Berlian 200 tahun di tokong didakwa hilang Posted: 29 Jul 2013 04:19 AM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] - GEORGETOWN: Berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin, Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini dilapor hilang hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, penjaga tokong berkenaan memberkas seorang lelaki yang sedang memecahkan almari kaca yang menempatkan patung Kuan Yin untuk mencuri berlian itu. "Lelaki berusia 35 tahun itu dipukul sebelum diserah kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata bagaimanapun berlian berusia 200 tahun itu tidak ditemui bersama suspek.
Polis sedang mengambil keterangan daripada penjaga tokong yang melaporkan kehilangan berlian itu untuk siasatan lanjut, katanya. - BERNAMA |
11 Hospital Baharu , termasuk Hospital Parit Buntar Dibina Tahun Ini - Dr Hilmi Yahya Posted: 29 Jul 2013 04:09 AM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mendapat kelulusan membina 11 hospital baharu di seluruh negara tahun ini. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ia melibatkan Hospital Parit Buntar di Perak, Hospital Shah Alam (Selangor), Hospital Tampin dan Hospital Rembau (Negeri Sembilan) serta Hospital Bera dan Hospital Rompin (Pahang). Yang lain ialah Hospital Kuala Krai dan Hospital Bachok (Kelantan) serta Hospital Lawas, Hospital Petra Jaya dan Hospital Sri Aman (Sarawak). "Berbanding 140 hospital yang ada sekarang, 14 termasuk Hospital Kuala Lumpur dikategorikan sebagai hospital negeri, masing-masing 26 hospital berpakar major dan minor, 66 hospital tanpa pakar dan lapan institusi perubatan khas," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini Isnin. Beliau menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berhubung jumlah hospital daerah yang ada sekarang, bilangan yang akan dibina tahun ini dan bila sebuah hospital akan dibina di daerah Marang, Terengganu. "Kementerian mendapati belum ada keperluan mendesak buat masa ini untuk membina hospital baharu di Marang. Ini kerana perkhidmatan rawatan pesakit bagi penduduk daerah itu telah diliputi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, kira-kira 20 kilometer dari Bandar Marang," jelas Dr Hilmi. Selain itu, beliau berkata statistik kesihatan penduduk sedia ada juga mendapati tidak ada justifikasi keberkesanan kos agak kukuh untuk membina sebuah hospital daerah baharu. Bagaimanapun, beliau berkata sebuah projek klinik kesihatan di daerah itu dijangka mula dibina pada 2014 dengan anggaran kos RM25 juta. Kepada soalan tambahan, beliau berkata kementerian berhasrat mengurangkan nisbah doktor berbanding penduduk kepada 1:400 menjelang 2020 berbanding seorang bagi setiap 700 sekarang. - BERNAMA |
Malindo Air Mulakan Laluan KL-Dhaka Pada 28 Ogos Posted: 29 Jul 2013 04:06 AM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, dijadual melancarkan penerbangan harian laluan Kuala Lumpur-Dhaka, yang merupakan sebahagian daripada pelan peluasan antarabangsanya. Dalam satu kenyataan pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, perkhidmatan ke laluan antarabangsa pertama itu bermula pada 28Ogos. "Sebagai antara beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatanantara KL dan Dhaka, kami bangga memperoleh keistimewaan untuk meningkatkan lagi hubungan budaya, sosial dan ekonomi," katanya. Beliau berkata, syarikat penerbangan itu yang akan menggunakan pesawat Boeing 737-900ER, menawarkan kelas perniagaan dan ekonomi. Malindo Air, katanya merancang meningkatkan penguasaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai gerbang utama serantau ke rantau Asean. "Kami juga akan menggalakkan ahli perniagaan Bangladesh dan pengguna lainuntuk menyambung penerbangan menggunakan perkhidmatan antarabangsa kami yang lain" katanya. Chandran berkata, pelan peluasan tempoh terdekat Malindo Air termasuk penerbangan dari KL ke Bali, Jakarta, Medan dan pulau Batam di Indonesia. Tiket Malindo Air bagi laluan KL-Dhaka dan Dhaka-KL, kini mula dijual dan maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh menerusi www.malindoair.com. - BERNAMA |
Pengasas AmBank Group Ditembak Mati Di Tempat Letak Kereta Posted: 29 Jul 2013 04:03 AM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di sini pada petang Isnin. Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat. Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon di sini.
KUALA LUMPUR: Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di sini pada petang Isnin] Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat. Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon di sini. Menurut polis, Hussain, 75, sedang berjalan menuju ke kenderaannya apabila suspek melepaskan tembakan terhadap beliau dan isterinya yang merupakan rakyat Malaysia. Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kemeja lengan panjang dan berseluar coklat. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan Hussain merupakan pengasas AmBank Group. |
Jeneral As-sisi bangga setaraf Gemal Naseer Posted: 29 Jul 2013 04:00 AM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Abd Shukur Harun, | 29 Jul 2013 |
Walaupun tentera Mesir telah membunuh lebih 200 orang dan mencederakan beribu-ribu lagi, namun Jeneral Abd Fatah As-sisi yang memimpin rampasan kuasa daripada Presiden Mohd Mursi itu sangat bangga apabila ia disamakan dengan ketokohan bekas Presiden Gemal Abd Naseer, diktator yang juga sangat memusuhi Ikhwanul Muslimin.
Gemal Abd Naseer yang pro-Soviet terkenal sangat kejam iaitu telah menggantung hingga mati Almarhum Syed Qutb dan ramai pemimpin Ikhwan yang lain pada tahun 60-an, mendera ribuan pendukung Ikhwanul-Muslimin, termasuk Zainab Al-Ghazali yang diseksa dengan kejamnya di penjara Mesir. As-sisi sangat berbangga disamakan dengan Gemal Naseer, walaupun rampasan kuasanya itu telah mengorbankan demikian ramai. Serangan tentera terhadap penyokong Ikhwan Muslimin itu bukan saja berlaku di tengah panas terik siang hari, tetapi juga ketika umat Islam beriftar, tarawikh dan sahur serta ketika solat Subuh.
Media pro tentera di negara itu dan gambar yang dipamerkan dalam himpunan sekumpulan kecil rakyat Mesir yang pro-tentera di Medan Tahrir baru-baru ini telah menjulang gambar As-Sisi dan Gemal Abd Naseer.
Demikianlah kekejaman tentera Mesir yang dilihat separa dengan kekejaman tentera Syria yang membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Dan ini seperti membenarkan kata-kata bekas Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, Boutros- Boutros Ghali bahawa rejim pemerintah umat Islam jauh lebih banyak membunuh umat Islam berbanding dengan jumlah pembunuhan yang dilakukan oleh kerajaan bukan Islam terhadap umat Islam.
Sementara itu, rampasan kuasa tentera di Mesir itu menimpakan kesan paling buruk terhadap penduduk Gaza apabila terowong Gaza yang menghubungi Gaza dengan Mesir telah ditutup oleh tentera Mesri baru-baru ini selepas rampasan kuasa.
Penduduk Gaza kini semakin menderita kerana selama ini umat Islam di sana banyak bergantung kepada bantuan dunia luar melalui trowong Gaza dan sangat bergantung harapan kepada Dr Mohd Mursi.
Apabila trowong Gaza ditutup oleh tentera Mesir dan disambut baik oleh Israel, maka segala bantuan makanan, perubatan, pakaian dan segala keperluan untuk penduduk Gaza telah terputus. Dalam masa yang sama juga ekonomi kerajaan Hamas pimpinan Ismael Hayniyeh di sana di sana hampir lumpuh. Demikian juga kerajaan Hamas telah terpencil dan terputus dengan dunia luar. Ini dilihat sangat memudahkan Israel untuk menggempur Hamas dan melumpuhkan kerajaannya bila-bila masa.
Berita-berita dari Gaza mengatakan bahawa bekalan perubatan dan makanan yang selama ini diterima oleh penduduk Gaza melalui terowong telah hampir kehabisan.
Menurut penganalisis Gaza, Mohsen Abu Ramadan, sejak penutupan trowong Gaza, kehidupan penduduk Gaza kini sangat sukar dan bertambah buruk setiap hari. Bantuan makanan dan keperluan lain dari luar sekitar 80 peratus dan Hamas tidak berupaya mengatasi masalah ini.
Hamas bertanggungjawab kepada kehidupan 1.7 juta rakyat Palestin di Gaza iaitu menyediakan sumber makanan, minyak dan keperluan lain. Israel tidak membenarkan import makanan dan keperluan lain ke Gaza. Dan umat Islam Gaza merasakan kesan paling buruk akibat rampasan kuasa pimpinan Jeneral Abd Fatah As-sisi itu. Rampasan kuasa tersebut juga mengakibatkan ekonom Mesir lumpuh, terutama sektor pelancongan di mana tidak ada lagi pelancong yang melawat Mesir sekarang, sedangkan sektor pelancongan menjadi sumber utama ekonomi Mesir.
Berapa lamakah keadaan gawat ini akan terus berlaku, tidak ada siapa yang boleh menjangkakan dan kini Mesir bergantung sepenuhnya kepada bantuan Amerika serta beberapa negara kaya Arab yang menyokong rampasan kuasa itu.
Sementara itu dalam perkembangan selanjutnya, Syeikh Hasan asy-Syafi'i, penasihat Syeikh Al-Azhar dan anggota Dewan Ulama Mesir, menyatakan bahawa serangan terhadap para peserta himpunan di lapangan Rabiah al-Adawiyah, di Kaherah pada Subuh Sabtu lalu adalah kezaliman dan kebiadaban yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah Mesir, demikian menurut laporan TV Al-Jazeera.
Syeikh asy-Syafi'I menyatakan bahawa penjajah sekalipun tidak pernah melakukan kebiadaban seperti yang dilakukan junta Mesir pada Subuh berdarah itu. Beliau menyeru kepada 'orang-orang mulia' di Mesir dan seluruh dunia supaya bertindak menghentikan siri pembunuhan beramai-ramai di Mesir.
Menurut Syeikh asy-Syafi'I, junta tentera Mesir tidak membunuh sekejam itu ketika berperang melawan zionis yang merampas tanah suci Palestin, tetapi mereka membunuh beramai-ramai umat Islam yang tidak bersenjata.
"Mana organisasi Hak Asasi Manusia (HAM)? Di mana Muhamad El-Baradi, boneka Amerika yang memusuhi Dr Muhd Murshi," tanyanya.
Kini El-Baradi dilantik sebagai Naib Presiden dalam kerajaan haram Mesir.
Sementara itu, hari-hari mendatang – Malam Lailatul-Qadar dan seterusnya Edul-Fitri – dijangka akan terus disambut dengan darah dan air mata oleh pendukung Ikhwan Muslimin dan para simpatisannya, justeru tentera tidak menunjukkan sebarang isyarat untuk menghentikan kekejamannya, membunuh dan mencederakan begitu ramai rakyat Mesir sendiri.
Walaupun kononnya ada tekanan daripada Amerika dan negara Kesatuan Eropah supaya tentera menghentikan serangan terhadap rakyatnya, namun tentera kelihatan tidak bersedia untuk 'berdamai' dengan anggota Ikhwan Muslimin.
Oleh itu, kemungkinan serangan demi serangan akan terus berlaku dan banyak lagi rakyat Mesir akan terkorban, sementelah lagi, menurut pemerhati Mesir, Jeneral As-sisi sangat membenci Ikhwan, egonya besar dan sangat bengis.
.harakahdaily.net |
Tarikh nuzul al-Qur’an: Suatu perbincangan Posted: 29 Jul 2013 03:57 AM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Dr Ahmad Najib bin Abdullah Al-Qari, | 29 Jul 2013 |
Pendahuluan: Nuzul al-Qur'an merupakan satu peristiwa penting berhubung sejarah al-Qur'an itu sendiri. Justeru, ia mendapat tempat khusus dalam karya-karya Ulum al-Qur'an (Ilmu-ilmu berkaitan al-Qur'an). Tumpuan diberikan untuk menjelaskan hakikat nuzul dan tahap-tahap penurunan al-Quran.
Al-Syaikh Muhammad Abd Al-'Azim al-Zarqani ada menyatakan bahawa Nuzul al-Qur'an adalah asas keimanan terhadap al-Qur'an itu sendiri dan juga keimanan terhadap Nabi SAW. Nuzul al-Qur'an bermaksud penurunan al-Qur'an. Ia terbahagi kepada dua tahap utama: Pertama: Nuzul al-Qur'an dari Lauh Mahfuz ke langit dunia di Bait al-Izzah secara sekaligus. Kedua: Nuzul al-Qur'an dari Bait al-Izzah di langit dunia kepada Nabi SAW secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Berhubung isu Nuzul Al-Qur'an yang dibincangkan ini, apakah maksud penurunan (Nuzul)? adakah ia bermaksud Nuzul Al-Qur'an pada tahap pertama atau pada tahap kedua?
Jika kita mengumpulkan pendapat para ulama Islam dalam isu ini kita akan memperolehi pelbagai pendapat dan huraian.
Pendapat Pertama: Pendapat yang agak masyhur memilih tanggal 17 Ramadhan sebagai tarikh Nuzul al-Qur'an. Pendapat ini dipegangi sebahagian ulama sirah. Antara ulama sirah yang kuat berpegang kepada pendapat ini ialah Syaikh al-Khudhari dalam karyanya; Muhadharat Tarikh al-Umam al-Islamiyyah. Pendapat ini merujuk kepada suatu riwayat daripada al-Waqidi menerusi Abu Ja'far al-Baqir yang mengatakan bahawa (penurunan) wahyu kepada Rasulullah SAW bermula pada hari Isnin, 17 Ramadhan (dan dikatakan pada 24 Ramadhan). Riwayat ini dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, maksudnya:
Al-Waqidi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Ja'far al-Baqir bahawa dia berkata: Permulaan wahyu kepada Rasulullah SAW adalah pada hari Isnin 17 Ramadhan, dan dikatakan juga pada 24 Ramadhan.
Ada suatu hal yang agak menarik dalam kita membincangkan pendapat yang menyatakan 17 Ramadhan sebagai tanggal Nuzul Al-Qur'an. Setelah saya meneliti kitab Sirah Ibn Hisyam berhubung tajuk "Ibtida' Tanzil Al-Qur'an" (Bermulanya Penurunan Al-Qur'an), terdapat semacam satu kekeliruan apabila Ibn Hisyam ada membuat catatan berikut, maksudnya:
Ibn Ishaq berkata: Rasulullah SAW mula diturunkan wahyu kepadanya pada bulan Ramadhan. Allah Azza Wajalla berfirman (maksudnya): Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Qur'an sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan-keterangan kepada petunjuk itu, juga sebagai pembeza (antara yang haq dan yang batil). Dan Allah Ta'ala berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam al-Qadr …Dan Allah berfirman maksudnya: Sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada hari al-Furqan, hari pertembungan dua kumpulan… Itulah (yang dimaksudkan) pertemuan (peperangan) Rasulullah SAW dengan golongan musyrikin di Badr. Berkata Ibn Ishaq: Abu Ja'far Muhammad bin Ali bin Husain menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW bertemu (memerangi) golongan musyrikin pada hari Juma'at, pagi 17 Ramadhan.
Jika diperhatikan dan dihalusi, kenyataan di atas semacam mengaitkan elemen 'al-furqan' yang terdapat dalam al-Qur'an (pada ayat 185, Surah al-Baqarah) dengan 'yaum al-furqan' (hari al-Furqan, pada ayat 41, Surah al-Anfal) yang merujuk kepada hari Peperangan Badr yang berlaku pada 17 Ramadhan. Oleh sebab perkara ini disebut di bawah tajuk "Ibtida' Tanzil al-Qur'an", berkemungkinan ada pihak yang memahami bahawa Nuzul Al-Qur'an juga berlaku pada tarikh yang sama.
Pendapat Kedua: Nuzul Al-Qur'an berlaku pada 7 Ramadhan.
Pendapat Ketiga: Nuzul Al-Qur'an berlaku pada 18 Ramadhan. Pendapat kedua dan ketiga ini dinyatakan oleh Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri dalam kitab sirahnya.
Pendapat Keempat: Syaikh Safiyy al-Rahman sendiri membuat pilihan dan tarjih yang berbeza dengan ulama lain. Menurut beliau, Nuzul Al-Qur'an jatuh pada 21 Ramadhan. Antara alasan yang dikemukakan seperti berikut: 1.Semua ulama sirah atau majoriti kalangan mereka sepakat mengatakan bahawa Nabi SAW dibangkitkan pada hari Isnin berdasarkan hadis Abu Qatadah RA dalam Sahih Muslim dan lain-lain. 2.Hari Isnin pada tahun Nabi SAW dibangkitkan jatuh sama ada pada hari 7 Ramadhan, 14 Ramadhan, 21 Ramadhan dan 28 Ramadhan. Hadis yang sahih ada menyebut bahawa malam al-Qadr tidak berlaku melainkan pada malam-malam ganjil, sepuluh malam terakhir Ramadhan. 3.Setelah dibuat perbandingan antara firman Allah dalam ayat 1 Surah Al-Qadr dan riwayat Abu Qatadah tentang penentuan hari Isnin sebagai hari Nabi SAW dibangkitkan serta dipadankan dengan perhitungan taqwim yang tepat bilakah sebenarnya jatuh hari Isnin pada bulan Ramadhan tahun kebangkitan Nabi SAW, jelaslah bahawa baginda dibangkitkan pada malam 21 Ramadhan.
Pendapat Kelima: Pendapat seterusnya, Nuzul al-Qur'an jatuh pada 24 Ramadhan. Pendapat ini berdasarkan hadis berikut, maksud:
Berkata Imam Ahmad: Abu Sa'id Maula Bani Hashim memberitakan kepada saya, katanya: 'Imran Abu al-'Awwam memberitakan daripada Qatadah daripada Abi al-Malih daripada Wathilah bin Al-Asqa' bahawa Rasulullah SAW bersabda: Suhuf Nabi Ibrahim AS diturunkan pada malam pertama Ramadhan, Taurat pula diturunkan pada 6 Ramadhan, Injil diturunkan pada 13 Ramadhan. Dan Allah menurunkan al-Furqan (Al-Qur'an) pada 24 Ramadhan.
Hadis di atas dihukumkan hasan oleh Syaikh al-Albani, manakala Syaikh Ahmad Shakir menghukumkan sanad hadis ini sebagai sahih.
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, hadis di atas bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 185 dan firman-Nya Surah al-Qadr ayat 1.
Kata beliau, berkemungkinan Lailah al-Qadr berlaku pada tahun kebangkitan Nabi SAW pada malam tanggal 24 Ramadhan yakni al-Qur'an diturunkan secara sekaligus ke langit dunia dan pada masa yang sama (24 Ramadhan) wahyu pertama diturunkan, iaitu surah Iqra:
Al-Tabari juga ada menyebut satu riwayat dengan sanadnya menerusi Sa'id Bin Jubair daripada Ibn Abbas RA katanya: Al-Qur'an diturunkan sekaligus dari Lauh Mahfuz pada malam 24 Ramadhan, kemudiannya ia ditempatkan di Bait al-'Izzah.
Al-Qurtubi pula menyebut hadith Wathilah bin al-Asqa' di atas dan menyatakan bahawa hadis tersebut merupakan dalil atau hujah terhadap pendapat Hasan al-Basri yang menegaskan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.
Al-Hafiz Ibn Kathir juga ada membawa hadis Wathilah ini dalam mentafsirkan maksud ayat 185, Surah al-Baqarah, kemudian beliau menyatakan bahawa Ibn Mardawaih ada meriwayatkan hadis daripada Jabir Bin 'Abdullah RA seumpama hadith Wathilah dengan sedikit perbezaan pada matan hadith berkenaan.] Beliau juga ada menyebut hadis ini dalam al-Bidayah wa al-Nihayah dan menyatakan bahawa berdasarkan hadis Wathilah ini, sebahagian ulama dari kalangan para sahabat dan tabi'in berpendapat bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.
Turut menyebut hadis Wathilah ,Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di mana beliau mengambil hadis ini bagi menjelaskan Nuzul al-Qur'an berlaku pada tanggal 24 bulan Ramadhan.
Kesimpulan yang dapat dibuat setelah meneliti pendapat-pendapat yang dikemukakan di atas berhubung tanggal Nuzul Al-Qur'an seperti berikut: 1.Pendapat yang menyebut Nuzul al-Qur'an jatuh pada 17 Ramadhan bersandarkan riwayat al-Waqidi. Menurut ulama al-Jarh wa al-Ta'dil, al-Waqidi (m. 207 H), nama penuh beliau: Muhammad Bin Umar Bin Waqid al-Aslami seorang perawi yang sangat lemah (matruk) dan tidak diterima riwayatnya. Pendapat ini juga ditolak oleh Syaikh al-Zarqani kerana ia bercanggah dengan pendapat yang masyhur lagi sahih.
2.Pendapat Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri yang menyatakan Nuzul al-Qur'an jatuh pada tanggal 21 Ramadhan merupakan cetusan ijtihad beliau semata-mata berdasarkan penelitian beliau terhadap hadis Abu Qatadah dan perkiraan taqwim yang dipegangi beliau dengan mengambil kira malam ganjil untuk Malam al-Qadr. Malam al-Qadr boleh berlaku pada malam-malam genap dan juga boleh berlaku pada malam-malam ganjil di 10 hari terakhir Ramadhan.
3.Pendapat yang menyebut bahawa Nuzul Al-Qur'an jatuh pada 24 Ramadhan adalah kuat. Ini berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
i.Pendapat ini bersandarkan hadis marfu' yang sahih dan diperakui oleh tokoh-tokoh dalam bidang hadis. Sebagaimana yang termaklum, apa jua permasalahan dalam Agama Islam perlu dirujuk kepada nas al-Qur'an dan hadis. Dalam hal ini, hadis Wathilah Bin al-Asqa' adalah rujukan utama dalam menentukan bilakah berlakunya Nuzul al-Qur'an.
ii. Matan hadis dengan jelas menyebut bahawa al-Qur'an diturunkan pada 24 Ramadhan.
iii.Maksud atau mafhum hadis diterima pakai oleh ulama muktabar dari kalangan ahli hadis dan para mufassirin dan dijadikan hujah bagi menetapkan tanggal 24 Ramadhan sebagai tarikh tepat bagi Nuzul al-Qur'an. Rujuk kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar, Imam al-Qurtubi dan al-Hafiz Ibn Kathir.
Penutup:
Kepelbagaian pandangan para ulama dalam membincangkan tarikh Nuzul al-Quran membuktikan keprihatinan dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap al-Qur'an al-Karim. Setiap pendapat ada sandaran hujah yang dipegangi. Ruang untuk perbincangan masih terbuka asalkan hati bertekad mencari kebenaran. Dan perbezaan pendapat dalam hal sebegini janganlah sampai membawa kepada pertelingkahan yang boleh meruntuhkan ummah.
* Maqalah ini telah diedit semula oleh penulis (Dr Abu Zaid) pada bulan Ramadhan 1432H
http://abuanasmadani.blogspot.com |
Saudi lancar saluran wanita pertama Posted: 28 Jul 2013 08:52 PM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
RIYADH - ARAB SAUDI. Arab Saudi melancarkan saluran televisyen satelit pertama khusus untuk golongan wanita awal tahun depan.Dipetik laporan Arab News, Presiden Pihak Berkuasa Media Am Audio dan Visual, Riyaz Kamal Najam berkata, saluran khas itu bakal menjadi medium untuk memaparkan kebudayaan kewanitaan di negara itu.
"Saluran itu digunakan sebagai platform kepada wanita untuk menunjukkan bakat dan mengetengahkan isu semasa wanita Arab," katanya.Menurutnya, selain itu, saluran tersebut juga memaparkan imej Muslimah dalam meningkatkan penguasaan pendidikan, kebudayaan dan sosial. |
Pejuang Sahur Posted: 28 Jul 2013 08:50 PM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] - "Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istri-istrinya. Dan aku adalah orang yang terbaik di antara kalian terhadap keluargaku" (HR. Tirmidzi).
Jam menunjukkan angka 3.30 pagi. Suasana masih gelap gulita. Seorang wanita tua bangun, meskipun terasa berat oleh rasa kantuk. Baru beberapa jam ia merebahkan badannya, setelah shalat malam. Tak dibangunkan suami dan anak-anaknya. Dalam hatinya, biarlah meneruskan tidur hingga waktu mendekati akhir sahur. Ke kamar mandi ia menuju untuk cuci muka, dan selanjutnya bergegas ke dapur. Beras segera ditanak. Sayuran dicincang, dicampur dengan bumbu, dan di masak. Begitu makanan matang dan dihidangkan, barulah suami dan anak-anaknya dibangunkan untuk makan. Begitulah kerja rutin kebanyakan kaum ibu, sehingga pantas disebut pejuang sahur. Sayangnya, tak semua suami menyadari atau mau menghargainya.
Disebut kurang atau tak dihargai, karena setelah dibangunkan, ada suami kadangkala marah-marah karena nasinya masih terlalu panas. Atau jengkel karena makanan keasinan. Ada juga yang mengomel karena kopi kesukaan lupa dibuatkan.
Menghadapi hal tidak mengenakkan seperti ini, sebahagian wanita memilih diam. Menanggapinya berarti memperpanjang masalah, yang selanjutnya kembali akan menyudut dirinya juga. Sedangkan sang suami,
meskipun berbuat demikian, masih mengagung-agungkan diri sebagai pengikut setia Nabi Muhammad SAW. Padahal kalau membuka sejarah kehidupan Nabi SAW, tidak pernah memperbudak isterinya. Rasulullah sangat menghargai isterinya. Tak membentaknya, meskipun kadangkala dijumpai tak ada makanan untuk dimakan di rumahnya. Semoga kita mau mencontoh teladan darinya.
|
Elakkan pembaziran. Posted: 28 Jul 2013 08:46 PM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] - "Berikanlah kerabat dekat, orang miskin dan ibnu sabil hak-hak mereka. dan jangan sekali-sekali bersikap boros, sesungguhnya orang yang suka bersikap mubazir adalah teman setan" (QS. al-Isra': 26 - 27).
Sebahagian orang bertanya mengapa setan yang katanya diikat di bulan Ramadhan, ternyata masih juga berkeliaran di sana-sini. Buktinya, masih ada orang yang terus-menerus tergoda (seperti di bulan-bulan sebelumnya) untuk berperilaku boros dengan makanan dan waktu, misalnya. Mubazir dengan waktu disebabkan adanya anggapan bahwa tidur adalah ibadah. Sehingga ada yang suka bermalas-malasan membiarkan waktu sepanjang hari tak digunakan di bulan suci ini, dengan menyalahkan puasa.
Padahal ibadah puasa samasekali bukan mengajak untuk malas, tetapi malah mengajari tubuh dan jiwa bagaimana beratnya hidup orang-orang miskin yang tetap bekerja banting tulang meskipun tiada makanan dan minuman di dalam tubuh. Sehingga muncul rasa empati untuk gemar berbagi dengan sesama hamba Allah dalam hidup ini.
Bukan hanya mubazir dengan waktu, sebahagian orang juga mubazir dengan makanan. Untuk hal ini juga, ibadah puasa yang kerap disalahkan. Sebahagian orang sengaja membuat makanan berlebihan di bulan ini, tetapi bukan untuk disedekahkan kepada kerabat atau tetangga atau orang-orang miskin dan anak-anak yatim. Namun, sengaja dibuat berlebihan demi memenuhi hawa nafsu yang seakan-akan tak cukup untuk menebus rasa lapar dan haus saat berpuasa di siang hari. Padahal makanan berlebihan di dalam tubuh juga menyengsarakan, dan susah untuk beribadah.
Sejatinya dengan berpuasa, kita semakin baik dan tidak mubazir. Penting juga menyadari (kembali) bahwa setan bukan hanya berasal dari jin, tetapi juga dari insan. |
Lelaki ditembak mati, dua parah ketika sedang minum di Ipoh Posted: 28 Jul 2013 08:42 PM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
IPOH: Seorang lelaki maut dan dua parah selepas ditembak ketika sedang minum di hadapan sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati di tempat kejadian terkena tembakan di leher, manakala dua lagi dikenali Koo Loo Kong, 55 dan Sarbjit Singh Harder Singh, 28, cedera serta masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata kejadian berlaku ketika ketiga-tiga mangsa sedang minum di restoran berkenaan bersama dua lagi rakan lain sebelum diserang dua lelaki.
"Suspek yang menaiki sebuah kereta dikatakan melepaskan empat das tembakan dan mengenai tiga mangsa.
"Polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya. BH/- |
30 maut bas terhumban dari jejambat di Itali Posted: 28 Jul 2013 08:41 PM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
AVELLINO: Sekurang-kurangnya 30 maut apabila bas yang terbabas terhumban dari jejambat setinggi 30 meter di selatan Itali, hari ini. Jurugambar di tempat kejadian, Cesare Abbate, berkata lebih 30 mayat ditutup dengan kain putih di letakkan sepanjang jalan raya berkenaan. Beberapa kereta turut yang dilanggar bas berkenaan sebelum terhumban dari jejambat berkenaan. Sementera itu, sumber kerajaan berkata setakat ini jumlah sebenar angka korban belum diketahui akibat nahas yang berlaku pada waktu malam itu.
"Saya tidak boleh mengesahkan jumlah mangsa kerana kerja mengeluarkan mereka dari bangkai bas masih dijalankan," kata jurucakap polis.
Lebuhraya Naples-Bari dilaporkan ditutup kepada lalu lintas.
Anggota penyelamat di tempat kejadian itu Avellino, sebuah bandar di selatan Wilayah Campania berkata, bas berkenaan melanggar beberapa kenderaan lain sebelum terhumpan dari jejambat. "Beberapa penumpang mungkin tercampak dari bas berkenaan dan terhumban dari jejambat," katanya.
Lebih 40 penumpan di dalam bas berkenaan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri satu majlis keagamaan.
Saksi berkata, berdasarkan keadaan bas berkenaan ia nahas mungkin berpunca daripada masalah brek.
Beberapa saksi lain berkata, tidak jelas sama ada pemandu bas berkenaan tertidur ketika sedang mamandu atau bas berkenaan mengalami masalah tayar. - AFP |
6 soalan Iman Ghazali kepada muridnya Posted: 28 Jul 2013 08:40 PM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Ketika Imam Al Ghazali berkumpul bersama murid-muridnya, lalu beliau bertanya;
"Apa yang paling hampir dengan kita di dunia ini?". Ada murid-muridnya menjawab orang tua, guru, teman dan kaum kerabat. Semua itu benar kata Imam Ghazali tetapi yang paling hampir dengan kita adalah "mati" (Ali Imran : 185) kerana janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti mati. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Pertanyaan kedua Iman Ghazali. Ada yang menjawab negara China, matahari, bulan, dan bintang-bintang. Benar kata Imam Ghazali, lalu Iman Ghazali menjelaskan yang paling jauh adalah "masa Lalu" kerana walau apapun kenderaan kita, kita tetap tak boleh kembali ke masa lalu. Jagailah hari-hari kita.
"Apa yang paling besar di dunia ini?", Iman Ghazali bertanya lagi. Ada yang menjawab matahari, gunung dan bumi. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Namun yang paling besar di dunia ini adalah "nafsu"(Al A'Raf : 179). Hati-hati dengan nafsu besar diri kita, agar jangan terjerumus ke neraka.
"Apa yang paling berat di dunia ini?", pertanyaan seterusnya dari Iman Ghazali. Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Benar, kata Imam Ghazali tetapi yang paling berat adalah "memegang amanah" (Al Ahzab : 72). Semua makhluk lain tidak berkesanggupan ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Manusia tetap menyanggupi permintaan Allah SWT untuk memegang amanah. Namun terlampau ramai yang cuai memegang amanah berat pada diri masing-masing sehingga boleh terjerumus ke neraka.
"Apa yang paling ringan di dunia ini?", pertanyaan kelima Imam Ghazali. Ada yang menjawab angin, debu, kapas dan daun-daun. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara kesibukan kita, mudah untuk kita meninggalkan solat.
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?", pertanyaan terakhir Imam Ghazali. Serentak murid-murinya menjawab, pedang. Benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Ini kerana melalui lidah, mudah bagi manusia melukakan saudaranya sendiri.
http://www.myannur.com |
Diesel habis: Nanti menteri kata jangan guna diesel? Posted: 28 Jul 2013 08:38 PM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Hari ini berlaku fenomena kebanyakan stesen minyak di seluruh negara telah kehabisan minyak diesel.
Sehubungan itu, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.
Berikut ialah kenyataan beliau selanjutnya yang ditulis jam 10.10 malam tadi ketika tersadai di stesen Shell pekan Bentong bersama puluhan pemandu lori.
Che'GuBard sendiri sudah 6 jam terperangkap di pekan Bentong kerana kenderaan yang dinaiki telah kehabisan diesel.
Che'GuBard dalam rangka lawatan ke pantai timur, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk progam bersama SAMM Pahang sebelum ke Kemaman lewat malam ini untuk program seterusnya.
Satu pengalaman yang luar dugaan apabila mendapati dari Gombak hingga ke pekan Bentong, 9 stesen minyak yang disinggahi semuanya kehabisan minyak diesel. Di hampir semua stesen minyak kelihatan lori dan kenderaan yang menggunakan diesel tersadai.
Dari maklumat rambang yang diperolehi, banyak stesen minyak di seluruh negara mengalami kehabisan diesel, pengguna khususnya pemandu lori mengeluh. Krisis ini dikatakan bukan hanya berlaku di Semenanjung tetapi turut berlaku di Sabah dan Sarawak.
Perkara kehabisan diesel ini juga sebenarnya telah banyak terjadi kebelakangan ini dan hari ini merupakan keadaan paling parah kerana hampir semua stesen di laluan utama negara kehabisan diesel.
SAMM dengan ini turut menuntut penjelasan dari menteri di Kementerian Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek, mendesak kegagalan ini menteri harus ambil tanggungjawab penuh.
Sudahlah baru-baru ini menteri yang sama 'berotak ayam' apabila memberi respons terhadap kenaikan harga ayam dengan jawapan jangan makan ayam. Apakah kali ini kehabisan diesel maka menteri akan cakap jangan guna diesel?
Apakah ini juga bibit-bibit permulaan untuk mengolah alasan kenaikkan harga diesel selepas ini? Atau adakah ada pihak 'atasan' sendiri terlibat dalam penjualan atau menyorokkan diesel berkuota subsidi?
Menteri 'berotak ayam' jelas memalukan kabinet kerana gagal hingga menyebabkan krisis yang menyusahkan rakyat. Bukan rakyat minta percuma, tetapi soalnya bekalan gagal disediakan kerana tidak diuruskan dengan baik.
Justeru, jika menteri gagal tampil memberikan penjelasan munasabah, menteri tersebut haruslah letak jawatan. |
Nyamuk hisap jus, makan larva Aedes ditemui Posted: 28 Jul 2013 04:56 PM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Colombo: Spesies baru nyamuk yang hanya menghisap jus buah dan memakan larva nyamuk pembawa penyakit demam denggi ditemui oleh pasukan saintis Institut Penyelidikan Perubatan Sri Lanka (MRI) lapor akhbar Ceylon Today. Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, spesies nyamuk itu dinamakan sebagai Topomiya.
Ia ditemui di Sri Lanka buat kali pertama selepas 124 tahun dan penemuan ini bilangan keseluruhan spesies nyamuk di negara itu meningkat kepada 17. Penyelidikan yang dilakukan MRI mendedahkan nyamuk itu tidak memakan darah manusia tetapi jus.
Topomiya juga didapati memakan larva nyamuk Aedes. Jurucakap MRI menyatakan spesies nyamuk itu boleh digunakan untuk mencegah wabak denggi dan menganggap ia sebagai reaksi semula jadi untuk mengawal penyakit itu, yang sudah meragut banyak nyawa manusia.
Bagaimanapun, MRI akan mengadakan uji kaji lanjut mengenai Topomiya dalam usaha mengenal pasti sama ada ia bahaya kepada manusia.
Berikutan penemuan spesies baru itu, siasatan mengenai kesannya kepada manusia dipertingkatkan untuk mempercepatkan usaha membekalkan Kementerian Kesihatan dengan senjata memerangi denggi. Walaupun menunjukkan tanda pengenalan sama seperti jalur putih, yang ditemui pada nyamuk spesies Aedes Egypti yang boleh menyebarkan wabak denggi, spesies baru ditemui itu dikatakan memakan larva denggi dan jus, berbanding darah manusia.
"Penemuan ini menggembirakan dan kami berharap hasil positif dan menjadi senjata terbaik memerangi denggi. Hakikat ia memakan larva nyamuk Aedes bermakna kita boleh mengurangkan nyamuk pembawa penyakit itu secara semula jadi, berbanding menggunakan racun serangga yang memberi risiko kepada kesihatan," kata sumber kesihatan. - AGENSI |
Batu marmar ditukar untuk keselesaan jemaah Posted: 28 Jul 2013 04:43 PM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Sebahagian pekerja giat menjalankan kerja-kerja menukar batu marmar yang tidak menyerap haba di kawasan masjid Masjidilharam, Mekah. - Agensi
Pihak pentadbiran Masjidilharam di sini sedang giat memasang batu marmar tahan panas di kawasan halaman masjid tersebut bagi memberi keselesaan kepada jemaah untuk mengerjakan haji dan umrah.
Akhbar Saudi Gazette melaporkan, pihak berkuasa memilih batu marmar dari Kepulauan Thassos, Greece yang tidak menyerap haba dan mengekalkan suhu sama pada waktu siang dan malam.
Kerja-kerja pemasangan batu marmar putih tersebut sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja.
"Pemasangan batu marmar ini akan membolehkan jemaah berjalan tanpa memakai kasut di kawasan masjid walaupun cuaca panas atau sejuk melampau,'' kata pihak berkuasa tersebut.
Terdahulu, pihak berkuasa Arab Saudi meningkatkan persediaan mereka untuk menerima berjuta-juta jemaah dari seluruh dunia yang mahu menunaikan umrah dan mengerjakan solat tarawih di Masjidilharam sempena 15 hari terakhir bulan Ramadan.
Jawatankuasa Pusat Haji yang di pengerusikan oleh Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal telah menilai semula persediaan yang dibuat sebelum ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah.
Beliau turut menggesa orang awam dan agensi swasta memberikan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah.
Kira-kira lima juta jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi dianggarkan membanjiri Masjidilharam untuk menunaikan umrah ketika bulan Ramadan ini. - AGENSI
|
Parti Hun Sen menang tipis PRU Kemboja Posted: 28 Jul 2013 04:38 PM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
PHNOM PENH 29 Julai - Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Perdana Menteri Hun Sen semalam memenangi pilihan raya umum (PRU) negara ini namun dengan majoriti yang semakin berkurangan.
Jurucakap kerajaan yang juga menteri penerangan, Khieu Kanharith berkata dalam laman Facebooknya, kiraan terakhir menunjukkan, CPP memenangi 68 kerusi Parlimen berbanding 55 oleh pembangkang. Pada 2008, CPP memenangi 90 daripada 123 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Dengan mendapat sokongan media arus perdana dan sumber-sumber yang kuat, CPP menaruh keyakinan menang pilihan raya kali ini.
Namun para penganalisis meramalkan parti itu akan menang dengan majoriti kecil selepas penggabungan dua parti pembangkang dan kembalinya pemimpin pembangkang popular daripada buangan, Sam Rainsy. - REUTERS
|
1,500 anggota polis Afrika bekas penjenayah Posted: 28 Jul 2013 04:20 PM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
JOHANNESBUR 29 Julai - Kira-kira 1,500 anggota polis Afrika Selatan dilaporkan melakukan jenayah, di negara yang pasukan keselamatannya terkenal dengan kekejaman dan rasuah, menurut satu audit yang dikeluarkan, semalam.
``Audit yang dikeluarkan itu menunjukkan sebanyak 1,448 anggota mempunyai kesalahan jenayah,'' kata Menteri Polis, Nathi Mthethwa dalam satu kenyataan.
Audit selama dua tahun ke atas 157,500 anggota di dalam Perkhidmatan Polis Afrika Selatan (SAPS) mendapati `cabaran serius' dalam menguruskan disiplin polis. - AFP
\ |
Demokrasi Mesir, kemenangan untuk segelintir penipu besar Posted: 28 Jul 2013 04:15 PM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Tuan Guru Abdul Hadi Awang, | 28 Jul 2013 |
Al-Quran memaparkan bahawa di Mesir tercipta sejarah kemunculan Fir'aun, raja yang memerintah kerajaan paling zalim dan penipu dalam sejarah dunia. Al Quran adalah kitab suci petunjuk sepanjang zaman, bukan sahaja hukumnya, termasuk juga ceritanya. Peristiwa terkini menjadi kenyataan yang berulang bahawa Al-Quran adalah kalam Allah yang membawa petunjuk sepanjang zaman bukannya buku cerita. Berlaku terkini selepas Arab Spring, satu pendedahan bahawa peristiwa pertengahan abad dua puluh yang baru berlalu oleh buku berjudul: Inside The Muslim Brotherhood, karya bersama Dr Yusuf Nada dan Douglas Thompson, memaparkan kisah benar berlaku di tahun lima puluhan (26 Okt. 1954), apabila regim tentera di bawah pimpinan Presiden Gamal Abdul Nasir ingin mengatasi pengaruh Gerakan Ikhwan Muslimin yang menguasai rakyat kerana dakwah, tarbiyah dan aktiviti politik dan kemasyarakatan dalam tajuk Islam yang sempurna yang sangat adil terhadap semua. Walaupun adanya kerjasama yang baik dan aman oleh pihak Ikhwan dalam kerajaan bagi membuat perubahan selepas tentera mengambil alih kerajaan Mesir dan sehingga Ikhwan Muslimin bersama membebaskan Mesir daripada tentera British dan pembebasan Terusan Suez. Maka kerana takut dan dengki terhadap pengaruh Ikhwan di kalangan terbesar rakyat, maka satu drama bohong dilakonkan bagi mencipta tuduhan dan fitnah menyingkir Kumpulan Islam ini daripada bersama memimpin rakyat.
Setelah pemimpin pengasasnya Hasan Al-Banna syahid ditembak mati oleh polis kerana terlibat melemahkan tentera Israel dalam perang 1948, langkah yang paling tidak disenangi oleh kuasa Barat dan Timur. Satu langkah diambil bagi menyingkirkan Hasan Al Banna dengan pembunuhan yang kejam itu, kerana jasanya yang baik, bukannya kerana dosa dan kesalahannya.
Drama penipuan dilakonkan pula selepasnya, apabila Presiden Gamal Abdul Nasir yang berucap di pentas sambutan ulang tahun pengunduran tentera British diadakan di Medan Mansyiah bandar Iskandariyyah. Presiden Nasir dipakaikan terlebih dahulu dengan baju kalis peluru. Ketika sedang berucap, seorang ditugaskan untuk menembak ke arah yang tidak mengenai apa-apa sasaran. Apabila beberapa tembakan dilakukan menyebabkan khalayak yang berhimpun dalam keadaan huru hara. Presiden yang ditabalkan menjadi hero tampil semula ke hadapan mikrofon sambil mengangkat tangan menegaskan: "Sekiranya Gamal Abdul Nasir mati ditembak, maka seluruh rakyat Mesir adalah Gamal Abdul Nasir". Tukang-tukang sorak yang dipasang di setiap penjuru berjaya membakar emosi rakyat yang hadir dengan kenderaan percuma dan media upahan mendukungnya di seluruh negara.
Selepasnya Ikhwan Muslimin dituduh terlibat dengan usaha membunuh Presiden hero yang gagah berani. Akhirnya ramai pemimpin dan pengikut yang ditangkap, dibicarakan di mahkamah lakonan dan ramai tokoh yang dihukum mati atau lama dipenjara sehingga dimakan usia setelah dibebaskan, walau pun mereka adalah kawan bersama pada mulanya namun diperlakukan apa sahaja kerana gila kuasa.
Penipuan besar yang sangat zalim ini didedahkan kepada umum oleh beberapa tokoh kerajaan Mesir setelah tua dan insaf sebelum meninggal dunia, di antaranya ialah Hasan Al Tihami mantan Ketua Perisikan di masa pemerintahan Presiden Gamal Abdul Nasir, juga penghubung dengan CIA, merangkap mantan Timbalan Perdana Menteri di zaman Presiden Anwar Sadat dan mantan Setiausaha Agung OIC.
Setiap yang membaca sejarah Mesir moden menyaksikan Fir'aun yang dipilih melalui pilihanraya juga, tetapi mesti menang 99% pengundi. Sehinggalah lakonan menipu didedahkan dengan berlakunya Arab Spring, apabila ledakan kebangkitan rakyat yang tidak boleh disekat, memaksa mantan Presiden Husni Mubarak daripada kalangan tentera diundurkan oleh gelombang kebangkitan rakyat yang tidak mampu dihalang.
Akhirnya Mesir memilih demokrasi hak rakyat menjadi hakim yang adil, secara piliharaya yang adil juga, bebas dan telus, diperhatikan oleh pemantau dalam negeri dan luar negeri. Apabila pilihan raya diadakan, tiba-tiba kumpulan-kumpulan Islam mencapai kemenangan, mendapat kerusi terbesar dalam Majlis Perwakilan Rakyat dan Majlis Syura. Selepasnya semua kumpulan Islam dan kumpulan sekular sederhana bersama NGO mendukung calon Muhammad Mursi daripada Ikhwan Muslimin, sehingga berjaya ditabalkan menjadi Presiden pertama yang dipilih rakyat secara pilihanraya yang dipantau sepenuhnya.
Presiden Muhammad Mursi menunjukkan sikap yang paling terbuka dan tidak menyalahgunakan kuasanya untuk membalas dendam dan jauh sekali salah laku, sehingga disaksikan oleh seluruh rakyat. Langkahnya menubuhkan kerarajaan campuran teknokrat, melibatkan ahli politik, pentadbir dan akademik, dari kalangan mereka yang bersih daripada salah laku kerajaan dahulu dan terdahulu. Tindakan mengatasi masalah tidak mudah, kerana masih dibebani saki baki kerajaan dahulu dan pentadbirannya daripada atas sehingga ke akar umbi. Masalah yang mencengkam rakyat dan kehidupannya sejak beraja dan republik, beberapa dekad tidak mungkin diselesaikan oleh manusia paling bijak dalam masa sehari dua atau setahun.
Terkini berlakulah peristiwa yang menjadi perhatian seluruh dunia, drama Firaun moden menyihir rakyat yang bodoh diulang lakonan dengan pelakon dan skrip yang berubah mengikut kehendak zaman dan penipunya. Presiden Muhammad Mursi dipecat oleh tentera dan parti-parti politik yang kalah pilihanraya, diangkat memerintah negara dengan kekerasan tentera. Sebelumnya mahkamah yang masih dianggotai oleh tangan-tangan regim dahulu, membatalkan keahlian Majlis perwakilan Rakyat (Parlimen) sehingga keahliannya tidak mencukupi. Ahli-ahli politik parti-parti yang kalah pilihanraya yang gagal menggunakan politik wang walau pun dengan bantuan jentera kerajaan yang disalahgunakan gagal mencapai kemenangan dengan segala tipu dayanya.
Terdedah kepada umum betapa para pemimpin yang kalah pilihanraya menggunakan duit dengan bantuan negara serantau, menjadi khadam kepada negara yang masih bermusuh terhadap Islam, dengan semangat Islamofobia yang masih menghantui mereka, mengharamkan kumpulan Islam memimpin kerajaan walau pun melalui proses demokrasi.
Drama dilakonkan dengan mengumpan dan mengupah supaya dilakonkan demonstrasi yang diizinkan oleh kerajaan pimpinan Dr Muhammad Mursi, dengan alasan beberapa masalah yang tidak mungkin selesai dengan cepat. Rakyat miskin yang bodoh digunakan dengan wang, khususnya penghuni kawasan setinggan, perkuburan dan kaki lima sejak zaman dahulu kerana kerajaan dahulu sengaja tidak menyelesaikannya, supaya mudah dibeli undi dan menjadi pengundi hantu. Disertakan dengan protes tanda tangan berpuluh juta rakyat yang sangat diragukan kesahihannya kerana buta huruf dan buta akal.
Seterusnya digunakan saki baki angkatan tentera yang berpangkat tinggi, melakukan rampasan kuasa bertopengkan demokrasi haram bagi membunuh demokrasi yang sah melalui pungutan suara yang adil, semata-mata bagi menyingkirkan kumpulan berkuasa, tanpa mengira bencana buruk mungkin berlaku selepasnya sehingga perang saudara yang berlarutan bagi peluang keemasan kepada peniaga-peniaga senjata mendapat duit Arab jahiliyyah bersama Firaun baru di Mesir.
Keadaan buruk yang tidak harus diundang boleh berlaku, apabila pada asalnya kumpulan Islam radikal yang tidak feqah politik telah berjaya dipujuk oleh para ulama yang bijaksana di Mesir ikut menyertai amalan Demokrasi akan berkata bahawa Demokrasi tidak berguna lagi. Rakyat yang cintakan keamanan dan hak yang adil juga merasakan pintunya ditutup, maka beranggapan hanya kekerasan sahaja yang boleh memecahkannya. Kesannya, keseluruhan rantau dan negara barat menyokong drama yang zalim itu. Kebimbangan ini teryata apabila banyak kalangan negara barat dan pertubuhan hak asasi manusia mengutuk perkara yang berlaku, serta mendesak supaya Presiden Muhammad Mursi dibebaskan dan pilihanraya yang adil boleh diadakan semula dalam masa yang terdekat sekiranya tidak berpuashati terhadapnya.
PAS bersama dengan parti-parti Islam dan NGO Islam yang lahir bersama gerakan Islah dan tajidid menyokong protes aman mengikut amalan Demokrasi yang adil dan diikuti dengan pilihanraya bebas adalah terbaik bagi umat Islam menyelsaikan masalah mereka, kerana cara yang lain hanya mengundang mudarat yang lebih besar dan kesempatan kepada musuh negara dan umat.
PRESIDEN PAS 28 Julai 2013 |
Shahrizat digesa berundur, jangan sekat cabaran Posted: 28 Jul 2013 04:12 PM PDT 20 Ramadhan 1434 H. [MOD] - Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil digesa berundur daripada jawatannya dan tidak menggunakan alasan 'perlawanan emak dan anak' bagi menghalang cabaran bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said. Bekas setiausaha wanita Umno Malaysia, Datuk Faridah Abu Hassan berkata Shahrizat dahulu juga mencabar Datuk Seri Rafidah Aziz untuk jawatan itu walaupun didakwa pernah bersumpah atas nama Allah untuk tidak berbuat demikian.
"Jadi sekarang ini, kenapa pula dia nak kata Azalina jangan bertanding?
"Shahrizat tak boleh sekat mana-mana pihak untuk bertanding dan pertandingan tidak memecahbelahkan perpaduan wanita," katanya sewaktu mengulas perkembangan terkini pergerakan itu menjelang pemilihan parti hujung tahun ini.
Beliau ditemui selepas mesyuarat agung tahunan Umno cawangan Jalan Foss yang diketuainya di Kuala Lumpur malam tadi.
Bercakap lanjut, Faridah turut menggariskan dua sebab Shahrizat perlu berundur pada pemilihan kelak - prestasi Wanita Umno mutakhir ini dan skandal pinjaman RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC).
Jelasnya Shahrizat kerap melaungkan tentang keperluan kabinet diisi oleh 30 peratus kaum wanita namun, selepas pilihan raya lalu hanya seorang sahaja exco wanita Umno terpilih menganggotai jemaah menteri.
"Pengundurannya perlu (dilakukan) supaya PRU nanti kita boleh ambil hati orang muda untuk menyokong BN kembali.
"Kalau Shahrizat melaungkan 30 peratus (perwakilan), tolong namakan pada saya bilangan wanita Umno yang jadi anggota parlimen.
"Sekarang ini di kalangan exco yang jadi anggota parlimen cuma satu iaitu (MP Beaufort) Datuk Azizah Mohd Dun.
"Datuk Noriah Kasnon (MP Sungai Besar) bukan exco Wanita, Datuk Halimah Sadique (MP Tenggara) bukan exco Wanita Umno," katanya.
Shahrizat juga, kata Faridah tidak wajar menggunakan alasan beliau tiada kaitan dengan skandal NFC.
Beliau sendiri mendakwa menerima SMS agar mengerahkan Wanita Umno ke mahkamah untuk menyokong Shahrizat setiap kali perbicaraan NFC berlangsung.
Beliau juga tidak yakin Shahrizat akan terus kekal popular dalam pergerakan itu memandangkan Shahrizat kini bukan lagi menteri mahu pun pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK)
"Melalui majlis itu dia boleh beri program kepada wanita di setiap bahagian, dalam setahun adalah dalam RM50 ke RM60,000.
"Jadi sekarang ini dia tak jadi menteri lagi, dia tak jadi pengerusi MPWK lagi, apa lagi yang dia boleh sumbang kepada wanita?
"Tak ada apa-apa," kata Faridah yang menjadi exco Wanita sewaktu ia diketuai Rafidah Aziz.
malaysiakini.com |