Ahad, 4 November 2012

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Doakan Kejayaan Anak-Anak Kita Dalam Peperiksaan: Selamat Menjawab Soalan

Posted: 04 Nov 2012 02:50 PM PST

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Janji Pakatan - Turun harga minyak dan kereta mansuh PTPTN pendidikan percuma

Posted: 03 Nov 2012 09:00 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan membenarkan penderitaan dan kezaliman mencengkam rakyat jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.

"Saya berbicara dengan hati dan keyakinan, jika kita buat sesuatu dengan tidak mempertahankan kezaliman... Kita pergi ke Putrajaya, (kita) jangan izin rakyat menderita dan dizalimi.

"... kita akan turunkan harga minyak, harga kereta, beri pendidikan percuma dan kaji AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik).

"(Indeks) rasuah meningkat, barang naik... itu racun daripada BN," kata Anwar yang juga ketua umum PKR di hadapan kira-kira 30,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi.

Ia merupakan kesimpulan isi ceramahnya yang mengulas isu-isu semasa antaranya kenaikan harga minyak dan risiko pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dianggapnnya membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.

Sekaligus, beliau yang juga ketua pembangkang turut mengulangi jaminan dan janji Pakatan mengenai pemberian pendidikan percuma dengan membatalkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga kereta.

"Jika kita menang, Insya-Allah kita juga akan tingkatkan mutu pendidikan negara... Kita tidak akan terlibat dengan diskriminasi... Tak payah main isu bangsa. Kita akan lawan, insya-Allah kita akan menang," katanya sewaktu mengulas isu PTPTN.

Selain itu, Anwar membidas pengamalan rasuah tetapi didakwanya didiamkan oleh pihak berkuasa dan keresahan anak muda yang tidak pekerjaan sedangkan ada individu yang didakwanya mengautkan keuntungan berbilion ringgit selepas membeli syarikat arak.

Turut hadir dalam himpunan tersebut barisan kepimpinan Pakatan Rakyat antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kepimpinan Pakatan semua peringkat.

Sebelum itu, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang dalam ucapannya menempelak pemimpin dalam kerajaan yang menurutnya menganggap diri mereka "maha suci" daripada kekurangan.

"Tidak ada silap... Harta negara (jadi macam) harta pemimpin. Ini bukan satu amanah. Ini bukan ajaran Islam... Kekayaan negara berpusing-pusing di antara pemimpin dan 'Qarun' yang bersangkutan dengan pemimpin," kata beliau bagi menghuraikan sepotong ayat al-Quran yang dibacanya sebelum itu.

Sambil menyatakan haram menyokong kerajaan yang zalim, Abdul Hadi menegaskan rakyat boleh menghukum kerajaan itu dengan menggunakan platform demokrasi, bahkan Pakatan melaksanakannya dengan menghantar wakil rakyat di Parlimen untuk menghantar mesej tersebut.

"(Tetapi) BN tidak bersedia untuk untuk membuat perubahan. Kita wajib ubah kerajaan. Tukar pemimpin (berlaku) di negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.

"Parti buat silap, rakyat hukum... Tapi ia tidak jadi di Malaysia. Mahu jadi kerajaan selama-lamanya. Kesalahan ditutup dengan akta OSA, ISA untuk menyekat kebebasan rakyat," katanya.

Sementara itu, Lim Kit Siang pula menolak dakwaan bahawa DAP akan menghapuskan kuasa Raja-raja, menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan menghapuskan hak orang Melayu jika menang dalam pilihan raya umum ke-13.

"Itu semua bohong, dusta dan fitnah... Pakatan Rakyat, kita ada mesej yang sama tidak seperti BN. Kita mahu selamatkan demokrasi, selamatkan Malaysia dan kembalikan keadilan, kebebasan dan hak asasi dimajukan," katanya.

Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan itu kemudiannya melancarkan satu gimik sebagai tanda pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang diiringi dengan tembakan bunga api berwarna-warni.

Sumber: Malaysiakini

Pakatan Harapan Rakyat Dilancarkan

Posted: 03 Nov 2012 02:00 AM PDT

PETALING JAYA, 3 NOV : Perang psikologi dua kuasa besar politik negara mula 'dilancarkan' apabila PKR menjadi parti politik pertama memperkenalkan poster dan bilboard kempen Piliharanraya Umum ke-13 (PRU) hari ini.

Dengan tema "Pakatan Harapan Rakyat", majlis pelancaran disempurnakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di perkarangan Ibu Pejabat PKR.

Untuk fasa pertama, sebanyak 10 bilboard diperkenalkan dan fasa seterusnya akan diperkenalkan sehingga menjelang PRU-13.

Kempen ini juga akan disebarkan menggunakan media elektronik termasuk laman sosial dan blog.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan segala urusan termasuk kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan diuruskan oleh pasukan khas.

Beliau menambah, setakat ini sebanyak 13 tajuk risalah telah disebarkan sejak empat bulan lalu.

Menurut Wan Azizah, PR lebih selesa untuk bertempur dengan kempen politik sihat dan idea berbanding menghamburkan kata nista serta mainan fitnah seperti yang diamalkan Umno-BN.

"Sebab itu PRU-13 kita tidak mahu dirosakkan dengan cacian. Kita mahu mewarnai kempen PRU ini dengan idea, harapan, wajah-wajah rakyat, semangat dan kelakinan Malaysia bakal dan InsyaAllah akan mendapat lebih kebaikan," katanya di Ibu Pejabat PKR.

Ujar Wan Azizah, sejak tahun 2008, PR telah membawa banyak isu rakyat seperti penurunan harga minyak, pembinaan rumah mampu milik dan skim kesihatan wanita yang selama ini cuba dipadamkan oleh Umno-BN.

Turut hadir, beberapa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR antaranya Pengarah Strategi, Rafizi Ramli, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Fuziah Salleh dan Exco Selangor, Rodziah Ismail.

Sumber: Selangorku

Ops Kolah Bagi Perangi Nyamuk Aedes

Posted: 03 Nov 2012 01:30 AM PDT

SHAH ALAM 3 NOV : Dalam usaha memerangi pembiakan nyamuk Aedes, Kerajaan Negeri memperuntukkan 'Direct Grant' sebanyak RM 5,000 setiap tahun kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengadakan "Ops Kolah".

Dalam satu Majlis Perasmian Ops Kolah peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pagi tadi, Exco Kesihatan, Dr. Xavier Jayakumar berkata usaha itu penting untuk mendidik masyarakat membersihkan kolah mandi mereka agar tidak menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.

"Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing maka saya yakin dan percaya kita mampu mengatasi dan mencegah kes demam denggi daripada berleluasa," ujar Xavier dalam majlis yang diadakan di Flat PKNS Blok 68, Seksyen 24 di sini.

Selain itu, Xavier turut menekankan agar semua pihak memberikan kerjasama dalam usaha membanteras tempat pembiakan di sekitar kawasan-kawasan sekolah yang mempunyai potensi menjadi sarang pembiakan Aedes.

"Saya harap pihak pendidikan dapat bekerjasama dengan pihak sekolah termasuk pihak PIBG (Persatuan Ibu Bapa Guru) untuk memastikan kawasan sekolah bersih dan bebas pembiakan Aedes.

"Jika didapati terdapat jentik-jentik, kita di peringkat PBT boleh mengambil tindakan menutup sekolah tersebut," tegas Xavier.

Beliau yang ditemani Timbalan Datuk Bandar, Mohtar Hani dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 8, Hisham Shariman turut berkesempatan melawat dua buah rumah selain meninjau kawasan persekitaran flat tersebut.

Dalam tahun ini, sebanyak 7,359 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negeri Selangor dan 939 kes daripada jumlah tersebut berlaku di kawasan MBSA.

Sehingga 27 Oktober lalu, MBSA mengenal pasti empat kawasan 'Hot Spot' pembiakan nyamuk Aedes iaitu di Taman Karrupiah (Padang Jawa), Stesyen Mumbar Tentera Darat Kem Sungai Buloh (Seksyen U19), Pangsapuri Damai (Seksyen U4) dan Asrama SMK Sek 18 (Seksyen 18B).

Sumber: Selangorku

Ukraine Mahu Promosikan Industri Produk Minyak Sawit Selangor

Posted: 02 Nov 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 2 NOV :  Bagi merancakkan sektor pelaburan di antara dua negara, Ukraine hari ini menyatakan kesediannya untuk mempromosikan Selangor kepada pelabur Ukraine yang berminat untuk terlibat dalam industri penghasilan produk berasaskan minyak sawit.

Perkara ini dinyatakan delegasi Wilayah Kyiv, Ukraine, kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengadakan kunjungan hormat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini, hari ini.

Dalam pertemuan kira-kira setengah jam itu, Timbalan Ketua Pentadbir Ukraine, Yevgen A Golovin berkata, sektor pembuatan khususnya bidang penghasilan produk-produk berasaskan minyak sawit antara sektor yang perlu diterokai pelabur Ukraine.

"Bekalan minyak sawit yang mudah diperoleh di samping kemudahan infrastruktur serta jaringan pengangkutan darat, udara dan laut yang bertaraf antarabangsa menjadikan Negeri Selangor sebagai lokasi paling berdaya saing untuk pelabur asing," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya anak-anak syarikat milik Kerajaan Selangor menjalinkan kerja sama dengan syarikat Ukraine dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.

"Negeri Selangor mudah memperoleh bekalan minyak sawit pada harga yang munasabah kerana Malaysia memiliki ladang kelapa sawit yang luas.
"Kemudahan ini amat sesuai untuk pelabur-pelabur Ukraine terlibat dalam sektor pembuatan berasaskan minyak sawit," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, selain sektor perkilangan, Selangor juga sesuai untuk pelaburan di dalam sektor perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Turut serta dalam pertemuan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif SSIC, Hassan Azhari Idris.

Delegasi berkenaan turut dibawa melawat I-City selain diraikan dalam satu majlis makan malam anjuran SSIC di shah Alam Convention Center (SACC).

Sumber: Selangorku

Status Kemajuan Pembinaan Hospital Shah Alam Diragui

Posted: 02 Nov 2012 01:30 AM PDT

SHAH ALAM, 2 NOV: Status pembinaan hospital Shah Alam diragui apabila kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) 'berjaya' melaksanakan kerja-kerja yang dijangka akan mengambil 82 hari dalam masa 30 hari sahaja.

Menurut MP Shah Alam, Abdul Khalid Samad, projek tersebut telah lewat 33 hari dari jadual yang ditetapkan.

Bagaimanapun 30 hari kemudian, laporan terbaru projek itu menunjukkan kerja-kerja tersebut telah siap 19 hari lebih awal daripada jadual kemajuan yang dijangka.

"Adakah ini cuma laporan mainan sebab sukar percaya sebelumnya lewat 33 hari. Tetapi dalam masa 30 hari mereka boleh siapkan 82 hari punya kerja hingga mendahului ke  hadapan 19 hari.

"Adakah pembayaran 'in advance' ada dibuat untuk melajukan projek ini setelah saya tanya sebelumnya?

"Apa yang kita mahukan adalah status kemajuan pembinaan yang sebenar," kata Abdul Khalid dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Sebelum ini Abdul Khalid pernah beberapa kali mengkritik kelewatan kerja pembinaan hospital ini yang sepatutnya disiapkan pada pada 2011 tetapi telah di tunda ke hujung 2013.

Beliau juga pernah hantar petisyen yang ditandatangani orang ramai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut satu tindakan konkrit bagi menyelesaikan masalah pembinaan hospital itu termasuk memecat Menteri Kerja Raya.

Sumber: Selangorku

Direct Free Kick

Direct Free Kick


4 Nov 2012 - Hari Anugerah "Laman Asuh Didik" di Kg Pandan.

Posted: 04 Nov 2012 07:29 AM PST

4 Nov 2012 - Hari Anugerah "Laman Asuh Didik" di Kg Pandan.

Posted: 04 Nov 2012 07:20 AM PST

4 Nov 2012 - Hari Anugerah "Laman Asuh Didik" di Kg Pandan.

Posted: 04 Nov 2012 07:14 AM PST

4 Nov 2012 - Hari Anugerah "Laman Asuh Didik" di Kg Pandan.

Posted: 04 Nov 2012 07:08 AM PST

Makan Malam "Buffet Mesra Rakyat" dan Amanat Presiden PAS di Kompleks Belia, Shah Alam bersama TG Presiden dan Hj Mohammad Sabu.

Posted: 04 Nov 2012 06:26 AM PST

Happy weekend from mr james

Posted: 04 Nov 2012 05:21 AM PST


Greetings From Mr.James,
Dear partner,
I know that this message may come to you as a surprise since we have never
met before.
However, I decided to reach you through email due to urgency and
confidentiality which my proposal demands.
I am Mr.James, A Banker, and Head of Operations with (BANK OF AFRICA
BURKINA FASO )in West Africa .

There is the sum of $20.5 Million Dollars currently in my branch, The
money belong to one of my client who died without a decree or WILL, and
since 2003 nobody has operated on this account. Again hence the money is
floating and if I do not remit this money out urgently it will be
forfeited for nothing and Government of Burkina Faso will confiscate the
funds for their personal use which I personally don't want such incident
to happen seeing that this is a great opportunity for me and you, I
decided to ask for your assistance to make the claim
That is why I ask that we work together, I will be pleased to work with
you as trusted person and see that the fund is transferred out of my Bank
into another Bank Account which you are going to provide, Once the funds
have been transferred to your nominated Bank account we shall then share
it in the ratio of 60% for me, 40% for you. Meanwhile, all the legal
papers will be processed in your acceptance to prove our legality of the
claim.
If you agree to my business proposal, further details of the transfer will
be forwarded to you as soon as i receive your return mail, accompany with
the below informations which is needed urgently to enable me make
necessary changes in the bank system and make sure your name appear as the
rightful beneficiary before we apply for the claim.
1. Full name
2: Your private telephone and Fax numbers.
3. Occupations and Nationality.
4. Date of Birth
5. Present Location.
Hoping to hear from you as soon as possible to begin with the processes of
claim of this fund.
My Regards to your family,
Mr.James

4 Nov 2012 - Sebelum Makan Malam "Buffet Rakyat" PAS Selangor di Kompleks Belia, Shah Alam bersama TG Presiden dan Hj Mohammad Sabu.

Posted: 04 Nov 2012 05:12 AM PST

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Dana asing dan “GRAND DESIGN” SUARAM by Daniel

Posted: 03 Nov 2012 10:57 PM PDT

Kana

Absolutely right. How could a non entity/unregistered body be registered through a sdn bhd company? Who was this Amer Hamzah/Zain & Co was trying to fool? Better go to back law school again.

Suaram is not a registered body. That is the end of the story.

Comment on Dana asing dan “GRAND DESIGN” SUARAM by Kana

Posted: 03 Nov 2012 10:30 AM PDT

Is Amer Hamzah a lawyer? If he is then he should know better what is a legal entity. How could he said in a statement that SUARAM is registered body via Suara Iniatiatif Sdn Bhd. What bullshit he was talking about? SUARAM os not a registered body with the Registrar of Society then it is not a legal entity.

A non legal entity cannot be registered via another company or other organisation. Suaram is just an unlawful organisation. he was trying to wriggle his way out with his explanation. I feel sorry for him. More sorry for Zain & Co which was dragged into this sad episode of a lawyer trying to play politics.

Comment on Poor configuration of A380 & the cost that MAS could have saved by a former cabin crew

Posted: 02 Nov 2012 09:21 PM PDT

Irritation to an unbelievable point…. and MAS still has (most) cabin crew that slogs on EVERY flight trying serve passengers with minimal supplies and support from the company. How they won the Worlds Best Cabin Staff award with so little means is beyond anyone’s understanding. Yet the only recognition they have received so far – is just a bunch of emails from their bosses. No awards, no certificates and no remuneration. When SQ won theirs – all the cabin crew got additional bonuses apart from their yearly bonus. As far as MH is concerned – bonuses are probably only reserved for those OVERPAID PEN PUSHING directors and general managers! The crew (and graded staff) have yet to see a decent bonus paid in the last decade!!

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Penjelasan Isu Islam dan masyarakat Melayu

Posted: 04 Nov 2012 05:01 AM PST

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar
4 November 2012

SUARA PERAK

SUARA PERAK


BANJIR DI KAMPUNG JERNEH, MANA ADUN KERAJAAN?

Posted: 03 Nov 2012 07:49 PM PDT

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang


Whether Najib likes it or not, its countdown for 13GE as Parliament has life-span of less than six months before it is automatically dissolved

Posted: 03 Nov 2012 07:52 PM PDT

Malaysians have been waiting for the past two years for the 13th General Election but the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak has been dilly-dallying as he hunts for the best timing for the dissolution of Parliament not so much for UMNO and the Barisan Nasional, but to ensure that he could remain ensconced in [...]

Call for AES (Automatic Enforcement System) to fight “grand corruption” in Malaysia by making unusual and extraordinary wealth an automatic corruption offence

Posted: 03 Nov 2012 06:29 PM PDT

Since Datuk Seri Najib Razak became Prime Minister nearly 44 months ago, one of his constant themes is that "the era that the government knows best is over". This is however one of his most broken pledges and the most recent example of this violation is the Barisan Nasional government's stubborn determination to implement the [...]

Now, even children are split by race and religion

Posted: 03 Nov 2012 11:10 AM PDT

Kon Onn Sein Malaysiakini Nov 1, 2012 As parents who are concerned with playing our responsible role in nation-building and bridging the ethnic divide, we had consciously sent our children to national school despite the horror stories of sub-standard education. We had intentionally encouraged our daughters to make friends with their Malay and Indian classmates, [...]

Revisiting the secular state debate

Posted: 03 Nov 2012 10:59 AM PDT

— Ahmad Farouk Musa The Malaysian Insider Nov 03, 2012 NOV 3 — One of the most contentious issues in our country is the debate on Islamic State vis-à-vis Secular State. It should be highlighted at this initial point that the Islamic State concept was borne out only early in the 20th century after the [...]

.

.


Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula meriah

Posted: 03 Nov 2012 08:24 AM PDT


SEREMBAN: Program Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini bermula meriah petang ini.

Biarpun hujan lebat turun sejak jam 2 petang tadi, namun kehadiran orang ramai ke sini tidak putus-putus sejak tenga hari.

Tirai program dibuka kira-kira jam 4 petang ini sejurus hujan mula reda dengan ketibaan hampir 200 motor berkuasa tinggi yang berkonvoi dari Stadium Paroi ke tapak program di sini.

Ketibaan mereka turut disambut dengan paluan gendang dan alat musik tradisional dari tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

Pada ketika ini, sudah hampir 5,000 orang memenuhi tapak program biarpun program utama dengan kehadiran pemimpin utama PAS, PKR dan DAP hanya malam ini.

Keadaan padang yang becak tidak sedikitpun menyukarkan orang ramai untuk berada di tengah-tengah padang.

Sementara itu pihak penganjur turut menyediakan kerusi kepada orang ramai yang hadir.

Petang ini juga turut berlangsung ucapan pembukaan dari ketiga-tiga ketua pemuda PAS, PKR dan DAP negeri.

Dan sekarang ini pula berlangsung konsert nyanyian artis-artis yang telah bersama Pakatan termasuk Aisyah dan Dayangku Intan.

Berikut antara gambar-gambar sekitar yang sempat dirakam Harakahdaily.



:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


"Kalau Islam dihina, DAP pertahankan"

Posted: 03 Nov 2012 07:33 PM PDT

19 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Kata MCA; Kenyataan biadap berunsur menghina agama yang diucapkan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan sangat melampau. Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Kata DAP pula, dibawah,

IKLAN TAWARAN WAKAF KPDA@HARAKAH CETAK - Pakej Khas untuk pewakaf

Posted: 03 Nov 2012 06:55 PM PDT

19 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Merujuk kepada iklan WAKAF KPDA yang tersiar di Harakah edisi cetak hari ini (EDISI ISNIN, 5-8 November 2012) di muka surat F6(Negeri) dimaklumkan bahawa terdapat kesilapan teknikal berkaitan dgn penyiaran template iklan dimana pihak Harakah telah tersalah siar sekaligus telah memuatnaik iklan WAKAF KPDA untuk edisi sept-oktober 2012 (foto di bawah) dimana Jualan Amal Musim Haji yang menawarkan jualan wakaf bangunan untuk 1 lot sebanyak RM200* telah pun tamat berdasarkan kepada tarikh yang ditulis diatas template iklan tersebut iaitu pada 31 Oktober 2012 yang lalu.

Walaubagaimanapun oleh kerana iklan itu telah disiarkan di akhbar Harakah hari ini, pihak pengurusan KPDA telah memutuskan pakej tawaran KHAS itu diteruskan dimana pewakaf masih boleh membeli lot wakaf KPDA itu dengan harga RM200 sehingga iklan terkini (edisi Nov-Dis 2012) seperti diatas, yang menawarkan PAKEJ BARU disiarkan di Harakah pada keluaran akan datang.

Oleh itu kepada umat islam yang ingin membeli wakaf lot bangunan KPDA masih boleh membuat bayaran RM200 bagi belian (1) lot wakaf terus melalui Maybank di akaun 5584 1710 2994 atas nama Persatuan Kebajikan Islam Idham Care selaku pemegang amanah dana KPDA.

 " SEKARANG SIAPA SAHAJA MAMPU BERWAKAF DAN MEMILIKI NASKAH AL-QURAN DIGITAL TERKINI "

Untuk pertanyaan dan butiran lanjut sila hubungi 012-7125340 atau talian Hotline 016-4951221 (8 pagi - 6 petang) Terima Kasih

Tanah runtuh, 150 penghuni kuarters polis gombak pindah

Posted: 03 Nov 2012 06:30 PM PDT

18 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Kira-kira 150 penghuni Blok F1 kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak terpaksa berpindah selepas berlaku kejadian tanah runtuh malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6 petang dan siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati runtuhan pada jarak kira-kira dua meter dari bangunan itu berada pada tahap kritikal. Beliau berkata kejadian yang berlaku ketika hujan lebat itu turut mengakibatkan tiga kereta rosak selepas dihempap batu dari tembok penghadang yang runtuh. "Semua penghuni diarahkan berpindah kerana ada pergerakan bawah tanah menyebabkan bangunan itu tidak selamat untuk didiami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Rosly berkata mereka kini ditempatkan di dewan blok bersebelahan kuarters polis itu. Seorang penghuni, Hasmani Ismail, 45, berkata ini adalah kejadian pertama sejak beliau tinggal di kuarters itu enam tahun lepas. "Semasa kejadian, saya bersama suami dan dua anak berada di dalam rumah, dan tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti kemalangan, disusuli bunyi penggera kenderaan secara bertalu-talu. "Selepas melihat keadaan di luar rumah, saya dapati tembok berhampiran rumah kami runtuh dan terdapat tanah serta batu menghempap tiga buah kereta hingga terkambus," katanya. - Bernama

Janji Pakatan: Turun harga minyak dan kereta, mansuh PTPTN, pendidikan percuma

Posted: 03 Nov 2012 06:27 PM PDT

18 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Abdul Rahim Sabri 8:17AM Nov 4 2012 - Malaysiakini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan membenarkan penderitaan dan kezaliman mencengkam rakyat jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir. "Saya berbicara dengan hati dan keyakinan, jika kita buat sesuatu dengan tidak mempertahankan kezaliman... Kita pergi ke Putrajaya, (kita) jangan izin rakyat menderita dan dizalimi. "... kita akan turunkan harga minyak, harga kereta, beri pendidikan percuma dan kaji AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik). "(Indeks) rasuah meningkat, barang naik... itu racun daripada BN," katanya di hadapan kira-kira 10,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi. Ia merupakan kesimpulan isi ceramahnya yang mengulas isu-isu semasa antaranya kenaikan harga minyak dan risiko pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dianggapnnya membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Sekaligus, beliau yang juga ketua pembangkang turut mengulangi jaminan dan janji Pakatan mengenai pemberian pendidikan percuma dengan membatalkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga kereta. "Jika kita menang, Insya-Allah kita juga akan tingkatkan mutu pendidikan negara... Kita tidak akan terlibat dengan diskriminasi... Tak payah main isu bangsa. Kita akan lawan, insya-Allah kita akan menang," katanya sewaktu mengulas isu PTPTN. Selain itu, Anwar membidas pengamalan rasuah tetapi didakwanya didiamkan oleh pihak berkuasa dan keresahan anak muda yang tidak pekerjaan sedangkan ada individu yang didakwanya mengautkan keuntungan berbilion ringgit selepas membeli syarikat arak. Turut hadir dalam himpunan tersebut barisan kepimpinan Pakatan Rakyat antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kepimpinan Pakatan semua peringkat. Sebelum itu, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang dalam ucapannya menempelak pemimpin dalam kerajaan yang menurutnya menganggap diri mereka "maha suci" daripada kekurangan. "Tidak ada silap... Harta negara (jadi macam) harta pemimpin. Ini bukan satu amanah. Ini bukan ajaran Islam... Kekayaan negara berpusing-pusing di antara pemimpin dan 'Qarun' yang bersangkutan dengan pemimpin," kata beliau bagi menghuraikan sepotong ayat al-Quran yang dibacanya sebelum itu. Sambil menyatakan haram menyokong kerajaan yang zalim, Abdul Hadi menegaskan rakyat boleh menghukum kerajaan itu dengan menggunakan platform demokrasi, bahkan Pakatan melaksanakannya dengan menghantar wakil rakyat di Parlimen untuk menghantar mesej tersebut. "(Tetapi) BN tidak bersedia untuk untuk membuat perubahan. Kita wajib ubah kerajaan. Tukar pemimpin (berlaku) di negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Britain. "Parti buat silap, rakyat hukum... Tapi ia tidak jadi di Malaysia. Mahu jadi kerajaan selama-lamanya. Kesalahan ditutup dengan akta OSA, ISA untuk menyekat kebebasan rakyat," katanya. Sementara itu, Lim Kit Siang pula menolak dakwaan bahawa DAP akan menghapuskan kuasa Raja-raja, menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan menghapuskan hak orang Melayu jika menang dalam pilihan raya umum ke-13. "Itu semua bohong, dusta dan fitnah... Pakatan Rakyat, kita ada mesej yang sama tidak seperti BN. Kita mahu selamatkan demokrasi, selamatkan Malaysia dan kembalikan keadilan, kebebasan dan hak asasi dimajukan," katanya. Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan itu kemudiannya melancarkan satu gimik sebagai tanda pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang diiringi dengan tembakan bunga api berwarna-warni.

Awasi lakonan Umno dalam hudud dan perpaduan Melayu

Posted: 03 Nov 2012 06:25 PM PDT

18 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Iskandar Kamarul Amin, Dalam tempoh teka-teki tarikh pilihan raya umum ini, kelihatan Barisan Nasional (BN) cuba menyerang Pakatan Rakyat (PR) dengan isu air Selangor, isu tajaan Soros, dan lain-lain. Namun, kelihatan isu-isu ini kurang berjaya menggugat PR dan kadang-kadang dilihat menjadi senjata makan tuan. Saya melihat ada dua isu yang menjadi senjata ampuh bagi Umno/BN yang dilihat mampu mengugat PR; iaitu isu hudud dan isu perpaduan. Mengapa dua isu ini? Hal ini kerana, sejak selepas tsunami politik 2008, dua isu ini yang sentiasa diulang tayang silih berganti dan dilihat berjaya menggugat kesepakatan parti-parti dalam PR. Apabila bercerainya parti-parti dalam PR, mimpi Umno-BN untuk terus berkuasa semakin cerah. Taktik permainan media BN dalam memainkan isu hudud bermula dengan memetik kenyataan mana-mana pemimpin PAS berkaitan hudud. Walaupun kenyataan itu hanya dibuat dengan ayat pendek tetapi dibesarkan di muka hadapan akhbar. Kemudian wartawan upahannya akan minta respon daripada pemimpin DAP yang tidak setuju dengan hudud. Perbezaan pendapat pemimpin PAS dan DAP ini lantas digembar-gemburkan seolah-olah perbalahan besar sedang berlaku. Pendapat daripada pemimpin Umno dan ulama mudanya akan disiar untuk melaga-lagakan lagi isu ini. Pemimpin Umno biasanya cuba menjadi hero menbela pendirian PAS menyokong hudud walaupun masa umum mengetahui pendirian sebenar Presiden Umno. Taktik yang sama juga pernah dibuat melalui isu Perpaduan Melayu. Bermula dengan ucapan beberapa kerat pemimpin Umno yang tiba-tiba mengalunkan ayat-ayat indahnya tentang perpaduan Melayu. Isu perkauman dimainkan. Dalil-dalil al-Quran dan hadis dibekalkan oleh ulama mereka untuk dilaungkan. Selepas beberapa hari isu ini dimainkan di media mereka, mereka timbulkan respon bahawa ada beberapa pemimpin PAS yang dilihat menyokong "perpaduan" itu. Lalu digambarkan seolah PAS-Umno akan bersatu. Kemudian, mereka akan minta respon daripada pemimpin PKR atau DAP. Apabila ada daripada mereka yang dilihat mengkritik PAS, tiba-tiba fokus isu telah berubah. Alunan indahnya perpaduan Melayu tidak lagi dilagukan, yang ada hanyalah berita-berita persepsi seperti "Pakatan Rakyat retak", " DAP ugut keluar Pakatan Rakyat" dan sebagainya. Taktik ini bukan sahaja dapat menggambarkan Pakatan Rakyat tidak kuat, taktik ini juga berjaya mengkambinghitamkan beberapa pemimpin PAS yang dilihat pro-perpaduan dan memburukkan pemimpin ini di mata ahli-ahlinya. Maka, saya amat berharap kepada pemimpin PAS, PKR dan DAP, jangan cepat melatah dengan taktik ini khususnya isu hudud dan perpaduan Melayu. Suburkan diskusi antara agama untuk menerangkan perbezaan ini. Jangan mudah terpengaruh dengan lakonan Umno-BN kerana kita semua tahu Melayu mana yang mengkhianati Melayu. Berdasarkan situasi sekarang, menjatuhkan kezaliman Umno-BN adalah langkah terbaik berbanding bersatu dengan Umno/BN, maafkan kesalahan lama, dan mulakan kesepakatan baru. Iskandar Kamarul Amin Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

MCA leaders left to defend AES as BN comrades echo PR's stand

Posted: 03 Nov 2012 06:23 PM PDT

18 Zulhijjah 1433H. [MOD] - In the face of stiff opposition on both sides of the political divide to the Automatic Enforcement System (AES) involving two private companies, MCA found itself as the only party in Barisan Nasional to defend the controversial traffic monitoring system. Transport minister Kong Cho Ha has again pleaded to the public to give AES a chance. Quoted by the party's mouthpiece The Star, Kong argued that AES was one of the best ways to make people more responsible on the road, and claimed that there had been a 60 percent dip in traffic offences since its implementation. He also claimed that initial "backlash" in countries where AES was implemented had later turned into public approval following its effectiveness in reducing accidents. Kong, who is MCA's Lumut member of parliament, insisted that AES had received "strong support from the people". MCA's Women chief Yu Chok Tow meanwhile backed Kong saying the public should offer "workable proposal" if they objected to AES. Kong and Yu's defence on AES came even as comrades in UMNO and Gerakan called for the AES to be suspended. The AES has already been blocked by four Pakatan Rakyat states pending a thorough study. Earlier, UMNO Youth chief Khairy Jamaluddin said AES had too many weaknesses while Kinabatangan MP Bung Moktar Radin said was not the right time to implement because the election was near. UMNO's Kangar MP Mohd Radzi Sheikh Ahmad said the public should have been consulted before the implementation of AES. While Gerakan central bureau member Cheah Soon Hai said his party received numerous complaints over summonses issued by AES. Even UMNO's staunchest supporter, Perkasa chief Ibrahim Ali, has thrown his support behind calls for suspension of the AES. (Hdaily-English)

BN tak mahu berubah, rakyat wajib tukar

Posted: 03 Nov 2012 06:21 PM PDT

18 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Hazayani ZakariaSEREMBAN: Rakyat wajib menukar kerajaan yang ada pada hari ini memandangkan Umno BN tidak bersedia membuat perubahan. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat merupakan hakim yang menghukum kerajaan apabila pemimpin tidak menjalankan amanah dengan baik. "BN tak bersedia buat perubahan jadi kita wajib mengubah kerajaan hari ini. "Rakyat boleh mengadili pemimpin-pemimpin. Di Britain misalnya, bila pemimpin buat silap rakyatnya hukum dengan menukar kerajaan. "Di Malaysia tak jadi begini sebab BN sangka dia jadi kerajaan selama-lamanya," kata beliau sewaktu berucap di Perhimpunan Kebangkitan Rakyat, di Taman Seremban Jaya, dekat sini, malam ini. Ustaz Hadi berkata, pemimpin BN tidak boleh menganggap mereka boleh menjadi kerajaan yang terbaik buat selama-lamanya. "Pemimpin BN tidak boleh berlagak menjadi Tuhan, tidak boleh mengganggap kesenangan rakyat datang dari mereka. "Mereka tidak boleh menganggap mereka yang terbaik selamanya kerana rakyat yang menjadi hakim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. Justeru, beliau mengajak rakyat melakukan perubahan bersama-sama Pakatan Rakyat yang sudah membuktikan mereka memberi layanan yang sama rata kepada semua kaum. "Pakatan boleh menunjukkan perpaduan, bukan parti satu kaum sahaja. "Mari kita ubah cara baru, cara Pakatan Rakyat," katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu meminta rakyat mengekalkan momentum kebangkitan malam ini sehingga ke perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. "Melihat kepada kesabaran dan kesungguhan rakyat malam ini walaupun dalam keadaan hujan, saya yakin himpunan akhir nanti, seluruh rakyat akan berada di Kuala Lumpur Januari ini," katanya. Beliau juga mengajak rakyat turun beramai-ramai ke perhimpunan kebangkitan rakyat kali kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 16 November ini. "Jangan lupa 16 November ini kita turun ramai-ramai ke Kota Bharu untuk perhimpunan kedua," katanya. (Hdaily)

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Jelajah Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Tanjung Malim & Sabak Bernam 6 Nov 2012

Posted: 03 Nov 2012 08:04 PM PDT

6 November 2012 (Selasa)

1) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – (P-Tanjong Malim)

2) Lokasi : Dewan Tokong Khai Kee Theng, Slim River, Perak

3) Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty

iii. YB Nizar Jamaluddin

iv. YB Nga Kor Meng

v. YB Sivanesan

vi. YBhg Brigadier General (B) Dato' Abdul Hadi Khatab

vii. YBhg Chua Yee Ling

4) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Merdeka Rakyat – (P- Sabak Bernam)

5) Lokasi : Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor

6) Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Prof Dr Aziz Bari

iii. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

iv. YBhg Ustaz Sallehan Mukhyi

v. YBhg Cik Gu Bard

[VIDEO] Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 03 Nov 2012 11:10 AM PDT


Hujan Lebat, Jalan Sesak Lebih 10,000 Banjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 03 Nov 2012 07:31 AM PDT

KeadilanDaily

Sekalipun hujan lebat sejak tengah hari tadi, Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula meriah berikutan kira-kira 5,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri padang Taman Seremban Jaya seawal jam 4 petang.

Ia bertambah gamat apabila konvoi pemuda Pakatan Rakyat diketuai Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysian, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard, tiba di lokasi selepas melepasi kesesakan lalu lintas.

Mereka disambut paluan kompang, gendang masyarakat India dan tarian Singa yang dipersembah penduduk setempat.

Antara tokoh yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang bakal mendeklamasi puisi malam ini.

Acara bermula dengan pidato pimpinan muda Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP, selain persembahan nyanyian Dayangku Intan,  Nizam dari kumpulan Laksamana dan kugiran metal, Heldrasil.

Program dihenti sekitar jam 6.30 petang untuk memudahkan rakyat beragama Islam menunaikan solat, sebelum acara utama diteruskan jam 8 malam.

Ia bakal menampilkan pidato pimpinan utama Pakatan termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Nuffnang