Ahad, 30 Disember 2012

MY VOICE FOR NATION

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


ANDA NILAI SENDIRI, TEPUK DADA TANYA IMAN, USAH TANYA SELERA

Posted: 30 Dec 2012 10:17 PM PST


 
Bagi orang melayu yang beragama Islam, terbatallah wudu' atau air sembahyangnya apabila terkentut atau buang air sama ada kecil atau besar. Batal puasa jika makan atau minum. Tak sah sembahyang jika tiada dalam wudu'. Rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah atau menyatakan kesaksian tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad saw nabi dan rasul Allah. Keyakinan serta kepercayaan kepada "sebutan formula" ini terbatal, gugur atau menjadi "null and void" jika seseorang itu menyakini, menyebut atau melakukan sesuatu. Rukan Iman yang Enam  juga terbatal jika tidak mempercayaai salah satu daripada enam perkara asas tersebut.

Di peringkat organisasi dan negara, rukun Islam dan Iman juga digunapakai dan menjadi kriteria sama ada suatu pertubuhan atau negara itu pertubuhan atau negara Islam...mungkin majoriti ahli atau rakyatnya beragama Islam...


Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada menerbit Kitab Mastika Hadis. Kitab ini mengandungi 3 Jilid.

PERKARA YANG MENYEBABKAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM

 Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian Pertama - Iktikad Bahagian Kedua - Perkataan Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang

mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama-nama

Allah, sifat-sifatNya, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya, ayat-ayatNya dan

hukum-hukumNya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasulNya. Dan juga perkataan yang

menolak, manafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama' menthabitkannya atau

menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

 Bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut; Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah,

mengecil dan  mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-

rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang

diterangkan oleh rasul-Nya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak

mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

• Hukum apa ini?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

Sumber http://paspb.netai.net/buletin/berita/mustika-vs-mahathir.html
                    :greenboc.blogspot.com/

ambang 13..JOM KITA SAMA AMAR MAKRUF

Posted: 30 Dec 2012 06:40 AM PST

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


MB dan EXCO Selangor tak isytihar harta sebab keselamatan

Posted: 30 Dec 2012 10:10 AM PST

S'gor cabinet's asset declaration 'laughable'


Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Mesyuarat Dengan Penternak-Petani India West Country - Dapatkan Cadangan

Posted: 30 Dec 2012 03:26 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Dewan Muslimat sokong pendirian Presiden PAS

Posted: 30 Dec 2012 06:27 AM PST


SIARAN MEDIA KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
Sokong Pendirian Presiden PAS Untuk Diberi Ruang Muncul Sejam Di TV1 Dan TV3
Bagi Menjelaskan Isu "Amanat Haji Hadi"
 
1.      Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh pendirian Presiden PAS yang berbentuk permintaan dan harapan agar diberikan ruang untuk muncul sejam di TV1 dan TV3 bagi menjelaskan segala isu yang berbangkit daripada apa yang disebut-sebut oleh ramai pihak khususnya dimainkan oleh media proksi BN sebagai "AMANAT HAJI HADI".
 
2.      DMPP melihat bahawa pendirian Presiden PAS ini adalah sangat berani, wajar dan bertanggungjawab. Pendirian dan sikap ini juga secara tidak langsung membuktikan kepada kita semua bahawa Presiden PAS adalah di pihak yang benar, selari dengan pepatah Melayu "berani kerana benar". Justeru, laporan Utusan Malaysia baru-baru ini bahawa Presiden PAS terus membisu daripada memberi respon terhadap isu ini  juga barangkali sudah sampai "buku bertemu ruas" dan sepatutnya pihak mereka (media proksi BN dan UMNO seperti TV1, TV3 dan Utusan) menerima perkembangan ini ibarat "orang mengantuk disorongkan bantal"!
 
3.      Kami yakin dan percaya bahawa ini adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pihak khususnya rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan parti politik untuk mendengar sendiri penjelasan daripada YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ini prinsip demokrasi yang sangat fundamental, asas! Jangan berdalih lagi, kalau "anda" berani dan memperjuangkan kebenaran maka berikan Presiden kami ruang sejam.
 
4.      Justeru itu, DMPP mendesak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab ke atas TV1 dan seterusnya pihak Media Prima yang bertanggungjawab ke atas TV3 segera menyahut "permintaan" Presiden PAS yang kami kira cukup "gentleman" ini. Keupayaan dan kesungguhan kedua-dua pihak terbabit iaitu TV1 dan TV3 bagi memenuhi permintaan Presiden PAS ini juga  akan menjadi tanda aras  bahawa kedua-dua pihak berkenaan siap untuk memberi laluan kepada pimpinan utama daripada parti politik selain daripada pihak BN.
 
5.      Janganlah pula kemudiannya ada yang mengambil sikap takut memberi laluan kepada Presiden walau hanya sejam kerana rakyat seluruhnya nanti akan faham bahawa mereka (yakni TV1 dan TV3) itu "takut kerana salah". Kita semua tahu TV1 dan TV3 sangat ghairah mempermainkan isu ini, maka ini adalah peluangnya mereka menunjukkan keberanian mereka pula. Jangan hanya berani "lontar batu sembunyi tangan". Bertanggungjawablah dengan apa yang telah kalian laporkan secara fitnah, adu domba dan sangat berniat jahat.
 
 
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia
19 Disember 2012

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar

Posted: 29 Dec 2012 04:43 PM PST







Pada 28 Disember 2012 yang lalu telah berlangsungya  Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR dan PMR 2012 dan Penyampaian Bantuan Peperiksaan Awam 2013 DUN Seberang Takir bertempat di Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Telaga Daing. Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang berjaya dalam peperiksaan baru-baru ini. Bagi yang kurang berjaya, boleh cuba lagi untuk peperiksaan akan datang. Bagi yang bakal menghadapi peperiksaan pada tahun depan, semoga dapat keputusan yang cemerlang.

Majlis Pernikahan Anakanda Tercinta

Posted: 29 Dec 2012 04:30 PM PST





Pada 27 Disember 2012 yang lalu, telah selamat berlangsungya majlis akad nikah anakanda tercinta Shahrul Azri dengan pilihan hatinya Yuni bertempat di Masjid Kristal, Pulau Wan Man. Sejurus selepas majlis akad nikah selesai, sedikit jamuan diadakan di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam. Terima kasih diucapkan kepada hadirin yang sudi hadir pada majlis tersebut. Semoga mahligai anakanda dan pasangannya kekal hingga ke akhir hayat.

Direct Free Kick

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


'Banner Tahap IQ Paling Rendah'.Menyaggah Qada, Dan Qadar

Posted: 29 Dec 2012 03:44 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -
http://kachipemas.blogspot.com/


 'Banner Tahap IQ Paling Rendah' yang tiba-tiba muncul ketika banjir di Kelantan Darul Naim baru-baru ni. Mungkin baru timbul setelah lama tenggelam akibat 'masuk air' dalam kepala

PM Dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz membuat tinjauan ..dan melihat mangsa banjir..bezanya PM melalui udara dan Tuan guru..melalui bot dan meranduk air banjir..

Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'

Posted: 29 Dec 2012 03:41 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -



MARANG: PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu 'Amanat Haji Hadi' dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara 'live' dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.

Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu 'Amanat' yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.

"Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara 'live', bukan rakaman.

"Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak 'amanat' itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu," tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini. (Gambar atas)

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa 'Amanat' pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.

Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

"Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara 'live' pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3," ujarnya kepada wartawan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu 'amanat' tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab 'Mustika Hadis' keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan 'amanat' tersebut.

Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Sumber : Harakahdaily/-

Gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda Jepun

Posted: 29 Dec 2012 03:36 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -


TOKYO: Gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda timur laut pesisir pantai Jepun, semalam, dan kira-kira 123 kilometer (km) di wilayah timur utara bandar Sendai. 

Jabatan Kaji Selidik Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa yang dicatatkan pada kedalaman 40 km pada jam 11.59 malam (waktu tempatan) tidak mengakibatkan sebarang kerosakan. 


Sementara itu, awal bulan ini, gempa kuat bermagnitud 7.3 mengegarkan dasar laut di pesisir timur laut negara itu sehingga mencetuskan tsunami setinggi satu meter. - AFP 

Empat maut nahas pesawat di Moscow

Posted: 29 Dec 2012 03:34 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -


MOSCOW 30 Dis. - Empat orang maut, manakala empat lagi cedera apabila sebuah pesawat penumpang tergelincir dari landasan dan terbelah kepada tiga bahagian ketika mendarat di lapangan terbang Vnukovo, di sini semalam.

Menurut Kementerian Kecemasan Rusia, kejadian itu menyebabkan pesawat Tupolev-204 berkenaan melanggar pagar sempadan lapangan terbang dan terbabas ke lebuh raya sebelum terbakar.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian juruterbang pesawat tersebut.
Ketika kejadian, pesawat yang baru tiba dari Republik Czech itu hanya membawa lapan orang anak kapal. - AFP/REUTERS


.

.


PAS menyokong penuh hasrat Presiden untuk memberi penjelasan isu ‘Amanat Hadi’ di media perdana

Posted: 29 Dec 2012 09:01 PM PST

PAS menyokong penuh hasrat Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung.
Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden PAS untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu 'Amanat Hadi'.
PAS melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai. Peluang 1 jam ini wajib diberi kepada Presiden Pas untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya.
Adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau.
Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama.
Kenapa Presiden PAS tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan?
Sehubungan  dengan desakan Presiden ini, kita harap pihak kerajaan membuka laluan bagi beliau untuk memberi penjelasan melalui media perdana secara langsung. Kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu ini bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan isu ini menjadi polemik berterusan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Disember 2012

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Jakim: Tindakan pada Hadi jika pertahan 'amanat'

Posted: 30 Dec 2012 02:57 AM PST

 Petikan : Malaysiakini
Ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha berkata tindakan boleh diambil ke atas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya presiden PAS itu tetap mahu mempertahankan satu amanat kontroversi pada 1981 yang didakwa mengkafirkan Umno.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, Othman berkata jabatan itu bagaimanapun akan memanggil Abdul Hadi terlebih dahulu dan mahu presiden parti tersebut menarik balik amanat berkenaan.

"Kesan amanat itu besar, mereka lepaskan kepada masyarakat dan tidak cuba memperbetulkan semula, tuduh orang Islam lain tidak boleh kawan, kafir.

"Kalau kita lihat, di negara Arab mereka berpecah-pecah soal mazhab, kita di sini soal amanat... sebenarnya mengkafirkan orang (Islam) lain itu lebih parah," katanya.

Beliau turut mengakui bahawa tindakan telah dijalankan ke atas isu berkenaan sebelum ini dan mendakwa jabatan itu mempunyai bukti berhubung elemen mengkafir itu.

"Benda ini (amanat) pun sudah lama, tindakan pun sudah diambil, tapi timbul balik... Mengikut rekod kami yang dikumpul sejak amanat itu diucapkan, elemen mengkafir itu jelas ada.

"Kami ada bukti dan simpan semua termasuk rakaman ceramah mereka. Kesan apa yang mereka ucapkan itu juga berlaku termasuk dalam majlis perkahwinan, kenduri kendara, makan sembelihan orang Umno tak boleh," katanya.

MP Shah Alam Khalid Samad pada hujung minggu lalu menjelaskan bahawa petikan ucapan Abdul Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli Umno.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi amanat itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.

Presiden PAS diberi peluang beri penjelasan di RTM

Posted: 30 Dec 2012 02:54 AM PST

Petikan : Bernama
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang didakwa mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di ibunegara hari ini. Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Disember.

Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno dari sudut akidah.

Presiden PAS itu hari ini berkata beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Ditanya mengenai masalah masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus akibat masalah teknikal, Rais berkata ia bukan kesalahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya syarikat telekomunikasi harus memberi penjelasan lengkap kepada pengguna mengenai masalah itu dan menyatakan jumlah talian terputus dialami pengguna telefon bimbit pada setiap bulan.

"SKMM boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya syarikat telekomunikasi masih gagal mengatasi masalah tersebut," katanya.

Minggu lepas, media melaporkan mengenai masalah talian telefon mudah alih terputus yang semakin teruk di negara ini.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Pembangunan Industri dan Sumber Perancangan SKMM Datuk Ali Hanafiah telah memberi amaran dan berkata SKMM tidak teragak-agak mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengikut kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Berhubung cadangan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya kerajaan tidak meletakkan had pada harga telefon pintar 3G bagi membolehkan orang ramai mendapatkan rebat sebanyak RM200, Rais berkata beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet pada 2 Jan depan.

Mengenai persiapan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka, Rais berkata beliau berpuas hati dengan raptai hari ini yang lancar.

Beliau berkata Dataran Merdeka dipilih untuk majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas, sambutan Tahun Baru 2013 serta acara Larian Tahun Baru 1Malaysia pada 31 Dis ini kerana ia adalah lokasi bersejarah untuk negara.

"Sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru diadakan serentak kali ini untuk memberi kelainan dan menyemarakkan semangat perpaduan semua kaum di
Malaysia selari dengan gagasan 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata Ketua Paderi Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam turut dijemput untuk mewakili masyarakat Kristian pada rumah terbuka itu.

Sokong Penuh Hasrat Presiden Beri Penjelasan ‘Amanat Hadi’ Di Media Perdana

Posted: 30 Dec 2012 02:51 AM PST

Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat :

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/TG%201%20Jam%20live.jpgPAS menyokong penuh hasrat Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung.

Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden PAS untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu 'Amanat Hadi'.

PAS melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai. Peluang 1 jam ini wajib diberi kepada Presiden Pas untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya.

Adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau.

Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama.

Kenapa Presiden PAS tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan?

Sehubungan dengan desakan Presiden ini, kita harap pihak kerajaan membuka laluan bagi beliau untuk memberi penjelasan melalui media perdana secara langsung. Kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu ini bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan isu ini menjadi polemik berterusan.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Disember 2012

Nuffnang