Nuffnang

MY VOICE FOR NATION

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG

MY VOICE FOR NATION


Najib likely to reshuffle Cabinet, push polls back

Posted: 31 Dec 2011 09:34 PM PST

Financial scandals of the year

Posted: 31 Dec 2011 01:03 AM PST

Dr Shafie Abu Bakar

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG

Dr Shafie Abu Bakar


Menyambut Tahun Baru 2012 Dengan Azam Dan Pengisian: Gagasan PESURAT Mekanisme Membina Peradaban Dan Tamadun Ummah

Posted: 31 Dec 2011 04:00 PM PST

Philosophy Politics Economics

Posted by Unknown | Posted on 9:18 PTG

Philosophy Politics Economics


KLIA 2: Delay and More Delays?

Posted: 30 Dec 2011 10:33 PM PST

When will KLIA2 - the new "low-cost terminal" actually get completed?

1. September 2011

Deputy Transport Minister Datuk Abdul Rahim Bakri, who also attended the press conference, said the tender for the construction of the new LCCT will be called as soon as the design is completed. The new LCCT is expected to be completed by September 2011. The terminal, estimated to cost RM2 billion, will be built about 2km away from KLIA. ~ 30/10/2009 Business Times

The building of a new Low Cost Carrier Terminal (LCCT) will be completed by the end of 2011 although its construction faced some delay, said Deputy Transport Minister Datuk Abdul Rahim Bakri. "The project's progress should be 15.5 per cent but right now it is 13.5 per cent. Based on the current status the delay is two per cent or 18 days," he said.

~ 17/11/2009 Bernama

2. Early 2012

The new low-cost carrier terminal (LCCT) is expected to be ready by late 2011 or early 2012, said Malaysia Airports Holdings Bhd's (MAHB) managing director, Tan Sri Bashir Ahmad. Earlier, it was expected to be ready by September 2011. ~ 1/9/2010 Bernama

3. April 2012

Kumpulan UEM Bhd. dan Bina Puri Holdings Bhd , yang bertindak sebagai kontraktor utama bagi terminal baru itu memberi jaminan projek itu akan disiapkan tepat pada masanya … ''Kami berupaya menepati tempoh pembinaan yang ditetapkan dan penyerahan KLIA2 akan dibuat pada akhir tempoh 20 bulan (April 2012) seperti yang ditetapkan kerana kami memiliki sumber, kepakaran dan pengalaman,'' janji Pengarah Urusan Kumpulan UEM, Datuk Izzaddin Idris. ~ 1/9/2010 Utusan Malaysia

4. October 2012

Semua syarikat penerbangan tambang murah akan berpindah ke terminal penerbangan tambang murah tetap baru, KLIA2, yang dijadualkan siap pada bulan Oktober 2012, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha. ~ 25/1/2011 Kosmo

5. April 2013

SEPANG: The new low-cost carrier terminal, expected to be operational by April 2013, will cost Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) between RM3.6 billion and RM3.9 billion, and it will come with aerobridges. ~30/11/2011 Business Times

Will that be the last and final delay?

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted by Unknown | Posted on 3:07 PTG

Dr Siti Mariah Mahmud


SINAR SALAH LAPOR SAYA "SIMPATI" PADA SHAHRIZAT

Posted: 31 Dec 2011 10:44 AM PST

Saya ingin menjelaskan laporan SINAR HARIAN beberapa hari yang lepas mengenai kononya saya simpati kepada Sharizat Jalil. Soalan pemberita dikemukakan kepada saya selepas kenyataan akhbar mengenai isu penapisan filem. Dia bertanya adakah pendirian muslimat PAS sama dengan Wanita PKR mengenai isu NFC. Saya mengatakan tentulah sebab ianya isu nasional dan melibatkan penyalahgunaan wang rakyat. Cuma saya kata dalam nada sinis yang "kesianlah" Shahrizat, kerana dia seorang sahaja yang dikambinghitamkan sedangkan Timbalan Perdana Menteri yang meluluskan pinjaman tersebut terlepas dan suaminya pun nampak macam terlepas juga. Mungkin inilah yang dikatakan saya "bersimpati dan menyokong" Sharizat. Saya juga menambah yang adalah mustahil seorang isteri tidak tahu yang syarikat suaminya mendapat pinjaman RM250 juta. Secara tersirat saya mengatakan Shahrizat telah berbohong.

Saya juga mengatakan (lebih kurang) yang walaupun beliau seorang yang baik, peramah dan dikatakan dapat menyelesaikan masalah kebajikan rakyat, namun ia tidak dapat menjadi alasan untuk menyelamatkan dari penyalahgunaan wang rakyat. Ianya dua perkara yang berbeza.

Selain daripada itu saya TIDAK memberi komen tentang kedudukan dia sebagai Ketua Wanita Umno atau samada dia patut meletakkan jawatan sebagai menteri seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Saya harap TVPAS akan juga menyiarkan bahagian temuramah ini untuk rakyat membuat kesimpulan sendiri.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012

Posted: 31 Dec 2011 09:52 AM PST


Sekali lagi setahun berlalu dengan pantas terutama bagi kita yang mempunyai banyak tugas yang masih belum selesai. Walaubagaimanapun saya merasa lega kerana hari yang kita tunggu-tunggu semakin dekat walaupun tiada siapa yang tahu bila tarikh keramat PRU13 akan menjelma kecuali........

Ya, tahun 2012 yang dinanti-nanti telah tiba dan kini kita melangkah bersama-sama ke dalamnya. Maka ramailah yang akan atau telah membuat resolusi tahun baru. Apa ya resolusi anda? Saya antara orang yang tidak suka membuat resolusi tahun baru... ha ha ha kerana selalu tak menjadi. Sebab itu saya tidak ghairah menyambut tahun baru. Nampaknya orang Kota Raja macam saya juga. Saya menghadiri 4 majlis malam ini namun tiada satu pun program menyambut tahun baru.

Bagi saya kita sebenarnya membuat resolusi setiap hari...untuk menjadi lebih baik esoknya daripada hari ini, berusaha untuk lebih bahagia dan berjaya. Kita tidak boleh menunggu tahun baru untuk membuat perubahan positif pada diri dan dunia di sekeliling kita. Namun ada di antara kita yamg perlukan garisan permulaan dan garisan penamat untuk mencapai sesuatu visi atau matlamat.

Jadi kita mengharapkan supaya semua yang ingin perubahan di dalam negara kita tidak hanya berharap tanpa usaha kerana tahun 2012 akan dikenang rakyat sebagai tahun berlakunya perubahan landskap pemerintahan negara, insyaallah. Adakah kita mahu menjadi sebahagian daripada agen perubahan ini atau kita hanya mahu menjadi pemerhati?? Apa resolusi anda untuk membantu mengubah senario politik negara kita? Jangan berharap untuk melihat UMNO/BN akan tumbang begitu sahaja tanpa anda mengangkat satu jari pun. Setakat membaca dan mencari maklumat di internet, marah kepada kerajaan UMNO/BN kerana penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat dan rasuah, mendengar ceramah di sana sini dan lain-lain seumpamanya yang tidak akan mengubah apa-apa. Ayuh buatlah sesuatu yang anda mampu untuk memastikan dalam tahun 2012 ini rakyat terutamanya orang Melayu akan berubah untuk menyokong Melayu dalam PAS dan PKR dan menolak Melayu UMNO. Kita tidak akan mengubah apa-apa kalau setakat bertakbir dan melaungkan reformasi. We need actions.

Selamat Menyambut Tahun Baru. Semoga bertambah keazaman, kejayaan, kebahagiaan, kesenangan, kesihatan dan ketaqwaan

DMPP sanggah Wanita MCA

Posted: 31 Dec 2011 04:16 AM PST

Suara Sri Andalas

Posted by Unknown | Posted on 3:03 PTG

Suara Sri Andalas


Perutusan YB Dr Xavier Jayakumar Sempena Tahun Baru 2012

Posted: 30 Dec 2011 08:00 PM PST

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 kepada semua rakyat di negeri Selangor. Tahun 2011 telah pun melabuhkan tirainya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat yang telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat yang telah diberi mandat untuk menerajui negeri Selangor yang kita cintai ini.

Pakatan Rakyat akan terus berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri Selangor dengan program-program pembangunan dan program-program bersifat kebajikan Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Tidak lupa ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kesemua tenaga kerja sukarela dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung demi mengusahakan impian rakyat negeri Selangor menjadi satu kenyataan.

Ayuh, mari kita melangkah maju ke tahun baru ini dengan penuh keazaman, perubahan ke satu tahap yang lebih baik serta mencapai kebahagiaan dan kemakmuran yang diidamkan.


Sekian, Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.


YB DR XAVIER JAYAKUMAR
ADUN Seri Andalas
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Rakyat Selangor Dapat Wifi Percuma 2012

Posted: 30 Dec 2011 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR 30 Disember : Bagi mendekatkan lagi agenda kerajaan negeri dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Selangor bakal memperuntukkan jalur lebar (wifi) percuma kepada rakyatnya bermula 2012.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, langkah bijak Selangor itu bagi melahirkan rakyat celik internet di samping dapat menyalurkan maklumat dengan tepat kepada rakyat lapor Keadilan Daily.

"Dengan adanya wifi percuma, rakyat lebih senang mendapatkan informasi tepat dan benar daripada kerajaan negeri khususnya.

"Ini adalah salah satu cara sesebuah negara demokrasi memberi kemudahan kepada rakyatnya," kata Pei Nei.

Kata beliau, bagi memperluaskan kemudahan itu, beliau menyarankan Kerajaan Selangor menubuhkan pusat internet terutamanya di kawasan kampung.

"Sasaran kemudahan ini akan dinikmati masyarakat bandar dan desa seluruh Selangor. Pelaksanaan yang bakal dimulakan pada tahun depan itu akan diadakan secara berperingkat.

"Kita sedar bukan semua mempunyai komputer, dan atas sebab itu saya mencadangkan pembinaan pusat cyber rakyat bagi keluarga yang tidak mempunyai komputer," ujarnya.

Tambah Pei Nei, program itu juga mungkin diperluaskan dengan menyalurkan komputer percuma kepada setiap keluarga.

"Kerajaan Selangor harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan keluarga kurang berkemampuan supaya mereka tidak akan ketinggalan maklumat terkini," katanya.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pelaksanaan wifi percuma di Selangor bagi memastikan rakyatnya dapat menerima informasi dengan tepat dan bebas, sesuai dengan Enakmen Kebebasan Informasi (FOI) yang diluluskan kerajaan negeri.


Sumber: Selangorkini

Kerajaan Selangor Sediakan Banyak Tanah Simpanan Untuk Bina Sekolah

Posted: 29 Dec 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 29 DIS: Selangor memiliki beberapa rizab tanah simpanan yang boleh dibangunkan untuk pembinaan sekolah baru di negeri ini.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kemiskinan, Dr Xavier Jayakumar berkata, beberapa pemaju besar di negeri ini memiliki kapisiti tanah yang besar yang boleh dibangunkan Jabatan Pendidikan sebagai kawasan sekolah pada bila-bila masa.

"Walaupun kita telah menyediakan beberapa tanah untuk pembinaan sekolah di Selangor, malangnya ianya dibiarkan dan pembinaan sekolah kita tidak nampak. Oleh itu kita membuat keputusan di mana tanah-tanah sekolah yang dikemukakan pemaju kepada kerajaan negeri dalam pelan-pelan mereka untuk kelulusan daripada perancang bandar negeri, tanah tanah itu akan disimpan dibawah pejabat tanah dan galian.

"Bila Jabatan Pendidikan bersedia untuk membina mana-mana sekolah, kita akan beritahu mereka tanah yang telah disiapkan untuk sekolah," katanya.

Jelas beliau, kerajaan negeri juga sedang merancang pembinaan beberapa sekolah tamil baru seperti Sekolah Tamil Coalfields di Ijok memandangkan terdapat pembangunan pesat di kawasan antara Kuala Lumpur dan Kepong. Dijangkakan pembinaan akan dimulakan pada tahun hadapan dan siap dalam tempoh satu tahun setengah.

"Sekarang kita perlu lebih sekolah tamil di dalam bandar. Sudah penuh di seluruh Shah Alam. Kita perlu sekolah-sekolah baru. Kerajaan negeri sudah memberikan tanah kepada tiga tempat dan dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan untuk pembinaan. Satu di Sentosa (3 ekar), Desa Mentari (1 ½ Ekar) sementara di PJS 1 yang telah diberikan sejak zaman Barisan Nasional.

"Sekarang kita telah buat semakan, dan tiga jenis sekolah akan dibina di kawasan itu iaitu sekolah kebangsaan, sekolah cina yang sudah dibina, dan sekolah tamil.

"Malangnya dalam tiga tahun setengah ini walaupun kita telah menghubungi pihak Jabatan Pendidikan namun sampai sekarang kita tidak nampak perancangan oleh kerajaan pusat untuk membina sekolah," katanya.

Kesan daripada ini katanya, pihak PIBG sekolah terpaksa mengutip dana untuk membina kelas tambahan dan ini menjadi beban besar kepada mereka.

Sementara itu, Xavier berharap agar projek pembinaan SRJK(T) Ladang Midlands, Seksyen 7, Shah Alam dapat disiapkan lebih awal pada Februari 2012 memandangkan jangkaan asal projek ini bakal siap pada Mac 2012.

"Saya teruja melihat perkembangngan projek ini memandangkan sebelum ini khususnya sekolah tamil, tidak ada sekolah tamil dibina dengan kelengkapan sepenuhnya. Saya diberitahu tarikh akhir yang telah diberikan kepada MBSA ialah pertengahan bulan Mac.

"Tapi saya minta pihak kontraktor untuk mempercepatkan proses penyerahan pada bulan Februari sebab kita ada perancangan untuk mengadakan perasmian pembukaan yang akan dilakukan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," katanya.

Sekolah ini memiliki 24 buah kelas, satu dewan besar yang boleh memuatkan 130 buah meja, makmal sains, bilik guru dan beberapa infrastruktur lain.

Beliau menambah, kawasan permainan akan dinaiktaraf di kawasan ini memandangkan pembinanan sekolah ini menggunakan sedikit ruang kawasan yang menempatkan tapak permainan untuk penduduk setempat.

Kerajaan negeri memberikan peruntukan pembinaan sekolah sebanyak RM3 juta sementara pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah turut mengadakan kutipan dana untuk menampung perbelanjaan.

Ujar beliau lagi, tanah ini juga akan diwartakan kepada nama sekolah setelah ianya siap sepenuhnya.







Sumber: TVSNEWS

MPK Peruntuk RM194 Juta Untuk Penyelenggaraan

Posted: 28 Dec 2011 01:00 AM PST

KLANG, 28 DIS - Majlis Perbandaran Klang (MPK) meminta kerjasama masyarakat dalam usaha menjaga kebersihan di bandar itu supaya kehidupan masyarakat menjadi lebih baik dan sempurna.
Pemangku Yang DiPertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, usaha sebegitu membolehkan MPK menjimatkan kos penyelenggaraan yang tinggi kerana pihaknya mendapati antara punca berlakunya masalah itu adalah kerana rakyat sering membuang segala sampah dan bahan buangan ke tempat yang tidak sewajarnya.

Katanya, MPK memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM6 juta dari peruntukan keseluruhan RM193.9 juta bagi tujuan kerja penyelenggaraan di seluruh bandar itu bagi tahun 2012.

"Perkhidmatan ini kita boleh berkongsi dengan rakyat. Kenapa penyelenggaraan tinggi kerana longkang banyak tersumbat. Kenapa longkang tersumbat kerana rakyat suka buang sampah," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Bulanan MPK di isin hari ini.

Bagi mencapai sasaran itu, katanya, MPK sudah merangka program holistik bersama beberapa pihak seperti NGO, persatuan penduduk dan yang lain untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Menurutnya, perancangan juga dibuat bagi mewujudkan jawatankuasa bertindak di kawasan penempatan penduduk bagi tujuan menjalankan kerja pembersihan kawasan serta yang lain yang bersesuaian demi kebaikan bersama.

Tegasnya, usaha itu sudah dirintis Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mewujudkan jawatankuasa bertindak di kawasannya bagi mengatasi masalah seperti banjir dan sebagainya.

Bagi menambahkan kecantikan bandar itu dan keselasaan masyarakat, katanya, MPK juga sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan Sungai Klang secara berperingkat serta kawasan terbiar yang bakal dibangunkan sebagai kawasan hijau.

"JPS tiada halangan benarkan kami bersihkan Sungai Klang di samping bersihkan tebing. Kita bantu JPS cantikkan Sungai Klang. Dan kita ada pula tanah-tanah kita milik MPK di Meru dan Pandamaran yang terbiar semak. Mengapa tidak kita jadikan nersuri," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Membawa Pelajar-pelajar Membeli-belah Dalam Program Prihatin Bantuan Sekolah

Posted: 27 Dec 2011 07:50 AM PST

Bukit Tinggi, Klang, 27 Disember 2011 - Seramai 50 orang pelajar dari seluruh kawasan Kota Raja telah diberi baucar RM100 setiap seorang untuk dibelanjakan membeli peralatan dan pakaian sekolah.
Program Prihatin Bantuan Sekolah yang dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan Kota Raja dihadiri oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas dan YB Shuhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda dan Ketua Kampung Johan Setia Imam Jalil. Menjayakan program tersebut adalah saudara Azmizam Zaman Huri, Ketua Angkatan Muda Keadilan Kota Raja dan saudara PS Rajoo, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang.

Kesemua 50 orang pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan yang hadir telah ditemani penjaga masing-masing serta dibantu oleh ahli-ahli Angkatan Muda Kota Raja. Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Bubu The Clown serta saudara kembarnya.


Baucar RM100 telah diserahkan kepada para peserta oleh YB Dr Xavier Jayakumar dan YB Shuhaimi Shafiei. Kedua-dua YB telah menghabiskan masa selama hampir 2 jam tersebut bersama-sama peserta-peserta membeli peralatan dan pakaian sekolah.










YB Ahmad Razif Blog's

Posted by Unknown | Posted on 1:42 PTG

YB Ahmad Razif Blog's


Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Posted: 31 Dec 2011 05:32 AM PST

Program Ramah Mesra Bersama 18RAMD

Posted: 31 Dec 2011 02:49 AM PST










Pada 31 Disember 2011, telah mengadakan Program Ramah Mesra Bersama 18RAMD di Kem Seri Pantai, Seberang Takir.

Anugerah Kecemerlangan Pelajar UPSR dan PMR 2011 DUN Seberang Takir

Posted: 31 Dec 2011 02:39 AM PST







Pada 29 Disember 2011 yang lalu, Anugerah Kecemerlangan Pelajar UPSR dan PMR 2011 telah diadakan di Dewan Sivik Seberang Takir.

Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah Sesi 2012 DUN Seberang Takir

Posted: 31 Dec 2011 02:35 AM PST





Pada 29 Disember 2011 yang lalu, telah menyampaikan Bantuan Pakaian Sekolah untuk Sesi 2012 bertempat di Dewan Sivik Seberang Takir.

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP