Khamis, 24 Mei 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pelancaran Tabung Bagi Menampung Saman Tuntutan Gantirugi dan Kos Guaman Terhadap Datuk S. Ambiga

Posted: 24 May 2012 12:08 AM PDT

Pelancaran Tabung Bagi Menampung  Saman Tuntutan Gantirugi dan Kos Guaman Terhadap Datuk S. Ambiga dan 9 AJK Pemandu Bersih serta Bantuan Kos Guaman Kepada Peserta-peserta Bersih yang telah ditangkap dan 113 Orang Peserta yang Dikehendaki Polis
 
Saya dan beberapa aktivis NGO kemasyarakatan hari melancarkan sebuah tabung bagi menampung Saman Tuntutan Gantirugi oleh Kerajaan Barisan Nasional sebanyak RM122,000 terhadap Datuk S. Ambiga dan 9 AJK Pemandu Bersih.

Selain dari itu Tabung tersebut juga akan digunakan untuk kos guaman terhadap Peserta Bersih yang telah ditangkap atau terhadap 113 orang Peserta dikehendaki pihak Polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang lepas.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap aspirasi Bersih agar dapat menyumbang sebanyak RM1.00 (Satu Ringgit sahaja) setiap seorang bagi tujuan murni ini. Walaupun pada dasarnya Kerajaan Negeri Selangor mampu menyediakan dana tersebut tetapi kita berpendapat bahawa semua rakyat Malaysia harus komitted dan terlibat secara langsung dalam menrealisasikan agenda dan matlamat Bersih. 

Lantaran itu sebuah Sekretariat juga ditubuhkan bagi mengumpul dana kutipan dari orangramai dan sebuah nombor akuan bank akan dimaklumkan kepada umum dalam masa terdekat.

Sekretariat tersebut juga akan melancarkan 'nationwide roadshow' bagi menangkis segala tohmahan dan gambaran negatif kerajaan BN yang menyalahgunakan media arus perdana pro-BN terhadap perhimpunan Bersih 3.0 tersebut.   

Saya menyeru Rakyat Malaysia agar menderma demi usaha murni ini.   

 
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Tarikh : 24 Mei, 2012

Tiada ulasan:

Nuffnang