YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri |
- SALAM IDUL'ADHA
- BILA MENANG TAK KOTOR, BILA KALAH KOTOR ... ITULAH PEMBANGKANG.
- JADILAH RAKYAT YANG BERSYUKUR
- HANYA BN YANG BERKEMAMPUAN, ITU HAKIKAT.
Posted: 25 Oct 2012 05:39 AM PDT Assalamualaikum. Esok, Jumaat sekali lagi umat Islam akan merayakan Hari Raya Korban atau AidilAdha. Di negeri di Pantai Timur, Hari Raya Aidiladha disambut dalam suasana yang sangat meriah. Malah di sesetengah tempat, kemeriahannya mengatasi Hari Raya Aidilfitri. Demikianlah uniknya kami di sini. Apa pun, setiap perayaan wajar disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Manakala dalam sambutan Aidiladha ini pula, umat Islam diberikan didikan agar mempelajari atau mengambil iktibar di sebalik ibadah korban yang dianjurkan oleh Islam. Dalam konteks yang lain, Hari Raya sebenarnya mampu menjadi medan untuk merapatkan ukhhuwah dan meningkatkan jalinan perpaduan di kalangan umat Islam itu sendiri sebenarnya. Melalui budaya berkunjung dan ziarah menziarahi, ia dapat menyumbang kepada apa yang saya maksudkan tadi. Begitu juga dengan ibadah korban. Setiap peristiwa yang diingati dalam Islam mempunyai mesej dan iktibarnya tersendiri. Sebagai umat Islam, kita sendiri lebih sedia maklum mengenai perkara tersebut. Marilah pada hari yang baik dan bulan yang baik ini juga kita bermaaf-maafan sesame kita. Kita lupakan segala sengketa dan salah faham di antara kita jika ada. Kita merapatkan saf untuk berhadapan dengan lebih banyak cabaran pada masa hadapan. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jika hendak dibandingkan dengan sesetengah negara Islam yang lain di dunia, kita sebenarnya jauh lebih bertuah sehingga membolehkan kita menyambut Hari Raya Haji dengan sangat sempurna. Sesungguhnya kita semua amat bertuah kerana menjadi rakyat sebuah negara seperti Malaysia. Kepada umat Islam, saya doakan Iduladha tahun ini akan lebih bermakna. Dan, marilah kita isi hari raya ini dengan segala kebaikan, insya'Allah. Bagi mereka yang menjalankan ibadah korban, semoga ibadah yang kita lakukan itu akan diberkati oleh Allah s.w.t. Kepada semua, selamat hari raya Iduladha – maaf zahir dan batin. |
BILA MENANG TAK KOTOR, BILA KALAH KOTOR ... ITULAH PEMBANGKANG. Posted: 25 Oct 2012 05:15 AM PDT Assalamualaikum. Tarikh sebenarnya PRU ke-13 masih menjadi teka-teki. Tiada siapa pun yang tahu melainkan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan tarikh yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia itu. Dalam kita menanti-nanti, waktu semakin pantas berlalu dan tarikh yang kita nantikan menjadi semakin hampir dengan kita. Apa pun, tarikh PRU akan tetap tiba kerana had tempohnya telah ditetapkan oleh perlembagaan negara. Apa yang penting ialah persiapan parti-parti politik yang bertanding. Itu saja. Saya bukan mahu komen mengenai perkara tersebut, tetapi apa yang ingin saya catatkan ialah betapa semakin dekat dengan PRU, maka semakin galak puak pembangkang mahu buat propaganda. Khabarnya mereka akan adakan perhimpunan lagi kononnya mahu membuat tuntutan kepada kerajaan. Sebelum ini mereka mahu PRU yang bersih kononnyalah dan macam-macam lagi. Saya pun tidak faham, apakah yang mereka maksudkan pilihan raya bersih yang dituntut itu sampai berlaku rusuhan dan kacau bilau sebelum ini. Apakah yang mereka maksudkan pilihan raya bersih itu hanya selepas calon pembangkang menang dalam PRU, maka sesebuah PRU itu boleh dianggap bersih?. Dan apakah yang dimaksudkan dengan pilihan raya kotor?. Apakah kotor sesebuah pilihan raya itu jika calon yang menang adalah BN. Di sini, wujud besar kekeliruan. Pembangkang tidak pernah pun mempertikaikan keputusan pilihan raya di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Mengapa pilihan raya dianggap kotor di negeri yang dikuasai BN padahal pilihan raya di negara kita diurus oleh badan yang sama iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Jelas sekali, mereka ini sudah mengarut, tidak ada modal politik dan hanya mahu mengheret rakyat kepada sentiment. Kita telah pun melalui 12 proses PRU dan kesemuanya berjalan dengan lancer sekali tanpa sebarang masalah. Yang menjadi masalah apabila calon pembangkang ditolak oleh rakyat, maka pilihan raya dianggap kotor kononnya. Sepatutnya calon pembangkang perlu bermuhasabah diri, cermin diri dan menilai kekalahannya – bukan menyalahkan sistem pilihan raya. Sistem pilihan raya kita sudah berada di landasan yang betul dan kerana itu, rakyat janganlah mudah terpedaya dengan dakyah yang sengaja dibawa pembangkang kononnya PRU di negara kita adalah kotor. Mereka telah menyonsangkan tafsiran dan memesongkan fakta kepada rakyat demi satu tujuan iaitu untuk mendapatkan kuasa. Usahlah kita terpedaya dengan pembangkang kerana sejarah telah membuktikan bahawa pembangkang tidak mampu lakukan sebagaimana kejayaan yang dicapai kerajaan BN. Sungguh!. |
Posted: 25 Oct 2012 04:11 AM PDT Assalamualaikum. Antara perkara yang nampak mudah tetapi payah untuk kita lakukan. Ya, bersyukur. Bukan mudah untuk menjadi seseorang yang tahu bersyukur. Terdapat dalam pepatah Melayu, beri betih, nak peha yang sangat tepat menggambarkan mengenai sifat dan perangai manusia yang tidak bersyukur. Di dalam Islam, kita sangat diajar untuk menjadi manusia yang bersyukur. Dengan bersyukur, walaupun apa yang kita perolehi atau nikmatinya mungkin sedikit, namun ia mempunyai nilai yang besar di hati atau jiwa kita. Ada pun bagi manusia yang tidak tahu bersyukur atau tidak pernah puas dengan apa yang mereka perolehi, maka sebanyak mana pun habuan atau nikmat yang mereka perolehi di dunia, maka nilainya menjadi kurang atau susut. Dalam konteks negara kita, walaupun kerajaan BN telah melakukan hampir segala-galanya kepada rakyat, membantu rakyat, menyelamatkan rakyat dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat, namun masih ada di kalangan mereka yang tidak bersyukur atau mencari salah kerajaan. Walhal, apa yang mereka perolehi, bukanlah sesuatu yang mampu diberikan oleh semua kerajaan. Sifatnya sedang berada di tengah-tengah masyarakat kita. Mereka selalunya terdiri daripada mereka "yang tidak tahu malu" dan menerima apa jua pemberian kerajaan tetapi mereka menentang kerajaan. Ya, mereka adalah golongan minoriti tetapi kewujudan golongan ini sangat mengganggu masyarakat lain sebenarnya. Mengapa ia berlaku sedemikian. Sebabnya, mereka memang diajar oleh golongan yang sememangnya tidak juga tahu bersyukur. Apa pun, rakyat Malaysia sebenarnya sangat bertuah dengan apa yang mereka miliki hari ini. Percayalah, kita ini telah memiliki melebihi apa yang sepatutnya. Ia berpunca daripada kejayaan pemimpin negara mengurus negara dan bukannya menghabiskan waktu dengan melalak di pentas ceramah politik. Kerajaan BN dipimpin oleh mereka yang berkelayakan, berkemampuan dan bijak dalam mentadbir negara kita. Mereka adalah golongan yang berilmu dan tahu bagaimana ingin membentuk negara bertuah ini. Mereka yang dengki dan tidak tahu bersyukur di atas apa yang telah dan sedang kita capai adalah golongan yang sememangnya akal mereka tidak boleh lagi menerima hakikat, apatah lagi mahu mempercayainya. Sejak dahulu sehingga sekarang, setiap faedah yang kita kecapi dan nikmati adalah hasil usaha kerajaan BN. Ini adalah fakta yang akan terus kekal selama-lama di negara ini. Kepada rakyat, terima kasih kerana terus menyokong dan memberikan undi kepada BN. Sesungguhnya sokongan anda adalah sangat berbaloi dengan apa yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan BN untuk kita semua. Marilah kita semua bersyukur di atas segala nikmat tersebut. Insya'Allah. |
HANYA BN YANG BERKEMAMPUAN, ITU HAKIKAT. Posted: 25 Oct 2012 03:49 AM PDT Assalamualaikum. Sejak Bajet 2013 dibentangkan pada bulan lalu, pembangkang khususnya masih belum berhenti melakukan propaganda. Sebagaimana ulasan saya sebelum ini, tujuan mereka adalah untuk meracuni pemikiran rakyat agar tidak mempercayai apa yang dibentangkan kerajaan. Jauh daripada itu, mereka sengaja mengaitkan negara dengan isu hutang dan sebagainya. Apa pun cubaan mereka, negara kita sedang menghadapi satu proses kemajuan dan perubahan yang sangat ketara. Perkara itu sedang dilihat dan diikuti oleh rakyat dengan penuh minat. Mungkin bagi sesetengah, mereka akan mudah terpedaya dengan agenda dan dakyah pembangkang, namun saya optimis bahawa majortiti rakyat sebenarnya memperakui kejayaan Malaysia hanya mampu dibawa dan dilaksanakan kerajaan BN. Rakyat melihat siapa pembangkang – PAS + DAP + PKR adalah parti yang sejak sekian lama bergerak dengan membohongi rakyat. Dengan takdir Allah. Mereka diberikan kuasa dalam melalui proses ujian kerana selama ini mereka tidak kering gusi mengkritik dan melemparkan tuduhan kepada kerajaan BN. Nah!, selepas mereka berkuasa di beberapa negeri, apakah yang mereka ini buat?. Apa sudah jadi di Kelantan sejak lebih 20 tahun lalu rakyat di negeri itu berikan mandate kepada PAS?. Yang pasti, mereka mengisi kuasa yang diberikan dengan sifat lama, skrip lama dan cara lama iaitu menfitnah dan menyalahkan kerajaan BN walaupun mereka sebenarnya sudah berkuasa. Apakah semua ini tidak dilihat dan diadili oleh rakyat?. Rakyat sedang melihat gelagat mereka dengan penuh minat yang akhirnya akan menghukum pembangkang pada PRU yang ke-13 nanti. Hakikatnya, BN adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Rekod yang ada telah menjadi fakta yang tidak boleh diubah lagi. Sebagai rakyat Malaysia, saya sebenarnya turut bangga dengan kejayaan negara saya. Saya gembira melihat rakyat hidup aman damai, mudah mencari rezeki dan kemakmuran terus terpelihara. Cuma, saya terkilan apabila ada pihak yang sudah mula berani bersikap biadab dan mengganggu-gugat keamanan negara melalui tindakan-tindakan yang memalukan. Kepada rakyat, marilah sama-sama kita pertahankan apa yang sedang kita miliki. Bajet 2013 yang ditakuti pembangkang akan menjadi kenyataan kerana dasar kerajaan BN bahawa setiap janji kepada rakyat, akan ditepati. |
You are subscribed to email updates from YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan