Chua Soi Lek usah ulangi pembohongan mengenai isu rumah di Pulau Pinang – Wong Hon Wai
GEORGE TOWN, 5 DIS: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kecewa dengan pengumuman Kerajaan Barisan Nasional (BN) Persekutuan dalam Bajet 2013 hanya akan membina 70 unit rumah di Pulau Pinang atau 0.35 peratus daripada 20,454 unit rumah di seluruh negara.
Exco Perancang Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian Negeri, Wong Hon Wai, berkata ini menunjukkan komitmen BN di Pulau Pinang terlalu sedikit dan jelas kenyataan Chua Soi Lek selama ini kosong.
Katanya, sebagai Presiden MCA, Chua sepatutnya menggunakan kedudukannya meminta rakannya, Menteri Perumahan itu supaya membina lebih banyak perumahan di Pulau Pinang.
"Oleh itu, saya mengingatkan Soi Lek supaya tidak lagi membohongi rakyat dengan isu perumahan di Pulau Pinang.
"Sikap kerajaan BN itu berbeza dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang memperuntukkan RM500 juta bagi merealisasikan Skim Perumahan Mampu Milik di negeri ini," katanya.
Hon Wai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Hitam berkata, menerusi peruntukan itu kerajaan negeri akan membina 18,000 unit rumah mampu milik di kawasan pulau dan tanah besar termasuk Jalan SP Chelliah (George Town), Teluk Kumbar (Daerah Barat Daya), Ampang Jajar (Seberang Perai Utara), Bukit Mertajam (Seberang Perai Tengah) dan Batu Kawan (Seberang Perai Selatan).
Beliau berkata, ini bukti kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perhatian utama terhadap keperluan rakyat terutama rumah kos rendah dan rumah mampu milik.
"Dalam tempoh antara Ogos 2008 dan Julai 2012, sebanyak 14,702 unit kos rendah dan kos sederhana rendah sudah mendapat sijil layak menduduki yang dikeluarkan MPPP dan MPSP membabitkan 47 projek iaitu di pulau dan Seberang Perai
"Kerajaan Negeri memainkan peranan dalam memudahkan pembinaan rumah yang berpatutan seperti projek Desa Nipah (Balik Pulau) iaitu apartmen lima tingkat yang dijula dengan harga RM35, 000 seunit.
"Di Seberang Perai, Taman Sungai Duri Permai adalah rumah bandar yang dijual dengan harga RM38,000 seunit," katanya.
Hon Wai berkata, dalam tempoh sama sebanyak 15246 unit kos rendah dan sederhana rendah yang sudah mendapat kebenaran merancang membabitkan 62 projek.
Kerajaan negeri juga membaik pulih rumah yang ditinggalkan BN termasuk 170 unit flat Rumah Pangsa Padang Tembak yang terbiar lebih 10 tahun untuk disewa keluarga miskin serendah RM90 sebulan.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga memberi perhatian memulihkan projek perumahan terbengkalai lebih 10 tahun ketika di bawah pemerintahan BN, termasuk Taman Cemerlang (Bandar Baru Air Itam), Desa Aman (Relau), Fettes Villa (Mount Erskine), Taman Teluk Air Tawar (Seberang Perai Utara) dan Taman Pekatra (Seberang Perai Selantan).
Ini membuktikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah mengotakan janjinya dalam agenda perumahan mampu milik dan akan terus menyediakan rumah yang mampu milik untuk rakyat.-Roketkini.com
Wednesday, December 05, 2012 - 12:22
THE state government is paying attention to the revival of abandoned projects, unoccupied low-cost units that are rented out and the issuance of occupation certificates to low- and low-medium cost units as part of its strategy to resolve the housing woes here.
State town and country planning, housing and arts committee chairman Wong Hon Wai said these efforts complemented the 18,000 affordable housing units that would be developed in Penang with an allocation of RM500 million.
"From the time Pakatan Rakyat took over the state government until July 31 this year, a total of 14,702 OCs for low- and low medium-cost units have been issued.
"Initial planning permission has been granted to 15,246 low and low-medium cost units and there are 62 projects in various stages of the approval and construction process," he said.
He said this in response to MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek's call to Chief Minister Lim Guan Eng to reveal the locations of affordable housing in the state.
Wong said the state government had also "made good" 170 empty low-cost flat units in Rifle Range. The units in Block E and J had been occupied by the Malaysian Armed Forces until the late 1990s.
After their departure, the units were left to decay until the government tidied the flats and rented them out at RM90 monthly.
He also said 40 unoccupied government quarters at Taman Pelangi in George Town had been converted into rental homes for the underprivileged.
"As for the revival of abandoned projects, we worked with 'white knights' (saviours) to resuscitate developments abandoned for more than 10 years under the Barisan Nasional administration," he said.
"We have revived projects such Taman Cemerlang (Bandar Baru Air Itam), Desa Aman (Relau), Fettes Villa (Mount Erskine), Taman Teluk Air Tawar (Seberang Perai Utara) and Taman Pekatra (Seberang Perai Selantan).
"Last week, I made a site inspection to Desa Aman which is near completion. The purchasers can look forward to their dream homes after a 12-year wait. The revival of these abandoned projects also adds to the pool of affordable housing in the state."