:: cina islam | 2011 :: |
- Cermin bas Merdeka Rakyat pecah dibaling samseng Umno
- Dirempuh hingga terpelanting 50m
- Bertam PM 307: Pertahan kedaultan Terengganu
- Peranan Dan Tanggungjawab Jawatankuasa Kariah Masjid
- Selangor laksana dasar wanita seminggu selepas tadbir
- Ajal kutip sampah jatuh
- Ombak besar: Penduduk PPRT Pengkalan Atap akan dipindahkan
- Nizar : Bajet sembunyikan perkara yang boleh hasilkan pendapatan kepada kerajaan negeri.
- 20,000 redah becak ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak
- Rakyat T'ganu diajak bersatu pertahan hak
- Sidang ditangguh dan disambung esok.
- Pekerja CIMB berpiket bantah pengurusan adik Najib Razak
- Lima jam tergantung
- MB Perak sedang bentang Bajet Perak tahun 2013
- Tim Muhyiddin Sudah Mula Edar Pelekat Untuk Jatuhkan Najib
- Penempatan haram Israel
- Nik Aziz mahu penceramah Pas guna ayat suci al-Quran
- Tangan jadi bengkak dan hitam
- Pemilihan CEC: Tidak timbul DAP rasis
- Penjawat awam perlu bebas tentukan pendirian politik
- Pakatan Rakyat: Berbeza tetapi bersatu
- ISU POLITIK BANGLADESH: MALAYSIA PERLU MEMBANTAH!
- Berita Norhashimah Mohamad hina polis ditarik balik
- Mapim seru generasi muda belajar dari Arab Spring
Cermin bas Merdeka Rakyat pecah dibaling samseng Umno Posted: 17 Dec 2012 12:12 AM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - TAPAH 17 Dis: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi diserang samseng Umno ketika menuju ke ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak semalam, menyebabkan cermin sisi penumpang di tingkat atas retak dan berlubang. Semasa kejadian, Ketua Umum KEADILAN tidak mengikuti rombongan, sebaliknya hanya lapan kakitangan pejabat parti yang berada dalam bas. Menurut saksi yang juga Setiausaha Pengelola KEADILAN, Raden Shamsul Akmar Raden Shamsuddin, insiden itu berlaku antara 6.30 petang hingga 6.45 petang, selepas bas bergerak melepasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah menuju ke Bandar Seri Iskandar. "Kejadian berlaku ketika bas berada di lebuh raya. Kami sendiri tak sedar. Tiba-tiba ada bunyi kuat di cermin. "Cermin retak dan ada satu lubang kecil. Saya syak mungkin ia dibaling objek dari atas kerana berdasarkan kerosakan, ia bukan dibaling dari bawah dengan kereta atau motosikal. Mungkin dilastik, kerana atas lebuh raya itu ada satu jambatan," katanya ketika dihubungi. Berikutan insiden itu, menurut Raden, Timbalan Ketua Cabang Tapah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Tapah, berkenaan perkara tersebut. "Kita tidak buat laporan polis. Apa pun kita akan perbaiki dan tukar cermin baru. Lagi pun tiada sebarang kecederaan dan kerosakan lain dalam bas. "Tiada apa-apa pun respon dari polis. Mereka hanya berkawal seperti biasa di tapak ceramah dan bas dibiarkan tanpa iringan," ujarnya. keadilandaily/- | ||
Dirempuh hingga terpelanting 50m Posted: 16 Dec 2012 11:52 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - PASIR MAS – Tindakan seorang lelaki menggunakan landasan sebagai jalan pintas untuk ke rumahnya sambil memegang telefon bimbit mengundang padah apabila dia dilanggar kereta api dalam kejadian di Kampung Chenok, Slow Machang di sini petang semalam. Lebih mengharukan, penduduk di kampung berkenaan sempat menjerit ke arah mangsa, Mohd. Zudilman Che Ismail, 34, mengenai bahaya yang menantinya malah kereta api tersebut juga sudah membunyikan siren. Malang sekali pekerja sambilan Telekom Malaysia itu tidak mengendahkannya menyebabkan kereta api tersebut merempuh mangsa sehingga dia terpelanting 50 meter. Mangsa cedera parah di kepala dan badan, meninggal dunia dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa dikatakan cuba melintas landasan itu sebelum dirempuh kereta api yang datang dari arah Pasir Mas ke Tumpat. "Pekerja sambilan Telekom itu cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes diklasifikasikan mati mengejut dan tiada unsur jenayah," katanya ketika dihubungi. Sementara itu, saksi kejadian, Zulkifli Mohamad, 42, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke landasan untuk mengambil anaknya yang bermain di sekitar kawasan di seberang landasan. "Sebelum kejadian, saya melihat mangsa baru sahaja turun dari kereta rakannya, kemudian mahu melintas landasan untuk ke rumahnya sambil memegang telefon bimbit. "Semua penduduk kampung menjerit malah siren kereta api turut berbunyi beberapa kali, namun tiada tanda dia mahu mengelak sebaliknya mangsa meneruskan perjalanan," ujarnya. Tambahnya, sejurus tiba di tengah landasan mangsa dilanggar kereta api dan melambung hampir 50 meter(m) dari lokasi perlanggaran. Kosmo | ||
Bertam PM 307: Pertahan kedaultan Terengganu Posted: 16 Dec 2012 11:42 PM PST Soalan lisan saya di Persidangan Dewan Undangan Neegeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya di jawab oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut. Beliau menyatakan bahawa; "Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu... Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran." Berpandukan jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru di temui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu. Medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang, pada kedalaman air 76 meter. Ahmad Said juga turut mengesahkan bahawa kerajaan negeri ada menulis surat kepada Petronas mengenai status penemuan minyak itu, namun sehingga kini belum lagi menerima jawapan. Namun pendedahan terbuka Menteri Besar Terengganu ini mempunyai implikasi undang-undang dan kedaulatan sesebauh negeri yang bernaung di bawah sistem Persekutuan. Yang paling penting adalah tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang terlebih dahulu mengistiharkan pada 30 Oktober lalu bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti di medan minyak Bertam tersebut. Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014. Pengumuman 'anugerah royalti minyak' oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar. Ia jelas menafikan hak rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu yang berpegang teguh kepada semangat Federalisma dan keluhuran perlembagaan negara. Begitu juga dengan kedudukan Akta Perjanjian Petrolium yang ditandatangani pada tahun 1975 antara kerajaan negeri-negeri dan kerajaan Persekutuan bersama Petronas. Perjanjajian ini jelas menjamin hak royalti sebanyak 5 peratus kepada negeri-negeri yang ditemui hasil minyak dan gas di perairan sempadan negeri masing-masing. Persoalan besar adalah, apakah perjanjian asal diantara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima-pakai lagi? Dan apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri? Isu royalti minyak kepada negeri-negeri mula timbul sebaik sahaja Pas berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke 11 tahun 1999. Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu. Beliau menyatakan bahawa "pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan dan hanya MOU semata-mata'. Jadi dimanakah maruah dan hak negeri Terengganu Darul Iman sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayungkan Tuanku Al-Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud? ni ditambah lagi dengan tindakan 'mengehsankan' royalti minyak Terengganu di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan beragama Islam. Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperolehi itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri. Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun. Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum negeri yang 96 peratus penduduknya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Amat wajar diamati kembali sikap pengasas pertama Petronas, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen. Beliau berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti pertoleum kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain. Beliau dengan tegas menyatakan hak royalti kepada mana-mana negeri termasuk Terengganu dan Kelantan mesti ditunaikan oleh Petronas berpandukan kepada perjanjian asal pada tahun 1975. Isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat. Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti, semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini. Semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain. harakahdaILY/- | ||
Peranan Dan Tanggungjawab Jawatankuasa Kariah Masjid Posted: 16 Dec 2012 11:09 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ : وَأَنَّ ٱلْمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدًا ﴿١٨﴾– سورة الجن : 18اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Saudara Sidang Jumaat Sekalian, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak sedang mengeluarkan watikah pelantikan Jawatankuasa Kariah Masjid seluruh Negeri Perak bagi mengantikan Jawatankuasa Kariah Masjid yang sedia ada. Perlantikan ini pastinya mengundang reaksi yang berbagai daripada segenap lapisan masyarakat. Ada yang amat bergembira kerana namanya atau orang yang disukainya terus disenaraikan untuk dilantik atau menerima perlantikan baru. Ada yang bermuram dan bersedih kerana nama mereka atau orang yang disukainya digugurkan daripada perlantikan. Suasana ini amat jauh bezanya dengan suasana ketika perlantikan Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah Islam yang pertama. Baginda dengan penuh tawadhuk mengatakan : أَيُّهَا الناَّس، إِنِّي قَدْ وُلِّيْتُ عَلَيْكُمْ وَلَسْتُ بِخَيْرِكُمْ، فَإِنْ أَحْسَنْتُ فَأَعِيْنُوْنِيْ، وَإِنْ أَسَأْتُ فَقَوِّمُوْنِيْ، اَلصِّدْقُ أَمَانَةٌ، وَاْلكِذْبُ خِياَنَةٌ، وَالضَّعِيْفُ فِيْكُمْ قَوِيٌ عِنْدِيْ حَتَّى آخِذُ الْحَقَّ لَهُ إِنْ شَاءَ اللهِ، وَالْقَوِيٌّ فِيْكُمْ ضَعِيْفٌ عِنْدِيْ حَتَّى آخِذُ الْحَقَّ مِنْهُ إِنْ شَاءَ اللهُ، لاَ يَدْعُ قَوْمٌ الجِهَادَ فِيْ سَبِيْلِ اللّهِ إِلاَّ ضَرَّبَهُمُ اللهُ بِالذُّلِّ، وَلاَ تَشِيْعَ الْفاَحِشَةَ فِيْ قَوْمٍ قَطٌّ إِلاَّ عَمَّهُمُ اللهُ بِالْبَلاَءِ، أَطِيْعُوْنِيْ ماَ أَطَعْتُ اللهَ وَرَسُوْلَهُ، فَإِذَا عَصَيْتُ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَلاَ طاَعَةَ لِيْ عَلَيْكُمْ Sesungguhnya aku telah dilantik sedangkan aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Maka jika aku berbuat baik maka bantulah aku, namun jika aku berbuat salah maka perbetulkanlah aku. Kebenaran itu adalah amanah sedangkan pendustaan adalah khianat. Golongan yang lemah di sisi kamu adalah kuat di sisiku kerana aku akan memberikan kepada mereka apa yang mereka berhak mendapatkannya dengan izin Allah. Golongan yang kuat di sisi kamu adalah lemah di sisiku kerana aku akan mengambil daripada mereka untuk aku berikan kepada golongan yang berhak mendapatkannya dengan izin Allah. Tidak ada sesuatu puak yang meninggalkan jihad melainkan Allah akan menimpakan kehinaan ke atas mereka. Tidak tersebar kejahatan di kalangan sesuatu puak melainkan Allah akan menimpakan bala ke atas mereka secara menyeluruh. Maka taatilah aku selama mana aku taat kepada Allah dan Rasulnya, dan jika aku menderhakai Allah dan RasulNya maka tidak perlu kamu mentaatiku. Sidang Jumaat Sekelian, Umat Islam hari ini asyik mendakwa bahawa kitalah yang terbaik dan hanya kita yang mampu melaksanakan amanah yang amat berat ini. Malah ada antara kita yang hanya mengunjungi masjid seminggu sekali, tetapi merasakan dialah yang paling layak memimpin atau menganggotai Jawatankuasa Kariah Masjid. Ini adalah lantaran kepimpinan sudah disalahanggap sebagai suatu tasyrif iaitu kemegahan bukan taklif iaitu amanah dan beban. Sidang Jumaat Sekalian, Betapa sukarnya kita membina rumah Allah, namun jauh lebih sukar bagi membuat pengisian dan pengimarahannya. Apalah maknanya bangunan yang tesergam indah jika tiada memberi sebarang makna terhadap ahli kariah. Baik buruk sesebuah masjid dinilai melalui fungsi dan pentadbirnya, bukan berdasarkan bangunan dan perhiasannya yang mahal dan mewah. Dalam surah al-Taubah ayat 107-109 Allah berfirman : وَٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًۢا بَيْنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ مِن قَبْلُ ۚ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَآ إِلَّا ٱلْحُسْنَىٰ ۖ وَٱللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَـٰذِبُونَ ﴿١٠٧﴾ لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا ۚ لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى ٱلتَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا۟ ۚ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُطَّهِّرِينَ ﴿١٠٨﴾ أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَـٰنَهُۥ عَلَىٰ تَقْوَىٰ مِنَ ٱللَّهِ وَرِضْوَٰنٍ خَيْرٌ أَم مَّنْ أَسَّسَ بُنْيَـٰنَهُۥ عَلَىٰ شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَٱنْهَارَ بِهِۦ فِى نَارِ جَهَنَّمَ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ﴿١٠٩﴾ Dan di antara mereka (orang munafik) ada yang membina masjid untuk menimbulkan kemudharatan, kekufuran dan perpecahan (kepada orang yang beriman), sambil menanti orang yang memerangi Allah dan Rasulnya semenjak dahulu. Mereka bersumpah dengan mengatakan bahawa kami tidak menghendaki kecuali kebaikan. Dan Allah menjadi saksi terhadap pembohongan mereka. Dan janganlah kamu bersembahyang di masjid itu selamanya. Sesungguhnya Masjid Quba' yang dibina atas dasar taqwa semenjak permulaan pembinaannya lebih berhak bersembahyang di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri, dan Allah menyukai orang-orang yang bersih. Apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa dan keredhaan Allah itu lebih baik atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi curang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahannam. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Sidang Jumaat Sekalian, Walaupun tidak seberat tugas sebagai Khalifah yang memerintah Negara, namun pesanan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq itu amat wajar dijadikan panduan tatkala menerima sesuatu pelantikan. Setiap kita pasti ada kelemahan dan kesilapan masing-masing maka jangan mendabik dada kononnya kita sudah membuat yang terbaik. Walaupun diakui oleh Rasulullah sebagai manusia yang terbaik di zaman itu, malah dijanjikan syurga oleh Allah kepadanya namun Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq masih meminta agar diperbetulkan kesalahannya dan ketaatan kepadanya hanya diberikan selama mana dia tidak menderhakai Allah dan RasulNya. Muslimin yang dirahmati Allah, Saiyidana Abu Bakar As-Siddiq telah meletakkan satu kayu ukur yang amat jelas sebagai panduan bagi kita melaksanakan tanggungjawab. Benar dalam segala urusan adalah penentu kepada kejayaan kita melaksanakan amanah. Segala bentuk pendustaan adalah merupakan pengkhianatan terhadap tanggungjawab yang diamanahkan. Maka kita wajib melakukan sesuatu yang benar dan tidak melakukan sebarang pendustaan terhadap segala tindakan kita. Jawatankuasa mestilah benar dan segala aktiviti yang dirancang, benar dalam pengurusan kewangan dan benar dalam memastikan agar masjid berfungsi dan berperanan sebagaimana yang dekehendaki oleh Allah. Masjid hendaklah menjadi tongkat kepada golongan yang lemah dan memerlukan di kalangan ahli kariah sebelum mereka mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak. Masjid hendaklah adil dalam memberikan segala bantuan kepada anak kariah yang memerlukan tanpa melihat kepada faktor politik, puak dan keturunan. Masjid tidak seharusnya menjadi badan pengumpul sumber kewangan yang akhirnya hanya menguntungkan pihak bank tanpa digunakan pada urusan yang dibenarkan. Sidang Jumaat Sekalian, Ancaman Saiyidana Abu Bakar As-Siddiq ini amat wajar kita hayati dan bimbangi. Kita akan ditimpa kehinaan jika jihad kita tinggalkan. Kita layak menerima bala jika kejahatan merata di qaryah kita. Maka Ahli Jawatankuasa Qaryah wajib memastikan semangat jihad bersemarak di kalangan semua ahli qaryah yang ada. Ahli Jawatankuasa Qaryah wajib bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras segala kejahatan dan maksiat daripada berlaku di dalam sempadan qaryah kita. Sidang Jumaat Sekelian, Semua tanggungjawab ini hanya mampu dilakukan jika ada ilmu dan ketaqwaan. Kedua-duanya hanya akan kita perolehi dengan menuntut ilmu dan berusaha mengamalkan segala ilmu yang kita pelajari. Kita hendaklah memastikan budaya ilmu menjadi budaya di kalangan ahli qaryah kita. Kita bukan hanya sekadar merancang dan mengatur kelas pengajian malah hendaklah sama-sama menghadirinya. Jika sekiranya pentadbir dan ahli qaryah melaksanakan peranan masing-masing pastinya kita mampu melahirkan masyarakat yang beriman dan bertaqwa yang akan mengecapi keredhaan Allah SWT. Sidang Jumaat Sekalian, Setelah kita menyedari betapa beratnya tugas pengimarahan masjid ini maka marilah kita saling membantu dalam melaksanakannya. Allah menggariskan ciri-ciri orang yang layak melaksanakannya sebagaimana firman Allah dalam surah al-Taubah 17-18 : مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَن يَعْمُرُوا۟ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ شَـٰهِدِينَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِم بِٱلْكُفْرِ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَـٰلُهُمْ وَفِى ٱلنَّارِ هُمْ خَـٰلِدُونَ ﴿١٧﴾ إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا ٱللَّهَ ۖ فَعَسَىٰٓ أُو۟لَـٰٓئِكَ أَن يَكُونُوا۟ مِنَ ٱلْمُهْتَدِينَ ﴿١٨﴾ Ertinya : Tidak layak orang-orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah sedangkan mereka sendiri dapat menyaksikan kekufuran mereka. Mereka itulah orang yang terbatal amalan mereka dan akan kekal di neraka Allah. Hanya yang layak mengimarahkan rumah-rumah Allah adalah mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat serta tidak takut kecuali kepada Allah. Mudah-mudahan mereka akan tergolong dalam golongan yang mendapat petunjuk. Sidang Jumaat Sekalian, Takutlah kita kepada Allah dalam berurusan dengan manusia. Dan Janganlah kita takut kepada manusia ketika melaksanakan urusan dan perintah Allah. Sentiasalah kita mengadu kepada Allah mengenai masalah kita dengan sesama manusia. بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة كدوا اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ : وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ أَن يُذْكَرَ فِيهَا ٱسْمُهُۥ وَسَعَىٰ فِى خَرَابِهَآ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَن يَدْخُلُوهَآ إِلَّا خَآئِفِينَ ۚ لَهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا خِزْىٌ وَلَهُمْ فِى ٱلْءَاخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿١١٤﴾ Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalang nama Allah disebut di dalamnya dan berusaha pula untuk meruntuhkannya, mereka tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid kecuali dengan rasa takut, bagi mereka kehinaan di dunia dan akhirat. - surah al-Baqarah 114. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Di antara peranan dan fungsi masjid yang banyak menimbulkan kontroversi adalah dalam bidang pengajian ilmu fardhu ain. Zaman kebangkitan Islam hari ini memperlihatkan masyarakat Islam berduyun-duyun datang ke masjid bagi menghadiri majlis-majlis ilmu. Oleh kerana kesibukan dunia hari ini menyebabkan umat Islam tidak lagi mempunyai masa untuk menuntut ilmu kecuali di antara maghrib dan isya'. Sebagai umat Islam kita mesti melaksanakan tugas khalifah Allah di muka bumi iaitu menjaga agama dan mentadbir dunia dengan agama. Tugas ini tidak akan mampu dilaksanakan tanpa ilmu agama yang mencukupi. Oleh yang demikian masjid mesti merancang dengan teliti agar ahli kariah dapat memperolehi ilmu agama secukupnya. Malang bagi kita kerana sekian lama pengajian di masjid dilaksanakan namun tidak ada satu kitab pun yang habis dibaca. Akhirnya umat Islam amat asing dengan ajaran Islam hingga sebahagian ajarannya dirasakan bukan daripada Islam. Akhirnya sebahagian kita membenci pengajian Islam. Lebih parah lagi terdapat sebahagian jawatankuasa yang terlalu memikirkan bagaimana untuk mengurangkan pengajian yang ada. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebut oleh Allah dalam ayat yang dibacakan sebentar tadi. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ . اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak | ||
Selangor laksana dasar wanita seminggu selepas tadbir Posted: 16 Dec 2012 11:02 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kepimpinan Pakatan Rakyat telah melaksanakan tuntutan minimum 30 peratus kepimpinan wanita dalam barisan tertinggi kerajaan tidak sampai seminggu selepas memerintah Selangor. Exco Selangor, Rodziah Ismail (gambar) berkata sebaik memerintah Selangor, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu telah mengumumkan barisan kabinetnya yang mengandungi 40 peratus Exco dan seorang Timbalan Speaker wanita. Tambahnya, keutamaan meletakkan wanita dalam barisan pembuat keputusan sangat wajar diambil serius dan segera dikotakan. "Dalam mengumumkan bakal-bakal barisan kabinet di Putrajaya, Pakatan Rakyat akan mengotakan pertambahan ketara dalam barisan menteri sebaik diberi mandat mentadbir di Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan. Jelasnya, era pemerintahan Pakatan Rakyat negara Malaysia ini akan menyaksikan barisan pembuatan keputusan yang akan dianggotai paling ramai wanita secara mendadak dalam sejarah Kerajaan Malaysia. Katanya, dasar dan dokumentasi berkaitannya sudah berdekad di wujudkan oleh Kerajaan Umno BN, namun Malaysia hari ini berada di tangga corot dalam arena pembuatan keputusan. Malaysia ditangga ke 120 daripada 135 negara; di belakang Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Bangladesh, Vietnam, China, Kazakhtan, Uruguay dan banyak negara lain. Tegasnya, apa yang perlu dilaksanakan bukanlah lagi mewujudkan mekanisme pemantauan dasar minimum 30% itu, tetapi segera mendahulukan pelaksanaan yang hanya memerlukan kesanggupan barisan politik yang berkuasa (political will). Malangnya, pemerintahan Umno BN selama lebih setengah abad ini, telah menyaksikan kemorosotan yang menjolok mata dalam bilangan dan peratusan anggota kabinet yang boleh dianggap sebagai meremehkan kedudukan dan status wanita yang mewakili hampir 50% penduduk di Malaysia. "Hanya seorang saja wanita daripada 30 orang Menteri yang disenaraikan kini; Menteri itu bukan pula yang mengetuai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, satu-satunya kementerian yang paling cocok disandang oleh seorang wanita Malaysia – hanya perlu memilih seorang dari ribuan wanita yang berkaliber untuk tujuan tersebut. "Wanita Malaysia diseru untuk meneliti dan bersikap jujur serta terbuka dalam menilai apa yang dikatakan dan dilaksanakan," katanya. harakahdaily/- | ||
Posted: 16 Dec 2012 11:01 PM PST RAWANG: Dua pekerja sebuah syarikat sisa pepejal maut manakala tiga rakan mereka terselamat selepas dirempuh kereta yang terbabas di Kilometer 453.2 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) selepas susur keluar Sungai Buloh, menghala ke utara, semalam. Kemalangan jam 3 petang itu dikatakan berlaku akibat pemandu Proton Waja berkenaan mengantuk menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan lalu merempuh lima pekerja terbabit yang membersihkan kawasan di tepi lebuh raya. Jurucakap polis trafik berkata, lima pekerja terbabit membersihkan sampah di lorong kecemasan yang terjatuh dari lori dinaiki mereka. "Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa tersepit di belakang lori berkenaan manakala tiga rakan mereka sempat mengelak. "Anggota bomba mengambil masa 10 minit mengeluarkan mayat mangsa iaitu warga India dikenali Solai Alagan, tetapi rakannya belum dikenal pasti," katanya. Menurutnya, pemandu kereta berkenaan yang juga seorang doktor, cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. metro/- | ||
Ombak besar: Penduduk PPRT Pengkalan Atap akan dipindahkan Posted: 16 Dec 2012 11:00 PM PST BESUT- Penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut yang berhadapan dengan ancaman ombak besar pada setiap musim tengkujuh akan dipindahkan ke kawasan baharu. Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar berkata buat masa ini projek perumahan bernilai RM10 juta di Kampung Lay Out Tok Saboh itu sedang dalam proses tawaran harga. Apabila siap kelak, 48 keluarga di PPRT berkenaan akan dipindahkan ke situ, katanya yang ditemui pemberita ketika melawat PPRT terbabit yang dilanda ombak besar pada malam kelmarin. Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, ombak kuat menyebabkan benteng dan jalan di kawasan perumahan tersebut pecah dan rosak teruk, namun tiada kecederaan dilaporkan.- Bernama | ||
Nizar : Bajet sembunyikan perkara yang boleh hasilkan pendapatan kepada kerajaan negeri. Posted: 16 Dec 2012 10:50 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - IPOH : Benlanjawan masih defesit berbanding dengan cadangan belanjawan seimbang seperti dicadang oleh PR baru-baru ini..Demikian komen awal yang diberkan oleh Ketua Pembangkang DUN Perak, DS Nizar Jamaluddin dalam sidang media disini. Menurutnya Pendekatan dalam cadangan perkara yang boleh dimaksimakan mesti digunakan seperti ditender tanah milik kerajaan dan menghasilkan pendapatan lebih lumayan. DS juga menyatakan Bajet BN cuba menyembunyikan perkara itu supaya tanah boleh dianugerahkan kepada kroni tertentu. "PR memberikan pendemokrasikan ekonomi supaya dapat dirasakan oleh semua golongan" Katanya. | ||
20,000 redah becak ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak Posted: 16 Dec 2012 10:45 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - TRONOH 17 Dis: 20,000 rakyat meredah becak dalam hujan renyai untuk hadir ke Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, di sini malam tadi untuk mendengar amanat pemimpin Pakatan Rakyat. Suasana himpunan bagaikan pesta apabila program dimulakan dengan konvoi Alternative Rider Club (ARC) pada sebelah petang, disusuli konsert artis pro-perubahan Ito dan Nik Jidan . Deretan warung NGO, busana aktivis pro-perubahan dan gerai makanan menjadi pilihan pengunjung. Kenderaan yang terpaksa ditempatkan di sepanjang lebih tiga kilometer menuju ke tapak ceramah menunjukkan kehadiran ribuan pengunjung bukti semangat perubahan harapan rakyat Perak. Mereka yang pelbagai kaum dengan gaya tersendiri dari latar belakang umur berbeza, seperti turun ke perlawanan bola sepak, menambah kemeriahan program. Ada yang memakai t-shirt khas himpunan, meletakkan poster pimpinan Pakatan Rakyat di cermin kereta dan ada pula menggantung bendera di keliling motorsikal. Ceramah dimulakan kira-kira jam 9.00 malam oleh NGO penyokong Himpunan Kebangkitan Rakyat. Dari NGO GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) dan Royalti, disusuli ucapan pimpinan Pakatan Rakyat tempatan. Diikuti Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. keadilandaily/- | ||
Rakyat T'ganu diajak bersatu pertahan hak Posted: 16 Dec 2012 10:30 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu, tanpa mengira fahaman politik, diajak untuk mempertahankan hak dan kedaulatan Terengganu dalam isu pemilikan telaga minyak baru PM 307, Bertam. Adun Batu Burok, Terengganu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (gambar) dalam tulisannya di Harakahdaily berkata, isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat. Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti, semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini, tulisnya. "Semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain," katanya dalam tulisan itu. Isu ini menjadi panas apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan telaga minyak yang baru ditemui PM 307, Bertam adalah di perairan Pahang. Oleh itu, Pahang dijangka akan mula menerima sumbangan wang ehsan sebanyak RM100 juta setahun mulai 2015. Namun dalam sidang DUN Terengganu baru-baru ini, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan ia adalah dalam kawasan perairan Terengganu. "Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu," jawab Ahmad Said kepada soalan yang dikemukakan oleh Dr Syed Azman di dalam sidang DUN baru-baru ini. harakahdaily/- | ||
Sidang ditangguh dan disambung esok. Posted: 16 Dec 2012 09:20 PM PST | ||
Pekerja CIMB berpiket bantah pengurusan adik Najib Razak Posted: 16 Dec 2012 08:35 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 16 DIS: Lebih 300 ahli Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (Nube) semalam berpiket depan Menara Bumiputra Commerce berhampiran pusat beli-belah Sogo bagi membantah pengurusan yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Nazir Razak. Ia berikutan Nube menuntut pembelaan kerana kesatuan itu menganggap berlaku penindasan terhadap kekerja bank termasuk hak pekerja dilanggar manakala tanggungjawab sosial dikhinati. "Afendi Md Ali dipecat kerana mempersoal penyalahgunaan dana. Norlaily Mat Loddin yang hamil empat bulan dijerit, dimarahi dan diugut pengurus cawangan hingga pengsan kerana enggan membuat transaksi yang melanggar undang-undang. "Kira-kira 100 pekerja kontrak sementara dinafi jaminan pekerjaan dan hak untuk kehidupan lebih baik sepertimana dijamin kontrak tetap. Mereka juga tertakluk kepada diskriminasi melampau. "Penilaian prestasi dan bayaran kepada pekerja (turut) ditipu; pekerja dinafi makanan ketika menghadiri latihan dan uniform untuk pekerja juga diabai," kata kenyataan Nube. Demontrasi antara jam 10 pagi hingga 1 petang itu menyaksikan mereka membawa sepanduk mengecam CIMB dan Nazir, antaranya 'Adik PM Malaysia Mungkiri Janji' dan Adik PM sabotaj Manfaat untuk 100,000 rakyat Malaysia'. Demonstrasi turut gamat apabila peserta memutar lagu Gangnam Style yang diiringi dengan tiupan vuvuzela serta paluan kompang dan gendang masyarakat India. Nazir adalah adik kepada Datuk Seri Najib Razak yang turut dikait dengan pendedahan usahawan, Deepak Jaikishan berkaitan pembayaran kepada Penyiasat Persendirian, Balasubramanim. Kenyataan Nube juga menyebut, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu boros berbelanja RM18.7juta bagi menganjurkan pertandingan Golf CIMB Classics 2012 dan RM2.5juta untuk 128 pemain golf muda. "Pihak pengurusan tertinggi juga dapat bayaran bonus tinggi beserta kereta mewah dan faedah lain," katanya. keadilndaily/- | ||
Posted: 16 Dec 2012 08:17 PM PST AMPANG: Selepas lima jam tergantung pada tali, seorang lelaki yang terjatuh ke dalam gaung terselamat daripada maut apabila diselamatkan seorang pendaki profesional ketika mangsa mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati, di sini, bersama lima rakannya, pagi semalam. Kira-kira jam 9 pagi, iaitu dua jam selepas mereka mula mendaki, Chun Wing Sing, 28, terjatuh ke dalam gaung dan tersangkut pada tumbuhan, tetapi tidak boleh mendaki semula. Rakannya tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak membawa peralatan mendaki secukupnya, namun mangsa bernasib baik kerana seorang pendaki profesional kebetulan melalui laluan itu dan mencampakkan tali ke bawah untuk dipaut Chun bagi mengelaknya terus jatuh ke dalam gaung. Sumber berkata, mangsa berpaut pada tali berkenaan selama hampir lima jam sebelum sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba dengan peralatan mendaki, menyelamatkannya. "Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari bukit berkenaan kira-kira jam 3 petang," katanya. Difahamkan, Chun yang cedera di muka, badan dan terseliuh kaki kanan, dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.43 pagi dan tiba di lokasi 40 minit kemudian. Menurutnya, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dihantar ke lokasi kejadian dengan kekuatan lima pegawai dan anggota bomba bagi membantu menyelamatkan mangsa. sinar/- | ||
MB Perak sedang bentang Bajet Perak tahun 2013 Posted: 16 Dec 2012 07:42 PM PST | ||
Tim Muhyiddin Sudah Mula Edar Pelekat Untuk Jatuhkan Najib Posted: 16 Dec 2012 07:40 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - Kuala Terengganu – Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini. Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan 'Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin' dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius. Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN. Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13. "Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut. Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini. Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun 'bunga-bunga' ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini. Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Terbaru, keadaan juga dilihat agak panas apabila warga Felda Selasih di Jabi baru-baru ini turut menghalang konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),iaitu persatuan yang cenderung kepada pembangkang, sehingga menimbulkan kekecohan walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku. -SH | ||
Posted: 16 Dec 2012 07:39 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - Masalah penempatan haram Israel terus menjadi isu hangat dan menarik perhatian masyarakat antarabangsa baru-baru ini, selepas mereka mengumumkan untuk meluaskan projek pembangunan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. Tindakan dilihat sebagai provokasi segera Israel itu, dikecam negara sekutu kuat mereka, Amerika Syarikat (AS). Penjajahan Israel ke atas Tebing Barat dan Baitulmaqdis dikatakan bermula selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memutuskan untuk membahagikan populasi di Palestin pada tahun 1947. Pada tahun 1948 pula, Israel dengan angkuh mengisytiharkan 'kemerdekaan' negara mereka tanpa menetapkan garis sempadan. Dalam tempoh dua tahun sahaja, Israel menduduki 78 peratus tanah milik Palestin. Difahamkan, peratusannya terus meningkat selepas tercetusnya Perang Enam Hari pada 1967. Susulan daripada peperangan itu, sebahagian besar tanah Palestin dirampas hingga menyebabkan kira-kira 330,000 penduduk negara tersebut terpaksa menjadi pelarian di kampung halaman mereka sendiri. Pada masa tersebut, Bukit Golan di Syria dan Semenanjung Sinai di Mesir turut ditawan rejim Zionis. Israel berjaya menguasai 60 peratus kawasan di Tebing Barat dan merampas 30 peratus tanah di Semenanjung Gaza. Rentetan daripada peristiwa itu, dua parti politik utama, Parti Buruh dan Likud bekerjasama mewujudkan penempatan haram Israel dari semasa ke semasa. Penempatan haram pertama dibina di bawah Parti Buruh pada tahun 1968 hingga 1977, dengan objektif utama kononnya untuk memastikan golongan Yahudi menjadi penduduk majoriti di kawasan strategik utama di Tebing Barat, Tel Aviv dan koridor Baitulmaqdis. Israel terus membina penempatan haram mereka sewenang-wenangnya sehingga calon Parti Likud, Menachem Begin dilantik sebagai perdana menteri pada 1977. Kerajaan di bawah pimpinan beliau bertanggungjawab menyediakan insentif kewangan kepada bangsa Yahudi untuk berpindah ke Judea dan Samaria di Tebing Barat. Tujuan asal Israel jelas menunjukkan mereka mahu mengukuhkan kedudukan di wilayah tersebut, sekali gus menghalang usaha Palestin membentuk sebuah negara. Kebanyakan golongan Yahudi pada hari ini dilabel sebagai pendatang haram dan mereka berpindah ke Tebing Barat atas sebab ekonomi kerana kerajaan Israel menjanjikan insentif kewangan untuk mereka. Semasa rundingan damai pada akhir 1991, lebih 80 peratus kawasan di Tebing Barat tidak berpenghuni tetapi kini lebih 60 peratus penduduk Israel menetap di lima kawasan penempatan haram di Maaleh Adumin, Modiin Ilit, Ariel, Gush Etzion dan Givat Ze'ev di Tebing Barat yang hanya terletak kurang satu kilometer dari garisan hijau mengikut perjanjian sempadan tahun 1967. Walaupun resolusi PBB mengisytiharkan penempatan golongan Yahudi itu melanggar undang-undang, jumlah penduduk Israel menetap di kawasan tersebut dilaporkan meningkat hampir dua kali ganda daripada 281,000 kepada lebih 550,000 orang sejak Perjanjian Oslo ditandatangani pada 1993. Keputusan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Banjamin Netanyahu meluluskan penempatan haram tambahan sebanyak 3,000 unit apartmen juga dilihat sengaja untuk menggagalkan usaha Palestin yang berhasrat menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara apabila Gaza dan Tebing Barat membentuk sebuah negara. sinar/- | ||
Nik Aziz mahu penceramah Pas guna ayat suci al-Quran Posted: 16 Dec 2012 07:30 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - DUNGUN – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu penceramah mewakili partinya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran yang sesuai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Menurutnya, berdasarkan keadaan negara yang kian menghampiri pilihan raya umum, beliau mengingatkan kalangan penceramah menggunakan ayat-ayat al-Quran bagi menterjemah kepada rakyat mengenai pembentukan kerajaan Islam. "Apabila ceramah (kita) kena sebut ayat al-Quran. Sekarang ini dekat dengan hari mengundi, (jadi) bacalah ayat sesuai berhubung membentuk kerajaan Islam," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno (PGU) 6.0, di Paka, kelmarin. Beliau menjelaskan, sebagai penceramah dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, penggunaan ayat-ayat suci al-Quran digalakkan sebagai penegasan kepada rakyat sesuai dengan perkembangan semasa. Sementara itu, Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan Umno sebagai sebuah parti yang tidak layak menjadi jentera Islam. Beliau yang sebelum ini turut melabelkan Umno sebagai sebuah parti murtad menjelaskan bahawa parti itu tidak mampu memimpin rakyat ke arah bertakwa kepada ALLAH atau 'ittaqullah'. "Umno tak layak nak pimpin rakyat ke arah ittaqullah dan untuk melaksanakannya perlu dibuat oleh parti Islam dan tiada parti yang seumpama itu melainkan Pas," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno 6.0 di Paka, di sini, kelmarin. Beliau menjelaskan, hanya Pas yang mampu membawa rakyat ke arah seruan tersebut kerana mendakwa Umno awal-awal lagi menolak Islam. "Pas ada wadah dan jentera untuk laksanakan seruan itu dan kita yang paling layak untuk menunaikan seruan itu seperti mana yang diminta oleh khatib ketika membaca khutbah setiap Jumaat dan bukan Umno," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut mendakwa Umno tidak boleh terus bergantung kepada perjuangan bersifat kebangsaan. Beliau turut mengaitkan slogan 'hidup Melayu' sama sekali tidak sesuai dilaungkan dalam masjid, tidak sebagaimana laungan takbir yang sering kali diucapkan pemimpin dan pengikut Pas. "Tidak boleh ucap 'hidup Melayu' dalam masjid. Bagaimana sekiranya ada Cina Muslim atau India Muslim dalam masjid. Tidak boleh kebangsaan, tidak boleh Arab, Melayu, Cina. Semua sama. Lebih lagi apabila Melayu tunjuk perangai jelik dengan menonggeng punggung," katanya. sinar/- | ||
Posted: 16 Dec 2012 07:27 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib seorang budak lelaki berusia empat tahun apabila tangan kanannya yang patah setelah terjatuh tangga rumah pada Rabu lalu kini membengkak dan berwarna kehitaman. Ia gara-gara tindakan bapa mangsa, Nor Azhadi Nordin, 35, mendapatkan khidmat seorang bomoh patah untuk merawat anaknya, Nor Arif Luqman yang bertindak membalut luka tangannya yang patah itu dengan kain. Bagaimanapun tindakan bomoh tersebut bukannya membantu memulihkan tangan budak itu sebaliknya menyebabkan ia membengkak dan berubah warna menjadi hitam. Bimbang dengan keadaan itu, Azhadi dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor yang merawat anaknya itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada tangan anaknya itu masih boleh diselamatkan atau tidak. Azhadi memberitahu, anaknya terjatuh dari tangga ketika bermain di rumah di Kampung Telaga, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 2.30 petang. "Apabila rasa sakit, anak saya beritahu tangan dia patah dan atas nasihat ahli keluarga, saya bawa dia jumpa bomoh di Kampung Dusun sejauh 15 kilometer dari rumah," katanya ketika ditemui di sini semalam. | ||
Pemilihan CEC: Tidak timbul DAP rasis Posted: 16 Dec 2012 07:20 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - PARIT: Pemilihan anggota Jawatankuasa Pusat Tertinggi DAP (CEC) ditentukan oleh para perwakilan, bukannya pemimpin, kata V Sivakumar. "Perwakilan bebas memilih sesiapa sahaja daripada 68 calon yang bertanding. "Apa yang berlaku itu adalah keputusan pilihan perwakilan, bukan keputusan pemimpin," ujarnya kepada Harakahdaily semasa ditemui pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Perak di Bandar Seri Iskandar, malam tadi. Justeru, kata Adun Tronoh, Perak itu, kekurangan wakil kaum India di dalam mungkin ada kelemahan kerana kurangnya perwakilan kaum itu pada Kongres DAP Kebangsaan ke-16 minggu lalu. Sehubungan itu, sebagai penyelesaian kepada masalah itu, beliau menjemput masyarakat India supaya menyertai DAP dan menubuhkan cawangan. Katanya, apabaila cawangan bertambah, maka perwakilan daripada kaum India juga bertambah dan mereka boleh memilih wakil mereka untuk menduduki CEC. Namun, beliau tidak menyalahkan sistem yang sudah wujud sejak dahulu lagi bagi pemilihan CEC. Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan pemilihan pada kongres kali ini kerana Karpal Singh, Gobind Singh dan M Kulasingam dipilih menganggotai CEC bagi sesi 2012-2015. Baginya, komposisi anggota CEC bukan sahaja perlu dari segi kaum tetapi wakil negeri dan gender tetapi ianya bukanlah perkara mudah. Begitu juga, ujarnya dari segi penglibatan golongan muda dengan veteran. Sungguhpun begitu, katanya masalah tersebut diatasi dengan pelantikan 10 anggota CEC. "Walaupun ada kelemahan dari segi pemilihan tetapi pihak pusat ada mekanisme untuk membuat pelantikan," ujarnya yang turut dilantik menganggotai CEC sesi 2012-2015. Dengan itu, jelasnya menunjukkan bahawa DAP bukan parti rasisi sebagaimana yang didakwa sesetengah. Ini, katanya berbeza dengan Umno, MCA dan MIC yang tidak menerima kaemasukan kaum lain sebagai ahli mereka. "Parti mana lebih rasis kerana haling orang masuk Umno, itu rasis," ujarnya lagi. Menurutnya, DAP tidak menghalang sesiapa sahaja untuk menyertainya. "Kalau orang India ramai nak masuk DAP, siapa haling, ianya tak boleh haling," katanya lagi. harakah/- | ||
Posted: 16 Dec 2012 07:20 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - Sidang Bajet DUN Perak bermula pada pagi ini dengan dihadiri oleh semua 59 ADUN Perak. Dewan yang mula bersidang pada jam 10 pagi dimaklumkan oleh Speaker Dewan akan berlangssung selama 5 hari sehingga 21 Disember ini. Sesi awal sidang dimulai dengan sesi soalan lisan yang sempat dijawab oleh pihak kerajaan negeri sebanyak 7 soalan sahaja. Antar soalan yang dibangkitkan ialah dari ADUN Titi Serong berkaitan dengan Kolej Islam Darul Riduan yang telah diluluskan oleh dewan perak kepada Kolej Universiti satu masa dulu.. Selain itu wakil PAS dari Changkat Jong yang bertanyakan mengenai bantuan perumahan kepada keluarga miskin dikalangan orang Melayu di dalam kawasan Parlimen Teluk Intan. Sementara itu wakil DAP dari Pokok Assam bertanyakan mengenai jumlah pelancong kesan dari Tahun Melawat Perak 2012 | ||
Penjawat awam perlu bebas tentukan pendirian politik Posted: 16 Dec 2012 07:15 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 16 DIS: Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty kesal dengan sikap pentadbiran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menafi hak kebebasan politik kepada anggota pasukan itu seperti yang didakwa dialami Norhasmimah Mohammad. "Ini tidak wajar berlaku dalam negara demokrasi. Penjawat awam seperti PDRM atau lain-lain patutnya diberi kebebasan untuk menyokong mana-mana parti kerana ia hak seseorang individu. "Dalam negara demokrasi, perkara ini merosakkan imej PDRM sebagai sebuah badan tertinggi kerajaan," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas nasib yang dialami Norhasmimah Mohammad, seorang individu yang mengaku sebagai anggota polis dan ditukar semata-mata kerana didapati menyokong perjuangan Pakatan Rakyat. Pada paparan facebook, Norhashimah mendedahkan ugutan ditukar ke Sabah atau Sarawak jika terus menyokong parti pembangkang tetapi tidak mengendahkannya. "Saya tidak akan berganjak walau seinci pun pendirian saya terhadap sokongan saya kepada parti pembangkang, walau diugut bunuh sekalipun," katanya pada paparan status facebook, 14 Disember lalu. Sebelum ini, seorang guru sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Qatrun Nada Latfi di Labuan dipecat semata-mata kerana menghadiri ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September lalu. Qatrun Nada menerima notis pemecatan yang akan berkuat kuasa 1 Disember lalu. keadilandaily/- | ||
Pakatan Rakyat: Berbeza tetapi bersatu Posted: 16 Dec 2012 07:00 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS dan DAP tidak menyorokkan perasaan mereka dan akan memberikan pandangan itu secara terbuka dan demokratik. Dalam pada itu sentiasa mencari jalan kesederhanaan di antara mereka. Demikian pandangan penulis politik, Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/ semalam. Baginya, secara rasminya DAP telah mengakui yang parti itu menghormati agama Islam seperti mana Islam dan penganutnya menghormati agama-agama yang lain. Saya mendapat banyak pertanyaan tentang perbezaan di antara Karpal Singh dan PAS terutamanya setelah mendengar ucapan Karpal dalam kongres tahunan DAP yang sedang berlangsung di Pulau Pinang sekarang ini. Dalam ucapan beliau semalam, Karpal telah berlembut serta mengakui yang PAS merupakan rakan yang terkuat DAP dalam Pakatan Rakyat walaupun ada beberapa perkara yang berbeza di antara kedua-dua parti itu terutamanya tentang isu yang berkaitan dengan agama Islam dan hukum-hukumnya. Mereka bertanyakan perkara ini kerana saya telah menyertai parti itu di dalam kongress yang sebelum ini pada 8hb Januari yang lalu. Oleh kerana pertanyaan itu datangnya bertalu-talu akhir-akhir ini maka saya merasakan saya perlu memberikan jawapan walaupun ia merupakan jawapan yang pendek sahaja. Seperti MCA dan UMNO juga, maka DAP dan PAS tentulah mempunyai perbezaan di antara kedua-duanya. Kalau tidak ada perbezaan maka tidak mungkin wujud dua parti PAS dan DAP. Perbezaan itu memang satu hakikat dan tidak mungkin kedua-dua parti itu sama. Itulah sebabnya ada elemen permuafakatan di antara kedua-dua parti itu bersama PKR dalam apa yang di sebut sebagai Pakatan Rakyat. Oleh kerana wujudnya perbezaan-perbezaan inilah maka timbul usaha permuafakatan yang kuat dengan matlamat yang kedua-duanya anggap sebagai matlamat yang baik. Jika tidak ada elemen perbezaan maka tidak mungkin ada permuafakatan. Begitu jugalah dalam BN atau pun Perikatan sebelumnya. MCA dan UMNO itu jauh perbezaannya. MCA hanya untuk bangsa Cina dan UMNO merupakan satu parti pada asalnya sebagai parti nasionalis Melayu yang sekarang sudah menjadi parti untuk tauke-tauke dan kroni pemimpin Melayu yang berkuasa. Kedua-dua pihak samada dalam BN atau Pakatan Rakyat parti-parti yang menganggotai kedua-dua 'coalition' itu merupakan parti-parti yang berbeza. Maka wujud kerjasama di antara parti-parti yang menganggotai komponen BN dan PR itu. Dalam BN itu sendiri, khususnya UMNO itu sendiri berbeza dengan UMNO yang kita kenali dahulu. Sekarang UMNO itu untuk kepentingan gulungan eksklusif sedangkan UMNO sebelum ini adalah parti untuk orang Melayu yang ramai-ramai itu. Walau bagaimana pun ada perbezaan di antara kerjasama Pakatan Rakayat (PR) dengan kerjasama di antara parti-parti dalam BN. Dalam perebutan mengambil hati dan jiwa rakyat yang mengundi, BN selalu memainkan kenyataan-kenyataan Karpal Singh terutamanya yang kadangkala berbeza di antara pemimpin PAS kerana masing-masing mempunyai perbezaan yang berbeza itu. Tetapi itulah sebenarnya cara yang baik: masing-masing mesti zahirkan perasaan walaupun ia menunjukan perbezaan. Masing-masing tegas dengan perjuangan masing-masing dan dalam keadaan itu mereka akan mencari jalan untuk mendapatkan jalan tengah yang bersesuaian dengan perjuangan kedua-dua parti yang berbeza itu. Itulah permuafakatan, berbeza tetapi bersatu dalam mencari matlamat yang baik bagi rakyat yang di pimpin oleh masing-masing parti tanpa menanggung perasaan masing-masing. Tetapi di dalam BN pula sekarang ini tidak ada percanggahan yang ketara di antara kedua-dua parti UMNO dan MCA sedangkan mereka berbeza. Malahan perbezaan di antara UMNO/MCA adalah lebih besar dengan perbezaan PAS/DAP. Tetapi dalam BN ada pihak yang terpaksa menjadi pak turut dan sanggup maruah partinya dan agamanya di permainkan oleh rakan komponennya. Isu yang paling ketara ialah penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh Chua Soi Lek di depan mata Najib sendiri semasa Perhimpunan Agung parti MCA baru-baru ini. MCA tidak langsung memikirkan perasaan orang-orang Melayu Islam dan Najib pula terpaksa berdiam diri kerana bagi beliau menjaga kedudukan beliau dan kroni beliau itu adalah lebih penting dari mempertahankan agama beliau. CSL begitu bebas menghentam agama kita Islam ini tanpa mendapat reaksi dari Najib dan mana-mana pemimpin UMNO. Kalau begitu sikap pimpinan UMNO maka sudah tentulah tidak ada kenyataan-kenyataan yang bercanggah kerana UMNO membiarkan sahaja rakan kongsinya menghina bangsa dan agama sekendak hati mereka (MCA). Tetapi dalam Pakatan Rakyat ada perbezaan pandangan tentang satu-satu isu khususnya tentang agama dan hukum-hukumnya. Pimpinan PAS dan DAP tidak menyorokkan perasaan mereka dan akan memberikan pandangan itu secara terbuka dan demokratik. Dalam pada itu sentiasa mencari jalan kesederhanaan di antara mereka. Secara rasminya DAP telah mengakui yang parti itu menghormati agama Islam seperti mana Islam dan penganutnya menghormati agama-agama yang lain. PAS pula menghormati DAP dan parti-parti lain dan akan melaksanakan hukum hudud atau apa-apa hukum yang disyariatkan oleh Tuhan dan Rasulnya untuk orang Islam sahaja. Dengan cara itu PAS tidak meninggalkan kehendak agama Islam tetapi bersama-sama dalam siasah dan bermuafakat bagi mencapai matlamat yang murni itu menjaga kepentingan negara dan rakyat dalam erti kata yang sebenarnya. Itulah saya sentiasa berkata yang kerjasama di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah lebih meyakinkan dari kerjasama parti-parti yang berbeza dalam BN. Di dalam PR masing-masing akan mempertahankan nilai dan agama masing-masing di samping bekejasama sedangkan di dalam BN UMNO terpaksa berdiam diri dengan kutukan MCA terhadap bangsa Melayu dan agama suci kita semata-mata untuk mendapatkan undi bangsa Cina yang MCA sudah tidak dapat menguasai lagi. UMNO terpaksa menjadi parti dayus semata-mata untuk kuasa walaupun agama dan bangsanya telah di hina dan di perlekehkan oleh MCA. Bagi UMNO, dayus pun dayuslah, asalkan mendapat kuasa sekali lagi dalam pilihanraya yang akan datang ini. Itulah baiknya di sebelah Pakatan Rakyat. Masing-masing boleh menyatakan perbezaan secara terbuka tetapi tidak berpecah kerana masing-masing bersatu dan bermuafakat untuk mencapai matlamat yang satu iaitu untuk mengasuh rakyat untuk hidup saling kasih mengasihi di antara satu dengan yang lain. harakah/- | ||
ISU POLITIK BANGLADESH: MALAYSIA PERLU MEMBANTAH! Posted: 16 Dec 2012 07:00 PM PST Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)melahirkan rasa dukacita tentang situasi politik yang berlaku di Bangladesh terutama apabila beberapa pimpinan pimpinan dan aktivis parti pembangkang termasuk pimpinan utama Jamaati Islami Bangladesh telah dipenjara, dibunuh, dihilangkan dan diseksa. Insiden penangkapan beramai-ramai pemimpin kanan Jamaat Islami dan para pemimpin politik pembangkang di sana tanpa sebarang proses perbicaraan melalui akta Bangladesh International Crimes Tribunal mirip apa yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia melalui akta dakronian ISA – Internal Security Act (Akta Kselamatan Dalam Negeri). Kami sentiasa komited menentang kezaliman ISA maka atas prinsip yang sama kami simpati atas nasib saudara-saudara kami di dalam Jamat Islami Bangladesh yang telah ditangkap dan dipenjarakan tanpa sebarang alasan yang kukuh dan tidak mendapat pengadilan dan pembelaan sewajarnya. Kami memandang serius isu ini kerana ia menyalahi keadilan sejagat dan keluhuran demokrasi dan kami sentiasa prihatin dengan sebarang perkembangan politik yang melanggar prinsip-prinsip ini, tidak kira dalam dan luar negara. Sejak 2009 selepas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengambil alih pemerintahan Bangladesh, banyak pihak termasuk kami berasa sangsi dan bimbang dengan perkembanagn demokrasi dan hak-hak asasi rakyat Bangladesh terutama masyarakat Islam di sana. Sheikh Hasina juga telah menggunakan helah Bangladesh International Crimes Tribunal untuk membicarakan pimpinan pembangkang khususnya pimpinan Jamaati Islami Bangladesh yang salah seorangnya telah berusia lebih 90 tahun. Kami mengecam tindakan kerajaan Bangladesh yang manafikan hak demokrasi dan keadilan terhadap Jamaat Islami dan parti-parti pembangkang di sana, apabila dengan sewenang-senangnya menutup ibu pajabat Jamaat Islam yang berdaftar sebagai parti politik di sana. Atas dasar ini, kami bersama-sama parti politik dan NGO seperti Angkatan Muda Keadilan (AMK), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu ini dan membentuk satu atas nama Malaysian Task Force for Bangladesh (MTF4B). Malaysian Task Force for Bangladesh (MTF4B) akan menganjurkan demonstrasi aman di hadapan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur pada hari Jumaat ini 14 Disember 2012 / 1 Safar 1434 H jam 2.30 petang sekaligus menghantar memorandum bantahan untuk menuntut 3 perkara utama iaitu:- 1.) Pemansuhan Bangladesh International Crimes Tribunal yang dilihat berat sebelah dan tidak adil; 2.) Membebaskan tahanan politik khususnya pimpinan utama Jamaat Islami Bangladesh; 3.) Mengembalik hak-hak asasi demokratik dan kebebasan sivil kepada parti pembangkang khususnya Jamaati Islami Bangladesh serta keseluruhan rakyat Bangladesh. Justeru, kami menjemput semua rakyat Malaysia, NGO dan parti politik untuk sama-sama menyertai demonstarasi aman ini bagi menyatakan bantahan terhadap pencerobohan hak asasi manusia di Bangladesh. Maklumat lanjut sila hubungi Koordinator MTF4B saudara Abu Qassim Azmi di talian 019-3865805. DR. RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS | ||
Berita Norhashimah Mohamad hina polis ditarik balik Posted: 16 Dec 2012 06:50 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Para blogger Umno mendakwa akaun facebook yang dimiliki oleh Norhashimah Mohammad yang menghina polis adalah rekaan semata-mata. Gambar yang digunakan oleh status orang ini pula adalah milik seorang pekerja Rumah Kebajikan Seri Kenangan Kangar. Semakan Harakahdaily ke atas akaun Facebook yang dimilki oleh Norhashimah Mohammad ini sudah tidak ada lagi. Sebaliknya, satu fan page (gambar) telah dibuka atas nama Norhashimah Mohamad ini. Harakahdaily dengan ini menarik balik berita yang disiarkan sebelum ini dan memohon maaf kepada pihak yang berkenaan termasuk pasukan polis. | ||
Mapim seru generasi muda belajar dari Arab Spring Posted: 16 Dec 2012 06:40 PM PST 3 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan generasi muda perlu mengambil iktibar dari Arab Spring yang berlaku di abad ini. Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bukan sahaja ia penting sebagai suatu lonjakan kebangkitan rakyat malah adalah suatu anjakan sikap generasi muda yang sudah muak dengan pemerintah yang menyalahguna kuasa dan memperkayakan kerabat keluarga. Berikut kenyataan penuh beliau. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyarankan generasi muda perlu mengambil iktibar dari Arab Spring yang berlaku di abad ini. Bukan sahaja ia penting sebagai suatu lonjakan kebangkitan rakyat malah adalah suatu anjakan sikap generasi muda yang sudah muak dengan pemerintah yang menyalahguna kuasa dan memperkayakan kerabat keluarga. Generasi muda tidak harus merasa takut dan berpandangan negatif terhadap kebangkitan yang disaksikan berlaku di abad ini kerana banyak yang boleh dipelajari dari proses bagaimana ia berlaku dan ke mana arah tujunya. Arab Spring tercetus sememangnya berwajahkan kebangkitan anak muda . Merekalah yang menjadi barisan depan menyuarakan hak rakyat untuk menyingkir pemimpin yang korup yang bermewahan membolot khazanah kekayaan negara ditengah penderitaan rakyat. Rakyat Arab bangkit sebetulnya bermula penyuaran hak mereka oleh generasi muda yang menyanggah kebobrokan pemerintah. Ia menjadi ganas apabila regim yang sudah lama berkuasa mula mengguna tentera dan polis untuk melakukan keganasan terhadap rakyat. Ia juga menjadi tidak terkawal apabila golongan elit yang sudah lama selesa dan mendapat segala kemewahan hidup dari regim yang korup dilagakan dengan rakyat bawahan yang menderita akibat polisi kerajaan yang berpihak kepada golongan elit dan pegawai tentera. Generasi muda di negara ini perlu memahami inti dari kebangkitan Arab di Asia Barat juga dari sudut penolakan mereka terhadap sistem kapitalis dan kuasa imperialis dunia terutama dari Barat yang mencengkam Negara mereka. Mereka menolak pemimpin mereka yang menjadi boneka kuasa Barat. Mereka menyuarakan kemarahan mereka terhadap pemimpin yang korup dan zalim yang mendapat perlindungan dari tentera yang juga disokong penuh oleh kuasa Barat. Ketika PM dalam Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012 kelmarin menyatakan Malaysia tidak perlu kepada kebangkitan Arab Spring, kami mengingatkan bahawa generasi muda jangan lupa bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menolak sistem yang korup dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin yang menjadi inti kebangkitan tersebut. Sememangnya buah dari sebuah revolusi rakyat memakan masa untuk dituai. Ini harus difahami lantaran pemerintahan yang sudah berpuluhan tahun berkuasa dan didokong sepenuhnya oleh tentera dan golongan elit politik tidak mudah ditukar seluruhnya dengan sekelip mata. Sistem yang sedemikian lama mengawasi dan mengawal rakyat yang telah dikukuhkan dalam pentadbiran negara memerlukan masa secara bertahap untuk dirubah seluruhnya. Sistem birokrasi yang tidak mesra rakyat, pentadbiran agensi kehakiman yang korup, perjanjian antarabangsa yang telah dimeterai yang merugikan negara, sistem ekonomi dan pengurusan kewangan negara yang penuh kepincangan, peranan media perdana yang hanya berpihak kepada pemerintah, sistem pendidikan yang mengongkong, semua ini telah berjalan selama berpuluhan tahun dibawah regim tiranikal. Semua persoalan yang melengkari peristiwa Arab Spring ini penting difahami dan dianalisa oleh generasi muda terutama dikalangan pemimpin pelajar. Generasi muda tidak boleh dikaburi hanya dengan model pembangunan yang bercorak material dan melupakan tanggungjawab membanteras kepincangan serta menolak kebatilan dalam semua bentuk. Generasi muda seharusnya menjadi elemen sedar dikalangan rakyat lantaran mereka berpeluang menempatkan diri di menara gading. Dengan ilmu yang dikuasai, mereka terbeban dengan amanah besar untuk membela hak rakyat. Mereka harus mewakli suara rakyat jika berlaku kepincangan di kalangan pemimpin negara. Mereka semestinya mempertahankan kebenaran dan tidak berkompromi dengan kezaliman. Mereka perlu peka kepada isu-isu rakyat dan soal urus tadbir negara. Inilah yang sepatutnya dipelajari dari Arab Spring . Pemuda Arab Spring adalah pemuda yang berani berhadapan dengan penguasa yang zalim. Mereka tegar berhadapan dengan kuasa tentera. Gambaran di Medan Tahrir melambangkan kekuatan suara generasi muda tidak mahu berkompromi dengan pemerintah kuku besi. Kami khuatir generasi muda di negara ini jika dihanyut dengan keselesaan dan hidup manja oleh sogokan pemerintah, akan merosakkan masa depan negara. Tipisnya kepekaan generasi muda kepada isu-isu rakyat adalah natijah dari hidup selesa dan gaya hidup manja. Erti perubahan sebenar yang harus diperjuangkan oleh generasi muda hendaklah merujuk kepada pemerkasaan semula kepada nilai hidup insan berteraskan kepada akhlak dan pegangan kukuh kepada hidup beragama. Bermula dari memahami teras ini dan berasaskan pengukuhan nilai hidup ini, generasi muda boleh melihat kepincangan negara secara kritikal. Dengan itu segala isu kepimpinan, polisi urustadbir dan undang-undang negara dapat dianalisa dengan mendalam. Kerosakan yang berpunca dari kepincangan nurani pemimpin itulah yang perlu diperhatikan oleh generasi muda. Jika tidak, maka generasi muda yang bakal menerajui kepimpinan negara akan menyambung kerosakan yang dimula oleh pemimpin hari ini harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan