Isnin, 17 Disember 2012

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


DAP polls a bitter pill for rivals | Free Malaysia Today

Posted: 17 Dec 2012 10:38 PM PST

M'sia is world's No 2 in illegal capital flight

Posted: 17 Dec 2012 10:36 PM PST

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


PERHATIAN PADA BUJANG DAN DARA DI SELANGOR

Posted: 17 Dec 2012 07:32 AM PST

Wahai para muda mudi yang masih bujang!!! Rebutlah  peluang sebegini. Daftarlah sekarang.

Selangor beri insentif perkahwinan tahun depan
Foto Tan Sri Khalid bersama isteri dan exco Dr halimah serta Dr Ahmad Yunus meraikan pasangan dalam perkahwinan beramai-ramai


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan insentif perkahwinan kepada belia-belia Negeri Selangor yang mendirikan rumahtangga mulai tahun hadapan.

Belia Selangor yang memenuhi syarat yang dijangka diumumkan tidak lama lagi bakal menerima RM200 sumbangan dari Kerajaan Negeri.

Selain itu, mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

Pengumuman tersebut dibuat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika melancarkan Majlis Perkahwinan Belia Mengikut Adat Resam Melayu Negeri Selangor yang diadakan di pentas utama Selangor Agrofest 2012, perkarangan Stadium Shah Alam hari ini, lapor Selangorku, media rasmi kerajaan negeri Selangor.

"Insentif itu kita tak dapat mulakan kali ini sebab ia menggunakan peruntukan dari Belanjawan 2013 baru-baru ini, sebab itu kita mulakan mulai 1 Januari 2013.

"Dalam program itu juga nanti, Kerajaan Negeri akan membiayai dengan konsep perkongsian," ujar Abdul Khalid.

Program yang dianjurkan Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan itu meraikan 61 pasang pengantin dari seluruh Selangor yang mengadakan majlis mereka bertemakan adat resam Melayu Selangor.

Kos bagi pakaian dan majlis bagi setiap pasangan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Sementara itu, pengumuman Abdul Khalid itu mendapat reaksi positif dari beberapa pasangan pengantin yang ditemui TV Selangor.

"Pengumuman Tan Sri Abdul Khalid tadi betul-betul membuatkan kami terharu dan bangga kerana program ini dapat mengurangkan kos perkahwinan sebab belanja perkahwinan begitu tinggi dengan cara ini dapat meringankan beban.


"Saya sebagai warga Selangor, mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan penghargaan Kerajaan Negeri dengan mengadakan majlis ini," ujar Hizami Burhanuddin dan pasangannya Ilyna Mohd Ghazali dari Klang.

Abdul Kahar Ahmad Marwai dan Siti Sara Azraie dari Kampung Delik Klang pula berpendapat majlis tesebut wajar diteruskan bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan kesederhanaan dalam mengadakan majlis perkahwinan.

"Dapat meringankan beban kewangan sebab lepas ini kalau sebelah pihak perempuan atau pihak lelaki tak nak buat kenduri lagi pun tak apa, sebab dah selesai dah, yang penting akad nikah," Abdul Kahar berkata.

Antara adat perkahwinan tradisi Melayu yang diketengahkan, termasuklah persembahan pencak silat, kompang dan bunga telur.

Pasangan juga ditrampilkan di dalam busana tradisional rakyat Selangor iaitu pakaian sikap Selangor yang dikenakan pengantin lelaki serta kebaya labuh yang digayakan pengantin perempuan.

Sumber harakahdaily

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE


Ahmad Ton Accepts Defeat Light-heartedly

Posted: 17 Dec 2012 08:50 PM PST

Press statement by Dr. Boo Cheng Hau, DAP Johor State Chairman and CEC Member ,on 18 December 2012, in Johor Bahru rebutting Utusan Malaysia's speculation published in its front page yesterday that Johor DAP Vice Chairman Ahmad Ton has been marginalized by the DAP since he lost in the CEC election last Saturday, 15 December


I would like to rebut Utusan Malaysia's front page speculation yesterday that DAP Johor Vice Chairman Ahmad Ton lost in the last party CEC election held on 15 December last Saturday is a sign that DAP members did not understand the concept of "Malaysian Malaysia" fully. In the same report Utusan Malaysia also maliciously misquoted Ahmad Ton to have said that he has suffered from stroke that might have made the DAP delegates reluctant to vote him.

DAP Johor would like to express our utmost respect and love for Sdr. Ahmad Ton who has served the DAP and the People diligently for the past 36 years. Ahmad Ton has always been a simple and humble man who has been contended with simple hospitality like roti kosong and teh-O for breakfast since the day I have known him.

He stood tall as a committed political leader for DAP young leaders and members to exemplify despite his humble background. It is malicious on the part of Utusan Malaysia to create unfounded ill racial hatreds towards the DAP. Utusan Malaysia shuld be ashamed of itself.

I just spoke to Sdr. Ahmad Ton last night and this morning who denied having said that the DAP delegates did not understand the concept of Malaysian Malaysia. On the contrary, Sdr. Ahmad Ton expressed his willingness to accept his defeat by comparing himself to two other renowned leaders who lost in the party election namely veteran leader Dr. Tan Seng Giaw and Penang Deputy Chief Minister Professor Ramasamy.

Sdr. Ahmad Ton told me over the phone this morning in his usual humble manner that he should humbly accept his defeat light-heartedly considering the fact that veteran leaders of high professional qualifications such as Dr. Tan Seng Giaw and Professor Ramasamy also lost in the party CEC election.

Sdr. Ahmad Ton also promised to continue help DAP and PR Johor to make more inroads in Johor as Johor DAP Vice Chairman despite his declining health due to two recent episodes of stroke. He regards his defeat in the CEC election as the DAP members' concern for his health whom are seen to want him to take a better rest.

Johor DAP takes pride in having Ahmad Ton as a committed and selfless leader. We hope he would continue to contribute to Malaysian democracy and DAP Johor as its Vice Chairman despite his declining health.

ZULKIFLI BIN NOORDIN

ZULKIFLI BIN NOORDIN


DAP TETAP CAUVINIS, RASIS & EXTREMIS!

Posted: 17 Dec 2012 06:09 AM PST

(Aiya Appa, itu Hadi ada hati mau jadi PM..wakakaka)

Salam 2 all.

"Malai-si, Malai-Si, Malai-si"; begitulah laungan dan slogan yang dilaungkan oleh para cauvinis rasis dan extremis membawa kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Lapuran Majlis Gerakan Negara bertarikh 06 Okt 1969* menghuraikan secara terperinci kejadian yang berlaku terutamanya disekitar Kuala Lumpur setelah DAP memenangi beberapa kerusi dalam PRU 1969. Walaupun tidak membentuk Kerajaan, namun sikap cauvinis, rasis & extremis DAP sangat ketara!

Dan Ketua Pemuda DAPSY pada masa itu ialah Lim Kit Siang. Yup..Lim Kit Siang, tukun DAP yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Sabtu lepas!

Malai-si, bermakna "Mampus Melayu"!

Selain slogan 'Mampus-Melayu" itu, pelbagai kata maki hamun dan cerca nista terhadap umat Melayu-Islam dihamburkan sepanjang perarakan yang di anjurkan cauvinis.

Antara yang direkod didalam Lapuran Mageran ialah 'buang semua polis Melayu', 'mati Melayu, sakai pigi masuk hutan', 'KL sekarang Cina punya', 'Melayu pigi balik kampung', 'kita hantam lu, sekarang kita ada kuasa', 'Melayu keluar, apa lagi duduk sini', 'semua Melayu kasi habis', 'kasi halau semua polis Melayu', 'ini negeri bukan Melayu punya lagi', 'butoh Melayu', 'mata-mata lancau', 'ini negeri bukan Melayu punya, kita mau halau semua Melayu', 'Melayu balik hutan', dan macam-macam lagi kata nista yang dikeluarkan!

Malah sampai ke peringkat pembunuhan, termasuk pelakon terkenal Mak Minah @ Makcik Pimpang Pekpot yang ditikam sampai mati di Jalan Raja Laut dan beberapa orang Melayu dibunuh di Setapak, termasuk sebelum itu Pak Kasim dibunuh di Jelutong, Pulau Pinang dan mayatnya dilempar dengan cat merah!!!

Setelah 43 tahun berlalu, setelah mendapat negeri Pulau Pinang, dan menjadi parti dominan didalam pakatan pembangkang, keangkuhan dan sikap cauvinis, rasis & extremis DAP tidak pernah luntur. Malah makin lama makin parah!

Ini terbukti apabila dalam pemilihan kepimpinan DAP Sabtu lepas (15 Nov 2012), kesemua 8 calun Melayu yang bertanding dilipat bungkus. Bukan sahaja tidak menang, tetapi mendapat tempat corot!

Sebaliknya tukun lama DAP iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng & Karpal Singh mendapat undi tertinggi dalam pemilihan itu! Anak Karpal Singh, Gobind Singh Deo turut memenangi tempat didalam Jawatankuasa Induk DAP!

Pendekkata, calon Melayu semuanya "Malai-si"; semuanya "mampus", "bungkus"!

Setelah 43 tahun berlalu, walau dilapik dengan pelbagai slogan "Malaysian Malaysia", "Middle-Malaysia", konon perjuangan "samarata-samarasa", namun semuanya terbukti sekadar slogan dan retorik politik. Ternyata wajah sebenar DAP sebagai parti cauvinis, rasis dan extremis terbongkar pada 15 Nov 2012!

Kalau ini pun masih tidak memberi mesej jelas kepada umat Melayu-Islam, terutamanya yang duduk didalam PAS dan PKR, yang masih didodoikan dengan kelentong DAP konon sudah berubah, DAP konon sudah menjadi parti pelbagai kaum, DAP berjuang untuk hak semua kaum, DAP konon sudah mendekati dan memahami Islam; kita tak tahu apa lagi bukti yang segelintir umat Melayu-Islam ini mahu. Bukti apa lagi mereka nak ALLAH berikan lagi?

Udah-udahlah tu yop, berhentilah daripada terus menipu diri sendiri; berhentilah daripada terus membohongi diri sendiri; berhentilah daripada terus dibuai mimpi palsu yang didendangkan pimpinan mike! Takkanlah mike dah begitu PBB -  Pekak, Bisu & Buta sampai tidak nampak gajah depan mata, sedang mike sibuk dibuaikan konon dengan kuman seberang laut! Takkan IQ mike begitu rendah sekali yop?

Kalau itu tidak cukup untuk mike, cuba tengok bagaimana DAP tegas mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri! Sedangkan baru beberapa minggu lepas PAS didalam Muktamar Agongnya dengan begitu berdegar-degar membunyikan trumpet mahukan Presidennya Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia!

Dalam keadaan mengetahui PAS sudah membuat ketetapan mahukan Hadi Awang, DAP dengan jelas menghantar mesej menyanggah impian PAS tersebut! Mereka tetap berkeras mahukan Anwar Ibrahim!

Dan mike tak hairan ke yop kenapa DAP benar-benar tegar mahukan Anwar? Anwar Ibrahim yang Karpal Singh dedahkan pada 22 Okt 1997 didalam Dewan Rakyat mempunyai masalah liwat dan homoseksual! Anwar Ibrahim yang Karpal Singh dedahkan di Federal Hotel sebagai punya masalah seksual dan akhlak yang serius! Anwar Ibrahim yang Karpal Singh suruh bertaubat apabila pembohongan 16 Sept 2008 terbongkar! Anwar Ibrahim yang mengambil Karpal Singh sebagai loyer dalam kes dia meliwat Saiful! Anwar Ibrahim yang pemimpin PAS sendiri memberi label "Al-Juburi"!

Anwar Ibrahim tu yang DAP berkeras tegar mahu nobatkan sebagai Perdana Menteri!!!

Mike sudah tidak ada keupayaan berfikir ke yop? Teman tidak langsung menjangka tahap IQ mike boleh jatuh begitu rendah sampai dah tak tau nak berfikir, dah tak tau nak bezakan yang hak dan yang batil, yang benar dan yang palsu, yang dosa dan pahala! Takkan sampai begitu teruk tahap pemikiran mike yop?

Sudah tentu DAP dan pimpinan tukunnya mempunyai agenda tersirat mengapa mereka menolak Hadi Awang tetapi berkeras mahukan Anwar! Ini bukan masalah yang memerlukan pemikiran tahap PhD yop. Ini persoalan yang budak Tadika Pasti pun boleh nampak! Tetapi mike masih lagi boleh jadi Pekak, Bisu & Buta yop!

Mike tak nampak ke kenapa Lim Guan Eng bertegas mahu DAP diberi tambahan 3 kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN dalam PRU 13 nanti?

Mike tahu dimana? Antaranya dema nak tambahan 3 kerusi DUN di Pulau Pinang. Sebab apa? Sebab dengan 19 kerusi yang mereka dah ada, ditambah 3 kerusi lagi menjadi 21, mereka boleh membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang tanpa perlukan PKR dan DAP.

Sebab apa? Sebab cauvinis, rasis & extremis ni memang tak percaya kat mike yop! Tak caya tanya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi PKR Negeri, dia boleh bongkar penuh kat mike!

Itu pun mike masih terhegeh-hegeh nak menyokong parti cauvinis, rasis & extremis ni yop! Mike tak nampak ke yop, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, satu-satunya ADUN PAS dalam DUN langsung tak diberi muka dalam Exco Kerajaan Anak jantan Kitsiang ni yop! Mike ni betullah hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Tak malu ke mike yop, orang tak mau tapi mike dok tekiyal-kiyal membontoti cauvinis, rasis & extremis ni yop? Sehingga mike sanggup mengkafirkan saudara se Islam, tetapi mengkalipahkan kafir harbi! Macam mana mike masih boleh menjadi Pekak, Bisu & Buta yop?

Mike tak nampak ke mesej yang dihantar kepada mike! Mike tak terpikir ke kenapa Lim Kit Siang, Lim Guan Eng & Karpal Singh diberi undi tertinggi. Ini adalah tokoh-tokoh yang menolak perjuangan mahu melaksanakan syariat Islam, menolak Negara Islam! Malah Karpal pernah menyebut "Islam over my dead body"!!!

Bukankah itu mesej yang cukup jelas! Bahawa DAP mahu ketiga-tiga tukun ini terus berada dibenteng hadapan supaya agenda hudud, qisas & ta'zir yang mike impikan terus ditentang dan dihalang! Supaya Negara Islam yang mike angankan terus disepak dan diterajang! Takkan mike tak nampak semua tu yop? Kenapa mike masih lagi boleh menjadi Pekak, Bisu & Buta yop?

Apapun yang jelas ialah pemilihan kepimpinan DAP Sabtu lepas membuktikan satu perkara! Bahawa umat Melayu-Islam memang tidak ada tempat dalam DAP! Agenda Melayu-Islam memang tidak ada dalam senarai DAP! Kepentingan Melayu-Islam memang tidak ada dalam kamus DAP!

Yang jelas, tukun DAP Lim Kit Siang, Ketua Pemuda DAP pada tahun 1969 semasa peristiwa berdarah 13 Mei berlaku kini dinobatkan sebagai pemimpin tertinggi dengan mendapat undi terbanyak dalam pemilihan tahun 2012.

Setelah 43 tahun berlalu, tiada yang berubah! Nothing has change yop! Mereka tetap dengan sikap cauvinis, rasis & extremis!

Kalau 43 tahun lepas DAP melaungkan slogan 'malai-si'; 'mampus-Melayu', Sabtu lepas sekali lagi semua calun Melayu '"malai-si", "mampus" dalam pemilihan kepimpinan DAP!

Kalau itu pun mike masih Pekak, Bisu & Buta, lantok ke mike lah yop!

Kami umat Melayu-Islam dah lama sedar DAP ini parti rasis, cauvinis & extremis; dan kami akan memberi mesej jelas kepada DAP bahawa umat Melayu-Islam menolak fahaman rasis, cauvinis & extremis yang dibawa DAP dengan menolak mereka sepenuhnya didalam PRU 13 nanti!

Kalau mike nak join, ahlan wasahalan ya marhaban; kami umat Islam-Melayu sangat alu-alukan. Tapi kalau mike terus nak bersekongkol dengan dema, go to hell with you!

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri.

Wallahuua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Malai-DAP! Malai-PKR! Malai PAS!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Safar 1434
17 Dis 2012

*
(Nota: teman nasihatkan anak muda dan mereka yang lupa sejarah supaya membaca Lapuran Mageran tersebut supaya kita tak jadi kaum yang buta sejarah dan tidak mengenal siapa musuh kita sebenarnya)

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Hari Keluarga & Sukaneka Citra

Posted: 17 Dec 2012 03:31 PM PST

Daurah Anak-Anak Cemerlang Di Masjid Al-Hasanah

Posted: 17 Dec 2012 12:18 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Now, UMNO's 'ULAU' dishes out fatwa against Qaradawi

Posted: 17 Dec 2012 05:31 AM PST


Invoking a long list of names of 'Shaykhs' most of whom are establishment scholars from Gulf states known for their obsession to narrow sectarianism, the leader of UMNO's so-called 'Young Ulama' has accused the renowned contemporary Muslim scholar Yusuf al-Qaradawi of being a 'Kharijite'.


■ ULAU IN ACTION ... Fathul Bari has defended everything from UMNO's Malay nationalism to MCA's opposition on Islamic laws


'Kharijite' refers to a group which emerged during the early years of Islam after the death of Prophet Muhammad, and many Muslims have argued that it did not represent mainstream Muslims. The group is distinct from Sunni and Shia Muslims, and best known for its rejection of the caliphate of Ali, the fourth Muslim caliph.

But while the story of the 'Kharijite' is one which took place 1,400 years ago, it did not stop UMNO's Fathul Bari Mat Jayaha from invoking the term on Muslim scholars who do not share his Wahabi interpretation of Islam.

According to Bari whose video message was posted on a Facebook 'parody page' of the Young Ulama of UMNO, shortened to 'ULAU', he has no problem with the suggestion that Qaradawi could be branded a 'Kharijite'.

To strengthen his argument, Bari indulged in a litany of names of past and present Arab Muslim scholars who he said have criticised Qaradawi, who currently leads the International Union of Muslim Scholars, a grouping formed to encourage dialogue between Muslims of all schools of thought.

The boyish-looking Bari among others claimed that Qaradawi's encouragement on Egyptians to take to the streets to denounce the American-backed regime of Hosni Mubarak, as well as his declaration that it was lawful for Muslims to kill the late Libyan tyrant Muammar Gaddafi, as proof of the Egyptian scholar's 'Kharijite' traits.

Bari's outburst however is no surprise, mainly due to the fact that Qaradawi had many times angered UMNO leaders over his defence of PKR de-facto leader Anwar Ibrahim against accusations of sodomy. Despite that, Qaradawi was bestowed the BN government's 'Maal Hijrah' award in 2009 in recognition of his contributions.

Prior to this, Bari and his ilks in 'ULAU' had issued several 'fatwas' condemning the third Bersih rally for electoral reforms as 'haram' in Islam. Recently, another pro-UMNO Muslim 'scholar', Idris Sulaiman, said the struggle by the Palestinians against the Zionists should not be considered 'jihad' because they were facing a stronger enemy (see here).


Meanwhile, in an immediate reaction on Twitter, Anwar said the latest 'fatwa' by 'ULAU' was part of UMNO's tradition of "lies without limit".

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Era Baru: Mengeratkan Malaysia, Masa Depan Milik Bersama

Posted: 17 Dec 2012 02:00 AM PST

Ucapan Oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kongres Kebangsaan DAP Pada 15.12.12

Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Pulau Pinang dalam kapasiti saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP dan Pakatan Rakyat, sesuatu yang mustahil untuk satu tempoh masa yang panjang sehingga rakyat Pulau Pinang memberikan mandat kepada kita pada 8hb Mac 2008.

Sebagai Setiausaha Agung, saya mengalu-alukan kehadiran para perwakilan DAP kebangsaan, para pemerhati dan ahli-ahli parti; pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat; para diplomat dari kedutaan, konsul-jeneral dan ahli-ahli kor konsular; anggota masyarakat sivil; pihak media dan semua tetamu dan peserta yang lain ke Kongres Kebangsaan DAP kali ke 16.

Kongres kali ini akan menetapkan hala tuju parti dan memilih kepimpinan baru untuk tempoh tiga tahun akan datang. Namun, yang jauh lebih penting, dalam rangka kita menantikan Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan dalam masa seratus hari akan datang, kita berhimpun di sini hari ini untuk memikirkan tentang masa depan Malaysia.

Sesungguhnya, rupabentuk Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Rakyat dalam dekad yang akan datang serta peranan DAP dalam memungkinkan wawasan tersbut adalah dua tema yang saling berkait rapat, yang ingin saya sebutkan pagi ini.

Kita berkumpul bersama-sama dengan penuh rasa bangga untuk apa yang telah dicapai oleh seramai 150,000 orang ahli DAP di seluruh Malaysia (berbanding hanya 84,000 orang pada tahun 2008), dengan rasa berterima kasih ke atas segala pengorbanan dan sumbangan daripada veteran-veteran parti; dan dengan kesungguhan untuk memuliakan mereka melalui tugas kita demi menggantikan rejim yang korup dengan Pakatan Rakyat yang mencipta ssebuah permulaan baru untuk Malaysia.

Penghormatan

Bilangan perwakilan yang layak untuk menghadiri Kongres kali ini adalah tiga kali ganda lebih ramai berbanding perwakilan yang berkelayakan untuk hadir ke Kongres ke-15 pada 23 dan 24 OGOS 2008; dari 948 orang kepada 2576 orang perwakilan. Secara organisasi, DAP telah berkembang dengan bilangan cawangan berdaftar yang meningkat daripada 311 pada tahun 2008 kepada 1,128 sejak Kongres ke-15 pada tahun 2008.

Bagi pihak parti, saya mengalu-alukan semua ahli baru yang telah menyertai DAP dengan harapan untuk membawa perubahan kepada negara kita yang tercinta. Untuk itu, saya harap anda dapat bersama saya dalam mengucapkan jutaan terima kasih kepada para veteran yang telah begitu banyak berkorban sejak sekian lama dalam perjuangan yang sunyi ini, tidak kira apa sahaja kemungkinan.

Saya tidak akan dapat menyebut nama semua pemimpin dan ahli yang tidak mengenal erti lelah, yang semangatnya sentiasa memberi inspirasi kepada kita untuk memastikan bendera Roket berkibar megah di seluruh Malaysia, termasuk di tempat-tempat yang tidak pernah dimenangi sebelum ini. Kongres Parti kali ini memuji sumbangan para veteran terutamanya mereka yang telah menyertai parti selama lebih daripada 35 tahun. Satu tanda mata kecil simbol penghargaan parti akan diberikan kepada mereka sebagai pengiktirafan perkhidmatan dan kesetiaan mereka.

Sebelum tsunami politik pada tahun 2008, sesebuah cawangan DAP biasanya akan terdiri daripada beberapa veteran yang terus meniup api semangat. Ramai daripada mereka bekerja sebagai penjaja, peniaga kecil, bekerja sendiri, peniaga-peniaga kecil, pemilik kecil getah dan kelapa sawit, pemandu lori dan pekerja rencam. Dengan kata lain, mereka adalah rakyat Malaysia biasa. Mereka selalunya hidup bersama-sama seperti keluarga kerana mereka sering menjadi sasaran kepada cemuhan orang kerana keahlian DAP mereka itu. Akibatnya, mereka menjadi lebih dekat dan semakin komited kepada perjuangan parti.

Kini kita mempunyai tapak sokongan yang agak besar dari kalangan komuniti Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah, tidak kira lelaki dan wanita, ramai antaranya yang bersama dengan kita pada hari ini semua untuk melakukan sedikit pertunjukan pendek dan menyanyikan lagu Ubah dalam bahasa Kadazan dan menari Gangnam Style. Saya amat kagum dengan usia dan kualiti ahli-ahli DAP di Sabah, termasuk wanita orang asal. Ahli kita di Sabah akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan bilangan kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum yang akan datang dan saya ingin mengucapakan kepada anda semua “Umohon!”.

DAP kini juga mempunyai banyak ahli baru dari Sarawak, termasuk dari kalangan masyarakat Dayak. Saya amat yakin bahawa kita bukan sahaja boleh menambah baik lagi kerja di dua kerusi parlimen yang kita pegang di negeri tersebut, malah memenangi semua kawasan bandar di Sarawak dan menghantar sekurang-kurangnya satu wakil DAP dari kalangan masyarakat Dayak ke parlimen selepas PRU-13. Dalam sebuah ceramah DAP di Serian, kita berasa kagum dengan bilangan peserta seramai 2,000 di mana 80% daripadanya adalah berketurunan Bidayuh, penyertaan yang terbesar dari kalangan orang asal dalam sejarah DAP. Saya ingin memuji pencapaian baik Majlis Perundingan Dayak dan DAP Sarawak dalam mengetengahkan dan membawa kepada ke hadapan isu-isu yang penting kepada Sarawak dan masyarakat Dayak. Kepada saudara Iban kita, marilah kita Ngap Sayot!

Di Johor, kita telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Kita sudah dapat merasa angin perubahan bertiup setiap kali melawat negeri itu dan saya yakin bahawa kita akan mempertingkatkan prestasi di satu kawasan parlimen dan empat DUN yang kita menangi pada tahun 2008.

Saya juga berasa terdorong dengan pembentukan jawatankuasa negeri Perlis yang pertama di bawah Sdr Teh Seng Chuan. Walaupun Perlis adalah sebuah negeri kecil, DAP mempunyai peranan yang penting untuk dimainkan di negeri itu jika Pakatan Rakyat menang di Perlis.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Wanita DAP yang telah mengadakan pilihan raya sulung mereka pada minggu lepas, dan saya yakin bahawa sayap Wanita tersebut akan terus berkembang maju di bawah kepimpinan baru yang diketuai oleh Sdri Chong Eng. Saya juga ingin memuji DAPSY atas pertandingan matang dalam kongres kebangsaan mereka yang diadakan bersama dengan Wanita DAP. Kepimpinan DAPSY yang baru di bawah Sdr Teo Kok Seong pasti akan memberi inspirasi kepada anak muda kita untuk menggapai lebih tinggi.

Saya juga ingin menarik perhatian kepada pindaan yang dibuat kepada perlembagaan DAPSY oleh bekas ketuanya Sdr Anthony Loke yang telah menurunkan had umur ahli daripada 40 tahun kepada 35, yang bakal memastikan sayap pemuda akan diketuai oleh pemimpin muda, dan bukan pemimpin berusia yang menyangkakan bahawa mereka masih muda. Ini menjadikan DAPSY antara organisasi belia dengan had umur terendah di negara ini, dan menjadikan DAP parti anak muda bagi menangani hakikat bahawa 72 peratus daripada rakyat Malaysia berusia di bawah 40 tahun manakala 48 peratus adalah di bawah 25 tahun.

Sambil kita merenung masa depan parti, sambil angka keahlian kita semakin bertumbuh, dan sambil kita melihat ke dalam prospek mendapat kuasa di peringkat nasional dalam gabungan Pakatan Rakyat, saya mahu kita semua untuk beringat: bahawa bukan bilangan ahli, dan bukan kekuatan kuasa mahupun wang yang diambil kira dalam politik. Itu boleh menjadi elemen penting dalam politik Barisan Nasional. Tetapi dalam politik DAP, sebenarnya prinsip kita, ide kita, dan cita-cita kita menjadi ukuran. Ingat – kompas moral kita lah yang mentakrifkan dan membezakan DAP daripada parti-parti Barisan Nasional.

Saya boleh mengaku dengan bangga bahawa dalam tahun-tahun saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak ada anggota parti yang pernah meminta layanan khas atau kontrak daripada saya. Tidak seperti BN, ahli-ahli DAP menyumbang tanpa memikirkan diri sendiri kerana kita percaya dengan parti DAP yang boleh membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.

Itulah perbezaan asas antara kita dan mereka. Kita bersedia untuk berkorban untuk apa yang kita percaya. Malah, ramai di antara kita telah teraniaya kerana apa yang kita percaya termasuk Sdr. Teoh Beng Hock yang meninggal dunia semasa berkhidmat untuk parti dan rakyat. Sama ada parti menang satu kerusi atau 100 kerusi, kita sentiasa bersedia untuk berjuang bagi memastikan bahawa rakyat biasa boleh mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik daripada kerajaan yang mereka pilih.

Keadaan Parti

Sebelum pilihan raya umum 2008, DAP sentiasa tewas dengan politik kaum dan agama kepada BN. UMNO mengunjurkan satu bentuk perkauman dan eksklusiviti agama melampau yang menenggelamkan pandangan-pandangan rasional yang menyokong dasar-dasar unggul DAP. MCA, MIC, SUPP dan Gerakan mengikut rentak perkauman dan politik ketakutan melampau yang sama dalam mendapatkan sokongan bukan Melayu dengan satu putar belit – bahawa mesti ada beberapa perwakilan bukan Melayu jika tidak golongan Melayu yang sudah terpinggir akan terus ketinggalan dan terbiar.

Permainan berubah dalam pilihan raya umum 2008 apabila rakyat menyedari bahawa mereka telah ditipu dan dirompak. Sifat perkauman dan ekstremisme UMNO adalah topeng untuk menghalalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Melayu tiba-tiba menyedari bahawa bukanlah orang bukan Melayu yang telah merompak mereka tetapi sebenarnya pemimpin UMNO. Daripada saham RM54 bilion yang diberikan, tidak ada Melayu biasa yang memiliki satu bahagian pun, malah semuanya dimonopoli oleh pemimpin UMNO. Sehingga kini hanya RM2 bilion saham bumi kekal dan tiada perakaunan penuh untuk kehilangan RM52 bilion skandal saham tersebut.

Rakyat bukan Melayu juga turut menyedari bahawa perwakilan bukan Melayu dalam kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk mereka kecuali untuk memperkayakan diri sendiri. Jika orang bukan Melayu mahu mendapatkan transaksi perniagaan, adalah lebih berkesan untuk mendapatkan bantuan kroni UMNO. Sama ada MCA, MIC, Gerakan atau SUPP berada dalam Kabinet adalah tidak relevan. Pihak-pihak ini juga tidak akan menyerahkan jawatan Menteri, lihat sahaja SUPP yang masih berpaut kepada jawatan Menterinya walaupun berjanji untuk meninggalkan kabinet negeri Sarawak.

Tanpa mengira mehnah dan tribulasi, DAP tidak pernah berputus asa. Kita telah menerima ganjaran dalam pilihan raya umum 2008 apabila DAP membantu untuk membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan bersama Pakatan Rakyat. Kita telah berjaya untuk mencapai perkara-perkara berikut:

a. Keterangkuman gender yang lebih besar. DAP menurunkan 19 calon wanita di seluruh negara, 14 daripada mereka telah terpilih.
b. Keterangkuman multi-etnik lebih besar. Hampir tiga puluh peratus daripada calon-calon kita adalah berketurunan India dan 7 daripada mereka telah dipilih sebagai Ahli Parlimen dan 12 lagi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Kepada mereka yang berniat jahat menggambarkan DAP sebagai parti mono-etnik, kita mahu memberitahu mereka bahawa DAP mempunyai lebih wakil rakyat etnik India berbanding MIC.
c. Generasi baru. Satu pertiga calon DAP berumur 30 tahun ke bawah. Dari kalangan wakil rakyat kita, lebih satu pertiga berusia bawah 40 tahun apabila mereka dipilih pada tahun 2008.
d. Memperluas tarikan DAP. Anggaran menunjukkan bahawa calon-calon kita telah mendapat undian purata 20 peratus lebih tinggi bagi undi Melayu di pusat-pusat bandar.
Melangkah ke hadapan, DAP berhasrat untuk dikenali bagi yang berikut:

a. Sebuah parti yang benar-benar Malaysia yang mempunyai kehadiran yang ketara di setiap negeri Malaysia;
b. Dalam tempoh empat tahun sejak kongres ke-15, kita telah membuat kemajuan yang signifikan di Sabah di mana ramai yang menyertai DAP dari kalangan etnik Kadazan Dusun Murut serta Dayak di Sarawak.
c. Meskipun DAP bangga untuk dilihat sebagai parti pilihan semula jadi keturunan India untuk disertai dan diundi, kita juga mahu dikenali sebagai parti yang menarik bagi orang Melayu, terutama Melayu bandar, untuk ikut serta dan mengundi. Dengan pertubuhan Roketkini.com, portal berita harian DAP dalam Bahasa Malaysia, dan Sekolah Demokrasi, sebuah program pendidikan politik dalam Bahasa Malaysia, serta menarik pemikir Melayu untuk menyertai barisan kita, kemajuan dalam sektor ini sedang berkembang pesat.
d. Parti yang mempunyai ide-ide yang terbaik – kita bercita-cita untuk menjadi parti pilihan untuk semua rakyat Malaysia dengan memimpin melalui tauladan. Sebagai contoh, DAP berhasrat untuk menjadi parti hijau pertama di Malaysia, Pulau Pinang adalah negeri hijau yang pertama dengan kempen menolak beg plastik dan kadar kitar semula sebanyak 26% pada tahun 2012 di kala sasaran nasional adalah 20% menjelang tahun 2020.
e. Parti yang mesra anak muda dan memperjuangkan hak wanita – untuk menjadi parti pilihan wanita dan anak muda berdasarkan keyakinan kita dalam memajukan kesaksamaan gender dan pemberdayaan anak muda.
f. Parti yang bersekutu dengan pasukan progresif – antara Kongres ke 15 dan kongres ini, masyarakat sivil Malaysia telah berubah dengan ketara, terutamanya dengan usaha mobilisasi gergasi untuk perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 dan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, serta perhimpunan anti-Lynas pada 26 Februari 2012 dan Langkah Lestari pada 25 November 2012, antara banyak perhimpunan yang lain. Kita menyokong kepentingan masyarakat sivil sebagai tunggak demokrasi yang matang dan bersedia untuk menjadi rakan kongsi yang konstruktif.
Dari segi wakil rakyat, parti kini mempunyai

a. 28 Ahli Parlimen pada tahun 2008, Sdr. Wong Ho Leng menyertai kaukus parlimen DAP selepas kemenangan bersejarah dan menakjubkan di Sibu dalam pilihan raya kecilnya pada 16 Mei 2010.
b. Seorang ADUN di Sabah dan 70 ADUN di negeri-negeri Semenanjung, selepas ADUN Jelapang dan Malim Nawar meninggalkan parti, menyebabkan kejatuhan Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009.
c. 12 ADUN dipilih dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 16 April 2011, menambahkan bilangan wakil DAP dua kali ganda berbanding enam yang terpilih dalam Pilihanraya Negeri 2006.
d. Seorang Ketua Menteri dan 7 Ahli Exco dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta 3 Ahli Exco dari Kerajaan Negeri Selangor, serta Speaker Dewan Negeri Selangor.
e. Dua orang Senator, iaitu Sdr. Dr Ariffin Omar (Pulau Pinang, sejak Mei 2012) dan Sdr. Chandra Mohan (Selangor, sejak Disember 2012).
DAP berasa bangga dengan pertumbuhan dan perkembangan yang telah berjalan dengan kerjasama penuh para pemimpin dan ahli-ahli kita serta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat PKR dan PAS. Kita telah terbukti menjadi rakan yang setia dan tulus kepada PAS dan PKR. DAP berharap bahawa kesetiaan kita ini diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum yang akan datang, kita menyasarkan untuk 3 tambahan kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak sedang mengendalikan rundingan kerusi mereka sendiri.

Walau bagaimanapun kejayaan dalam perkembangan parti tidak akan bermakna apa-apa jika kita tidak bersatu. Negara sedang memerhatikan kita yang berani untuk mengadakan pemilihan parti sebelum berlangsungnya pilihan raya umum. Marilah kita membuktikan kepada negara bahawa selepas pemilihan parti, menang atau kalah, pemimpin dan ahli-ahli DAP mesti kekal bersatu dengan satu fikiran, satu jiwa, satu semangat dan satu pasukan untuk membantu Pakatan Rakyat mengalahkan BN.

Prestasi Kerajaan Negeri

BN mendakwa bahawa Malaysia akan bankrap jika PR mendapat kuasa. Prestasi cemerlang kita melalui lebihan belanjawan yang mencatat rekod dan pengurangan hutang di negeri-negeri PR yang dipuji oleh Laporan Ketua Audit Negara adalah jawapan yang terbaik.

DAP boleh turut bangga dengan rekod dalam kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor yang mendahului carta pelaburan di Malaysia dengan nilai gabungan RM50 bilion antara tahun 2009-11, bersamaan dengan 36% atau lebih daripada satu pertiga daripada jumlah pelaburan di seluruh negara semasa tempoh ini.

DAP juga boleh berbangga dengan hakikat bahawa kedua-dua kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor telah memperkenalkan reformasi undang-undang yang penting serta langkah-langkah urus tadbir; seperti Akta Kebebasan Maklumat yang membolehkan akses lebih luas kepada dokumen kerajaan negeri. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang giat mencari jalan untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan dengan meluluskan Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang bersejarah, manakala kerajaan negeri Selangor telah bereksperimen dengan mengadakan pilihan raya untuk jawatan ‘Ketua kampung’ di tiga kampung baru Cina. Pulau Pinang baru-baru juga ini telah memperkenalkan rang undang-undang pindaan perlembagaan anti lompat parti untuk mencegah perdagangan wakil-wakil rakyat dan Selangor menjadi badan perundangan negeri pertama untuk menamakan wakil pembangkang BN negeri sebagai ketua Jawatankuasa Kira-kira Awam.

Pulau Pinang adalah bandar yang paling sesuai didiami di Malaysia sejak 2011 dan baru-baru ini berjaya menarik pembangunan dua Pusat Pameran dan Konvensyen dan sebuah taman tema buat pertama kalinya dalam tempoh 50 tahun. Kedua-dua Pulau Pinang dan Selangor turut melabur dalam membina rumah mampu milik, dengan dana Pulau Pinang sebanyak RM500 juta digunakan untuk melibatkan HDB Singapura untuk membina perumahan mampu milik terbaik yang ada di Singapura supaya turut disediakan di Pulau Pinang.

Jelas Pakatan Rakyat boleh mentadbir dengan baik dan layak untuk menang dan memerintah Malaysia.

Pakatan Rakyat

Cabaran tiga serangkai kita adalah, pertama, untuk memastikan Pakatan Rakyat utuh di tengah-tengah demikian banyak cubaan untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat, dua, untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dan, ketiga, untuk melahirkan sebuah negara Malaysia yang baru apabila Pakatan Rakyat memenangi kuasa di peringkat persekutuan. Kegagalan pada setiap cabaran bermakna Malaysia kekal pada takat yang sama, jika tidak memburuk lagi.

Mandat yang sedang dicari oleh DAP daripada pengundi Malaysia adalah untuk berkhidmat sebagai rakan kongsi gabungan yang bertanggungjawab dalam kerajaan bersama-sama dengan Parti KEADILAN Rakyat dan Parti Islam SeMalaysia dalam rangka kerja Pakatan Rakyat untuk merealisasikan agenda bersama yang ditetapkan dalam Common Policy Framewok dan Buku Jingga.

Kita menyeru kepada semua pemimpin, ahli dan penyokong DAP, PKR dan PAS untuk memberi tumpuan bagi memenangi warga pertengahan Malaysia (Middle Malaysia) dan menjuarai agenda bersama Pakatan Rakyat untuk Malaysia baru. Pakatan Rakyat mesti memenangi majoriti 2.9 juta pengundi kali pertama serta pengundi atas pagar yang lain. Tanpa memenangi 4 juta pengundi jalan tengah, tidak akan ada Kerajaan Persekutuan baru pimpinan Pakatan Rakyat.

Hampir 3 tahun yang lalu dalam Persidangan Kebangsaan DAP di Ipoh pada 17 Januari 2010, saya telah membincangkan konsep “Jalan Tengah Malaysia”. Persidangan Kebangsaan tersebut telah diadakan ketika memuncaknya kontroversi ke atas penggunaan kalimah “Allah” oleh orang bukan Islam yang telah dieksploitasi oleh kumpulan-kumpulan pelampau dengan tujuan memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Saya gembira bahawa Pakatan Rakyat bukan hanya bertahan tetapi terus berjuang. Sekarang MCA sedang cuba untuk menggambarkan PAS sebagai parti yang mengenakan undang-undang Islam ke atas bukan Islam seperti berkhalwat, yang pastinya tidak benar. Tentang isu salun rambut, itu adalah satu masalah pentadbiran yang sedang diselesaikan. DAP berharap bahawa saman yang dikenakan ke atas pengendali salun rambut wanita yang memotong rambut lelaki bukan-Islam akan dibatalkan bagi membuktikan bahawa PAS dapat memberi keadilan kepada bukan Islam.

DAP mempertahankan Islam apabila MCA menyerang Islam dengan cuba mengaitkannya dengan rasuah dan kemiskinan. DAP mempertahankan Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Tok Guru Nik Aziz terhadap pembohongan oleh MCA kononnya beliau merelakan lelaki Islam untuk merogol wanita bukan Islam. UMNO, New Straits Times dan Utusan Malaysia terus melabelkan DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu walaupun sebenarnya MCA lah yang memperkecilkan calon wanita PAS di pilihan raya kecil DUN Tenang kerana enggan berjabat tangan dengan lelaki.

Apabila kerajaan negeri Pulau Pinang menambah peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 300% di negeri ini, pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow secara terbuka menuduh kerajaan negeri cuba menjalankan Islamisasi secara besar-besaran sedangkan ini sebenarnya adalah berdasarkan keperluan dan akibat dari pengabaian oleh kerajaan negeri sebelumnya. Mengapa pula Teng tidak anti-Islam apabila Teng membiarkan MCA mempersoal kenapa kerajaan negeri memperoleh tanah milik Cina untuk dibuat tanah perkuburan Islam apabila jelas sekali lagi ini adalah berdasarkan keperluan? Ini serupa sahaja dengan UMNO yang mempersoalkan penambahan peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina, Tamil, sekolah mubaligh, perletakan papan tanda jalan dwibahasa serta penubuhan portfolio EXCO Hal Ehwal bukan Islam. Adakah Utusan berani untuk menuduh Gerakan sebagai anti-Islam?

DAP tidak akan mengambil pendirian melampau seperti BN. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa hanya ada satu jalan tengah dalam politik Malaysia, dan ia adalah jalan tengah yang penting. Jalan Tengah Malaysia lah yang akan memutuskan gabungan mana yang akan mentadbir seterusnya. Untuk ‘mengimani’ Jalan Tengah Malaysia, Pakatan Rakyat mestilah dilihat sebagai sederhana dan inklusif, menjarak dan membezakan diri kita dari lawan kita yang eksklusif, rasis dan pelampau.

Dalam konteks ini, adalah penting untuk diperhatikan bahawa Deklarasi Shah Alam yang disepakati di Persidangan Kebangsaan tersebut antara lain menyebut:

a. Untuk mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan raja berperlembagaan bagi negeri-negeri; dan komited untuk mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini dan menghormatinya sesuai dengan semangat Perlembagaan Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.
b. Untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di samping melindungi hak-hak kaum lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
c. Untuk melindungi kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sambil memelihara kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan secara aman dan harmoni, seperti yang termaktub dalam Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
d. Untuk memuliakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, di samping menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa Inggeris dan lidah ibu dalam usaha untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang cemerlang melalui kepelbagaian bahasa.
e. Untuk mengiktiraf semangat perkongsian samarata yang wujud dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak.
Pusingan Penentu

Kita sedang berhadapan dengan kiraan akhir 100 hari menuju Pilihan Raya Umum ke-13. Sama ada kita mengucapkan selamat tinggal kepada ‘Ancien Ragime’ Malaysia, kerajaan paling lama berkhidmat di dunia; atau kita membiarkan BN untuk terus merompak masa depan anak-anak kita pula, sepertimana mereka telah mencuri masa depan kita dahulu.

Misi kita bukan sahaja untuk mengalahkan BN yang korup tetapi juga UMNO yang mengamalkan politik perkauman melampau, MCA yang tidak bermoral dan tidak beretika, Gerakan yang tidak mempunyai apa-apa keberanian atau pun pendirian, dan MIC yang tidak mempunyai arah tuju dan hanya memimpin dari belakang. Misi kita adalah untuk mendemokrasikan sistem politik dan untuk mencipta keteraturan ekonomi yang berkhidmat untuk rakyat biasa.

Pendemokrasian

Misi yang paling penting dalam Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat yang baru dengan DAP sebagai rakan kongsi gabungan adalah untuk melaksanakan pendemokrasian penuh semua aspek kehidupan rakyat Malaysia untuk sebuah negara Malaysia yang bersatu:

a. Pendemokrasian hendaklah mengambil tempat di dalam, tetapi tidak terhad kepada proses politik, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, pihak polis, kerajaan tempatan, proses maklumat, susunan ekonomi, kehidupan berbudaya dan pendidikan. DAP mengulangi seruan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan pelaksanaan penuh 125 cadangan Laporan Suruhanjaya DiRaja untuk Penambahbaikan Polis, 2005.
b. Mengambil maklum bahawa pilihan raya yang bersih, bebas dan adil adalah keperluan yang paling penting dalam sebuah negara demokrasi dan mengisytiharkan sokongan penuh ke atas permintaan yang dinyatakan oleh Gabungan BERSIH untuk Pilihanraya Bersih dan Adil; dan mengulangi bahawa tiada warga asing harus diberikan hak untuk mengundi, terutama berkait isu imigresen di Sabah.
c. Memperbaharui seruan ke arah pengamalan federalisme sebenar serta pembahagian kuasa dan sumber kepada kerajaan negeri, termasuk royalti petroleum yang lebih tinggi untuk negeri penghasil minyak iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang; dan menyeru kepada pemilihan kerajaan secara demokratik bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ekonomi Setiakawan

Pendemokrasian perlu juga dilaksanakan dalam ekonomi. Sebuah ekonomi yang inklusif dan terbina atas prinsip-prinsip setiakawan mencipta peluang bagi mereka yang bekerja keras untuk mempunyai kualiti hidup yang baik, keluarga mereka dapat hidup dengan maruah dan yang lemah dapat dijaga supaya tiada sesiapa pun yang ketinggalan.

Melihat kepada keadaan ekonomi Malaysia, kita harus menyedari kewujudan percanggahan berikut:

a. Bahawa Malaysia mencapai status negara berpendapatan sederhana pada tahun 1992 dan telah tersekat dalam perangkap pendapatan tersebut untuk 20 tahun yang lalu.
b. Pekali Gini Malaysia menunjukkan bahawa ia adalah masyarakat yang kedua paling tidak saksama di Asia. 60 peratus daripada penduduk hidup dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak lebih daripada RM3000, anda boleh bayangkan bahawa 60 peratus keluarga di negara ini layak untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia? Tidakkah Barisan Nasional melihat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dan perlu diperbetulkan dengan pembaharuan dasar yang lebih meluas dan bukan hanya dengan pemberian RM500?
c. Menurut laporan Bank Dunia, sekitar sejuta rakyat Malaysia – kebanyakannya berkemahiran dan berpendidikan tinggi – telah meninggalkan Malaysia dan bekerja di luar negara, manakala sebagai ganti, Malaysia menjadi negara tuan rumah untuk 1.5 juta buruh asing yang didokumenkan dan ramai lagi pekerja asing tanpa izin.
d. Tambahan kepada itu, negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang juga adalah antara negeri termiskin.
Adalah penting bagi sebuah Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat yang baru dengan DAP sebagai rakan kongsi gabungan untuk memperjuangkan falsafah ekonomi yang bukan sekadar berkhidmat untuk kroni tetapi bersolidariti untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berkongsi. Pendirian kita adalah berdasarkan ekonomi yang manusiawi dan berasaskan prinsip solidariti:

a. Mengiktiraf rasuah sebagai halangan yang paling penting bagi ekonomi Malaysia untuk bergerak ke tahap seterusnya; untuk menghapuskan budaya rasuah yang berleluasa di Malaysia yang ditadbir BN dengan melaksanakan 6 langkah integriti dan menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bebas sepenuhnya dengan diberikan kuasa pendakwaan. 6 langkah-langkah integriti membanteras rasuah adalah:
Memulakan pengisytiharan harta Ketua Menteri dan ahli-ahli EXCO.
Melaksanakan tender terbuka yang telah memberi penjimatan dan membantu kita mengumpul sekurang-kurangnya RM 1 bilion sepanjang 5 tahun lalu di Pulau Pinang.
Menghalang ahli keluarga daripada terlibat dengan kontrak kerajaan.
Melindungi pemberi maklumat tulen.
Menolak pemimpin dengan gaya hidup mewah.
Telus mengenai sumbangan politik.
Di bawah Pakatan Rakyat, Malaysia akan berada di 30 kedudukan teratas (berbanding kepada No 54 pada 2012) dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International menjelang akhir penggal pertama kami.
b. Menyokong dasar ekonomi bersama Pakatan Rakyat yang digariskan dalam Common Policy Platform, Buku Jingga dan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat, yang memberi tumpuan kepada meningkatkan pendapatan isi rumah 60 peratus terendah bagi merangsang permintaan domestik dan seterusnya ekonomi negara secara keseluruhannya.
c. Dasar utama termasuk dasar gaji minimum, mengurangkan kemasukan pekerja asing tidak mahir; pemansuhan monopoli dan kronisme; ketelusan; pemansuhan tol Lebuhraya Utara-selatan dan peruntukan lebih baik untuk perkhidmatan kerajaan yang penting (kesihatan awam, perumahan awam, pengangkutan awam, pendidikan, utiliti dan infrastruktur).
d. Menyokong rangka kerja Agenda Ekonomi Saksama kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan, merapatkan jurang kekayaan dan jurang pendapatan, menghentikan rasuah, kronisme dan nepotisme, dan menyediakan peluang sama rata, serta benar-benar membantu mereka yang paling lemah dalam masyarakat. Jika Pulau Pinang dapat membasmikan kemiskinan menjelang 2013, 5 tahun selepas mengambil kuasa, mengapa BN tidak boleh berbuat demikian selepas 55 tahun berkuasa?
e. Menyeru sokongan yang lebih besar untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan industri kecil dan sederhana (IKS) melalui sokongan untuk akses pasaran, geran penyelidikan dan pembangunan, pengecualian cukai, geran dan bantuan kepada industri untuk menaik taraf dari segi teknologi dan kemahiran; dan untuk menjalankan rombakan penuh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menamatkan serbuan cukai yang agresif terhadap PKS dan IKS.
f. Menamatkan pengagihan hasil minyak yang tidak adil dengan meningkatkan royalti pengeluaran minyak dari 5% sekarang kepada 20%, yang akan membantu dalam menaik taraf dan membina infrastruktur baru di Sabah dan Sarawak. Menghentikan rampasan tanah di Sabah dan Sarawak bagi memastikan bahawa penduduk asal mengekalkan hak-hak adat mereka ke atas tanah nenek moyang mereka. Memastikan adanya usaha besar-besaran untuk membantu masyarakat miskin di Sabah dan Sarawak termasuk membasmi kemiskinan menjelang akhir penggal pertama kami. Dan untuk menuntut berakhirnya dasar kabotaj di Sabah dan Sarawak yang menjadi salah satu punca harga tinggi bagi barang pengguna.
Janji Dimungkiri

Menghentikan kejatuhan dalam standard pendidikan adalah penting jika Malaysia ingin berjaya dalam mengubah dirinya menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, bernilai tambah dan berekonomi maju. Laporan Trends in International Math and Science Study (TIMSS) 2011 yang baru sahaja dikeluarkan, menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh dari tangga 20 hingga ke 26 dalam Matematik dan dari tangga 21 hingga ke 32 dalam Sains. Skor purata matematik jatuh sebanyak 34 mata daripada 474 pada tahun 2007 kepada 440 pada tahun 2011. Skor purata sains jatuh lebih 45 mata, dari 471 pada tahun 2007 kepada 426 pada tahun 2011. Keputusan diringkaskan dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Kejatuhan dalam kedudukan TIMMs Malaysia dan Skor purata dalam Sains dan Matematik, 2007-2011

Pun begitu Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berani untuk mendakwa bahawa kita mempunyai sistem pendidikan yang lebih baik daripada Amerika Syarikat, UK dan Jerman! Kedudukan Malaysia dalam Matematik jatuh dari tangga ke 20 pada tahun 2007 kepada 26 pada tahun 2011 manakala kedudukan Sains jatuh dengan margin yang lebih besar, dari 21 pada tahun 2007 kepada 32 pada tahun 2011. Purata skor Matematik jatuh dari 474 pada tahun 2007 kepada 440 dan skor Sains purata jatuh pada tahap yang lebih besar daripada 471 pada tahun 2007 kepada 426 pada tahun 2011. Sebaliknya, AS dan UK telah menduduki tempat ke-9 dan ke-10 dengan skor Matematik purata 509 dan 507 masing-masing, jauh lebih awal ke hadapan berbanding Malaysia.

Janji Tan Sri Muhyiddin untuk meningkatkan taraf pendidikan kita masih belum tercapai. Keputusan TIMSS 2011 terbaru hanya mengesahkan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) tahun 2009 bahawa pelajar-pelajar kita terkebelakang 3 tahun berbanding standard antarabangsa dan separuh daripada pelajar-pelajar kita tidak mempunyai kebolehan dan penguasaan dalam ilmu sains dan matematik. Agar Malaysia berjaya berubah memasuki ekonomi maju, pra-syaratnya adalah asas yang kukuh dalam sains dan teknologi.

Satu lagi janji yang tidak kesampaian adalah janji BN bahawa lesen bagi loji nadir bumi Lynas akan dibatalkan jika Lynas gagal untuk menghantar keluar atau mengeksport sisa toksik mereka. BN kini mempunyai alasan yang baik untuk menutup loji nadir bumi tanpa membayar satu sen pun pampasan kerana Lynas telah melanggar syarat asas. Dengan kegagalan untuk memenuhi janji mereka untuk menutup kilang tersebut, BN telah menunjukkan bahawa mereka bersedia menggadaikan kesihatan dan keselamatan anak-anak kita dalam rangka mengejar keuntungan secara menggila tanpa mengira kos.

Satu lagi janji yang tidak tercapai adalah untuk menyelesaikan masalah yang sudah berzaman iaitu rakyat Malaysia yang tidak berkerakyatan, kebanyakannya dari kalangan masyarakat India. Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menerima pakai pendekatan yang praktikal untuk melantik 5 pegawai pendaftaran berpengalaman untuk membantu pemohon mengisi borang mereka. Penghormatan bagi kaum India ini dicerminkan bukan sahaja dengan peruntukan tahunan kepada sekolah Tamil tetapi juga dana untuk menubuhkan tadika di sana, pembukaan bangunan kerajaan pertama yang diberikan kepada Hindu Endowment Board, peruntukan tahunan RM1 juta kepada Hindu Endowment Board, pemberian tanah untuk kuil Hindu dan sekolah-sekolah Tamil, dan siapnya Kuil Murugan terbesar di luar India di Kuil Waterfall selepas 10 tahun.

Penutup

Kami yakin dengan Malaysia kerana keberanian yang anda, ahli-ahli DAP paparkan, komited kepada nilai terbaik yang memaparkan Malaysia – satu bangsa bersatu dalam kebebasan, keadilan, demokrasi, kebenaran dan kebajikan kepada rakyatnya. Ini adalah nilai-nilai yang kita perjuangkan, dengan ujian yang paling getir pun masih tabah bukan hanya apabila ketika senang, tetapi juga ketika susah.

Jalan menuju ke Putrajaya akan menjadi lebih sukar kerana BN dan UMNO akan memastikan berlangsungnya pilihan raya paling tercemar dalam sejarah Malaysia dengan bergantung kepada pembohongan, ketakutan dan ancaman untuk menang dengan dengan apa cara sekalipun. Sehingga kini, Perdana Menteri masih enggan menerima peralihan kuasa secara aman sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum akan datang.

DAP bertujuan mencari permulaan baru bagi Malaysia berdasarkan kepercayaan dan menghubungkan antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia atas prinsip-prinsip sejagat tentang keadilan dan kemajuan, toleransi dan maruah semua manusia. Dan yang paling penting untuk berkongsi masa depan kita bersama-sama dengan berkongsi aspirasi sejagat – untuk hidup di dalam keamanan dan keselamatan; untuk mendapatkan pendidikan dan pekerjaan dengan bermaruah; untuk mengasihi keluarga kita, komuniti kita, dan Tuhan kita.

Saya tahu terdapat banyak – yang Islam dan bukan Islam – yang mempersoalkan sama ada kita mampu menjalin permulaan baru ini. Dalam usaha mereka untuk kekal berkuasa, BN telah mengeksploitasi kaum dan agama sejak 55 tahun yang lalu dengan menarik kita kepada sentimen terburuk dalam diri kita dan bukannya merayu ke arah nilai kebaikan terbaik dalam perwatakan nasional kita. Terdapat banyak ketakutan dan ketidakpercayaan terhadap satu sama lain seperti juga halnya terhadap perubahan. Tetapi jika kita memilih untuk terikat dengan masa lalu, kita tidak akan boleh maju kehadapan.

Kita memang mempunyai perbezaan dalam agama, budaya dan latar belakang kaum. Namun, jika kita membenarkan hubungan kita ditakrifkan dengan perbezaan, kita akan memberi kuasa kepada orang-orang yang menyemai kebencian dan bukannya keamanan, yang menjadikan kita lebih kecil dan bukannya membantu kita menggapai bintang-bintang, dan yang menggalakkan konflik bukan kerjasama yang boleh membantu semua orang untuk mencapai keadilan dan kemakmuran. Kita mesti menghormati perbezaan kita sebagai hadiah yang dicipta oleh Tuhan untuk membenarkan perpaduan dalam kepelbagaian.

DAP percaya bahawa semua orang mahukan keupayaan untuk bersuara dan mempunyai pendapat dalam tatacara bagaimana anda ditadbir; keyakinan dalam kedaulatan undang-undang dan pentadbiran keadilan yang saksama; kerajaan yang telus dan tidak mencuri dari rakyat. Kerajaan yang melindungi hak-hak ini adalah berteraskan rakyat, mentadbir dengan hormat kepada sekalian rakyat mereka. Kita tidak percaya dengan kerajaan “anda bantu saya, saya bantu anda”, yang hanya melaksanakan projek-projek apabila sokongan diberikan. Sebaliknya, DAP percaya dalam kerajaan yang membantu rakyat sepanjang masa tanpa mengira sama ada sokongan diberikan atau tidak yang menjadi kewajipan asas mereka sebagai kerajaan yang demokratik.

Sebuah kerajaan yang mesra rakyat mensyaratkan bahawa kuasa mesti dilaksanakan melalui konsensus, bukan paksaan; melalui integriti dan rasuah; anda mesti menghormati hak minoriti, dan mengambil bahagian dengan semangat toleransi dan kompromi; anda mesti mengutamakan pendidikan, perumahan dan kesihatan berbanding menara 100 tingkat atau reaktor nuklear; golongan belia dan wanita mesti dihormati dengan memberikan mereka kuasa membuat keputusan dan membasmi kemiskinan adalah lebih penting daripada menjadi destinasi membeli-belah terkemuka di dunia.

Inilah masanya. Ini kali lah. Marilah kita semua yakin dengan kuasa perubahan. Jika kita berani untuk mencipta sejarah dan perubahan untuk kali pertama dalam 55 tahun, kegemilangan untuk setiap daripada satu anda menanti kita.

Pilihanraya umum yang akan datang bukanlah mengenai nasib parti politik. Ia adalah tentang nasib negara. Ia bukan tentang pemimpin yang menang atau kalah, ia adalah tentang anda, sama ada anda mempunyai keberanian untuk berubah kepada pementukan semula Malaysia ke arah era baru dengan mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia Melayu, Dayak, India, Iban dan Cina; lelaki atau perempuan; warga emas atau anak muda untuk berkongsi masa depan yang makmur milik kita bersama.

Sebuah Malaysia yang bersih, selamat hijau dan sihat. Biarlah perubahan datang ke Malaysia. Perubahan di Tanganmu.

DAP berikrar setiakawan Malaysia
Adil ditegak, rakyat dijaga,
Ubah kerajaan berjiwa rakyat
Yg bersih,hijau, sihat dan selamat

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA.

UBAH POEM

Malaysia sees a new beginning
where the government will
stop stealing our money.

Threatening the rakyat with abusive police powers
Harming the health of newborn babies and
environment with Lynas, nuclear reactors.
All in the mad pursuit of money.

From Bukit Kayu Hitam to Tawau
Corruption haunts us where we work and live.
In DAP, we've fought back with
protests, education, caring, and supporting.

Ordinary Malaysians,
Whistleblowers activists and partners are working
side by side to end this corrupt BN
regime.

And we're winning.
In Penang, Selangor, Kelantan and Kedah
BN has lost,
in many parts of the country,
the grip of BN has loosened,
but the dead hand of cronies still rattle

Believe verily,
The power of change
Not just corruption amongst leaders
but poverty will be wiped out soon

Fear suppress us down
Hope is irrepressible
BN is strong.
But together, we are stronger.

Let a new beginning come
Connecting Malaysians,
sharing our future together.

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Perobohan Kuil Sepang Bukan Lambangkan Dasar Kerajaan Selangor

Posted: 16 Dec 2012 09:30 PM PST

SHAH ALAM 17 DIS : Sejak mengambil alih pemerintahan negeri pada tahun 2008, lebih 20 buah rumah ibadat bukan Islam telah dibina di Selangor.

Kesemua pembinaan rumah ibadat tersebut mendapat kelulusan Kerajaan Negeri dan telah siap dibina serta digunakan tanpa sebarang masalah.

Sehubungan itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr. Xavier Jayakumar menjelaskan isu perobohan kuil di Sepang baru-baru ini bukanlah suatu tindakan yang melambangkan dasar Kerajaan Negeri.

"Sekiranya rumah-rumah ibadat ini didirikan dengan pengetahuan Kerajaan Negeri, saya tidak fikir akan timbul masalah selagi ianya mengikut dasar dan garis panduan yang diberi.

"Namun, jika ianya dibina tanpa pengetahuan kita (Kerajaan Negeri) dan kemudian menghadapi masalah, kita perlukan masa untuk teliti pelbagai aspek bagi sebarang tindakan," jelas beliau yang juga Adun Sri Andalas.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa seramai 30 pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) merobohkan rumah ibadat yang dibina di dalam perkarangan di dalam sebuah rumah di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi.

Tindakan itu dikecam oleh masyarakat Hindu yang berkata pegawai MPSp tidak sepatutnya bertindak demikian.

Dr. Xavier berkata perkara tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri pada minggu hadapan.

"Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mempunyai laporan lengkap yang akan dibentangkan.

"Laporan ini penting untuk kita menilai adakah pelanggaran undang-undang ada berlaku selain kita perlu bersikap adil dalam mengambil keputusan.

"Kita akan teliti dan putuskan samada perlu atau tidak tindakan diambil serta bentuk-bentuk tindakan jika ada," tambahnya lagi.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Selangor Bawa Lebih Seribu Kes Rakyat Tiada KP Ke Putrajaya

Posted: 16 Dec 2012 09:00 PM PST

SHAH ALAM 16 DIS : Exco Kerajaan Negeri, Dr. Xavier Jayakumar dijangka akan menyerahkan lebih seribu kes ketiadaan dokumen pengenalan diri rakyat Selangor ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Selasa ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri sebelum ini menganjurkan program mengesan mereka yang layak mendapat dokumen kewarganegaraan Malaysia tetapi diabaikan KDN dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Ini bukan kes baru dan ia merupakan satu permasalahan yang serius dan tidak patut berlaku setelah negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun.

"Ianya mencabul hak rakyat yang lahir dan telah bergenerasi tinggal di Malaysia malah menyebabkan mereka berisiko tercicir dalam pendidikan.

"Tanpa pendidikan, mereka tidak akan maju dan seterusnya dikhuatiri gagal menaik taraf hidup diri dan keluarga," jelas beliau yang memegang portfolio Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.

Menyedari kepentingan tersebut, beliau menambah, permasalahan dokumen kewarganegaraan itu merupakan antara agenda utama Pakatan Rakyat sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.

"Sekurang-kurangnya terdapat 300,000 kes seumpama ini di seluruh negara.

"Demi masa depan rakyat, kita (Pakatan Rakyat) akan selesaikan masalah ini agar mereka yang berhak juga mendapat peluang sepertimana rakyat Malaysia yang lain," tegasnya lagi.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR di Midlands Convention Centre di Seksyen 7 di sini pagi tadi.

Seramai 312 pelajar daripada 44 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor yang mendapat keputusan 7 A dalam ujian UPSR lalu menerima hadiah berupa sijil dan wang tunai RM 100 setiap seorang.

Dalam majlis sama, Dr. Xavier Jayakumar yang juga Adun Sri Andalas turut berkesempatan menyampaikan sumbangan sebanyak RM 20,000 kepada Persatuan Sivik India bagi menjayakan penganjuran perlawanan bola sepak antara SJKT Selangor.

Sumber: Selangorku

Nuffnang