Khamis, 24 Mei 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Linguaphone mendesak dan memaksa pelajar IPT

Posted: 23 May 2012 07:22 AM PDT


Harap pihak yang berkenaan dapat menyiasat aduan di bawah ini yang tersiar di laman web Aduan Rakyat.

Linguaphone mendesak dan memaksa pelajar IPT
May 23rd, 2012

Saya pelajar dari IPTA, aduan yang ingin saya utarakan berkenaan produk Linguaphone. Pada hujung tahun yang lalu, saya dan rakan dipanggil oleh jurujual daripada linguaphone yang menyatakan ingin membuat sedikit kaji selidik, namun begitu sebaliknya yang terjadi.

Mereka menawarkan produk tersebut kepada kami walaupun saya dan rakan menolak untuk membeli produk berkenaan, jurujual tersebut berusaha memujuk dan menjanjikan kata-kata manis kepada kami.

Seterusnya mereka mendesak kami untuk membeli apabila kami berkeras untuk tidak membeli produk itu. Yang lebih teruk lagi, jurujual tersebut memaksa rakan saya untuk meminjam wang saya bagi membayar wang pendahuluan produk tersebut apabila rakan saya menyatakan dia tiada wang untuk membeli produk tersebut.

Akhirnya, kami di minta menandatangani borang perjanjian dan setelah perjanjian termeterai barulah mereka membacakan syarat-syarat perjanjian kepada kami.

Sekarang, syarikat berkenan tidak putus-putus menghubungi saya untuk menjelaskan bayaran bulanan produk berkenaan yang pada asalnya mereka membolehkan kami semua untuk membayarnya pada bila-bila masa jika mempunyai wang.

Justeru itu, saya berasa amat tertekan apabila didesak sedemikian kerana masih belajar dan tiada sumber pendapat untuk menjelaskan bayaran berkenaan.

Tiada ulasan:

Nuffnang