Jumaat, 11 Mac 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


PESANAN UNTUK PELAJAR MESIR SELANGOR

Posted: 11 Mar 2011 05:01 AM PST

11.3.11
Pejabat EXCO Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Kerajaan Selangor Darul Ehsan,
Bangunan ssaas, SHAH ALAM.

Assalamualaikum wrt wbk

Kepada semua pelajar Selangor yang bakal kembali menyambung pelajaran di Mesir,

Alhamdulillah, dengan takdir Allah semua para pelajar selamat ketika proses 'islah' di medan Tahrir, Mesir berlaku. Dengan rezeki Allah jua para pelajar selamat pulang ke tanah air mengubat rindu, menawar risau ahli keluarga.
Insyaallah dengan rezeki dan iradah Allah jua, para pelajar dapat dibantu kembali ke bumi Anbiyaa' Mesir untuk meneruskan jihad pelajar iaitu menuntut ilmu.Allah memudahkan Kerajaan Negeri Selangor untuk menampung tiket penerbangan serta kos pengendalian urusan pengangkutan di Mesir.
Disamping itu saya selaku EXCO PENDIDIKAN TINGGI yang telah mengikuti proses OPS PIRAMID dan hingga para pelajar kembali ke Mesir telah meminta pihak JAIS bersedia di Mesir untuk mempasti kepulangan palajar ke tempat kediaman di Mesir berjalan lancar dan selamat insyaallah.Pihak HEP JAIS juga telah diamanahkan supaya memantau kebajikan semua pelajar Selangor di Mesir.Justeru, BKSAM diminta menjalin hubungan yang baik dengan semua pelajar dan semua para pelajar Selangor di minta mendaftarkan diri dengan BKSAM untuk melicinkan pemantauan HEP, JAIS.
Jangan lupa bersyukur kepada Ilahi yang merencana semuanya. Pastikan semua berterima kasih kepada ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai yang telah tidak jemu-jemu mendoakan dan sentiasa melakukan segala-galanya untuk para pelajar.Doakan mereka diberi ganjaran sewajarnya oleh Allah yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
Jnagan kecewakan kami semua, tuntutlah ilmu dengan tekun dan ikhlas kerana Allah. Dampingi diri dengan Tuhan Yang Maha Esa, Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, Maha Kuat dan Perkasa. Berlindunglah kepadaNya.
Oleh kerana, penerbangan pertama bermula 14.3.11, saya TIDAK dapat menghantar pelajar ke lapangan terbang kerana saya akan menjalan ibadah umrah dan dijangka terbang 13.3.11 insyaallah.
Saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada apa-apa kekurangan dan kesilapan di pihak saya , mahupun kerajaan negeri Selangor walaupun kami sudah cuba yang terbaik untuk para pelajar. Doakan saya mendapat umrah yang mabrur.

Sekian, terima kasih.

Wassalam,

YB DR HJH HALIMAH ALI
EXCO PENDIDIKAN,PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
KERAJAAN SELANGOR DARUL EHSAN.

Tiada ulasan:

Nuffnang