Isnin, 11 Ogos 2014

Dr Shafie Abu Bakar

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Cops were judge and jury in Kugan's case

Posted: 11 Aug 2014 08:02 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

CINA ISLAM (林川興)


Sultan Selangor perkenan Khalid kekal sebagai MB

Posted: 10 Aug 2014 11:43 PM PDT

15 Syawal 1435. [MOD] -

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor setelah diperkenankan Sultan Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2014.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor setelah diperkenankan Sultan Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2014.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan akan terus menjalankan tugasnya walaupun dipecat PKR kerana Sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasannya masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, beliau mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas memberi penjelasan kepada baginda pagi tadi.
"Saya jelaskan bahawa di sebalik pemecatan sebagai ahli PKR saya masih memperoleh kepercayaaan majoriti ahli dewan.
"Justeru Tuanku berpuas hati dengan penjelasan dan perkenan untuk terus pegang jawataan menteri besar Selangor.
"Sehingga ada perkembangan terbaru saya akan terus jalankan tugas," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.
Khalid hadir mesyuarat ‎khas Majlis Dewan Diraja Selangor di Istana Alam Shah, Klang pukul 8.40 pagi tadi dan dilihat meninggalkan perkarangan istana pukul 12.40 tengah hari.

Majlis Dewan Diraja merupakan badan penasihat untuk Sultan Selangor menjalankan tugasnya sebagai ketua kerajaan negeri.
Majlis dianggotai empat kumpulan iaitu ahli ex-officio, Ahli Waris (kerabat diraja), Orang-Orang Besar, dan Orang Tua-Tua, selain Khalid.
Anggota Ex-Officio Dewan antaranya adalah Tengku Bendahara Selangor Tengku Azman Shah, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Empat Ahli Waris adalah Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah; Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah; Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah dan Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah.
Lima Orang-Orang Besar pula adalah Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah; Engku Setia Lela Bestari, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Paduka Putra Tengku Azman Shah; Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Datuk Paduka Raja Tan Sri Wan Mahmood Pa'wan Teh dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Klang, Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir.
Orang Tua-Tua pula dianggotai Datuk Setia Abdul Halim Abdul Rauf, Tan Sri Ambrin Buang, Jeneral Tan Sri Mohd Hashim Mohd Ali, Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir, Tan Sri Setia Ismail Adam, Datuk Setia Ramli Mahmud dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Shahar. – 11 Ogos, 2014.

themalaysianinsider.com/

Isu MB: Exco PAS S'gor jalan tugas seperti biasa

Posted: 10 Aug 2014 10:45 PM PDT

15 Syawal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Keempat-empat Exco PAS Kerajaan Selangor akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, demikian tegas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, ini kerana kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa, sebelum menunggu pengumuman terbaru daripada PAS Pusat.

"Kerajaan masih ada, jadi mereka hendaklah menjalankan tugas sebagaimana biasa sehingga ada keputusan baru," katanya kepadaHarakahdaily.


Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan kesemua Exco PAS selepas Lembaga Disiplin PKR memecat Abdul Khalid kelmarin.

PAS mempunyai empat Exco dalam kerajaan Selangor iaitu, Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar Iskandar Samad (Adun Chempaka), Pengerusi Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi (Adun Sabak), Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang) dan Pengerusi Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus (Adun Sijangkang).

Sementara itu, Mustafa mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang kini melanda Selangor.

Katanya, PAS masih bersama Pakatan Rakyat dan menangani krisis ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
 

Khalid: Saya amat berpuas hati hasil mesyuarat

Posted: 10 Aug 2014 10:42 PM PDT

15 Syawal 1435. [MOD] -


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau amat berpuas hati dengan hasil mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenainya ketika ditemui petugas media ketika beredar dari perkarangan Istana Alam Shah kira-kira jam 12 45 tengah hari ini.

"Saya amat berpuas hati dengan hasil mesyuarat tadi," katanya kepada pemberita yang menunggu di pintu masuk istana itu.

Sebaliknya, beliau yang juga ADUN Pelabuhan Klang akan membentangkan keputusan mesyuarat itu dalam sidang media jam 2 petang ini.

Sebelum itu, ekoran disingkirkan daripada PKR, Khalid hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membincangkan kedudukannya itu.

Khalid tiba di Istana Alam Shah pada jam 8.45 pagi sementara Sultan tiba di istana itu 15 minit kemudian.

Sultan dijadual mengadakan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor pada jam 10 pagi untuk membincangkan mengenai jawatan menteri besar yang disandang Khalid.

Lebih 50 wartawan dari pelbagai media dalam dan luar negara memenuhi kawasan jalan hadapan istana.

Setengah daripada mereka menuju ke Klang setelah menanti di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam sejak jam 8 pagi lagi.

Ekoran isu yang dibincangkan, maklumat yang diperolehiMalaysiakini menyatakan Khalid tidak menghadiri mesyuarat itu walaupun menjadi ahli atas kapasitinya sebagai menteri besar.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada menteri besar, Arfa'eza Aziz memberitahu media bahawa satu sidang media akan diadakan pada jam 2 petang ini di pejabatnya.

Beliau berkata Khalid bersantap bersama Sultan dan ahli Dewan Diraja Selangor yang lain sebelum terus bergerak ke pejabatnya bagi mengadakan sidang media.

Khalid bakal memaklumkan hasil mesyuarat hampir dua jam yang bermula sejak jam 10 pagi tadi, dalam sidang akhbar itu.
Malaysiakini/-

MB Selangor tiba di Istana Alam Shah, hadiri mesyuarat Majlis Diraja

Posted: 10 Aug 2014 08:09 PM PDT

15 Syawal 1435. [MOD] -

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Istana Alam, Klang jam 9 pagi tadi untuk menghadiri Mesyuarat Dewan Diraja Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Istana Alam, Klang jam 9 pagi tadi untuk menghadiri Mesyuarat Dewan Diraja Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.









Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Istana Alam Shah, Klang kira-kira jam 9 pagi tadi bagi menghadiri Mesyuarat Dewan Diraja Selangor untuk bincang mengenai kedudukannya sebagai ketua pentadbiran negeri selepas dipecat keahliannya pada Sabtu oleh pimpinan PKR.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah mempengerusikan mesyuarat itu.
Ahli mesyuarat itu terdiri daripada Khalid selaku menteri besar, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Tengku Bendahara Selangor Tengku Azman Shah.
16 ahli lain yang berada dalam majlis itu adalah kerabat diraja dan pembesar daerah. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mb-selangor-tiba-di-istana-alam-shah-hadiri-mesyuarat-majlis-diraja#sthash.WNkTxXpm.dpuf

Isu MB: Pimpinan PAS dan PR tunggu tarikh 17 Ogos

Posted: 10 Aug 2014 04:30 PM PDT

15 Syawal 1435. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS dan PKR hari ini mengambil sikap tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkembangan terkini kerajaan Selangor ekoran pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim oleh PKR semalam.


Masing-masing menyatakan akan menunggu tarikh 17 Ogos ini yang mana  PAS Pusat akan bermesyuarat bagi melihat apakah jalan penyelesaian seterusnya merungkaikan isu Menteri Besar Selangor itu.

"Saya rasa sebulan ini 'mood' raya dan kita kena raya. Hari ini hari raya dan wartawan jaga mood hari raya, jangan bercakap selain dari hari raya. Lepas Syawal kita bercakap insya Allah," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar sebaik sahaja diserbu wartawan di rumah terbuka PAS hari ini.


Begitu juga dengan pandangan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebaik diajukan soalan oleh media berkenaan Tan Sri Khalid, beliau turut memaklumkan agar sama-sama tunggu pada tarikh itu nanti.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang turut menghadiri jamuan Rumah Terbuka PAS hari ini juga enggan mengulas lanjut berkenaan kemelut di Selangor.

"Keputusan dah buat kita ikut proses yang ada. Saya dijemput oleh PAS untuk hadir jamuan hari ini, jadi saya hadir pada hari ini untuk jamuan. Ok ya terima kasih semua," kata Azmin yang ingin terus berlalu dari kepungan media.

Media yang sudah menjangkakan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat enggan mengulas lanjut berhubung kemelut di Selangor, namun pelbagai persoalan yang ditanya termasuklah apa yang mereka makan dalam jamuan itu.

"Ya, selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, Tidak ada apa yang kembang semuanya kecut," seloroh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebaik ditanya wartawan tentang perkembangan Menteri Besar Selangor

"Kita akan bincang," katanya ketika ditanya sama ada Tan Sri Khalid boleh menyertai PAS atau tidak selepas ini.

Namun Mohamad Sabu berkata, PAS terbuka untuk sesiapa sahaja menyertai PAS termasuklah Tun Dr Mahathir sendiri.

Rumah terbuka PAS yang berlangsung hari ini menjadi tumpuan media dan mereka berkumpul di hadapan pintu masuk KUIZM untuk mendapatkan respons pimpinan Pakatan Rakyat ekoran pemecatan Khalid semalam. - HARAKAHDAILY 

Isu Khalid: PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat

Posted: 10 Aug 2014 04:26 PM PDT

15 Syawal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, semalam.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang sedang di Selangor kini.


"Kepimpinan PAS sedang berada di tengah-tengah isu ini dan menangani isu ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau juga menjelaskan bahawa keempat-empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS akan terus berkhidmat dan berfungsi kerana kerajaan negeri masih wujud.

Mereka terdiri daripada Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa), Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam). - HARAKAHDAILY 10/8/2014

Pesawat Iran terhempas, 40 meninggal dunia

Posted: 10 Aug 2014 04:24 PM PDT

15 Syawal 1435. [MOD] -


Sebuah pesawat milik Iran terhempas tidak lama selepas berlepas daripada lapangan terbang Iran dan mengorbankan kesemua 40 penumpangnya, lapor agensi berita Irna, yang memetik Persatuan Bulan Sabit Iran.
Nahas itu dilapor berlaku ekoran masalah enjin.

Pesawat itu milik Taban Airlines dan pasukan penyiasat dalam perjalanan ke tapak nahas.

Ia berlepas daripada Lapangan Terbang Mehrabad di Iran untuk menuju ke Tabas, di timur negara itu pada 9.45 pagi (0515 GMT).

Seramai tujuh orang yang terkorban terdiri daripada kanak-kanak.

- dpa

Nuffnang