Assalamualaikum.
Antara perkara yang nampak mudah tetapi payah untuk kita lakukan. Ya, bersyukur.
Bukan mudah untuk menjadi seseorang yang tahu bersyukur. Terdapat dalam pepatah Melayu, beri betih, nak peha yang sangat tepat menggambarkan mengenai sifat dan perangai manusia yang tidak bersyukur.
Di dalam Islam, kita sangat diajar untuk menjadi manusia yang bersyukur. Dengan bersyukur, walaupun apa yang kita perolehi atau nikmatinya mungkin sedikit, namun ia mempunyai nilai yang besar di hati atau jiwa kita.
Ada pun bagi manusia yang tidak tahu bersyukur atau tidak pernah puas dengan apa yang mereka perolehi, maka sebanyak mana pun habuan atau nikmat yang mereka perolehi di dunia, maka nilainya menjadi kurang atau susut.
Dalam konteks negara kita, walaupun kerajaan BN telah melakukan hampir segala-galanya kepada rakyat, membantu rakyat, menyelamatkan rakyat dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat, namun masih ada di kalangan mereka yang tidak bersyukur atau mencari salah kerajaan. Walhal, apa yang mereka perolehi, bukanlah sesuatu yang mampu diberikan oleh semua kerajaan.
Sifatnya sedang berada di tengah-tengah masyarakat kita. Mereka selalunya terdiri daripada mereka "yang tidak tahu malu" dan menerima apa jua pemberian kerajaan tetapi mereka menentang kerajaan. Ya, mereka adalah golongan minoriti tetapi kewujudan golongan ini sangat mengganggu masyarakat lain sebenarnya.
Mengapa ia berlaku sedemikian. Sebabnya, mereka memang diajar oleh golongan yang sememangnya tidak juga tahu bersyukur.
Apa pun, rakyat Malaysia sebenarnya sangat bertuah dengan apa yang mereka miliki hari ini. Percayalah, kita ini telah memiliki melebihi apa yang sepatutnya. Ia berpunca daripada kejayaan pemimpin negara mengurus negara dan bukannya menghabiskan waktu dengan melalak di pentas ceramah politik.
Kerajaan BN dipimpin oleh mereka yang berkelayakan, berkemampuan dan bijak dalam mentadbir negara kita. Mereka adalah golongan yang berilmu dan tahu bagaimana ingin membentuk negara bertuah ini.
Mereka yang dengki dan tidak tahu bersyukur di atas apa yang telah dan sedang kita capai adalah golongan yang sememangnya akal mereka tidak boleh lagi menerima hakikat, apatah lagi mahu mempercayainya.
Sejak dahulu sehingga sekarang, setiap faedah yang kita kecapi dan nikmati adalah hasil usaha kerajaan BN. Ini adalah fakta yang akan terus kekal selama-lama di negara ini.
Kepada rakyat, terima kasih kerana terus menyokong dan memberikan undi kepada BN. Sesungguhnya sokongan anda adalah sangat berbaloi dengan apa yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan BN untuk kita semua.
Marilah kita semua bersyukur di atas segala nikmat tersebut. Insya'Allah.