Khamis, 24 Mei 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


EXCO Pendidikan Selangor agih fasa 1 bantuan SAR, SJKC

Posted: 24 May 2012 07:04 AM PDT


Kerajaan Selangor agih bantuan pendidikan RM7,832,000 FASA 1 2012

Posted: 24 May 2012 06:51 AM PDT

 SHAH ALAM
24.5.12

EXCO Kerajaan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali dalam ucapannya menyatakan bahawa perancangan jangka panjang membangun Selangor untuk menjadi satu negeri yang idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan adalah memberi perhatian serius kepada hal ehwal pendidikan.

Segala yang dirancang mengambilkira
 pembangunan insan yang berkesan. Pendekatan holistik merangkumi tumpuan kepada menyediakan prasarana yang mencukupi agar proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku dengan efektif.Guru pula perlu mempunyai ilmu dan kemahiran mengajar dengan cara yang mampu menghasilkan pelajar yang berjaya menguasai subjek pembelajaran.

 Sekolah juga sepatutnya mampu mewujudkan budaya ilmu, budaya insan bersyakhsiyyah dan mempunyai kepedulian sosial yang tinggi dan berkemahuan melahirkan tamaddun agung di Selangor. Inilah yang mahu dilahirkan dalam generasi insan di Selangor . Justeru pelaburan dalam pendidikan dikira sangat berbaloi oleh kerajaan Selangor.
 Mulai 2009, kerajaan Selangor telahpun memperuntukkan RM6 juta untuk sekolah agama rakyat(SAR), RM4 juta untuk SJKC, RM4juta SJKT. Majlis penyerahan cek kepada ADUN-ADUN dan Penyelaras DUN dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor.

Turut hadir EXCO-EXCO dan Speaker Dewan Negeri Selangor serta pimpinan masyarakat dan Wakil Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor.

MY VOICE FOR NATION

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Kemungkaran: Bilakah Dibenarkan Mengubah Dengan Kekerasan ?

Posted: 24 May 2012 05:23 PM PDT

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga

Posted: 24 May 2012 04:31 AM PDT


Lebih 100 orang berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal.

Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.

NONE

Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".

Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.

Setakat ini, kumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka masih belum kelihatan.(malaysiakini)

K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal

Posted: 24 May 2012 04:24 AM PDT


Semua orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana. Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu. Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya. Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke? 

Putrajaya ni padat macam KL ke? Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas! Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman? Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan dengan nur Islami? 

Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop berbanding kuliah Ustaz Azhar. Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea yang seksi meksi. Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus. Inikah kerajaan yang kononnya mendakwa depa menegakkan Islam? Aku tau, akan ada puak UMNO kutuk hal ni dengan kata "Ustaz Azhar tak berceramah agama, tapi dok kutuk mengutuk dan cerita politik". Sapa yang dok kata begitu, dia adalah BODOH dan jahil. 

Pernahkah korg pergi mana2 ceramah Ustaz Azhar? Lihat tak selautan manusia yang membanjiri mana sahaja lokasi Ustaz Azhar dan ini termasuklah mat rempit, kutu lepak, kaki rayau dan pelbagai lagi golongan yang dianggap sampah masyarakat? Apakah dalam setiap kuliahnya, pengisian utama Ustaz Azhar adalah mengutuk UMNO BN, caci maki suka suki dan sebagainya? Tolong jangan jadi bodoh. Apakah kononnya "kutuk mengutuk" dan "cerita politik" itu boleh dijadikan dalil untuk lebih menghalalkan konsert K Pop itu? Sila jawab dengan akal yang dipandu iman bukannya dipandu punggung para veteran tentera. Wahai para mufti, wahai para ulama muda UMNO, wahai Hasan Ali - MANAKAH KORANG???? -------------------------------------------------------- Sumber http://al-hajari.blogspot.com/2012/05/k-pop-punca-kuliah-ustaz-azhar-idrus.html

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pelancaran Tabung Bagi Menampung Saman Tuntutan Gantirugi dan Kos Guaman Terhadap Datuk S. Ambiga

Posted: 24 May 2012 12:08 AM PDT

Pelancaran Tabung Bagi Menampung  Saman Tuntutan Gantirugi dan Kos Guaman Terhadap Datuk S. Ambiga dan 9 AJK Pemandu Bersih serta Bantuan Kos Guaman Kepada Peserta-peserta Bersih yang telah ditangkap dan 113 Orang Peserta yang Dikehendaki Polis
 
Saya dan beberapa aktivis NGO kemasyarakatan hari melancarkan sebuah tabung bagi menampung Saman Tuntutan Gantirugi oleh Kerajaan Barisan Nasional sebanyak RM122,000 terhadap Datuk S. Ambiga dan 9 AJK Pemandu Bersih.

Selain dari itu Tabung tersebut juga akan digunakan untuk kos guaman terhadap Peserta Bersih yang telah ditangkap atau terhadap 113 orang Peserta dikehendaki pihak Polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang lepas.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap aspirasi Bersih agar dapat menyumbang sebanyak RM1.00 (Satu Ringgit sahaja) setiap seorang bagi tujuan murni ini. Walaupun pada dasarnya Kerajaan Negeri Selangor mampu menyediakan dana tersebut tetapi kita berpendapat bahawa semua rakyat Malaysia harus komitted dan terlibat secara langsung dalam menrealisasikan agenda dan matlamat Bersih. 

Lantaran itu sebuah Sekretariat juga ditubuhkan bagi mengumpul dana kutipan dari orangramai dan sebuah nombor akuan bank akan dimaklumkan kepada umum dalam masa terdekat.

Sekretariat tersebut juga akan melancarkan 'nationwide roadshow' bagi menangkis segala tohmahan dan gambaran negatif kerajaan BN yang menyalahgunakan media arus perdana pro-BN terhadap perhimpunan Bersih 3.0 tersebut.   

Saya menyeru Rakyat Malaysia agar menderma demi usaha murni ini.   

 
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Tarikh : 24 Mei, 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN GESA PAKATAN RAKYAT TANDATANGANI "COALITION AGREEMENT" SEBELUM MENUBUHKAN KERAJAAN.

Posted: 24 May 2012 12:39 AM PDT

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pandan pada 21 April lepas telah menggesa parti-parti Pakatan Rakyat menandatangani satu "Coalition Agreement" atau perjanjian pakatan yang terperinci sebelum menubuhkan sebarang kerajaan.

Perwakilan-perwakilan pada mesyuarat agung tersebut bersetuju polisi-polisi utama dipersetujui secara terperinci terlebih dahulu sebelum mana-mana kerajaan dibentuk.

Perjanjian tersebut akan mengikat pimpinan kerajaan seperti Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan Exco kepada keputusan bersama yang telah dicapai.

Perjanjian ini adalah diharapkan akan dapat mengurangkan isu-isu kontroversi yang mungkin timbul akibat perbezaan pandangan di dalam pentadbiran kerajaan.

Di antara polisi-polisi utama yang dicadangkan perlu dipersetujui terlebih dahulu adalah yang melibatkan agama, tanah, perumahan dan kerajaan tempatan.

"Coalition agreement" ini adalah seperti yang ditandatangani oleh Parti Konservatif dan Parti Liberal Demokrat sebelum menubuhkan kerajaan campuran di Britain dalam tahun 2010.

Perjanjian ini menetapkan secara terperinci polisi-polisi utama kerajaan. Tetapi yang paling penting, perjanjian ini menetapkan penyelesaian bagi perkara-perkara di mana terdapat peebezaan yang ketara di antara kedua-dua parti seperti pendidikan dan Kesatuan Eropah.

PAS Kawasan Pandan yakin perjanjian ini akan berupaya mengukuhkan mana-mana kerajaan Pakatan Rakyat yang akan dibentuk dan akan melancarkan sistem penyampaiannya.

Sehubungan itu, kami akan memajukan usul ini kepada Presiden PAS agar beliau dapat membentangkanya pada mesyuarat Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

Iskandar Abdul Samad
Yang Dipertua
PAS Kawasan Pandan
Selangor D.E.
23 Mei 2012

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Parliamentary Questions for June Session by Tiada otak Fikir

Posted: 24 May 2012 07:36 AM PDT

I would to see how the nanny Danny boy going to hide. How that dunggu budak suruhan Aj going to defend the Nanny boy? I am also sure that Nanny Danny’s master in Khazanah must be shitting bricks now?

YB kasih bertiga-tiga ni dengan teruk dalam sessi Parliamen yang akan datang.

Terima kasih kerna mempertahankan MAS dari pengkhianat.

Comment on Parliamentary Questions for June Session by Sam

Posted: 24 May 2012 07:02 AM PDT

WOW! Brilliant, cacing pun tak boleh lepas.

Comment on Parliamentary Questions for June Session by dragonlord

Posted: 24 May 2012 05:28 AM PDT

all the best to you YB Wee, doubt that they will give you the answer in details. The so called agreement, MOU’s and whatever you call it is “SULIT”. This “SULIT” thing made by the Management of MAS is the key point on why MAS keep on losing every year, benefited certains group of people and the BLAMED goes to the MAS employees, BLAMED IT ON THE RAIN.

I wonder WHY it is so SULIT even to the Parliament , sorry to say but this is an INSULT to the PARLIAMENT.

Comment on Parliamentary Questions for June Session by soon zoo

Posted: 24 May 2012 03:17 AM PDT

well Minister of Finance (furnace) will have to change goalpost from soccer to hockey….from hockey to rugby…..

Comment on TO SAVE MAS AJ, Rashdan, Shane Nollan, Rozman, Azhari, Datuk Azman Yahya, Datuk Rohana & others must be OUT by Helpless MAS employee

Posted: 23 May 2012 10:25 PM PDT

To all MH people ~ just be careful HOW and WHO you share your (inside) information with. There are assholes in and around you @ MH. that would rat on you for their personal gain.
*PEACE!*

Comment on Parliamentary Questions for June Session by Bina tak Fikir

Posted: 23 May 2012 07:43 PM PDT

Thats the way to probe further on BinaFikir, Azman Mokhtar, Nanny Danny and AirAsia infiltrators in MAS.

I can say that the consultancy fees for BinaFikir was a huge sum. Once declared will be very embarrassing for the Sleepy Head government. Please probe further the man behind may be Nor Yakop.

Md Nor, Nanny Danny and Azman Mokhtar knew how much was the consultancy fees paid to BinaFikir. Now that BinaFikir idiots Nanny Danny is back in MAS and his master is in Khazanah to protect him.

Comment on Little Napoleons in Khazanah & MAS withheld BinaFikir’s fees from Parliament by European

Posted: 23 May 2012 04:17 PM PDT

what happens to Malaysia can only be called government linked robbery of assets by former and present government and its associates.
above article “Pak Belalang” sums it up in a nutshell.
the dark side of the coin however may show that Authorities and Institutions like Bursa Malaysia, MACC and many more are not doing anything about this obvious corruption and have to be considered a part of the syndicate. this however will not attract any investment, but rather will ensure foreign companies will bypass Malaysia as it must be considered a “dark hole” if it comes to legal practice and Corporate Governance. there must however be a few members in parliament who are to stand up against this to save the country. all readers of this blog can only oppose all this by not voting for all these corrupt bunch of greedy politicians and their dealers in crime.
nobody with just a rest of common sense would invest even a penny in a country with almost no justice-system and government authorised/protected daylight robbery. those waiting for the government to help MAS may be disappointed in the end….

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2012

Posted: 23 May 2012 04:58 PM PDT







Pada 21 Mei 2102 yang lalu, Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2012 telah berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak yang disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' Seri Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Laporan Polis: 23 Mei 2o12

Posted: 23 May 2012 11:50 AM PDT

Berikut adalah laporan polis yang dibuat mengenai gangguan yang dihadapi oleh Pengerusi Bersama Gabungan Bersih 3.0, Datuk Ambiga Sreenevasan serta kenyataan berbentuk ancaman dan amaran yang dikeluarkan oleh sesetengah individu terhadap Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Gabungan Bersih 3.0 secara keseluruhannya.

Polis DiRaja Malaysia
Repot Polis

Balai: Damansara
Daerah: Petaling Jaya
Kontinjen: Selangor
No Repot: TRAVERS/003793/12
Tarikh: 23/05/2012
Waktu: 2014 PM
Bahasa Diterima: B Malaysia

Butir-butir Penerima Repot
Nama: Mohd Gani bin Ghazali
No Personel: R153864
Pangkat: L/KPL

Butir-butir Pengadu
Nama: Nurul Izzah binti Anwar
No KP (Baru): XXXXXXXXXXXXXXXX
Jantina: Perempuan

SAYA MERUJUK KEPADA LAPORAN AKHBAR THE STAR, BERTAJUK “GROUP PERFORMS ‘BUTT EXERCISES’ IN FRONT OF AMBIGA’S HOME” BERTARIKH 16 MEI 2012 TENTANG GANGGUAN YANG DIHADAPI OLEH PENGERUSI BERSAMA GABUNGAN BERSIH 3.0, DATUK AMBIGA SREENEVASAN.

PADA JAM 1115 PAGI TADI @ 23/05/2012, SAYA TELAH MELAWAT BELIAU BERSAMA AHLI-AHLI PARLIMEN KUALA LUMPUR DAN PAKATAN RAKYAT LAINNYA DI KEDIAMAN DATUK AMBIGA BERALAMAT XXX, JALAN SETIAKASIH 1, BUKIT DAMANSARA, KUALA LUMPUR. LAWATAN KAMI BERKAIT DENGAN RANCANGAN SEKUMPULAN ORANG UNTUK MENDIRIKAN GERAI-GERAI PADA HARI ESOK (KHAMIS DAN JUMAAT) DI LUAR RUMAH DATUK AMBIGA UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN SECARA HARAM. KENYATAAN YANG INDIVIDU-INDIVIDU INI KELUARKAN BERBENTUK GANGGUAN DAN AMARAN KEPADA DATUK AMBIGA, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN GABUNGAN BERSIH 3.0 SECARA KESELURUHANNYA.

SAYA MENDAPAT MAKLUMAN BAHAWA AHLI-AHLI PEKIDA DAN PERKASA YANG MENYOKONG UMNO JUGA BERCADANG UNTUK HADIR ESOK, DAN BERTUJUAN UNTUK MEMBUAT KEKACAUAN.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SAYA MENDAPATI KELAKUAN-KELAKUAN DI ATAS SERTA AKTIVITI DALAM PERANCANGAN MEREKA INI MELANGGAR, DI ANTARANYA, AKTA-AKTA SEPERTI BERIKUT:

1. SEKSYEN 14 AKTA KESALAHAN-KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA336);

2. SEKSYEN 268 KANUN KESEKSAAN (AKTA 574) DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH PERUNTUKAN SEKSYEN 290 YANG SAMA;

3. SEKSYEN 425 KANUN KESEKSAAN (AKTA 574) DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH PERUNTUKAN SEKSYEN 427 YANG SAMA;

4. SEKSYEN 46 AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974.

OLEH DEMIKIAN, SAYA MEMINTA AGAR PIHAK POLIS UNTUK MENYIASAT DAN MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA UNTUK MEMASTIKAN KEAMANAN ORANG AWAM TERJAGA. SEKIAN LAPORAN SAYA.

laporan1 laporan2

SUARA PERAK

SUARA PERAK


Benarkah MIC Membantu Penternak & Petani?

Posted: 23 May 2012 07:19 PM PDT

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Subhanallah! Fenomena Ikan Aneh Sebelum Tsunami

Posted: 24 May 2012 02:16 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

Ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di luar Pantai Sendai di Jepun 11hb Mac 2011 lalu, sebuah persisiran pantai di Mexico telah 'dihadiri' jutaan sekumpulan besar ikan pelik berbagai jenis. Antaranya yang dilihat adalah ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis.

Kehadiran ikan-ikan tersebut membuatkan suasana persisiran pantai dilitupi dengan warna hitam gelap berminyak.
Bagi nelayan di kawasan Pantai Acapulco, Mexico, ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Mereka hanya menggunakan pukat, bakul dan apa sahaja yang tercapai untuk menangkap ikan-ikan tersebut.

"Di sana dalam 20 hingga 30 orang nelayan bersama-sama anak-anak mereka mengambil kesempatan atas fenomena ini", ujar Carlos Morales yang turut teruja menyaksikan fenomena ikan pelik tersebut.

Nelayan di sekitar kawasan tersebut yakin kejadian pelik ini berlaku kerana bencana Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini. Walaubagaimanapun, para pakar tidak pasti kejadian ini mempunyai kaitan dengan Tsunami di Jepun.

"Tsunami sememangnya boleh mengubah sesuatu, namun ia jauh untuk mendakwa ia ada kaitan(dengan tsunami di Jepun)", kata Rich Briggs yang juga ahli geologi daripada U.S Geological Survey. Lihat gambar-gambar fenomena ikan pelik yang sempat dirakam di luar persisiran pantai Mexico:

Sumber: Melayukini

Meracau mabuk dadah pecah

Posted: 24 May 2012 02:11 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

DIIKAT...lelaki dalam keadaan khayal berikat kaki dan tangan selepas kapsul disyaki mengandungi heroin (gambar kecil) pecah dalam perut.

MELAKA: Tindakan berani mati seorang keldai dadah warga Nigeria menelan puluhan kapsul dadah disyaki heroin yang dibalut di dalam kondom untuk diseludup ke negara ini, nyaris meragut nyawanya apabila bahan haram itu dipercayai pecah di dalam perutnya hingga menyebabkan dia meracau teruk di tepi jalan di Melaka Perdana, dekat sini, awal pagi semalam.

Menurut sumber, kelicikan lelaki berusia 33 tahun itu berjaya melepasi pemeriksaan kastam dan kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak bertahan lama apabila diberkas polis di negeri ini.

Sumber berkata, sebelum itu suspek bersendirian menaiki teksi dari KLIA dan tiba di Melaka Sentral kira-kira jam 10 malam.

Katanya, ketika hendak membayar tambang, suspek memberitahu pemandu teksi dia tidak mempunyai wang dalam Ringgit Malaysia (RM) dan mahu menukar mata wang asing di Melaka Sentral.

"Bagaimanapun, pengurup wang enggan menerima tukaran mata wang asing sebelum suspek bertindak melarikan diri menyebabkan pemandu teksi membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh untuk tindakan lanjut," kata sumber.

metro/-

Darurat 60 hari diisytihar di zon gempa

Posted: 24 May 2012 01:59 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

ROME - Itali semalam mengisytiharkan darurat selama 60 hari di kawasan timur laut Itali yang dilanda gempa berkekuatan 6.0 skala Richter pada Ahad lalu.

Kawasan yang terlibat adalah sekitar Bologna, Modena dan Ferrara.

Kerajaan turut berjanji untuk memberi bantuan sebanyak 50 juta euro (RM199 juta) kepada projek pembinaan semula kawasan penempatan dan kilang yang musnah dalam tragedi itu.

Dalam satu kenyataan, kerajaan juga memutuskan untuk pengecualian sementara pembayaran cukai hartanah kepada individu yang mengalami kerugian besar akibat kemusnahan harta benda.

Seramai enam penduduk terkorban manakala puluhan lagi cedera dalam kejadian gempa yang menggeg


sinar harian/-

S’gor beri RM50 sebulan pelajar tadika miskin

Posted: 24 May 2012 01:27 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini meneruskan lagi usaha merakyatkan ekonomi negeri apabila mengumumkan pemberian elaun tadika RM50 sebulan kepada kanak-kanak dari keluarga miskin di negeri itu di bawah Skim Tunas.

Pemberian itu bakal melibatkan 3,000 kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun yang berasal daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM1500 di seluruh negeri dan akan berkuatkuasa mulai 1 Julai ini.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, Skim ini akan menggunakan geran Selangorku berjumlah RM1,016,600 untuk tahun 2012 dan akan diperuntukkan sebanyak RM3 Juta dalam bajet tahunan untuk tahun 2013.

"Ini termasuk dalam fasa ke empat dasar MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor) di mana hasil mahsul negeri dikongsi bersama rakyat bagi mengurangkan beban rakyat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, isentif terbaru itu adalah kesinambungan kepada usaha kerajaan negeri menyediakan bantuan pendidikan sepeti yang telah diperkenal sebelum ini termasuk program tuisyen rakyat Selangor (PTRS) , hadiah RM1000 masuk universiti, serta program pembangunan insan SPIES.

Menurutnya lagi, skim tersebut akan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan Selangor, Rantaian Mesra Sdn Bhd yang akan dipantau oleh Majlis Permuafakatan Tadika Selangor di bawah kelolaan beliau sendiri.

Harakah Daily

K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal

Posted: 24 May 2012 01:23 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

Semua orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu.

Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya.

Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke? Putrajaya ni padat macam KL ke? Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas!

Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman?

Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan dengan nur Islami?

Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop berbanding kuliah Ustaz Azhar. Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea yang seksi meksi. Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus.

Inikah kerajaan yang kononnya mendakwa depa menegakkan Islam?

Aku tau, akan ada puak UMNO kutuk hal ni dengan kata "Ustaz Azhar tak berceramah agama, tapi dok kutuk mengutuk dan cerita politik". Sapa yang dok kata begitu, dia adalah BODOH dan jahil. Pernahkah korg pergi mana2 ceramah Ustaz Azhar? Lihat tak selautan manusia yang membanjiri mana sahaja lokasi Ustaz Azhar dan ini termasuklah mat rempit, kutu lepak, kaki rayau dan pelbagai lagi golongan yang dianggap sampah masyarakat? Apakah dalam setiap kuliahnya, pengisian utama Ustaz Azhar adalah mengutuk UMNO BN, caci maki suka suki dan sebagainya?

Tolong jangan jadi bodoh.

Apakah kononnya "kutuk mengutuk" dan "cerita politik" itu boleh dijadikan dalil untuk lebih menghalalkan konsert K Pop itu? Sila jawab dengan akal yang dipandu iman bukannya dipandu punggung para veteran tentera.

Wahai para mufti, wahai para ulama muda UMNO, wahai Hasan Ali - MANAKAH KORANG????
--------------------------------------------------------
Sumber http://al-hajari.blogspot.com/2012/05/k-pop-punca-kuliah-ustaz-azhar-idrus.html
— with Pengundi Pas Kedah, Ustazthrash Mujahid, Sam Presiden and 22 others.

Harakah Daily

Siapa susah bila pekerja MAS ditawar cuti 2 tahun

Posted: 24 May 2012 01:22 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Siapa akan tanggung beban dan kesusahan pekerja MAS yang disuruh mengambil cuti tanpa gaji sehingga dua tahun, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempersoalkan.

"Berikutan penurunan pendapatan dan penstrukturan semula bagi menjimatkan kos, MAS menawarkan cuti tanpa gaji sehingga dua tahun kepada kakitangannya untuk mengurangkan kos operasi.

"Apa yang dibimbangi ialah bukan setakat tawaran sahaja tetapi akhirnya kakitangan MAS dipaksa mengambil cuti tanpa gaji sehingga dua tahun," kata beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kakitangan MAS yang dipaksa bercuti tanpa gaji pasti akan menghadapi pelbagai masalah dan beban ekonomi berikutan kehilangan pendapatan yang tetap.

"Jika separuh dari kira-kira 20,000 pekerja MAS mengambil cuti tanpa gaji walaupun dalam masa enam bulan sekalipun, ke mana mereka hendak mencari rezeki untuk menyara keluarga mereka?

"Pemimpin-pemimpin Umno boleh kata mereka boleh cari kerja lain atau berniaga, tetapi dengan peluang pekerjaan yang semakin terhad dan perniagaan pula memerlukan modal yang besar, apa yang pasti tindakan itu akan mengakibatkan kesusahan dan penderitaan hidup mereka," kata Salahuddin.

Tambahan pula, tanya beliau lagi, jika 10,000 orang yang disuruh mengambil cuti tanpa gaji selama dua tahun, adakah kesemua 10,000 itu mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk berniaga bagi menampung kos hidup mereka?

Beliau bagaimanapun berharap tawaran sedemikian juga dikemukakan kepada mereka yang berkedudukan tinggi dan "membelasah wang MAS" tanpa sumbangan yang nyata.

"Berapa puluh ribu sebulan diterima oleh penasihat MAS, Tun Abdullah Ahmad Badawi?

"Kalau dia dan orang sepertinya cuti tanpa gaji, banyak wang MAS yang boleh dijimatkan," katanya.

Salahuddin menyifatkan masalah yang dihadapi oleh MAS itu sebahagian besarnya berpunca dari terlalu banyak kepentingan politik dan kroni yang menjadi penentu dasar pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

"Contohnya, kontrak bekalan makanan kepada MAS, bukan sahaja terlalu mahal dan luar biasa mahal, malah kontraknya memakan masa hingga 25 tahun.

"Tidak ada mana-mana fikiran yang waras yang berani menjangkakan MAS boleh membuat untung dengan keadaan sedemkian," katanya.

Bukan setakat itu sahaja, katanya, kepentingan demi kepentingan terus menguasai pentadbiran MAS sehingga kini.

"Saya diberitahu sukuk peringkat pertama yang dicadangkan diterbitkan oleh MAS sebanyak RM1 bilion pada Jun ini akan digunakan untuk membayar hutang untuk modal kerja (bridging loan) kepada CIMB terlebih dahulu.

"Nampak seperti tolong adik Perdana Menteri dahulu," katanya.

Salahuddin seterusnya mempersoalkan berapa bilion atau trilion lagi wang negara yang akan diperjudikan untuk menyelamatkan MAS setelah syarikat penerbangan nasional itu dimangsakan oleh kepentingan-kepentingan politik mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Pernahkah kerajaan menghitung berapa banyak wang yang terpaksa digunakan untuk menyelamatkan MAS?" tanya beliau.

Beliau percaya, jika dibuat perhitungan yang sewajarnya, menubuhkan syarikat penerbangan yang baru lebih menjimatkan dari terus berbelanja besar-besaran untuk menyelamatkan MAS.

Harakah Daily

Gas bocor dan meletup: Penduduk Kerteh ketakutan

Posted: 24 May 2012 01:20 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

KEMAMAN: Penduduk Kerteh dekat sini hidup dalam ketakutan ekoran kejadian kilang meletup dan gas bocor menjadi-jadi di kawasan mereka. (Antara mangsa gas bocor sebelum ini)

Semalam berlaku lagi kebocoran kepada sebuah kilang di situ menyebabkan bau amonia yang kuat di kawasan Kerteh ini.

Mereka meminta Petronas dan kerajaan khasnya membuat usaha yang bersungguh-sungguh bagi memastikan kesalamatan penduduk kawasan industri ini terjamin.

Kejadian yang berlaku di Kerteh sebegini mengigatkan penduduk Kuantan ekoran pembinaan kilang Lynas yang mempunyai kaitan dengan radioaktif dibina di sana.

11 Mei lalu, Loji Pemprosesan Gas milik Petronas di Paka meletup kira-kira jam 3 petang.

Ketika kejadian kira-kira 2,000 orang sedang bertugas di sekitar kawasan berkenaan.

Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas.

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB).

Seorang lagi pekerja Mohd Zamri Fithri Mat Nor, 25 berasal daripada Padang Pulut di sini yang mengalami kecederaan parah dengan 90 peratus bahagian badannya melecur, dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Lapan lagi pekerja yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.

Sebelum itu, pada 6 April, gas dilaporkan bocor di Pusat Memproses Gas (GPP) 3, di Kerteh.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, 16 pekerja kontrak dikejarkan ke Hospital Dungun manakala lapan lagi menerima rawatan di Klinik Kesihatan Paka selepas mengalami sesak nafas akibat terhidu gas terbabit yang tidak diketahui punca dan dari mana berlakunya kebocoran itu.

Harakah Daily

Isu tentera: Nizar beri keterangan polis

Posted: 24 May 2012 12:55 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

IPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaannya tentang pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Nizar dalam ceramahnya semasa Pelancaran Pra Bersih Parlimen Gopeng baru-baru ini meminta kepastian tentang pertemuan Najib dengan pegawai-pegawai tinggi ATM.

Akibat dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu, beliau kini disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Beliau yang ditemani isterinya Datin Seri Fatimah Taat serta tiga peguam hadir ke ibu pejabat polis daerah Ipoh pada kira-kira jam 10 pagi dan berakhir sejam selepas itu.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang ketika memberitahu media berkata beliau memberi segala maklumat yang diperlukan oleh polis.

Ekoran ucapan beliau pada ceramah berkenaan, beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan telah membuat laporan polis.

Harakah Daily

Akhirnya Muhyidin setuju sekolah tinggi Cina Kuantan

Posted: 24 May 2012 12:50 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Walaupun pada awalnya menolak cadangan pembinaan sekolah tinggi Cina bebas di Kuantan, Menteri Pelajaran didakwa akhirnya menyokong cadangan itu. (Perhimpunan merah di Kuantan)

Menurut Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon dalam satu kenyataannya hari ini, Muhyidin telah menyelesaikan isu itu dengan MCA.

"MCA sentiasa bersedia membantu pembinaan sekolah bebas Cina dan tidak pernah mengabaikan untuk mempertahankan kepentingan Cina," kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini.

Lebih 5,000 orang menghadiri perhimpunan aman di Kuantan 20 Mei lalu untuk menggesa kerajaan menubuhkan sebuah sekolah tinggi Cina di bandar itu.

Hadirin berpakaian merah itu berhimpun di satu padang di bandar tersebut dengan khemah dan kain rentang yang disediakan kumpulan pendidikan Cina dan parti politik.

Perhimpunan selama satu jam itu dianjurkan oleh Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang untuk menuntut Sekolah Tinggi Bebas Chong Hwa di Kuala Lumpur dipindahkan ke bandar itu.

Berucap di majlis itu ialah pengerusi persekutan lembaga tersebut Lim Chin Chee, presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Pheng Yin Huah dan pengerusi Dong Zong Yap Sin Tian.

Dua resolusi diluluskan di perhimpunan tersebut – menyokong sepenuhnya penubuhan sebuah sekolah tinggi bebas dan Kuantan dan menggesa kerajaan mendengar tuntutan rakyat supaya meluluskan penubuhan tersebut.

Harakah Daily

Misteri kehilangan Letong

Posted: 24 May 2012 12:47 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

MARAN - "Dalam mimpi tiga hari lalu, Letong cakap dia mahu balik tapi tak lepas nak balik".

Demikian kata seorang penduduk Kampung Orang Asli Batu 55 di sini, Nani Gel, 47, yang bingung dengan misteri kehilangan abangnya sejak enam bulan lalu.

Nani berkata, tiada sebarang petunjuk atau petanda ditemui bagi menjejaki abangnya itu, Letong, 53, yang juga sakit mental sejak berusia 18 tahun akibat demam panas.

Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran pada 6 Disember 2011 namun misteri kehilangan Letong masih menjadi tanda tanya.

"Polis ada memberitahu bahawa mereka sudah mencari di hospital berdekatan sekiranya Letong ada menerima rawatan kerana mungkin dihantar oleh orang awam.

"Tiga hari lalu saya bermimpi, Letong berada di tepi longkang sebuah rumah kayu uzur dan bercakap mahu pulang tapi tidak lepas. "Saya rapat dengan Letong malah menjaganya sejak berusia 18 tahun dan ini merupakan kali pertama Letong hilang," katanya kepada Sinar Harian.

Nani berkata, dia tidak pernah berputus asa menjejaki Letong dan sentiasa mencari abangnya itu di sekitar Felda Bukit Tajau, Kampung Kuala Sentul, Bandar Maran serta jalan menghala ke Mentakab.

Menurutnya, Letong kebiasaan akan keluar sendirian seawal jam 8 pagi dan akan pulang selewat jam 3 petang malah tidak pernah mengganggu orang lain.

"Firasat saya, Letong masih hidup dan jika ditakdirkan dia sudah tiada, harap mayatnya ditemui untuk kepastian," katanya.

Sinar Harian

Menangis rayu jiran pulangkan barangan kemas

Posted: 24 May 2012 12:45 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

LUBUK CHINA – Seorang gadis berusia dalam lingkungan 20-an terpaksa merayu dan menangis di hadapan jirannya sendiri, seorang wanita bujang berusia penghujung 40-an untuk memulangkan kembali kalung emas dan satu set subang miliknya, kelmarin.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Megala dan ibunya, Mala, 48, hanya menyedari barangan kemas berkenaan hilang dari tempatnya setelah pulang ke rumah dan mendapati pintu belakang rumah terbuka.

Mala berkata, keadaan bilik anaknya juga berselerak sebelum mendapati hanya barangan kemas milik Megala sahaja yang hilang.

Malah katanya, di bahagian pintu belakang rumah yang terbuka juga jelas kelihatan kesan umpilan dan dia kemudiannya menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Saya kemudiannya menerima maklumat daripada pihak polis untuk melihat salah seorang jiran mereka bagi mengenal pasti sama ada barangan kemas yang hilang berada padanya.

"Sebaik menemui jiran yang dikatakan pihak polis, saya terperanjat melihat suspek memakai barangan kemas berkenaan dan bertindak meminta suspek memulangkan kembali barangannya itu sambil menangis," katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.

Katanya, walaupun merayu dan menangis di hadapan suspek yang kurang sihat mentalnya, mangsa masih belum berjaya memujuk suspek untuk memulangkan barang kemas berkenaan kerana suspek mahu ayah mangsa membeli barangan kemas terbabit datang mengambilnya dan membayar sebanyak RM500.

"Mangsa akhirnya pulang ke rumah dan menunggu bantuan polis. Akhirnya barangan kemas berkenaan dipulangkan kembali dan kes Barangan kemas yang dipulangkan kembali oleh suspek yang sakit mental.

"Mujur ada jiran lain yang prihatin dan sedar suspek berada di bahagian belakang rumah serta memberikan maklumat berharga berkenaan kepada pihak polis sekali gus menyelesaikan kes dengan cepat," katanya.

Sinar Harian

Ibu hamil lima bulan kena penjara 45 hari

Posted: 24 May 2012 12:43 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Gara-gara gagal menunjukkan kad pengenalan miliknya, seorang ibu mengandung lima bulan terpaksa meringkuk di penjara selama 45 hari selepas mengaku bersalah di Mahkamah Trafik di sini, semalam.

Sebelum itu, tertuduh, Nurul Huda Muda, 35 dari Kampung Beruas, Pekan yang bekerja sebagai pembantu pam minyak merayu kepada Majistret Tuan Ruziani Tuan Lah supaya tidak dikenakan denda kerana tidak mempunyai wang.

Tertuduh memberikan alasan dia tidak berkemampuan dan masih mempunyai dua anak yang masih kecil.

Tuan Ruziani kemudiannya menetapkan hukuman itu berkuat kuasa semalam.

Mengikut fakta kes, Nurul gagal mempamerkan kad pengenalan miliknya dalam satu operasi terhadap anggota polis di hadapan Hotel Planet, Jalan Bukit Ubi di sini kira-kira jam 1.30 pagi pada 29 Februari lalu.

Tertuduh disabitkan di bawah Peraturan (1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum, RM20,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ain Fadilla Mohd Ali.

Sinar Harian

Kejutan lelaki bertopeng

Posted: 24 May 2012 12:41 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Satu keluarga mengalami kerugian hampir RM20,000 apabila rumah mereka dimasuki perompak di Taman Seremban Jaya, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, S Maliga, 55, bersama empat anaknya termasuk seorang lelaki berumur lingkungan 20 hingga 30-an sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah.

"Ketika kami sekeluarga menonton televisyen, tiba-tiba muncul seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang memasuki rumah.

"Lelaki itu kemudian mengarahkan kami diam sebelum datang empat lagi lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Maliga berkata, semua lelaki dipercayai berusia lingkungan 30-an itu mengarahkan ahli keluarganya memberi kerjasama dan mengikut arahan agar tidak dicederakan.

"Mereka menggeledah barang dalam bilik dan meminta barang berharga daripada kami.

"Kerana takutkan dicederakan, kami mengikut arahan mereka dan menyerahkan barang kemas, wang dan telefon," katanya.

Menurutnya, semua lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang menunggu di hadapan rumah.

"Kami sekeluarga rugi hampir RM20,000 selepas barang kemas, wang tunai RM800, tiga telefon bimbit dan kad kredit dilarikan penjenayah.

"Berikutan kejadian ini, dua laporan polis dibuat di Balai Polis Senawang," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senawang, P Gunasekaran berkata, kawasan perumahan tersebut sering menjadi sasaran penjenayah kerana kurangnya aspek keselamatan.

"Diharap polis melakukan pemeriksaan berkala di kawasan ini bagi mengelak kejadian seperti ini berulang.

"Pondok polis juga wajar dibina bagi membolehkan penduduk membuat aduan dan berinteraksi dengan anggota polis," katanya.

Agency

3 nyaris maut kemalangan

Posted: 24 May 2012 12:38 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

SABAK BERNAM – Berpantang maut sebelum ajal apabila tiga terselamat dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan kereta Hyundai Sonata di kilometer 56, Jalan Teluk Intan– Klang dekat Peket 60, kira-kira jam 8.30 pagi,semalam.

Dalam kejadian itu, pemandu pacuan empat roda,, Mohd Hadi Abd Hamid, 19, dari arah Sungai Besar ke Klang cuba mengelak sebuah kereta jenis Myvi dari arah sama, yang tiba-tiba menukar laluan masuk ke lorong kanan jalan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Mohamad berkata, cubaan mengelak Myvi menyebabkan pacuan empat roda yang dipandu masuk ke lorong bertentangan.

"Ia menyebabkan pacuan empat roda itu bergesel di bahagian pintu hadapan dengan Sonata Hyundai dari arah Klang menuju Sungai Besar yang dipandu Nawawi Che Om, 48 bersama jirannya, seorang wanita berusia 39.

"Keadaan itu menyebabkan 4x4 berpusing sebelum terbabas masuk ke dalam parit berhampiran. Bagaimanapun, Mohd Hadi berasal dari Sungai Nibong dan Nawawi berasal dari Sungai Besar tidak alami kecederaan," katanya.

Manakala penumpang kereta yang duduk di bahagian belakang pemandu patah peha kanan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak untuk rawatan dan kemudiannya di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut.

Menurut Noor Mushar, setiap pengguna jalan raya perlu berhati-hati terutamanya di antara Tanjong Karang–Sabak Bernam yang dikenal pasti sebagai kawasan kemalangan.

Sinar Harian

Sindiket seleweng gas tumpas

Posted: 24 May 2012 12:33 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

BATANG KALI - Beroperasi di kawasan dusun dan memasang pagar besi lama berlapis antara taktik digunakan sindiket penyelewengan gas bersubsidi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, taktik itu gagal menghalang pihak penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur daripada menghidu kegiatan mereka.

Timbalan Pengarahnya, Mohamad Mokhtar Yeop berkata, hasil risikan selama dua minggu berjaya melumpuhkan kegiatan haram itu yang dipercayai telah beroperasi hampir setahun di kawasan dusun Lembah Genting, dekat sini semalam.

"Pegawai penguat kuasa yang tiba jam 11.30 pagi terpaksa memotong pagar besi yang berkunci sebelum dapat memasuki gudang yang dijadikan tempat memindahkan gas bersubsidi tersebut.

"Pekerja warga asing yang menyedari kehadiran pihak berkuasa juga dilihat lari dan meloloskan diri melalui pagar zink dan lereng bukit, namun kepantasan pegawai kita berjaya menahan tiga daripada lapan pekerja terbabit termasuk penjaga gudang dan pemandu lori," katanya.

Menurutnya, ketika serbuan diketuai Timbalan Ketua Pegawai Penguat kuasanya, Shahrudin Hamzah bersama tujuh pegawai itu, pekerja tempatan dan warga asing sedang rancak melakukan proses pemindahan gas petroleum cecair (LPG) daripada tong gas bersubsidi ke lori tanker yang dipercayai digunakan untuk membawa gas tersebut kepada pengusaha industri.

Katanya, hasil siasatan mendapati kira-kira 2,000 tong gas berjenama kurang laris ditemui dalam gudang tersebut bersama sebuah treler dan lori tanker.

Mohamad Mokhtar berkata, sindiket yang beroperasi 24 jam itu menggunakan teknologi lebih moden untuk melakukan proses pemindahan gas yang terus ke lori tanker dan keuntungan diperoleh mampu mencecah ratusan ribu ringgit.

Namun, menurutnya kegiatan yang jelas tidak mematuhi piawaian keselamatan itu dibimbangi akan mengakibatkan letupan seperti yang berlaku di sebuah gudang memproses bahan sama di Semenyih awal tahun ini.

"Ini merupakan rampasan terbesar dalam tahun ini yang dianggarkan berjumlah hampir RM1 juta.

"Kesemua tong gas tersebut dibawa daripada Pelabuhan Klang dan diproses di gudang ini sebelum dipercayai dipasarkan ke sekitar Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata, sindiket terbabit telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Kawalan Bekalan 1974.

Menurutnya, jika didapati bersalah kegiatan yang dilakukan secara individu akan dikenakan denda RM100,000 atau tiga tahun penjara, sementara jika dilakukan oleh syarikat sendirian berhad boleh dikenakan denda RM250,000 atau penjara.

Sinar Harian

Kanak-kanak enam tahun maut terjatuh dari pangsapuri

Posted: 24 May 2012 12:31 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut apabila terjatuh dari tingkat satu, Pangsapuri Desa Mawar, Farlim di Ayer Itam di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pada 6 petang semalam, V. Kavin Raj dikatakan bermain bersendirian di beranda berhampiran tangga pangsapuri itu sebelum tergelincir lalu terjatuh.

"Sebelum insiden berlaku, mangsa bergurau dengan kakaknya dengan berjalan menaiki tangga secara mengundur apabila diminta pulang ke rumah mereka yang terletak di tingkat tiga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata pihaknya menerima mayat mangsa hampir dua jam selepas kejadian.

Beliau berkata berdasarkan keputusan bedah siasat, Kavin Raj meninggal dunia akibat hentakan kuat di kepalanya dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - Bernama

Sinar Harian

Rampasan terbesar RM180,000

Posted: 24 May 2012 12:28 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

HULU LANGAT - Bahagian Penguatkuasaan, Pejabat Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Hulu Langat berjaya merampas pakaian tiruan bernilai hampir RM180,000 dalam serbuan ke stor penyimpanan di Taman Orked, Batu 9, Cheras, petang semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Fauzi Mustaffa berkata, serbuan kirakira jam 1 petang dianggotai sembilan penguatkuasa tersebut berjaya merampas 12,000 helai jersi tiruan daripada dua jenama terkenal dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, hasil maklumat awam dan risikan anggota selama seminggu berjaya mengenalpasti stor penyimpanan bagaimanapun ketika serbuan stor tersebut tidak berpenghuni dan pihaknya akan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengenalpasti pemilik stor berkenaan untuk siasatan lanjut.

"Kita percaya stor yang baru beroperasi sekitar empat bulan ini merupakan salah satu stor penyimpanan mereka sebelum edar kepada peniaga terutamanya di pasar malam dan pasar lewat malam.

"Tindakan diambil di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 mensabitkan Larangan Perihal Dagangan Palsu jika dilakukan boleh didenda maksimum RM15,000 setiap barang," katanya.

Fauzi berkata, bagi kesalahan kedua boleh didenda maksimum RM30,000 manakala bagi orang perseorangngan boleh didenda maksimum RM10,000 bagi setiap barang atau boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan kedua, individu boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun. "Wakil cap dagang telah hadir untuk buat pengecaman awal dan mendapati barangan ini tiruan dan ini merupakan rampasan terbesar bagi daerah ini setakat ini," katanya.

Menurut Fausi, kemasukan barangan tiruan ini bermusim berdasarkan fenomena dunia memandangakan Musim Bola Sepak Euro 2012 tidak lama lagi, kemasukan pakaian tiruan semakin rancak.

Sinar Harian

Ugut terjun elak imigresen

Posted: 24 May 2012 12:24 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

KLANG - Suasana di kawasan perumahan di Sungai Udang, di sini kecoh apabila seorang lelaki warga asing cuba terjun dari atap rumah jirannya ketika serbuan Jabatan Imigresen Selangor, kelmarin.

Pihak imigresen dan pasukan Bomba Dan Penyelamat Klang mengambil masa dua jam untuk memujuk lelaki yang berusia 42 tahun itu daripada meneruskan hasratnya.

Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, sebelum itu lelaki yang hanya memakai kain pelekat itu sedang tidur di atas atap rumahnya.

Menurutnya, sebaik sahaja pihak imigresen naik ke atas atap rumah, lelaki tersebut sedar kemudian melompat ke atas atap rumah jirannya lalu mengugut untuk terjun.

"Lelaki itu memberitahu dia sanggup mati daripada ditangkap, kami cuba memujuk dan meminta dia supaya menyerahkan diri," katanya.

Beliau berkata, ketika ditangkap lelaki itu memberi alasan dia suka tidur di atas atap kerana keadaan di dalam rumahnya panas.

Seramai 30 anggota daripada Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Shah Alam menyertai operasi itu.

Otham berkata, 22 warga asing ditahan pada operasi itu antaranya lapan lelaki, 10 wanita, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

"Mereka yang ditahan dalam lingkungan umur 1 hingga 52 tahun itu ditahan kerana dipercayai tinggal lebih masa," katanya

Sinar Harian

Hasrat naik pelamin musnah

Posted: 24 May 2012 12:21 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA PAKA - "Sejak mengikat tali pertunangan dengan gadis yang disukainya, dia mula menyimpan wang untuk mendirikan rumah tangga, namun saya tidak menyangka hasratnya untuk naik pelamin hujung tahun ini tidak kesampaian." Demikian kata Lini Omar, 33, kakak kepada arwah Wan Mohd Paizan Wan Muhammad Nor, 26, ketika di temui di Unit Forensik Hospital Dungun, petang kelmarin.

Mohd Paizan meninggal dunia setelah terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Kerteh.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang di Kilometer 97, Jalan Kuala Terengganu- Kuantan berdekatan jambatan Paka itu, mangsa yang juga seorang pekerja kontrak di kawasan industri petroleum dekat Kerteh maut selepas dilanggar sebuah motosikal lain dari arah belakang.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Paka menghala ke Dungun bersama abangnya, Wan Azmi, 31, dikatakan terjatuh dari motosikal ketika cuba mengelak sebuah motosikal lain di hadapannya yang dipercayai membrek secara tiba-tiba.

Sebuah motosikal dari arah sama kemudiannya melanggar mangsa menyebabkan dia mengalami cedera di bahagian leher dan meninggal serta merta di tempat kejadian.

Menceritakan kisah arwah, Lini berkata, arwah adiknya itu, seorang pekerja swasta dengan syarikat petroleum di kawasan Industri Paka Kerteh sebelum ini mengikat tali pertunangan dengan Siti Khadijah Hassan, 22.

"Mereka bakal melangsungkan perkahwinan dengan Siti Khadijah yang berasal dari Bachok, Kelantan pada hujung tahun ini," katanya.

Lini berkata, ahli keluarga merestui hubungan mereka dan arwah mula berjimat ketika berbelanja kerana ingin mengumpul wang untuk majlis perkahwinan dengan gadis yang bekerja sebagai jururawat sebuah hospital di Kedah itu.

"Saya dapat tahu berita mengejutkan itu setelah dihubungi ahli keluarga. "Ketika kejadian, tunangnya mungkin belum tahu berita buruk ini, kalau dia tahu, tak tahulah bagaimana perasaannya kerana mereka berdua saling menyintai," kata Lini yang masih sugul dengan pemergian adiknya yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik itu.

Mayat mangsa yang dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat kemudiannya dibawa pulang ke rumahnya di Gong Pasir untuk upacara pengebumian.

Abang mangsa, Wan Azmi yang membonceng motosikal bersama arwah bagaimanapun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihaknya.

Harakah Daily

Tekad sarung kembali jersi T-Team

Posted: 24 May 2012 12:18 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

"MINAT saya terhadap bola sepak tidak pernah padam. Malah, saya masih menaruh harapan yang tinggi untuk diserapkan kembali menyarung jersi dan bermain untuk pasukan.

Demikian rintihan Mohd Zuhairie Ahmad Tarmizi, 22, bekas pemain bola sepak Piala Presiden T-Team musim lalu.

Mohd Zuhairie sebelum ini menggemparkan negara apabila kesemua lima jari tangan kanannya putus akibat digilis mesin tebu dalam satu kejadian pada 7 Ogos tahun lalu.

Apa yang menyedihkan, kejadian itu berlaku sewaktu dia membantu abangnya, Zuhaimy berniaga air tebu di Bazar Ramadan Bandar Marang bagi mencari duit lebih, sebagai persiapan hari raya.

"Kehidupan saya kini berubah sama sekali dan saya harus cuba menyesuaikan diri dengan keadaan diri sekarang. Sesekali jika rindu bermain bola sepak, saya bermain bersama rakan-rakan sekampung di Rhu Muda, Marang.

"Saya sangat berharap jika masih diberikan kepercayaan, saya ingin kembali bermain bola sepak. Ia ibarat peluang kedua untuk saya beraksi di padang," katanya ketika ditemui di Wisma Darul Iman, semalam.

Sebelum itu, Mohd Zuhairie menerima RM20,000 daripada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sebagai bantuan kecederaan setelah dia mengalami kecacatan kekal iaitu hilang jari tangan kanan akibat peristiwa tersebut.

Ketika ditanya perancangannya dengan duit bantuan itu, Mohd Zuhairie berkata, dia ingin menggunakan wang itu bagi memulakan
perniagaan.

"Sekarang ini saya membantu ibu di kedai makan. Mungkin duit ini akan digunakan untuk membesarkan kedai makan ibu dan menambah modal sedia ada kerana ia menjadi mata pencarian saya sekarang," katanya lagi.

Sinar Harian

Lions harap keajaiban

Posted: 24 May 2012 12:15 AM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

AGU Casmir muncul wira Lions XII apabila berjaya meledak dua gol berturut-turut dalam pertemuan menentang Sarawak, sekali gus memastikan kedudukan pasukan itu kekal sebagai pendahulu Liga Super dengan 44 mata selepas menewaskan skuad Bujang Senang 3-0 kelmarin.

Memuji ketangkasan Agu, tonggak utama Lions, Shahdan Sulaiman gembira dengan disiplin serta rentak konsisten rakan sepasukannya, meskipun terpaksa beraksi tanpa kelibat kapten, Shahril Ishak yang masih dibelenggu kecederaan bahu.

"Ketiadaan Shahril amat dirasai, namun kami berjaya mengikat pergerakan Sarawak sepanjang 90 minit perlawanan dengan kemampuan Agu serta beberapa pemain lain seperti Khairul Nizam, Sufian Anuar dan Safuwan Baharudin yang turut menjaringkan satu gol bagi memastikan kemenangan memihak kepada kami," katanya.

Dilihat terdesak untuk memungut tiga mata penuh memandangkan peluang untuk muncul juara liga musim ini tipis apabila hanya berbaki lima perlawanan berbanding pencabar terdekat, Kelantan dengan 11 perlawanan 37 mata, skuad Lions kini mengharapkan keajaiban supaya Kelantan gagal mengekalkan kedudukan.

"Baki saingan pasti akan menjadi lebih sukar buat kami, namun kami tetap mengekalkan rentak memengan dan mengumpul sebanyak mungkin mata untuk menghabiskan perlawanan musim ini dengan cemerlang," katanya.

Sinar Harian

Debat Najib Anwar tidak perlu - Tengku Adnan

Posted: 23 May 2012 11:59 PM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Harapan rakyat untuk melihat debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hampa apabila ditolak oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).

Setiasaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata, debat di antara Najib dengan Anwar tidak perlu.

"Tidak perlulah moderator debat semalam mengajukan cadangan supaya Perdana Menteri berdebat dengan Anwar kerana semua maklum bahawa geng-geng pembangkang ini, apatah lagi Anwar akan sengaja (dalam debat itu nanti) nak cetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan 'mileage' politik.

"Lagi pun ada perkara-perkara lain yang lebih penting dari politik dengan Perdana Menteri sendiri ketika ini bekerja keras nak pastikan nasib rakyat terus terbela.

"Kita nak pastikan janji kita ditunaikan untuk rakyat sebab kalau tengok di Selangor sendiri yang diperintah oleh kerajaan negeri PKR banyak sungguh janji masih belum ditunaikan.

''Tambah lagi sistem politik kita berbeza dengan di Eropah dan Amerika Syarikat... di sini tidak ada presidential election (pilihan raya Presiden)," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tengku Adnan mengulas cabaran yang dilontarkan Dr. Maszlee, pengendali debat bertajuk Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi yang berlangsung di Kompleks Karangkraf kelmarin supaya Najib berdebat dengan Anwar mengenai isu-isu politik tanah air.

Debat anjuran akhbar Sinar Harian berkenaan melibatkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli.

Harakah Daily

Islam dari Nik Aziz sama dengan Arab - Duta Jepun

Posted: 23 May 2012 11:57 PM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Duta Jepun ke Malaysia Shigeru Nakamura, mengakui menerima penerangan yang sama berhubung Islam dari Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin Islam di Arab Saudi. (Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura, menandatangani buku pelawat dengan diperhatikan Menteri Besar dan Husam)

Katanya, sewaktu menjadi duta ke Saudi sebelum ini, beliau pernah diberi penerangan oleh pemimpin Islam di negara itu bahawa Islam bukan agama kekerasan sebagaimana yang didakwa oleh pihak tertentu.

Beliau berkata demikian ketika mendengar penjelasan Tuan Guru Nik Aziz di pejabat Menteri Besar itu dalam lawatan rasminya pagi tadi.

"Penjelasan tuan yang mendakwa Islam bukan agama ganas, sama sebagaimana yang pernah diterangkan oleh pemimpin Arab sewaktu saya mengunjungi mereka ketika menjadi duta di sana,"ujarnya.

Terdahulu Tuan Guru berkata orang Eropah begitu bermusuh dengan Islam sehingga membuat fitnah Islam agama ganas dan lain-lain lagi dengan tuduhan yang tidak benar.

Tuan Guru turut menjelaskan umat Islam mesti berpegang teguh pada ajarannya apa lagi sebagai seorang pemimpin.

"Kerana berpegang teguh pada ajaran itu, alhamdulillah syukur setakat ini tiada lagi pemimpin dan pegawai kerajaan negeri yang ditangkap kerana rasuah,"ujarnya.

Pada masa yang sama Duta Jepun itu juga turut mengakui hubungan antara negaranya dengan Malaysia begitu harmoni.

Sambungnya, ianya merangkumi kerjasama yang melibatkan pendidikan, budaya dan lain-lain.

Pada masa yang sama beliau yang hadir bersama isterinya memuji kraftangan rakyat Kelantan begitu cantik dan halus terutama sekali batek.

Selama tiga hari negeri ini, mereka dibawa melawat Pantai Kuala Pak Amat tempat pendaratan tentera Jepun, beberapa buah muzium dan lain-lain lagi.

Turut hadir dalam pertemuan itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rusdi Abdullah.

Harakah Daily

Bila lagi lesen radio untuk Kelantan?

Posted: 23 May 2012 11:55 PM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Tindakan Kerajaan Pusat yang masih membisu tentang permohonan Kelantan untuk mendapatkan lesen stesyen radio sendiri disifatkan sebagai pemikiran lapuk. (Tuan Guru Nik Aziz mencuba sukan memanah anjuran Yik)

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri memohon surat untuk mendapatkan kebenaran itu ketika Allahyarham Datuk Mohamed Rahmat menjadi Menteri Penerangan lagi.

Katanya, tindakan berdiam diri tanpa sebarang jawapan itu tidak wajar dilakukan oleh Kerajaan Pusat sehingga sekarang.

"Tindakan ini masih berfikiran kekampungan dan amat tidak wajar dilakukan oleh menteri-menteri di peringkat pusat.



"Mereka menganggap seolah Malaysia ini milik nenek moyang mereka, ini suatu kecelakaan yang menimpa pemikiran orang Melayu,"ujarnya.

Berikutan kegagalan kerajaan Pusat menyediakan ruang itu, kerajaan negeri katanya telah melancarkan radio sendiri RTV melalui saluran internet.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis perasmian Sukan Memanah Peringkat sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Maahad Muhammadi.

Turut hadir anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Datuk Mohd Amar Abdullah serta pengetua-pengetua sekolah agama Yik.

Tambahnya, radio dan televisyen ini akan digunakan sebaiknya oleh kerajaan negeri untuk menyiarkan program serta aktiviti kerajaan negeri.

Sempena majlis ini, Tuan Guru menunjukkan kebolehan memanah.

Sebanyak Sembilan buah sekolah Yik menerima peralatan memanah dari Tuan Guru.

Harakah Daily

Awani potong cabaran debat Najib-Anwar

Posted: 23 May 2012 11:53 PM PDT

3 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Astro Awani dalam siaran ulangannya semalam, memotong bahagian moderator Dr Maszlee Malik yang mencabar debat antara Datuk Seri Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan segera.

(Dr Maszlee, moderator debat Rafizi KJ yang memanaskan Najib)

Malam semalam, stesen berbayar itu menyiarkan secara langsung debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang dikendalikan Dr Maszlee Malik sebagai perantara.

Menariknya, dalam debat itu moderator secara terbuka mencabar perdana menteri dan ketua pembangkang berdebat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Tindakan itu sekaligus menghangatkan semula politik tanah air apabila cadangan debat itu sebenarnya pernah dibuat sendiri oleh Anwar sejak tahun lalu, namun tidak dilayan oleh Najib sehingga isu itu tenggelam begitu sahaja.

Namun dengan cadangan terbaru Maszlee dalam forum yang dipancar secara langsung di televisyen swasta itu, membuka semula isu tersebut untuk diperdebat rakyat.

Di Facebook, Twitter, blog sibuk memperkatakan perkara itu dan mahu Najib menerima cadangan untuk berdebat dengan Anwar yang telah lama dinanti-nanti oleh rakyat.

Di Youtube pula, rakaman cabaran debat yang diajukan oleh moderator itu juga turut dimuat naik.

Bagaimanapun Astro didakwa memotong bahagian cabaran debat itu pada siaran ulangannya semalam.

Harakahdaily diberitahu, sebaik sahaja selesai debat itu, beberapa pemimpin Umno yang turut hadir telah menyerang pihak Astro kerana menyiarkan cabaran Dr Maszlee itu secara langsung.

Harakah Daily

Nuffnang