Rabu, 6 Februari 2013

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


UH refuses Sugumaran autopsy, say lawyers

Posted: 06 Feb 2013 08:03 PM PST

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


BERITA BAIK UNTUK BELIA SELANGOR

Posted: 06 Feb 2013 09:07 AM PST

Selangor beri RM200 untuk pasangan muda berkahwin
February 06, 2013

SHAH ALAM, 6 Feb -- Kerajaan negeri Selangor akan memberi RM200 kepada pasangan muda yang berkahwin mulai minggu hadapan.

Mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor.

Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr. Ahmad Yunos Hairi berkata, mereka yang lahir di Selangor akan menerima wang tersebut melalui simpanan Tabung Haji bagi yang beragama Islam, manakala simpanan premium BSN bagi yang bukan beragama Islam, kepada mereka yang berusia 35 tahun ke bawah.

"Kerajaan negeri akan memberi insentif perkahwinan belia untuk anak Selangor yang mahu melaksanakan perkahwinan sebagai hadiah kerajaan negeri kepada rakyat," kata Dr Yunos lagi.

Kata Dr Yunos lagi, bagaimanapun ia tertakluk kepada seorang sahaja dalam satu pasangan.

Selain itu, mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau menunaikan janji kerajaan negeri ketika melancarkan Majlis Perkahwinan Belia Mengikut Adat Resam Melayu Negeri Selangor yang diadakan di pentas utama Selangor Agrofest 2012, perkarangan Stadium Shah Alam yang berlangsung bulan lalu.-Oleh Nomy Nozwir/Malaysian Insider


70 JUTA UNTUK PENDIDIKAN SELAMA LIMA TAHUN

Posted: 06 Feb 2013 04:08 AM PST

Selangor peruntuk RM70.4 juta untuk pelajaran Selangorku


 06 Feb 2013

 SHAH ALAM: Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM70.4 juta sepanjang lima tahun ini khusus bagi bantuan pendidikan untuk rakyat di Selangor. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, sejumlah RM32.1 juta diperuntukkan untuk Hadiah Pengajian Intitut Pengajian Tinggi (HPIPT) kepada 32,130 anak negeri Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Katanya, program yang dimulakan sejak 1 Julai 2008 lalu diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima sebanyak 45,164 permohonan daripada pelajar dan hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja layak dipertimbangkan untuk proses pemberian HPIPT sebanyak RM1,000. Manakala, sebanyak RM38.3 juta pula diperuntukkan untuk Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri yang diberikan kepada 4,770 orang pelajar sejak lima tahun kebelakangan ini.


Dr Halimah berkata, seramai 758 pelajar diberikan pengurangan dan pelupusan bayaran balik atas sebab Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang cemerlang mulai tahun 2004 hingga 2012. Katanya, sejumlah RM5.05 juta jumlah pinjaman pelajaran yang dilupuskan sejak lapan tahun lalu. "Bagi PNGK di antara 3.75 hingga 4.00 pinjaman diubah kepada biasiswa penuh dan bagi 3.49 hingga 3.74 diberi kadar pengurangan pinjaman sebanyak 50 peratus dan bagi 3.20 hingga 3.49 diberi pengurangan sebanyak 25 peratus," katanya dalam sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah petang tadi.-selangorku

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


BR1M Bukti Juara Pentadbiran Atau Rasuah PRU13 Mendatang ?

Posted: 06 Feb 2013 03:57 PM PST

SERVANTHOOD

SERVANTHOOD


火箭情人节贺年双喜临门,3国州议员向大家拜年‏

Posted: 05 Feb 2013 11:17 PM PST

左起林明财,杨祖强,林正财,苏启财,章仁纲,林美和陈清成


(实兆远 6日讯) 民主行动党特别选择在情人节向大家拜年,寓意双喜临门!

由行动党红土坎联委会主办的《换旧迎新贺蛇年,改朝换代普天庆》2013年新春大团拜,将会在情人节2月14号(年初五),下午3点在甘文阁开垦纪念堂隆重举行。行动党红土坎联委会今日发表文告,欢迎大家出席这盛大的团拜。到时,3位国州议员木威区国会议员兼实兆远州议员拿督倪可汉,太平区国会议员兼班台州议员倪可敏和武吉干当兼巴西班让州议员拿督斯里尼查都将出席这团拜,向大家拜年。

丰富活动和派发红包给孩童

除了为出席者预备丰富的食物,大会也将安排舞狮、华乐、舞蹈和歌唱表演使到团拜更热闹。值得一提的是,大会也将派红包给12岁和以下的孩童,欢迎家长携带孩子一起出席这活动。如有任何疑问,欢迎致电苏启财 016-2389298。



Direct Free Kick

Direct Free Kick


6 Feb 2013 - Ceramah umum PAS di Tmn Cahaya Indah.

Posted: 06 Feb 2013 07:45 AM PST

6 Feb 2013 - Ceramah umum PAS di Tmn Cahaya Indah.

Posted: 06 Feb 2013 07:41 AM PST

6 Feb 2013 - Ceramah umum PAS di Tmn Cahaya Indah.

Posted: 06 Feb 2013 07:39 AM PST

6 Feb 2013 - Ceramah umum PAS di Tmn Cahaya Indah.

Posted: 06 Feb 2013 07:37 AM PST

6 Feb 2013 - Edar limau sempena Tahun Baru Cina di Tmn Cheras Indah.

Posted: 06 Feb 2013 07:34 AM PST

6 Feb 2013 - Edar limau sempena Tahun Baru Cina di Tmn Cheras Indah.

Posted: 06 Feb 2013 07:31 AM PST

6 Feb 2013 - Edar limau sempena Tahun Baru Cina di Pasar Pagi Inai, Pandan Indah.

Posted: 06 Feb 2013 07:27 AM PST

6 Feb 2013 - Edar limau sempena Tahun Baru Cina di Pasar Pagi Inai, Pandan Indah.

Posted: 06 Feb 2013 07:23 AM PST

6 Feb 2013 - Edar limau sempena Tahun Baru Cina di Pasar Pagi Inai, Pandan Indah.

Posted: 06 Feb 2013 07:20 AM PST

6 Feb 2013 - Edar limau sempena CNY di Pasar Pagi Inai, Pandan Indah.

Posted: 06 Feb 2013 06:30 AM PST

6 Feb 2013 - Edar limau sempena CNY di Pasar Pagi Inai, Panda Indah.

Posted: 06 Feb 2013 06:25 AM PST

6 Feb 2013 - Edar limau sempena Tahun Baru Cina di Pasar Malam Cheras Indah.

Posted: 06 Feb 2013 06:12 AM PST

Gong Xi Fa Cai daripada Menteri Besar dan Exco Selangor.

Posted: 06 Feb 2013 05:07 AM PST

Edar limau pasar pagi sempena Tahun Baru Cina Pangsapuri Inai Pandan Indah sempena Tahun Baru Cina 7 Feb 2013.

Posted: 05 Feb 2013 05:33 PM PST

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Azahari Dahlan will not indulge in conspiracy by Hanif MAS

Posted: 06 Feb 2013 07:28 AM PST

dah boring

Betul pun dah boring comment you. The truth heard. Kalau tak benar kenapa senyap aje, si botak itu. We in MAS what the hell are going on in MAS Engineering under the Botak. Sudahlah! just get lost from MAS. I believe that there is no room for him in AA too.

Comment on Once YM Tunku Aziz was a Malaysian “PAR EXCELLENCE” & “TOWERING MALAY” by Anonymous

Posted: 06 Feb 2013 06:48 AM PST

Te Father & Son only knew how to make use of people for their own family interest. What Towering Malay? Only used the Malay in its CEC to fool the Malay. Now it back fire upon themselves.

Comment on Azahari Dahlan will not indulge in conspiracy by dah boring

Posted: 06 Feb 2013 04:23 AM PST

YB, you are flogging a dead horse lah..cari le issue lain pulak..MAS is beginning to show positive results from all their initiatives..why are you still trying to find fault with the new management..pls be objective and responsible as an independent YB.

Comment on Azahari Dahlan will not indulge in conspiracy by critic

Posted: 06 Feb 2013 12:06 AM PST

Thanks YB for such backhand deals watchmanship Thanks YB for informing all about such deals. Anyway why did Star news paper publicize this??? who is behind this crafty shady deal ????

YB i am still interested to know how much did the football team QPR get sponsored for by MAS? Any news on this exact figure??
previously i wrote to YB

Dear Sir pleasecritic.alive@live.com look into this blasphemy
Can we get some answers or expert opinions

In TONYS blog front page he poses a question “”"”is there conflict of interest with Kazanah owning both MAS and MAHB”"”"?
9-8-2011 until cancellation (reverse) transactions on 2-5-2012 Tony used this time to get Malaysian airlines more business . This sounds patriotic.

Is it true TONY got MAS to pay millions of GBP to sponsor his very own QPR team? is the figure paid by MAS a secret?

TONYS reasoning was MAS advertised on the uniforms of his QPR team. This incited many travellers to fly MAS airlines and MAS sales increased immediately.
TONY TONY any one with any sense can tell that this is a lie.
If it isnt a lie then the truth is TONY is not patriotic enough.
If Tony were patriotic enough then you may have suggested MAS to advertise on Tshirts of Man U or Arsenal or other much better teams for BETTER MAS sales revenues.
Any ways wasnt TONYS workout of share swapper gangnam style and getting his own team QPR paid gangnam style a conflict of interest ?
How cool was that no marketing no efforts required to go out and look for sponsors, cash etc . You had the cash cow where you wanted it right in your stable. More importantly you had your fingers on its urders.

Comment on Once YM Tunku Aziz was a Malaysian “PAR EXCELLENCE” & “TOWERING MALAY” by Mohamed

Posted: 05 Feb 2013 11:51 PM PST

There is no Towering Malay or Chinese, Indian or others in the vocabulary of the Tokong and his father. To them, there is only one Towering Tokong in Malaysia!

Comment on Once YM Tunku Aziz was a Malaysian “PAR EXCELLENCE” & “TOWERING MALAY” by Tokong the dictator

Posted: 05 Feb 2013 09:20 PM PST

A tokong can do no wrong ok. This bloody Tokong should be taught a lesson by the voters. That is the only way he will learn. Many of us in the DAP are not happy with his dictatorial way in doing things. He is worst than his father. The tokong is surrounded by his cronies who are not from Penang. I hope that he will loose his seat like how he lost his elections in the DAP Malacca state committee. Lets see what we can do to the tokong this PRU13.

Comment on Once YM Tunku Aziz was a Malaysian “PAR EXCELLENCE” & “TOWERING MALAY” by Thumb Logic

Posted: 05 Feb 2013 06:35 PM PST

This what happens when you try to nationalise personal affairs and personlise national affairs. He is nither the first nor the last person to have done so.

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Ke mana perginya kelas menengah Melayu?

Posted: 05 Feb 2013 09:06 PM PST

NURUL IZZAH ANWAR
5 Februari 2013

[Teks Asal]

Satu ketika dahulu ada disebut bahawa pembangunan dan perkembangan kelas menengah Melayu menjadi agenda utama kerajaan.

Tetapi setelah sekian lama – ada yang kata sudah 43 tahun semenjak DEB diperkenalkan dan ada yang kata sudah 56 tahun semenjak merdeka lagi – kelas menengah Melayu tidak banyak kelihatan, malah kelas bawahan Melayu pula makin bertambah.

Sebanyak 80% rumah tangga di Malaysia, berpendapatan kurang dari RM3,000 layak menerima BR1M. Jangan pula disebut tentang 32% rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah dibawah RM1,500 adalah Melayu.

Satu bukti jelas yang ramai terlepas pandang adalah dengan perlunya kerajaan mengadakan BR1M yang rata-rata penerima adalah Melayu hanya membuktikan kegagalan kerajaan BN untuk ‘membebaskan’ serta ‘memartabatkan’ prestasi ekonomi Melayu. sebaliknya bantuan ini menambahkan kadar hutang negara sehingga RM700 billion (termasuk hutang yang dijamin kerajaan untuk GLC) – yang sebenarnya menjadikan rakyat berhutang untuk menerima bantuan itu sendiri -sesuatu yang tragik.

Orang Melayu tidak mahu BR1M, PR1MA,  BL1M dan banyak lagi bantuan yang bersifat sementara dan semakin hari nampaknya merupakan ‘gula-gula’ pilihanraya sementara golongan elit pula terus mendapat ‘kilang gula-gula’.

Orang Melayu mahu peluang sama rata dengan golongan elit Melayu yang kebetulan rapat dan intim dengan parti pemerintah yang lebih cenderung ‘memerdekakan’ ekonomi keluarga dan kroni daripada majoriti Melayu yang dipinggirkan.

Jurang kemiskinan makin membesar sedangkan jerung-jerung kekayaan makin rakus. 
Lihat sahaja kepada Indeks Gini, nisbah terkaya dengan termiskin, 46% yang meletakkan negara pada tahap di antara yang tertinggi di Asia. Lihat sahaja tahap PLI (Poverty Line Income atau Garis Pendapatan Miskin) yang menjadi penanda aras kemiskinan diguna kerajaan – Rm800. Jumlah ini ‘menutup’ kadar sebenar yang disarankan institusi kewangan antarabangsa yang meletakkannya pada RM1,500 – bila digunapakai meletakkan hampir 10 juta orang Melayu dewasa dikategori miskin.

Oleh kerana 10 juta Melayu dewasa masih miskin jika dibandingkan dengan hanya  orang Melayu yang dikatakan kaya raya sehingga bilangan Melayu kelas menengah terus mendatar dengan anggaran tidak melebihi 100,000 menjelaskan kepada kita mengapa isu-isu emosi seperti agama dan bangsa terus digunakan untuk mengalih pandangan serta digunakan agar Melayu yang dikatakan oleh seorang mantan pemimpin tertinggi ‘mudah lupa’ – akan bukan saja lupa kemiskinan mereka tetapi yang lebih penting melupakan siapa yang sebenar mengekalkan kemiskinan mereka.

Apabila ditanya penduduk Melayu di seluruh negara seperti di kampung atau di FELDA atau di Lembah Pantai terutamanya generasi muda dan wanita – adakah mereka ada harapan untuk menjadi Melayu Kelas Menengah, rata-rata jawapannya adalah tidak.

Paling pun katalah mereka dapat membeli rumah PPR, itu pun dengan bayaran faedah 6.5%. Walaupun mereka tahu jika menjadi kelas menengah,mereka akan dapat membeli rumah di Bangsar atau Kota Damansara dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Paling  kata peneroka FELDA dapat lah berhutang membeli saham yang tidak banyak mana pun di mana harga saham pasti jatuh di bawah harga yang dibeli jika tidak di 'selamatkan' institusi-institusi kewangan kerajaan seperti EPF.

Paling pun kata mereka dapat membeli kereta nasional yang tinggi harganya dengan pinjaman kereta bertahun-tahun dengan masalah parkir yang tidak berkesudahan walaupun seringkali melihat anak-anak menteri memandu kereta mewah yang harga sebuah adalah sama seperti gaji 20 tahun rakyat teramai.

Jangan pula hendak melihat atau merasa gaya hidup mewah, gaya fesyen hebat, beg tangan dan perhiasan cincin termahal yang hanya mampu dinikmati mereka yang menjadi jutawan projek RM36 juta pada usia muda atau menikmati projek percuma RM250 juta atau berjaya menabung dari kecil lagi.

Ini bertambah merungsingkan apabila harapan atau matlamat penduduk hanya untuk ‘kais pagi makan pagi’ agar pendapatan yang diperolehi cukup tanpa perlu bantuan Ah Long atau Ah Jib untuk menyara kos hidup yang jelas semakin tinggi apabila harga barang semakin hari naik kerana ada monopoli beras dan gula yang sepatutnya mengurangkan bukan menambahkan harga.
Sudah lah tanah pesaka diambang tergadai diatas nama pembangunan yang hanya menguntungkan pemaju sehinggakan bukan sahaja tanah kehilangan malah nama pesaka seperti Kerinchi turut hilang dan digantikan dengan nama Bangsar South atau nama Kampong Abdullah Hukom digantikan dengan nama yang langsung tidak memartabatkan bahasa kebangsaan iatu KL Eco-City. Adakah nama Kampung Baru juga akan ditukarkan kepada New Town oleh menteri yang dikenali sebagai mewakili kepentingan pemaju tanah kaya raya?

Sudah lah semua projek besar-besar berbillion ringgit termasuk penswastaan penjana letrik yang tarifnya lebih tinggi dari negara jiran yang tiada banyak minyak dan gas, air yang seringkala kering di pili ketika hujan lebat turun, konsesi lebuhraya dengan tol yang mengosongkan poket seperti dicuri tol-yol, komisen peralatan dan pembelian harta kerajaan yang berlipat ganda sehingga menyebabkan negara mendapat gelaran negara aliran wang haram hampir RM1 trillion kedua paling tertinggi di dunia! Kekayaan hanya terpusat kepada golongan elit kecil yang bilangannya boleh dikira dengan bukan semua jemari satu tangan – sedangkan beratus malah beribu usahawan Melayu yang berupaya telah dihilangkan upaya bersaing melalui amalan kronisme atau kertas kerja bisnes di ‘curi’.

Sudah lah sistem pendidikan negara semakin merudum sehingga berbagai pelan tindakan masih belum bertindak dan kos pengajian tinggi semakin tinggi sehingga yuran yang terpaksa dipinjam serta dipaksa bayar balik walaupun bertahun tidak dapat peluang pekerjaan setaraf sijil  hanya untuk membayar IPTS milik golongan elit kecil.

Bagaimana hendak diwujudkan kelas menengah Melayu apabila pimpinan kerajaan tertinggi sendiri mengaku masih tidak ada ‘formula’ melainkan menghadiahkan dengan duit rakyat sendiri hanya empat biji tayar untuk pemandu teksi yang jelas pula tidak memiliki teksi tersebut kerana permit teksi sebenar hanya diberikan kepada pihak tertentu sahaja -membangunkan agenda ekonomi melayu yang mapan – kerana mengatakan  terlalu sibuk membetulkan kesilapan dasar-dasar atau lebih tepat lagi amalan ekonomi kroni dua pemimpin-pemimpin yang lepas?
Ini adalah agaknya nasib Melayu apabila 62 NGO Melayu seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) meminta kerajaan BN untuk memperkasakan ekonomi Melayu didalam lautan akronim ETP, NKRA dan NTA; akhirnya dapat bukan agensi Teraju tetapi hanya Terajang.

Ke mana perginya kelas menengah Melayu? Tanya lah UM…

Versi Sinar Harian:
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/ke-mana-kelas-menengah-melayu-1.128235

Khalid Samad

Khalid Samad


Pengguguran Ustaz Nasha dari Majlis Syura Ulama’: Satu Kupasan

Posted: 05 Feb 2013 05:02 PM PST

Ada yang bertanya saya mengenai persoalan ini, seolah-olah saya pula ahli Majlis Syura Ulama'! Saya menjawab saya tidak tahu selain dari apa yang telah dinyatakan dalam kenyataan yang dikeluarkan Majlis Syura. Maka apabila ditanya, saya minta semua merujuk kepada kenyataan tersebut.

Ada yang memberikan gambaran seolah-olah saya pula yang 'merancangkan' pengguguran ini. Hebat sangatlah saya sehingga Majlis Syura dipengaruhi saya tanpa saya hadir mesyuarat tersebut! Ada pula yang menganggap bahawa saya yang paling gembira dengan pengguguran Ustaz Nasha. Pelik betul golongan ini, saya tidak terlibat dalam Majlis Syura maka tidak sama sekali berhadapan dengan beliau dalam mana-mana mesyuarat Majlis Syura sekalipun. Samada beliau merupakan anggota Majlis Syura atau tidak, ia tidak memberi kesan bagi saya secara peribadi.

Namun, apa yang pasti tindakan beliau berpeleseran dengan pimpinan UMNO memang menimbulkan kegelisahan di kalangan ahli biasa. PAS sudah bersama dengan PR tetapi beliau kelihatan lebih cenderung untuk bersama pimpinan UMNO. Keadaanya boleh diumpamakan bagaikan seorang suami yang telah mengahwini seorang dara yang baik lagi jelita tetapi tetap bermain mata dengan isteri orang!

Namun, saya mempunyai keyakinan penuh dengan Majlis Syura, sata pasti ianya suatu keputusan yang dianggap amat perlu dilakukan oleh Ahli Majlis Syura. Sudah pasti semua menyedari bahawa tindakan menggugurkan Nasha akan disambar pihak lawan seperti sambarnya serigala terhadap kambing yang bersendirian. Kita sudah hampir dengan PRU, tindakan sebegini pasti disedari berisiko dan akan menimbulkan sedikit kesulitan bagi PAS. Lebih-lebih lagi apabila media adalah dalam penguasaan UMNO/BN secara keseluruhannya.

Sudah tergambar apa yang akan dinyatakan oleh mereka; "PAS pinggirkan ulama!" Walaupun kita tahu keanggotaannya akan diganti dengan ulama yang lain. PAS tidak ketandusan ulama'. Dengan pengguguran beliau, 10 nama lain dapat disebut secara spontan untuk menggantinya. PAS tidak seperti UMNO sehingga tiada ustaz dan terpaksa dipinjam dari PAS.

Walau apa sekalipun saya ucapkan tahniah pada Majlis Syura Ulama' yang dengan keyakinan yang ada pada mereka, sanggup bertindak tegas dan menggugurkan Ustaz Nasha. Majlis Syura pasti mempunyai alasan yang kukuh sehingga sanggup mengambil risiko yang sebegini rupa. Ini juga merupakan bukti bahawa tiada sesiapa yang kebal dalam PAS dan sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan sekiranya dianggap perlu.

Hanya bagi saya secara peribadi, Ustaz Nasha telah banyak berubah berbanding semasa zaman Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor. Beliau berubah pada mulanya setelah tercapainya kemenangan pada 2008 dan seterusnya selepas Muktamar PAS pada 2011. Mungkin kerana keadaan dan suasana baru menzahirkan sikap yang sebenar. Pada 2008 beliau terlibat dengan usaha menyatukan PAS dan UMNO dan apabila usaha ini gagal, hubungannya dengan pimpinan UMNO terus dikekalkan, malahan menjadi lebih rapat. Sikap ini tidak disenangi ahli dan pada 2011, beliau tewas dalam pertandingan untuk mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden. Dari tiga calon, beliau nombor tiga. Walaupun ditawarkan jawatan sebagai AJK PAS Pusat, seperti amalan biasa terhadap yang tewas bertanding jawatan tertinggi dalam PAS, beliau menolak.

Saya rasa pada ketika itu beliau mengukuhkan tekad untuk terus mengadakan hubungan dengan UMNO dan pimpinannya. Mungkin kerana tawaran yang diletakkan di kakinya atau mungkin juga atas keyakinan beliau bahawa PAS perlu bersatu dengan UMNO demi perjuangan Islam. Apa apa pun, pendekatan itu tidak selari dengan kehendak dan keputusan parti yang ingin PAS menggantikan UMNO, bukan bersama UMNO.

Saya tidak mahu mengulas panjang berhubung Ustaz Nasha dan sikapnya. Apa yang saya tahu, diketahui juga pimpinan lain dalam PAS. Tetapi apabila beliau membuat keputusan untuk terus bersama PAS, saya terimanya dengan baik. Tidak mustahil beliau boleh naik kembali sebagai pemimpin dalam parti tetapi hanya sekiranya ditunjukkan disiplin jemaah yang tinggi.

Kesediaan beliau untuk terus bersama PAS adalah juga bukti bahawa baginya hanya PAS yang membawa cita-cita Islam dalam perjuangan politiknya. Walaupun UMNO ada, dan bersedia menerimanya dengan tangan terbuka, keputusan beliau untuk terus bersama PAS, walau dalam keadaan sekarang sekalipun, adalah bukti bahawa bagi yang memahami perjuangan Islam, tiada pilihan selain PAS. Dengan sendirinya ianya merupakan tamparan hebat terhadap UMNO.

Ada yang mengatakan Ustaz Nasha mendapat sokongan ahli biasa PAS. Kalau benar, kenapa beliau kalah pada 2011 sedangkan kecenderungan beliau untuk supaya PAS bersama dengan UMNO sudah jelas pada ketika itu. Malahan boleh dikatakan bahawa itulah sebabnya beliau tewas. Namun, bagi yang ingin terus menganggap ahli PAS bersama Nasha, mudah sahaja penyelesaiannya. Biarlah Nasha nyatakan sikap dan pandangan beliau untuk bersama UMNO secara jelas dan terbuka. Kemudian, apabila muktamar PAS diadakan, biarlah yang menyokong beliau mencalonkan dan mengundi beliau. Sememangnya muktamar tahun ini adalah muktamar yang akan mengadakan pemilihan pemimpin.

Sambil menunggu tarikh muktamar beliau perlu bersabar dan mendiamkan diri, jangan jadikan diri sebagai senjata untuk pihak lawan, sekiranya beliau benar-benar ikhlas.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang

Posted: 06 Feb 2013 12:03 AM PST

8 Februari 2013 (Jumaat)

1) 5.00 ptg – Anwar Ibrahim Bersama Masyarkat Felda

Lokasi: FELDA Bukit Kuantan

2) 6.00 ptg – Ramah Mesra Dan Minum Petang

Lokasi: Rmh Hj Kassim, Perkampongan Cenderawasih, Kuantan

3) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

Lokasi: Surau Haji Ali, Kampong Tengah, Kuantan

4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Demi Rakyat

Lokasi: Taman Berjaya Permai, Kempadang, Kuantan

5) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Lokasi: Taman Impian, Jalan Sungai Lembing, Kuantan
6) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Fauziah Salleh

iii. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman

iv. Sdr Lee Chean Chung

v. YBhg Ustaz Rosli Abdul Jabar

On The Campaign Trail

Posted: 05 Feb 2013 11:54 PM PST

The Malaysian Insider

FEB 6 ? The ceramahs have begun all across the country, as politicians and political parties begin campaigning for support and votes come the 13th general election.

These ceramahs require massive reserves of energy, as the long hours on the road, the meet-the-rakyat sessions, rushed prayers at nearby suraus, and critical meetings on the road can take a toll on the politician and his team of aides.

Pakatan Rakyat's Jelajah Merdeka Rakyat road tour was launched in August last year in a bid to give meaning to Malaysia's independence, and also to educate and meet the grassroots all around the country.

The bus Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim uses for the road tour is also literally the vehicle to garner support and gain voters. It is the mothership for meetings, camaraderie and a safehouse for the PR team as they go on the road every week.

These trips are not for the faint of heart and weak-bodied. They require stamina of the mind and body, and the tenacity of a titan. If a ceramah does not go well, the trip will test one's spirit and strength. And it is not just the politician who is affected, his aides will also feel the pain and agony.

Anwar's trip to Negri Sembilan on January 27, 2013 was one of many he has taken and will take this year. Gemas is crucial ? the Felda settlers are not happy, and their support must be courted.

The itinerary looked packed: It meant a solid 12 hours on the road, with ceramahs beginning at 5pm and ending at midnight. Anwar was going to attend the "Dialog Ekonomi dan Sosial" closing ceremony at Melang, Kuala Pilah before ending the tour in Pekan Pasir Besar, Gemas. In between the two ceramahs, there'd be a few stops as well.

The mothership

The bus, which has a picture of Anwar smiling right across it and proudly touting Jelajah Merdeka Rakyat, sported ominous red paint streaks on its body.

"That happened in Johor," a young aide explained.

Why wasn't the bus cleaned then?

"To show proof to the rakyat. That we were attacked. Johor and Melaka Umno kuat."

The double-decker bus is plush, and designed for the business traveller. The upper deck ? comfortable seats with ample leg room and a small kitchenette ? is for hush-hush meetings between Anwar and team. Below, an equally spacious but smaller space holds luggage and other staff and volunteers.

However, Anwar keeps the team small as he needs space to hold meetings with ADUNs he meets along the way, or friends who meet him halfway and join him for the ride.

"Datuk Seri usually travels in his own car, but before a ceramah stop, he'll get on the bus. He also conducts meetings here too, and sometimes he just relaxes. It depends."

They're a lively bunch ? the political aides, interns and the events specialist. They are also joined by a videographer who travels with them on almost every trip they make.

Chan, as he is known, is a cheerful and youthful-looking man in his 50s. He runs Merdeka Rakyat. If not for them, the trips would be dull. There's always laughter and jokes.

Do they all work for Pakatan?

No. With the exception of the events specialist, they are all volunteers, and hold down jobs outside of political work.

The intern worked for Nik Nazmi Nik Ahmad before, and was a student activist. He is proud of his contribution to the party. "I do… I help the pol secs, make sure everything runs smoothly, the Wi-Fi, food…" He is also a walking encyclopaedia of Malay pop and entertainment culture.

The man

When one hears and speaks of Tun Dr Mahathir Mohamad, there is respect even as he is reviled. One either loves or hates Dr Mahathir, but one cannot not recognise his achievements and vision. Dr Mahathir is living proof of actualisation.

Anwar, however, is different. Say what you will, admire or despise him if you want, but Anwar has the X-Factor. He is extremely charismatic and a shrewd reader of an audience.

Psychology has devoted many chapters to politician personalities; to be a politician, you need the charms and mediation skills of a diplomat, and know when to bite back.

You can't survive in politics if you're soft-hearted. Anwar is tough, just look at what he has been through.

Many staff members (former and current) say that he is a good boss. He is jovial, approachable, though when things are rough, Anwar can be distant. This is not unusual behaviour; aren't we all like this? And they also attest that no matter how tired he is, how depressed he gets, when he is with the rakyat, and on stage, he performs.

Yet for all the chumminess he emanates, he is also aloof. Perhaps this is a way of protecting himself. A politician has many enemies.

Age has caught up with him but he is still attractive. His hair is now salt-pepper grey, and he gets up from his seat with more care now. Politics is not kind to those who are older, but Anwar takes it in his stride.

At the Majlis Penutup Dialog Ekonomi dan Sosial in Kuala Pilah, where he addressed slightly over 200 supporters and on-lookers, he spoke of PR's promises should they take over Putrajaya. The lowering of car taxes and prices. Free education. Releasing the rakyat of economic burdens. Making sure Felda settlers receive their dues.

Anyone else who was expecting a proper discourse on national economics and PR's plans on managing Malaysia's resources from Anwar would have been surprised, and disappointed.

The truth is that the grassroots aren't interested in all that – they are concerned about bread and butter issues. And the former deputy prime minister of Malaysia has caught on to the zeitgeist. He knows what they want to hear.

The journey home

I had asked if I could speak to Anwar but he was either in a discussion with his team, in his private car, or resting. It's not easy pinning him down even if you are on the same bus together. I spent quite a lot of time staring at the back of his head, hoping the interview would be granted.

Everyone piled into the bus, ready to head back to Kuala Lumpur. Arrival would be at 3.30 in the morning, and they had a meeting at about 10.

Anwar waved to his supporters from his seat. They waved back eagerly.

There was a short lull as the bus made its way back to the city.

He sang an old Malay song.

"Datuk Seri is happy," Chan said. "That means everything went well. When he's happy, he sings."

About 20 minutes into the journey, the bus stopped at a petrol station. Anwar and his youngest daughter left the bus to go home in their car.

The journey back to Kuala Lumpur was quiet, as the aides dozed off in their seats.

"We'll impact this GE," one of them said sleepily. The next day was going to be another day of meetings, and with the elections very soon, sleep would be a luxury.

The writer takes her hat off to politicians of both sides. She'd like to know what vitamins they take. She hasn't recovered from the bus ride!

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Pakatan lancar manifesto PRU 13 pada konvesyen ke-4, 25 Feb

Posted: 05 Feb 2013 11:43 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

SaifuddinKUALA LUMPUR 6 Feb: Pakatan Rakyat akan melancar dan membentangkan intipati manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) pada konvensyen kali keempat pada 25 Februari ini. 

Kerusi PRU 13 yang akan dipertandingkan turut diumum pada konvesyen yang bakal berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) itu. 

Menurut Pengarah Konvesyen, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, persiapan siap dilakukan dan hanya menunggu kelulusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat. 

"Saya sudah bagi arahan kepada semua, tapi secara rasmi mengenai isi kandungan, siapa yang hadir, format ucapan, semua itu saya akan nyatakan dalam sidang media selepas diperaku oleh Majlis Presiden. 

"Ia dipersetujui di peringkat Majlis Presiden. Tapi dalam minit (mesyuarat), mereka kena luluskan dahulu, sebelum kita mulakan kerja. Ini mengambil kira jika ada perbezaan dalam tempoh mesyuarat lepas dengan mesyuarat terbaru," jelasnya kepada Keadilan Daily

Saifuddin berkata, walaupun draf mengenai persiapan konvensyen siap sepenuhnya, ada beberapa keperluan yang perlu diperinci dan diberi tumpuan sebelum diumum. 

"Ada pandangan daripada pemimpin Pakatan supaya selesaikan dahulu, baru buat pengumuman. Kalau masih sangkut, bagaimana mahu buat kerja-kerja konvensyen. Keputusan mesti disepakati oleh semua gabungan parti, ini dasar kita. 

"Kalau saya umum bermakna saya mendahului," kata Ahli Parlimen Machang itu.
Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Pakatan Rakyat, Shabrimi Sidek memberitahu, kehadiran perwakilan dan delegasi setiap komponen berdasarkan tarikh pembubaran Parlimen sekiranya berlaku dalam masa terdekat.

"Kita masih tidak dapat tentukan sebesar mana majlis kerana bergantung kepada pembubaran Parlimen. Skiranya dibubarkan sebelum 25 Februari, sudah pasti konvesyen ini akan diadakan secara besar-besaran.
"Konvesyen itu nanti kita akan lancarkan manifesto dan pembahagian kerusi Pakatan Rakyat dalam PRU 13, bukannya calon," katanya ketika dihubungi. 

Konvesyen Pakatan Rakyat terakhir adalah pada 14 Januari tahun lalu di tapak Konvensyen Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar dengan memfokus dan memperincikan dasar utama Pakatan dalam tawaran Buku Jingga.

harakah/-

Banner Nurul Izzah Diturunkan Oleh Balaci UMNO Sempat Dirakam

Posted: 05 Feb 2013 11:25 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Cerita ajaib | Petang semalam semasa saya memandu di Jalan Maarof menghala ke Damansara saya telah berhenti di lampu isyarat berhampiran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq kerana lampu merah. Sementara menanti lampu isyarat bertukar hijau, saya berhasrat mengambil gambar banner-banner yang tergantung di pagar masjid termasuklah banner ucapan Selamat Hari Wilayah dari YB Nurul Izzah Anwar dan banner dari menterinya YB Dato Raja Nong Chik.

Saya berhasrat untuk bercerita pada teman-teman bahawa banner YB Menteri boleh berganding mesra dengan banner YB Nurul Izzah dalam sama-sama menjunjung semangat setiakawan & demokrasi di tanahair tercinta ini. Walaupun saya tahu hampir kesemua banner YB Nurul Izzah di kawasan Parlimen yang dimenanginya, yang turut digantung sederet dengan banner promosi jualan kereta dan banner tawaran kemasukan ke tadika, diturunkan.

Saya merancang untuk memetik segera button pada kamera telefon bimbit sebelum lampu bertukar ke hijau. Rupanya perancangan Allah lagi Maha Hebat. Tidak semena-mena dengan pantasnya datang seorang lelaki bermotorsikal turun dari motorsikalnya terus menuju ke banner YB Nurul Izzah dan menurunkannya! Saya terkedu!

Tidak sempat saya mengambil gambar gandingan banner-banner itu. Saya hanya sempat mengambil gambar lelaki itu dari kejauhan setelah beliau meletakkan banner yang diturunkan itu ke dalam bakul motorsikalnya.

Saya meneruskan perjalanan dengan hati yang geram kepada para pencuri banner yang tidak sabar-sabar menunggu Raya Korban. Banner yang dicuri sebagai tempat hamparan untuk bergelumang bersama daging korban.. -M Fakhrurrazy M Ariff

Banner Kak Izzah diturunkan

Di Jalan Pantai Baharu.


Di Kerinchi.
 
Kalau banner kak izzah dipotong kononnya alasan tak ada permit, barang2 yg ini pula ada permit tak?


- pakat-pakat kalih

Antara import Psy-Korea dengan kebajikan rakyat

Posted: 05 Feb 2013 11:22 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: BN melakukan cubaan terkini untuk meraih undi daripada masyarakat kaum Tionghua dengan membawa artis popular Psy dari Korea ke Majlis Rumah Terbuka BN Pulau Pinang pada 11 Februari ini.

"Begitu terdesak BN mahu mengembalikan populariti mereka yang jatuh menjunam dengan melakukan apa sahaja hatta terpaksa mengimport artis lain sebagai umpan tarikan mereka," Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

Katanya, kos membawa artis Psy - yang popular dengan lagu Gangnam Style dikatakan bernilai USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 hingga RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan.

Baginya, sekalipun BN menafikan program itu anjuran mereka dengan mendalihkan syarikat swasta gergasi Mega Ultimate yang membayarnya, rakyat tetap melihat ia merupakan suatu pembaziran.

Tambahnya lagi, apalah malang sebuah syarikat digunakan sebagai proksi untuk membelanjakan duit sejumlah itu hanya untuk menghiburkan rakyat.

"Daripada membawa seorang artis popular ke Malaysia dengan persembahan hanya 1 malam, sebaiknya wang tersebut disalurkan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat di negara ini," ujarnya.

Menurutnya, masih ramai rakyat di negara ini yang hidup di bawah paras kemiskinan, justeru lebih baik pula syarikat tersebut melabur kepada perniagaan lain yang mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

"Membelanjakan RM1 juta bukan suatu nilai yang kecil untuk satu malam dan hanya untuk seorang artis popular," katanya lagi.

harakah/-

Tanjung Agas belum buat, Najib janji Gebeng pula

Posted: 05 Feb 2013 10:49 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan tidak terlalu ghairah mengumumkan janji projek mega baru sedangkan projek yang diumumkan sebelum ini masih belum terlaksana.
Penganalisis politik negeri Pahang, Syed Ali Badaruddin Al-Habsyi (gambar) mengulas tindakan Najib yang melancarkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), berjumlah RM10.5 bilion di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini semalam.

Katanya, sedangkan projek mega Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas (TAOGLIP) yang dianggarkan bernilai RM8 bilion di parlimen Pekan yang dijanjikan Najib dahulu, terus gagal dilaksanakan.

"Dulu Najib bukan main gah mengumumkan projek mega di Tanjung Agas kerana janji awalnya bakal memberi nikmat besar kepada penduduk termasuk 3,000 peluang pekerjaan baru di samping menyediakan peluang perniagaan.

"Harapan penduduk Pekan pada masa itu bukan main ghairah kerana daerah mereka diuar-uarkan bakal setanding dengan bandar-bandar besar seperti Kelang apabila siapnya projek raksasa di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) itu.

"Namun setelah hampir tiga tahun diumumkan Najib, projek yang kononnya menerima pelaburan dari Korea di atas tanah seluas 4,700 ekar itu yang siap hanyalah lebuh raya yang rosak teruk sepanjang 15 kilometer menghubungkan Jalan Pekan-Rompin ke tapak projek," ujarnya.

Syed Ali berkata, sekarang Najib berjanji pula satu lagi projek mega hasil pelaburan dari China di Gebeng.

Najib dalam ucapan perasmiannya hari ini berkata, MCKIP berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM10.5 bilion yang akan mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Katanya, daripada jumlah pelaburan itu, lebih daripada RM4 bilion akan direalisasikan menjelang tahun 2015.

Syed Ali menjelaskan, kebimbangan orang ramai ialah projek yang dijanjikan Najib hari ini menerima nasib yang sama seperti di Tanjung Agas.

"Kalau nak tahu, sekarang ini orang-orang kampung tradisi di Tanjung Agas dan Orang Asli sekitarnya yang dulu kerja mereka mengutip kerang, ketam dan kepah kini terpaksa menyara hidup dengan mengutip sisa pepejal Alam Flora dekat di Permatang Keledang, dua kilometer dari situ.

"Mereka yang mencari rezeki melalui hasil laut itu dah tak boleh masuk dengan bebas ke Tanjung Agas kerana dipagar dan dikawal. Batu pemecah ombak yang dibina panjang pula menghalang nelayan. Akhirnya terpaksa mencari rezeki dengan memilih dan menjual sampah pula," katanya.

Sementara itu Syed Ali tidak menolak andaian projek MCKIP bertujuan politik menjelang pilihan raya umum (PRU) iaitu untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina bahawa Lynas yang juga terletak di Gebeng tidak bahaya setelah mendapat bantahan keras.

"Kita kena sedar kawasan Gebeng terletak dalam Dewan Undangan Negeri Beserah dan dalam Parlimen Indera Mahkota yang mana kedua-dua kerusi berkenaan di kuasai Pakatan Rakyat. Sebab itu ada kemungkinan projek itu bersifat politik untuk kembalikan kepercayaan dan undi penduduk untuk BN.

"Sebab saya fikir dalam iklim kemuraman ekonomi seluruh dunia sekarang, tidak mungkin mana-mana negara berani melabur dengan begitu besar tanpa jaminan pulangan," katanya.

Namun begitu, Syed Ali percaya orang-orang Cina tidak mengubah pendirian mereka kerana bagi masyarakat itu keselamatan daripada bahaya Lynas lebih diutamakan walaupun telah membudayakan ekonomi dalam kehidupan mereka.

harakah/-

Kes Gobala vs Saifuddin: Dia Yang Saman Tapi Dia Yang Takut Untuk Hadir Di Mahkamah

Posted: 05 Feb 2013 10:44 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh baru perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (Gobala) terhadap Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berikutan kegagalannya hadir dengan alasan sedang dirawat di hospital.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 25 dan 26 April depan di kamarnya hari ini untuk perbicaraan itu bagi mendengar keterangan Gobala.

Saifuddin yang diwakili peguam William Leong akur dengan keputusan itu meragui sijil sakit yang dikeluarkan hospital swasta yang merawat Gobala membuat semakan bagi mengesahkan beliau terpaksa ditahan di wad.

"Kita ragu surat sakit ini kerana semalam beliau masih sihat dan sempat merasmikan pesta ponggal. Jadi kita mahu tahu betul atau tidak beliau sakit jantung atau dada seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut.

"IsyaAllah tarikh baru itu mungkin kerajaan sudah berubah. Kita tunggu sahaja bagaimana seterusnya," kata Setiausah Agung KEADILAN itu di perkarangan mahkamah kepada Keadilan Daily.

Saifuddin pada 10 Mac 2011, mempersoal bagaimana Gobala mampu memiliki RM1.4 juta untuk melangsaikan hutang pembelian tanah di Kelantan.

Katanya, berdasarkan bukti yang diterima, cek pertama adalah cek tunai berjumlah RM700,000 dengan tarikh 12 Januari 2011 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua adalah cek yang mempunyai tarikh sah laku sehingga 15 Mac 2011 dengan jumlah yang sama.

Menurut Saifuddin, kedua-dua cek berkenaan bagi menjelaskan bayaran pajakan tanah seluas 40.47 hektar di Lojing, Kelantan di antara syarikat milik Gobala – Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.

Gobala mengumumkan keluar KEADILAN dan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 29 Januari 2011 kerana mendakwa kononnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu yang dianggap gagal menyelesaikan masalah kaum India.

Saifuddin bagaimanapun mengesyaki pengkhianatan beberapa Ahli Parlimen KEADILAN yang bertindak keluar parti adalah atas dorongan habuan lumayan.

Ekoran itu, Gobala mengemukakan saman RM12 juta ke atas Saifuddin kerana mendakwa beliau menerima habuan daripada pihak tertentu untuk keluar dari KEADILAN. -KDMbr>

Sindiket ubah suai cek dibongkar, rugi RM1 juta

Posted: 05 Feb 2013 09:06 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Sindiket ubah suai cek dibongkar, rugi RM1 juta
Mohmad Salleh (tengah) menunjukkan peralatan khas digunakan untuk membuka peti pos dan mengubahsuai cek pada sidang media di ibu negara semalam.
 
KUALA LUMPUR - 'Mencuri' surat di peti pos sebelum mengasingkan yang berisi cek untuk diubahsuai dan mengaut keuntungan lebih RM1 juta sejak empat tahun lalu.

Itu dilakukan satu sindiket pengubahsuaian cek yang dilumpuhkan polis apabila seorang suspek diberkas pada 29 Januari lalu ketika sedang berurusan mengambil wang hasil cek yang ditunaikan daripada seorang individu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, sindiket itu dipercayai didalangi lapan individu termasuk dua adik beradik yang menjadi perancang utama kegiatan yang beroperasi di sebuah premis rumah kedai terletak di Jalan Shelly, Cheras, di sini sejak 2009.

Lebih 25 barang rampasan termasuk mesin pencetak pelbagai jenama, komputer riba, kad pencetak, 'paymaster', ultra violet, mesin taip, pemutar skru berbentuk T,  botol cecair dalam botol dan 1,321 keping cek pelbagai bank termasuk dua bank luar negara turut dirampas hasil serbuan itu.

Menurutnya, sindiket itu akan bertindak menukar nilai cek, serta beberapa perkara lain untuk ditunaikan melalui pemilik akaun bank berbeza.

"Mereka terlibat dipercayai mencuri surat dari peti pos dan peti pos awam di bangunan kedai dan pejabat menggunakan peralatan khas untuk mencari surat yang mengandungi cek, manakala surat lain dibuang.

"Sindiket ini juga disyaki memohon buku cek untuk pelbagai nama syarikat daripada bank untuk diubahsuai segi nama penerima, nombor akaun dan  nilai cek, yang kebiasaannya diletakkan dalam jumlah yang rendah tidak melebihi RM5,000 mengelakkan dikesan bank,"

katanya pada sidang media di Balai Polis Pudu, di sini, semalam.

Katanya, sebanyak 107 laporan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berhubung kes kehilangan cek melibatkan kerugian lebih RM1 juta, namun polis percaya kegiatan turut dijalankan di kawasan lain sekitar Lembah Klang.

Beliau bagaimanapun menolak kemungkinan terdapat penglibatan penghantar surat dan percaya Pos Malaysia tidak mengetahui kegiatan itu berikutan tiada laporan diterima daripada pihak berkenaan.

Namun, beliau tidak menolak andaian terdapat penglibatan bank dalam kes yang dikategorikan beliau dilakukan dengan profesional.

"Bagaimanapun saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi kerana kita masih lagi siasat berhubung kes ini, dan ianya akan diberi perhatian disebabkan ramai mangsa terlibat," katanya.

Katanya, polis sedang mengesan dua suspek yang menjadi perancang utama dalam sindiket tersebut juga adik beradik.

"Kedua-dua individu itu adalah Lau Chee Chun dan Lau Chee Chong berusia lingkungan awal 30-an dengan alamat terakhir masing-masing di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Bandar Hilir, Melaka," katanya.

sinar/-

Tak sedar kereta masuk longkang

Posted: 05 Feb 2013 07:30 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
 
FotoTaiping: Seorang nenek berusia 74 tahun terpinga-pinga sambil bertanya kepada orang ramai bagaimana kereta dipandunya boleh terperosok ke dalam longkang besar di Jalan Air Kuning di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Sariah, 74, dipercayai gagal mengawal Perodua Kancil dipandunya menyebabkan ia terbabas ke dalam longkang.

Mangsa berasal dari Kamunting di sini, mendakwa sedang memandu menuju ke Air Kuning apabila kenderaannya hilang kawalan.

"Saya tidak sedar bagaimanapun boleh berada dalam longkang. Saya cuma perasan kereta tiba-tiba senget dan tidak boleh bergerak," katanya.

Menurutnya, dia yang kemudian menyedari terbabit dalam kemalangan merangkak keluar dari kereta sebelum dibantu orang ramai tanpa kecederaan.

Sementara itu seorang saksi, Omar Ahmad, 47, berkata, laluan berkenaan dianggap berbahaya berikutan sering berlaku kemalangan membabitkan pengguna motosikal dan kereta.

KEADAAN Perodua Kancil yang terperosok masuk ke dalam longkang, tengah hari semalam.
Menurutnya, longkang besar yang terbuka dan tiada penutup itu seolah-olah mengundang kemalangan dan meminta pihak berwajib menutup longkang berkenaan sebelum lebih ramai pengguna jalan raya menjadi mangsa.

metro/-

Ceramah Anak di Felda Teloi Timur disekat lagi

Posted: 05 Feb 2013 07:20 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Kali ini disekat di pintu masuk Felda Teloi Timur. OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yang membuat benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk masuk ke tapak ceramah.

Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalu lintas bukan menghalau samseng jalanan!
Sekali lagi hak bersuara dinafikan. Saya kesian tengok peneroka Felda Teloi Timur. Tanam semula dah 3 tahun tak siap, hutang sara hidup bertimbun, kami datang nak membantu, disekat pula.

Pengkhianat yang merompak harta peneroka seperti Isa Samad disanjung, manakala Anak dan Pakatan Rakyat yg membela dan mempertahankan hak peneroka dihalang dari menyampaikan maklumat.

Saya dan Sanusi, Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah sempat berucap atas Hilux sebelum membuat laporan polis di IPD Sik.

Alhamdulillah, walaupun ahli PAS dari Sik dan Baling yang datang lebih ramai dari samseng jalanan tajaan Umno; kami tetap sabar.

Kita tinggal beberapa bulan sahaja lagi menawan Putrajaya. Kalau hampir 5 tahun boleh bersabar dengan berbagai ujian dan provokasi Umno, takkan tinggal 2 hingga 3 bulan tidak boleh menahan sabar. Berundur bukan bererti kalah, tapi berpandangan jauh dengan agenda lebih besar setelah menguasai Putrajaya!
Simpati dari warga Felda akan diperolehi. Gelagat samseng jalanan dirakam. Sebagaimana di Felda Sungai Tengi, laman sosial dan media baru menunjukkan aksi-aksi hodoh para samseng ini.

Manusia yang waras tak akan menyokong samseng jalanan ini.

Sesungguhnya, kita bukan jadi kuda tunggangan DAP; tapi samseng jalanan ini sedia diperalat oleh Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad!

Pemimpin Umno seronok beri arahan, dok dalam bilik aircond; peneroka dan generasi 2/3 jadi korban.

harakah/-

Deepak di Pejabat Agung PAS, bincang imuniti

Posted: 05 Feb 2013 07:20 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bertemu dengan Deepak Jaikishan di Pejabat Agung PAS hari ini.

Ia berkaitan dengan permohonan Deepak untuk mendapat imuniti dari Pakatan Rakyat bagi membolehkannya mendedahkan lebaih banyak lagi berhubung isu yang turut mengaitkan pemimpin kanan negara.

Deepak, yang berkemeja kelabu dilihat tiba bersorangan di sini kira-kira jam 10.55 pagi.

Pertemuan secara terbuka di depan wartawan ini akan diadakan kira-kira jam 11 pagi ini.

Turut serta dalam pertemuan ini adalah Peguam PAS Asmuni Awi dan juga Dr Syed Azman Nawawi di samping beberapa pegawai kanan PAS.

Satu sidang media berhubung hasil perbincangan dan tidakan lanjut akan dibuat selepas pertemuan itu nanti.

harakah/-

Perogol bersiri dipenjara 115 tahun

Posted: 05 Feb 2013 07:18 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



RAUB – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan terhadap seorang penganggur, Rabidin Satir, 42, selepas mengaku salah atas empat dakwaan rogol dan satu tuduhan meliwat.

Dia dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan 10 kali sebat bagi setiap tuduhan rogol serta tambahan 10 lagi sebatan dan 15 tahun penjara bagi tuduhan liwat.

Semua hukuman dijalankan berasingan bermula tarikh ditangkap pada 14 November tahun lalu.

Rabidin yang berasal dari Tambunan, Sabah dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi setiap tuduhan rogol yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan disebat jika sabit kesalahan manakala bagi tuduhan meliwat, dia dituduh mengikut Seksyen 377C akta yang sama dan boleh dipenjara 20 tahun serta sebat.

Menurut kertas pertuduhan pertama, dia dituduh merogol kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun antara pukul 2 hingga 3 pagi di sebuah bilik di Taman Sri Marong, Bentong pada 9 Julai 2009.

Bagi pertuduhan kedua, Rabidin dituduh merogol remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah bilik di Kilometer 5, Jalan Kuala Lumpur-Bentong antara pukul 1 hingga 3 pagi, 21 Jun 2010 dan bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di tepi sungai belakang sebuah rumah dekat Ketari, Bentong antara pukul 12.30 pagi hingga 1.30 pagi, 29 April 2011.

Dia turut dituduh atas dua lagi tuduhan merogol dan meliwat remaja perempuan berusia 16 tahun dalam bilik di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara pukul 1 pagi hingga 2.30 pagi.

Tertuduh dalam rayuannya memohon kemaafan dunia dan akhirat kerana kejadian berlaku dalam keadaan dia khayal dan mabuk serta meminta hukuman diringankan.

Timbalan Pendakwaraya, Atiqah Liyana Shahrir bagaimanapun membantah rayuan tertuduh.

Hakim Murtazadi Amran semasa hujah penghakimannya berkata, tertuduh telah melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa-mangsa yang masih di bawah umur semasa kejadian.

Tertuduh juga menghadapi satu tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Bentong pada Disember tahun lalu.

sinar/-

Kenali Gajus

Posted: 05 Feb 2013 07:00 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


GAJUS (Anacardium occidentale) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga ANACARDIACEAE yang dipercayai berasal dari Brazil dan boleh tumbuh dengan baik di Malaysia. Pokok Gajus atau di pantai timur di panggil 'Ketereh' ini ditanam dikeliling rumah untuk kegunaan sendiri dan pernah di tanam secara komersial di Terengganu oleh Syarikat FIMA pada tahun 1980'an sebagai ladang Komersil di Kg Raja, Setiu dahulu. Kini tanaman gajus di Malaysia tidak begitu popular seperti dibeberapa negara pengeluar utama lain. Keluasan tanaman ini di Malaysia adalah 480 hektar pada tahun 2011.

Nama lain gajus adalah seperti Cashew Nut, Apple Cashew, Cajuana (English), Buah Gajus, Ketereh (Malaysia) dan sebagainya. Artikel ini saya akan bincang teknologi dan maklumat tanaman gajus berasaskan beberapa buah buku dan kajian persendirian dalam laman sesawang serta pengalaman penulis dalam pengembangan pertanian selama 30 tahun.

Pokok Gajus adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan sistem bercabang yang merimbun dengan ketinggian mencecah 12 meter (30 kaki). Pokok gajus mudah tumbuh di kawasan yang kurang subur dan mampu bertahan dalam keadaan kering. Daun berwarna hijau dan agak tebal serta mempunyai susunan bersilang dimana daun muda berwarna ungu kemerahan serta digunakan sebagai ulam yang sangat di minati di Malaysia. Bunga Gajus keluar dihujung dahan atau pucuk dengan bentuk beberapa jambak dan bwerarna kemerahan. Batang bajus adalah kayu keras yang berkulit tebal berwarna coklat kelabu. Buah gajus 'berbentuk hati' dan mempunyai biji berada di luar buah. Bijinya juga berbentuk hati yang juga mempunyai pasaran tinggi untuk di jadikan makanan ringan.

Biji Gajus merupakan bahagian paling berguna iaitu sebagai makanan ringan (snack) yang di proses sehingga kering dengan rasa asli, perasa garam,coklat atau masin-manis. Biji gajus mengandungi 54% lemak dan minyak termasuk lemak tepu (18%0, Lemak Tidak tepu (16%) dan Asid Stearic (7%). Kandungan tenaga sebanyak 2,3-4 Kjoule setiap 100 gm dengan kandungan lain iaitu Protin (18.2 g), Lemak (43.5 g), Karbohiderat (35.1 g) dan Serat (3.3 g). Kandungan lain ialah Riboflavin - Vit B2 (0.06 mg), Thiamine - Vit B1 (0.42 mg), Vitamin C (0.5 mg) dan beberapa zat galian seperti Fe, Ca, Mg, Zn, Mn dan banyak lagi.

Penanaman gajus lazimnya menggunakan biji benih dari kultivar terpilih. Kultivar gajus tidak banyak di buat kajian dan penulisan kerana tanaman ini bukan tanaman penting walau pun di negara pengeluar utama. Pertumbuhan pokok gajus adalah lambat dan perlahan. Beberapa bijibenih gajus diletak dalam satu lubang dan apabila anak benih tumbuh baru di buang yang kurang subur. Ada juga kaedah pembiakan menggunakan 'grafting', 'air layering' dan juga 'inarching' dijalankan. Mengubah anak benih semaian pokok gajus juga tidak begitu mudah kejayaannya. Jarak tanaman di syorkan adalah 10m x 10m dimana kemudian dijarakkan kepada 20 m x 20 m selepas berumur 10 tahun. Kepadatan pokok sebanyak 250 pokok sehektar.

Pokok Gajus lazimnya tidak memerlukan penjagaan yang rumit untuk pertumbuhan. Bagi tanaman gajus digalakan penanamann selingan dengan tanaman kontan seperti pisang, kacang tanah, sayur-sayuran, jagung dan sebagainya untuk menambah pendapatan sementara pokok gajus membesar. Pembajaan dan kawalan musuh dan perosak dijalankan bersama penjagaan tanaman selingan. Bagi tanaman gajus di kawasan tanah Bris perlukan pembajaan tambahan dengan baja organik untuk meningkatkan kesuburan kerana tanah bris sangat kurang mengandungi baja organik.

Pokok Gajus akan mula berbuah selepas 3 tahun penanaman jika dijaga dengan baik. Pada masa sama dahan di bahagian bawah pokok perlu dibuang dan buah boleh di kutip. Anak pokok atau 'suckers' yang tumbuh di keliling pokok juga perlu di takai. Penghasilan akan menjadi optima pada pokok berumur 10 tahun sehingga pokok berumur 30 tahun jika di uruskan dengan baik (Bukan Tanam-Tinggal-Tuai). Bunga lazimnya aktif keluar pada cuaca atau musim panas dan selalunya buah akan matang secara berperingkat2.

Kajian menunjukkan daripada berbunga sehingga buah masak perlukan masa 3 bulan. Buah yang masak akan jatuh ketanah (Bahagian 'apple') akan jadi kering dan bijinya tersembul. Buah yang jatuh akan dikutip dan diasingkan bijinya dan diproses. Jika buah belum cukup matang dan di petik untuk ambil bijinya agak liat dan sukar walaupun menggunakan mesin mekanikal. Biji akan dibuang kulit dan di goreng (tanpa minyak - roasted) sebelum di gredkan dan diberi perisa seperti garam. Biji yang siap diproses di masukan dalam plasitk kedaop udara (Vacuum packed) untuk menjamin kualitinya.

Laporan di negara pengeluar utama gajus dunia sperti di Tanzania, India, Mozambique, Kenya dan Sri Lanka mendapati potensi hasil dicapai antara 800 - 1,000 kh sehektar biji gajus. Kaedah pembajaan yang diurus dengan baik mampu meningkatkan hasil kepada 1,600 kg sehektar seperti dkjalankan di India dan Tanzania. Pokok yang menghasilkan buah yang banyak lazimnya memberikan biji gajus bersaiz kecil dan agak rendah kualitinya. Kajian di Brazil pula menunjukkan potensi penghasilan sebanyak 17.8 kg sepokok dapat di tingkatkan kepada 48.7 kg sepokok dengan aplikasi baja yang betul dan pengurusan tanaman yang sempurna.

Kegunaan biji gajus memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Harga pasaran biji gajus juga agak tinggi iaitu USD 0.33 satu kilogram dan satu paket 100 gram di Langkawi dijual RM 10.00 atau (RM 100/kg). Satu yang unik di Malaysia makan pucuk daun muda gajus untuk djadikan 'Ulam Gajus' yang dimakan dengan nasi dan sambal belacan (Foto kiri). Memang sedap dan menyelerakan ulam pucuk gajus. Kayu pokok gajus juga digunakan di kampung sebagai bahan kayu api untuk masak dan juga bileh diproses untuk dijadikan perabut dan sebagainya. Ada juga produk gajus dibuat alkohol seperti di India untuk kegunaan penduduk tempatan.

Tanaman gajus memang tanaman yang masih ada potensi untuk di tanam di negara kita jika betul-betul ingin melihat tumbuhan ini di menafaatkan.

BUAH GAJUS .... PELIK BUAHNYA ....
ISI DIDALAM....BIJI LUARNYA....
BIJI GAJUS....;SEDAP RASANYA....
PUCUK GAJUS...ULAM TENTUNYA....
Blog Anim Agro

Ketirisan wang cukup untuk beri pendidikan percuma – Anwar

Posted: 05 Feb 2013 06:00 PM PST

Unisel25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

SHAH ALAM 5 Feb: Nilai ketirisan wang rakyat dan pembaziran oleh Kerajaan Pusat kini bukan sahaja mampu menampung kos pendidikan percuma malah lebih dari mencukupi.

Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan mengatakan negara akan muflis jika pendidikan percuma dilaksana dan menyifatkannya pembohongan Umno BN.

"Negara boleh muflis disebabkan pembaziran dan ketirisan kerajaan dalam berbelanja, bukan sebab beri rakyat pendidikan percuma.

"Contohnya kita dapat lihat Kerajaan Selangor bina jalan dengan spefikasi sama dengan jalan dibina Kerajaan Pusat, tetapi kos kerajaan negeri jimat lebih 30 peratus," katanya dipetik Media Selangorku.
Beliau menyampaikan ucaptama bertajuk 'Pendidikan Percuma di Malaysia: Suatu Realiti' di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan 2013, Universiti Selangor (Unisel), di sini, pagi tadi. 

Ketua Umum KEADILAN itu turut mengingatkan kerajaan tentang keperluan pendidikan percuma dan isu kualiti pendidikan negara hendaklah diambil perhatian serius.

Justeru, katanya, Pakatan Rakyat menjamin akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin sekiranya menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13. 

keadilandaily/-

RM1 juta untuk Psy, RM120 juta untuk Syabas

Posted: 05 Feb 2013 05:45 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


KALAU dibelek-belek berita semasa, angka RM yang muncul kebelakangan ini menjadi kontroversi kerana semuanya juta-juta belaka. RM yang dimaksudkan ialah Ringgit Malaysia, bukan singkatan nama insan yang mengaku 'wanita pertama'.


Kembali kepada angka juta-juta dalam berita semasa. Minggu ini saja ada dua. Yang pertama, pada 2 Febuari lalu Perdana Menteri, Najib Razak daripada Barisan Nasional (BN) mengumumkan peruntukan RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang katanya sebagai bantuan mengatasi masalah air di Selangor.

Maknanya RM120 juta lagi dikorek dari kocek rakyat dan ditaburkan kepada Syabas, syarikat swasta yang masyhur dengan gaji CEOnya yang amat besar itu dengan belanja hebat untuk ubah suai pejabat serta membeli kereta mewah.

Menurut laporan Sinar Harian, suntikan RM120 juta itu kerana Najib Razak "mahu masalah air yang berlarutan itu ditamatkan segera".

Anehnya, jika suntikan lebih duit kepada Syabas boleh mengatasi masalah air Selangor, ini bermakna masalah air Selangor berpunca daripada Syabas yang kekurangan duitkah? Kalau dengan suntikan lebih banyak duit boleh menamatkan masalah air seperti yang berlaku baru-baru ini, apa yang propagandis dan pemimpin Umno BN hebohkan mengenai Loji Langat 2?

Satu lagi cerita juta-juta RM minggu ini ialah BN di Pulau Pinang bakal membelanjakan lebih daripada RM1 juta untuk menjemput Psy ber'gangnam' tarik undi. Lebih lucu kelihatan tindakan ini serampang dua mata membalas dendam kepada parodi Ubah Rocket Style DAP. Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Wong Mun Hoe berkata:

"If we want Gangnam Style, we bring the original, unlike some who only copy." (Jika kita mahu Gangnam Style, kita bawa yang asli, bukan seperti yang hanya ditiru)

Tak tahu beza parodi dan meniru, ada hati nak jadi cool dengan Gangnam Style

harakah/

Guru lepasan IPG lewat diberi penempatan

Posted: 05 Feb 2013 05:30 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Kami mewakili sebahagian besar daripada guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2009 keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah menamatkan pengajian pada bulan November 2012.

Untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada kami telah ditempatkan secara interim di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) yang majoritinya adalah daripada kaum Cina dan India serta sebahagian daripada kaum Melayu untuk ditempatkan di sekolah disebabkan oleh keadaan guru yang kritikal di SJKC/T.

Bukan untuk menimbulkan isu perkauman di sini kerana mereka ditempatkan di sekolah namun terdapat sedikit situasi yang kurang senang kerana ada sebahagian daripada guru pelatih yang sepatutnya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) telah ditarik ke SJKC/T.

Malah ada dalam kalangan guru pelatih yang tidak fasih bahasa ibunda mereka juga turut ditarik ke SJKC meninggalkan kami yang perlu ke SK terkapai-kapai menunggu penempatan ke SK yang entah bila berkunjung tiba. Menteri berkenaan juga turut mengatakan bahawa guru-guru pelatih yang ke SK perlu ditemuduga terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang wajib dilalui oleh setiap penjawat awam tidak seperti kumpulan ke SJKC/T yang diberikan interim terlebih dahulu.

Di sini wujud ketidakadilan dalam penempatan guru. Slogan 1 Malaysia tidak dipraktikkan di sini kerana tidak berlaku penempatan di SK. Ada juga aduan dalam kalangan kami iaitu dalam satu kelas, hanya dua orang daripada rakan mereka diinterimkan dan selebihnya terpaksa menunggu.

Masalah kekurangan guru bukan sahaja di SJKC/T malah di SK juga. Ada segelintir guru-guru sekolah daripada senior kami yang tertunggu-tunggu bila kami akan ditempatkan di sekolah mereka bertugas sebagaimana sebelum ini iaitu seawal Januari dan awal Februari guru baru ditempatkan.

Jika masalah ini berlanjutan maka kami akan menjadi kumpulan terlambat dalam sejarah kumpulan PISMP keluaran IPG ditempatkan di sekolah. Kumpulan kami tidak seperti dua kumpulan terdahulu (Ambilan Januari 2007 dan Januari 2008). Kumpulan Pertama mula diserap lebih awal iaitu sebelum temuduga lagi. Begitu juga Kumpulan Kedua diserap seawal Januari 2012 (temuduga sejurus tamat kursus) tanpa masalah yang besar. Kemungkinan Pilihan Raya Umum yang menjelang tiba ini menjadi puncanya.

Kumpulan ketiga ini diibaratkan menjadi 'tikus makmal' kementerian. Cukuplah kami menjadi tikus makmal KPM dalam dasar-dasar sebelum ini yang akhirnya entah ke mana seperti PPSMI. Kami berpendapat kalau hendak memberikan interim sekalipun tidak perlulah hanya untuk SJKC/T sahaja, SK pun kritikal juga keperluan guru.

Kami juga guru pelatih PISMP terikat dengan kontrak Perjanjian Pendidikan Guru (PPG) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu dipatuhi sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap undang-undang yang termaktub oleh kerajaan. Di bawah fasal 2.7 (a) di mana kami dikehendaki untuk berkhidmat dengan kerajaan sahaja. Maka kelewatan Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan penempatan kepada kami telah menyulitkan kehidupan kami secara amnya.

Kami  tidak dapat bekerja sambilan untuk menampung kehidupan selama pengangguran kerana terikat dengan kontrak tersebut. Rasa serba salah turut menyelubungi diri kami. Malahan ada di antara kami yang sudah berkahwin memerlukan wang untuk menyara isteri dan anak. Ketiadaan pekerjaan menganggu kelangsungan hidup kami. Kami selaku guru pelatih keluaran IPGM yang telah dilatih untuk menjadi seorang guru selama 5 tahun setengah sudah tidak sabar lagi untuk menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. Kami sangat bersemangat dan amat berkobar-kobar untuk mendidik anak bangsa berkat usaha didikan para pensyarah kami di 27 IPG seluruh negara.

Oleh sebab itu kami amat berharap dengan tersiarnya surat aduan ini  di dalam akhbar pihak tuan, ia dapat membuka mata pihak Kementerian Pelajaran Malaysia agar mengambil tindakan segera terhadap masalah kami ini. Tidak timbul isu lambakan guru seperti disiarkan akhbar baru-baru ini sedangkan IPG masih lagi mengadakan pengambilan secara berterusan setiap tahun. Memang benar rezeki daripada tangan Allah yang mengurniakan tetapi kalau kami tidak berusaha, tidak ada gunanya juga. Pendidikan Perguruan bukan untuk diniagakan dan kami juga sebagai guru pelatih tidak mahu dilelong sebagaimana watak di dalam filem '3 Abdul' yang dilelong di pasar untuk masuk sebagai guru di sekolah.

harakah/-

Sayangilah Sebelum Terlambat

Posted: 05 Feb 2013 05:00 PM PST

25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Pernah saya menemani seorang teman yang menangis tersedu-sedu mengiringi jenazah ibunda tercinta ke liang lahat. Satu hal yang sangat membuatnya bersedih dan perih selama ibundanya masih hidup, dia kurang memperhatikannya. Bahkan sekedar mendengarkan keluh kesah atau bertegur sapa. 
 
Dirinya terlalu sibuk dengan mengejar karier. Selama satu bulan lalu dia baru mengetahui karena ibundanya sakit kronis setelah dirawat di Rumah Sakit sampai akhirnya ibunda menghembuskan napas. 
 
Penyesalan tiada terperih. Tiada lagi kesempatan kedua kali. Masih terbayang ibundanya selalu memeluk dan mencium ketika dia masih kecil sedang sakit. Selalu membisikkan kata betapa sayang ibundanya kepada dirinya. Anak laki-laki kesayangannya. Air matanya menetes deras. Senyumnya yang tulus selalu menyambutnya sewaktu pulang sekolah. Cinta dan kasih sayang ibundanya yang begitu besar sejak ayahnya meninggal dunia diusia balita. Tangisan dan air mata penyesalan karena belum mampu membalas cinta dan kasih sayang ibunda tercintanya.

Sahabatku, Maknanya bagi kita adalah betapa berartinya kita menghargai, membahagiakan dan mencurahkan kasih sayang kepada orang-orang yang kita cintai. Kepada ayah, ibu kita, pasangan, anak dan orang-orang yang kita cintai. Jangan kehilangan kesempatan, jangan pernah menunda-nundanya, akan membuat penyesalan seumur hidup kita sebab bila orang yang kita cintai sudah menghembuskan napasnya yang terakhir, tidak akan ada yang bisa kita lakukan, kesempatan tidak akan pernah datang kembali, yang ada hanyalah penyesalan.

Nuffnang