Selasa, 19 Januari 2016

Chong Chieng Jen's Blog

Chong Chieng Jen's Blog


The Launching Of Ubah Machine 乌巴战车揭幕之夜

Posted: 18 Jan 2016 04:56 PM PST

The Launching Of Ubah Machine
乌巴战车揭幕之夜


Time: 7:00pm
时间:晚上七时正

Date:26-1-2016 Tuesday
日期:26日1月2016年 星期二

Venue : Kuching City Mall (Kim Hin Road)
地点:杨国斯路Kuching City Mall 的大地园

Please join us!See You There!
欢迎大家出席,到时见!

Impian Malaysia benih harapan untuk perubahan

Posted: 16 Jan 2016 04:23 PM PST


SUBANG JAYA, 17 JAN: DAP hari ini melancarkan trak Impian Malaysia di kompleks beli belah Sunway Pyramid bagi menggerakkan kempen kesedaran kesukarelawanan ke seluruh tanah air.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata usaha DAP melalui inisiatif Impian Malaysia mempunyai mesej yang jelas kepada rakyat bahawa negara ini mempunyai harapan untuk berubah.
"Kita telah buktikan komitmen kepada rakyat.
"Ketika banjir besar di Kelantan, DAP sendiri bina 45 buah rumah. Ketika itu kerajaan hanya buat 30 rumah. Kita belum jadi kerajaan tapi kita sebagai pembangkang sudah buktikan.
"Jangan anggap negara kita tak ada harapan. Kita masih ada harapan," katanya melancarkan trak tersebut yang akan mengembara ke seluruh negara mempromosikan program Impian Malaysia.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berharap rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan dakyah perkauman yang dilemparkan terhadap DAP semata-mata kerana pihak lawan mahu menutup kegagalan mereka memperjuangkan hak rakyat.
Antara acara menarik di perkarangan Sphinx di pusat membeli-belah tersebut sehingga jam 8 malam ini adalah tayangan video, pameran fotografi, pendaftaran sukarelawan baru, kutipan sumbangan dan jualan cenderamata.
Impian Malaysia ditubuh bagi memberi komitmen dan membantu masyarakat yang terpinggir selain membangkitkan kesedaran mengenai asas hak sebagai seorang warganegara. Ia mahu memberdayakan rakyat Malaysia pelbagai kaum.
Impian Malaysia yang bermula sejak September 2013 telah menjayakan lebih 60 projek antaranya pembinaan infrastruktur seperti membina jalan raya kecil, jeti dan jambatan, bekalan air, tenaga elektrik mikrohidro, kemudahan mikrokredit, pendidikan dan kesihatan.
Penggerak projek Impian Malaysia, Tony Pua, berkata program itu wadah terbaik untuk rakyat menunjukkan kepedulian mereka kepada masyarakat pedalaman Sabah dan Sarawak yang terpinggir.
"Malah, sukarelawan Impian Malaysia sanggup keluarkan wang sendiri untuk membantu projek itu," katanya.
Beliau yakin kehadiran trak itu meningkatkan lagi kesedaran rakyat terhadap derita rakyat di pedalaman.
Pengerusi Persatuan Impian Malaysia, Wan Hamidi Hamid, pula berkata projek inisiatif itu idea asas perjuangan parti dalam memberi hak dan kemudahan setara dalam kalangan rakyat.
"Kita percaya bukan saja kepada keserataan kaum atau gender tetapi juga kesaksamaan dalam pembangunan kemudahan asas dan modal insan.
"Kita mahu mengukuhkan lagi semangat 'Malaysia Untuk Rakyat Malaysia'," kata sambil berharap projek itu mendapat sokongan rakyat sama ada sebagai sukarelawan mahupun sumbangan.
Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt, berkata projek Impian Malaysia melalui Inisiatif Impian Sabah dapat merapatkan jurang kerana pembangunan di negeri itu ketinggalan 30 tahun.
"Tak macam di Semenanjung, apabila anda masuk ke pedalaman Sabah, banyak yang tidak ada seperti kemudahan air bersih dan bekalan elektrik," kata Ahli Parlimen Sandakan itu.
Timbalan Pengerusi DAP Sarawak Chiew Chin Sing, pula menyatakan bahawa projek Impian Sarawak banyak memberi kelegaan kepada masyarakat pedalaman pelbagai etnik.
Beliau yakin program itu dapat meningkatkan kesedaran rakyat, khususnya di Sarawak untuk membawa perubahan, terutama dalam pilihanraya negeri yang akan datang tidak lama lagi.
 – Roketkini.com  (17 Januari 2016 oleh Hafiz Zainuddin)

Nuffnang