integrated with a bus terminal within the town centre. In fact out of the 17 elevated stations outside of the Central Business District along the North-South Line, 10 are integrated with bus terminals.

In the northern and central township of Yishun and Ang Mo Kio for example, are served not only by the MRT but also a bus terminal which runs 22 and 18 trunk, feeder and intra-town services respectively. The townships have a population of 176,000 and 162,000 respectively. This is comparable to the population of Bandar Utama (120,000) and Damansara Utama (140,000) which are to be served by the BU MRT Station. In contrast, there are only 4 trunk services available at the BU bus terminal and SPAD has proposed 3 feeder services for the MRT station.

The BU MRT station plan is the perfect example of what is likely to go wrong when the country's biggest public transport infrastructure investment is proposed and designed almost entirely by commercial parties with vested interest. SPAD, which is meant to be the regulator to protect the interest of the public transport user in this case, only play the bridesmaid's role.

Instead of the land public transport masterplan which is due only in September this year to be the plan that dictates the public transport infrastructure development, the reverse is happening where the Gamuda-MMC proposed MRT plans are dictating how the public transport masterplan will be designed.

The outcome of such vendor-driven, "first-come-first-served" approach to building our key public transport infrastructure, is the proposed BU station where the interest of the commuters are made secondary to the interest of the commercial project developer.

We call upon SPAD to review the design, placement and overall public transport plans for the BU MRT station to ensure the interest of the local residents are prioritised. At the same time, the same review should be made on all the other stations to prevent negative or less desirable outcomes.

MITI Minister SHould Not Crow Too Early

Posted: 11 Mar 2011 04:44 AM PST

Lebih baik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) jangan "berkokok" terlalu awal

Semasa sesi soaljawab Parlimen dua hari yang lalu, Menteri MITI Dato' Sri Mustapa Mohamed memberikan jawapan mengenai kemajuan pelaburan asing dengan begitu angkuh terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau menyatakan bahawa
"…angka terkini berkaitan pelaburan asing di negara kita menunjukkan aliran masuk sebanyak USD9 bilion pada seluruh tahun lalu berbanding cuma USD1.4 bilion pada tahun 2009 iaitu peningkatan lebih lima kali ganda. Secara khususnya 536 peratus itu peratusan peningkatan lima kali ganda."
Dato' Sri Mustapa mencabar YB Selayang, YB Permatang Pauh dan saya, yang tidak berada di dalam Dewan pada masa itu, "saya mahu tanya mereka apa respons mereka apabila angka terkini".

Kami tidak membisu. Saya ingin memberikan respons, tetapi sebelum beri respons, saya perlukan data yang tepat, menyeluruh dan terperinci daripada MITI. Malangnya jawapan bertulis yang diberikan oleh Menteri kepada soalan saya terhadap permintaan tersebut lebih teruk daripada jawapan budak sekolah.

Saya meminta supaya MITI memberikan jumlah pelaburan asing yang diluluskan berbanding dengan jumlah sebenar yang dilaburkan. Perbezaan ini penting sebab pelaburan yang diluluskan mungkin tak terjadi atau tertangguh.

Misalnya, jumlah pelaburan asing yang diluluskan pada tahun 2009 adalah US$6.5 bilion (RM22.1b). Akan tetapi, pelaburan sebenar seperti yang dicatatkan dalam statistik UNCTAD adalah hanya US$1.4 bilion.

Mengikut statistik yang sedia ada dalam halaman internet MIDA, jumlah pelaburan asing yang diluluskan pada tahun 2010 adalah RM29.1 bilion. Ini bermaksud peningkatan jumlah pelaburan asing yang diluluskan oleh MITI hanya sebanyak 31.2%, jauh berbeza daripada "536%" yang diheboh-hebohkan oleh Menteri.

Oleh sebab itu, saya telah meminta MITI untuk membekalkan angka pelaburan sebenar sejak tahun 1996 untuk membuat perbandingan yang lebih tepat dan wajar. Malangnya, jawapan Menteri memberikan perbandingan antara pelaburan yang diluluskan untuk pelabur tempatan dengan pelabur asing!

Saya juga meminta Menteri untuk memberikan senarai 10 projek yang terbesar yang telah diluluskan tetapi belum lagi dilaburkan ataupun telah dibatalkan setiap tahun. Malangnya, Menteri menjawab hanya dengan jumlah nilai 10 projek yang terbesar sejak 1996, termasuk yang telah, tengah dan tidak dilaburkan.

Jika Menteri inginkan respons penuh daripada saya, saya harap MITI dapat membekalkan secara terperinci, angka-angka seperti yang dimintakan dan bukannya jawapan yang tidak berkaitan dengan soalan atau dengan angka yang terpilih sahaja.

Walau bagaimanapun, sama ada pelaburan asing meningkat hanya 31.2% ataupun 536% daripada detik terendah pelaburan asing di negara kita pada tahun 2009, Menteri tidak berlayak untuk bersifat angkuh. Apabila kita hanya mencapai 10 mata dalam peperiksaan sebelum ini, pencapaian 50 mata bukannya sesuatu yang amat membanggakan, terutamanya jika jiran-jiran kita mencapai keputusan dan trend yang jauh lebih baik daripada kita.

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Sambutan 3 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat

Posted: 11 Mar 2011 06:19 AM PST

Parlimen Kota Raja 10.03.2011 ~ Sambutan 3 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor yang diadakan pada malam semalam bertempat di Dewan Sukan Andalas telah berlansung dengan jayanya.

Ramai pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Exco DAP Selangor Ronnie Liu, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, Exco merangkap ADUN Sri Andalas Dr Xavier, ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiee. ADUN Sekinchan, YDP PAS Kawasan Kota Raja dan lain-lain.

Tahniah kepada penganjur dan semua petugas yang bertungkus lumus menjayakan program ini walau pun terdapat banyak halangan dan rintanga yang dihadapi.

Nuffnang