. |
Militan Sulu diburu seperti mencari ikan dalam air, kata setiausaha pertahanan Filipina Posted: 27 Mar 2013 09:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 27 Mac — Tindakan keras terhadap militan Sulu di Sabah telah berlarutan menjadi konflik berintensiti rendah atau low intensity conflict ibarat memburu ikan di dalam air, kata Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire Gazmin semalam. Laman sesawang akhbar Filipina Manila Standard Today (MST) memetik Gazmin sebagai berkata 12 batalion tentera dan polis, atau lebih 7,000 orang sedang mencari "pewaris" Sulu Agbimuddin Kiram dan saki-baki kumpulan bersenjatanya. "Konflik berintensiti rendah seperti mencari ikan dalam air. Apabila anda memburu ikan, air merupakan musuh anda," Gazmin (gambar) dilaporkan berkata hari ini. Ketua Jabatan Pertahanan Negara Filipina itu menambah, Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiran III, masih belum ditemui di Filipina. Panglima Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain mengatakan Khamis lalu mengatakan Agbimuddin telah meninggalkan Sabah dan dipercayai berada di selatan Filipina untuk mencari perlindungan. "Ingat, Raja Muda telah berada di sana dalam masa yang lama dan telah keluar masuk Malaysia," kata Gazmin merujuk kepada Agbimuddin. "Jadi dia tahu kawasan itu, beliau mempunyai ramai saudara, suatu masa dahulu dia adalah seorang pegawai untuk daerah jadi dia tahu kawasan itu. Terdapat 12 batalion yang mencarinya," tambah beliau. Jamalul mengarahkan pengikutnya di Sabah minggu lalu untuk melancarkan perang gerilla melawan pasukan keselamatan Malaysia. Agbimuddin mengetuai 235 militan bersenjata ke Lahad Datu, Sabah pada 9 Febuari untuk mengemukakan tuntutan terhadap negeri utara Borneo itu. Sehingga Jumaat lalu, pencerobohan telah menyebabkan kematian 63 orang militan bersenjata Sulu, menurut angka daripada pasukan keselamatan Malaysia, ia juga menyebabkan kematian lapan orang anggota polis dan dua orang tentera. Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 5 Mac untuk menghapuskan pemberontak bersenjata Filipina selepas rundingan gagal membuahkan hasil. Manila telah berkata mereka tidak akan menggugurkan tuntutan kesultanan tersebut terhadap Sabah, walaupun pihak berkuasa Malaysia menegaskan tuntutan itu tidak lagi sah kerana negeri tersebut telah bersama-sama membentuk Malaysia pada tahun 1963. |
SU Agung: Dakwaan ahli Pas pernah cuba bunuh Mahathir mengarut Posted: 27 Mar 2013 10:36 AM PDT SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menempelak cubaan pihak-pihak tertentu mengaitkan Pas dengan pengakuan bekas ahli seumur hidup parti itu, Zainon Ismail yang mengaku pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main. "Ini 'rubbish'. Patut polis siasat dia (Zainon). Dia mengaku dia hendak bunuh (Dr) Mahathir. Pengakuan hendak bunuh orang ini berat," ujar Mustafa kepada Sinar Harian Online hari ini. Bernama hari ini memetik Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Sulaiman sebagai berkata, agensi itu pernah melaporkan tentang kumpulan ekstremis Pas yang diwujudkan untuk membunuh Dr Mahathir pada 1988. Menurut Rahman, laporan khas bertarikh 11 September 1984 nukilan wartawan Bernama itu diperoleh daripada sumber risikan agensi berita itu sendiri. "Bernama dapat mengesan ancaman terhadap Dr Mahathir itu lebih awal daripada pembunuhan yang dirancang ingin dilakukan pada 1988," katanya. Laporan khas pada 11 September itu juga mendakwa seorang daripada pemimpin Pas Kedah dikatakan pernah memberikan senarai lima tokoh Umno yang harus dibunuh demi menegakkan hukum Islam di negara ini. Zainon yang merupakan penulis buku 'Kafirkah Aku?' pada Isnin lalu, dilaporkan berhasrat menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf kerana merancang membunuh bekas perdana menteri itu. "Sudah jadi alat Umno boleh kata apa sahajalah. Bila Umno suruh kata apa pun, mereka (Abdul Rahman dan Zainon) ini akan kata," bidas Mustafa lagi. Dr Mahathir, bekas Presiden Umno, menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003. |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan