N45 Dr Halimah Ali |
ANDA NILAI SENDIRI, TEPUK DADA TANYA IMAN, USAH TANYA SELERA Posted: 30 Dec 2012 10:17 PM PST Bagi orang melayu yang beragama Islam, terbatallah wudu' atau air sembahyangnya apabila terkentut atau buang air sama ada kecil atau besar. Batal puasa jika makan atau minum. Tak sah sembahyang jika tiada dalam wudu'. Rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah atau menyatakan kesaksian tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad saw nabi dan rasul Allah. Keyakinan serta kepercayaan kepada "sebutan formula" ini terbatal, gugur atau menjadi "null and void" jika seseorang itu menyakini, menyebut atau melakukan sesuatu. Rukan Iman yang Enam juga terbatal jika tidak mempercayaai salah satu daripada enam perkara asas tersebut. Di peringkat organisasi dan negara, rukun Islam dan Iman juga digunapakai dan menjadi kriteria sama ada suatu pertubuhan atau negara itu pertubuhan atau negara Islam...mungkin majoriti ahli atau rakyatnya beragama Islam... Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada menerbit Kitab Mastika Hadis. Kitab ini mengandungi 3 Jilid. PERKARA YANG MENYEBABKAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian Pertama - Iktikad Bahagian Kedua - Perkataan Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama-nama Allah, sifat-sifatNya, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya, ayat-ayatNya dan hukum-hukumNya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasulNya. Dan juga perkataan yang menolak, manafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama' menthabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama. Bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut; Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul- rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya. Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama. Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam: • Hukum apa ini? • Hukum ini sudah lapuk. • Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan. • Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong). • Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya? • Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya. • Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya. • Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju. • Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan). • Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah. • Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya. Sumber http://paspb.netai.net/buletin/berita/mustika-vs-mahathir.html :greenboc.blogspot.com/ |
ambang 13..JOM KITA SAMA AMAR MAKRUF Posted: 30 Dec 2012 06:40 AM PST |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan