N45 Dr Halimah Ali |
- NAJIB PM 1UMNO-BN bukan PM 1MALAYSIA!!!
- MANTAN MENTERI PENERANGAN KELUAR DARIPADA UMNO!!
- PRU 13 :10 negeri bakal dimenangi PAKATAN RAKYAT?!
NAJIB PM 1UMNO-BN bukan PM 1MALAYSIA!!! Posted: 20 Mar 2012 08:47 AM PDT Rahsia tarikh PRU13 bukti Najib bukan PM 1Malaysia
TEMERLOH, 20 Mac: PAS Pahang menganggap tindakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak merahsiakan tarikh Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) membuktikan beliau hanya layak menjadi PM untuk Umno, bukan untuk seluruh rakyat Malaysia atau bukan PM 1Malaysia. Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal berkata, jika benar Najib PM 1 Malaysia, yang mendakwa kononnya rakyat diutamakan, sudah tentu beliau berani untuk mengumumkan tarikh PRU secara telus mulai sekarang. "Mengetahui tarikh PRU merupakan hak rakyat justeru amat penting untuk membantu dan memudahkan rakyat mengatur jadual kehidupan mereka kerana PRU13 adalah suatu peristiwa penting dan besar untuk seluruh rakyat Malaysia. "Kenapa Najib mahu bermain teka-teki menentukan tarikh peristiwa sebesar itu. Sedangkan jika tarikh PRU13 di ketahui awal, bukan sahaja parti politik yang mendapat manfaat malah jutaan rakyat Malaysia dapat menyesuaikan tarikh kenduri perkahwinan, menunaikan umrah, persidangan, seminar, urusan perniagaan, melancong dan sebagainya. "Apabila jadual dapat diatur maka mudahlah bagi semua rakyat ikut terlibat secara bertanggungjawab di dalam pilihan raya untuk menentukan teraju kepimpinan negara sekali gus arah tuju masa depan negara," tegasnya. Justeru, katanya PAS Pahang menggesa jika benar DS Najib mendukung transformasi politik negara, umumkan segera tarikh PRU 13. Tambahnya, jadikan PRU13 sebagai pilihan raya pasca 54 tahun kemerdekaan, bukan pilihan raya undur 50 tahun ke belakang dengan memberikan hak yang adil dan saksama kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka melalui demokrasi maklumat kepada seluruh rakyat. Baru-baru ini media melaporkan Najib masih menyembunyikan tarikh PRU 13 meskipun beliau kini begitu agresif turun berkempen ke setiap negeri. Difahamkan, tidak banyak negara-negara di dunia yang menyembunyikan tarikh PRU seperti Malaysia. | ||
MANTAN MENTERI PENERANGAN KELUAR DARIPADA UMNO!! Posted: 20 Mar 2012 07:49 AM PDT Kadir Sheikh Fadzir quits Umno March 19, 2012 KUALA LUMPUR, March 19 — Former Information Minister and Kulim-Bandar Baharu MP Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir resigned as an Umno member today after 56 years in the ruling party. He said in a statement he handed in his notice of resignation to Umno secretary-general Tengku Adnan Tengku Mansor earlier today, just a week after quitting his division treasurer's post. Abdul Kadir (picture) made headlines in January when he accused the ruling party of handing out between RM200 and RM1,000 to voters in previous elections in exchange for votes. The former Umno supreme council member, however, had denied personally using the "bomb" strategy to win elections in Kulim-Bandar Baharu where he was MP for 30 years from 1978. He also denied making the claim out of frustration for having been sidelined in the party, stressing that his relationship with the present administration and Umno leadership remained warm. Tengku Adnan, however, has denied Abdul Kadir's allegations that Umno had resorted to money politics, pointing out that the party has never bought votes and did not need to. He added that as an Umno man Abdul Kadir should not be issuing statements that could tarnish the party's reputation and questioned why the latter did not just quit Umno. "If he feels Umno is not right, why hasn't he left the party?" the former tourism minister had been quoted as saying by Bernama Online. | ||
PRU 13 :10 negeri bakal dimenangi PAKATAN RAKYAT?! Posted: 20 Mar 2012 07:03 AM PDT PRU-13: Hanya tiga negeri selamat bagi BN, kata Daim Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa. Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang. Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai. Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim. Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus. Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan. Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu. Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar". |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |