Rabu, 23 Mac 2011

MY VOICE FOR NATION

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Maybank Anjur Karnival Kebajikan

Posted: 23 Mar 2011 04:49 PM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


【光明日报】张念群:政府应表明增建独中立场

Posted: 23 Mar 2011 09:39 AM PDT

Serdang MP Saudari Teo Nie Ching today urges the Minister of Education Tan Sri Muhyiddin Yassin and Deputy Minister of Education Datuk Wee Ka Siong make their stance clear - whether the government agrees to build new independent Chinese secondary school in Malaysia?

Teo pointed out that the government shouldn't hesitate in giving approval to the Chinese communities' proposals for building or reviving Chinese independent Chinese secondary schools as Prime Minister Datuk Seri Najib has openly commended Chinese independent secondary schools are an important national asset that has given birth to unique talents during an interview with Sin Chew Daily on 14 December 2009.

In January, Ministry of Education has issued an official statement on its Website to turn down a  proposal to revive an independent Chinese high school in Kuantan, Pahang. The statement said that it was government policy not to increase the number of independent Chinese schools. However, it was reported that the ministry has removed this statement from its official Website few hours after it has been posted in order to avoid BN from losing Chinese votes in Tenang By-election.

张念群(右)促请政府在增建独中的课题上,表明立场,不要模棱两可。左:灵北区国会议员潘俭伟。 (图:光明日报)

(吉隆坡23日讯)行动党沙登区国会议员张念群促请,政府不应再逃避增建独中的课题,而必须明确表达立场,说明到底政府是否批准增建独中,以给关心独中教育发展的华社人士一个交代。

她指出,尤其是教育部长丹斯里慕尤丁及副部长拿督魏家祥,更应该表明立场。

她表示,政府不能一再提供模棱两可的答案。 “政府是不愿增建独中还是有其他立场?我希望政府能够表明立场,避免增建独中课题成为国阵在选举中捞取政治利益的筹码。”

她促请政府不要一再以“独中不在1996教育法令范围内”为由逃避独中增建课题,因为这是不负责任的答案。

张念群在国会走廊出示证据,说明教育部曾在官方网站发表“政府现阶段或未来不考虑在关丹增建独中”的贴文,但在不到24小时内,有关贴文被删除。

(More......)

Urgent Appeal: Withdraw Disciplinary Charge On UM Student Representative

Posted: 23 Mar 2011 09:03 AM PDT

Source: http://demamalaysia.wordpress.com/

Urgent Appeal: Withdraw Disciplinary Charge On UM Student Representative Tan Tiong Yih. Please email to TNC HEP UM (tyma@um.edu.my)

请大家一人一封电邮传到马大学生事务处,要马大校方撤销学生代表郑传毅的控状!tyma@um.edu.my


Anyone who support to campus democracy can please download the following letter and email/fax to the UM Deputy Vice-Chancellor to give support to the UM student representative. 

Please spread this! Thanks.

URGENT APPEAL

WITHDRAW DISCIPLINARY CHARGE ON UM STUDENT REPRESENTATIVE

Tan Tiong Yih, a Universiti Malaya’s student representative was charged by the University Malaya (UM) authority under Universities and University Colleges Act (UUCA) with the reason of faking a medical certificate for his absence of a constitutional course on the eve of campus election nomination day. He has denied the allegation and was asked to attend an inquiry on 24/3/2011 (Thursday) to determine if action is to be taken against him for violation of rules and regulations of the university.

Please call, fax or email the sample letter below to UM Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs & Alumni), Prof. Datuk Dr. Rohana Binti Yusof to show your concern.

To:

Prof. Datuk Dr. Rohana Binti Yusof

(More......)

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Aram Meh Kitai Berubah

Posted: 23 Mar 2011 06:49 AM PDT

Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada Sabtu 16 April 2011, demikian ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Penamaan calon akan berlangsung pada Rabu 6 April 2011

Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menawarkan sebanyak 71 kerusi dibubarkan kelmarin. Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah pada 20 Mei 2006.

Setakat suku keempat 2010, seramai 979,796 pengundi telah berdaftar dengan SPR dan layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.

Daripada jumlah itu, 961, 433 adalah pengundi biasa manakala 18,363 pengundi pos.

Berdasarkan kedudukan semasa, Barisan Nasional (BN) Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang — DAP menguasai enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Ceramah dan penyampaian bantuan di Kg Tudan, Miri, Sarawak 22 Mac 2011.

Posted: 23 Mar 2011 02:18 AM PDT

n12selinsing

n12selinsing


TERKINI BANJIR DI BAGAN SERAI

Posted: 22 Mar 2011 09:01 PM PDT

23 Mac 2011 : Sehingga jam 11 am tadi


JUMLAH TERKINI MANGSA BANJIR DI BAGAN SERAI















DEWASA KANAK-KANAK
JUM KELUARGA PUSAT PEMINDAHAN
BIL NAMA KAMPUNG LELAKI WANITA LELAKI WANITA JUM
1 BATU 40, JALAN KERETA API 11 11 16 5 43 11 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
2 KAMPUNG PERLIS, BKT MERAH 1 1 0 0 2 1 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
3 PARIT MAT KELING 2 1 1 0 4 1 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
4 KAMPUNG TEBOK PANCHOR 3 2 1 2 8 2 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
5 KAMPUNG ALOR SETANGGOK 61 71 17 14 163 47 SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI DAHLAN
6 PARIT ABU HASAN BAN 12 13 11 5 41 12 DEWAN PEJABAT PENGHULU, ALOR PONGSU
7 PARIT ABU HASSAN 6 3 4 5 18 3 DEWAN PEJABAT PENGHULU, ALOR PONGSU
8 BATU 38, JALAN KERETA API 0 1 0 0 1 1 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
9 BATU 37, JALAN KERETA API 6 7 6 0 19 6 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
10 PARIT AIR HITAM 0 2 0 0 2 2 DEWAN PEJABAT PENGHULU, ALOR PONGSU

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Politik Lucah ala UMNO: Majlis Fatwa Kebangsaan Dan Mufti-Mufti Di Minta Memberi Pencerahan

Posted: 23 Mar 2011 06:09 AM PDT

23 Mac : Majlis Fatwa Kebangsaan dan Ashab as-Samahah Mufti-Mufti diminta memberi pencerahan dan panduan kepada ummat Islam dalam menangani pertuduhan liwat dan zina yang sedang melanda negara Malaysia secara besar-besaran terutama yang melibatkan maruah ummat Islam berbangsa melayu.

UMNO sejak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menerus menuduh beliau seorang peliwat. Asas pertuduhan ialah buku 50 Dalil, kenyataan Ummi Hafilda dan kenyataan Dr. Mahathir. Asas pertuduhan liwat terbaru pula ialah dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan. Liwat menjadi perbualan seluruh negara dalam media cetak dan media elektronik.



Sekarang bahan kempen mereka ialah video seks selama 20 minit yang didakwa sebagai aksi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Video itu didedahkan oleh 3 orang Dato' yang disifatkan rapat dengan UMNO iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah dan bekas senator yang juga bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula ketika mengulas 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian. Lihat Malaysiakini.

Kenyataan Menteri itu disangkal oleh Karpal Singh pula dalam satu kenyataan berkata, tindakan Datuk T itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam. 


Kita berharap para ahli muzakarah fatwa kebangsaan dan para mufti tidak berdam diri membiarkan ummat Islam terus hanyut menjalankan kehidupan tanpa mendapat panduan daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. 

.

.


BOLEHKAH DNA MENJADI BUKTI? ...

Posted: 22 Mar 2011 10:04 AM PDT

Akupun tidak tahu apa sebenarnya sedang berlaku dalam
kes perbicaraan liwat
Anwar Ibrahim dan Saiful.

Siapa betul, siapa salah? Tetapi aku tertarik dengan email
yang dihantar kepada aku.
Maka cuba baca dan fahami kedudukan sebenarnya
dalam perundangan Islam.

BOLEHKAH DNA MENJADI BUKTI?
...
From:
Ahbak 1963
...
Add to Contacts


Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari sedang hangat berlangsung sekarang. Kes yang disifatkan Anwar sebagai penuh konspirasi ini kini mengundang kekecohan berikutan keengganan ketua pembangkang itu untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA)nya. Pada perbicaraan 17 Februari lepas, menurut keterangan ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong, analisis DNA di bahagian atas rektum (dubur) Mohd. Saiful Bukhari Azlan menunjukkan kehadiran DNA dia sendiri dan DNA seorang lelaki lain yang dilabelkan sebagai 'Lelaki Y' yang merupakan penyumbang DNA yang dominan.

DNA 'Lelaki Y' juga ditemui pada seluar dalam kelabu kepunyaan Saiful. Beliau seterusnya berkata, analisis DNA di sekitar perianal (bahagian luar dubur) pengadu pula menunjukkan campuran DNA yang disumbangkan oleh Saiful, Lelaki Y dan seorang lagi lelaki [UM 17/02/11]. Pada hari perbicaraan berikutnya, Dr. Seah menyatakan bahawa dia tidak mengetahui siapa penyumbang profil DNA 'Lelaki Y' yang ditemui itu kerana dia hanya menerima sampel tompokan darah milik Mohd. Saiful Bukhari sebagai perbandingan profil DNA dan tiada sampel lain diperoleh untuk analisis yang dijalankannya [UM21/02/11].

Dalam perkembangan yang berkaitan, desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA secara sukarela bagi menyelesaikan misteri lelaki 'Y' terus disuarakan lebih 30 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun di Hotel Grand Seasons. Malah, kesemua yang hadir pada perhimpunan anjuran Gabungan NGO Malaysia (GNM) itu turut sependapat meminta mahkamah serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kuasa bagi mendesak Ketua Pembangkang tersebut berbuat demikian sekiranya beliau masih berdegil [UM 17/03/11].

Di Nibong Tebal Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dengan kerjasama PAS dan DAP mengadakan demonstrasi membantah tindakan sesetengah pihak yang disifatkan cuba mempolitikkan isu DNA Anwar. Ketuanya, Amir Md Ghazali ketika mengetuai demonstrasi aman di perkarangan tol Jawi pada 16 Mac lepas, berkata, bantahan yang diadakan oleh badan bukan kerajaan atau NGO kebelakangan ini adalah didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Dalam masa yang sama di dewan parlimen, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli membangkitkan isu pertuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat yang mencetuskan kemarahan anggota parlimen kerajaan. Perdebatan tercetus selepas Hatta dalam perbahasan Titah Diraja, menyentuh kempen yang akan dibuat PKR sebagai respons kepada isu liwat membabitkan Ketua Pembangkang yang bertemakan DNA-Datuk Najib Altantuya [harakahdaily.net].

Sautun Nahdhah siri 207 (tajuk: Anwar Saiful Dan...) telah pun menyentuh isu perbicaraan liwat Anwar-Saiful yang tidak dijalankan mengikut Islam dan kali ini, kita akan membincangkan satu lagi kesalahan perbicaraan yang dilakukan oleh mahkamah taghut ini dari aspek 'pembuktian' (al-baiyyinat) yang digariskan oleh Islam.

Jenis-jenis Pembuktian Di Dalam Islam

Hukum-hukum pembuktian (ahkam al-bayyinaat) menurut Islam adalah sama seperti halnya hukum-hukum Islam yang lain, di mana, ia merupakan hukum-hukum syarak yang digali dari dalil-dalil yang bersifat tafsiliyyah (terperinci). Syeikh Ahmad ad-Da'ur mendefinisikan 'bukti' (al-baiyyinat) sebagai 'semua hal atau perkara yang dapat membuktikan sesuatu dakwaan'. Bukti juga merupakan hujah bagi orang yang mendakwa atas dakwaannya. Islam menjelaskan bahawa al-baiyyinat (bukti) itu terdiri dari 4 jenis iaitu:-

(i) Pengakuan
(ii) Sumpah
(iii) Kesaksian
(iv) Dokumen-dokumen bertulis yang meyakinkan.

Keempat-empat bukti di atas adalah bukti-bukti yang telah ditetapkan oleh syarak dan tidak ada bukti-bukti yang lain yang diiktiraf oleh syarak selain dari 4 kategori bukti di atas. Banyak pihak yang masih terkeliru yang menganggap bahawa 'indikasi' (qarinah) adalah bukti, walhal qarinah tidaklah termasuk sebagai bukti menurut syarak [Syeikh Ahmad ad-Da'ur, Ahkam al-Baiyyinat Fil Islam].

Untuk mengatakan/memasukkan sesuatu itu sebagai baiyyinat (bukti), maka ia hendaklah berdasarkan dalil, bukannya berdasarkan akal, apatah lagi berdasarkan undang-undang taghut yang ada sekarang. 'Pengakuan' (al-iqrar) telah ditetapkan (sebagai bukti) berdasarkan nas yang jelas, yang tercantum di dalam Al-Quran dan juga Hadis. Allah SWT berfirman,

"Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil janji dari kamu (iaitu) kamu tidak akan menumpahkan darahmu (membunuh orang) dan kamu tidak akan mengusir dirimu (saudaramu) dari kampung halamanmu, kemudian kamu berikrar (akan memenuhinya) sedang kamu mempersaksikannya" [TMQ al-Baqarah (2):84].

Maksudnya, kemudian kalian berikrar (memberi pengakuan) dengan isi perjanjian tersebut dan kebenarannya. Dan Allah SWT telah menetapkan bahawa iqrar (pengakuan) mereka, lalu iqrar mereka menjadi hujah bagi mereka. Dalam hadis tentang Ma'iz telah disebutkan dari Ibnu 'Abbas,

"Bahawa Nabi SAW bertanya kepada Ma'iz bin Malik, 'Apakah benar apa yang telah disampaikan kepadaku tentang dirimu?' Ma'iz bertanya kembali, 'Apakah yang telah disampaikan kepadamu tentang diriku?' Nabi SAW menjawab, 'Telah sampai berita kepadaku bahawa engkau telah berzina dengan hamba perempuan keluarga si fulan'. Ma'iz menjawab, 'Benar'. Kemudian bersaksilah empat orang saksi. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar Ma'iz direjam. Maka direjamlah Ma'iz."

Dalam sebuah hadis lain, Nabi SAW bersabda,

"Wahai Unais (seorang lelaki dari Bani Aslam)! Temuilah wanita itu, jikad ia mengaku, maka rejamlah dia."

'Sumpah' (al-ayman) telah ditetapkan dalilnya (sebagai baiyinnah) baik di dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah. Allah SWT berfirman,

"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba. Barangsiapa yang tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya adalah puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar)" [TMQ al-Maidah (5):89].

Di dalam hadisnya, Rasulullah SAW bersabda,

"Bukti itu wajib bagi orang yang mendakwa sedangkan sumpah itu wajib bagi orang yang mengengkari(menafikan)nya."

'Kesaksian' (syahadat) juga telah ditetapkan dalilnya (sebagai baiyyinah), baik dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah. Allah SWT berfirman,

"Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antara kamu. Jika tak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan" [TMQ al-Baqarah (2):282].

Nabi SAW bersabda,

"Dua saksi dari kalian atau sumpahnya."

Sedangkan 'dokumen-dokumen bertulis' telah ditetapkan dalilnya (sebagai baiyyinah) di dalam Al-Quran. Allah SWT berfirman,

"Dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah muamalahmu itu), kecuali jika muamalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu tidak menulisnya" [TMQ al-Baqarah (2):282].

Ayat ini menunjukkan bahawa bukti-bukti bertulis, baik berupa dokumen-dokumen perdagangan, laporan-laporan tertulis dan lain-lain adalah termasuk dalam kategori bukti-bukti (al-baiyyinat) secara syar'ie.

Kesemua jenis baiyyinat yang telah disebutkan di atas adalah digali (dan telah ditetapkan) dalilnya dari Al-Quran dan juga As-Sunnah. Sedangkan indikasi (qarinah) tidak dianggap (tidak termasuk) sebagai sebahagian dari baiyyinat secara syar'ie, tidak kira samada qarinahnya bersifat qat'ie (pasti) mahupun tidak. Sebab, tidak ada satu dalil/nas pun yang menunjukkan bahawa 'indikasi' (qarinah) merupakan baiyyinah yang syar'ie. Baiyyinah tidak diakui sebagai baiyyinah yang syar'ie kecuali ada dalil yang menetapkannya atau termasuk sebahagian dari dalil-dalil.
Oleh kerana itu, seorang detektif/penyiasat atau anjing pembantu tidak termasuk sebagai baiyyinat yang syar'ie. Walaupun benar bahawa qarinah seorang detektif atau anjing pembantu dan sebagainya boleh digunakan untuk menyelidiki/menyiasat suatu kejadian, akan tetapi 'penyelidikan/siasatan' dan 'bukti' adalah dua hal yang berbeza. Pelbagai hal mungkin sahaja boleh digunakan untuk menyiasat, misalnya 'ucapan' seorang pembunuh yang menuduh bahawa orang lain (si fulan bin si ulan) adalah orang yang membunuh. Ucapan ini boleh sahaja digunakan untuk menyiasat si fulan, tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai bukti atas suatu dakwaan.

Rasulullah SAW ketika bertanya tentang seorang jariyah (hamba perempuan) yang terbunuh, siapakah yang telah membunuhnya, kemudian disebut nama si fulan dan si fulan, yang mengisyaratkan kepada nama seorang Yahudi, baginda tidak menetapkan ucapan itu sebagai baiyyinah meskipun baginda tetap melakukan penyiasatan terhadap lelaki Yahudi tersebut berdasarkan apa yang didengarnya tadi. Selanjutnya, lelaki Yahudi itu dipanggil dan dia mengakuinya, maka Yahudi itu pun dibunuh (qisas). Demikianlah kedudukan qarinah atau yang sejenisnya yang harus diselidiki terlebih dahulu, tetapi tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Adapun tentang keterangan atau maklumat yang diperolehi dari orang-orang yang ahli/pakar, laporan-laporan yang jelas dan terang dari pakar dan sebagainya, kesemua hal ini tidak termasuk sebagai baiyyinah. Kesemuanya hanyalah sekadar informasi (khabar) dan khabar ini boleh dibangun di atas dasar dzan (sangkaan kuat) dan dalam masalah ini ia cukup disandarkan kepada berita ahad (berita yang tidak sampai ke darjat yang meyakinkan). Namun khabar ini tetap tidak boleh dijadikan sebagai baiyyinah untuk memperkuatkan dakwaan. Khabar hanya boleh dijadikan penguat untuk menguatkan salah satu perkara dari perkara-perkara dakwaan. Bagi orang yang memberikan khabar tersebut, sah untuknya menyampaikan khabarnya berdasarkan dzan (sangkaan kuat)nya.

Bolehkah DNA Dijadikan Bukti?

Perkembangan sains dan teknologi pada hari ini telah melahirkan satu lagi hasil kajian sains yang digunakan di mahkamah iaitu penggunaan DNA sebagai bahan bukti. Ia telah banyak digunakan di mahkamah-mahkamah di seluruh dunia sebagai bukti sama ada untuk mensabitkan atau melepaskan seseorang dari suatu dakwaan. Di Malaysia, rang undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 telah dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 18 Ogos 2008 oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Ia bertujuan mewajibkan suspek kes jenayah memberikan sampel DNA mereka kepada pihak berkuasa dan jika rang undang-undang itu diluluskan, tertuduh dan suspek kes jenayah yang enggan memberi sampel DNA boleh dikenakan hukuman. Apa yang pasti, rang undang-undang ini mula dibentangkan di Parlimen sebaik sahaja kes liwat yang membabitkan Anwar Ibrahim ingin dimulakan. Namun hingga ke hari ini, tidak kedengaran perkembangan terkini tentang rang undang-undang ini.

Apa pun, melihat kepada perbicaraan liwat Anwar sekarang, UMNO-BN kini sedang berusaha dan sedang memperkudakan NGO-NGO pro-kerajaan untuk mendesak mahkamah dan polis campurtangan untuk mendapatkan DNA ahli parlimen Permatang Pauh itu. Persoalannya, bolehkah DNA dijadikan bukti di mahkamah untuk mensabitkan seseorang (dalam kes ini, Anwar)? Berdasarkan apa yang telah diterangkan di atas, sesungguhnya 'bukti' di dalam Islam itu hanyalah empat jenis sahaja dan tidak lebih dari itu. Selain empat jenis tersebut, apa yang relevan yang dikemukakan kepada mahkamah hanyalah boleh menjadi qarinah tetapi tidak boleh digunakan sebagai 'bukti' untuk mensabitkan seseorang.

Menggunakan qarinah untuk mensabitkan seseorang adalah salah dari sisi Islam dan merupakan suatu kezaliman. Ahkamul bayyinat (hukum-hukum pembuktian) di dalam Islam telah pun jelas dan sempurna sejak zaman Rasulullah lagi dan tidak boleh ditokok tambah dengan sains dan teknologi. Ini bukan bermakna bahawa Islam menolak sains tetapi sains mestilah digunakan bersesuian dengan Islam. Walaupun terbukti bahawa sains banyak membantu dan amat bermanfaat untuk manusia, tetapi sains hendaklah tunduk kepada Islam, bukannya Islam yang tunduk kepada sains. Dalam sains itu sendiri masih boleh wujud kesilapan dan ketidakpastian dan hal ini sering terjadi dan sentiasa sahaja ditemui di mana-mana. Justeru, menghukum seseorang berdasarkan sains, selain menyalahi hukum syarak, akan menyebabkan kezaliman kepada si tertuduh.

DNA sememangnya boleh dijadikan qarinah untuk menyokong sesuatu pertuduhan, namun DNA tidak boleh sekali-kali digunakan untuk mensabitkan seseorang itu dengan kesalahan. Ini kerana, qarinah tidak termasuk salah satu dari jenis 'bukti' secara syar'ie. Qarinah dan baiyyinah adalah dua perkara yang berbeza dan mesti dibezakan. Qarinah merupakan satu hal yang boleh menunjukkan berlakunya sesuatu yang ingin dibuktikan, tetapi ia bukanlah bukti secara tersendiri. Contohnya di dalam kes zina, Islam telah pun menetapkan hukum pembuktiannya yang tersendiri iaitu dengan tiga cara yakni:-

(i) mesti mendatangkan empat orang saksi (lelaki). Tidak cukup dengan empat saksi, Islam menetapkan lagi bahawa kesemua saksi itu mestilah melihat dengan jelas kejadian zina itu umpama 'timba masuk ke dalam perigi'

(ii) 'pengakuan' dari penzina itu sendiri

(iii) khusus bagi perempuan, bukti kehamilannya, dengan syarat perempuan itu disahkan belum berkahwin dan tidak ada bukti bahawa dia dirogol atau masuknya air mani lelaki ke dalam farajnya dengan cara lain selain perzinaan.

Justeru, sekiranya ketiga-tiga cara pembuktian ini tidak wujud atau gagal dibuktikan, maka ia tidak boleh disabitkan dengan kesalahan zina.

Katalah terbukti sekalipun melalui kaedah DNA di mana terdapat DNA (atau air mani) seorang lelaki di dalam farajnya, keadaan ini hanyalah menjadi 'qarinah' bahawa telah terjadi perzinaan di antara lelaki dan wanita terbabit. Inipun hanyalah kemungkinan sahaja, kerana dari segi fakta, boleh sahaja air mani masuk ke dalam faraj seseorang wanita melalui cara lain (tanpa perzinaan). Namun, apa yang lebih penting adalah persoalan baiyyinat yang perlu diperhatikan!
Tanpa adanya empat orang 'saksi' atau 'pengakuan' dari perempuan atau lelaki yang berzina itu, maka dia tidak boleh disabitkan dengan kesalahan zina atau dengan kata lain dia tidak boleh dihukum kerana tidak ada 'bukti' bahawa dia telah berzina. Tidak ada bukti kerana tidak adanya 'pembuktian' yang ditetapkan oleh nas, untuk membolehkan dia disabit atau dihukum dengan kesalahan zina. Yang wujud hanyalah qarinah yang menunjukkan bahawa mungkin telah berlaku 'aktiviti' zina (melalui pengesahan DNA dari air mani), namun 'pembuktian' (baiyyinat) zina langsung tidak wujud!

Begitulah juga dengan kes liwat di mana berdasarkan hukum pembuktian di dalam Islam, liwat hanya akan terbukti dengan:-

(i) pengakuan atau

(ii) kesaksian 2 orang saksi atau seorang lelaki dan dua orang perempuan (yang adil). Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui dua cara ini, maka kes liwat sebenarnya tidak terbukti dan tertuduh mesti dilepaskan.

Sekiranya benar sekalipun tertuduh melakukan liwat (tanpa dapat dibuktikan), walaupun dia terlepas di dunia, namun dia sekali-kali tidak akan terlepas di akhirat.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Seperkara yang kita perlu ingat ialah, sekiranya DNA boleh dijadikan sebagai bukti (untuk menjatuhkan hukum), maka ini secara automatik akan menjadikan hukum syarak tentang pembuktian seolah-olah tidak ada nilainya. Kenapa? Kerana keperluan 'empat atau dua orang saksi' sudah tidak lagi diperlukan, cukuplah dgn DNA untuk membuktikan segala-galanya! Padahal keperluan dua atau empat saksi adalah ketetapan dari Allah SWT secara qath'i di dalam Al-Quran. Dengan demikian, mana-mana hakim yang memutuskan kesalahan seseorang hanya berdasarkan DNA, maka dia sesungguhnya telah menyalahi ketetapan dari Allah dan ini merupakan suatu kezaliman. Na'uzubillah min zalik.
Sesungguhnya tidak akan pernah wujud keadilan selama-lamanya selagi mana sesuatu kes itu dibicarakan menurut undang-undang manusia, bukannya undang-undang Allah. Justeru, pertelagahan demi pertelagahan yang muncul dalam kes ini, segalanya akan mengundang kepada kesia-siaan selagi mana ia diperdebatkan di sepanjang koridor sekularisme! Justeru, marilah kita sama-sama berusaha menukar sistem taghut ini kepada sistem Islam agar semua pihak akan benar-benar mendapat keadilan.
HTM

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Rakaman Pendedahan Datuk Johari Abdul Berhubung Dalang Disebalik Video Lucah

Posted: 23 Mar 2011 03:49 AM PDT

Pemimpin Umno BN Keterlaluan

Posted: 23 Mar 2011 03:05 AM PDT

Dari Harakah

Tindakan para pemimpin Umno BN itu, menurut beliau, amat keterlaluan kerana untuk mengekalkan kuasa mereka sanggup melakukan apa sahaja terasuk penipuan dan mengabaikan kepentingan rakyat di tanah air sediri.

“Terbaru, mereka juga sanggup membuat dan menayangkan video lucah kepada golongan tertentu yang mengaitkannya pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak sedarkah mereka dengan bahaya fitnah yang dibuat oleh mereka itu. Pada hal dalam Islam fitnah itu ditegah oleh Allah dan bahayanya amat besar,” kata Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib.

Antara bahaya fitnah, katanya, ia akan menyebabkan seseorang itu terkena dosa khazah, merrosakkan diri sendiri, masyarakat dan negara.

“Orang yang membuat dan menyebarkan fitnah juga perlu sedar, jika hari ini dia membuat fitnah kepada seseorang, suatu hari nanti fitnah yang dibuatnya itu akan turut menimpa dirinya sendiri pula,” tegasnya.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar berfikir lebih jauh dengan permainan politik kotor para pemimpin Umno BN dan tidak lagi memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah negara dalam PRU Ke-13 akan datang.

Selain itu, katanya Umno atau BN difahamkan telah meluluskan kemasukan 90,000 pekerja asing ke negara ini yang akan berperanan sebagai pengundi bagi pihak parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Selain PRU, mereka juga didakwa akan turut dipergunakan oleh Umno BN dalam siri pilihan raya kecil dari semasa ke semasa untuk menghadapi Pakatan Rakyat bagii membolehkan mereka menempa kejayaan.

Ketika mendedahkan perkara itu berkata, daripada angka itu, 45,000 orang didatangkan dari India manakala selebihnya dari negara-negara lain termasuk Myanmar.

Menurut beliau, pekerja dari Myanmar kini kebanyakannya tinggal di Langkawi dan bekerja sebagai nelayan sehingga menyebabkan nelayan-nelayan tempatan di Langkawi mengalami kerumitan untuk menangkap ikan akibat persaingan daripada mereka.

Kata, keadan itu terjadi kerana mereka sendiri yang lebih berkuasa dalam aktiviti menangkap ikan berbanding nerlayan tempatan kerana dibantu dan disokong sepenuhnya oleh para pemimpin Umno.

“Peliknya pula mereka juga sanggup membawa masuk pekerja dari India sedangkan orang-orang India yang dah ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada kerja.

“Selain itu, mereka sanggup membantu pekerja-pekerja India dari India dalam segala segi sedangkan orang-orang India yang ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada rumah,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Apa Akan Jadi Jika Anda Mempelawa Rakan Dari Facebook Dan Twitter Menonton Video Lucah?

Posted: 23 Mar 2011 01:23 AM PDT

Dari Merdeka Review

Cuba anda bayangkan, mungkinkah White House, kediaman Presiden Amerika Syarikat menyewa Blair House, iaitu rumah tetamu rasminya kepada orang yang tidak diketahui identitinya, untuk menayangkan “filem lucah”, sebagai serangan terhadap pembangkangnya?

Kelmarin, seorang lelaki yang menggelar dirinya Datuk T (gagal dikenalpasti kesahan gelaran Datuk-nya, memandangkan semakin ramai Datuk muncul buat masa kini) telah menayangkan satu klip video di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur. Pengamal media yang diundang menerima sms pada awal pagi, “terlepas peluang keemasan kalau tak datang”. Maka suasana pemandangan Tasik Perdana yang aman dan tenang di sekitarnya berkocak, diusik dengan “kegemparan” tersebut.

Menurut laporan, penganjur amat berwaspada sepanjang proses ini. Mereka yang hadir diminta untuk memakai jubah. Motifnya cukup meragukan dengan aturan sedemikian. Hotel yang berkelas tinggi biasanya tidak akan menyewa tempatnya kepada pihak sedemikian, agar tidak menimbulkan kebimbangan penyewa hotal yang lain – melainkan jikalau tujuannya dijelaskan.

Seandainya Datuk T berterus-terang, maka “tayangan” tersebut semestinya dibatalkan. Mustahil untuk mana-mana hotel yang memiliki reputasi antarabangsa menyewa tempatnya untuk tujuan membongkar keperibadian orang lain. Hal ini berkaitan dengan jenama, maruah dan tanggungjawab undang-undang – yang mustahil untuk dikompromi.

Jadi, Carcosa Seri Negara yang dimiliki sepenuhnya kerajaan menjadi satu-satunya pilihan. Keadaannya mudah dikawal, kesepian kerana terasing dari kesibukan bandar, maka tidaklah menarik tumpuan orang yang tidak berkenaan.

Tadi saya menyebut “keperibadian”. Betul, kejadian ini melibatkan keperibadian orang lain. Dari segi perundangan jenayah di Malaysia, ia cukup untuk disabit dengan pelbagai tuduhan jenayah. Namun demikian, seperti kes Chua Soi Lek yang berlaku tiga tahun lalu, dari Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein hinggalah IPD Kuala Lumpur – semuanya tidak berminat dengan perakam video, sebaliknya meminta agar mangsanya membuat laporan polis terlebih dahulu. Ia seolah-olah apabila anda dirompak peragut, dan anda meminta pertolongan daripada polis yang sedang menyaksikan apa yang berlaku – kemudian anda dibalas oleh polis tersebut, “Sudahkah kamu buat laporan polis?”

Lebih-lebih lagi, “Datuk T” menyiarkan klip video seks secara terbuka, malah mendesak agar orang yang kononnya dalam video tersebut berundur bersama isterinya, dan mengugut “(babak yang lebih hebat) akan datang lagi”. Takkanlah seseorang begitu angkuh, seandainya tidak disokong dengan kuasa yang besar di sebalik tabir?

Seandainya anda menghantar sms, malah mengundang media dalam facebook untuk menonton bersama di sebuah kafe tertentu – klips video seks penyanyi terkenal Indonesia, Ariel bersama teman wanitanya – malah mendakwa “akan datang (lagi adegan-adegan yang hebat)”. Saya sanggup “potong” – jikalau tiada apa-apa berlaku kepada anda selepas itu.

Bangunan bersejarah jadi mangsa politik jijik

Carcosa Seri Negara dibina atas cadangan Residen-Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham pada ketika itu. “Carcosa” dinamakan Sir Frank Swettenham sendiri, dan menjadi kediaman rasmi wakil-wakil tertinggi British. Pada September 1956, Tunku Abdul Rahman yang bermurah dengan hati “rakyat”, meluluskan usul dalam mesyuarat untuk menjadikan bangunan di atas bukit ini sebagai kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British selepas merdeka.

Keputusan ini semestinya tidak direstui nasionalis dalam UMNO. Pada pertengahan tahun 1980-an, Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Anwar Ibrahim (gambar kanan) cuba menyerang dengan wacananya, seiring langkah “decolonize” oleh Mahathir Mohamad – berjaya memaksa London untuk melepaskan aset ini kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1987. Tunku Abdul Rahman biarpun marah apabila dituduh oleh generasi muda bahawa beliau cuba “memikat hati British”, namun hanya boleh mengeluh kerana senario tidak lagi memihak kepada dirinya pada ketika itu.

Perubahan berlaku mengikut peredaran zaman. Setelah Carcosa menjadi rumah tetamu rasmi negara, maka ia juga jatuh ke dalam genggaman UMNO. Anwar Ibrahim yang didakwa sebagai lelaki dalam klip video seks itu, mungkin lebih rela “Carcosa” masih “Carcosa” yang asalnya – melihat kepada nasib dirinya pada hari ini. Sebagai bangunan rasmi kediaman diplomat asing, ia semestinya tidak akan menjadi mangsa pergelutan kuasa politik yang jijik.

Penulis Jerman, Thomas Mann pernah berkata, “Tief ist der Brunnen der Vergangenheit. Sollte man ihn nicht unergruendlich nennen?”. Maknanya, masa silam terlalu kompleks, sarat dengan kontradiksi yang tidak terhingga. Apabila terlalu ke depan untuk memperjuangkan nasionalisme, ia tidak terelak untuk membayar harganya. Ada kalanya, jenaka sejarah ini cukup zalim.

*Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini disedut, disunting dan diterjemahkan dari teks asal, yang disiarkan pada 22 Mac 2011.

Masih Ada Banyak Lompang Dalam Kes Pendakwa– Sankara

Posted: 23 Mar 2011 01:05 AM PDT

Dari KeadilanDaily

Peguam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata pasukan peguambela akan terus membongkar kepincangan kes pendakwa walaupun keputusan mahkamah hari ini mengecewakan mereka.

"Terdapat banyak isu yang kita akan bangkitkan nanti. Terdapat banyak lompang dalam kes pendakwa yang kita akan bongkarkan satu-persatu kelak," kata Sankara kepada wartawan selepas perbicaraan ditangguhkan hari ini.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang menghakimi perbicaraan Fitnah II hari ini membuat kejutan apabila menukar keputusan bicara-dalam-perbicaraan sebelum ini yang menolak bahan bukti DNA yang diambil secara tipu helah sewaktu Anwar ditahan pada 16 Julai 2008.

Menurut Sankara, walau pun sample DNA yang dikatakan milik Anwar sebelum ini akan diterima mahkamah, pihak pendakwa sebenarnya tidak juga mempunyai bukti bahawa ketiga-tiga barang tersebut digunakan Anwar sewaktu beliau dilokap.

"Tiada bukti bahawa Anwar menggunakan ketiga-tiga barang itu," kata Sankara.

Mengulas lebih lanjut, Sankara berkata keputusan terbaru mahkamah hari ini memberikan lebih cabaran kepada pasukan peguam bela dalam menyediakan hujah mereka .

"Ia memberikan kita 'lebih banyak kerja' sekarang ini dan perbicaraan mungkin akan menjadi lebih panjang," kata Sankara.
Perbicaraan yang hanya berlangsung selama kira-kira lima minit hari ini ditangguhkan pada jam 9.04 pagi dan bersambung semula esok jam 9 pagi.

Pasukan pendakwa raya dijangka memanggil ahli kimia dari Jabatan Kimia, Aidora Saedon dan bekas Ketua Unit Forensik Bukit Aman, Amidon Adnan.

Mereka dijangka akan membantu mahkamah untuk mengecam dan menandakan tuala muka 'Good Morning', botol air mineral 'Cactus' dan berus gigi yang baru sahaja diterima mahkamah sebagai bahan bukti.

Kenyataan Media Mustaffa Kamil Ayub Presiden MAP

Posted: 23 Mar 2011 12:46 AM PDT

23 MAC 2011

Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) Mengenai Isu Video Seks Membabitkan
Nama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) kesal dengan tindakan pihak yang menayangkan video seks membabitkan nama DSAI kepada pihak wakil-wakil media. Apakah motif sebenarnya tindakan tersebut? MAP berpandangan ia sewajarnya diadukan kepada pihak polis bagi tindakan pengadilan yang sewajarnya.

MAP juga mempersoalkan mengapa video yang boleh dianggap sebagai video lucah ditayangkan kepada umum disebuah tempat awam, tanpa tindakan tegas pihak Kerajaan Persekutuan. Sikap membiarkan sahaja penayangan tersebut amat disangsikan motifnya.

MAP berpandangan, pengendalian kes ini wajarlah dibuat dengan berhemah kerana ia membabitkan pendedahan terhadap generasi muda. Para ulama juga sewajarnya menasihati pihak yang terbabit dalam pengendalian kes seumpama ini.

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Presiden
Memacu Arus Perjuangan (MAP)

Pendedahan Dalang Disebalik Video Lucah Oleh YB Datuk Johari Abdul

Posted: 22 Mar 2011 11:13 PM PDT

Berikut disiarkan kenyataan akhbar oleh Ahli MPT KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato' Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato' Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya ("Johari Abdul") adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato' Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara.

Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato' Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin Pakatan Label Video Seks ‘Taktik Kotor’

Posted: 22 Mar 2011 05:46 PM PDT

Ihsan Malaysiakini
Rakaman Sidang Media Pakatan Rakyat

Tangkap Segera Datuk T, Gesa Karpal

Posted: 22 Mar 2011 05:41 PM PDT

Dari Malaysiakini

Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada ‘Datuk T’ kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan ‘Datuk T’ berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Nuffnang