Selasa, 8 November 2011

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Takbir Berkumandang Menggemai Seluruh Alam

Posted: 08 Nov 2011 02:49 PM PST

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR sedang berlagsung :live

Posted: 08 Nov 2011 08:37 PM PST

http://www.selangor.gov.my/main.php

PRU13: BN menang lagi BARANG NAIK MELANGIT! PTPTN dihapus !!!

Posted: 08 Nov 2011 05:27 AM PST

Henti PTPTN: Rakyat didahulukan atau dibebankan? | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Nov: Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang dilihat satu lagi bukti rakyat terus dibebankan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata tindakan itu sekaligus bercanggah dengan gagasan '1Malaysia' Datuk Seri Najib Razak kononnya 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Sambil menyifatkan ianya sesuatu yang sangat malang buat generasi anak muda, mantan ketua penerangan PAS itu juga mendakwa, kerajaan menjadikan rakyat sebagai mangsa ketirisan pemborosan yang diamal kerajaan.

"Tindakan ini adalah satu lagi dalil kerajaan yang ada pada hari ini tidak mendahulukan rakyat sebaliknya membebankan rakyat. Ini adalah gara-gara ketirisan,pemborosan, rasuah, pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan pada hai ini,

"Nampaknya kerajaan pada hari ini kering idea untuk menjana mendapatan negara, sebaliknya jalan pintas ialah dengan menyuruh rakyat ikat perut, sedangkan pemimpin terburai perut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober lalu supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.

Pada tahun depan, dijangka seramai 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 Sept lepas, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam manakala pembayaran balik yang sepatutnya adalah RM6.2 bilion.

Mengulas lanjut, Idris berkata, sebagai pemerintah negara, tugas utama kerajaan adalah berusaha menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.

Di dalam apa cara sekalipun ujarnya, mana-mana kerajaan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sosial ini apatah lagi pendidikan adalah keperluan wajib dalam sebuah negara.

"Manakah slogan rakyat di dahulukan yang terpampang di media-media propaganda BN.

"Apakah kerajaan sudah tidak mampu untuk mendapatkan kewangan lebih kurang RM 6 bilion setahun bagi menampung perpelanjaan PTPTN?," soalnya lagi.

Menurutnya, wang sebanyak itu boleh didapati jika kerajaan dapat memperbaiki teguran Ketua Audit Negara yang setiap tahun melaporkan kepincangan kerajaan ketika menguruskan kewangan negara.

Sementara itu, tindakan itu juga tambahnya merupakan kayu ukur yang membezakan pentadbiran BN dengan Pakatan Rakyat.

Ketika kerajaan BN memaparkan sikap tidak bertanggungjawab, negeri-negeri Pakatan pula memerah otak bagaimana untuk mengagihkan kekayaan kepada rakyat dengan berbagai- bagai skim untuk kemudahan rakyat seperti skim kifalah, air percuma, menurunkan cukai tanah, Tabung Wawasan Anak Selangor, tuisyen percuma.

"Ini adalah signal awal kepada rakyat, jika BN menang di dalam PRU akan datang banyak lagi tanggungjawab kerajaan akan dilepaskan.

"Barang pasti ialah petrol, gas, tol, gula, dan tepung akan naik. GST akan diperkenalkan semua subsidi akan dikurangkan," katanya.

Ada pihak mahu jadi musang berbulu ayam...demam PRU13

Posted: 08 Nov 2011 05:16 AM PST

Hairan, mat rempit 'ahli PAS' tak kenal pemimpin PAS | Print |
Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 8 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man meyakini tindakan sekumpulan mat rempit berdemontrasi berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun), 31 Oktober lalu didalangi parti politik tertentu.

Beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, ketika kejadian pada hari itu, beliau sendiri bertemu beberapa orang ahli kumpulan itu yang kononnya mendakwa dirinya ahli PAS seumur hidup dan bertanyakan sama ada mereka kenal atau tidak pemimpin PAS negeri itu.

Namun ujarnya, seorang mat rempit 'ahli seumur hidup PAS' itu yang umurnya mungkin sudah menjangkau 50 tahun, terpinga-pinga untuk menjawab soalan siapakah pesuruhjaya PAS negeri itu.

"Saya tanya jika dia sudah lama jadi ahli PAS, siapa pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dia jawab tak tahu.

"Tiba-tiba kawan-kawan dia tarik baju dia, mungkin kawan-kawannya tak mahu dia menjelaskan sesuatu yang mungkin boleh memecah rahsia sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui pada majlis sambutan hari raya Aidil Adha di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir semalam.

Pada tengahari 31 Oktober lalu, kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri bagi menuntut 'litar perlumbaan' dibina bagi kegunaan mereka.

Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan 'LGE rasis' - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi "Kami mahu litar lumba".

Mengulas lanjut, Saleh Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Umno negeri itu turut terlibat dalam merancang demonstrasi itu.

"Umno nampak gayanya terus main wayang. Mereka sudah ketandusan ideal dengan menjemput pemuda yang entah datang dari mana buat kacau depan dewan. Lepas tu tunjuk kad keahlian PAS seumur hidup pula," tegasnya.

Menurut beliau, Umno di Pulau Pinang hampir mati perancangan untuk mengembalikan sokongan Melayu di sini ekoran pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat diterima baik masyarakat di sini.

MY VOICE FOR NATION

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


To appeal or not to appeal - Political rather than legal decision

Posted: 07 Nov 2011 11:54 PM PST

On 31st October 2011, the Court of Appeal, with a 2-to-1 majority, ruled that Section 15(5)(a) of the Universities and University Colleges Act (UUCA) was unconstitutional. It was a landmark decision that shocked and galvanized the normally conservative opinion pundits.

The UUCA has been amended five times but Section 15(5)(a) which forbids undergraduates in public tertiary educational institutions from supporting, sympathizing with or opposing any political party, has remained unchanged all this while.

This provision is deemed to have contradicted Article 10(1)(a) of the Federal Constitution which grants each citizen the right to freedom of speech, assembly and the exercise of civil rights.

Public pressure for the repeal of this section has been reverberating across the country for a long time. In 2005, USM graduate Soh Sook Hwa applied to the High Court to rule that the UUCA which forbid undergraduates from participating in politics was unconstitutional.

After 5 years and numerous changes in the lineup of judges, the KL High Court finally ruled on 4th June 2010 that there had been amendments made to Section 15 and therefore, it would be academic to rule the section null and void. Soh's application was dismissed.

(More......)

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


SOALAN PARLIMEN - YB. DATO' KAMARUL BAHARIN ABBAS

Posted: 07 Nov 2011 11:17 PM PST

31 Oktober 2011

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-

(a) kebenaran dakwaan yang dibuat oleh Railway Union Malaysia (RUM) yang mendesak Presiden KTMB agar meletak jawatan kerana bertanggungjawab atas kehilangan RM 300 juta wang simpanan dan overdraf KTMB dan:

(b) apakah tindakan Kerajaan berkenaan dakwaan tersebut.

Jawapan:

Tuan Yang Di-Pertua,

(a) Untuk makluman Yang Berhormat, memang tidak dinafikan bahawa terdapat desakan daripada pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu bhd (RUM - Railway Union Malaysia) mendesak Presiden KTMB agar meletakkan jawatan sebagaimana dilaporkan di dalam akhbar, tabloid, blog serta media alternatif yang lain. Satu piket secara aman telah diadakan bagi menyuarakan desakan tersebut telah diadakan pada 29 Julai 2011 di hadapan bangunan Ibu Pejabat KTMB.

Sungguhpun demikian, kenyataan bahawa desakan RUM tersebut adalah kerana isu kehilangan RM 300 juta wang simpanan dan overdraf KTMB adalah tidak benar. Sebagaimana dilaporkan di dalam media cetak dan alternatif desakan RUM adalah berasaskan kepada penilaian kesatuan yang mendapati beliau tidak menjalankan tugas dengan cemerlang dalam menjana pendapatan yang baik dan menyebabkan KTMB mengalami kerugian.

(b)Walaubagaimanapun, Kerajaan sentiasa mengambil berat akan desakan-desakan yang dikemukakan oleh mana-mana Kesatuan sekerja yang ada membuat aduan dan tuntutan ke atas majikan mereka. Sekiranya apa-apa aduan dan tuntutan tersebut melibatkan kesalahan jenayah, rasuah dan sebagainya, perkara ini akan diperhalusi melalui siasatan lanjut pihak-pihak bertanggungjawab seperti pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semoga Aidiladha Menjadi Medan Pengukuhan Perjuangan & Pengorbanan

Posted: 07 Nov 2011 10:27 PM PST

Salam Aidiladha yang telahpun kita sambut pada Ahad lepas dengan Takbir kesyukuran. Alhamdulillah diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Saya mendoakan buat sahabat-sahabat dan diri agar kita sentiasa diberikan kemudahan dan keredhaan Allah di dalam perjuangan yang telah kita laksanakan. Semoga Aidiladha yang disambut memberikan makna yang besar dalam perjuangan serta erti pengorbanan yang hebat buat kita.

Salam Aidiladha. Terus mengertikan Aidiladha dalam kehidupan.

魏宗贤文打烟之声 Gwee Tong Hiang for Bentayan

魏宗贤文打烟之声 Gwee Tong Hiang for Bentayan


文打烟区州议员魏宗贤设新服务中心YB Gwee Tong Hiang telah membuka Pusat Khidmat ADUN BENTAYAN yang baru

Posted: 07 Nov 2011 11:14 PM PST

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


HAJI EKSPRES...?! biar betul....

Posted: 07 Nov 2011 10:40 PM PST


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.

"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

"Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

"Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi.(malaysiakini)

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


UMNO tunggu dewan...PAS buat kerja kemasyarakatan...

Posted: 08 Nov 2011 03:11 AM PST

UMNO tunggu dewan...PAS buat kerja kemasyarakatan...

Oleh : SERIKANDI MUJAHIDAH

Sejak kebelakangan ni...Kedah dilanda musibah..ribut...lepas ni mungkin banjir pula..walau pun kita harap tidaklah seteruk tahun lepas. Nak menongkah kehendak Allah memang siapalah kita...Allah hantar musibah banyak sebabnya selain nak duga kita, ianya juga sebagai kifarah kepada kesilapan dan dosa-dosa kita padaNya. Orang beriman akan menerima ujian ini dengan sabar dan berbaik sangka dengan Allah dan tak lupa ambil iktibar dari peringatan-peringatan tersebut.

Musibah-musibah seumpama itu sebenarnya menguji sejauh mana kesungguhan dan keprihatinan pemimpin membantu rakyat  dan selain itu menguji kesungguhan pejuang-pejuang Islam turun padang menghulurkan bantuan.

SM nak cerita sedikit al-kisah mengenai kejadian ribut yang melanda Taman Bersatu, baru-baru ini. Secara keseluruhan, tindakan kerajaan negeri cepat dan pantas...dalam kesibukan dengan tugas-tugas rutin Menteri Besar dan Exco-Exco mampu turun padang menjengah masalah rakyat dan memberi sumbangan untuk meringankan bebanan. Orang tua-tua berkata.." mai tengok pun...dah rasa lapang dan ringan dah kat kami nieh..", apatah lagi kalau datangnya bersama bantuan.









Bukan setakat hulurkan wang malah ada diantara rumah-rumah mangsa ribut diperbaiki oleh Pasukan Unit Amal. Mereka ini bekerja tidak mengharapkan wang ringgit malah sanggup berhujan berpanas...memberi sumbangan walau pun kadang kala terpaksa meninggalkan kerja mereka sendiri..







Nisa juga sanggup berpanas membantu membersihkan kawasan-kawasan yang dilanda ribut....mengutip cerbisan-cerbisan bumbung yang ranap menghempap bumi..daun-daun yang luruh memenuhi halaman. Pada ketika itu, tuan-tuan rumah tentunya sibuk 'mendobi' rumah masing-masing maklumlah dah basah dek kerana hujan dan nak sambut Edul Adha pula...Jadi sumbangan yang kecil seumpama ini secara tidak langsung meringakan bebanan mereka.







Kita juga menyediakan makanan, bukan hanya untuk petugas malah kepada mangsa ribut..petugas-petugas sanggup bersengkang mata tak kira siang malam memberi sokongan moral kepada para mangsa. Bayangkan hati siapa tak sayu..rumah kediaman sendiri hampir musnah...tentulah sedih.



Lainlah dengan Skuad Sayang dan geng-geng UMNO APCO ...yang kerjanya hanya menanti di dewan sekolag sahaja. Yang syoknya, buat laporan polis bila PAS nak masuk bantu mangsa-mangsa ribut di dewan tersebut. Macam laa dewan tu hak milik UMNO. Tapi mereka seperti menang sorak saja...walhalnya kerja-kerja membantu mangsa tidak dihiraukan...lain dengan petugas PAS tak kira samada PAS Kawasan, MTD, Pemuda,Muslimat, Unit Amal dan Nisa.







MKK di situ pun memainkan peranan yang baik. Rumahnya dijadikan tempat mendaftar mangsa-mangsa kejadian. Secara tidak langsung, mangsa kejadian lebih tumpukan kepada rumah beliau dari dewan sekolah yang " di kongker" oleh UMNO APCO. 'Kongker' pun nak buat apa..sekadar nak ambil nama....tunggu pemimpin UMNO datang bagi bantuan...tapi tak terasa nak jengah atau bantu rumah-rumah yang terlibat.







Teringat SM semasa banjir tahun 2010 yang lalu. Masa tu SM bertugas bersama Unit Amal di Sek. Men. Agama Kedah. Puak-puak wanita UMNO ni dok mengendeng buku pendaftaran mangsa banjir....dah ada perancangan nak curi..tapi Alhamdulillah unit pendaftaran Unit Amal sentiasa menjaga dan mengawasi buku tersebut. SM tak mau la tuduh melulu untuk apa buku pendaftaran tu begitu diminati oleh wanita UMNO..tentulah ada sebabnya...tepuk dada tanyalah iman...tak gitu...



Begitulah halnya walau dimana juga sekirannya berlaku musibah dan ada penempatan mangsa-mangsa kejadian. UMNO ni berebut-rebut sangat nak mengusai dewan-dewan, urusan makan, barangan keperluan, pendaftaran, tapi bab nak tolong-tolong cuci, tolong-tolong angkat orang-orang tua atau wanita bersalin..tak pula nak dijadikan rebutan...
SM: tepuk dada tanya iman...jangan tanya selera..kalau tanya selera...habis semua nak anggut bawa balik rumah.....

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1432 by Ako

Posted: 08 Nov 2011 06:38 AM PST

Thank you sir..

Comment on SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1432 by ss

Posted: 08 Nov 2011 01:47 AM PST

Dog And Pig i mean Democratic Action Party.

Comment on Complaints for DBKL by Yaacob

Posted: 07 Nov 2011 10:20 PM PST

Sdr Husaini Hassan

Terima kasih atas maklumat dan aduan Sdr.

Merujuk kepada aduan Sdr, sebagaimana yang pihak kami telah jelaskan pada jawapan kami minggu lepas bahawa pihak kami akan dan terus mendesak pihak DBKL supaya mengambil tindakan berterusan terhadap gerai-gerai tanpa lesen dan berstruktur tetap berkenaan.

Selain daripada itu pihak kami juga amat berharap kerjasama dari pihak Sdr dan penduduk-penduduk untuk membuat aduan dan desakan terhadap pihak JMB/ MC di perumahan yang terlibat. Ini akan akan lebih berkesan dimana pihak JMB/ MC juga perlu menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengambil tindakan terhadap gerai-gerai berkenaan dimana gerai-gerai tersebut berada didalam kawasan dan kawalan pihak JMB/ MC.

Pihak kami akan terus mendesak pihak DBKL supaya mengambil tindakan yang berterusan mengikut undang-undang yang sedia ada terhadap gerai-gerai berkenaan sehinggalah masalah kacauganggu ini dapat diselesai dan diatasi.

Terima kasih.
Yaacob Abd Hamid
Pembantu kepada
YB Wee Choo Keong

Comment on Hutang ALWAFEER AIR lebih dari RM60 juta! by Hussein Khazanah

Posted: 07 Nov 2011 09:13 PM PST

Azman Mokthar and Rashdan should be responsible for not supervising MAS management over this scandal. Two of them are more interested in the share swap. Why? Why? Why? Tak malukah Azman dan Rashdan?

Comment on SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1432 by Anonymous

Posted: 07 Nov 2011 08:00 PM PST

Thank you Mr Wong.

From Mansor
Sungai Petani, Kedah DA

Comment on Hutang ALWAFEER AIR lebih dari RM60 juta! by MAS Steward

Posted: 07 Nov 2011 04:42 PM PST

The management went against the advice of senior officer. There was no proper due diligence done before entering into the contracts. This is one of the serious leakages in MAS. We hope that MACC will move in to investigate. Any investigations by the management will be unacceptable as it end up covering up. The answer given by MAS management or Khazanah was not even half truth. MAS staff want blood. We have had enough of being told that MAS had to cut our benefits. We don’t mind but with such big leakages like this it was just not fair. MACC must get the head of Engineering Department an Business Development to answer for this.

Comment on Dep MOF: SC and Bursa KL have commenced investigations into insider trading and non-announcement of the secret MAS – AirAsia share swap by Golden Boy

Posted: 07 Nov 2011 09:14 AM PST

Old Man

Why are you running Malaysian hero down like that? MAS need this liar otherwise MAS wouldn’t have sponsored QPR home jersey for RM18 million. MAS will also go under without this hero, lobbyist, dr spinner and etc. He had to twist his facts otherwise how was he going to get Malaysians and the government to believe him. The hero has also said he got very little help from Badawi but Najib and Mahathir. We all knew that he got a big leg on from Badawi during the 4th Floor Administration. He also said that “if you price the fare low enough, Malaysians will risk their life. This is his business model. God bless Malaysia. This is the hero that is going to save MAS.

Comment on Complaints for DBKL by Anonymous

Posted: 07 Nov 2011 08:47 AM PST

Salam YB dan En Yaacob

Aduan Struktur Tetap Dan Penjaja Haram Di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Selepas lebih setahun saya membuat aduan demi aduan terhadap perkara di atas namun masih tiada lagi tindakan yang diambil oleh DBKL terhadap permasalahan tersebut. Ini bermakna DBKL bukan sahaja tidak menghormati hak penduduk juga tidak menghormati YB sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh kami. Dan peniaga – peniaga haram ini semakin angkuh dan berani.

Sekiranya pejabat YB tidak dapat membantu kami selain menghantar surat demi surat kepada DBKL maka siapa lagi yang dapat membantu kami? Berilah kami jalan keluar terhadap permasalahan yang telah berlarutan sehingga lebih tiga tahun lamanya.

Husaini Hassan
Seksyen 1, Bandar Baru Wangsa Maju

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Korban Perdana Peringkat DUN Seberang Takir 2011

Posted: 07 Nov 2011 04:42 PM PST






Pada 7 November 2011, Korban Perdana Peringkat DUN Seberang Takir 2011 telah diadakan bertempat di hadapan Masjid Seberang Takir.

Meninjau Kawasan di Kg. Telaga Batin

Posted: 07 Nov 2011 04:30 PM PST







Pada 5 November 2011 yang lalu, telah meninjau kawasan di Kampung Telaga Batin yang telah dinaiki air

Pusat Khidmat Bergerak di Tok Jembal

Posted: 07 Nov 2011 04:13 PM PST






Pada 4 November 2011 yang lalu, bertempat di Kampung Tok Jembal telah diadakan Pusat Khidmat Bergerak di sana. Penduduk setempat telah datang ke Balai Raya lama Tok Jembal untuk berjumpa dan meluahkan masalah-masalah mereka. Selepas itu telah melawat beberapa orang sakit di sana.

Majlis Graduasi SMK Bukit Tunggal 2011

Posted: 07 Nov 2011 03:46 PM PST





Pada 1 November 2011 yang lalu, telah merasmikan Majlis Graduasi Pelajar-Pelajar Tingkatan Lima SMK Bukit Tunggal di SMK Bukit Tunggal.

Nuffnang