|   Najib jumpa pengerusi BN negeri, tingkat spekulasi PRU13     Posted: 28 Mar 2013 07:21 AM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] - 
  
 Dato' Seri Najib Tun RazakPUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertemu beberapa pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra di sini, meningkatkan lagi bahang spekulasi pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.     Perjumpaan itu dipercayai membincangkan senarai calon BN yang akan bertanding di setiap negeri dan persiapan mutakhir mereka.     Kelihatan memasuki perkarangan kompleks itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.     Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dan anggota Parlimen Sepang Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor juga dilihat hadir.     Turut sama ialah Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.     Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka yang hadir sedia berhenti untuk ditemu bual petugas media yang berkumpul menunggu mereka di hadapan pejabat Perdana Menteri di sini seawal 9.30 pagi. 
 Demam PRU13 semakin hangat apabila Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan terbubar secara automatik tengah malam tadi.     Esok, perdana menteri dijangka akan mengadakan perjumpaan dengan presiden parti-parti komponen BN.     BN terdiri daripada 13 parti komponen -- Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, PRS, SPDP, PBS, PBRS, UPKO dan LDP.     Tempoh lima tahun mandat Dewan Rakyat akan berakhir 30 April dan akan terbubar secara automatik jika tidak dilakukan lebih awal. - Bernama | 
    |   Militan pengawal 'imam tua' mati ditembak di Kampung Simunul     Posted: 28 Mar 2013 07:20 AM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] - 
  
 Sabah dicerobohLAHAD DATU - Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.     Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.     "Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.     "Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.     Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis. 
 Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.     Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.     Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.     Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.     Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.     Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya. - Bernama | 
    |   Apa selepas PRU13 ― Abdul Muiz Azmi     Posted: 28 Mar 2013 02:20 AM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] - 
 Ketika artikel ini ditulis dan disiarkan, Dewan Rakyat masih berbaki empoh sebulan lebih untuk terbubar secara automatik. Masih ada dalam kalangan kita terkeliru di antara Parlimen dan Dewan Rakyat. Parlimen sebenarnya merujuk kepada dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Tetapi apabila sudah terbiasa menyebabkan ramai yang menganggap Parlimen itu Dewan Rakyat dan Dewan Rakyat itu Parlimen. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia apabila Parlimen dibiarkan lanjut sehingga menghampiri tempoh matangnya. Banyak telahan dibuat seperti BN takut partinya kalah,BN sedang mengatur strategi dan sebagainya. Terdapat juga yang mengatakan bahawa BN mahu melaksanakan sehabis mungkin segala inisiatif dan dasar transformasi yang dibawa oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Pilihanraya umum kali ini diakui ramai bahawa akan menjadi paling sengit. Hal ini kerana PAS, DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi berperangai seperti parti pembangkang biasa. Mereka sudah tekad dan mula menunjukan diri mereka sebagai kerajaan dalam penantian selepas mereka Berjaya menafikan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Selepas pilihanraya umum 2008 yang dianggap sebagai "tsunami politik", Barisan Nasional (BN) sudah mula mempercayainya bahawa selepas 2008, mereka berkemungkinan akan menjadi parti pembangkang pada masa akan datang. Hikmah daripada "tsunami politik 2008", Malaysia mula menuju ke arah dimensi politik baru. Malaysia sudah ke arah mengamalkan sistem dua parti iatitu BN dan PR. Kini, pada tahun 2013, buat pertama kalinya parti-parti pembangkang seperti PAS, DAP dan PKR akan turun ke gelanggang pilihanraya sebagai satu muafakat politik di bawah nama PR. Adapun begitu, masih terdapat parti-parti lain yang boleh menjadi seperti PSM, KITA, Berjasa dan lain-lain boleh dikategorikan mewakili suara ketiga dalam politik Malaysia. Namun begitu, saya merasakan berkemungkinan Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan menyertai PR. Parti-parti politik dan NGO yang lain sekadar tidak memberi apa-apa impak. Bahkan apabila saya membaca berita bahawa Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) akan bertanding di dalam pilihanraya umum ke-13 ini menggunakan logo parti Berjasa serta Gerakan Mahasiswa13(GE13)mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan, saya rasa kedua-dua pihak ini hanya menyibuk dan memanaskan suasana pilihanraya sahaja. Walaubagaimanapun, di ambang pilihanraya umum ke-13, suasana sememangnya makin panas dan menarik. Dasar BN dan PR Setakat ini, BN belum mengeluarkan apa-apa manifesto pilihanraya. Tetapi PR telah bertindak lebih awal dengan mengumumkan manifesto mereka. Saya telah pun membaca manifesto PR beserta dengan Buku Jingga yang mereka pernah tonjolkan sebelum ini. Secara peribadinya, saya melihat manifesto pilihanraya PR merupakan kesinambungan daripada Buku Jingga. Pemimpin-pemimpin PR mendakwa kebanyakan idea dan dasar PR telah ditiru oleh parti pemerintah BN. Saya memerhati sedikit sebanyak manifesto PR. Kebanyakannya relevan namun adakah semua dasar ini akan dilaksanakan dengan jayanya selepas PR membentuk kerajaan persekutuan?. Saya tidak mahu bincang manifesto PR di sini. Anda semua boleh baca dan menilai sendiri. Seharusnya politik negara kita perlu bergerak dengan lebih matang dan professional. Ini adalah satu perkara positif apabila kedua-dua gabungan parti politik ini memperkenalkan gagasan masing-masing demi kesejahteraan rakyat. Apa Selepas PRU13? Saya tidak mahu membuat ramalan parti manakah yang bakal menguasai Putrajaya nanti. Walaupun saya sudah mendapat sedikit gambaran mengenainya tetapi biarlah ramalan itu terus menjadi ramalan sehingga pada hari mengundi nanti. Sebagai rakyat Malaysia, saya cuma berharap politik Malaysia akan berubah. Politik Malaysia perlu melakukan anjakan paradigm. Amalan politik fitnah dan politik lucah mesti dihentikan segera. Saya berharap tidak ada lagi mana-mana pihak yang membaling cat, telur, batu serta menganggu majlis orang. Saya juga mahu badan-badan penguatkuasa seperti polis bertindak dengan professional. Pihak yang berjaya menguasai Putrajaya nanti haruslah betul-betul membela dan memperjuangkan kepentingan rakyat. Tiada lagi rasuah, kronisme, nepotisme dan segala perkara keji dan mungkar di dalam politik pentadbiran. Manakala pihak yang kalah harus redha. Jangan pula nanti ada parti politik membuat huru hara terutamanya bagi parti yang sudah lama memerintah dan tetiba meroyan kerana kalah. Jika merasakan bahawa pilihanraya itu penuh dengan penipuan dan penyelewengan maka ia harus di bawa ke muka pengadilan. Sebab itu, tanpa segan-silu, saya menyokong 10 tuntutan BERSIH. Pilihanraya kita masih ada keraguan dan perlu ditajdidkan demi kebaikan negara. Seperkara lagi, budaya politik pasca pilihanraya umu ke-13 mesti berubah. Tiada lagi istilah "kuda tunggangan", "balaci", "macai", "pencacai", "alat", "ejen" dan sebagainya. * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 
 The Malaysian Insider/- | 
    |   Kerajaan Pasca Bubar: Kerajaan Sementara atau Haram?     Posted: 28 Mar 2013 02:09 AM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -1. Sebagai contoh kes, Kerajaan N.9 telah terbubar dengan sendiri pada 28 Mac 2013. Ertinya N.9 tidak lagi memiliki kerajaan yang sah buat masa ini kerana mandat rakyat wajib diperbaharui. Samaada mandat itu berpihak kepada BN atau PR, itu perkara kedua. Tetapi mandat rakyat mesti diperbaharui bagi mengekalkan daulat. Kerajaan N.9 telah bubar serta tidak boleh lagi berfungsi dan berperanan sebagai sebuah kerajaan yang sah dan apa yang boleh ada sekarang hanyalah Caretaker Government atau kerajaan Sementara.2. Caretaker Government atau kerajaan sementara atau lebih tepat disebut sebagai "Kerajaan Pemegang Amanah" ini mesti diisytihar atau dilantik siapakah pemimpin yang akan mengetuai kerajaan sementara ini dan kuasanya sangat limited. Sekadar mengetuai, sementara dibentuk kerajaan baru yang sah menerusi mandat rakyat yang dipungut melalui undi awam iaitu pilihanraya umum yang sah dan adil pula.3. Ketua dan Kerajaan Sementara mestilah memenuhi beberapa  kriteria, antaranya seperti berikut :a] tidak-berpihak (neutral),b] bebas-politik (apolitical)c] berwibawa (competent).4. Kerajaan jenis ini tidak boleh melakukan beberapa perkara utama, antaranya :a] mengisytihar budget baru,b] projek kerajaan,c] menggubal dasar,d] menggunakan jawatan kerajaan dalam kempen pilihanraya,e] menggunakan jentera dan kakitangan awam dalam kempen dan sebagainya.5. Tanpa pengisytiharan atau lantikan kerajaan sementara maka ia adalah kerajaan yang tidak sah ataupun kerajaan haram. Sangat bercanggah dengan etika demokrasi dan norma perlembagaan negara kita. Dalam catatan sejarah pada pilihanraya 1959, Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri telah meletak jawatan sebagai PM dan turun berkempen sebagai ketua parti jua tanpa menggunakan jentera kerajaan.6. Bakal terbubar dengan sendiri juga ialah beberapa kerajaan negeri selepas ini termasuklah kerajaan persekutuan jika sekira sekiranya Perdana Menteri  masih gagal dan hilang keyakinan diri untuk mengisytihar tarikh pembubaran kabinet. Selain daripada kewibawaan kerajaan tercalar ekoran kegagalan mengisytiharkan pembubaran kabinet dalam tempoh yang ditetapkan, kerajaan sementara juga mestilah dibentuk segera. Jika tidak ia akan menjadi sebuah kerajaan haram dan perkara ini sangat meruntuhkan moral dan kewibawaan bahkan boleh mencetus suasana kerajaan dan pentadbiran negara yang tidak stabil.Apakah Malaysia bakal menjadi sebuah Kerajaan Haram? 
 
 *Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. 
 Harakahdaily/- | 
    |   DAP desak Najib mohon maaf kerana berbohong     Posted: 28 Mar 2013 02:07 AM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] - 
 KUALA LUMPUR: DAP Perak mendakwa Datuk Seri Najib Razak berbohong berhubung isu pemberian tanah oleh Kelantan yang dibangkitkan Perdana Menteri itu ketika memfatwakan "7 dosa besar PAS" di Kelantan baru-baru ini. 
 Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham yang dipetik Sinar Harian Online berkata, Najib harus memohon maaf berhubung pembohongan tersebut kerana dakwaan kerajaan Kelantan memberikan tanah kepada pemimpin DAP Perak tidak benar sama-sekali. 
 "Kita cabar Najib buktikan perkara berkenaan. Jika ia didapati tidak benar, maka segeralah buat permohonan maaf. Jika tidak kita (DAP Perak) akan terus berkempen mengatakan beliau seorang pembohong dan tidak layak menjawat jawatan perdana menteri," katanya. 
 Najib ketika majlis yang berlangsung di Tanah Merah pada 15 Mac lalu emndakwa antara tujuh dosa besar PAS Kelantan adalah memberikan tanah dan hak membalak kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan Menteri Besar Perak dilantik dalam kalangan pemimpin PAS Perak pada 2008. 
 "PR turut dituduh mencemari Sungai Relai di Gua Musang dengan aktiviti pembalakan berkenaan yang sekali gus menyukarkan kehidupan harian masyarakat di situ. 
 "Kita juga tak pernah terlibat dengan isu balak, termasuk mengambilnya serta tidak terlibat dengan sebarang usaha mencemari Sungai Relai," tegas beliau. 
 Harakahdaily/- | 
    |   Kilang Kualiti Alam: Bantahan 12 tahun lalu kini terbukti     Posted: 28 Mar 2013 12:56 AM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] - 
  SEREMBAN:  Bantahan yang dibuat oleh PAS lebih 10 tahun lalu kini terbukti benar  apabila kilang yang mengendalikan sisa berjadual, Kualiti Alam Sdn Bhd  menelan dua mangsa Isnin lepas. Semalam, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkifly Mohamad Omar buat kedua kalinya mengunjungi kilang itu. (Zulkifly berbincang dengan balu K Segar, ibu dan anaknya di Taman Indah Jaya, Lukut petang semalam) 
 Kali ini beliau berjumpa dengan keluarga mangsa yang meniggal dunia akibat terdedah dengan gas toksid dari kilang itu. Isnin  lepas, dua pekerja kilang itu K. Segar, 42, dan pekerja Bangladesh  Khalil Abdul Mozaid, 47, meninggal dunia selepas dipercayai terhidu  hydrogen sulphid di kilang yang terletak di Bukit Nanas, Port Dickson  itu. Mendiang K Segar a/k Kandasamy. Umur 42 tahun anak ketiga  dalam keluarga. Beliau meninggalkan isterinya Thilaga A/P Albin dan  anaknya seorang perempuan umur 7 tahun serta ibu, Valiama A/P Arnasalam  yang tinggal bersamanya.  Mereka sekeluarga tinggal di Taman Indah Jaya, Lukut, Negeri Sembilan Mendiang telah bekerja di kualiti alam selama 16 tahun bermula daripada tahun 1997 sebagai general worker.  Setakat ini majikannya telah menanggung kos pengembumiannya.  "Saya  mewakili PAS mengucapkan takziah kepada keluarga K Segar yang  kehilangan beliau akibat dari kebocoran gas ini," kata Zulkifly.  Zulkifly pergi ke rumah Thilaga dan keluarganya bersama AJK Lajnah Alam Sekitar, Ahmad Zawawi bin Mat.  "Kami  telah buat bantahan terhadap operasi kilang Kualiti Alam pada tahun  2001 lagi. Kita membantah operasi kilang tersebut didirikan dengan  kediaman penduduk Felda Sendayan," kata Zulkifli kepada Harakahdaily.  S  emasa itu penduduk Felda telah mengalami masalah penyakit asma dan sakit kulit.  Bila  kilang melepaskan asap, gas dan debu ke udara, kawasan berhampiran akan  mengalami debu dan habuk yg berwarna kuning dan hitam.
 (Zulkifli dan Ahmad Zawawi bersama keluarga mendiang K Segar menunjukkan sijil-sijil yang pernah diterima mendiang) 
 Akibatnya, atap rumah, kenderaan termasuk kereta dan pokok serta tanaman diselaputi debu yang berwarna kuning. 
 "Saya  sendiri melihat  bagaimana daun pokok atau bunga menjadi berlubang  akibat kesan bahan buangan kilang itu ke udara," katanya.
 
 Namun,  bantahan penduduk ketika itu ditolak masa itu kerana kilang telah  beroperasi dan mendapat kelulusan dari agensi kerajaan dan penguasa  tempatan.
 
 "Keadaan kin lebih kritikal lagi apabila lebih banyak  taman perumahan baru yang telah siap dibina dan didiami oleh penduduk  sekitar ini," kata Zulkifly.
 
 Kini kilang itu ditutup buat  sementara. Namun, penduduk sekitar dan pekerjanya terus dihantui  pelbagai masalah yang tidak selesai sejak dahulu.
 
 harakahdaily/-  | 
    |     Forum 'Lahad Datu: Rakyat Berhak Tahu' pada 31 Mac      Posted: 28 Mar 2013 12:53 AM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -    KUALA LUMPUR: Forum 'Lahad Datu: Rakyat Berhak Tahu'   31 Mac ini akan memberikan penjelasan sebenar kepada rakyat mengenai   insiden pencerobohan di Lahad Datu. Forum yang akan diadakan di   Stadium Melawati bermula jam 9 malam itu akan menampilkan tiga bekas   pegawai tinggi tentera, Lt. Jen. (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid dari   Angkatan Tentera Malaysia, Brig. Jen. (B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab   (TUDM) dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (TLDM).  Selain  bekas pegawai tentera, seorang lagi panel ialah ACP (B) Mohd  Yousoff  Babjee yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Khas (SB)  PDRM  Sabah. Manakala Ahli Majlis Tertinggi PKR, Datuk Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani akan bertindak sebagai moderator.  Bercakap  pada sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam hari  ini, Johari  berkata, panelis juga akan menerangkan kesan dari  penglibatan  keterlaluan ahli politik dalam isu keselamatan. "PR  hargai  pengorbanan pasukan keselamatan yang mengadaikan nyawa mereka  demi  tanah air, tetapi rakyat harus tahu isu sebenar," kata Johari.  Sementara  itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam sidang  media sama  memberitahu sebelum forum dijalankan, majlis tersebut akan  dimulakan  dengan Solat Maghrib berjemaah dan solat hajat. "Munajat  kita  selama ini mula memberi kesan kepada Umno BN, sebab itu mereka  semakin  tertekan sehingga tidak nampak tarikh sesuai untuk membubarkan   parlimen," kata Khalid.  Forum yang diadakan pada sebelah malam itu nanti boleh diikuti secara langsung melalui TV Selangor di http://www.selangorku.com/TV  Selangor. Selain   TV Selangor, media lain yang juga akan mengadakan siaran langsung,   Ehsan TV, Impian TV, Ubah TV, Radio Suara Rakyat FM dan Radio Bangsar   Utama. 
 harakahdaily/-  | 
    |   Menyembuhkan Luka Hati      Posted: 28 Mar 2013 12:40 AM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] - 
  
  Pada satu malam  seorang ibu di Rumah Amalia, beliau bertutur bahwa hari  minggu hadir pada kegiatan BELIA Rumah Amalia bersama putrinya dan  mendapatkan CD album anak-anak "Rumah Amalia, Rumah Cinta Kami" Air  matanya mengalir dengan penuh isak tangis. "lantunan anak-anak Rumah  Amalia mengingatkan anak saya yang telah tiada,  seolah anak saya yang  melantunkan kasih sayang itu indah." "Allah menyayangi putri kami"  ucap beliau. Terbayang dirinya duduk  didekat anaknya, disaat terbaring. Matanya terpejam dan ekspresinya  menampakkan kedamaian, dipegang tangannya, dibelai rambut putrinya  perlahan, sambil mengatakan betapa ia menyayanginya.    Beliau bersyukur  sebagai seorang ibu atas waktu yang indah, yang pernah dihabiskan  bersama putrinya saat mereka masih bersama. Sering kali beliau merasakan  kehadiran putrinya berada didekatnya, tersenyum agar dirinya kuat dan  tabah dalam menjalani hidup ini. "Sungguh Mas Agus, Kasih sayang itu  indah lantunan anak-anak Rumah Amalia telah menyembuhkan luka hati kami  sekeluarga." tutur beliau penuh isak tangis.   
 posted by :agussyafii  | 
    |   30 polis dan JPJ tahan treler PAS     Posted: 28 Mar 2013 12:28 AM PDT  16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -
 	     
 
 (Polis dan JPJ menahan treler PAS) 
 IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan  Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan  PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.
 Peguam PAS, Haji Asmuni Awi sedang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.
 
 harakahdaily/-  | 
    |   Ingatlah Selalu Pada Allah      Posted: 28 Mar 2013 12:20 AM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] - 
  
  Lantunan "Fafiru Ilallah, Larilah Pada Allah" telah membuat air matanya  bercucuran. Seorang dosen pernah bertutur di Rumah Amalia bahwa dirinya  beberapa hari tidak pernah bisa pergi kemana-mana, ia tidak bisa  mengendarai mobil, hampir sebulan ia mengalami kecelakaan. Sekalipun  lukanya tidak parah tetapi    kejadian itu menyebabkan trauma dan  ketakutan, hingga bila pergi ke kampus memilih untuk naik kendaraaan  umum. Apa yang kita ingat sangat mempengaruhi kehidupan kita  sehari-hari, ingatan itu membentuk perilakunya, tetapi kita juga bisa  memilih hal yang kita ingat.
 Hari ini juga mengajak kita untuk selalu ingat kepada Allah sebab dengan  mengingat Allah hati kita bisa menjadi tenang. Justru semakin terasa  berat beban hidup anda, dengan mengingat Allah, kembali padaNya sanggup  menguatkan jiwa kita yang letih. Ketika cobaan hidup datang  bertubi-tubi,
   berbagai persoalan itulah saat yang tepat bagi anda untuk  memfokuskan diri agar ingat selalu pada Allah agar hati menjadi tenang  dan tenteram. "(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi  tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah  hati menjadi tenteram". (Ar-Raad 28).   
 posted by :agussyafii  | 
    |   Pakatan, bekas tentera anjur Munajat Selamatkan M’sia 31 Mac     Posted: 28 Mar 2013 12:12 AM PDT  16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -
 SHAH ALAM 28 MAC: Sekretariat Pakatan Rakyat dengan kerjasama NGO  bekas tentera, Kerabat dan Pahlawan akan mengadakan program 'Munajat  Selamatkan Malaysia' dan 'Forum Lahad Datu: Rakyat Berhak Tahu' pada  Ahad, 31 Mac ini di Stadium Malawati Shah Alam. 
 Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad memaklumkan, munajat akan  dipimpin Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang  juga Menteri Besar Kelantan. 
 "Ia bertujuan memohon kepada Allah agar perbuatan jahat pihak  tertentu yang mahu merosakkan usaha Pakatan memenangi PRU-13 gagal. 
 "Kita seru rakyat hadir beramai-ramai ke program itu nanti," kata  Khalid kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di Pusat  Perniagaan Worldwide hari ini. 
 Kata Khalid, dalam ketakutan Umno-BN membubarkan Parlimen, dalam masa  sama menggunakan pengundi hantu, menyebarkan fitnah terhadap pemimpin  Pakatan. 
 "Sekarang kita nampak isu Lahad Datu akan jadi fitnah terakhir kepada  pemimpin Pakatan. Sebab itu kita adakan forum ini untuk menerangkan  kepada rakyat isu sebenar," ujarnya.  Pada  sidang media sama, ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Johari Abdul  berkata forum Lahad Datu yang dipengerusikan beliau akan membariskan  barisan mantan pegawai atasan dari polis dan tentera sebagai panelis.
 "Kita serahkan kepada mereka untuk mengulas situasi sebenar insiden  Lahad Datu, apa sepatutnya tindakan patut diambil oleh kerajaan dan apa  yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat," kata Ahli Parlimen Sungai  Petani. 
 Forum  menggandingkan Leftenan Jeneral (B) Dato' Abdul Ghafir Abdul Hamid,  Briged Jeneral (B) Dato' Abdul Hadi Abdul Khatab, Laksamana Pertama (B)  Imran Abdul Hamid dan mantan Ketua Cawangan Khas (SB) Sabah, ACP (B)  Mohd Yousoff Babjee. 
 Forum boleh dilayari secara langsung di Ehsan TV, TV Selangor, TV Impian Ubah TV, Suara Rakyat FM dan Radio Bangsar Utama. – SDQ 
 | 
    |   Keberkahan Membawa Ketenteraman Hati      Posted: 28 Mar 2013 12:07 AM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] - 
          
  Ada Seorang ibu sebagai seorang pengajar yang juga menggeluti usaha  rumahan mainan anak merupakan wujud kecintaannya di dunia pendidikan  itulah sebabnya bagi beliau senang sekali hadir di Rumah Amalia. Beliau  bertutur sempat menghadapi kendala. Usahanya diawali dengan penjualan  door to door, meskipun energi dan biaya yang dikeluarkan terbilang cukup  besar namun pemasukannya boleh dibilang tidak ada. Satu sampai tiga  buah aja barangnya laku, "sudah alhamdulillah" begitu kata beliau.  Keadaan seperti itu cukup lama, hal itu tak membuatnya patah semangat.  sampai mencoba mempromosikan lewat internet namun hasilnya belum cukup  memuaskan. Ditengah keheningan malam, ditengah rasa perih dihati, beban hidup  seolah tiada henti, memohon pada Allah agar diberi kekuatan dan  kesabaran dalam menjalani hidup. Teringat hadist Nabi, 'Obatilah orang  yang sakit dengan shodaqoh, bentengilah harta kalian dengan zakat dan  tolaklah bencana dengan berdoa (HR. Baihaqi), yang mendorongnya agar  lebih peduli dan empati pada sesama. Sampailah keinginannya bershodaqoh  untuk Rumah Amalia terwujud. Kehadirannya merupakan kebahagiaan  tersendiri bagi beliau bersama keluarga karena kecintaannya di dunia  pendidikan ada rasa haru dan menangis melihat kegembiraan anak-anak  Rumah Amalia. Benar saja, sekarang ini beliau mulai kebanjiran order, alat peragaan  buatnya sering dipercaya untuk pemasok di sekolah-sekolah. Usahanya yang  dirintis hanya dengan modal kecil, kini meroket tajam. Bahkan karyawan  yang membantunya terus bertambah. "Alhamdulillah Mas Agus, saya senang,  rizki yang saya peroleh membawa keberkahan bukan hanya buat kami  sekeluarga namun juga tetangga disekitar juga ikut merasakan hasilnya."  tutur beliau penuh berlinangan air mata bersama suami dan anak-anaknya.  "Bahkan sekarang ini kami sekeluarga lebih mendekatkan diri pada Allah,  sehat dan keberkahan membawa ketenteram hati." Subhanallah.   
 posted by :agussyafii  
 
 | 
    |   Bekas petani cipta kapal selam mini     Posted: 28 Mar 2013 12:06 AM PDT  16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -
 BEIJING - Seorang bekas petani, Zhang Wuyi mencipta kapal selam mini  kawalan jauh untuk menangkap hidupan marin di Wuhan, wilayah Hubei,  China. 
 Wuyi, 38, yang berminat dalam penciptaan peralatan saintifik telah mencipta lapan kapal selam mini itu. Dia mencipta kapal selam tersebut bersama beberapa rakan juruteranya. 
 Salah sebuah kapal selam itu telah dijual kepada seorang ahli  perniagaan di Dalian pada harga AS$15,855 (RM49,259) pada tahun 2011. 
 Kapal selam itu yang dicipta khas untuk menangkap hidupan marin boleh menyelam sedalam 20 hingga 30 meter. 
 Menurut media tempatan, kapal selam tersebut boleh bergerak selama 10 jam di dalam laut. - Reuters  
 | 
    |   SPRM serbu firma peguam dalam video Global Witness     Posted: 28 Mar 2013 12:00 AM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] - 
 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan serbuan ke atas pejabat peguam Alvin Chong yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa Global Witness. Laporan Sin Chew Daily menyebut, pegawai SPRM dari Putrajaya menjalankan serbuan ke atas firma guaman tersebut di Kuching pada pagi Selasa lalu. 
 Pasukan itu bagaimanapun terpaksa mendapatkan bantuan polis Kuching apabila dihalang oleh beberapa orang individu yang tidak dinamakan dalam laporan tersebut. 
 Ketua polis daerah Kuching Roslan Bek Ahmat memberitahu akhbar berbahasa Cina tersebut bahawa polis hanya membantu SPRM dari segi keselamatan dan tidak terlibat dalam serbuan berkenaan. 
 Pegawai SPRM yang ditemani seramai 10 orang polis berpakaian preman berjaya memasuki firma Chong pada petangnya untuk menjalankan tugas mereka. 
 Pasukan itu mengambil masa selama beberapa jam dan meninggalkan pejabat berkenaan bersama beberapa dokumen. 
 Akhbar berkenaan, yang memetik sumber, melaporkab bahawa Ching tidak kembali ke pejabatnya sejak video berhubung dakwaan rasuah tersebut itu disiarkan pada 19 Mac lalu. 
 Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali pada hari Rabu lalu memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan ke atas kes berkenaan sedang dijalankan. 
 Malaysiakini/- | 
    |   PRU13: Peluang terbaik rakyat buat perubahan     Posted: 27 Mar 2013 11:56 PM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -    Zakaria menyerahkan bendera PAS kepada Timbalan Ketua Pemuda Dun Seberang Takir, Hamidi Jusoh. KUALA NERUS:
  PAS telah lama masuk politik dan  berkecimpung dalam pilihan raya seawal tahun 1959 yang konsisten dengan  dasar perjuangan Islam. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk  Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata pilihan raya merupakan satu cara  bagi rakyat memilih pemerintah. Sebab itu, katanya politik tidak dapat dipisahkan dengan agama yang akan menjadi pengawal serta pemandu sesebuah kerajaan. "PAS  masuk politik dan terlibat dengan pilihan raya. Kita (PAS) telah  terlibat dengan pilihan raya seawal tahun 1959. PAS tetap konsisiten dan  tidak berubah dasarnya. "Pilihan raya satu cara untuk kita pilih  pemerintah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Politik tidak dapat  dipisahkan dengan agama," ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah  Perdana di Markas Besar Pemuda Dun Seberang Takir, Kampung Bukit Tok  Beng, malam tadi. Justeru, katanya, pilihan raya menjadi penting kepada orang Islam kerana melibatkan kuasa pemerintahan negara.  Beliau turut menyeru kepada rakyat dan pengundi agar dapat membuat  keputusan yang terbaik dalam memilih kepimpinan negeri dan negara. "Saya  minta orang (pengundi) Seberang Takir buat keputusan yang baik dalam  memilih pemimpin. PAS pernah diberi mandat memerintah Terengganu tahun  1999-2004 dan banyak perkara yang PAS buat sebagai kerajaan. "Walau  pun, Umno BN diberi kuasa yang panjang (lama) memerintah tetapi gagal  dan tidak berjaya untuk gubal undang-undang Islam (Enakmen Hudud dan  Qisas) di Terengganu," jelasnya. Katanya, perjuangan PAS selama ini menentang Umno kerana mahu membetulkan banyak kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan BN. Tambahnya,  inilah peluang dan ruang terbaik bagi rakyat untuk membuat perubahan ke  arah sebuah pemerintahan yang lebih baik pada pilihan raya umum akan  datang.  Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD)  Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang dan mantan Penerbit & DJ Radio  Ikim, Ustaz Zamri Zainal Abidin. harakahdaily/-  | 
    |   Politik Selangor: Dapatkan maklumat yang sah     Posted: 27 Mar 2013 11:36 PM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] - 
 	     
   Ustaz Salehuddin menyampaikan sumbangan kepada seorang penerima.  GOMBAK: Masyarakat diseru supaya berusaha  mendapatkan maklumat yang sah dan benar berkenaan situasi terkini  politik dan pilihan raya di Selangor.   "Rakyat boleh membuat pilihan untuk mengundi sesiapa yang  dikehendaki, namun galilah maklumat dan berita tambahan yang sahih dan  benar berkenaan sesuatu situasi.   "Bukan hanya melalui televisyen dan media arus perdana semata-mata,  namun carilah juga maklumat lanjut di laman sosial seperti Facebook,  twitter dan blog serta web," kata Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz  Salehuddin Nasir.   Ini kerana, katanya maklumat sekarang boleh dicapai dengan mudah dan  selepas itu, barulah anda boleh menilai mana yang benar dan palsu.   Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian  sumbangan sempena program Ziarah Kebajikan anjuran Dewan Pemuda PAS  Gombak dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia di  Pangsapuri Mesra, Bolton, Batu Caves petang semalam.   Pada program tersebut, beliau yang merupakan Penyelaras Dun Gombak  Setia menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 15 keluarga yang kurang  berkemampuan.   Turut hadir adalah Timbalan Penyelaras Dun Gombak Setia, Hasbullah  Mohd Rizwan, Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Halim, Pengerusi  Penduduk Pangsapuri, Nordin Kasmin serta AJK PAS kawasan dan juga  aktivis Pemuda PAS Gombak yang lain. harakah/-  | 
    |   Kebebasan media 10 minit: Sebuah janji ditepati?     Posted: 27 Mar 2013 11:35 PM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] - 
 	     
  Tawaran  10 minit untuk membentangkan manifesto parti politik di Radio  Televisyen Malaysia (RTM)? Tidakkah tawaran ini memeranjatkan rakyat  Malaysia pada ketika kita menanti pembubaran Parlimen?   Yang memeranjatkan badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan  (KPRU) bukan keputusan rejim pemerintah membenarkan wakil parti oposisi  menampirkan diri selama 10 minit di depan kaca televisyen, tetapi  tawaran sekadar 10 minit untuk pembentangan sebuah dokumen penting yang  melibatkan pembangunan negara pada masa depan.   Apakah kebebasan 10 minit dapat menjamin akses rakyat kepada maklumat  sebegitu penting supaya sebagai pengundi, seseorang warganegara dapat  membuat penilaian berpandukan akses kepada pelbagai maklumat secara  keseluruhan?   Sesungguhnya, "kebebasan 10 minit" menyifatkan secara tepat kawalan  terhadap media di Malaysia selama ini. Oleh sebab kawalan media arus  perdana ketat sekali, kebebasan 10 minit sudah dianggap sebagai  pengkurniaan yang sebegitu tinggi dan rakyat yang dahagakan kepelbagaian  maklumat harus berterima kasih kepada pihak kerajaan. Meskipun berada  di era internet, tidak memeranjatkan jika sekiranya pentadbiran Datuk  Seri Najib Razak mencorakkan kebebasan 10 minit sebagai pencapaian di  bawah retorik kempen Janji Ditepati.   Apabila diimbas kembali, pasca pindaan No.2 Akta Keterangan diluluskan, kegelapan dunia siber atau internet blackout telah  dijalankan, penentangan oleh warga Malaysia dan warga dunia siber  disuarakan sementara manifesto Pakatan Rakyat (PAKATAN) 2013 menjamin  kebebasan bersuara dan kebebasan media diterbitkan. Apakah kerana  kebimbangan pentadbiran Najib kepada penentangan berulang warganegara,  pentadbiran beliau telah secara senyap mewartakan pindaan Akta  Keterangan?Dan pada 31 Julai 2012, pindaan akta tersebut telahpun mula  beroperasi.   Kebebasan bersuara dalam negara menukik pasca pindaan Akta  Keterangan. Begitu juga kedudukan Malaysia di tangga Indeks Kebebasan  Media 2013 yang menjunam kepada 145 daripada tangga 124 pada tahun  2011/2012.    Graf 1 menunjukkan ketidaktentuan Malaysia dalam memastikan media dan  hak bersuara adalah bebas daripada sebarang pengaruh luar khususnya  pengaruh politik. Era pasca kelulusan pindaan Akta Keterangan melihatkan  bukan sahaja kehilangan kepercayaan warganegara kepada perlindungan hak  yang terkandung dalam Perlembagaan negara, ianya juga merupakan suatu  indikasi bahawa politik mendahului hak asasi warganegara Malaysia. Dan  ianya dapat dilihat bahawa pasca pentadbiran Najib, kebebasan media  Malaysia sebenarnya bertambah teruk walaupun dikatakan sebaliknya oleh  pentadbiran beliau.   Pasca pindaan Akta Keterangan melihatkan Malaysia jatuh 21 tangga  daripada 124 kepada 145.  Tahun 2006 mencatatkan kedudukan yang paling  tinggi iaitu pada tangga 92.  Pasca tahun 2006, kedudukan Malaysia  melihatkan kejatuhan dan kejatuhan yang paling tidak membanggakan adalah  pada tahun 2013. Walaupun Najib mengeluarkan kenyataan bahawa pindaan  Akta Keterangan adalah untuk melindungi rakyat, warganegara Malaysia  tidak lagi mudah terpedaya dengan retorik beliau.   Malah, pada Himpunan Kebangkitan Rakyat atau KL112 yang diadakan di  Stadium Merdeka pada 1 Januari 2013, hanya satu-satunya akhbar arus  perdana berbahasa Melayu Sinar Harian yang memberikan laporan berita  positif mengenai perhimpunan tersebut.  Laporan berita bertarikh 12  Januari 2013 bertajuk #KL112: Tahniah semua! Berjaya menangkis pendapat  bahawa media berbahasa Melayu (tidak termasuk organ parti politik  seperti Harakah dan Suara Keadilan) mampu melaporkan berita daripada  sudut pendapat berlainan termasuk pihak oposisi dan bukannya hanya  berteraskan pendapat rejim pemerintah.   Malah, laporan berita pada hari tersebut juga mengalami kegelapan  media atau media blackout terutamanya oleh akhbar pemilikan kerajaan.  Akhbar berbahasa Melayu seperti Berita Harian tidak melaporkan apa-apa  mengenai perhimpunan tersebut, akhbar berita Utusan Malaysia menerbitkan  laporan berita negatif, begitu juga akhbar berita The Star dan New  Straits Times (NST) pula melaporkan berita negatif mengenai perhimpunan,  penganjur serta peserta perhimpunan tersebut, sementara akhbar berita  berbahasa Cina memberikan laporan terperinci mengenai perhimpunan  tersebut.   Maju ke hadapan pada laporan berita dalam media arus perdana mengenai  pencerobohan di Sabah, Malaysia telah dikecam oleh beberapa pihak,  termasuklah daripada badan antarabangsa kerana tidak menghormati  kebebasan media mengenai pencerobohan di Sabah.  Jadual 1: Kebebasan Media Tercalar Di Sabah  Jadual 1 memaparkan kegagalan pentadbiran Najib untuk menghormati  kebebasan media dalam isu pencerobohan Sabah. Malaysia dikritik akan  tetapi, kritikan tersebut tidak dihormati oleh pentadbiran Najib.  Sebaliknya, kebebasan media di Sabah terus dihalang dan disekang untuk  menghalang laporan berita yang tidak mencerminkan kehendak pentadbiran  Najib.   Bukan sahaja laporan media di Sabah menghadapi ancaman penapisan dan  sekatan, malah sektor penerbitan buku juga mengalami rintangan apabila  penerbit buku Irshad Manji menghadapi tiga tuduhan di mahkamah akibat  menerbit buku Irshad Manji bertajuk 'Allah, Liberty and Love'. Sementara  blogger seperti Papagomo diberikan kebebasan untuk menerbitkan berita  yang bersandarkan fitnah dan penipuan, individu ternama seperti ahli  parlimen Batu YB Tian Chua teruskan diserangi secara bertubi-tubi di  dalam media arus perdana tanpa belas kasihan dan kekosongan tindakan  undang-undang.   Malah menurut laporan Universal Periodic Review 2013 Malaysia pindaan  Akta Keterangan telah dikecam  kerana ianya merupakan percubaan  Kerajaan Malaysia iaitu pentadbiran Najib dalam menapis dunia siber.  Bukan sahaja ianya merupakan percubaan untuk menapis media di dunia  siber, pada masa yang sama, akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Sinar  Harian dan Umno online diberikan kebebasan untuk menerbitkan berita yang  berat sebelah dan berunsurkan fitnah kepada tokoh politik pembangkang  sepertimana yang dilakukan oleh para blogger seperti Papagomo.   Penapisan berita pasca pindaan Akta Keterangan tidaklah melindungi  rakyat Malaysia seperti yang dikatakan oleh Najib.Perlindungan tersebut  sebaliknya diberikan kepada para blogger dan akhbar berita yang  pro-Kerajaan, menjarakkan lagi Malaysia daripada pendemokrasian dan  mendekatkan lagi Malaysia kepada autoritarianisme.   Tindakan terbaru pentadbiran Najib dan pengekangan kebebasan media  termasuk tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  membuka siasatan terhadap akhbar Malaysian Insider kerana memetik berita  daripada akhbar New York Times yang melaporkan Malaysia sebagai salah  satu daripada 25 buah negara yang menggunakan perisian komputer untuk  mengintip tindak laku rakyat Malaysia di komputer-komputer mereka.   Menurut Najib, kebebasan media dan keganasan terhadap warga media  merupakan dua perkara yang amat berbeza. Beliau juga menyatakan bahawa  sehingga laporan media tidak melanggari mana-mana undang-undang yang  sedia ada, pihak media mempunyai kebebasan untuk melakukan apa-apa  sahaja. Namun, keadaan sebelum dan selepas pemindaan Akta Keterangan  yang dikatakan diluluskan untuk melindungi rakyat Malaysia sebaliknya  disangkal dengan keadaan sebelum dan selepas pemindaan akta  tersebut.Malah pada tahun 2009, Najib juga telah mengeluarkan kenyataan  yang berbunyi beliau percaya terdapatnya tempat dan masa untuk dialog  yang bertenaga dan media yang bebas dan sentiasa termaklum.  Jadual 2: Sebilangan Tindakan Anti Media Oleh Pentadbiran Najib Pada Tahun 2012 | Bil. 
 | Berita 
 |  | 1. 
 | MalaysiaKini ditolak permohonan lesen surat   ahkbar 
 |  | 2. 
 | Menteri Dalam Negeri dan Menteri Penerangan   mengambil peluang untuk  menghasut media massa negara untuk menjadi media   pro-kerajaan dan pro  BN. 
 |  | 3. 
 | Menteri Penerangan mengeluarkan writ fitnah   terhadap blogger-blogger kecil-kecilan. 
 |  | 4. 
 | Kementerian Pertahanan dengan kerjasama   seorang blogger terkenal  dengan sewenang-wenangnya menerbitkan sebuah klip   video yang  memaparkan seorang lelaki yang menyerupai seorang pemimpin   pembangkang  mengadakan hubungkan seksual bersama seorang wanita yang kononnya    pelacur dari Cina. 
 |  | 5. 
 | Pihak polis menekan seorang blogger muda yang   telah membuat suatu  kenyataan jenaka mengenai golongan yang berada di tempat   berkuasa  berasaskan laporan-laporan yang telah dibuat oleh blog-blog lain di    mana blogger muda tersebut menjadi mangsa buli oleh para blogger pro-  UMNO. 
 | 
  Adakah pentadbiran Najib masih mahu mengakui adanya kebebasan media  apabila keadaan sebelum dan selepas pemindaan Akta Keterangan, keadaan  di Malaysia tidak bertambah baik, sebaliknya, ianya tidak berubah atau  mungkin sedikit bertambah teruk? Pada tahun 2012, Najib telah memuji  kenaikan tangga kedudukan Malaysia di World Press Freedom Index dengan  menyatakan dasar-dasar kerajaan. Adakah Najib ingin mengambil keputusan  yang sama untuk mengeluarkan kenyataan terhadap kejatuhan Malaysia di  Indeks tersebut dan menggantikan dengan ianya adalah kerana  tindak-tinduk kerajaan yang menjadi punca kejatuhan Malaysia di Indeks  tersebut?   Persoalan yang timbul adalah di manakah kebebasan media apabila  Malaysiakini dijadikan tumpuan prejudis pentadbiran Najib kerana  memaparkan berita-berita yang tidak pro- Kerajaan selain berita yang  tidak pro-oposisi, sementara media seperti Utusan dan NST diberikan  kebebasan untuk melaporkan apa-apa sahaja berita walaupun laporan berita  tersebut telah dibukti tidak benar di mata mahkamah? Beberapa kes  mahkamah kebelakangan ini menyokong dakwaan bahawa Utusan mempunyai  kecenderungan tinggi untuk menfitnah tetapi dibiarkan begitu sahaja di  bawah rejim kawalan pemerintah kerana yang menjadi sasaran fitnah saban  hari ialah pihak oposisi.   Adakah kebebasan media yang dinyatakan oleh Najib adalah hanya  tertakluk kepada media-media yang pro-Kerajaan dan anti-oposisi? Apabila  dunia luar melihat  kebebasan media yang kononnya didokong oleh Najib  sebagai retorik, adakah Najib masih mahu membaluti dirinya dengan  kedegilan dan keengganan untuk melihat kehendak rakyat Malaysia untuk  kebebasan media tanpa prejudis dan bukannya kehendak pihak-pihak  berkenaan?   Sepertimana rakyat diminta untuk menggunakan kematangan apabila  berada di dunia siber terutamanya dalam mengedar berita, begitu juga  tanggungjawab sebuah kerajaan untuk menggunakan kematangan untuk  menerima kritikan dan apa-apa laporan berita mahupun laporan mana-mana  institusi yang kritikal terhadap kerajaan.Perkara 10 Perlembagaan  Persekutuan menjamin hak bersuara rakyat Malaysia.Namun, hak itu  bersifat retorik apabila pentadbiran Najib mengekang kebebasan bersuara  di bawah pentadbiran beliau.   Apabila pentadbiran Najib bercadang untuk memasukkan media di dunia  siber di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, di manakah  kebebasan media yang begitu didokong oleh pentadbiran beliau?Apabila  pentadbiran beliau menghalang para wartawan Filipina daripada memasuki  Sabah kerana hendak mengelakkan laporan berita palsu, di manakah prinsip  kebebasan media? Apabila seorang yang mempunyai pengalaman lama dalam  sektor media menyangkal kehadiran kebebasan media dalam negara sebagai  tiada kepastian dalam memastikan kebebasan media dalam negara, adakah  pentadbiran Najib masih mahu menyatakan bahawa media dalam negara adalah  bebas?  Keganasan Terhadap Pihak Media 
  Keganasan terhadap wartawan dalam Malaysia adalah jauh dan jarang  akan tetapi rekod ini dipecahkan apabila keganasan terhadap wartawan  dalam Malaysia memuncak ketika demonstrasi Bersih 3.0 pada 28 April 2012  yang lalu. Antara keganasan yang dialami oleh para wartawan ketika  melaporkan demonstrasi tersebut adalah seperti berikut; kamera milik  wartawan Al Jazeera dirosakkan oleh pihak polis, wartawan Reporters  Without Borders dihalang untuk melaksanakan tugasnya sebagai wartawan,  wartawan Merdeka Review diserang pihak polis ketika cuba mengambil  gambar dua orang pendemonstrasi dibelasah oleh pihak polis, jurukamera  Al-Hijrah dibelasah oleh para pendemonstrasi ketika hendak membantu  warga polis yang tercedera, wartawan The Sun dibelasah oleh beberapa  pegawai polis, jurugambar Malay Mail ditumbuk ketika cuba mengambil  gambar para pendemonstrasi yang ditahan polis dan lain-lain.   Namun keganasan terhadap wartawan tidak terhad kepada para wartawan  yang meliputi demonstrasi Bersih. Dua orang wartawan dari surat khabar  berbahasa Cina, Kwong wah Jit Poh mengalami kecederaan ketika meliputi  demonstrasi menentang pembinaan kilang Lynas ketika demonstrasi tersebut  berlangsung di Pulau Pinang.   Seperti mana Kebangkitan Rakyat pada Januari lalu mengalami kegelapan  laporan berita, begitu juga ketika Bersih 3.0 pada tahun 2012.Laporan  berita BBC ketika Bersih 3.0 ditapis selama 30 saat yang menunjukkan  pihak polis memacukan meriam air kepada para pendemonstrasi dan para  peserta demonstrasi mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri Najib Tun  Razak.Bagi laporan media aliran perdana pula, kegelapan media dirasai  apabila Utusan Malaysia hanya menerbitkan sembilan berita yang  sebahagian besarnya negatif mengenai Bersih 3.0.  NST pula menerbitkan  sebanyak lapan artikel yang juga sebahagia besarnya negatif mengenai  Bersih 3.0, sementara The Sun menerbitkan sepuluh artikel mengenai  Berish 3.0 yang rata-ratanya neutral.   Dalam isu lain pula, pada tahun 2012, blogger Syed Abdullah Hussein  Al-Attas atau nama bloggernya, 'Uncle Seekers' ditahan di bawah OSA  kerana dikatakan menerbitkan beberapa artikel yang berbaur hasutan.  Kartunis Zulkiflee SM Anwar atau Zunar pula memenangi kes mahkamahnya  apabila pihak mahkamah memutuskan bahawa penahanan Zunar dan perampasan  buku-buku milik beliau sebagai menyalahi undang-undang.   Kebebasan media merupakan suatu hak asasi manusia.Akan tetapi, di  Malaysia, hak tersebut adalah terhad kepada liputan berita yang  merupakan pro-kerajaan dan anti-oposisi. Apabila seorang wartawan  dipecat kerana mengkritik akhbar tidak menerbitkan berita bersifat  objektif ketika pilihan raya, harapan terhadap kebebasan media sudah  sedia terancam dan aura kegelapan meliputi masa hadapan media  menjejaskan masa hadapan kebebasan menuntut kepelbagaian maklumat  rakyat.   Begitu juga apabila laman web milik media alternatif seperti Sarawak  Report, Radio Free Sarawak, Dayak Baru Blog dan MalaysiaKini diserang  DdoS sewaktu pilihan raya kecil Sarawak. Adakah transformasi yang begitu  didambakan oleh Najib ketika ucapan ETP/GTP beliau pada 19 Mac 2013  adalah transformasi menghambakan media hingga menjadikan media boneka  kerajaan dan politik kotor?   Pendirian Najib bahawa pentadbirannya beliau menghormati merupakan  suatu retorik apabila pihak media dihukum kerana melaporkan realiti  bukan milik beliau dan rakyat dihukum kerana mempunyai dahaga untuk  kebenaran milik mereka.Antara kebenaran yang diliputi media alternatif  dan bukannya media aliran perdana adalah laporan berita keluarga Ketua  Menteri Sarawak yang terlibat dalam rasuah di mana menurut beliau,  laporan berita tersebut dilakukan untuk memerangkap beliau.   Walaupun liputan berita tersebut mendapat liputan meluas di arena  media alternatif, media aliran perdana seolah-olah tidak mempedulikan  laporan berita tersebut.Ini adalah walaupun kebanyakan rakyat Malaysia  hanya bergantung kepada laporan berita arus perdana sebagai sumber  berita mereka.Ketidakhadiran media arus perdana dalam melaporkan laporan  berita Global Witness ini menidakkan rakyat Malaysia yang bergantung  kepada media arus perdana dalam hak asasi mereka kepada maklumat dan  kebenaran.  Penutup 
  Keadaan sebelum dan selepas pemindaan Akta Keterangan menidakkan  kata-kata dusta Najib bahawa pentadbirannya menghormati hak kebebasan  media.Kebangkitan dan kesedaran rakyat bahawa mereka tidak lagi boleh  ditipu atau dimanipulasi lagi oleh mereka yang berkedudukan tinggi dan  berkepentingan sendiri terutamanya oleh mereka yang memegang  kuasa.Sehingga mana lagi Najib ingin membelakangi kebenaran ini?   Dunia telah dibuka mata mengenai amalan rasuah yang meresap luas  dalam keluarga Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Rakyat Malaysia  dimalukan oleh kerajaan mereka.Pentadbiran Najib pula bertindak  menyalahkan semua pihak kecuali mereka diri sendiri.   Adakah ini legasi yang mahu ditinggalkan oleh Najib? Najib berbangga  dengan kejayaan ETP dan GTP pentadbiran beliau akan tetapi pada masa  yang sama, kebebasan media dalam negara dikekang, disekang, diugut,  dimasuk campur, dan kadang kala dilayan seperti musuh negara, hanya  kerana tidak mempunyai pandangan yang sama dengan pentadbiran Najib atau  mengkritik tindak tanduk pentadbirannya.   Di manakah kebebasan apabila kebebasan tersebut sentiasa diugut oleh  seseorang?Di manakah hak asasi apabila kepentingan politik diletak di  atas kepentingan awam dan hak rakyat?Di manakah semangat patriotisme  Najib apabila video Global Witness memalukan rakyat?Tuntutan siasatan ke  atas keluarga Taib Mahmud selepas liputan berita dunia dan alternatif  meluas tidak dihiraukan malah diperkecil-kecilkan oleh pentadbiran  Najib.Malah pentadbiran Najib memperkecilkan video tersebut.Begitu juga  liputan berita di Sabah.Akses media dihalang terutamanya media dari  Filipina kerana pentadbiran Najib tidak mahu berita palsu dari media  Filipina.Najib memperkecilkan media Filipina kerana mereka menerbitkan  laporan berita yang bersifat anti kerajaan Malaysia.   Tindakbalas Najib terhadap media bersifat hipokrit dan retorik dan  pihak media serta rakyat Malaysia sudah tidak boleh dimanipulasi lagi  oleh beliau dan pentadbiran beliau.Tindakbalas Najib terhadap media  bersifat sentakan lutut dan sudah terbukti keadaan sebelum dan selepas  pindaan Akta Keterangan menunjukkan pentadbiran Najib tidak mempelajari  apa-apa daripada kesalahan masa lampau dan keengganan pentadbiran beliau  untuk mempelajari apa-apa yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada  beliau dan pentadbiran beliau.Lantas, pindaan Akta Keterangan tidak  membawa sebarang perubahan positif kepada rakyat, atau media.Ianya hanya  menunjukkan sifat autoritarianisme pentadbiran beliau. Kini tawaran 10  minit pembentangan manifesto parti politik di RTM memperkukuh dakwaan  bahawa "kebebasan 10 minit" merupakan teras kepada Janji Ditepati,  retorik baharu sebuah rejim bersifat autoritarianisme.  Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change,政改研究所) merupakan  sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal.KPRU ditubuhkan pada era  pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia  melalui kajian dan sesi dialog.   KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik  dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada  masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai  pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan  wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan  datang. harakahdaily/- 
 | 
    |   Bantu suami lepas gian, ulang alik dapatkan bekalan air ketum     Posted: 27 Mar 2013 11:06 PM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -                                                                                                                                                                            	KAMPUNG RAJA - Seorang wanita dipercayai sanggup berulang alik  menghantar dan menjemput suaminya menggunakan motosikal untuk  mendapatkan bekalan air ketum di sebuah port ketum dekat Kampung Kolam,  Bukit Kenak di sini, kelmarin.
 Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria  berkata, suami wanita berkenaan, seorang buruh berusia 30an ditahan  bersama 12 suspek lain dalam operasi oleh sepasukan polis dari Bahagian  Siasatan Jenayah Narkotik Daerah yang diketuai, Asisten Superintendan  Shamsuddin Abbas.
 
 Menurutnya, semua mereka ditahan di sebuah lokasi berhampiran sebuah  rumah tempat memproses air ketum terbabit dalam operasi bermula 4 hingga  7 petang.
 
 "Walaupun sudah beberapa kali diserbu dan diambil tindakan mahkamah,  namun peniaga ketum itu dikatakan tidak pernah serik sebaliknya terus  melakukan kegiatan memproses daun ketum untuk dijual kepada pelanggan,"  katanya.
 
 Kamaruddin berkata, ketika serbuan suspek utama berusia 25 tahun sedang  memegang satu guni dipercayai daun ketum di belakang rumah berkenaan.
 
 Menurutnya, suspek berjaya ditahan dan dijumpai tiga guni lagi daun  sama, selain sebiji pil dipercayai pil kuda dalam salah satu seluar  suspek.
 
 "Selepas berjaya menahan suspek utama, polis memasang perangkap  menunggu dan menangkap 12 pelanggan yang datang membeli ketum di rumah  berkenaan berusia 28 hingga 54 tahun," katanya.
 
 Beliau berkata, seramai 12 daripada semua suspek didapati positif dadah termasuk tiga yang dikehendaki berkait kes lampau.
 
 Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta 13(3) Akta Racun 1952.
 
 "Polis akan melakukan operasi berterusan di mana-mana sahaja tempat  yang dikenal pasti menjadi port dadah termasuk juga sekiranya menerima  maklumat daripada pihak awam," katanya.
 
 sinar/-  | 
    |   Pelajar mati dibaham 5 anjing      Posted: 27 Mar 2013 11:05 PM PDT  16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -  Manchester: Seorang pelajar Jade Lomas-Anderson dibaham lima anjing  hingga mati semalam selepas dia berjalan masuk ke dalam bilik sambil  memakan pai daging. Seekor haiwan berkenaan menerkam makanan itu dan ketika Jade, 14,  cuba merampasnya semula anjing berkenaan menerkam lehernya hingga dia  jatuh ke lantai. Empat lagi haiwan berkenaan kemudian datang dan menyerang remaja itu.
   Polis yang bergegas ke kediaman itu terpaksa menembak mati empat   anjing itu yang dikatakan daripada spesies kacukan anjing pit bull  Staffordshire kerana terlalu ganas. Haiwan kelima dipercayai juga jenis pit bull berjaya ditenteramkan.
 Rakan  Jade yang terkejut memberitahu dia dibaham di kediaman temannya,  Kimberley Concannon di Atherton, Manchester tengah hari semalam selepas  bermalam di rumah itu.
 JADE mati akibat diserang sekumpulan anjing. Seorang rakan berkata: "Jade pergi ke kedai untuk membeli pai daging  dan membawanya ke kediaman Kimberley. Kami dengar anjing itu  menyerangnya ketika dia makan pai itu. Dia cuba  mengelak tetapi anjing  berkenaan berang dan menerkam lehernya. "Dia tewas diserang haiwan itu di dalam rumah Kimberley.
 "Ketika polis tiba, empat anjing berkenaan berada di luar rumah. "Jade  berada di dapur. Kami dengar bunyi tembakan. Kami percaya anjing  terbesar ditembak sembilan das sebelum ia mati."  Thomas Jefferies, 18,  berkata: "Sepupu saya kata, dia dengar bunyi tembakan dan jeritan."  Seorang lagi rakan berkata: "Anjing itu memang menakutkan. Tetapi Jade  kenal dengan haiwan itu. Saya tidak faham mengapa haiwan itu  menyerangnya.    "Mungkin ia terbau darah selepas anjing pertama  menyerang Jade. Ia satu tragedi. Jade benar-benar gadis yang baik."  Seorang penduduk berkata: "Anjing itu selalu  menyalak dalam rumah kecil  itu. Semua kanak-kanak di sini  takut dengan anjing itu." Oliver  Carrick, 15,
 
 berkata: "Ia betul-betul anjing yang jahat - ia tidak  pernah dibiarkan di taman dan tiada siapa pun masuk ke situ." Anjing  berkenaan milik ibu Kimberley, Beverley. Kedua-dua beranak itu berada  dalam kediaman terbabit ketika kejadian. - Agensi 
 | 
    |   Lagi masjid dibakar     Posted: 27 Mar 2013 10:39 PM PDT  16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -
 Yangon: Perusuh beragama Buddha semalam membakar sebuah lagi masjid dan kediaman penduduk Islam di bandar di tengah Myanmar. 
 Ia kejadian keganasan terbaru membabitkan penduduk berbeza agama itu yang setakat ini sudah meragut kira-kira 40 nyawa. 
   Dalam kejadian terbaru yang berlaku selepas keganasan meletus, polis berkata,  sebuah masjid di bandar Nattalin dibakar perusuh. 
 Penduduk  berkata, polis tidak dapat berbuat apa-apa ketika  sekumpulan  perusuh Buddha tiba di bandar itu dan membakar masjid  berkenaan.
 "200 perusuh  datang ke bandar ini. Polis tidak  dapat mengawal  mereka...mereka memusnahkan masjid dan beberapa kediaman. Kemudian  mereka beredar," kata seorang penduduk.
 Perintah berkurung dari senja hingga ke Subuh turut dikenakan di  tiga lagi bandar, lapor media kerajaan ketika pihak berkuasa cuba untuk  menghentikan keganasan itu yang mula tercetus di Meiktila 130 kilometer  ke utara Naypyidaw, hab komersial Myanmar.
 
 Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Myanmar, Vijay Nambiar  yang mengunjungi Meiktila berkata semalam, penduduk Islam menjadi  sasaran kekejaman penganut Buddha.
 
 Keganasan bermula 20 Mac lalu berikutan pertengkaran di kedai  emas di Meiktila. Ia bertukar menjadi ganas dengan masjid dan kediaman  penduduk Islam dijadikan sasaran.
 
 Ia adalah keganasan terburuk sejak penduduk Islam Rohingya di negeri  Rakhine diserang oleh penganut Buddha tahun lalu yang mengorbankan  sekurang-kurangnya 180 orang dan menyebabkan lebih 110,000 kehilangan  tempat tinggal. - AFP
 
 | 
    |   Cari biri-biri di dalam timbunan salji     Posted: 27 Mar 2013 09:55 PM PDT  16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -AUGHAFATTEN, Ireland Utara - Seorang petani, Donald O'Reilly mencari biri-biri di dalam timbunan salji di sini kelmarin.
 
 Beberapa ekor biri-biri ditemui mati di dalam timbunan salji dalam  operasi mencari haiwan ternakan yang disertai oleh beberapa orang  petani. 
 Sejumlah haiwan itu terperangkap akibat hujan salji. Salji tebal setinggi lima meter turut melanda kawasan ini. - Reuters 
 | 
    |   Projek UMNO Bangkitkan Sentimen Perkauman Di Kalangan Mahasiswa Terbongkar     Posted: 27 Mar 2013 09:45 PM PDT  16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] - Satu lagi projek membodohkan rakyat, kali ini mahasiswa jadi mangsa ketakutan politik jahat Umno dan Barisan Nasional (BN).
 
 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar,  Perak dilaporkan telah disalahgunakan sebagai tempat indoktrinisasi yang  berunsur politik kepartian.
 
 Merujuk kepada laman sosial Facebook rasmi Gabungan Mahasiswa Islam  Se-Malaysia (GAMIS), pengisian yang berbentuk ceramah yang disampaikan  kepada mahasiswa antaranya menyentuh berkenaan pendirian Parti Tindakan  Demokratik (DAP) yang disebut kononnya mengancam agama Islam serta hak  keistimewaan orang Melayu.
 
 Antara ucapannya, "..kita sudah tahu yang Parti Tindakan Demokratik  (DAP) sentiasa menjadi musuh kepada umat Islam di bumi Malaysia ini.  Dimaklumkan, seorang pemimpin kanan DAP pernah mengeluarkan kenyataan  dalam satu ucapannya, yang berbaur hasutan terhadap agama Islam..".
 
 Mohamed Razali Bin Abdul Rahman, bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen  Jelutong selaku penceramah jemputan bagi program tersebut dipercayai  turut memberi ceramah berbaur hasutan ini di beberapa kampus lain.
 
 Sebelum ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) didapati telah  menyalahgunakan masjid untuk sesi 'brainwash' terhadap mahasiswa bagi  menolak pembangkang.
 
 Antara inti pati kandungan propaganda yang disebar adalah Ketua Menteri  Pulau Pinang, Lim Guan Eng setiap minggu terbang ke Singapura bertemu  bekas perdana menteri republik itu, Lee Kuan Yew tanpa menjelaskan sebab  dia berbuat demikian.
 
 Berikut sedutan daripada propaganda dan fitnah yang disebarkan:
 
 Kita sudah tahu yang Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa menjadi  musuh kepada umat Islam di bumi Malaysia ini. Dimaklumkan, seorang  pemimpin kanan DAP pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu ucapannya,  yang berbaur hasutan terhadap agama Islam.
 
 "Kita mesti memastikan Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan juga Perdana Menteri seterusnya beragama Kristian."
 
 Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang  pengumuman Kristian sebagai agama rasmi. Tetapi Mat Sabu mengarahkannya  supaya laporan tersebut ditarik balik.
 
 Guan Eng pula menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta  beliau menarik balik laporan polis tersebut. Usaha demi usaha dilakukan  sehinggakan isteri beliau juga turut dilibatkan. Paderi datang di tempat  kerja isterinya dan membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik  laporan polis tersebut. Segala ugutan bunuh juga banyak kali dilakukan  tetapi beliau tetap bertegas dengan keputusan untuk tidak menarik balik  laporan tersebut.
 
 Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut:
 
 1. Kristian sebagai Agama Rasmi.
 
 2. Malaysia akan dijadikan negara republik. Dimaklumkan, Guan Eng  mempunyai pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa dengan  bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Kekayaan DAP kini lebih  daripada UMNO/BN.
 
 3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.
 
 4. Sudah tentunya, sistem monarki negara akan dibubarkan, berdasarkan kenyataan Lim Kit Siang bahawa raja berketurunan lanun.
 
 5. Isu azan, baru-baru ini, hanya untuk menilai tahap sensitiviti orang Islam. Tidak mustahil nanti azan akan diharamkan.
 
 6. Pertandingan tilawah Al Quran akan dihapuskan.
 
 7. NGO Melayu akan dihapuskan. Contohnya PEKIDA dan PERKASA.
 
 8. Perkahwinan Antara-Agama akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan  diberikan atas alasan human rights (penghapusan etnik Melayu).
 
 9. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa Rasmi. Bahasa kedua adalah Mandarin.
 
 10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.
 
 11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.
 
 12. MARA yang dianggap rasis akan dibubarkan.
 
 13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.
 
 14. Di hotel Palma Penang, lagu Negaraku yang baru telah dimainkan, tanpa sebutan 'raja'.
 
 15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.
 
 16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.
 
 17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan. Fokus kepada Kementerian Pendidikan.
 
 18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.
 
 19. Kedutaan Israel akan dibuka.
 
 20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.
 
 21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam.
 
 22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah  dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah minta untuk  guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.
 
 23. Seperti yang dijangka, DEB akan dimansuhkan.
 
 24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu  pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam  dengan Najib" dalam satu majlis tertutup. PAS telah berjaya  diliberalkan.
 
 25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP. Mereka ini  dilatih oleh Israel sebahagian daripada agen perisikan, MOSSAD selama 3  tahun dengan pelbagai ideologi termasuk ideologi 'Malaysian Malaysia'  dan 'Zionis'. Mengamalkan perjuangan mereka adalah segala-galanya, dan  prinsip agama diketepikan.
 
 Hal ini telah didedahkan oleh Mohamed Razali Bin Abd Rahman Bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP.
 
 Beliau mengaku pernah tinggal di gereja selama 2 minggu. Beliau  mengatakan bahawa, Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia  selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia,  terutamanya dalam kawasan Sibu. Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang  Melayu telah dimurtadkan.
 
 Beliau telah keluar dari menjadi ahli DAP di atas kesedarannya kerana  mendapati bahawa DAP paling benci kepada bangsa Melayu beragama Islam  dan Raja-Raja Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam  kepada Perlembagaan Kristian.
 
 
 
 | 
    |   PRU13: PAS pertahan Parlimen Bukit Gantang     Posted: 27 Mar 2013 09:43 PM PDT 16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] - 
    BUKIT GANTANG: PAS  akan mempertahankan kerusi yang dimenangi di Parlimen  Bukit Gantang  dan merampas kerusi Dun Terong yang dimenangi Barisan  Nasional (BN)  sebelum ini.   Keyakinan itu disuarakan oleh Ahli Jawatankuasa  PAS Kawasan Bukit  Gantang, Abdul Rahman Adam apabila melihat sokongan  yang diberikan oleh  rakyat semakin meningkat.   Beliau  menyatakan sokongan rakyat tidak kira kaum sama ada Melayu, Cina   mahupun India telah meningkat sejak dari tahun 2008 lagi.   Malah  menurut beliau lagi sejak krisis rampasan kuasa yang berlaku  sebelum  ini juga turut membuka mata rakyat Perak dengan sikap  Barisan Nasional  yang membelakangi prinsip demokrasi.   "Tiada apa yang perlu kita  khuatirkan dan saya berkeyakinan kita dapat  mempertahankan kerusi  Bukit Gantang dan turut merampas kerusi Dun yang  dimenangi BN.   "Krisis sebelum ini memberi impak yang besar dan rakyat Perak akan   menghukum BN kerana sikap mereka membelakangi prinsip demokrasi," jelas   beliau.   Beliau yang turut menyatakan sepanjang pengambil  alihan kuasa oleh BN  sebelum banyak permasalahan yang timbul  terutamanya melibatkan  pengambilan tanah serta isu hak milik yang belum  diselesaikan oleh  kerajaan yang sedia ada sekarang.   Tambah  beliau lagi, sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua  jentera  parti Pakatan Rakyat menunjukkan Pakatan Rakyat khususnya PAS  bersedia  sepenuhnya untuk menghadapi pilihanraya bila-bila masa.   Dalam  pada itu, Abdul Rahman menjelaskan, walaupun pengundi bukan Melayu   hanya 37 peratus sahaja namun sumbangan mereka turut memberi kemenangan   kepada Pakatan Rakyat nanti.   Sumber: Wikipedia 
 | 
    |   Bual bicara 'Wanita di ceruk dapur' 31 Mac     Posted: 27 Mar 2013 09:08 PM PDT  16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -
 	       
 KUALA LUMPUR: Selebriti Farah Asyikin Zulkifli  akan  berkongsi pentas dengan kolumnis Majalah Muslimah, Ustazah Teh  Izanuri  di majlis 'Hi Tea Anak Muda' pada 31 Mac ini.
 
 Program  anjuran  Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa itu akan diadakan di pekarangan  Blok E Flat Sungai Baharu, Kampung Baru bermula jam tiga  hingga lima  petang.
 
 Mereka akan mengupas topik hangat berkaitan wanita iaitu 'Wanita Di Ceruk Dapur?'.
 
 Justeru,   orang ramai khususnya wanita dijemput hadir ke majlis ini bagi   mendengar sendiri kupasan menarik mengenai kemampuan dan peranan wanita   dalam zaman serba mencabar ini.
 
 Hadiah misteri dan cabutan bertuah turut menanti tetamu yang hadir.
 
 Penyelaras Parlimen Titiwangsa yang juga peguam, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi akan bersama-sama dalam program tersebut.
 
 HARAKAHDAILY/-
 | 
    |   Awas tiga cara BN mahu tipu     Posted: 27 Mar 2013 09:00 PM PDT  16 Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -
    PERMATANG PAUH: Para pengundi diingat tiga  cara menipu yang cuba dibuat oleh pihak tertentu termasuk petugas Umno  dan BN menjelang pilihan raya ini. Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Sheikh Ismail  (gambar) mendedahkan, terdapat tiga perkara sedang dirancangkan oleh  jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa Datuk  Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Perkara ini baru sahaja di kesan dan beliau meminta semua pihak berwaspada dengannya. Katanya, mereka diminta mengawasi gerak geri Wanita Umno yang akan  berlakun sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turun ke rumah-rumah  khususnya di luar bandar untuk mengajar cara mencelup jari kelingking  dengan dakwat hitam. Bila kelingking dicelup dakwat tersebut katanya,  ia akan mengambil masa tujuh hari untuk luntur.   Bila berlaku begitu mereka dianggap sudah mengundi dan tidak sama sekali  diberikan peluang memasuki bilik pengundian pada hari pilihan raya  nanti. "Lazimnya jentera tajaan BN menggunakan nama NGO untuk menyenangkan  mereka menyelinap masuk ke kampung-kampung kononnya untuk mengajar  terutamanya kaum ibu tentang kaedah penggunaan dakwat hitam oleh  Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ketika mengundi kelak.   "Mereka akan bertindak dalam masa tiga hari sebelum hari pengundian, "  tegasnya di majlis ceramah Pentas Wanita di perkarangan Pusat Khidmat  Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti semalam. Perbuatan kedua yang dirancang ialah mereka akan menyamar sebagai  pegawai TEKUN, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebagainya untuk  meninjau projek atau bertemu dengan kelompok yang membuat pinjaman. Mereka akan meminta kad pengenalan dan mengambil gambarnya lalu memproses untuk diklonkan kad pengenalan individu terbabit.   Bila proses ini berjaya kad pengenalan itu nanti diiberikan kepada  pengundi hantu dan bila pemilik asal hendak masuk mengundi namanya telah  pun dipotong tanda sudah ada orang mengundi bagi pihaknya. Ketiga sambung Siti Aishah, mereka akan menggunakan ruang di sebelah  tengahari hari mengundi iaitu petugas kita alpa dan tinggalkan pondok  panas atau balik ke rumah untuk mandi, solat dan sebagainya. Petugas jelasnya,  hendaklah senantiasa berada di pondok panas dan sepanjang perayu undi bertugas.   "Jika sampaI waktu solat, makan dan seumpamanya berikan tugasan orang  lain sekejab. Jangan biarkan hadapan pintu masuk tempat mengundi tiada  petugas Pakatan Rakyat," tegasnya. "BN dan Umno mesti laksanakan perkara tersebut di kala kita alpa.  Justeru itu, para petugas yang dilatih khas kena bersedia setiap masa,"  jelasnya diiringi laungan  'Lawan Tetap Lawan'. Berceramah sama ialah Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau  Pinang, Aida Yusuf Rawa, bekas penyanyi, Dayangku Intan, Ketua Wanita  DAP, Choong Eng dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.-    harakahdaily.com |