:: cina islam | 2011 :: |
- 'Banner Tahap IQ Paling Rendah'.Menyaggah Qada, Dan Qadar
- Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'
- Gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda Jepun
- Empat maut nahas pesawat di Moscow
'Banner Tahap IQ Paling Rendah'.Menyaggah Qada, Dan Qadar Posted: 29 Dec 2012 03:44 PM PST 16 Safar 1433H. [MOD] - http://kachipemas.blogspot.com/ 'Banner Tahap IQ Paling Rendah' yang tiba-tiba muncul ketika banjir di Kelantan Darul Naim baru-baru ni. Mungkin baru timbul setelah lama tenggelam akibat 'masuk air' dalam kepala PM Dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz membuat tinjauan ..dan melihat mangsa banjir..bezanya PM melalui udara dan Tuan guru..melalui bot dan meranduk air banjir.. |
Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3' Posted: 29 Dec 2012 03:41 PM PST 16 Safar 1433H. [MOD] - MARANG: PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu 'Amanat Haji Hadi' dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara 'live' dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut. Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu 'Amanat' yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981. "Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara 'live', bukan rakaman. "Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak 'amanat' itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu," tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini. (Gambar atas) Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa 'Amanat' pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini. Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut. "Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara 'live' pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan. "Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3," ujarnya kepada wartawan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu 'amanat' tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya. Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab 'Mustika Hadis' keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan 'amanat' tersebut. Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali. Sumber : Harakahdaily/- |
Gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda Jepun Posted: 29 Dec 2012 03:36 PM PST 16 Safar 1433H. [MOD] - TOKYO: Gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda timur laut pesisir pantai Jepun, semalam, dan kira-kira 123 kilometer (km) di wilayah timur utara bandar Sendai. Jabatan Kaji Selidik Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa yang dicatatkan pada kedalaman 40 km pada jam 11.59 malam (waktu tempatan) tidak mengakibatkan sebarang kerosakan. Sementara itu, awal bulan ini, gempa kuat bermagnitud 7.3 mengegarkan dasar laut di pesisir timur laut negara itu sehingga mencetuskan tsunami setinggi satu meter. - AFP |
Empat maut nahas pesawat di Moscow Posted: 29 Dec 2012 03:34 PM PST 16 Safar 1433H. [MOD] - MOSCOW 30 Dis. - Empat orang maut, manakala empat lagi cedera apabila sebuah pesawat penumpang tergelincir dari landasan dan terbelah kepada tiga bahagian ketika mendarat di lapangan terbang Vnukovo, di sini semalam. Menurut Kementerian Kecemasan Rusia, kejadian itu menyebabkan pesawat Tupolev-204 berkenaan melanggar pagar sempadan lapangan terbang dan terbabas ke lebuh raya sebelum terbakar. Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian juruterbang pesawat tersebut. Ketika kejadian, pesawat yang baru tiba dari Republik Czech itu hanya membawa lapan orang anak kapal. - AFP/REUTERS |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan