Isnin, 17 Disember 2012

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Karnival Kekeluargaan 1 Malaysia DUN Seberang Takir 2012

Posted: 16 Dec 2012 11:03 PM PST

Pada 14-15 Disember 2012 yang lalu, telah berlangsungnya Karnival Kekeluargaan 1 Malaysia DUN Seberang Takir 2012 bertempat di Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Telaga Daing. Pelbagai aktiviti telah berlangsung selama 2 hari program berlangsung. Antaranya ialah perasmian berkhatan dan bertindik, penyerahan bantuan nelayan ihsan samudera 1MDB, forum perdana dan program kraf kreatif.


Pada 14 Disember 2012, telah berlangsung Majlis Perasmian Program Berkhatan seramai 56 orang dan bertindik 23 orang. Bermula jam 8.30 pagi peserta mula mendaftar dan mengambil tempat. Seterusnya diikuti dengan majlis perlepasan perarakan peserta berarak mengelilingi Kg. Telaga Daing dan disambut dengan paluan kompang, bunga mangga dan perarakan pulut kuning. Selepas perasmian, menyuap pulut kuning kepada peserta berkhatan dan bertindik dan diakhiri dengan majlis bersiram untuk peserta berkhatan.

Di sebelah petangnya pula, bermula jam 2.30 petang, pendaftaran untuk Program Bantuan Nelayan Ihsan Samudera 1MDB. Untuk program ini berlangsung dalam dewan besar bangunan penyelaras UMNO. Selepas daftar, peserta diberi ceramah tentang "Ketuanan Melayu" oleh penceramah jemputan iaitu Y.Bhg. Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, bekas Naib Canselor UiTM. Selepas itu, dikuti dengan ucapan aluan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Ali bin Abdullah selaku Projek Koordinator Yayasan 1MDB. Program diakhiri penyampaian bantuan ihsan samudera kepada para nelayan seramai 450 orang.


Pada malamnya pula berlangsung Forum Perdana bertajuk " Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita" anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. Ahli panel jemputan ialah Y.Bhg. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Y.Bhg. Encik Kamal Affandi Hashim selaku penganalisis jenayah. Turut hadir sama Y.Bhg. Dato' Jamshah bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu merangkap Timbalan Pengerusi MCPF Terengganu dan DSP Chan Kuang Yu, Setiausaha Eksekutif MCPF. Selepas berakhir forum, cabutan nama bertuah telah diadakan untuk para hadirin. Tahniah diucapkan kepada semua yang terpilih untuk cabutan nama bertuah. Bagi yang kurang bertuah boleh cuba lagi di lain program akan datang. InsyaAllah.



Keesokkan paginya, 15 Disember 2012 dimulakan dengan majlis berkhatan dan bertindik. Sementara itu, majlis diteruskan dengan ceramah kekeluargaan oleh wakil dari Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu. Selepas itu, program kraf kreatif bersama Masterchef Jo. Beliau telah membuat demo masakan kek red velvet dan nasi beriyani. Berakhirnya program bersama Masterchef Jo, maka berakhirlah juga Karnival Kekeluargaan 1 Malaysia DUN Seberang Takir 2012 yang berlangsungselama dua hari berturut-turut.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program berlangsung. Kerjasama kalian menjayakan program ini amatlah dihargai. Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Menziarahi Pesakit Diabetis

Posted: 16 Dec 2012 07:54 PM PST





Pada 12 Disember 2012 yang lalu, dalam kesibukan persidangan dewan undangan negeri baru-baru ini, masih sempat untuk menziarahi pesakit diabetis bersama pengerusi JKKK, En. Nazri Ali di Kg. Seberang Takir. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dengan izin-Nya. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Nuffnang