Rabu, 6 Februari 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


BERITA BAIK UNTUK BELIA SELANGOR

Posted: 06 Feb 2013 09:07 AM PST

Selangor beri RM200 untuk pasangan muda berkahwin
February 06, 2013

SHAH ALAM, 6 Feb -- Kerajaan negeri Selangor akan memberi RM200 kepada pasangan muda yang berkahwin mulai minggu hadapan.

Mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor.

Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr. Ahmad Yunos Hairi berkata, mereka yang lahir di Selangor akan menerima wang tersebut melalui simpanan Tabung Haji bagi yang beragama Islam, manakala simpanan premium BSN bagi yang bukan beragama Islam, kepada mereka yang berusia 35 tahun ke bawah.

"Kerajaan negeri akan memberi insentif perkahwinan belia untuk anak Selangor yang mahu melaksanakan perkahwinan sebagai hadiah kerajaan negeri kepada rakyat," kata Dr Yunos lagi.

Kata Dr Yunos lagi, bagaimanapun ia tertakluk kepada seorang sahaja dalam satu pasangan.

Selain itu, mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau menunaikan janji kerajaan negeri ketika melancarkan Majlis Perkahwinan Belia Mengikut Adat Resam Melayu Negeri Selangor yang diadakan di pentas utama Selangor Agrofest 2012, perkarangan Stadium Shah Alam yang berlangsung bulan lalu.-Oleh Nomy Nozwir/Malaysian Insider


70 JUTA UNTUK PENDIDIKAN SELAMA LIMA TAHUN

Posted: 06 Feb 2013 04:08 AM PST

Selangor peruntuk RM70.4 juta untuk pelajaran Selangorku


 06 Feb 2013

 SHAH ALAM: Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM70.4 juta sepanjang lima tahun ini khusus bagi bantuan pendidikan untuk rakyat di Selangor. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) berkata, sehingga 31 Disember tahun lalu, sejumlah RM32.1 juta diperuntukkan untuk Hadiah Pengajian Intitut Pengajian Tinggi (HPIPT) kepada 32,130 anak negeri Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Katanya, program yang dimulakan sejak 1 Julai 2008 lalu diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima sebanyak 45,164 permohonan daripada pelajar dan hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja layak dipertimbangkan untuk proses pemberian HPIPT sebanyak RM1,000. Manakala, sebanyak RM38.3 juta pula diperuntukkan untuk Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri yang diberikan kepada 4,770 orang pelajar sejak lima tahun kebelakangan ini.


Dr Halimah berkata, seramai 758 pelajar diberikan pengurangan dan pelupusan bayaran balik atas sebab Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang cemerlang mulai tahun 2004 hingga 2012. Katanya, sejumlah RM5.05 juta jumlah pinjaman pelajaran yang dilupuskan sejak lapan tahun lalu. "Bagi PNGK di antara 3.75 hingga 4.00 pinjaman diubah kepada biasiswa penuh dan bagi 3.49 hingga 3.74 diberi kadar pengurangan pinjaman sebanyak 50 peratus dan bagi 3.20 hingga 3.49 diberi pengurangan sebanyak 25 peratus," katanya dalam sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah petang tadi.-selangorku

Tiada ulasan:

Nuffnang